Memaparkan catatan dengan label Ikhwan Muslimin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikhwan Muslimin. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Mei 2011

Pembelaan Terhadap Ahli Madinah Daripada Tipu Daya Dajjal dan Pengikutnya

Disaat huru-hara, demontsrasi, kekacauan, fitnah yang berlaku di hampir keseluruhan negara-negara Arab, namun Allah masih menjaga keamanan di Madinah An-Nabawiyyah di mana bumi yg bersemadinya jasad insan yang paling mulia Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Begitu juga melihat syirik, khurafat, bid`ah yang membelenggu hampir kesemua negara-negara umat memang menakutkan dan menyedihkan. Justeru disebalik kesedihan dan ketakutan itu maka Allah Ta`ala masih menjaga kedua tanah Haram daripada belenggu kesyirikan, dan bid`ah hinggakan syi`ar Tauhid dan panji Sunnah sentiasa tertegak di sini.

Benarlah sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam:

إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

"Sesungguhnya Iman akan kembali berhimpun ke Madinah sebagaimana kembalinya ular ke lubangnya." [HR Bukhari no:1876]

Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah mengulas maksud hadith ini;

قَوْله كَمَا تأزر الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا أَيْ إِنَّهَا كَمَا تَنْتَشِرُ مِنْ جُحْرِهَا فِي طَلَبِ مَا تَعِيشُ بِهِ فَإِذَا رَاعَهَا شَيْءٌ رَجَعَتْ إِلَى جُحْرِهَا كَذَلِكَ الْإِيمَانُ انْتَشَرَ فِي الْمَدِينَةِ وَكُلُّ مُؤْمِنٍ لَهُ مِنْ نَفْسِهِ سَائِقٌ إِلَى الْمَدِينَةِ لِمَحَبَّتِهِ فِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَشْمَلُ ذَلِكَ جَمِيع
الْأَزْمِنَةِ لِأَنَّهُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلتَّعَلُّمِ مِنْهُ وَفِي زَمَنِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعيِهِمْ لِلِاقْتِدَاءِ بِهَدْيِهِمْ وَمِنْ بَعْدِ ذَلِكَ

"Maksud sebagaimana kembalinya ular ke lubangnya iaitu sebagaimana ianya bertebaran keluar daripada lubangnya untuk mencari apa yang boleh menjamin keberlangsungan hidupnya,apabila ada sesuatu yang mebuatkan dirinya takut maka ia kembali ke lubangnya, begitulah juga Iman (ahli-ahlinya), yang bertebaran di Madinah, dan setiap mukmin bagi dirinya sendiri akan cenderung untuk datang ke Madinah disebabkan kecintaannya terhadap Nabi Sallallahu`alaihi wasallam maka kelebihan (madinah) ini merangkumi setiap zaman kerana sesungguhnya pada zaman Nabi sallallahu`alaihi wasallam kehadiran mereka ke sana adalah bertujuan untuk mempelajari ilmu daripada baginda,dan pada zaman Sahabat dan Tabi`in dan orang-orang yang mengikuti mereka bertujuan untuk mengikuti dan mencontohi petunjuk mereka dan begitu orang-orang selepas mereka.." [Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari 4/ 93]

Kata Ibn Batthal rahimahullah ketika menyifatkan Iman dan ahlinya di Madinah:

فكذلك الإيمان لما دخلته الدواخل لم يقصد المدينة إلا مؤمن صحيح الإيمان

"Begitulah iman disebabkan apa yang asing telah memasukinya (berupa syirik dan bid`ah), tidaklah bertujuan untuk datang ke Madinah melainkan seorang mukmin yang shahih imannya." [Syarah Shahih Al-Bukhari Ibn Batthal 4/548]

Perlu diingatkan bukan semua yang ada dan datang belajar di Madinah adalah mereka yang benar dan shahih imannya, dan maksud kalam Ibnu Batthal itu jelas menunjukkan mereka yang rosak akidahnya dan bercanggah dengan akidah yang shahih seperti penganut akidah Syiah, Sufiyyah, Asya`irah adalah tidak termasuk dalam maksud kalam Nabi kerana akidah mereka bercanggah dan berlawanan dengan Akidah Nabi sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat, tabi`in dan para ulama` salafussoleh. Maka disini neraca Al-Quran dan As-Sunnah serta Manhaj Salaf sangat diperlukan untuk menentukan keshahihan akidah seseorang.

Sebab itulah Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

أَلَا إِنَّ الْمَدِينَةَ كَالْكِيرِ، تُخْرِجُ الْخَبِيثَ، لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَنْفِيَ الْمَدِينَةُ شِرَارَهَا، كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ

"Maka ketahuilah sesungguhnya Al-Madinah seperti besi (yang dibakar), keluar darinya kotoran,tidak akan berlaku kiamat hinggalah Madinah mengeluarkan orang-orang yang jahat di dalamnya, sebagaimana besi yang panas mengeluarkan kotoran besi." [HR Muslim no:1381]

Maka hadith ini menjadi dalil bahawasanya orang-orang yang jahat memang wujud di Madinah sehinggalah Allah mengeluarkan mereka dari Madinah apabila hampir berlaku kiamat nanti,realitinya kita melihat ramai sahaja golongan Syiah, Sufiyyah dan mereka yang tidak berada di atas Manhaj Rasulullah dan Para Salaf masih bertebaran di tanah haram Madinah,maka hadith ini menjadi jawapan konkrit terhadap syubhat sebahagian mereka yang terkeliru dengan masalah ini.

Sebab itu juga perlu diketahui sewaktu Dajjal akan keluar nanti maka ia akan keluar dari Isfahan (Iran di mana sarang dan negara Syiah) dan dia akan diikuti oleh 70 000 Yahudi daripada Isfahan, hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rahimahullah daripada Anas bin Malik daripada Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ، سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمُ الطَّيَالِسَةُ

"Dajjal akan diikuti oleh 70 000 Yahudi daripada Isfahan (Iran) mereka memakai at-Tayalisah." [HR Muslim no:2944 ]

Maka sesiapa yang berakal dan mahu memikirkan sudah mengetahui betapa eratnya hubungan Yahudi dengan Syiah Rafidhah di Iran, maka hal ini menjadikan kita perlu lebih berwaspada dengan fitnah mereka yang merupakan pengikut dajjal yang teramai sila lihat link ini : http://www.youtube.com/watch?v=Rn4ZX99Fbxs

Akhir-akhir ini ikhwan Muslimin juga turut menunjukkan wajah mereka yang sebenar apabila dengan bangganya memuji serta menyokong Iran dan pemimpin tertinggi Syiah Rafidhah, Khomenei dan Ahmadinejad serta negara syiah Iran. Sila rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=XNOCUcXQ8Q0

Sebagaimana yang didedahkan oleh para Ulama Salaf seperti Ahli Hadith Mesir Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah, Ikhwan Muslimin adalah Khawarij, menurut Ulama Salaf Syam,juga anak murid utama Ahli Hadith abad ini As-Syaikh Al-Albani, As-Syaikh Salim bin `Eid Al-Hilali hafizahullah, beliau menyebut dajjal akan keluar dari kelompok Khawarij ,Syaikh berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah dalam sunannya dengan sanad yang shahih, daripada Abdullah bin `Umar radiallahua`anhuma daripada Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

«يَنْشَأُ نَشْءٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ» قَالَ ابْنُ عُمَرَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ، أَكْثَرَ مِنْ عِشْرِينَ مَرَّةً، حَتَّى يَخْرُجَ فِي عِرَاضِهِمُ الدَّجَّالُ

Akan keluar satu kelompok manusia mereka membaca Al-Quran dan bacaan mereka tidak melepasi kerongkongan mereka setiap kali mereka keluar dari kalangan setiap kurun pasti akan dipotong (gagal usaha mereka), setiap kali keluar dari kalangan mereka setiap kurun pasti akan dipotong (Nabi mengulangnya lebih dari 20 kali) sehinggalah akan keluar DAJJAL dari kalangan kelompok mereka...

Sila rujuk video di sini:

Maka sebagaimana yang shahih daripada riwayat-riwayat Hadith daripada Nabi sallallahu`alaihi wasallam Dajjal akan datang ke bukit Uhud dan cuba memasuki Madinah,namun Dajjal akan dihalang oleh Para Malaikat yang menjaga Madinah,namun orang-orang munafik dan kurang imannya akan keluar daripada Madinah mengikuti Dajjal dan tenteranya akibat dahsyatnya fitnah Dajjal,maka hanya orang-orang yang beriman dan mengikuti manhaj Nabi sallallahu`alaihiwasallam sahaja yang akan kekal di Madinah. Maka inilah tafsiran hadith Madinah akan mengeluarkan orang-orang yang jahat di dalamnya sebagaimana besi mengeluarkan kotoran daripadanya.

Dahsyatnya fitnah Dajjal ini digambarkan oleh Hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam sehingga ramai manusia akan terpedaya dengan kehebatannya, tertipu dengan syubhatnya, air yang dibawanya sebenarnya api, syurga yang dibawanya hakikatnya adalah syurga. Kita minta perlindungan kepada Allah daripada fitnah Dajjal.

Ancaman Terhadap Tipu Daya Ke Atas Madinah

Ancaman Nabi sallallahu`alaihi wasallam terhadap mereka yang cuba melakukan tipu daya, permusuhan, menanamkan kebencian terhadap Madinah dan ahli-ahlinya, sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam:

لاَ يَكِيدُ أهْلَ المَدِينَةِ أحَدٌ إلاَّ انْمَاعَ كَمَا يَنْماعُ الْمِلْحُ فِي المَاءِ

"Tidaklah seseorang pun yang melakukan tipu daya terhadap Ahli Madinah melainkan (tipu dayanya) akan dileburkan sebagaimana leburnya garam di lautan." [HR Bukhari no:1887, Bab Dosa Sesiapa yang melakukan tipu daya terhadap Penduduk Madinah ]

Dalam riwayat Muslim, Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

مَنْ أَرَادَ أَهْلَ هَذِهِ الْبَلْدَةِ بِسُوءٍ - يَعْنِي الْمَدِينَةَ - أَذَابَهُ اللهُ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ

"Sesiapa yang ingin melakukan kejahatan dan keburukan terhadap penduduk negeri ini -iaitu Madinah- Allah akan meleburkannya sebagaimana leburnya garam di lautan." [HR Muslim no:1382 ]

Kejahatan, tipu daya dan keburukan membawa maksud yang umum meliputi cercaan, kebencian, permusuhan, tuduhan dan sebagainya terhadap penduduk Madinah,bila disebut Ahli Madinah ianya merangkumi Nabi sallallahu`alaihi wasallam, para sahabatnya, para Ulama`nya, para penuntut ilmunya dan mereka yang membawa dakwah Sunnah rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan Manhaj Salafussoleh pada setiap zaman. Umpamanya dakwaan Syiah, Ikhwan Muslimin dan hizbinya mencerca para Sahabat Nabi, Ulama Sunnah di Madinah, dakwaan Ahbasy dan pelampau Asya`irah yang cuba menghalang manusia daripada belajar di Madinah, tuduhan mereka bahawasanya Madinah adalah tempat Wahhabi dan lain-lain hinaan, cercaan, tuduhan dan sebagainya maka semuanya bermaksud tipu daya.

Maka seharusnya mereka yang membuat tuduhan dusta, menanamkan kebencian dan permusuhan terhadap para Ulama dan penuntut ilmu di Madinah An-Nabawiyyah ini berasa gentar dengan ancaman Nabi sallallahu`alaihiwasallam,maka kita tahu bahawasanya Madinah adalah markaz dan tempat Al-Ansar dan para sahabat Nabi, maka Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

آيَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ، وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الأَنْصَار

"Tanda Keimanan adalah mencintai Al-Ansar (para Sahabat Nabi), dan tanda kemunafikan adalah membenci Al-Ansar." [HR Bukhari no:17, Bab Tanda Keimanan adalah Mencintai Al-Ansar]


Ditulis oleh faqir ilallah,
Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah -حرسها الله-
12 Jamadil Akhir 1432 H/ 15 Mei 2011 M.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Penjelasan Islam Adalah Sunnah Dan Sunnah Adalah Islam

Berkata Al-Imam Al-Barbahari Rahimahullahu Ta’ala:

الحمد لله الذي هدانا للإسلام ومن علينا به وأخرجنا في خير أمة فنسأله التوفيق لما يحب ويرضى والحفظ مما يكره ويسخط 

اعلم أن الإسلام هو السنة والسنة هي الإسلام ولا يقوم أحدهما إلا بالآخر فمن السنة لزوم الجماعة و من رغب غير الجماعة وفارقها فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه وكان ضالا مضلا
.
 .
“Segala puji hanya bagi Allah, yang telah menunjuki kita kepada Islam, dan menganugerahkan agama tersebut kepada kita sebagai nikmat, dan yang telah mengeluarkan kita di tengah-tengah umat yang paling baik. Kita memohon kepada-Nya taufik untuk menjalankan apa-apa yang dicintai dan diredhai-Nya serta perlindungan dari segala sesuatu yang dibenci dan dimurkai-Nya.

Ketahuilah, bahawa Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam dan tidak akan tegak salah satunya kecuali dengan yang lain. Maka termasuk dari Sunnah adalah melazimi (senantiasa bersama dengan) Al-Jama’ah. Barangsiapa yang senang kepada selain Al-Jama’ah serta memisahkan diri darinya bererti dia telah menanggalkan ribqah (tali) Islam dari lehernya sehingga dia menjadi orang yang sesat lagi menyesatkan.”

Penlejasan Syeikh Allamah Ahmad bin Yahya An Najmi

Penulis rahimahullah berkata:

اعلم أن الإسلام هو السنة والسنة هي الإسلام ولا يقوم أحدهما إلا بالآخر

“Ketahuilah, bahawa Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam dan tidak akan tegak salah satunya kecuali dengan yang lain. ”

Bagaimana ini? Yakni bahawa Islam yang hakiki itu adalah Sunnah, barangsiapa yang istiqamah (lurus di atas) Sunnah dan menegakkannya maka bererti dia telah menegakkan Islam. Dan barangsiapa yang menyimpang serta condong ke kanan atau ke kiri, maka sesungguhnya dia telah meninggalkan Islam yang hakiki dengan penyimpangan yang ia lakukan. Akan tetapi ketahuilah! Bahawasanya penyimpangan itu dibagi menjadi dua bentuk:

1. Penyimpangan kulliyyah (keseluruhan), yang dikafirkan pelakunya dan dihukumi bahawa dia telah keluar dari agama Islam secara keseluruhan.

2. Penyimpangan juz’iyyah (sebahagian), pelakunya tidak dikafirkan dan tidak dihukumi dengan murtad serta tidak pula keluar dari Islam. Akan tetapi kadar keislaman yang ada pada dirinya telah berkurang sejauh mana penyimpangan yang ia lakukan, sedikit ataupun banyak penyimpangan tersebut.

Mana dalil dari apa yang telah kita katakan? Dalilnya adalah hadis Iftiraqul Ummah (perpecahan umat) ini, iaitu sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً. وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً كُلُّهُمْ فِي الناَّرِ إِلاَّ وَاحِدَةً. قَالُوا: وَمَنْ هِيَ، ياَ رَسُوْلَ اللهِ؟ قاَلَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ الْْيَوْمَ وَأَصْحاَبِي

“Yahudi berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan dan Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, dan ummatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya berada di neraka kecuali satu (golongan).” Mereka bertanya: “Siapa mereka, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka berada pada apa yang aku dan sahabatku berada pada hari ini.” (HR Tirmizi dishahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Shahih Al-Jami’ no. 5218)

Kemudian ketahuilah! bahawa ancaman dengan neraka kepada semua golongan tersebut tidak bererti bahawa mereka semua akan kekal di dalam neraka. Akan tetapi barangsiapa yang menyelisihi jalan yang baginda sallallahu’alaihi wasallam tempuh dengan para sahabatnya radiallahu’anhum, boleh jadi penyimpangan yang ia lakukan menyebabkan murtad, keluar dari agama Islam ini maka dia itulah termasuk orang-orang yang kekal di dalam neraka selama-lamanya. Barangsiapa yang penyimpangannya hanya juz’iyyah (sebahagian) dan dia tetap dalam keadaan Islam maka dia terkena ancaman dengan neraka namun dia masih memiliki harapan sebagaimana yang diharapkan oleh orang-orang yang memiliki tauhid, bahawa mereka akan keluar dari neraka. Hal ini berkenaan dengan hadis tentang syafaat, yakni bahawasanya Allah Tabaraka wata’ala akan mengeluarkan setiap orang dari neraka yang mati dalam keadaan bertauhid, meskipun dia hanya mempunyai sedikit keimanan. (Hadis-hadis tersebut dapat anda baca dari kitab Fathul Majid, pada Bab “Keutamaan Tauhid dan dosa-dosa yang diampuni kerananya)

Akan tetapi, sampai bilakah waktunya seseorang akan meringkup dalam neraka? Allah subhanahu wa ta’ala yang lebih tahu tentang hal itu. Dan apabila telah warid berita dari Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bahawasanya orang-orang yang masuk syurga terpaut waktunya satu sama lain dalam jangka empat puluh tahun, dan sebahagian lainnya (akan tertahan) selama lima ratus tahun dan mereka adalah orang-orang yang telah diselamatkan dari (hukuman) neraka dan akan melalui Siraat (titian), lalu bagaimana persangkaanmu dengan orang-orang yang masuk neraka…?!!

Oleh kerana itu barangsiapa yang menghendaki keselamatan bagi dirinya dan berkeinginan untuk selamat bersama dengan orang-orang yang selamat serta masuk ke dalam syurga bersama dengan orang-orang yang akan masuk, yang dikatakan kepada mereka:

ادْخُلُوهَا بِسَلامٍ آمِنِينَ

Maksudnya: “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera dan aman”. (Al-Hijr: 46)

Barangsiapa yang menginginkan hal itu, maka hendaklah dia beraqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hendaklah dia menjadikan Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai aqidah dan manhajnya, dan janganlah menyimpang ke kanan mahupun ke kiri. Inilah apa yang dimaksudkan dengan perkataan penulis: “Ketahuilah bahawa Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam.” Maka kita telah belajar darinya bahawa Islam yang hakiki adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam yang hakiki, dan bahawasanya tidak akan tegak salah satunya kecuali dengan yang lain.

Kemudian penulis rahimahullah berkata:

فمن السنة لزوم الجماعة و من رغب غير الجماعة وفارقها فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه وكان ضالا مضلا .

“Maka termasuk dari Sunnah adalah melazimi (senantiasa bersama dengan) Al-Jama’ah. Barangsiapa yang senang kepada selain Al-Jama’ah…” Yakni benci dengan Al-Jama’ah dan senang kepada selainnya “…Dan berpisah darinya maka dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya, dia sesat lagi menyesatkan.”

Mana dalil yang menunjukkan kebenaran perkataan penulis rahimahullah: “Maka termasuk dari Sunnah adalah melazimi (senantiasa bersama dengan) Al-Jama’ah”? Penulis rahimahullah mengisyaratkan dengan perkataan tersebut bahawa barangsiapa yang berkeyakinan bolehnya memberontak kepada penguasa (pemerintah), yang dimaksud dengan Al-Jamaah iaitu Jama’ah kaum Muslimin yang berada pada satu kepemimpinan. Maka sesungguhnya apabila dia berkeyakinan bolehnya memberontak kepada pemerintah Muslim bererti dia telah dianggap memisahkan diri dari sunnah dan bererti pula telah memisahkan diri dari Jama’ah serta melepaskan ribqah (tali) Islam dari lehernya dan dia menjadi sesat lagi menyesatkan.

Apakah erti ribqah (ikatan)? Riqbah iaitu tali yang mempunyai tali lain yang bercabang darinya dan pada setiap tali terdapat simpul yang digunakan untuk mengikat satu kambing dengan kambing yang lainnya.

Dengan demikian, aqidah Islam dan kesatuan umat ini berkedudukan seperti tali (dalam menyatukan Muslim). Oleh kerana itu, barangsiapa yang menanggalkannya, yakni menanggalkan ribqah tersebut dari lehernya maka bererti dia telah menanggalkan ketaatan. Barang siapa yang menanggalkan ketaatan bererti telah memisahkan diri dari Al-Jamaah dan dia menjadi orang yang sesat lagi menyesatkan.

Oleh kerana itu wahai hamba-hamba Allah, hendaknya kamu memahami bahawa keluar dari ketaatan terhadap pemerintah Muslim, yang telah sepakat kaum Muslimin untuk membai’atnya serta taat kepadanya, baik dia itu memerintah dengan bai’at iktiyariah (pemilihan) mahupun dia berkuasa dengan cara diktator (memberontak) sehingga seluruh penduduk tunduk kepadanya, maka pada ketika itu haram untuk memberontak dan mengadakan penjatuhan (penggulingan) kepada pemerintahan tersebut.

Apa dalil untuk hal ini? Dalil untuk menegakkan hujah ini sangat banyak, keduanya dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan ijmak para ulama dalam perkara ini.

Dalil dari Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُم

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (penguasa) di antara kamu.” (An-Nisa: 59)

Tatkala Allah Tabaraka wata’ala menggandingkan ulil amri serta mewajibkan untuk taat kepada mereka dengan ketaatan kepada Allah dan kepada Rasul-Nya sallallahu’alaihi wasallam dalam perkara-perkara yang bukan maksiat, maka hal ini menunjukkan kewajiban untuk mentaati mereka dan tidak diperbolehkan untuk memberontak terhadap mereka dan tidak diperbolehkan menentang mereka atau menghasut (pemberontakan) terhadap mereka.

Dan di sana ada ayat-ayat lain yang masuk kepadanya aqidah (Ahlus Sunnah) ini secara tersirat, seperti firman Allah Ta’ala:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا

Maksudnya: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai,” (Al-Imran: 103)

Dan sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: “Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” (Al-An’am: 132)

Dalam kedua ayat ini Allah Ta’ala memerintahkan berpegang pada tali Allah dan mengikuti jalan-Nya, dalam melarang berpecah-belah. Allah berfirman dalam ayat yang pertama:

وَلا تَفَرَّقُوا

“Dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Dan di ayat kedua:

وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِه

“Dan janganlah mengikuti jalan-jalan yang lain, karena akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.”

Maka hal itu menunjukkan tidak boleh berpecah-belah dan haramnya perkara itu, bahkan perpecahan merupakan perkara yang tidak diperbolehkan.

Sedangkan dalil dari Sunnah banyak sekali. Diantaranya hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas radiallahu’anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alahi wasallam bersabda:

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ لَيْسَ أَحَدٌ مِنَ النَّاسِ خَرَجَ مِنَ السُّلْطَانِ شِبْرًا فَمَاتَ عَلَيْهِ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu dari pemimpinnya maka hendaknya dia bersabar, kerana sesungguhnya barangsiapa yang meninggalkan Jama’ah sejengkal, dia akan mati seperti matinya orang jahiliyah.” (HR Bukhari 21/443, no. 6531, dan Muslim 9/390, no. 3438 )

Dalam riwayat lain:

فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الْإِسْلَامِ مِنْ عُنُقِهِ

“Sungguh dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.” (HR Tirmizi dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih Sunan At-Tirmizi)

Telah diriwayatkan dalam Bukhari Muslim dari Ubadah bin Shamit radiallahu’anhu, dia berkata:

دَعَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعْنَاهُ فَقَالَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ

“Kami telah membai’at Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mendengarkan dan mentaati (baginda) dalam keadaan kami bersemangat dan keadaan lemah, dalam keadaan sulit dan keadaan lapang, dan agar kami tidak merebut kekuasaan dari pemegangnya, dan baginda mengatakan: ‘Hingga kamu melihat kekufuran yang nyata yang kamu mempunyai dalil dari Allah ke atasnya.” (HR Bukhari, no. 7056 dalam Kitab Al-Fitan bab Qaulin Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: Sataruna Ba’di Umuran Tunkirunaha. Dan juga dikeluarkan dengan no. 7200. Muslim no. 1814 dalam Kitab Al-Imarah bab Wujubu Tha’atil Umaraa)

Diriwayatkan oleh Muslim dari ‘Arfaja Al-Kilabi radiallahu’anhu, dia berkata bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang datang kepadamu manakala urusanmu bersatu dengan seseorang dan dia berusaha memisahkan barisanmu dan menimbulkan perpecahan. Hendaklah engkau memukul lehernya (dengan pedang) walau siapapun dia.” (HR Muslim)

Diriwayatkan pula dari hadis Abu Said Al-Khudri radhiallahu’anhu yang semakna dengan ini. Dan dalam hadis Al-Harits Al-Asy’ari radhiallahu’anhu yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dalam musnadnya bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Allah memerintahkan Yahya bin Zakaria lima perkara yang wajib dilakukannya dan memerintahkan Bani Israil untuk melaksanakannya.” Dan di bahagian akhir hadis Nabi sallallahu ‘alahi wasallam bersabda: “Aku perintahkan kamu lima perkara yang Allah perintahkan kepadaku iaitu Aku perintahkan kamu: Untuk mendengar dan taat, Berpegang pada Jama’ah, berhijrah, jihad di jalan Allah. Kerana sesungguhnya seseorang yang meninggalkan jama’ah sejengkal telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya, kecuali dia kembali.” (HR Muslim dalam kitabul Imarah bab Wujubu milazamati jamaah Muslimin inda dhuhuril fitan)

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Dzarr radiallahu’anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ خَالَفَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا خَلَعَ رِبْقَةَ الْإِسْلَامِ مِنْ عُنُقِهِ

“Barangsiapa yang meninggalkan Jama’ah sejengkal dia telah menanggalkan ikatan Islam dari lehernya.” (HR Ahmad 44/46, no.20580)

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari Ibnu Umar radiallahu’anhu yang berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ خَلَعَ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللَّهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا حُجَّةَ لَهُ وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Barangsiapa meninggalkan ketaatan (kepada penguasa) sedangkan tidak ada hujah baginya ketika dia bertemu Allah pada hari kiamat, dan barangsiapa yang tidak berbaiat (kepada Amir/penguasa) akan mati seperti matinya orang jahiliyah.” [HR Muslim]

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari Abu Huzaifah bin Al-Yaman radiallahu’anhu, dia berkata,

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةً أَنْ يَدْرِكَنِي

“Dahulu orang-orang bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang kebaikan, namun aku selalu bertanya mengenai keburukan agar tidak menimpaku.”

قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنَّا كُنَّا بِشَرٍّ فَجَاءَ اللهُ بِخَيْرٍ فَنَحْنُ فِيْهِ، فَهَلْ مِنْ وَرَاءِ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ؟ قَالَ: نَعَمْ.قُلْتُ: هَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الشَّرِّ خَيْرٌ؟ قال: نعم. قُلْتُ: هَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الْخَيْرِ شَرٌّ؟ قَالَ: نَعَمْ. قُلْتُ: كَيْفَ؟ قَالَ: يَكُوْنُوْا بَعْدِيْ أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُّوْنَ بِسُنَّتِيْ، سَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رِجَالٌ قُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ. قَالَ: قُلْتُ: كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ؟ ْ

Maka aku berkata: “Ya Rasulullah, kami hidup di masa jahiliah dan kejahatan, kemudian Allah menganugerahkan kita kebaikan (Islam), apakah akan ada keburukan setelah kebaikan?” Baginda menjawab: “Ya.” Aku bertanya: “Dan apakah setelah keburukan itu akan ada kebaikan?“ Baginda menjawab: “Ya, namun akan ada asap.” Saya bertanya: “Apakah asap itu?” Baginda menjawab: “(Akan ada) sebahagian orang yang mengikuti selain sunnahku dan menunjuki orang lain dengan selain dari petunjukku. Engkau akan menyetujui sebahagian perbuatannya dan mengingkari sebahagian lainnya.” Aku bertanya: “Adakah ada keburukan lagi setelah kebaikan itu?” Baginda menjawab: “Ya, (akan ada) penyeru-penyeru (da’i) di pintu-pintu neraka dan barangsiapa yang menjawab panggilan mereka, mereka akan dilemparkan ke dalam api neraka.” Aku berkata: “Ya Rasulullah, sebutkan ciri-cirinya.” Rasulullah menjawab: “Mereka dari golongan kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Aku bertanya: “Apa yang engkau perintahkan aku jika aku sampai pada waktu itu?” Baginda menjawab: “Berpeganglah pada jama’ah kaum Muslimin dan pemimpin mereka.” Aku bertanya, “Bagaimana jika tidak ada imam dan peimpin kaum Muslimin?” Baginda menjawab: “Tinggalkan semua kelompok sempalan (menyimpang) itu walaupun kau terpaksa menggigit akar kayu hingga ajal mendatangimu.”

Dari jalan Walid bin Muslim (dia berkata): Menceritakan kepada kami Ibnu Jabir (dia berkata): Menceritakan kepada kami Bisr bin Ubeidillah Al-Hadrami hanya dia pernah mendengar Abu Idris Al-Khaulani dari Huzaifah bin Yaman radiallahu ‘anhu (HR Bukhari 6/615-616, dan 13/35 beserta Fathul Baari. Muslim 12/235-236, beserta Syarah Nawawi. Baghawi dalam Syarhus Sunnah 14/14. Dan Ibnu Majah 2979, lafaz ini menurut Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata dalam Fathul Bari: Ada tambahan ditemukan di dalam riwayat Al-Aswad;

قَالَ: تَسْمَعُ وَتُطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ، فَاسْمَعْ وَأَطِع

“Dengarkan dan taati meskipun dia memukul punggungmu dan mengambil hartamu.”

Dan menurut riwayat lain dari Khalid Ibnu Sabi’ dalam At-Tabrani: “Jika engkau melihat Allah mempunyai Khalifah di muka bumi maka berpeganglah kepada mereka meskipun dia memukul punggungmu dan jika tidak ada khalifah maka larilah.” (HR Abu Daud, Ahmad)

Dan dalil-dalil lainnya yang menunjukkan wajibnya mendengar dan taat kepada pemerintah (ulil amri) apabila mereka masih Muslim. dan bahawasanya tidak boleh memberontak kepada imam selama dia menegakkan solat. Tidak boleh pula keluar memberontak kecuali bagi orang yang menjumpai kekafiran yang nyata pada diri mereka (pemerintah) dan dia mempunyai hujah dari Allah dalam hal itu. Demikian pula tidak sepatutnya bagi kaum Muslimin untuk memberontak (kepada pemerintahan yang telah kafir) kecuali jika mereka mempunyai kekuatan yang dapat mereka gunakan untuk menjatuhkan hakim (penguasa).

Inilah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Telah sepakat Ahlul ilmi dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan mereka yang mengikuti atsar bahawasanya tidak diperbolehkan memberontak kepada wulatul umur (pemerintah) yang Muslim, baik pemerintah tersebut pemerintah yang adil atau zalim. Beberapa ulama telah menyampaikan ijmak Ahlus Sunnah dalam perkara ini.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata ketika menerangkan hadis Huzaifah bin Al-Yaman radiallahu’anhu:

“Ibnu Battal berkata: “Terdapat hujjah untuk hal ini –maksudnya dalam hadis Huzaifah bin Al-Yaman– bagi jamaah fuqaha dalam hal wajibnya melazimi Jamaah kaum Muslimin dan meninggalkan perbuatan khuruj (memberontak) kepada pemerintah yang bertindak zalim. Kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mensifati kelompok yang terahir bahawa mereka da’i-da’i yang berdiri di pintu-pintu neraka dan Rasul sallallahu’alaihi wasallam tidak mengatakan tentang mereka: “kamu mengetahui mereka dan mengingkarinya” sebagaimana Rasululullah sallallahu’alaihi wasallam mengatakannya tentang kelompok yang pertama, dan memamg mereka tidak seperti itu, kecuali kerana mereka tidak berada di atas kebenaran. Meskipun demikian keadaannya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam memerintahkan untuk tetap melazimi Al-Jama’ah.” (Al-Fath 13/38, cetakan Muhibbuddin Al-Khatib)
.
Berkata Imam At-Tabrani: “Ulama berbeza pendapat tentang perintah dan Al-Jama’ah yang dimaksudkan. Sebahagian dari mereka mengatakan bahawa perintah tersebut menunjukkan wajib dan Al-Jama’ah yang dimaksudkan adalah As-Sawadul A’zham (kelompok terbesar).”

Aku katakan (Syeikh Ahmad bin Yahya An Najmi): “Mereka yang berkata dengan sesuatu yang menyelisihi perkataan ini telah mengambil perkataan ahlul bid’ah, kerana tidak ada yang pernah mengatakan bahawa diperbolehkan memberontak terhadap pemerintah yang zalim kecuali Khawarij dan Mu’tazilah. Sedangkan Ahlus Sunnah wal Jama’ah semuanya berpegang kepada dalil (tentang larangan memberontak) dan mereka semua percaya bahawa tidak diperbolehkan memberontak baik dengan aksi perbuatan mahupun dengan ucapan (demonstasi), sebab demonstrasi dapat menyalakan api pemberontakan secara fizikal.

Dan berkata dalam Syarh At-Tahawiyah li ibni Abil Izz Al-Hanafi Ad-Dimasyqi ‘alal Aqidah At-Tahawiyah: “Dan kami tidak memandang bolehnya memberontak kepada pemimpin-pemimpin dan Ulim ‘Amri kita meskipun mereka berbuat zalim dan kita tidak mendoakan keburukan bagi mereka. Kita tidak melepaskan tangan dari ketaatan kepada mereka, bahkan kita memandang ketaatan kepada mereka merupakan ketaatan kepada Allah Aza wajalla sebagai kewajiban selama mereka tidak menyuruh berbuat maksiat. Kita mendoakan kebaikan dan ampunan bagi mereka.”

Ini adalah pendapat pemilik kitab At-Tahawiyah, kemudian pensyarah (Ibnu Abil ‘Izz) membawakan dalil-dalil atas ucapan-ucapan tersebut dan berkata: “Adapun wajibnya taat kepada mereka meskipun mereka bersikap zalim, hal ini kerana meninggalkan ketaatan terhadap mereka akan menimbulkan kejahatan yang lebih besar dari apa yang diakibatkan oleh kezaliman mereka. Namun demikian, bersabar terhadap kezaliman mereka dapat menghapus dosa-dosa dan akan melipat gandakan pahala. Kerana Allah Tabaraka wata’ala tidak menempatkan mereka dalam kekuasaan atas diri kita kecuali kerana perbuatan kita dan setiap balasan sesuai dengan amalan kita. Oleh kerana itu, hal ini terletak pada diri kita untuk mengerahkan tenaga dengan bersungguh-sungguh, memohon ampun, bertaubat dan memeriksa perbuatan kita. Allah Ta’ala berfirman:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Maksudnya: “Dan apa-apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy-Syura : 30). Sampai di sini perkataan beliau rahimahullahu Ta’ala.

Al-Imam Al-Hafiz Abul Qasim Ismail Ibnu Muhammad Al-Fadl At-Tamimi yang disebut “Qiwamus Sunnah” yang wafat pada tahun 535 H berkata di dalam bukunya Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah:“Bab: ‘Penjelasan larangan memberontak terhadap penguasa’, kemudian dia menyebutkan di dalam bab ini hadis-hadis yang menunjukkan larangan memberontak, di antaranya hadis dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu yang berkata bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

سَيَلِيكُمْ بَعْدِى وُلاَةٌ فَيَلِيكُمُ الْبَرُّ بِبِرِّهِ وَالْفَاجِرُ بِفُجُورِهِ فَاسْمَعُوا لَهُمْ وَأَطِيعُوا فِيمَا وَافَقَ الْحَقَّ وَصَلُّوا وَرَاءَهُمْ فَإِنْ أَحْسَنُوا فَلَكُمْ وَلَهُمْ وَإِنْ أَسَاءُوا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ

“Kamu akan diperintah oleh pemimpin setelahku, baik yang akan memerintah kamu dengan kebaikannya, dan yang jahat akan memerintah kamu dengan kejahatannya. Dengarlah dan taatilah mereka dalam segala hal yang sesuai dengan kebenaran dan solatlah di belakang mereka, jika mereka (mendirikan solat dengan) baik dan benar, maka bagimu dan bagi mereka (pahala) namun apabila mereka (mendirikan solat) buruk maka bagimu pahala dan dosa bagi mereka.” (Diriwayatkan oleh Ad-Daruqutni dalam Sunan-nya)

Muhaqiq (peneliti) kitab ini menyatakan bahawa sanadnya lemah dan ia menyebutkan kelemahan hadis tersebut dari Muhaqiq kitab Al-Kanzu.

Saya (Syeikh Ahmad bin Yahya An Najmi) berkata: Makna hadis tersebut adalah sahih dan dikenal di dalam hadis sahih lainnya. Yang saya maksudkan adalah bahawa hadis yang dirujuk disini menunjukkan kebenaran dari lafaz hadis di atas. (Sebahagian) dari lafaznya berhubungan dengan Imam yang memimpin solat adalah sahih dengan lafaz:

يُصَلُّونَ لَكُمْ فَإِنْ أَصَابُوا فَلَكُمْ وَإِنْ أَخْطَئُوا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ

“Mereka akan (mendirikan dan memimpin) solat bersama kamu, jika mereka solat dengan benar maka bagimu dan bagi mereka (pahala) tetapi jika mereka salah maka bagimu (pahala) solat itu dan (kesalahan) atas mereka.” (Cetakan Maktabah Islamiyah juz 2 hal. 1342, no. 8099. Hadits ini dinisbatkan kepada Al-Bukhari sebagaimana (catatan) dan penelitianan Al-Jami As-Soghier 2/2342)

Muhammad Mahmud Abu Ruhayyim yang mentahqiq kitab tersebut berkata di dalam nota kaki terhadap bab yang telah disebutkan yakni dengan judul ‘Bab: Penjelasan larangan memberontak kepada penguasa’ “Ini adalah keyakinan para Ahlul Hadis dan tidak ada seorang pun yang menentang mereka dalam hal ini, kecuali Mu’tazilah, Khawarij dan Zaidiyyah.” (2/391)

Aku (Syeikh Ahmad bin Yahya An Najmi) katakan: “Kelompok Zaidiyyah adalah kelompok yang berpegang dengan perkataan Mu’tazilah dalam masalah aqidah.”

Dan dalam kitab Al-Ibanah Al-Kubra karya Ibnu Battah dalam bab: ‘Penyebutan apa yang diperintahkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam untuk berpegang kepada jama’ah dan peringatan keras agar berhati-hati dari perpecahan,” setelah menyebutkan hadis yang berhubungan dengan perkara perintah untuk berpegang teguh kepada jama’ah dan tercelanya perpecahan, dia (Ibnu Battah) meriwayatkan dengan sanad dari Abdullah Ibnu Mas’ud radiallahu’anhu yang berkata:

“Sungguh akan ada perkara yang samar-samar (mutasyabihat). Kerana ia hendaklah kamu perlahan-halan, kerana sesungguhnya lebih baik menjadi pengikut dalam kebaikan daripada menjadi tokoh panutan dalam kejahatan.” (Ibaanah 1/328)

Dan dari Amr Ibnu Murrah radiallahu’anhu yang berkata bahawasanya Abdullah Said radiallahu’anhu berkata (sama dengan hadis di atas dan pada akhir hadis tersebut dia mengatakan:

“Berhati-hatilah dari akhlak yang buruk, jadikanlah wajahmu satu wajah dan dakwahmu satu dakwah. Kerana sesungguhnya telah sampai kepada kami berita bahawa seseorang yang memiliki dua wajah dan dua lisan akan memiliki dua lisan yang diperbuat dari api neraka.” (Sebahagian hadis disinggung oleh Syeikh Albani dalan As-Sahihah 2/554)

Dari Ibnu Abbas radiallahu’anhu bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata kepadanya: “Tolong berikan aku nasihat!” Maka Ibnu Abbas radiallahu’anhu berkata: “Aku menasihatkan kepadamu untuk berpegang teguh mengikuti atsar, dan berhati-hati dari memunculkan bid’ah.” (Ibanah 1/318)

Dan dari Ibnu Mas’ud radiallahu’anhu dia berkata: “Sederhana di dalam Sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh di dalam bid’ah.”

Dari Ibnu Umar radiallahu’anhu, dia berkata:

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَإِنْ رَآهَا النَّاسُ حَسَنَةً

“Setiap bid’ah adalah sesat meskipun orang menganggapnya baik.” (Ibanah 1/339)

Dari Mu’az bin Jabal radiallahu’anhu, dia berkata, “Berhati-hatilah terhadap bid’ah, kerana setiap bid’ah adalah sesat.” (Ibanah 1/339)

Dari An-Nu’man bin Basyir radiallahu’anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda:

الْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ

“Jama’ah adalah rahmat sedangkan perpecahan adalah azab.” (Ibanah 1/278, dan dihasankan oleh Syeikh Albani dalam penelitiannya terhadap As-Sunah No. 93)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar radiallahu’anhu bahawa dia berkata: “Umar memberikan khutbah di Al-Jabiyyah, dia berkata: “Wahai Manusia, saya berdiri di antara kamu sebagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdiri di antara kami dan berkata:

“Saya wasiatkan kamu untuk berpegang kepada para sahabatku, kemudian yang datang sesudahnya, kemudian yang datang sesudahnya. Dan kedustaan akan tersebar luas sehingga ada seorang lelaki yang berani bersumpah padahal dia tidak diminta untuk bersumpah dan ada orang akan bersaksi padahal tidak diminta kepadanya untuk bersaksi. Ketahuilah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan. Berpeganglah kepada Jama’ah dan waspadalah terhadap perpecahan, kerana syaitan bersama seseorang yang sendirian dan dia lebih jauh terhadap dua orang, maka orang yang menginginkan ditengah-tengahnya syurga maka tetaplah berpegang kepada jama’ah. Barangsiapa yang kebaiknya membuatnya senang dan keburukannya menjadikannya sedih, maka dia adalah seorang yang beriman (dengan sempurna).” (Dikeluarkan oleh At-Tirmizi, Imam Ahmad, Ibnu Majah, Dishahihkan oleh Imam Al-Albani dalam Sahihul jami' 1/498, no. 2546)

Dan dalam kitab Syi’aru Ashabul Hadis karya Imam Abu Ahmad Ibnu Muhammad Ibnu Ahmad Ibnu Ishaq yang dikenal dengan nama Abu Ahmad Al-Hakim pada bab aqidah Ashabul hadis meriwayatkan dari Abi Raja’ Qutaibah Ibnu Sa’id halaman 31 yang mengatakan:

“Dan jihadlah bersama dengan setiap khalifah dalam berjihad melawan setiap orang-orang kafir, bagimu jihadnya dan baginya keburukannya sendiri. Dan jamaah itu bersama dengan setiap pemerintah yang soleh mahupun yang fajir (yang berbuat maksiat)." Yakni solat Jum’at, solat berjama’ah dan dua solat hari raya, sehingga perkataan beliau: “Kami tidak mengkafirkan seseorang kerana dosa-dosa besar. Dan kami tidak memberontak terhadap penguasa dengan pedang meskipun mereka zalim dan kami berlepas diri dari mereka yang meyakini bahawa diperbolehkan mengangkat pedang terhadap Muslim walau siapapun mereka.”

Dan di sana ada suatu perkara yang wajib kita perhatikan dengan saksama, iaitu bahawa Jama'ah Ikhwan (Ikhwanul Muslimin), di antara prinsip-prinsip mereka adalah tarbiyah (pendidikan) untuk pemberontakan, sehingga jika kesempatan itu muncul mereka telah siap dan bersiap sedia untuk memberontak. Dengan demikian, apakah diperbolehkan bagi kita untuk mendukung kelompok ini dan bersama-sama dengan mereka? Jawabannya adalah tidak. Ada sebuah buku yang telah dikumpulkan oleh salah seorang dari mereka yang berada di atas manhaj mereka, ia memberinya judul ‘At-Tariq ila Al-Jama’ah Al-Muslimin’ (Jalan menuju Jama'ah Ikhwanul Muslimin), lihatlah pada halaman 392 dan 393 dan anda akan lihat bahawa mereka menegaskan pemberontakan (diperbolehkan) dan mereka telah menyuarakan dengan jelas mengenai hal ini dan menuliskannya dalam halaman tersebut.

Dan dalam kitab Usul As-Sunnah karya Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, dalam riwayat ‘Abdus Ibnu Malik Al-Athar, beliau rahimahullah berkata pada halaman 64,

“Dan di antara asas-asas keyakinan (Ahlus Sunnah) adalah mendengar serta taat kepada imam dan amirul mukminin yang soleh mahupun yang fajir, atau yang menjawat khalifah kerana disepakati dan diredhai oleh manusia ataupun yang berkuasa dengan pedangnya (penggulingan) sehingga dia menjadi khalifah dan digelar Amirul Mukminin. Peperangan tetap berlanjut bersama umara yang soleh mahupun yang fajir sampai hari kiamat dan tidak boleh ditinggalkan. Dan pembahagian harta fa'i (harta rampasan perang yang diambil tanpa melalui peperangan terlebih dahulu), menegakkan hukum hudud diserahklan kepada pemimpin, tetap berlanjut tidak boleh bagi seorang pun untuk mencela mereka, tidak pula membantah mereka. Menyerahkan sedekah (zakat) kepada mereka adalah harus dan sah. Barangsiapa yang menyerahkannya kepada mereka maka sudah dianggap sah, baik pemimpin itu soleh mahupun fajir. Solat Jumaat dibelakangnya dan di belakang orang yang diberi kuasa oleh Allah Tabaroka wata'ala adalah boleh, tetap berlaku dan sempurna dua rakaat, barangsiapa yang mengulangi solatnya maka dia adalah mubtadi' (mengadakan bid'ah), meninggalkan atsar, menyelisihi Sunnah, dan dia tidak mendapatkan keutamaan solat Jumaat sedikitpun apabila dia memandang tidak boleh solat di belakang para pemimpin, siapapun mereka, yang soleh ataupun yang fajir. Jadi, As-Sunnah mengajarkan untuk solat bersama mereka, dua rakaat dan meyakini bahawa solat tersebut sempurna, serta tidak boleh ada keraguan sedikitpun di dadamu. Barangsiapa yang memberontak kepada salah satu di antara pemimpin pemimpin kaum Muslimin padahal manusia telah sepakat memilih serta mengakuinya sebagai khalifah (penguasa), dengan cara apapun dia menjadi khalifah, baik dengan keredhaan mahupun melalui penaklukan (merampas kekuasaan), maka orang yang memberontak ini telah mematahkan tongkat persatuan kaum Muslimin dan menyelisihi atsar dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan apabila dia mati maka dia mati dalam keadaan mati jahiliah. Tidak halal bagi seorangpun dari kalangan manusia ini memerangi penguasa (sultan) dan tidak pula mengadakan pemberontakan terhadap mereka. Barangsiapa yang melakukannya maka dia adalah mubtadi' (Ahlul bid’ah) tidak berada di atas Sunnah dan jalan (yang benar).”

Telah jelas dalil-dalil dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta ijmak umat yang dipaparkan oleh kebanyakan ulama bahawa keluar memberontak kepada wulatul umur (pemerintah) tidak harus selagi mereka masih Muslim yang mendirikan solat, baik mereka itu pemimpin yang soleh mahupun yang fajir. Inilah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan tidak ada yang menyelisihinya kecuali Muktazilah dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam masalah keyakinan ini. Muktazilah dan Khawarij adalah kelompok (sesat) yang memandang bolehnya keluar memberontak kepada pemerintah membolehkan mengingkari kemungkaran dengan pedang. Wabillahit taufik.

[Diambil dan disunting semula oleh Abu Soleh dari Kitab Irsyaadus Saari ila Taudhihi Syarhis Sunnah lil Imam Al Barbahari, Edisi Indonesia Penjelasan Syarhus Sunnah Imam Al Barbahari Meniti Sunnah di Tengah Badai Fitnah oleh Syaikh Ahmad bin Yahya An Najmi, Penerbit Maktabah Al Ghuroba, hal 47-69]

Rabu, 20 Oktober 2010

Talbis Salafi Haraki

Oleh: Ustaz Arif Fathul Ulum bin Ahmad Saifulloh

MUQADDIMAH

Talbis (pencampuradukkan) antara haq dan batil adalah cara-cara ahli bid’ah dari masa ke masa. Ini kerana suatu bid’ah jika berupa kebatilan yang murni maka tidak mungkin akan diterima oleh manusia, bersegeralah setiap orang membantah dan mengingkarinya. Seandainya bid’ah itu kebenaran yang murni maka bukanlah merupakan bid’ah, tetapi adalah sunnah. Maka bid’ah dapat tersebar di kalangan manusia kerana kebatilan yang terkandung di dalamnya diselimuti dengan sedikit kebenaran.

Di antara model talbis yang telah dilakukan oleh para hizbiyyin adalah menggabungkan antara kekufuran, kebid’ahan dan kesesatan zaman ini dengan ajaran-ajaran Islam, seperti demokrasi Islami, sandiawara Islami, nyanyian Islami, parti Islami, dan “sederet nama-nama Islami” yang lainnya. Tidak berhenti di situ sahaja, bahkan mereka juga hendak mengaburkan kaum muslimin dari manhaj yang lurus, manhaj Salafus Soleh, dengan mencampuradukkan antara manhaj salaf dengan manhaj harakah yang bid’ah yang dikemas dengan nama baru “Salafi Haraki”. Dengan cara ini mereka hendak mengajak para pengikut Salafus Soleh untuk berpaling dari manhaj Salaf dan menganut manhaj Haraki yang bid’ah!

Mengingat akan bahaya yang besar di balik syubhat ini, maka dalam pembahasan kali ini kami berusaha menyingkap syubhat mereka ini sebagai nasihat kepada kaum muslimin.


FIKRAH SALAFI HARAKI

Fikrah (pemikiran) “Salafi Haraki” atau “Harakah Sunniyah” adalah fikrah yang hendak menggabungkan antara manhaj Salaf Ahli Sunnah wal Jama’ah dengan manhaj Haraki yang bid’ah. Di antara pembawa fikrah ini adalah Hasan Al-Banna ketika mensifati manhaj Ikhwanul Muslimin adalah: Dakwah salafiyyah,… tarekat sunniyyah …. Hakikat sufiyyah ….” (Majmu’atu Rasa’il Hasan Al-Banna hal. 122)

Abdul Aziz bin Nashir Al-Jalil berkata: “Kami menghendaki sebuah manhaj dakwah yang tegak di atas Salafiyyatul manhaj wa asriyyatul muwajahah (manhaj salaf dan sikap modern)!!.. Dengan manhaj yang menyeluruh dan Salafiyyah modern!! Kita akan dapat selamat dan akan selamat aqidah kita yang kukuh dari kian merosak dan pencampuran.” (Waqafat Tarbawiyyah hal. 161-162)

Muhammad Badri berkata: “Jama’ah Ahli Sunnah adalah jama’ah yang menyeru anggota-anggota harakah Islamiyah untuk berpegang teguh dengannya, dialah jama’ah yang umum dan luas ..” (Majalah Al-Bayan yang terbit di London edisi 28 hal. 15)

Ahmad Salam berkata; “Adapun tujuan yang hendak saya capai dalam pembahasan ini –atau bahagian di dalamnya- adalah yang terangkum dalam beberapa point berikut: …. 3. Mengembalikan ikatan hubungan harakah Islammiyyah dengan asas-asas manhaj salaf.” (Ma’ Anna Alaihi wa Ashabi hal.222)

Perkaaan Ahmad Salam ini dinukil oleh Majalah Harakah Sunniyyah As-Silmi Edisi 12 Rejab 1427H / Ogos 2006M di halaman-halaman akhir setelah bahagian Panduan Haraki [1] Majalah ini diterbitkan oleh PT MIM [2] yang berada di bawah naungan Yayasan Al-Huda Ciomas Bogor.

JANGANLAH KAMU MENCAMPURADUKKAN ANTARA HAK DAN BATIL!

Pemikiran yang hendak menggabungkan antara manhaj salafi dengan manhaj Haraki adalah pemikiran yang sangat berbahaya, kerana menjurus kepada percampuran antara hak dan batil, sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman dalam KitabNya.

Maksudnya: “Dan janganlah kamu campuradukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak ini sedang kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 42)

Qatadah berkata tentang tafsir ayat ini: “Janganlah kamu campuradukkan agama Yahudi dan Nasrani dengan agama Islam, padahal kamu mengetahui bahawa agama Allah yang hak adalah Islam dan bahawasanya agama Yahudi dan Nasrani yang kamu pegang sekarang ini adalah agama yang bid’ah dari Allah!” (Tafsir Ibnu Katsir 1/109)

Maka kami katakan kepada para pembawa fikrah Salafi-Haraki: Janganlah kamu campuradukkan manhaj Haraki dengan manhaj Salafi, padahal kamu mengetahui bahawa manhaj yang hak adalah manhaj Salafi dan bahawasanya manhaj Haraki adalah manhaj yang bid’ah!

TOKOH-TOKOH HARAKI MENGAKUI KEBENARAN MANHAJ SALAFI

Benarkah bahawa para pembawa fikrah Salafi-Haraki ini mengetahui bahawa manhaj yang hak adalah manhaj Salaf? Berikut ini akan kami nukilkan perkataan tokoh-tokoh mereka tentang hal ini:

Hasan Al-Bana berkata: “Wahai kaum, kami menyeru kamu kepada Kitabullah di tangan kanan dan Sunnah Rasulullah di tangan kiri, dan teladan kita adalah amal dari Salafus Soleh.” (Majmu’atu Rasa’il, hal.40)

Abdullah Azzam berkata: "Adapun aqidah Salafus Soleh maka ia adalah aqidah ahli Kitab wa Sunnah dan sesungguhnya aku dibesarkan atas aqidah ini dan aku terus di atasnya dengan anugrah Allah, dan aku berharap agar Allah meneguhkanku di atasnya dan mematikanku di atasnya. Dan sesungguhnya yang memusuhi aqidah Salafus Soleh maka dia memusuhi agama ini bahkan dia bukanlah seorang muslim dan sesungguhnya tujuan kami adalah membela aqidah ini dengan izin Allah.” (Majalah Mauqif edisi 68 tarikh 10 Jumadil Akhir 1410H)

ANTARA MANHAJ SALAFI DAN MANHAJ HARAKI

Dasar perbezaan diantara manhaj Salafi dan manhaj Haraki adalah di dalam metode berdakwah: “Salafiyyin menjadikan rujukan mereka di dalam berdakwah adalah dakwah para rasul, sedangkan metode dakwah harakiyyin sangat terpengaruh dengan situasi dan keadaan.”

Harakiyun menjadikan tujuan utama dakwah mereka untuk menegakkan “khilafah”. Inilah yang menjadikan mereka mengerahkan segala daya dan upaya untuk memperkuatkan ahli-ahli (massa) dalam jumlah yang besar untuk merebut kekuasaan. Upaya untuk memperkuat ahli-ahli ini bukanlah perkara yang mudah, kerana ahli-ahli yang hendak mereka kumpulkan memiliki keyakinan dan pemikiran yang beraneka ragam. Ada yang menyembah batu, ada yang menyembah pohon, ada yang menyembah kubur, ada yang mengikuti aqidah Sufiyah, Asy'ariyah, Mu’tazilah, Jahmiyah dan sebagainya. Untuk mendapatkan simpati dan dokongan dari ahli-ahli, maka mahu tidak mahu mestilah mengikuti kehendak mereka, dengan tidak mengusik aqidah-aqidah mereka yang batil dan jalan mereka yang sesat, yang penting para haraki ini boleh mendapatkan suara sebanyak mungkin dan dokongan sekuat mungkin dari ahli-ahlinya.

Hasan Al-Banna berkata: “Hal yang paling penting sekarang ini yang hendaknya perhatian kaum muslimin diarahkan kepadanya adalah wajibnya mempersatukan barisan dan menyatukan kalimah dengan sekuat tenaga.” (Majmu’atu Rasa’il hal. 452)

Seorang tokoh haraki yang lain, Hasan At-Turabi, mengatakan: “Hendaklah kita biarkan para penyembah kubur tawaf di kubran-kuburan hingga kita dapat mencapai kubah parlemen!” (Majalah Al-Istiqomah, bulan Rabi’ul Awal 1408H hal. 26)

Adapun Salafiyun maka mereka tidak memandang kepada sedikit dan banyaknya jumlah, dan tidak ada dalil yang menunjukkan atas sikap diam dari kesyirikan dengan alasan untuk mendapat dokongan ahli-ahlinya. Adapun kekuasaan dan kemenangan adalah pemberian Allah bagi hamba-hambaNya yang bertakwa sebagai balasan atas istiqamah mereka dalam agamaNya, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman.

Maksudnya: “ …. Bahawasanya bumi ini diwarisi hamba-hambaKu yang soleh” (Al-Anbiya: 105)

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

Maksudnya: “ … Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah ; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah ; diwariskanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan dari hamba-hambaNya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa” (Al-A’raf: 128)

Allah telah mengingatkan kita jangan sampai terperdaya dengan jumlah ahli yang banyak. Dia berfirman

Maksudnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah …” (Al-An’am: 116)

PENEGAKKAN HUKUM ALLAH ANTARA MANHAJ SALAFI DAN MANHAJ HARAKI

Para tokoh haraki selalu berbicara tentang pengkafiran setiap penguasa yang memakai undang-undang wadh’i (buatan manusia). Mereka mengkafirkan setiap penguasa yang tidak menerapkan hukum Allah, tanpa perincian lebih lanjut apakah penguasa tersebut mengingkari wajibnya berhukum dengan hukum Allah atau masih mengakui wajibnya berhukum dengan hukum Allah [3]. Langkah berikutnya yang mereka tempuh adalah pencanangan jihad ofensif (serangan) melawan para penguasa yang sudah dihukumi kafir ini dengan melancarkan gerakan-gerakan rahasia [4] atau gerakan-gerakan politik [5]

Dengan dua harakah/gerakan ini (pengkafiran penguasa dan jihad ofensif melawan penguasa ,-red) bolehkah para harakiyin ini menegakkan hukum Allah?? Realiti yang ada menunjukan mereka tidak memberikan manfaat apa-apa kepada kaum muslimin, bahkan tidak juga memberi manfaat kepada diri-diri mereka sendiri. Yang ada adalah kekejaman, penumpahan darah, dan fitnah di mana-mana. Hukum-hukum Islam tidak juga tegak di tangan mereka, bahkan tidak juga pada diri mereka, bahkan semakin banyak penyelewengan-penyelewengan syar’i yang mereka lakukan. Tidak henti-hentinya kita mendengar dari mereka aqidah-aqidah dan pemikiran yang menyeleweng dari Kitab dan Sunnah, amalan-amalan yang melanggar syar’i, lebih dari itu sepak terjang mereka yang selalu gagal dan menyelisihi syari’at.

Adapun Salafiyun maka mereka berusaha menempuh jalan yang telah dicontohkan oleh Rasulillah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Adalah merupakan hal yang dimaklumi oleh setiap muslim yang pernah membaca sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa di saat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdakwah di tengah-tengah orang-orang Quraisy yang tidak behukum dengan hukum Allah, bahkan mereka berhukum kepada toghut di kabilah-kabilah mereka, apakah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melancarkan dakwah dengan dua harakah di atas? Tidak! Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memulai langkah baginda dengan mendakwahkan tauhid dan melarang kaumnya dari kesyirikan berupa peribadatan terhadap orang-orang soleh yang sudah mati yang mereka wujudkan dalam bentuk Latta, Uzza, Manat dan yang lainnya. Kemudian satu persatu dari mereka memenuhi seruan dakwah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hingga kemudian kaum muslimin mendapat pertentangan yang keras dan siksaan yang berat dari kaum musyrikin di Mekah, kemudian datanglah perintah hijrah yang pertama dan kedua…., hingga Allah meneguhkan Islam di Madinah [6]

GHAZWUL FIKRI DAN SOLUSINYA ANTARA MANHAJ SALAFI DAN MANHAJ HARAKI

Salafiyun tidaklah lalai dan menutup mata dari usaha-usaha ghazwul fikri (perang pemikiran) yang dilancarkan secara terus menerus oleh musuh-musuh Islam. Allah telah mengisyaratkan ghazwul fikri ini dalam kitabNya dan sekaligus menyebutkan tujuan utama ghazwul fikri ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

Maksudnya: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)..” (An-Nisa: 89)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memperingatkan umatnya dari ghazwul fikri ini dan melarang umatnya dari meniru orang-orang kafir, di dalam kekhususan-kekhususan orang-orang kafir, untuk menjaga keperibadian dan karakteristik seorang muslim. Telah datang hadis-hadis yang melarang kaum muslimin dari wala` (kesetiaan), kecintaan, dan taklid kepada orang-orang kafir, demikian juga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan setiap muslim agar menyelisihi orang-orang kafir dalam segala hal seperti masalah pakaian, tingkah laku dan sebagainya. Inilah solusi satu-satunya terhadap ghazwul fikri kerana syari’at Islam penuh dengan perbendaharaan-perbendaharaan yang sangat berharga, mencakup seluruh gerak-geri seorang muslim tentang bagaimana dia bergaul dengan saudaranya sesama muslim, bagaimana bergaul dengan orang kafir, bagaimana bergaul dengan tetangga, bagaimana bersikap terhadap wanita yang bukan mahram, bagaimana bergaul dengan anak dan isteri, bagaimana dia menaiki kendaraan, bagaimana sepetutnya pemikirannya, bagaimana dia berpakaian, bagaimana dia berdagang, dan secara ringkas seperti yang disabdakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Sesungguhnya tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan kamu ke syurga melainkan telah aku perintahkan kepada kamu, dan tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan kamu ke neraka melainkan telah aku larang kamu darinya” (Diriwayatklan oleh Abu Bakar Al-Haddad dalam Muntakhab min Fawaid Ibnu Aluwiyyah Al-Qattan hal. 168 dan Ibnu Marduwiyah dalam Tsalatsatu Majalis hal. 188, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Sahihah 6/865)

Semua hal inilah yang semestinya memenuhi kehidupan seorang muslim dan pemikirannya, sehingga tidak meninggalkan tempat bagi pemikiran-pemikiran yang diselundupi dari luar kecuali yang sejalan dengan Islam, inilah usaha kita dalam membentengi dan menyelamatkan diri dari ghazwul fikri.

Adapun orang-orang haraki, mereka begitu lantang mengingatkan umat dari ghazwul fikri di dalam pembicaraan-pembicaraan dan tulisan-tulisan mereka, tetapi tanpa memberikan solusi yang tersebut di atas. Bahkan mereka begitu meremehkan terhadap orang-orang yang mereka pandang mengutamakan penampilan-penampilan Islami yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti memanjangkan janggut, memendekkan kain seluar di atas buku lali, hijab bagi wanita, dan menyelisihi orang-orang kafir di dalam berpakaian, mereka katakan bahawa hal tersebut lebih mementingkan kulit daripada isi!!! Mereka membuat bid’ah dengan membahagi-bahagikan agama menjadi qusyur (kulit) dan lubab (isi)!

Seorang tokoh haraki yang masyhur, Muhammad Al-Ghazali, tulisan-tulisannya penuh dengan ejekan kepada penampilan-penampilan Islami tersebut, dia katakan sebagai kulit (!), perkara yang tidak berguna (!), sikap keanak-anakkan (!), dan perkataan-perkataan yang kotor lainnya. Tetapi yang sangat menghairankan bahawa perpustakaan-perpustakaan Islam penuh dengan tulisan-tulisan Muhammad Al-Ghazali tentang bahaya ghazwul fikri!

FULAN AQIDAHNYA SALAFI TAPI MANHAJNYA HARAKI?!

Syaikh Dr Muhammad bin Umar Bazmul hafizahullahu berkata: “Sebahagian orang mengatakan: ‘Fulan Salafi aqidahnya tetapi manhajnya bukan Salafi’, demikianlah mereka katakan. Ucapan ini mengandung kekeliruan yang besar, kerana sesungguhnya aqidah (keyakinan)nya, barangsiapa memiliki aqidah tertentu maka pasti manhaj dan jalannya beranjak dari keyakinan tersebut. Barangsiapa yang memiliki keyakinan bahawa aqidah adalah perkara yang diada-adakan dalam agama, dan bahawasanya para ahli bid’ah adalah bahaya yang mengancam kaum muslimin dalam agamanya, bagaimana dia menyikapi para ahli bid’ah? Tentunya dia akan menyikapi mereka sesuai dengan keyakinannya pada mereka, tidaklah logik kalau dia menyikapi mereka ini dengan manhaj yang menyelisihi keyakinannya tentang mereka. Maka sesungguhnya ucapan di atas menyelisihi realiti. Ucapan di atas membawa pemahaman yang keliru iaitu bahawasanya aqidah hanyalah bab-bab tertentu, sebagaimana sebahagian orang menyangka bahawa aqidah hanyalah masalah asma dan ahkam, serta asma wa sifat, barangsiapa yang mengikuti Salaf dalam masalah-masalah ini dan menyelisihi Salaf dalam masalah-masalah yang lainnya, maka aqidahnya sudah benar, sehingga dia dikatakan Salafi dari segi aqidah dan bukan Salafi (tetapi haraki) dalam manhaj!! Orang seperti ini telah berbuat kesalahan di dalam kebenaran aqidahnya, dia perlu belajar pemahaman yang benar tentang hakikat aqidah” (Ibarat Muhimah, hal. 11)

PENUTUP

Kami akhiri pembahasan ini dengan nasihat-nasihat para ulama tentang masalah ini.

Syaikh Al-Allamah Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullahu berkata: “Menamakan diri dengan Salafiyah tidak mengapa jika benar-benar demikian keadaannya, adapaun jika penamaan tersebut hanya sekadar penamaan tanpa bukti, maka tidak boleh menamakan diri dengan Salafiyah padahal dia tidak berada di atas manhaj Salaf… Orang yang mengaku sebagai ahli sunnah, hendaklah dia mengikuti jalan Ahli Sunnah wal Jama’ah dan meninggalkan jalan orang-orang yang menyeleweng. Adapun jika dia hendak mengumpulkan antara Dhab dan ikan Nun, iaitu mengumpulkan antara binatang padang pasir dengan binatang lautan, maka ini hal yang mustahil, atau menggabungkan antara api dan air dalam satu daun timbangan. Maka tidak akan berkumpul antara Ahli Sunnah al Jama’ah bersama mazhab orang-orang yang menyelisihi mereka seperti; Khawarij, Mu’tazilah dan Hizbiyyin seperti orang yang mereka namakan sebagai muslim modern, iaitu orang yang hendak menggabungkan antara kesesatan-kesesatan modern dengan manhaj Salaf” (Ajwibah Mufidah, hal.18-19)

Beliau juga berkata: “Yang kami wasiatkan pada diri kami dan para saudara-saudara kami adalah: Hendaklah selalu bertakwa kepada Allah, berpegang teguh kepada manhaj Salafus Soleh, menjauhi bid’ah dan ahlinya, memberikan perhatian yang besar kepada aqidah sahihah (yang benar) dan ma’rifat (pengetahuan) tentang kesyirikan, dan mengambil ilmu dari para ulama yang terpercaya dalam ilmu dan aqidah mereka. Demikian juga, hendaknya berwaspada dan menjauhi para da’i suu’ (jahat) yang mencampuradukkan antara yang hak dan yang batil dan menyembunyikan yang hak padahal mereka mengetahui.” (Ajwibah mufidah, hal. 119)

Syaikh Al-Allamah Rabi' bin Hadi Al-Madkhali hafizahullah berkata: “Saya menasihati orang yang mengatakan perkataan ini dan yang semisalnya agar bertakwa kepada Allah dan menjelaskan kepada kaum muslimin manhaj Salafi yang sahih, janganlah mencampuradukkan agama ini dengan manhaj Sayyid Qutub dan yang semisalnya, kerana manhaj Salafi dan manhaj Sayyid Qutub –seorang mubtadi (ahli bid’ah) yang tenggelam ke dalam kebid’ahan dan kesesatan- tidaklah keduanya melainkan dua hal yang kontradiksi yang tidak akan dapat bertemu di dalam manhaj dan tidak juga dalam aqidah. Bertaqwalah kamu pada para pemuda umat ini, jadilah kamu sebagai orang-orang yang jujur dan menjauhi sikap membela dan menjunjung ahli bid’ah, jauhilah tadlis (penyamaran untuk menutupi hakikat dari sebuah kebatilan), hendaklah kamu memberi penjelasan dengan penjelasan yang terang dan jelas yang merupakan jalan para anbia` 'alaihimushsolatu was sallam, Allh Subhanahu wa ta’ala berfirman.

Maksudnya: “Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka…” (Ibrahim ; 4)” (Dari kaset Ajwibah ‘ala As’ilah Manhajiyah bertarikh 9 Syawal 1419H)

(Pembahasan ini banyak menukil dari kitab Thariq Ila Jama’atil umm oleh Syaikh Utsman Abdussalam Nuh)
(Disalin dari Majalah Al-Furqan Edisi 06 Tahun VI/Muharram 1428H (Februari 2007), Diterbitkan Lajnah Dakwah Ma’had Al-Furqan, Alamat Maktabah Ma’had Al-Furqan, Srowo Sidayu Gresik Jatim 61153)

__________
Nota Kaki:
  1. Di akhir nukilan disebutkan keterangan tentang Ahmad Sallam, iaitu bahawa dia adalah seorang penulis yang banyak menuangkan pandangan tentang dakwah dan manhaj berdasarkan tariqah (jalan) Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dan dia adalah penulis (?!) di majalah Al-Asholah, Urdun (Jordan) (yang diterbitkan oleh Syaikh Muhammad Musa Alu Nasr, Syaikh Ali bin Hasan Al-Halabi dan yang lainnya, pen). Keterangan majalah (As-Silmi) tersebut tentang Ahmad Sallam ini adalah keterangan yang keliru, kerana yang benar dia adalah seorang Haraki yang banyak mencela para ulama Salafiyyin, memuji kelompok Ikhwanul Muslimin, membela para tokoh bid’ah seperti Hasan Al-Banna, Sayyid Qutub dan Adnan Ar’ur, serta menganut manhaj Muwazanah yang bid’ah. Ahmad Sallam ini dikatakan oleh Syaikh Ubaid Al-Jabiri hafizahullahu sebagai orang Qutubi, dan Ahmas Sallam ini telah ditahzir dan dijelaskan kesalahannya oleh banyak ulama seperti Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin, Syaikh Soleh Al-Luhaidan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi, Syaikh Ali bin Hasan Al-Halabi, dan yang lainnya. Lihat kaset Kasyfu Litsam an Mukhalafati Ahmad Sallam kumpulan dari jawapan para Syaikh dan kitab Tahdzirul Anam min Akhta’i Ahmad Sallam oleh Abu Nur bin Hasan bin Muhammad Al-Kurdi dengan kata pengantar Syaikh Ubaid Al-Jabiri. 
  2. Penerbit buku Membongkar Kedok Salafiyun Sempalan yang penuh dengan celaan dan kedustaan terhadap manhaj Salaf dan para ulama Salafiyyin. Lihat bantahan terhadap buku ini dalam majalah Al-Furqan Th 6 Edisi 5 Dzulhijjah 1427H 
  3. Adapun para ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah telah sepakat bahawa barangsiapa yang berhukum dengan selain hukum Allah dari undang-undang buatan manusia dan hukum-hukum jahiliah, dengan mengingkari wajibnya berhukum dengan hukum Allah, atau berpendapat bahawasanya hukum Allah tidak relevan dengan zaman sekarang, atau berpendapat sama saja berhukum dengan hukum Allah atau dengan yang lainnya, maka orang ini keluar dari Islam secara keseluruhan. Demikian juga para ulama Ahli Sunnah sepakat bahawa siapa sahaja yang berhukum dengan selain hukum Allah dengan mengakui wajibnya berhukum dengan hukum Allah dan tidak megingkarinya, maka dia belum sampai kepada kekufuran yang mengeluarkannya dari Islam (Lihat Fiqh Siyasah Syar’iyyah hal. 86). Kesepakatan ulama Ahli Sunnah ini tidak diterima oleh para Harakiyyin, mereka tetap berkeras pada pendirian mereka dan menghukumi orang yang mengikuti perincian hukum di atas sebagai orang-orang Murji’ah seperti yang tercantum dalam Majalah Haraki An-Najah Surakarta Edisi 12/Th I Rajab 1427H / Ogos 2006. Tentang bantahan kepada mereka dalam masalah ini lihat pembahasan Tafsir Ibnu Abbas terhadap “Ayat Hukum” dalam Majalah Al-Furqan Th. 6 Edisi 5 Dzul-Hijjah 1427H bahagian Manhaj. 
  4. Dengan tanzim sirri (jaringan rahsia). Lihat pembahasan Tanzim Sirri dalam Majalah Al-Furqan Thn 5 Edisi 10 bahagian Manhaj 
  5. Dengan membentuk parti sebagai sarana merebut kekuasaan. Dua langkah inilah yang ditempuh oleh seorang tokoh haraki yang paling masyhur iaitu Hasan Al-Banna, dia menyusun gerakan rahsia yang bernama Jaringan Khusus pada tahun 1940M dan pada tahun 1942M dia membawa kelompok Ikhwanul Muslimin untuk ikut pilihan raya Mesir. Mahmud Ash-Shobbagh seorang tokoh Ikhwanul Muslimin dalam kitabnya Tanzhim Khash, menyebutkan bahawa di antara tugas Jaringan Khusus adalah melakukan pengeboman dan pembunuhan dalam rangka penggulingan kekuasaan. Ternyata dua langkah yang ditempuh oleh Hasan Al-Banna ini diikuti oleh para haraki di seluruh dunia, termasuk Indonesia. 
  6. Inilah jalan yang ditempuh oleh Salafiyyun dari zaman ke zaman, seperti dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah di Jazirah Arabia yang –dengan izin Allah- menghasilkan sebuah negeri yang berlandaskan kepada hukum Allah iaitu Daulah Su’udiyyah. Lihat pembahasan Dakwah Salafiyyah dan Daulah Su’udiyyah dalam majalah Al-Furqan Thn 5 Edisi 9 bahagian manhaj.

Disunting semula oleh: Abu Soleh

Isnin, 28 Disember 2009

Fatwa-Fatwa Ulama Terhadap Ikhwan Muslimin


1. Fatwa Al-Imam Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah

Beliau berkata:

حركة الإخوان المسلمين ينتقدها خواص أهل العلم لأنه ليس عندهم نشاط في الدعوة إلى توحيد الله وإنكار الشرك وإنكار البدع، لهم أساليب خاصة ينقصها عدم النشاط في الدعوة إلى الله وعدم التوجيه إلى العقيدة الصحيحة التي عليها أهل السنة والجماعة. فينبغي للإخوان المسلمين أن تكون عنايتهم بالدعوة السلفية الدعوة إلى توحيد الله وإنكار عبادة القبور والتعلق بالأموات والاستغاثة بأهل القبور كالحسين والحسن أو البدوي أو ما أشبة ذلك

“Harakah Ikhwanul Muslimin telah dikritik oleh para ulama kerana mereka tidak mempunyai semangat untuk berdakwah kepada mentauhidkan Allah Ta’ala, mengingkari kesyirikan dan bid’ah, mereka mempunyai metode-metode khusus yang menguranginya untuk tidak bersemangat dalam dakwah kepada Allah dan tidak mengajak kepada aqidah yang benar yang merupakan jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka hendaklah Ikhwan Muslimin memberi perhatian terhadap dakwah salafiyah iaitu dakwah untuk mentauhidkan Allah Ta’ala, mengingkari peribadatan kubur, bergantung kepada mayat-mayat, dan beristighasah (meminta pertolongan) dengan penghuni kubur seperti Al-Husin, Al-Hasan, Al-Badawi atau apa-apa yang seperti demikian.” (Al-Majallah, hal 23, edisi 806, 25 safar 1416 hijriah dan Al-Ajwibah Al-Mufidah, hal 72)

Beliau juga pernah ditanya tentang suatu nas (dalil): Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang perpecahan umat, baginda bersabda: “Umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya keneraka kecuali satu.” Apakah Jamaah Tabligh dengan apa yang ada pada mereka berupa berbagai-bagai kesyirikan, bid’ah dan Jamaah Ikhwanul Muslimin dengan berkelompok-kelompoknya mereka dan tidak taat serta patuh kepada penguasa, apakah kedua-dua Jamaah ini termasuk 72 golongan yang sesat?

Beliau menjawab:

من خالف عقيدة أهل السنة دخل في الاثنتين والسبعين، "أُمتي" : هي أمة الإجابه الذين استجابوا له وأظهروا الاتباع عنهم له، فثلاثة وسبعين: فرقة ناجية سليمة التي اتبعته واستقامت على دينه، واثنتان وسبعون فرقة فيهم الكافر وفيهم العاصي وفيهم المبتدع أقسام

“Sesiapa sahaja yang menyelisihi aqidah Ahli Sunnah akan masuk ke dalam 72 golongan sesat, sabda baginda “Umatku” adalah umat Ijabah, yakni orang-orang yang menjawab seruan bagiNya dan menampakkan diri bahawa mereka mengikuti (Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam), sehingga ada 73 golongan, satu kelompok yang selamat adalah yang mengikuti Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan istiqamah di atas agama baginda. Adapun 72 golongan itu, maka ada di antara mereka yang kafir, pelaku maksiat, ahli bid’ah dan berbagai-bagai.”

Kemudian orang yang bertanya tadi mengatakan: “Apakah dua kelompok ini (Tabligh dan Ikhwan Muslimin) termasuk 72 golongan itu? Maka syeikh menjawab:

إيه ـ أي نعم ـ من الاثنتين والسبعين، بعض أهل العلم يرى الخوارج من الكفار لكن هم داخلون في عموم الاثنتين والسبعين؟

“Ya, termasuk 72 golongan tersebut, sebahagian ulama memandang bahawa kelompok khawarij termasuk orang-orang kafir, namun mereka termasuk dalam keumuman 72 golongan tersebut.” (Dari Kaset As-Ilatun wa Ajwibah)


2. Fatwa Muhaddis zaman ini, Al-Imam Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah

Beliau ditanya: “Apakah manhaj Ikhwanul Muslimin di atas sunnah?

Maka beliau menjawab:

من المعروف أن من قواعد الإخوان المسلمين "نتعاون فيما اتفقنا فيه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه"، وهذا الإطلاق غير صحيح وبالذات القسم الأخير "ويعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه!"، والخلاصة بارك الله فيك: الإخوان المسلمون ينطلقون من هذه القاعدة التي وضعها لهم رئيسهم الأول وعلى إطلاقها، ولذلك لا تجد فيهم التناصح المستقي من نصوص كتاب الله وسنة رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ لقوله تعالى: (( وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3) )). الحق كما تعلم ضد الباطل، والباطل أصولي وفروعي، وكل ما خالف الصواب فهو باطل، وهذه العبارة هي سبب بقاء الإخوان المسلمين نحو 70 سنة عملياً بعيدين عن فهم الإسلام فهماً صحيحاً وبالتالي بعيدين عن تطبيق الإسلام عملياً لأن فاقد الشيء لا يعطيه

“Suatu perkara yang telah dimaklumi bahawa diantara kaedah Ikhwanul Muslimin adalah kita tolong-menolong pada perkara yang kita sepakat dan kita memaafkan pada perkara yang kita perselisihkan. Kaedah ini tidak benar dan pada bahagian yang terakhir (kita memaafkan pada perkara yang kita perselisihkan!) dan ringkasnya semoga Allah memberkati anda: Al-Ikhwanul Muslimin melalui kaedah yang diletakkan oleh pemimpin pertama mereka (yakni Hasan Al-Banna) secara mutlaknya, dan oleh kerana itu tidak didapati pada mereka itu usaha saling menasihati antara satu sama lain yang diambil dari dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdasarkan firman Allah:

(Maksudnya):  “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al-‘Asr: 1-3)

Sebagaimana telah anda ketahui bahawa kebenaran adalah berlawanan kepada kebatilan dan kebatilan usul (asas), furu’ (cabang) dan segala sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran adalah kebatilan. Ungkapan (kaedah) inilah yang menjadi penyebab Ikhwanul Muslimin tetap selama sekitar 70 tahun beramal dan berfikir jauh dari pemahaman Islam yang benar dan selanjutnya mereka jauh untuk mewujudkan Islam secara amaliah, kerana sesuatu yang tidak ada, tidak akan mampu untuk memberi.” (Dari Kaset Liqo` ma’a sururi, milik Syeikh Al-Albani, side A)

Syeikh juga menegaskan sebagaimana dalam kaset beliau “Liqo` ma’a sururi”, juz pertama di side B, isinya adalah seperti berikut:

ليس صواباً أن يقال إن الإخوان المسلمين من أهل السنة لأنَّهم يحاربون السنة

“Tidak benar orang yang menyatakan Ikhwanul Muslimin sebagai Ahli Sunnah, kerana mereka memerangi (membenci) As-Sunnah.” (Untuk mendengar rakaman beliau akan perkataan ini, sila download: http://www.fatwa1.com/anti-erhab/hezbeh/alb_akhwan.rm)

Beliau juga ditanya tentang hukum masuk ke dalam parti At-Tajammu’ Al-Yamani Lil Islah?

Al-Imam Al-Albani menjawab:

إن الأحزاب في بلاد الإسلام حقاً لا تجوز لأن الله يقول: (( أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ))، فليس هناك إلا حزب واحد وتستطيع أن تفهم من كلمتي السابقة حول (الدعوة السلفية) ولماذا نحن نقول الكتاب والسنة ومنهج السلف الواحد (السلف الصالح) حتى يكون المسلمون حزباً واحداً وعلى منهج واحد، ولذلك فلا حزبية في الإسلام، وبخاصة ورب الأنام يقول في القرآن: (( وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ ))، وأنا صحيح لست يمانيّاً ولا جئت اليمن ولكن أنا أعرف أن مرض الأمة الإسلامية في كل بلاد الإسلام هو واحد وهو بعدُهُم ـ كما سمعت آنفاً ـ من جهة من حيث الأسلوب العلمي؛ كيف يعرفون الخطأ من الصواب! كيف يعرفون العقيدة الصحيحة من العقيدة الباطلة هو على منهج السلف الصالح وهم بعيدون عنها، ثم كثيرون منهم يقومون بأعمال صالحة ولكن لا يبتغون وجه الله كما كنت أشرع في الكلمة الثانية، الآن الداء في البلاد الإسلامية واحد لا فرق بين هنا ـ الأردن ـ وبين سوريا وبين الجزائر وبين تونس وبين ليبيا والمغرب ثم ارجع إلى الشرق كله، العلة واحدة وهي بعدهم عن الاهتداء بكتاب الله وسنة رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ وعلى ما كان عليه السلف الصالح.

 الآن أقول: هذا التجمع ـ أي التجمع اليمني للإصلاح ـ يقيناً لم يقم على أساس الكتاب والسنة أولاً، ثم يقيناً لم يقم على أساس الكتاب والسنة ومنهج السلف....أنا لست يمانياً ولكن هذا الواقع في اليمن

“Sesungguhnya parti-parti di negeri-negeri Islam tidak diperbolehkan kerana Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan Allah itu adalah golongan yang beruntung.” (Al-Mujadalah: 22) Tidaklah ada di sana kecuali satu golongan dan anda dapat memahaminya dari perkataan saya yang lalu sekitar dakwah Islamiah dan kenapa kita menyerukan kepada Al-Kitab, As-Sunnah dan manhaj Salaf yang satu (salafussoleh) sehingga kaum muslimin menjadi satu golongan dan mereka di atas satu manhaj. Oleh sebab itu tidak ada parti dalam Islam dan lebih-lebih lagi Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Ar-Rum: 31-32)

Dan benar, saya (Al-Albani) bukan orang Yaman dan tidak pula datang ke Yaman. Akan tetapi saya mengetahui bahawa penyakit umat Islam di semua negeri Islam adalah satu (sama) iaitu jauhnya mereka -sebagaimana baru saja kudengari- dari segi metode-metode ilmiah. Bagaimana mereka mengetahui kesalahan dengan kebenaran! Bagaimana mereka mengetahui aqidah yang benar dari aqidah yang batil, iaitu di atas manhaj salafus soleh. Kemudian kebanyakan dari mereka mengerjakan amalan soleh namun mereka tidak mengharapkan wajah Allah Ta’ala sebagaimana aku telah memulai pada perkataan yang kedua. Sekarang ini penyakit yang ada di negeri-negeri Islam adalah satu, tidak ada perbezaan antara di sini (Jordan) dengan Syria, antara Jazirah Arab dan Tunisia dan antara Libiya dengan Maroko, kemudian kembali ke timur semuanya, penyakitnya adalah satu, iaitu jauhnya mereka dari petunjuk Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta apa yang salafus soleh berada di atasnya (berpegang dengannya).

Sekarang saya katakan: Perkumpulan ini -At-Tajammu’ Al-Yamani Lil Islah- yang pertama, saya yakin tidak berdiri di atas asas Al-Kitab dan As-Sunnah. Kemudian saya yakin tidak dibangun di atas asas Al-Kitab dan As-Sunnah serta manhaj Salaf…. Saya bukan orang Yaman tapi demikianlah realiti yang terjadi di Yaman.” (Dari Kaset I’lamul Qadhi wad Dani, milik Syeikh Al-Albani)

3. Fatwa Al-Allamah Muhammad Sholeh Al-‘Utsaimin rahimahullah sebagai anggota Manjlis Kibar Ulama Saudi

Beliau ditanya adakah terdapat nas dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang membolehkan berbilang-bilangnya jama’ah dan ikhwan?

Maka beliau menjawab:

نعم أقول ليس في الكتاب ولا في السنة ما يبيح تعدد الأحزاب والجماعات، بل إن في الكتاب والسنة ما يذم ذلك، قال الله تعالى: (( إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ ))، وقال تعالى: (( كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ )).

ولا شك أن هذه الأحزاب تتنافى ما أمر الله به بل ما حث عليه في قوله: (( وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ )).

وقول بعضهم: إنه لا يمكن للدعوة أن تقوى إلا إذا كانت تحت حزب!؟ نقول هذا ليس صحيحاً بل إن الدعوة تقوى كُلما كان الإنسان منطوياً تحت كتاب الله وسنة رسول الله متبعاً لآثار النبي وخلفائه الراشدين.

“Ya, saya katakan tidak ada di dalam Al-Kitab dan As-Sunnah yang membolehkan berbilangnya kelompok-kelompok dan jama’ah-jama’ah, bahkan yang ada di dalam Al-Kitab dan Sunnah adalah celaan terhadap hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman (Maksudnya): “Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau (wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Allah akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).” (Al-An’am: 159) Dan Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Tiap-tiap golongan berasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Ar-Ruum: 32)

Dan tidak diragukan lagi bahawa kelompok-kelompok ini menafikan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dengannya bahkan apa yang dianjurkanNya di dalam firmanNya (maksudnya): “Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepadaKu.” (Al-Mukminun: 52)

Adapun perkataan sebahagian mereka: Bahawa tidak mungkin dakwah akan menjadi kuat melainkan jika berada di bawah kelompok!? Kita katakan bahawa ini sama sekali tidak benar bahkan dakwah akan semakin kuat setiap kali seseorang semakin bernaung di bawah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta mengikuti jejak Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan Al-Khulafa` Ar-Rasyidin.” (Dari Kaset Majmu’ah Kalamil Ulama fi Abdurrahman Abdul Khaliq pada side B)

4. Fatwa Muhaddis Negeri Yaman Muqbil bin Hadi Al-Wadi’iy rahimahullah

Beliau ditanya apakah jamaah Ikhwanul Muslimin, Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin termasuk Ahli Sunnah Wal Jamaah atau tidak?

Beliau menjawab:

أما جماعة الإخوان والتبليغ والقطبيين فالأولى أن يحكم على مناهجهم، فمناهجهم ليست بمناهج أهل السنة والجماعة أما الأفراد فأنتم تعرفون أن بعض الناس ملبَّسٌ عليه، ويكون سلفياً ويأتونه من باب نصر دين الله ويمشي معهم لا يدري ماهم عليه، فهم خليط، الأفراد خليط لا يستطاع الحكم عليهم بحكم عام لكن المناهج ليست بمناهج أهل السنة والجماعة

“Adapun Jamaah Al-Ikhwan (Muslimin), Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin. Lebil layak jikalau kita menghakimi manhaj mereka, manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adapun secara individu maka kamu telah pun ketahui bahawa ada sebahagian orang tertipu, dan menjadi seorang salafi lalu mereka datang kepadanya dalam rangka menolong agama Allah Ta’ala dan orang itu berjalan bersama mereka sementara dia tidak mengetahui bagaimana keadaan mereka sebenarnya sehingga mereka tercampur, masing-masing individu tercampur sehingga tidak dapat menghukum ke atas mereka dengan hukuman yang umum, akan tetapi manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.” (Dari Kaset Al-As`ilah As-Sunniyah Li ‘Alamatil Bilad Al-Yamaniyah)

5. Fatwa Al-Allamah Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah, sebagai anggota Majlis Kibar Ulama Saudi

Beliau berkata:

فقد حاول أعداء هذه الدعوة أن يقضوا عليها بالقوة فلم ينجحوا، وحاولوا أن يقاوموها بالتشكيك والتخليل والشبهات ووصفها بالأوصاف المنفرة فما زادها إلا تألقاً ووضوحاً وقبولاً وإقبالاً. ومن آخر ذلك ما نعايشه الآن من وفود أفكار غريبة مشبوهة إلى بلادنا باسم الدعوة على أيدي جماعات تتسمى بأسماء مختلفة مثل الإخوان المسلمين، وجماعة التبليغ وجماعة كذا، وكذا، وهدفها واحد وهو أن تزيح دعوة التوحيد وتحل محلها

“Musuh-musuh dakwah ini berusaha untuk menghabiskan dengan sekuat tenaga, namun mereka tidak berjaya, dan mereka berusaha untuk melawannya dengan menanamkan keraguan, merenggangkan persatuan, melemparkan syubhat dan mensifati dakwah ini dengan sifat-sifat yang membuatkan manusia lari darinya, sehingga tidak bertambah (usaha demikian) kecuali kecerahan, kejelasan dan penerimaan (terhadap dakwah ini). Dan akhir dari yang demikian itu adalah apa yang kami jalaninya sekarang ini dari datangnya pemikiran-pemikiran asing dan penuh syubhat ke negeri kita dengan mengatasnamakan dakwah di atas jama’ah-jama’ah yang menamakan dirinya dengan nama-nama yang berbeza-beza seperti Ikhwanul Muslimin, Jama’ah Tabligh, Jama’ah ini dan itu. Tujuan mereka adalah satu iaitu untuk menyingkirkan dakwah tauhid dan menukar tempatnya (menggantikannya dengan yang lain).” (Muqaddimah Kitab Haqiqatu Ad-Da’wah Ilallah, hal 3-4)


Sumber: Risalatun Akhawiyah, Limaza Taraktu Da’wah Al-Ikhwan Al-Muslimin Wattaba’tu Al-Manhaj As-Salaf, Faishol bin Abduh Qa`id Al-Hasyidi, hal 26-28. Download kitab tersebut dari: sahab.net

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...