Khamis, 8 Mei 2008

Tajuk-Tajuk Yang Tersedia (Arkib Artikel)

AL-MUWAHHIDUN - http://www.al-muwahhidun.blogspot.com/


  1. Risalah Zikir Setelah Solat 
  2. Sunnah Rasulullah dalam menghadapi pemerintah
  3. Dimana Allah?
  4. Antara Sunnah-sunnah Yang Telah Ditinggalkan
  5. Kisah Dajjal (bhgn 1)
  6. Tatacara Wuduk menurut Sunnah
  7. Jual Beli Terlarang 
  8. Mengenali Realiti Siapa Kita
  9. Ucapan Terlarang 
  10. Kisah Dajjal (bhgn 2)
  11. Selawat Yang bercanggah dengan Syarak
  12. 10 perkara pembatal keislaman
  13. Larangan Duduk dan Nyalakan Lampu di Kuburan
  14. Bid'ah: Pengertian & Hukum
  15. Puasa Hari-hari Putih
  16. Puasa di Bulan Sya'ban
  17. Bahaya Menyebar Hadis Palsu
  18. Sambutan Nisfu Sya'ban Bukan Dari Sunnah?
  19. Hadis-Hadis Lemah & Palsu Berkaitan Dengan Bulan Ramadhan
  20. Hadis-Hadis Sahih Menganai Fadhilat Di Bulan Ramadhan
  21. Pembatal Puasa
  22. Siapakah Golongan Yang Dihalau Oleh Rasulullah?
  23. Mengerjakan Solat Tarawih Menurut Sunnah Nabi
  24. Hukum Seputar Malam Lailatul Qodar
  25. Pernah Melukis Wajah Abuya
  26. Pelajaran Tauhid
  27. Hadis-Hadis Sahih Tentang Keharaman Muzik
  28. Nasab Anak Zina
  29. Berbahagialah Wahai Ahli Sunnah 
  30. Bimbingan Salafus Shalih di Bulan Dzulhijjah
  31. Hukum-Hakam Korban
  32. Mukjizat Rasululla s.a.w. Dalam Peristiwa Tanah Runtuh
  33. Apakah Itu Al-Jamaah?
  34. Hukum Menyertai Perayaan Kafir
  35. Nasihat Ulama Salafi Terhadap Kaum Muslimin Berkenaan Gaza
  36. Hamas Tolak Keputusan Allah S.W.T.?
  37. Pengajaran Daripada Gaza
  38. Boikot: Antara Yang Utama Dan Tidak
  39. Ustaz Haron Din dan Tariqat Naqsyabandi
  40. Pandangan Syariat Terhadap Politik Perak
  41. Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Pemimpin Yang Zalim
  42. Belalah Kerana Agama
  43. Apabila Ikhwan Al-Muslimun Membuka Niqabnya
  44. Apabila Ustaz Dan Ustazah Berpoco-Poco
  45. Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Timbangan
  46. Berjabat Tangan dan Berpelukan Mana Yang Patut?
  47. Imam Tirmizi Menjelaskan Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
  48. Tariqat Naqsyabandiah
  49. Solat Istikhoroh Sebagai Satu Sarana Mendapatkan Petunjuk Terbaik
  50. Kebangkitan Islam
  51. Muhkamat dan Mutasyabihat
  52. Beberapa Kesalahan dalam Penamaan dan Istilah
  53. Syarat Dan Kaedah Berdakwah Kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
  54. Fatwa-Fatwa Ulama Berkenaan Menjatuhkan Pemerintah
  55. Berbahagia Orang Yang Sakit
  56. Siapakah Ulama Yang Benar-Benar Menjaga Agama Ini?
  57. Dalil-dalil Yang Mengharamkan Nyanyian dan Muzik
  58. Demonstrasi Bukan Jihad Tapi Maksiat
  59. Mengapa Ummat Islam Selalu Ditindas? 
  60. Jauhi Doa Syirik (Doa H1N1)  
  61. Penawar Penyakit Perpecahan Umat
  62. Forum: Marhaban Ya Ramadhan  
  63. Beberapa Kesalahan Dalam Bulan Ramadhan
  64. Bilangan Solat Tarawih 
  65. Konvokesyen IPTIPs 
  66. Malam Seribu Bulan: Lailatul Qadar 
  67. Mencontohi Rasulullah Dalam Merayakan 'Aidul Fitri 
  68. Meraih Kebahagiaan Hakiki 
  69. Al-Qawaid Al-Arba': Empat Kaedah Mengetahui Fenomena Kesyirikan 
  70. Siapakah Pengikut Imam Syafi'i Yang Sebenar? 
  71. Syarat-Syarat Amar Makruf Dan Nahi Mungkar 
  72. Kenali Syeikh Rabi' bin Hadi Al-Madkhali Hafizahullah
  73. Renungan & Nasihat Dari Gempa Yang Menimpa
  74. Solat Wanita Dan Kekhususannya
  75. Mari Berkenalan Dengan Manhaj Salaf 
  76. Hukum Menamakan Yahudi Dengan Israel 
  77. Makna Hadis-Hadis Tentang "Al-Jama'ah" 
  78. Bolehkah Melukis Gambar Makhluk Bernyawa?
  79. Tanda-Tanda Ahli Bid'ah 
  80. Lagi-Lagi Berkenaan Keharaman Nyanyian Dan Muzik 
  81. Tanda-Tanda Ahli Sunnah 
  82. Download Ceramah Ustaz Asri bin Sobri Di Institut Al-Qayyim 
  83. Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar? 
  84. Bahaya Pemikiran Sayyid Quthb 
  85. Bantahan Terhadap Rencana "Bahaya Wahabi" 
  86. Menjawab Artikel Tulisan Mahfuz Muhammad 
  87. Menjawab Tuduhan Terhadap Wahabi (1)
  88. Menjawab Tuduhan Terhadap Wahabi (2)
  89. Tersebarnya Bid'ah Terasingnya Sunnah 
  90. Mazhab Syafi'i Melarang Duduk Berkumpul Di Tempat Orang Yang Meninggal Dunia 
  91. Tips Agar Anak Anda Tidak Menjadi Teroris (Ceramah) 
  92. Kitab Selawat Kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam 
  93. Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Pemerintah 
  94. Penjelasan Jenis-Jenis Pemboikotan (Hajr) dan Syarat-Syaratnya 
  95. Fatwa-Fatwa Penting Sekitar 'Asyura 
  96. Hukum Menyambut Perayaan Awal Tahun Hijriah
  97. Hukum Menyambut Perayaan Hari Natal (Krismas) & Tahun Baru
  98. Fatwa-Fatwa Ulama Terhadap Ikhwan Muslimin
  99. Pujian Indah Para Ulama Ke Atas Syaikh Rabi' 
  100. Manhaj Ahli Sunnah Terhadap Ahli Bid'ah dan Kitab-Kitab Mereka 
  101. Sikap Para Sahabat dan Tabi'in Terhadap Ahli Bid'ah 
  102. Menjaga Aqidah Ketika Sakit 
  103. Membenci Poligami Adalah Membenci Salah Satu Syi'ar Allah 
  104. Sunnah-Sunnah Para Nabi 
  105. Tauhid Sejati Sebagai Penyelamat 
  106. Bid'ah Perayaan Maulid Nabi Pada Bulan Rabi'ul Awal 
  107. Safari Dakwah Masyaikh Ahlus Sunnah 
  108. Antara Adab Menuntut Ilmu (Nasehat Syeikh Albani) 
  109. Nasihat Untuk Remaja Muslim 
  110. Adakah Allah Dapat Di Lihat Di Dunia? 
  111. Membongkar Kedok Jemaah Tabligh
  112. Ilmu Jarah Dan Takdil Telah Mati?
  113. Bilakah Seseorang Dikeluarkan Dari Ahlus Sunnah? 
  114. Tempat Meletakkan Kedua Tangan Ketika Berdiri Dalam Solat 
  115. Fatwa Ulama Tentang 'April Pool' 
  116. Kepentingan Akidah Tauhid 
  117. Syarat-Syarat Memakai Pakaian Bagi Muslimah 
  118. Bukankah Jihad Di Jalan Allah Merupakan Amalan yang Paling Utama? 
  119. Menggerakkan Jari Telunjuk 
  120. Persatuan Yang Hakiki Adalah Kesepakatan Mengikuti Jejak Para Sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam 
  121. Merajut Persatuan Kaum Muslimin 
  122. Hadis Merapatkan Kedua Tumit Dalam Sujud  
  123. Prinsip-Prinsip Mengkaji Agama
  124. 20th May - Day Of Dumb Muslims 
  125. Pelepah Kurma Di Atas Kubur
  126. Mengatasi Kesulitan Rezeki
  127. Mengenal Yakjuj Dan Makjuj
  128. Sikap Asy-Syeikh Muqbil terhadap Osama Bin Laden
  129. Nasihat Kepada Salafiyyun Dalam Menghadapi Isu ESQ
  130. Hukum Menducapkan Selamat Datang Ramadhan
  131. Pembatal Puasa dan Hal-hal Yang Dibolehkan Bagi Orang Yang Berpuasa
  132. Menyingkap Syuhbat Seputar Tarawih
  133. Ucapan Tahniah (Selamat) Pada Hari Raya
  134. Hukum Mentaati Pemerintah Yang Tidak Berhukum Dengan Al-Kitab dan As-Sunnah
  135. Mencari Ilmu Dan Kesabaran 
  136. Penjelasan Ibnu Rajab Tentang Sifat-Sifat Allah
  137. Talbis Salafi Haraki
  138. Adakah Makruh Mengulangi Solat Jamaah Setelah Selesai Jamaah Yang Pertama?
  139. Penjelasan Islam Adalah Sunnah Dan Sunnah Adalah Islam
  140. Hukum Memindahkan Korban  
  141. Hukum Berbeza Tarikh Zulhijjah 
  142. Wara' Dusta Wara' Yang Sejuk!!

SALAFIAH WAHABIAH - http://www.wahabiah.blogspot.com/


  1. Apa Itu Wahabi?
  2. Musuh-Musuh Muhammad Bin Abdul Wahab
  3. Kenyataan-Kenyataan Yang Menyokong Muhammad Bin Abdul Wahab
  4. Tuduhan Dan Fitnah Terhadap Wahabi
  5. Risalah DiMana Allah
  6. Berhati-Hati Dengan Kumpulan Ahbash
  7. Kenali Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani
  8. Manhaj Salaf: Mendahulukan Syarak daripada Akal
  9. Hakikat Tasawwuf
  10. Allah Bersemayam Di Atas 'Arasy
  11. Sifat-Sifat Zatiyyah
  12. Menjawab Ahli Tafsil dengan Tafsil (2)
  13. Syi'ah Kembali Beraksi
  14. Ibn Taimiyyah Ulama Silam Yang Difitnah
  15. Tawassul Di Sisi Ahli Sunnah
  16. Apakah Syaikh al-Imam Muhammad bin Abdil Wahhab rahimahullahu memberontak dari Khilafah Utsmaniyah??
  17. Kenali Syeikh Muhammad Shalih Ibn 'Utsaimin
  18. Salah Faham Terhadap Al-Nawawi Dan Ibn Hajar
  19. Fitnah Virus Merebak Lagi
  20. Pelajaran Tentang Sifat-Sifat Allah (1)
  21. Dalil-Dalil Sifat Kalam Bagi Allah
  22. I'tiqad Para Imam Salaf As-Soleh Berkaitan Sifat-Sifat Allah
  23. Jawapan: Najd Sebagai Tempat Timbulnya Dan Fitnah Dari Timur
  24. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah
  25. Anda Beraqidah Tidak Selamat!!?
  26. Pelajaran Tentang Nama-Nama Dan Sifat-Sifat Allah (2)
  27. Al-Asya'irah Pada Pertimbangan Ahli Sunnah
  28. Kaidah Tentang Sifat-Sifat Allah Jalla Jalaluhu Menurut Ahlus Sunnah 
  29. Ucapan "Sesungguhnya Allah Berada Dimana-mana."
  30. Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahhabiyah Dan Bukannya Ahli Sunnah Yang Sebenar???
  31. Hakikat Dakwah Salafiyyah
  32. Soal Jawab: Benarkah Dakwah Salaf Dakwah Perpecahan?? (Menyikapi Perselisihan Sesama As-Salafiyyun)
  33. Berhati-Hati Terhadap Beberapa fahaman Bid'ah Yang Menyelewengkan Aqidah Umat Islam
  34. Pujian Terhadap Sayyid Muhammad Rasyid Redha Dalam Menyebarkan dakwah Salafiyyah
  35. Kaedah Dalil-Dalil Al-Asma' Wa Al-Sifat [1]
  36. Mempercayai Allah Di atas ‘Arsy: “Benarkah Mereka Ada Penyakit Hati?”
  37. Menjawab Buku Ahli Sunnah Al-Asya'irah
  38. Pencetus Istilah Pertama Wahabi
  39. Pendapat Imam-Imam Mazhab Mengenai Ittiba' Rasulullah Dan Menjauhi Taqlid Buta
  40. Hakikat Sufi Yang Perlu Diketahui, Dan Wahabi Bukanlah Sufi
  41. Wahabi: Meluruskan Salah Faham
  42. Syubhat Takwil Dalam Akidah Salafiyyah
  43. Golongan Yang Mengikut Mutasyabihat
  44. Genderang Takfir Berbunyi Di Sela-Sela Dentuman Bom Israel
  45. Pembahagian Tauhid Menjadi Tiga Bukan Rekaan Ibn Taimiyah
  46. Ma'iyyah Allah: Bantahan Terhadap Kelompok Yang Menyeleweng
  47. Atsar-Atsar Dari Salaf Tentang Ketinggian Allah Di Atas 'Arasy
  48. Ibn Hajar Menukilkan Pendapat Yang Benar Dalam Kitab Fathul Baari
  49. Pandangan Rasmi Jakim Tentang Isu Wahhabiyyah
  50. Awal Wajib: Antara Nas dan Logika
  51. Kursi Dan 'Arasy Allah
  52. Arasy-Nya Di Atas Air
  53. Pendapat Imam Syafi'i Tentang Tauhid
  54. Adakah Tauhid Rububiyyah Sahaja Memadai?
  55. 'Aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama'ah dalam Sifat Allah Ta'ala
  56. Antara Abu Syafiq & Jahmiyyah: Wujudkah Persamaannya?
  57. Menangkis Fitnah K.H Sirajuddin Abbas al-Jahmiyyah Ke atas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah
  58. Bantahan Terhadap Blog-Blog Penentang Manhaj Salaf: Sifat Ketinggian Allah Di Atas 'Arasy 
  59. Eksklusif - Dr Wahbah Zuhaili & Tauhid Tiga
  60. Tafwidh: Antara Makna & Kaifiat (I) 
  61. Tafwidh: Antara Makna & Kaifiat (II) 
  62. Lakukan Nas Sesuai Zahirnya 
  63. Syubhat Dan Hujah Orang-Orang Yang Membolehkan Perayaan Maulid Beserta Bantahannya 
  64. Sufi Adalah Pengikut Firqah Asy'ariyah 
  65. Kebanyakan Bukan Ukuran Kebenaran 
  66. Meluruskan Pemahaman Keliru Tentang Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab

PEGANGAN RUFAQA' PEGANGAN AL-ARQAM - http://www.pegangan-rufaqa.blogspot.com/


  1. Pemuda Bani Tamim
  2. Masalah Tawassul
  3. Aurad Muhammadiah
  4. Imam Al-Mahdi
  5. Aqidah Rufaqa: Abuya boleh runding ttg sakit, nazak dan kematian
  6. Menyingkap Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad
  7. Amalan-Amalan Al-Arqam/Rufaqa (1) 
  8. Masalah Yaqzah 
  9. Ashaari Dan Keajaibannya: Perjuangan Yang Tak Selesai-Selesai
  10. Pendidikan Rasulullah Versi Abuya
  11. Di Malaysia Rufaqa Di Indonesia Hawariyun
  12. Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI)
  13. Tasawuf Dan Ilmu Ladunni

AL-MUWAHHIDUN DOWNLOAD 4SHARED - Klik Di Sini



Rabu, 7 Mei 2008

KISAH DAJJAL (bhgn 1)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya." [Surah Al-An'am: 158]

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: "Tiga perkara yang apabila telah muncul maka tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam imannya itu iaitu terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang yang keluar dari perut bumi."

Para ulama Ahli sunnah wal Jamaah menjelaskan bahawasanya Dajjal pasti akan muncul kerana hadis-hadis yang menceritakan tentangnya telah mencapai taraf mutawatir sebagaimana dibentangkan takhrij hadis-hadisnya oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya "Qisshah al-Masih al-Dajjal wa Nuzuli 'Isa 'Alaihi Solatu Wassalam wa Qatlihi Iyyahu."

Begitu juga tanda-tanda kiamat selain dajjal diikuti juga dengan tanda-tanda yang lain antaranya seperti gempa bumi di sebelah timur, barat dan jazirah arab, keluarnya asap, binatang dari perut bumi, Ya'juj dan Ma'juj, terbitnya matahari dari sebelah barat, dan keluarnya api dari lembah 'Adn yang mengiringi manusia. Hal ini disampaikan oleh Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Fitan Asyrath al-Sa'ah, sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga terjadinya sepuluh tanda…" kemudian disebutkan tanda-tanda sebagaimana telah disebutkan tadi termasuk dajjal.

Disebabkan itulah hendaklah kita beramal soleh sebanyak yang mungkin sebelum keluarnya tanda-tanda kiamat yang besar di atas. Disamping munculnya dajjal juga akan muncul al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Ini semua telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadis-hadisnya yang sahih.

Sifat-sifat Dajjal

Dajjal adalah seorang lelaki muda yang berkulit merah, tubuhnya pendek, berambut kerinting, lebat dan tidak terurus, dahinya lebar, sebelah matanya buta (dalam riwayat Bukhari menyatakan sebelah kanan manakala Imam Muslim meriwayatkan yang buta adalah sebelah kiri), mata kirinya tidak nampak jelas dan ada kulit yang tipis selaput mata yang menebal dalam riwayat lain ia berwarna hijau seperti bintang mutiara. Manakala mata kanannya sangat jelas seperti buah anggur yang terapung dalam riwayat lain tidak menonjol dan tidak pula timbul ke permukaan. Sedang di antara kedua matanya tertulis perkataan 'kafir' yang dapat dibaca oleh orang yang beriman dan orang yang sangat benci pada perbuatannya sama ada yang pandai membaca atau yang buta huruf. [Kisah Dajjal, Al-Albani, hal 168-169, Pustaka Imam Syafi'i]

Dajjal adalah makhluk paling besar fitnah yang dibawa olehnya. Dajjal juga tidak mempunyai anak dan keturunan.

Keluarnya Dajjal

Dajjal akan keluar dari arah sebelah timur yang bernama khurasan di kampung Yahudiyah kota Ashbahan. Kemudian dajjal akan mengembara ke seluruh dunia. Tidak terdapat satu pun tempat yang tidak pernah dimasuki dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Diriwayatkan juga dajjal tidak dapat memasuki empat buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Thur dan Masjid Al-Aqsa. Dajjal keluar dari perkampungan yahudiyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan sebagaimana diterangkan dalam hadis riwayat Ahmad.

Tiga tahun sebelum kemunculan dajjal manusia dilanda kesusahan dalam kehidupan mereka. Manusia pada ketika itu kelaparan disebabkan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada tahun pertama, sepertiga langit tidak menurunkan hujan serta sepertiga juga dari tumbuh-tumbuhan tidak tumbuh. Kemudian pada tahun kedua, bertambah lagi dua pertiga sehingga ke tahun yang ketiga sama sekali tidak ada lagi hujan yang turun dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan kesemuanya mati dan haiwan-haiwan juga mati akibat ketiadaan makanan kecuali beberapa haiwan sahaja. Nabi s.a.w. berpesan bekalan makanan manusia pada ketika itu adalah bacaan tahlil, takbir, dan tahmid.

Dajjal tidak dapat memasuki Madinah yang pada ketika itu mempunyai 7 buah pintu, setiap daripada pintu tersebut terdapat 2 malaikat yang menjaganya dengan membawa pedang yang terhunus. Para malaikat menjaga Mekah dan Madinah daripada dimasuki dajjal sehinggalah dajjal pergi ke suatu tanah yang lembab di belakang gunung Uhud, ia memukul-mukul bahagian depan badannya. Kemudian kawasan Madinah mula bergegar sehingga manusia di Madinah yang munafik baik lelaki maupun wanita kesemuanya berlari menuju ke tempat dajjal. Ternyata ketika itu golongan yang paling ramai adalah golongan wanita. Hari itu disebut sebagai "Yaumul Khalash" iaitu hari keterbebasan.

Rabu, 30 Januari 2008

ANTARA SUNNAH-SUNNAH YANG TELAH DITINGGALKAN


Pada hari ini lebih ramai orang meninggalkan sunnah dan mengambil yang bukan sunnah untuk di amalkan. Sedangkan banyaknya sunnah nabi yang ditinggalkan untuk kita amalkan. Apalah gunanya rasul jika tidak diikuti sunnahnya yang telah disyariatkan. Di sini ada 18 sunnah di antara sunnah-sunnah yang telah ditinggalkan. Bersama-samalah kita amalkan semula sunnah tersebut.

Di antara sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah adalah berdo'a. Di dalam berbagai kegiatan yang kita lakukan, disunnahkan bagi kita untuk membaca do'a/dzikir padanya. Di antaranya adalah:


1. Do'a Memakai Baju/Pakaian


Kaum muslimin, rahimakumullaah. Hendaklah setiap kali kita memakai baju, baik gamis, baju koko, jaket, kaos ataupun jenis baju lainnya, kita membaca:


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ


"Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan yang telah memberikan rizki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku." (HR. Abu Dawud, At-Tirmidziy dan Ibnu Majah, lihat Irwaa`ul Ghaliil 7/47)


2. Do'a Memakai Baju Baru


Ketika kita memakai baju/pakaian yang baru maka disunnahkan untuk membaca:


اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ


"Ya Allah, segala puji hanya untuk-Mu. Engkau telah memakaikan pakaian ini kepadaku. Aku meminta kepada-Mu akan kebaikannya dan kebaikan yang dibuat untuknya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejelekannya dan kejelekan yang dibuat untuknya." (HR. Abu Dawud, At- Tirmidziy dan Al-Baghawiy, lihat Mukhtashar Syamaa`il At-Tirmidziy karya Asy-Syaikh Al-Albaniy hal.47)


Kita meminta kepada Allah kebaikan pakaian dikarenakan pakaian itu bisa digunakan sebagai sarana untuk beribadah kepada-Nya. Sebaliknya kita meminta perlindungan dari kejelekannya karena pakaian itu bisa menjadi sebab berbuat durhaka kepada-Nya seperti adanya perasaan 'ujub, sombong dan sejenisnya.


3. Mendo'akan Orang yang Memakai Baju Baru


Apabila kita melihat orang lain, saudara ataupun teman kita memakai baju baru, maka disunnahkan bagi kita untuk mendo'akannya. Adapun do'anya adalah:


تُبْلِي وَيُخْلِفُ اللهُ تَعَالَى


"Semoga berumur panjang, dipakai sampai usang dan diganti dengan yang lebih baik oleh Allah Ta'ala." (HR. Abu Dawud 4/41, lihat Shahih Abu Dawud 2/760)

Atau membaca:


اِلْبَسْ جَدِيْدًا، وَعِشْ حَمِيْدًا، وَمُتْ شَهِيْدًا


"Pakailah (pakaian) yang baru, hiduplah dengan terpuji, dan matilah sebagai orang yang syahid." (HR. Ibnu Majah 2/1178 dan Al-Baghawiy 12/41, lihat Shahih Ibnu Majah 2/275)


4. Do'a ketika Melepas Baju


Apabila kita melepas baju/pakaian, hendaklah kita membaca:

بِسْمِ اللهِ


"Dengan nama Allah." (HR. At-Tirmidziy 2/505 dan lainnya, lihat Irwaa`ul Ghaliil no.49 dan Shahiihul Jaami' 3/203)


5. Do'a Masuk Tandas


Do'a masuk tandas atau kamar mandi dan tempat-tempat sejenisnya dibaca sebelum masuk. Karena kita dilarang membaca Al-Qur`an, berdzikir, berdo'a atau membaca Asma`ul Husna di tempat yang kotor dan najis seperti tandas.


Apabila kita akan masuk tandas atau kamar mandi, maka ucapkanlah:

بِسْمِ الله للَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ


"Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (gangguan) syaithan laki-laki dan syaithan perempuan." (HR. Al-Bukhariy 1/45 dan Muslim 1/283, dan tambahan basmalah di awalnya, itu diriwayatkan oleh Sa'id bin Manshur, lihat Fathul Baari 1/244)


6. Do'a Keluar dari Tandas


Apabila kita telah keluar dari tandas atau kamar mandi, maka disunnahkan untuk membaca:


غُفْرَانَكَ


"(Aku memohon) ampunan-Mu." (HR. Abu Dawud, At-Tirmidziy dan Ibnu Majah, An-Nasa`iy di dalam 'Amalul Yaum wal Lailah, lihat takhrij Zaadul Ma'aad 2/387)


7. Dzikir Sebelum Wudhu`


Apabila kita mau berwudhu` maka bacalah:


بِسْمِ اللهِ


"Dengan nama Allah." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad, lihat Irwaa`ul Ghaliil 1/122)


8. Dzikir Setelah Selesai Wudhu`


Apabila selesai dari wudhu` maka disunnahkan bagi kita untuk membaca:


أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ


"Aku bersaksi bahwasanya tidak ada tuhan yang berhak diibadahi kecuali Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwasanya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya." (HR. Muslim 1/209)


Atau ditambah dengan membaca:


اللَّّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ


"Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang selalu bersuci." (HR. At-Tirmidziy 1/78, lihat Shahih At-Tirmidziy 1/18)


Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan keutamaannya, "Tidaklah salah seorang dari kalian berwudhu` lalu menyempurnakan wudhu`nya kemudian mengucapkan, "Aku bersaksi ... ." kecuali akan dibukakan untuknya lapan pintu surga, dia akan masuk dari pintu manapun yang dia sukai." (HR. Muslim 1/209)


9. Dzikir Keluar dari Rumah


Apabila kita keluar dari rumah maka disunnahkan untuk membaca:


تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله ِبِسْمِ اللهِ


"Dengan nama Allah, aku hanya bertawakkal kepada Allah. Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." (HR. Abu Dawud 4/325 dan At-Tirmidziy 5/490, lihat Shahih At-Tirmidziy 3/151)


اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيْهِ


"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu (jangan sampai) aku tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, berbuat zhalim atau dizhalimi, berbuat kebodohan atau dibodohi." (HR. Ash- haabus Sunan, lihat Shahih At-Tirmidziy 3/152 dan Shahih Ibnu Majah 2/336)


10. Dzikir Masuk Rumah


Berkata Al-Imam An-Nawawiy, "Disukai bagi seseorang apabila masuk ke rumahnya untuk mengucapkan bismillaah dan memperbanyak berdzikir kepada Allah serta mengucapkan salam. Sama saja, apakah di rumah ada orang ataupun tidak."


Hal ini berdasarkan firman Allah Ta'ala,


فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً


"Maka apabila kalian memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini), hendaklah kalian memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada diri kalian sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkah lagi baik." (An-Nuur:61)


Dan berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam kepada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, "Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke keluargamu maka ucapkanlah salam! Yang akan menjadi berkah bagimu dan bagi keluargamu." (HR. At-Tirmidziy no.2841, hadits hasan dengan syawahidnya, lihat Shahih Kitab Al-Adzkaar wa Dha'iifuh 1/101)


Demikian juga sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, "Apabila seseorang masuk ke rumahnya, lalu berdzikir kepada Allah (menyebut nama Allah) ketika memasukinya dan ketika makan, maka berkatalah syaithan, "Tidak ada tempat menginap (bermalam) bagi kalian (yakni teman-temannya dari bangsa jin-pent.) dan tidak ada makan malam." Dan apabila dia masuk (ke rumahnya) lalu tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya, maka berkatalah syaithan, "Kalian mendapatkan tempat menginap." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka berkatalah syaithan, "Kalian mendapatkan tempat menginap dan makan malam." (HR. Muslim no.2018 dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu 'anhu)


Adapun do'a masuk rumah dengan lafazh, "Bismillaahi Walajnaa wa Billaahi Kharajnaa, ... ." maka ini adalah hadits dha'if sebagaimana dikatakan oleh Asy-Syaikh Al-Albaniy dan Asy-Syaikh Salim. Lihat Shahih Kitab Al-Adzkaar wa Dha'iifuh 1/101-103.


11. Do'a Masuk Masjid


Apabila masuk masjid, maka kita disunnahkan untuk membaca shalawat dan salam kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam serta membaca do'a. Bacaannya sebagai berikut:


أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ


"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dan dengan Wajah-Nya Yang Maha Mulia serta dengan Kekuasaan-Nya Yang Abadi dari (gangguan) syaithan yang terkutuk." (HR. Abu Dawud, lihat Shahiihul Jaami' no.4591)


بِسْمِ اللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ، اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ


"Dengan nama Allah, semoga shalawat dan salam senantiasa tercurah kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu." (HR. Ibnus Sunniy no.88, Abu Dawud 1/126 dan Muslim 1/494)


12. Do'a Keluar dari Masjid


Apabila keluar dari masjid hendaklah kita mengucapkan:


بِسْمِ اللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ، اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ، اللَّهُمَّ اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ


"Dengan nama Allah, semoga shalawat dan salam senantiasa tercurah kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan karunia- Mu. Ya Allah, peliharalah aku dari (gangguan) syaithan yang terkutuk." (Lihat keterangan do'a no.11, lafazh do'a terakhir dikeluarkan oleh Ibnu Majah, lihat Shahih Ibnu Majah 1/129)


13. Dzikir-Dzikir Adzan


(1). Membaca seperti apa yang diucapkan muadzdzin kecuali pada kalimat "hayya 'alash shalaah" dan "hayya 'alal falaah" maka mengucapkan: “lahaula wala quwwata illa billa” (HR. Al-Bukhariy 1/152 dan Muslim 1/288)


(2). Mengucapkan:


وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلاً، وَبِالإِسْلاَمِ دِيْنًا


"Aku bersaksi bahwa tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bahwasanya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya. Aku ridha Allah sebagai Rabb, aku ridha Muhammad sebagai Rasul dan aku ridha Islam sebagai agamaku." (HR. Muslim 1/290)


Dzikir ini diucapkan setelah muadzdzin mengucapkan tasyahhud (dua kalimat syahadat: asyhadu allaa ilaaha illallaah, asyhadu anna muhammadar rasuulullaah). (HR. Ibnu Khuzaimah 1/220)


(3). Bershalawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam setelah selesai menjawab adzan (yakni setelah muadzdzin selesai adzan). (HR. Muslim 1/288)


(4). Berdo'a setelah selesai menjawab adzan:


اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ


"Ya Allah, Rabb Pemilik seruan yang sempurna ini dan Rabb shalat yang ditegakkan ini. Berilah kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam wasilah (kedudukan dan derajat yang mulia) dan keutamaan, dan bangkitkanlah dia pada kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya."


Tentang keutamaannya maka disebutkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, "Barangsiapa yang mengucapkan do'a ini ketika (selesai) mendengar adzan, maka halal baginya syafa'atku pada hari kiamat". (HR. Al-Bukhariy 1/152 no.614)


Suatu keutamaan yang besar! Selayaknya bagi kita untuk tidak melewatkannya. Ketika mendengar seruan adzan maka konsentrasikanlah untuk menjawabnya. Jangan tersibukkan oleh urusan lain kecuali urusan yang sifatnya darurat. Setelah selesai adzan, berdo'alah dengan do'a tersebut, niscaya di hari kiamat kita akan mendapatkan syafa'atnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.


Disebutkan bahwa salah seorang 'ulama besar abad ini sedang menerima telepon. Ketika terdengar seruan adzan, beliau rahimahullah mengatakan kepada sang penelpon, "Maaf, saya akan menjawab adzan dulu, nanti pembicaraannya dilanjutkan lagi."


Suatu tauladan yang mulia yang patut untuk ditiru.


Adapun tambahan "innaka laa tukhliful mii'aad" adalah tambahan yang syaadz (menyelisihi hadits yang lebih shahih), lihat Al-Kalimuth Thayyib dengan takhrijnya oleh Asy-Syaikh Al-Albaniy dan lainnya.


(5). Berdo'a untuk dirinya antara adzan dan iqamah, karena sesungguhnya berdo'a ketika itu tidak akan ditolak. (HR. Abu Dawud, At-Tirmidziy dan Ahmad, lihat Irwaa`ul Ghaliil 1/262)


14. Dzikir-Dzikir Menjelang Tidur


(1). Mengumpulkan kedua telapak tangannya kemudian meniup keduanya lalu membaca surat Al-Ikhlaash, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian mengusap badannya semampunya dengan kedua tangannya, dimulai dari kepalanya, wajahnya dan bagian depan dari badannya. Hal ini dilakukan tiga kali. (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 9/62 dan Muslim 4/1723)


(2). Membaca ayat kursi. Barangsiapa yang membacanya ketika dia merebahkan dirinya di tempat tidurnya maka sesungguhnya akan senantiasa ada baginya dari sisi Allah yang akan menjaganya dan syaithan tidak akan mendekatinya sampai subuh. (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 4/487)


(3). Membaca surat Al-Baqarah:285-286 (dua ayat terakhir). Barangsiapa yang membaca dua ayat ini pada malam hari maka dua ayat ini akan mencukupinya. (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 9/94 dan Muslim 1/554)


(4). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bangkit dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka kibasilah (bersihkanlah) tempat tidurnya tersebut dengan ujung kain/sarungnya tiga kali dan sebutlah nama Allah. Karena sesungguhnya dia tidak tahu apa yang menggantinya setelah dia meninggalkannya. Dan apabila dia berbaring (hendak tidur) maka ucapkanlah:


بِاسْمِكَ رَبِّيْ وَضَعْتُ جَنْبِيْ، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فَإِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِيْ فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


"Dengan nama-Mu, Ya Tuhanku, aku meletakkan lambungku, dan dengan nama-Mu pula aku mengangkatnya. Maka jika Engkau menahan jiwaku (ruhku) maka rahmatilah dia. Dan jika Engkau melepaskannya maka jagalah dia dengan sesuatu yang Engkau jaga dengannya hamba- hamba-Mu yang shalih." (HR. Al-Bukhariy 11/126 dan Muslim 4/2084)


(5). Membaca:


اللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلَقْتَ نَفْسِيْ وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا، اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakan jiwaku (ruhku) dan Engkaulah yang mewafatkannya. Milik Engkaulah mati dan hidupnya. Jika Engkau menghidupkannya maka jagalah dia dan jika Engkau mematikannya maka ampunilah dia. Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu keselamatan." (HR. Muslim 4/2083 dan Ahmad 2/79, dan lafazh hadits ini miliknya)


(6). Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam apabila ingin tidur maka beliau meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya kemudian membaca:


اللَّهُمَّ قِنِيْ عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ


"Ya Allah, lindungilah aku dari 'adzab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu." Dibaca tiga kali. (HR. Abu Dawud 4/311 dan ini lafazhnya, lihat Shahih At-Tirmidziy 3/143)


(7). Membaca:


بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا


"Dengan nama-Mu, Ya Allah, aku mati dan aku hidup." (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 11/113 dan Muslim 4/2083)


(8). Membaca Subhaanallaah 33x, Alhamdulillaah 33x dan Allaahu Akbar 34x. Barangsiapa yang mengucapkannya ketika merebahkan diri di tempat tidurnya maka hal ini lebih baik baginya daripada seorang pembantu. (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 7/71 dan Muslim 4/2091)


(9). Membaca:


اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ، أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْء، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ


"Ya Allah, Rabbnya langit yang tujuh dan Rabbnya 'arsy yang agung. Rabb kami dan Rabbnya segala sesuatu, Yang membelah biji-bijian dan biji kurma. Yang menurunkan Taurat, Injil dan Al- Qur`an. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu. Engkaulah Yang memegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah Yang Awwal maka tidak ada sesuatu pun yang sebelum-Mu. Dan Engkaulah Yang Akhir maka tidak ada sesuatu pun yang setelah-Mu. Dan Engkaulah Yang Zhahir (Maha Tinggi) maka tidak ada sesuatu pun yang ada di atas-Mu. Dan Engkaulah Yang Bathin (Maha Dekat) maka tidak ada sesuatu pun yang lebih dekat daripada-Mu. (Ya Tuhanku) lunasilah hutang kami dan cukupilah kami dari kemiskinan." (HR. Muslim 4/2084)


(10). Membaca:


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَكَفَانَا، وَآوَانَا، فَكَمْ مِمَّنْ لاَ كَافِيَ لَهُ وَلاَ مُؤْوِيَ


"Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberi kami makan, dan yang telah memberi kami minum, yang telah mencukupkan kami dan yang telah melindungi kami. Karena berapa banyak orang yang tidak mempunyai yang mencukupinya dan yang melindunginya." (HR. Muslim 4/2085)


(11). Membaca:


اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِيْ سُوْءًا، أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ


"Ya Allah, Yang mengetahui perkara ghaib dan yang nampak, Pencipta langit dan bumi, Rabbnya segala sesuatu dan Yang memilikinya. Aku bersaksi bahwasanya tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaithan dan sekutunya. Dan jangan sampai aku menjerumuskan diriku ke dalam kejelekan atau menimpakannya kepada seorang muslim." (HR. Abu Dawud 4/317 dan At-Tirmidziy, lihat Shahih At-Tirmidziy 3/142)


(12). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Jika kamu ingin pergi ke tempat tidur maka berwudhu`lah sebagaimana kamu berwudhu` untuk shalat. Kemudian berbaringlah di sebelah sisimu yang kanan lalu ucapkanlah:


اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيْ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إٍلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ


"Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepada-Mu dan aku memasrahkan urusanku kepada-Mu. Dan aku hadapkan wajahku kepada-Mu dan aku sandarkan punggungku kepada-Mu, dalam keadaan harap dan cemas hanya kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari (siksa)Mu kecuali hanya kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan (aku beriman) kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utus."


Rasulullah menyatakan kepada orang yang mengucapkan do'a ini: "Jika kamu mati maka kamu mati di atas fithrah (Islam)." (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 11/113 dan Muslim 4/2081)

(13). Membaca surat As-Sajdah dan Al-Mulk. (HR. At-Tirmidziy dan An-Nasa`iy, lihat Shahiihul Jaami' 4/255)


Do'a-do'a menjelang tidur ini jika tidak mampu dibaca semua maka bacalah semampunya.


15. Do'a ketika Berbolak-balik (di Pembaringan) di Malam Hari


Ketika kita sedang tidur di malam hari kemudian badan kita berbolak-balik ke kanan dan ke kiri, maka hendaklah kita mengucapkan:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيْزُ الْغَفَّارُ


"Tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah, Yang Esa lagi Maha Perkasa. Rabbnya langit dan bumi serta semua yang ada di antara keduanya, Dzat Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun." (HR. Al-Hakim, lihat Shahiihul Jaami' 4/213)


16. Do'a ketika Tersentak dalam Tidur dan Orang yang Dihinggapi Rasa Kesepian


Hendaklah dia membaca:


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنَ


"Aku berlindung dengan kalimat (firman) Allah yang sempurna dari kemurkaan dan siksaan-Nya serta dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari bisikan-bisikan syaithan, serta apabila mereka datang (yakni berlindung dari kedatangan mereka dari kalangan syaithan)." (HR. Abu Dawud 4/12, lihat Shahih At-Tirmidziy 3/171


17. Amalan dan Do'a ketika Melihat Mimpi Buruk dan Mimpi Kosong (Mimpi yang Tidak Bisa Ditafsirkan)


(1). Hendaklah dia meludah ringan ke arah kirinya tiga kali. Berlindung kepada Allah dari godaan syaithan dan (berlindung) dari kejelekan apa yang dilihatnya, tiga kali. (HR. Muslim 4/1772, 1773)


(2). Tidak menceritakannya kepada siapapun. (HR. Muslim 4/1772)


(3). Mengubah/Berpindah dari posisi tidur sebelumnya. (HR. Muslim 4/1773)


(4). Hendaklah dia bangkit untuk melakukan shalat kalau dia mau. (HR. Muslim 4/1773)


18. Dzikir-Dzikir ketika Bangun Tidur


Ketika bangun tidur hendaklah kita membaca:


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ


"Segala puji hanya bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan hanya kepada-Nya (kami) dikumpulkan." (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 11/113 dan Muslim 4/2083


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، رَبِّ اغْفِرْلِيْ


"Tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik- Nya kerajaan dan milik-Nya segala puji dan Dia Maka Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, dan segala puji hanya milik Allah, dan tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah, dan Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Ya Tuhanku, ampunilah aku."


Siapa yang mengucapkannya maka akan diampuni (dosa-dosanya), dan jika berdo'a maka akan dikabulkan dan jika dia bangkit lalu berwudhu` kemudian shalat maka akan diterima shalatnya. (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 3/39 dan lainnya)


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ عَافَانِيْ فِيْ جَسَدِيْ وَرَدَّ عَلَيَّ رُوْحِيْ وَأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ


"Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberi keselamatan kepadaku dalam jasadku dan yang telah mengembalikan ruhku kepadaku dan yang telah mengizinkanku untuk berdzikir/mengingat-Nya." (HR. At-Tirmidziy 5/473, lihat Shahih At-Tirmidziy 3/144)


Dan membaca surat Aali 'Imraan:190-200. (HR. Al-Bukhariy bersama Fathul Baarii 8/237 dan Muslim 1/530)


[Sumber - Lammud Duril Mantsuur minal Qaulil Ma`tsuur, Hishnul Muslim min Adzkaaril Kitaab was Sunnah karya Asy-Syaikh Sa'id bin 'Ali bin Wahf Al-Qahthaniy dan Shahih Kitab Al-Adzkaar wa Dha'iifuhu, dipetik dari Darus Salaf (http://fdawj.co.nr/)]

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...