Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Sabtu, 14 April 2018

PAHALA YANG DIHADIAHKAN KEPADA MUKMIN

Mengenai pahala yang dihadiahkan kepada seseorang seperti pahala sedekah, atau pahala bacaan, atau pahala ibadah haji dan yang seumpama dengannya, maka telah ittafaq (sepakat) ahli sunnah mengatakan bahawa pahala orang mukmin yang mati dapat manfaat daripada hasil usaha dan kerja daripada orang yang hidup dengan dua perkara berikut:

Pertama: Sesuatu yang telah diusahakan oleh si mati pada masa hidupnya dan berkekalan sampai selepas matinya, kerana thabit daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو ولد صالح يدعو له أو علم ينتفع به من بعده

Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam (manusia), maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah, anak soleh yang berdoa kepadanya dan ilmu yang dimanfaatkan setelahnya."

Kedua: Doa dan istighfar orang-orang Islam, amalan sedekah dan ibadah haji, akan tetapi ulama berselisih terhadap ibadah tubuh badan seperti puasa, solat, bacaan al-Quran dan zikir.
 Sumber: Google

Menurut pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Jumhur Ulama Salaf mengatakan sampai pahala amalan tersebut kepada si mati. Tetapi menurut pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi'i dan Maliki mengatakan ianya (pahala amalan tersebut) tidak sampai kepada si mati.

Dalil-dalil yang menunjukkan bahawa si mati mendapat manfaat daripada amalan yang ia tidak mengerjakan ialah firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ

Maksudnya: "Dan orang-orang (Islam) yang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman..." (Al-Hasyr 59 : 10)

Allah memuji mereka kerana mereka beristighfar (memohon keampunan) kepada orang-orang mukmin sebelum mereka. Maka jelaslah bahawa orang-orang yang mati mendapat manfaat daripada istighfar orang-orang yang hidup. 

Dalil yang menunjukkan si mati dapat manfaat daripada doa orang hidup ialah Ijmak Ulama menyuruh agar berdoa kepada si mati di dalam solat jenazah. Dan hadis yang menyebutkan doa-doa dalam solat jenazah amatlah banyak sekali. Begitu juga doa setelah dikebumikan si mati.

Rasulullah s.a.w telah mengajar para sahabatnya apabila menziarahi kubur maka hendaklah berdoa:

السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله بكم لا حقون نسأل الله لنا ولكم العافية

Maksudnya: "Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kampung (kubur), dari kalangan para mukminin dan muslimin. Dan kami ini insyaAllah, akan menyusul kamu. Kami memohon ke atas kami keselamatan dan ke atas kamu ." (Riwayat Muslim)

Dalil yang menunjukkan sampainya pahala sedekah kepada si mati ialah hadis Aisyah r.ha:

 أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، إن أمي افتلتت نفسها ولم توص وأظنها لو تكلمت تصدقت أفلها أجر إن تصدقت: قال نعم.

Maksudnya: "Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya ibu telah mati mengejut (tiba-tiba), maka dia tidak sempat berwasiat. Dan saya menyangka kalau dia sempat bercakap, dia pasti akan (menyatakan) akan mengeluarkan sedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika saya bersedekah (untuknya)?' Baginda menjawab: 'Ya.'" (Muttafaqun Alaih dan Lafaz ini milik Muslim).

Hadis yang semakna dengan hadis seperti ini masih banyak lagi. Dan dalil yang menunjukkan sampainya pahala puasa kepada si mati ialah hadis Aisyah r.ha, sabda Rasulullah s.a.w:

 من مات وعليه صيام صام عنه وليه

Maksudnya: "Sesiapa yang mati, sedang dia mempunyai puasa wajib (yang sepatutnya dikerjakan), maka hendaklah walinya berpuasa menggantikannya." (Muttafaqun Alaih)

Dalil yang menunjukkan sampai pahala ibadah haji ialah hadis Ibnu Abbas r.huma:

Maksudnya: "Seorang perempuan daripada kabilah Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. Lalu berkata: 'Sesungguhnya ibu saya telah bernazar akan mengerjakan haji, dia tidak sempat mengerjakannya sehingga dia mati, adakah saya mesti mengerjakannya sebagai gantinya? Bagaimana pendapat engkau sekiranya engkau mempunyai hutang adakah engkau akan membayarnya? Tunaikanlah hak Allah ianya lebih aula (utama) untuk ditunaikan." (Riwayat Al-Bukhari).

Hadis-hadis di atas tersebut tidak berlawanan dengan firman Allah:

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya." (An-Najm: 39)

Dan tidak berlawanan dengan firman Allah:

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ 

Maksudnya: "Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Al-Baqarah: 286)

Dan tidak berlawanan dengan firman Allah:

وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُون

Maksudnya: "Dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan." (Yasin: 54)

Dr. Muhammad Naim Yasin berkata: "Ini kerana seseorang manusia yang menjadi muslim dan ikatannya dengan saudara muslim yang lain dengan ikatan ukhwah dan iman, pergaulan yang mesra dan kebaikannya yang dicurahkannya kepada manusia, kasih sayangnya kepada mereka adalah termasuk dalam usahanya yang membuatkan mereka berdoa untuknya, menghadiahkan pahala berupa amalan ketaatan untuknya. Perbuatan itu adalah merupakan hasil daripada usahanya. Maka si mati yang mendapat manfaat daripada hadiah pahala yang telah disampaikan (dikirimkan) kepadanya oleh saudaranya yang masih hidup tidaklah bertentangan dengan ayat-ayat (Al-Quran di atas) tadi. Dan ayat-ayat tersebut adalah merupakan ayat Muhkamat (yang jelas) yang tidak boleh ditakwilkan. Ayat-ayat tersebut melambangkan keadilan Allah, memberi pengertian bahawa tidak disiksa seseorang dengan sebab dosa orang lain, dan tidak diambil kesalahan seseorang dengan sebab kesalahan orang lain, seperti hukuman yang dijalankan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di dunia ini.

Ia juga memberi pengertian bahawa tidak beruntung bagi seseorang itu melainkan dengan amalan yang dikerjakan, supaya hilang perasaan tamak dan cita-cita seseorang kepada amalan bapanya, neneknya dan gurunya, tetapi harus (mestilah) diberi perhatian bahawa di sana ada beberapa adat istiadat dan perkara-perkara bidaah, yang tidak termasuk dalam pengertian hadis-hadis yang tersebut, tidak ada dalil-dalil syarak dan tidak ada seorang ulama pun mengatakan harus berbuat demikian, cuma mereka berselisih tentang: Adakah harus mengupah mengajar Al-Quran?

Adapun mengupah membaca Al-Quran serta menghadiahkan pahala bacaannya kepada si mati, atau mengupah orang melakukan solat, puasa dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati, maka tidak ada khilaf (perselisihan) tentang ketidakharusannya (tidak boleh), malah yang harus (sepatutnya) ialah membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahala bacaannya kepada si mati dengan cara sukarela dan kemahuan orang yang membaca sendiri dengan tidak (mengharapkan) apa-apa upah pun." (Al-Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalannya oleh Dr. Muhammad Na'im Yasin, Terjemahan Versi Jawi oleh: Ustaz Abdurrahman bin Abdullah (Patani), Terbitan: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd, Halaman 423-424).

14 April 2018
Taman Kuala Menggatal
Disunting olahan bahasa oleh: Mohd Safwan bin Mohd Rusydi

Selasa, 25 Jun 2013

HUKUM NIAT PUASA RAMADHAN UNTUK SEBULAN

Fatwa Syeikh Muhammad bin Soleh Utsaimin

السؤال: هل كل يوم يصام في رمضان يحتاج إلى نية أم تكفي نية صيام الشهر كله؟

Soalan: Adakah seseorang yang berpuasa bulan ramadhan perlu meniatkan pada setiap hari atau cukup untuk niat untuk sebulan keseluruhannya?
 
Gambar Hiasan

 
الإجابة: يكفي في رمضان نية واحدة من أوله، لأن الصائم وإن لم ينو كل يوم بيومه في ليلته فقد كان ذلك في نيته من أول الشهر، ولكن لو قطع الصوم في أثناء الشهر لسفر أو مرض أو نحوه وجب عليه استئناف النية، لأنه قطعها بترك الصيام للسفر والمرض ونحوهما.

Jawapan: Memadai (puasa) ramadhan dengan sekali niat pada awalnya, kerana orang yang berpuasa jika tidak berniat pada setiap malam harinya maka sesungguhnya dia telah ada niatnya dari awal bulan. Akan tetapi sekiranya terputus puasanya pada hari kedua bulan tersebut kerana bermusafir atau sakit atau lain-lain sebab, maka wajib ke atasnya memulakan niat, kerana niatnya telah terputus dengan meninggalkan puasa kerana musafir, sakit dan selainnya.

Sumber: http://ar.islamway.net/fatwa/15796

Tambahan saya: Sebahagian ulama mewajibkan niat pada setiap malam adalah berdasarkan hadis:

من لم يبيت الصوم قبل الفجر فلا صيام له

"Barangsiapa yang tidak meniatkan puasa pada malam hari sebelum fajar (subuh), maka tiada puasa baginya." (Riwayat Al-Khamsah)

As-Son'ani berkata: "Hadis ini menunjukkan bahawa tidak sah puasa kecuali jika berniat pada malam hari, iaitu dengan cara berniat pada malam hari untuk puasa esok hari. Waktu malam itu dikira bermula terbenamnya matahari (masuk waktu maghrib) hingga terbit fajar (masuk waktu subuh). Perkara ini disebabkan kerana puasa adalah perbuatan (amal ibadah) dan setiap perbuatan/perlakuan mesti mempunyai niat, sedangkan antara waktu siang hari dengan malam hari tidak terpisah dengan suatu pemisah yang jelas, oleh sebab itu permulaan puasa tidak akan jelas kecuali dengan adanya niat pada malam hari." (Subulus Salam)

Sedangkan hujah yang mengatakan bolehnya (harus) berniat puasa ramadhan untuk sebulan adalah berdasarkan hadis:

وإنما لكل امرئ ما نوى

"Dan bagi setiap seseorang itu (diterima atau ditolaknya amalannya itu) adalah berdasarkan apa yang diniatkannya." (Muttafaqun 'Alaih)

Ramadhan dianggap sebagai satu kesatuan ibadah, oleh sebab itu seseorang yang berbuka puasa pada malam hari tersebut boleh menjadi niatnya untuk hari esoknya kerana dengan berbuka puasa akan melahirkan keyakinan yang kuat untuk meneruskan puasa pada keesokan harinya. Wallahua'lam

Mudah-mudahan bermanfaat.

Ditulis oleh:
Mohd Safwan bin Mohd Rusydi
Taman Indah Permai, Kota Kinabalu, Sabah.

Rabu, 25 Julai 2012

BATALKAH PUASA KERANA MELAKUKAN ONANI?


Mohd Safwan bin Mohd Rusydi

Berikut ini saya bawakan fatwa-fatwa ulama iaitu fatwa Syeikh Ibnu Baz, Syeikh Utsaimin dan Syeikh Al-Albani rahimahumullah (semoga Allah merahmati mereka) memandangkan terdapat kekeliruan daripada segelintir golongan yang cuba berbuat syubhat dan fitnah terhadap para ulama khususnya kepada tiga nama tersebut yang selalu dilontar dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Mungkin disebabkan kebencian mereka terhadap para ulama yang tidak sealiran dengan mereka, menyebabkan mereka tidak berlaku adil dalam mengambil dan menyebarkan maklumat atau mungkin sengaja mencari-cari kesalahan para ulama untuk disebar-sebarkan demi untuk memburukkan nama ulama tersebut.


Maka dengan tulisan ini, mudah-mudahan dapat menjawab segala kesamaran dan syubhat mereka tersebut.

1. Fatwa Syeikh Ibnu Baz

Syeikh ditanya:

Seorang pemuda yang melakukan onani (masturbasi) pada siang hari sedangkan dia sedang berpuasa. Apakah yang wajib dilakukannya?

Syeikh menjawab:

الاستمناء في نهار الصيام يبطل الصوم إذا كان متعمدا ذلك وخرج منه المني, وعليه أن يقضي إن كان الصوم فريضة, وعليه التوبة إلى الله سبحانه وتعالى ؛ لأن الاستمناء لا يجوز لا في حال الصوم ولا في غيره، وهي التي يسميها الناس العادة السرية.

“Istimna’ (onani) pada siang hari bagi orang yang berpuasa membatalkan puasa jika dilakukan secara sengaja dan keluar daripadanya air mani, dan wajib ke atasnya untuk mengqadha’ (mengganti) sekiranya ianya merupakan puasa fardhu, dan wajib ke atasnya untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini kerana Istimna’ tidak boleh dilakukan sama ada ketika berpuasa mahu pun selainnya. Dan manusia menamakannya sebagai kebiasaan yang tersembunyi.” (Disebarkan dalam Majalah Dakwah, Bil. 1595, bertarikh 7/2/1418 Hijrah)

2. Fatwa Syeikh Utsaimin

Syeikh ditanya:

Jika seseorang yang berpuasa melakukan onani, adakah wajib ke atasnya kaffarah?

Syeikh menjawab:

إذا استمنى الصائم فأنزل أفطر ووجب عليه قضاء اليوم الذي استمنى فيه، وليس عليه كفارة، لأن الكفارة لا تجب إلا بالجماع.

“Jika seseorang yang berpuasa melakukan onani, maka ia telah berbuka (yakni batal puasanya) dan wajib ke atasnya qadha’ (ganti) sebanyak hari yang dia melakukan onani tersebut, dan tidaklah wajib ke atasnya kaffarah kerana kaffarah tidak wajib melainkan dengan bersetubuh (hubungan suami dan isteri).”

Syeikh juga ditanya:

Seorang pemuda melakukan onani di bulan Ramadhan kerana jahil bahawa perbuatan tersebut boleh membatalkan puasa dan dalam keadaan dirinya dikuasai oleh syahwatnya. Maka apakah hukumnya?

Syeikh menjawab:

الحكم أنه لا شيء عليه، لأننا قررنا فيما سبق أنه لا يفطر الصائم إلا بثلاثة شروط: العلم، والذكر، والإرادة.

ولكني أقول: إنه يجب على الإنسان أن يصبر عن الاستمناء، لأنه حرام لقول الله تعالى: {وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ * إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ * فَمَنِ ابْتَغَى وَرَآءَ ذالِكَ فَأُوْلَائِكَ هُمُ الْعَادُونَ}.


ولأن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «يا معشر الشباب، من استطاع منكم الباءة فليتزوج، فإنه أغض للبصر، وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم».


ولو كان الاستمناء جائزاً لأرشد إليه النبي صلى الله عليه وسلم، لأنه أيسر على المكلف، ولأن الإنسان يجد فيه متعة، بخلاف الصوم ففيه مشقة، فلما عدل النبي صلى الله عليه وسلم إلى الصوم، دل هذا على أن الاستمناء ليس بجائز. 

"Hukumnya adalah bahawasanya tidak dikenakan apa-apa ke atasnya, kerana sebagaimana yang telah kita ketahui sebelum ini bahawasanya tidaklah batal puasa seseorang itu melainkan tiga syarat: dia mengetahui (perkara tersebut membatalkan puasa), dia ingat (tidak lupa) dan berkehendak (untuk melakukannya). 

Akan tetapi aku katakan: bahawasanya wajib bagi seseorang itu untuk bersabar dari melakukan onani kerana ianya "haram" berdasarkan firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang menginginkan selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7)

Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kamu yang mampu (berkahwin), maka hendaklah dia berkahwin, kerana ianya akan menundukkan pandangan, dan lebih menjaga kemaluannya. Dan barangsiapa yang tidak mampu (berkahwin) hendaklah dia berpuasa.”

Kalau sekiranya melakukan onani itu harus (hukumnya) pasti Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam akan menunjukkannya kerana ia merupakan perkara yang paling mudah dilakukan bagi seorang mukallaf, dan manusia akan mendapat kesenangan padanya, berbeza dengan puasa kerana padanya terdapat kesukaran. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyarankan agar orang yang tidak mampu berkahwin berpuasa, maka ini menunjukkan bahawa melakukan onani itu tidak harus dilakukan.” (Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Utsaimin, 19/172)

3. Fatwa Syeikh Al-Albani 

Syeikh ditanya:

Adakah melakukan onani sama ada disebabkan mencium isterinya atau memeluknya ataupun melakukan onani dengan tangannya, boleh membatalkan puasanya dan mewajibkan qadha’ (ganti)?

Syeikh menjawab:

لا دليل على الإبطال بذلك ، وإلحاقه بالجماع غير ظاهر ، ولذلك قال الصنعاني : "الأظهر أنه لا قضاء ولا كفارة إلا على من جامع ، وإلحاق غير المجامع به بعيد" . وإليه مال الشوكاني ، وهو مذهب ابن حزم ، فانظر المحلى.


ومما يرشدك إلى أن قياس الاستمناء على الجماع قياس مع الفارق ، أن بعض الذين قالوا به في الإفطار لم يقولوا به في الكفارة ، قالوا : "لأن الجماع أغلظ ، والأصل عدم الكفارة" . انظر المهذب مع شرحه للنووي.   
فكذلك نقول نحن : الأصل عدم الأفطار ، والجماع أغلظ من الاستمناء ، فلا يقاس عليه . فتأمل . وقال الرافعي: " المني إن خرج بالاستمناء أفطر ، لأن الإيلاج من غير إنزال مبطل ، فالإنزال بنوع شهوة أولى أن يكون مفطرا" .
  
قلت : لو كان هذا صحيحا ، لكان إيجاب الكفارة في الاستمناء أولى من إيجابها على الايلاج بدون إنزال ، وهم لا يقولون أيضا بذلك . فتأمل تناقض القياسيين ! أضف إلى ذلك مخالفتهم لبعض الآثار الثابتة عن السلف في أن المباشرة بغير جماع لا تفطر ولو أنزل ، وقد ذكرت بعضها في سلسلة الأحاديث الصحيحة ، ومنها قول عائشة رضي الله عنها لمن سالها : ما يحل للرجل من امرأته صائما ؟ قالت : "كل شئ إلا الجماع". أخرجه عبد الرزاق في مصنفه بسند صحيح ، كما قال الحافظ في الفتح ، واحتج به ابن حزم .


وترجم ابن خزيمة رحمه الله لبعض الأحاديث المشار إليها بقوله في صحيحه : "باب الرخصة في المباشرة التي هي دون الجماع للصائم ، والدليل على أن اسم الواحد قد يقع عل فعلين : أحدهما مباح ، والآخر محظور ، إذ اسم المباشرة قد أوقعه الله في نص كتابه على الجماع ، ودل الكتاب على أن الجماع في الصوم محظور ، قال المصطفى صلى الله عليه وسلم : "إن الجماع يفطر الصائم" ، والنبي المصطفى صلى الله عليه وسلم قد دل بفعله على أن المباشرة التي هي دون الجماع مباحة في الصوم غير" . انتهى كلام الالباني من كتاب تمام المنة.

“Tidak ada dalil yang menunjukkan batalnya perkara tersebut, menyamakannya (Istimna’) dengan bersetubuh tidak tepat. Oleh yang demikian, Ash-Shan’ani berkata: “Pendapat yang terkuat adalah tidak ada qadha’ (ganti) dan kaffarah kecuali bagi yang melakukan persetubuhan, menyamakan sebab lain dengan persetubuhan jauh sekali (dari kebenaran).” Oleh kerana itu Asy-Syaukani juga memilih pendapat ini, dan ia merupakan mazhab Ibnu Hazm sebagaimana di dalam (kitab) Al-Muhalla.

Dan di antara bukti bahawa mengkiaskan onani dengan Jima’ (bersetubuh) adalah kias yang bertentangan adalah sebahagian orang-orang yang berkata berkenaan batalnya puasa (kerana onani) mereka tidak mengatakan (orang tersebut) dikenakan kaffarah. Mereka mengatakan: “Ini kerana bersetubuh itu lebih berat, sedangkan asal hukum (bagi pembatal puasa) tidak dikenakan kaffarah. Lihat Al-Muhazzab beserta syarahnya oleh An-Nawawi.

Maka oleh yang demikian kami mengatakan: Asal hukum (sesuatu) tidak menyebabkan terbatalnya puasa, sedangkan bersetubuh lebih berat dari onani maka tidak boleh mengkiaskan ke atasnya. Maka fikirkanlah. Berkata Ar-Rafi’ie: “Jika air mani keluar kerana onani maka batallah puasa, kerana pertemuan dua alat kelamin walaupun tanpa keluarnya air mani membatalkan puasa. Maka jika air mani dikeluarkan dengan diiringi syahwat lebih utama menjadikan puasanya batal.”

Kalau sekiranya ianya sahih, nescaya lebih diwajibkan lagi kaffarah ke atas orang melakukan melakukan pertemuan dua kelamin tanpa keluarnya air mani, akan tetapi mereka tidak mengatakan sedemikian. Maka fikir-fikirkanlah dua perkara yang dikiaskan ini saling bertentangan! Selain itu mereka juga menyelisihi sebahagian atsar ulama salaf yang mengatakan bahawa bercumbu tanpa bersetubuh tidak membatalkan puasa walaupun keluarnya air mani. Sebahagiannya telah saya sebutkan di dalam As-Silsilatul Ahadits As-Sahihah, dan darinya jawapan Aisyah kepada orang yang bertanya kepadanya: “Apakah yang dihalalkan bagi seorang suami yang berpuasa kepada isterinya?” Aisyah menjawab: “Segala sesuatu kecuali bersetubuh.”

Ibnu Khuzaimah rahimahullah menjelaskan sebahagian hadis-hadis yang berkaitan dalam sahihnya: Bab keringanan hukum bagi mubasyarah (percumbuan suami isteri) yang tidak diiringi dengan persetubuhan bagi orang yang berpuasa dan dalil tentang satu nama (istilah) yang menunjukkan dua perbuatan, salah satunya harus, dan yang satu lagi mahzur (dilarang), kerana istilah mubasyarah Allah telah menyebutkan di dalam nas Al-Quran sebagai bersetubuh, dan Al-Quran menunjukkan bahawa bersetubuh dalam puasa itu dilarang. Al-Musthafa shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya bersetubuh itu membatalkan puasa.” Dan Nabi Al-Musthafa shallallahu ‘alaihi wasallam juga telah menunjukkan perbuatannya bercumbuan tanpa diiringi dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang diharuskan di dalam puasa.” Selesai ucapan Al-Albani dalam kitab Tamamul Minnah. (Majmu’ Fatawa Al-‘Allamah Al-Albani, dikumpul dan disusun oleh Abu Sanad Muhammad, halaman 126-127)  

Di dalam Tamamul Minnah sendiri Syeikh Al-Albani menyebutkan pendapat beliau tentang hukum onani lanjutan dari fatwa beliau yang saya bawakan di atas.

Syeikh Al-Albani berkata:

وأما نحن فنرى أن الحق مع الذين حرموه مستدلين بقوله تعالى : (والذين هم لفروجهم حافظون إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم العادون )

ولا نقول بجوازه لمن خاف الوقوع في الزنا إلا إذا استعمل الطب النبوي وهو قوله صلى الله عليه و سلم للشباب في الحديث المعروف الآمر لهم بالزواج : " فمن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء "

ولذلك فإننا ننكر أشد الإنكار على الذين يفتون الشباب بجوازه خشية الزنا دون أن يأمروهم بهذا الطب النبوي الكريم

“Adapun kami berpendapat bahawa kebenaran adalah bersama mereka yang mengharamkan (perbuatan onani tersebut) berdalilkan dengan firman Allah (bermaksud): “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang menginginkan selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7)

Kami tidak mengatakan harusnya perbuatan (onani) tersebut bagi orang yang bimbang terjatuh ke lembah zina melainkan dia mengamalkan perubatan cara Nabi sebagaimana dalam sabdanya: “Barangsiapa yang tidak mampu (berkahwin) hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu perisai baginya.”

Oleh yang demikian, kami sangat menentang ke atas orang-orang yang berfatwa mengharuskan melakukan onani sekiranya takut terjatuh ke lembah zina tanpa memerintahkan mereka berubat dengan cara perubatan Nabi yang mulia.” (Tamamul Minnah fi At-Ta’liq ‘Ala Fiqhis Sunnah, Maktabah Islamiah Darul Rayah Lin-Nasyr, cet-3, halaman 421)

Kesimpulan yang dapat diambil dari fatwa-fatwa ulama di atas ini adalah:

1 – Para ulama sepakat bahawa onani (masturbasi) atau mengeluarkan air mani (sperma) dengan jalan selain bersetubuh adalah haram. Maka tuduhan-tuduhan yang mengatakan bahawa ulama-ulama salafi atau wahabi membolehkan orang yang berpuasa beronani/melancap adalah dusta. Mereka hanya mengambil sebahagian kalam syeikh Al-Albani dan meninggalkan sebahagian kalam beliau yang lain. Bahkan ternyata beliau sangatlah menentang fatwa orang yang mengharuskan onani secara umumnya, maka lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.

2 – Para ulama berbeza pendapat sama ada onani membatalkan puasa atau tidak kerana tidak ada dalil yang jelas menyatakannya melainkan hanya bersetubuh. Sedangkan onani tidak mungkin boleh dikiaskan dengan bersetubuh. Sebab sekiranya boleh dikiaskan, nescaya orang yang melancap di siang hari pada bulan Ramadhan akan diwajibkan qadha dan kaffarah. Pendapat yang dikemukakan oleh Syeikh Al-Albani tersebut bukanlah pendapat yang asing, malah telah pun dimulai sebelumnya oleh ulama yang terkenal iaitu Ibnu Hazm, Ash-Shan'ani dan Asy-Syaukani sebagaimana keterangan syeikh dalam kitabnya Tamamul Minnah tersebut.

3 – Para ulama berbeza pendapat adakah perlu mengqadha (menggantikan) puasa disebabkan melakukan onani. Syeikh Ibnu Baz dan Syeikh Utsaimin rahimahullah berpendapat wajib ke atas orang yang melakukan onani menggantikan puasanya sahaja dan tidak wajib atasnya kaffarah iaitu memerdekakan hamba sahaya, atau puasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada fakir miskin sebanyak 60 orang sebagaimana dalam hadis riwayat Imam Muslim. Para ulama sendiri tidak pernah menghukum sesat sesama mereka walaupun ternyata banyak pendapat mereka dalam masalah fiqh (cabang) berbeza antara satu sama lain kecuali dalam masalah aqidah (usul) dan manhaj. Wallahua'lam 


Sebagai penutup, kita renungkan hadis Qudsi berikut ini:

الصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَأَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ أَجْلِي وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Puasa itu untuk Aku, maka Akulah yang akan memberikannya pahala. Dia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya dan sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Isnin, 22 Ogos 2011

Berhari Raya Bersama Penduduk Negaranya

Syaikh Abdul Aziz Bin Baaz Rahimahullah ditanya:

Sesungguhnya saya berbuka puasa dihari terakhir bulan ramadhan di Iraq setelah saya mendengar melalui radio siaran Arab Saudi bahawa anak bulan (syawal) telah terlihat, demikian pula melalui siaran Radio Siria, dan yang lainnya.

Maka saya pun berbuka puasa (menetapkan satu syawal) dibangun diatas hal tersebut. Perlu diketahui bahawa saya pun tahu bahawa negeri tempat saya bermukim penduduknya masih melanjutkan puasanya. Bagaimana hukum hal ini? Apa yang menjadi sebab perselisihan kaum muslimin tentang bulan ramadhan?

Beliau menjawab:

Yang wajib bagimu untuk tetap bersama penduduk negerimu, jika mereka berbuka maka berbukalah bersama mereka, dan jika mereka berpuasa maka berpuasalah bersama mereka. Berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:

الصَّوْمُ يوم تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يوم تُفْطِرُونَ وَالْأَضْحَى يوم تُضَحُّونَ

“Berpuasa adalah dihari kamu berpuasa, dan berbukalah (yakni berhari raya - peny) adalah dihari kamu berbuka, dan berkorbanlah (yakni berhari raya korban - peny)  adalah dihari kamu berkorban”.

(HR.Tirmidzi: Kitab Ash-Shaum, Bab: Ma Jaa Ash-Shaumu Yauma Tashuumuun Wal Fithru Yauma Tufthiruun, no: 697)

Dan perselisihan merupakan keburukan. Yang wajib bagimu untuk selalu bersama penduduk negerimu, jika kaum muslimin di negerimu telah berbuka maka berbukalah bersama mereka, dan jika mereka berpuasa maka berpuasalah bersama mereka.

Adapun sebab terjadinya perselisihan adalah kerana sebahagian terkadang telah melihat anak bulan (hilal) sedangkan yang lain belum melihatnya, kemudian orang-orang yang melihat hilal tersebut dipercayai oleh yang lain dan merasa tenang dengannya lalu mereka pun mengamalkan ru’yah tersebut, dan terkadang yang lain tidak percaya dengan ru’yah tersebut sehingga mereka tidak mengamalkannya, maka terjadilah perselisihan. Terkadang satu negeri telah melihatnya dan menjadikan itu sebagai ketetapan sehingga mereka berpuasa dengannya, sementara negeri yang lain tidak merasa cukup dengan ru’yah tersebut atau tidak mempercayainya, atau di antara negeri-negeri tersebut terjadi permusuhan, kerana terkadang suasana politik cukup memberi pengaruh.

Maksud kami adalah yang wajib bagi kaum muslimin agar mereka berpuasa seluruhnya jika telah terlihat hilal berdasarkan keumuman sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:

إذا رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ فَصُومُوا وإذا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا

“Jika kamu melihat hilal maka berpuasalah dan jika kamu melihatnya maka berbukalah (berhari rayalah).”

(HR. Bukhari, Kitab Ash-Shaum, Bab: Hal Yuqaal Ramadhaan Au Syahru Ramadhan, no: 1900. Muslim, Kitab Ash-Shiyaam, Bab: Wujub Shaumi Ramadhan Liru’yatil Hilaal, no: 108)

Dan sabdanya:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعَدَدَ

“Berpuasalah jika melihatnya dan berbukalah jika melihatnya, dan jika terhalang oleh kamu mendung maka sempurnakanlah bilangan hari dibulan tersebut.”

(HR.Bukhari ,bab: qaulun nabi Shallallahu Alaihi Wasallam idza ra’itumul hilaal,no:1909. Muslim, kitabus shiyaam, bab: wujub shaumi ramadhan liru’yatil hilal,no:1081)

Hadis ini mencakup seluruh umat. Maka jika seluruh kaum muslimin merasa cukup dengan keabsahan terjadinya ru’yah, dan bahawa itu merupakan ru’yah yang hakiki dan sah. Maka yang wajib bagi kaum muslimin menetapkan puasa dan berbuka dengannya. Namun jika kaum muslimin berselisih –seperti kenyataan yang ada- dan sebahagian kurang percaya kepada sebahagian yang lain, maka wajib bagimu berpuasa bersama kaum muslimin di negerimu (yakni bersama pemerintah negara tersebut - peny), dan berbuka bersama mereka, sebagai bentuk pengamalan terhadap sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:

الصَّوْمُ يوم تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يوم تُفْطِرُونَ وَالْأَضْحَى يوم تُضَحُّونَ

“Berpuasa adalah dihari kamu berpuasa, dan berbuka adalah dihari kamu berbuka, dan berkorban adalah dihari kamu berkorban”.

(HR.Tirmidzi: Kitab Ash-Shaum, Bab: Ma Jaa Ash-Shaumu Yauma Tashuumuun Wal Fithru Yauma Tufthiruun, no: 697)

Telah sabit pula dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma bahawa ada seseorang yang mengkhabarkan kepada Beliau bahawa penduduk negeri Syam berpuasa pada hari juma’at, sementara penduduk Madinah berpuasa pada hari sabtu pada masa Ibnu Abbas yang merupakan generasi pertama. Maka Ibnu Abbas berkata:

“Kami melihat hilal pada hari sabtu, sehingga kami masih terus melanjutkan puasa hingga kami melihat hilal atau menyempurnakan jumlah bulan menjadi tiga puluh hari.”

Beliau tidak merasa cukup dengan ru’yah penduduk negeri Syam disebabkan kerana jauhnya negeri Syam dari kota Madinah, dan Beliau melihat bahawa ini merupakan perkara ijtihad. Maka engkau punya contoh dari Ibnu Abbas dalam hal kamu berpuasa bersama penduduk negerimu dan berbuka bersama penduduk negerimu. Semoga Allah memberi taufik.

Adapun hari yang dia berbuka padanya (tidak berpuasa - pen), tidak perlu dia menggantinya, sebab itu bukanlah termasuk bulan ramadhan, sebab telah jelas bahawa itu tidak termasuk bulan ramadhan, namun jika seandainya dia tidak membatalkan puasanya maka hal itu lebih utama. Namun adapun dia sudah terlanjur berbuka, maka tidak perlu dia menggantinya, sebab telah jelas hari itu termasuk bulan syawal dan bukan ramadhan. Namun puasanya dia bersama penduduk negerinya dalam hal menjaga agar tidak terjadi perselisihan. Namun jika hal itu sudah terlanjur terjadi, maka tidak ada qadha atasnya –itulah yang kami yakini- sebab hal itu telah disaksikan oleh para saksi bahawa hari itu termasuk bulan syawal.”

(Dari fatawa Nur Ald- Darb, hal:1219)

Disunting melalui laman web: http://salafybpp.com/

Adakah Malam Lailatul Qadar Berlaku Pada Setiap Malam Ke 27?

Sering ada anggapan bahawa kemungkinan besar malam yang dinanti-nanti itu akan tiba pada malam 27. Sehingga, tidaklah menghairankan jikalau banyak kaum muslimin -termasuk ikhwanuna salafiyyun- yang menghidupkan malam tersebut dan memperbanyakkan ibadah lebih berbanding malam-malam yang lain.

Yang jelas, tidak ada yang mengetahui bilakah terjadinya Lailatul Qadar secara pasti kecuali Allah ‘azza wajalla. Hanya sahaja, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan dalam sabdanya:

تَحَرَّوْا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان

“Carilah Lailatul Qadr itu pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.” (Muttafaqun ‘alaihi dari Aisyah radhiyallahu ‘anha)

Lebih khusus lagi, adalah malam-malam ganjil sebagaimana sabda beliau:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِفِي الْوِتْرِمِنَ الْعَشْرِالْأَوَاخِرِمِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul Qadr itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan)”. (HR. Al-Bukhari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha)

Dan lebih khusus lagi adalah malam-malam ganjil pada rentang tujuh hari terakhir dari bulan tersebut.

Beberapa sahabat Nabi pernah bermimpi bahawa Lailatul Qadar tiba di tujuh hari terakhir. Maka Rasulullah bersabda:

أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

“Aku juga bermimpi sama sebagaimana mimpi kalian bahawa Lailatul Qadar pada tujuh hari terakhir, barangsiapa yang berupaya untuk mencarinya, maka hendaknya dia mencarinya pada tujuh hari terakhir.” (Muttafaqun ‘alaihi dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Dalam riwayat Muslim dengan lafaz:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي

“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir, jika salah seorang dari kalian merasa lemah atau tidak mampu, maka janganlah sehingga terlewat tujuh hari baki dari bulan Ramadhan.” (HR. Muslim dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Yang lebih khusus lagi adalah malam 27 sebagaimana sabda Nabi tentang Lailatul Qadar:

لَيْلَةُ سَبْع وَعِشْرِيْنَ

“(Dia adalah) malam ke-27.” (HR. Abu Dawud, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyanradhiyallahu ‘anhuma, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud dan Asy-Syaikh Muqbil dalam Shahih Al-Musnad)

Sahabat Ubay bin Ka’b radhiyallahu ‘anhu menegaskan:

والله إني لأعلمها وأكثر علمي هي الليلة التي أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بقيامها هي ليلة سبع وعشرين

Demi Allah, sungguh aku mengetahui malam (Lailatul Qadr) tersebut. Puncak ilmuku bahwa malam tersebut adalah malam yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kami untuk menegakkan shalat padanya, yaitu malam ke-27. (HR. Muslim)

Dua riwayat terakhir di atas sering dijadikan dalil untuk menentukan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada malam 27. Namun apakah pasti dan selalu malam yang lebih baik dari seribu bulan itu tiba pada malam ke-27 pada setiap tahunnya?

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah: “Pendapat yang paling kuat adalah bahawa Lailatul Qadar itu terjadi pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir Ramadhan, dan waktunya berubah-ubah (pada tiap tahunnya).” (Fathul Bari)

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullah menerangkan: “Lailatul Qadar itu tidak dikhususkan waktunya pada malam tertentu di setiap tahunnya, namun waktunya boleh berubah-ubah, di suatu tahun terjadi pada malam 27 misalnya, dan boleh jadi di tahun yang lain pada malam 25 sesuai dengan kehendak dan hikmah Allah ta’ala.”


Apakah boleh dibenarkan seseorang yang melebihkan semangat dan membanyakkan ibadahnya pada malam 27 sahaja dan tidak pada malam-malam yang lain?

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullah pernah ditanya:

Kebanyakan orang meyakini bahawa malam ke-27 Ramadhan adalah Lailatul Qadar, sehingga mereka menghidupkan malam tersebut dengan solat dan ibadah yang lain, namun tidak demikian pada malam-malam yang lain. Apakah yang seperti ini menepati kebenaran?

Beliau menjawab:

Yang seperti ini tidak menepati kebenaran, kerana sesungguhnya Lailatul Qadar itu boleh berbeza-beza bila terjadinya dari tahun ke tahun, terkadang pada malam 27 dan terkadang pada malam yang lain sebagaimana ditunjukkan oleh banyak hadis tentang permasalahan tersebut.

Telah sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa pada tahun tertentu, diperlihatkan kepada baginda Lailatul Qadar, dan itu terjadi pada malam 21.

Dan telah sahih pula bahwa beliau bersabda:

التمسوها في تاسعة تبقى، في سابعة تبقى، في خامسة تبقى

“Carilah Lailatul Qadar tersebut pada 9 hari tersisa bulan Ramadhan, pada 7 hari tersisa bulan Ramadhan, dan pada 5 hari tersisa bulan Ramadhan.”

Kemudian qiyamullail itu tidak sepatutnya dikhususkan pada malam yang diharapkan terjadinya Lailatul Qadar sahaja, akan tetapi hendaklah seseorang bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir semuanya. Demikianlah petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan, baginda mengencangkan kain sarungnya, membangunkan keluarganya, dan menghidupkan malam itu ‘alaihis- solatu wassalam. Maka sudah selayaknya bagi seorang mukmin yang teguh, untuk bersungguh-sungguh dalam mengisi malam-malam yang sepuluh tersebut seluruhnya sehingga dia tidak akan luput dari pahalanya. (Majmu’ Fatawa Wa Rasa’il Ibni ‘Utsaimin)


Apa hikmah tidak diketahuinya waktu terjadinya Lailatul Qadar secara pasti?

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullah mengatakan: “Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala menyembunyikan pengetahuan tentang bila kepastian terjadinya Lailatul Qadar kepada para hamba-Nya adalah kerana kasih sayang-Nya kepada mereka, supaya para hamba tadi semakin memperbanyak amalannya dalam rangka mencari Lailatul Qadar di malam-malam yang penuh kemuliaan tersebut dengan solat, zikir, dan do’a. Sehingga akan semakin bertambahlah kedekatan mereka kepada Allah ta’ala dan bertambah pula pahala yang akan diraihnya. Allah juga tidak menampakkan pengetahuan tentang bila kepastian terjadinya Lailatul Qadar sebagai ujian bagi hamba-Nya, agar menjadi jelas siapa yang benar-benar bersungguh-sungguh dan semangat dalam mencari Lailatul Qadar, dan siapa yang bermalas-malasan dan hanya bersenang-lenang sahaja. Seorang yang bersemangat untuk mendapatkan sesuatu, pasti dia bersungguh-sungguh dalam mencarinya dan kepayahan untuk meraih sesuatu yang diinginkan tadi menjadi hal yang ringan baginya.” (Majmu’ Fatawa Wa Rasa’il Ibni ‘Utsaimin)

Wallahu a’lam.


Dinukil dan disunting melalui laman: http://salafybpp.com/

Sabtu, 14 Ogos 2010

MENYINGKAP SYUBHAT SEPUTAR TARAWIH

Penulis: Abu Utsman Kharisman

Pendahuluan

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah Subhaanahu Wa Ta’ala yang menjadikan Ramadhan sebagai bulan penuh keberkahan, keampunan, kerahmatan, dan kebaikan. Semoga selawat dan salam senantiasa dicurahkan kepada teladan mulia, Rasulullah Muhammad sallallaahu ‘alaihi wasallam yang telah mensunnahkan Qiyam Ramadhan dan amalan-amalan ibadah lain yang penuh dengan kemaslahatan dan keberkatan.

Saudaraku kaum muslimin, semoga Allah Subhaanahu Wa Ta’ala senantiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita semua…

Salah satu upaya penentang dakwah Ahlussunnah untuk menjauhkan umat dari dakwah yang mulia ini adalah dengan menjauhkan mereka dari para Ulama’ yang sesungguhnya. Penentang dakwah Ahlussunnah tersebut menyematkan gelaran-gelaran dan penamaan yang aneh dan buruk terhadap orang-orang yang berpegang teguh dengan Sunnah, kukuh di dalam meniti jejak Salafus Soleh (Atau lebih dikenali dengan panggilan Salafi - edt).

Penyebutan ‘wahabi’ contohnya, adalah penyebutan yang salah dari sisi bahasa mahupun makna. Gelaran wahabi disematkan pada orang-orang yang selama ini kukuh di atas Sunnah Nabi untuk memberi kesan bahwa mereka adalah orang-orang yang hanya fanatik dan taqlid buta terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. (untuk mengetahui lebih jauh tentang penisbatan nama Wahabi dan tujuan di sebaliknya, silalah membaca lebih lanjut artikel yang ditulis al-Ustadz Ruwaifi’ berjudul: ‘Siapakah Wahhabi?’)

Para Ulama’ Ahlussunnah seperti Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin, Syeikh Soleh al-Fauzan, dan para Ulama’ lain yang semanhaj dengan mereka dianggap sebagai Wahabi. InsyaAllah pada tulisan yang lain akan dijelaskan sisi-sisi lain kesalahan penisbatan nama Wahabi tersebut kepada Ahlussunnah.

Terdapat suatu tulisan pada blog penentang dakwah Ahlussunnah yang berjudul: Fitnah dan Bid’ah Wahaby (Salafy Palsu) di Bulan Ramadhan (1). Tulisan itu menerangkan jumlah rakaat tarawih dan menganggap bahawa Ulama’Ahlussunnah (yang mereka sebut sebagai Wahabi) telah mengada-adakan dan membatasi jumlah rakaat tarawih hanyalah 8. Pada tulisan ini insya-Allah akan disingkap kedustaan tuduhan tersebut serta syubhat-syubhat yang berkaitan dengan solat tarawih. Hanya kepada Allahlah sepatutnya kita bertawakkal, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan dari Allah Subhaanahu Wa Ta’ala.

Syubhat Pertama: Wahaby Membatasi Jumlah Rokaat Tarawih Hanya 8

Disebutkan dalam blog penentang dakwah Ahlussunnah:
“Diantara Fitnah wahhabi dibulan Ramadhan:
1. Wahabi mensyariatkan Solat Sunnah Tarawih 8 rakaat, padahal tidak ada satu pun Imam Mazhab Sunni yang mensyariatkan “

Bantahan:

Jika yang dimaksudkan dengan istilah Wahabi (padahal istilah tersebut salah secara nama, makna, dan penisbatan) oleh mereka adalah para Ulama’ Ahlussunnah seperti yang terhimpun dalam al-Lajnah ad-Daimah Saudi Arabia (yang pada saat itu dipimpin oleh Syeikh bin Baz), atau Ulama’ Ahlussunnah lain seperti Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin, maka itu adalah justeru tuduhan tanpa dasar.

Para Ulama’ Ahlussunnah tersebut tidaklah memberikan batasan jumlah rakaat pada solat tarawih dan witir yang biasa dilakukan pada bulan Ramadhan.

Kita boleh menyemak Fatwa al-Lajnah ad-Daaimah:

صلاة التراويح إحدى عشرة أو ثلاث عشرة ركعة، يسلم من كل ثنتين ويوتر بواحدة أفضل، تأسيا بالنبي صلى الله عليه وسلم، ومن صلاها عشرين أو أكثر فلا بأس، لقول النبي صلى الله عليه وسلم « صلاة الليل مثنى مثنى فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة توتر له ما قد صلى » متفق عليه فلم يحدد صلاة الله وسلامه عليه ركعات محدودة ولأن عمر رضي الله عنه والصحابة رضي الله عنهم صلوها في بعض الليالي عشرين سوى الوتر، وهم أعلم الناس بالسنة

“Solat tarawih (ditambah witir) sebelas atau tiga belas rakaat, salam pada tiap dua rakaat dan witir dengan satu rakaat adalah paling utama, sebagai bentuk mencontoh Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam. Barangsiapa yang solat 20 rakaat atau lebih, maka tidak mengapa, berdasarkan sabda Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam: “Solat malam itu dua-dua rakaat, jika salah seorang dari kamu bimbang masuknya Subuh, maka hendaknya dia solat 1 rakaat yang merupakan witir terhadap solat-solat sebelumnya” (Muttafaqun ‘alaih).

Maka Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam tidaklah membatasi jumlah rakaat (tarawih dan witir) dengan batasan tertentu. Dan kerana Umar –semoga Allah meridhainya- dan para Sahabat –semoga Allah meridhai mereka sekalian- solat pada sebahagian malam 20 rakaat selain witir, padahal mereka adalah manusia yang paling mengetahui tentang Sunnah.” (Fatwa yang merupakan jawapan dari pertanyaan no: 6148).

Nas-nas Al-Qur’an atau pun as-Sunnah tidak ada yang menyebutkan istilah tarawih secara khusus. Dalam hadis hanya disebutkan sebagai istilah: ‘Qiyam Ramadhan’ atau Qiyamullail pada selain bulan Ramadan.

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang Qiyamullail (bangun malam) pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan, maka diampunikan dosa-dosanya yang telah lalu." (Muttafaqun ‘alaih).

Istilah tarawih adalah istilah dari para Ulama’ untuk mengisyaratkan solat malam yang biasa dilakukan berjamaah pada bulan Ramadhan. Disebut sebagai tarawih kerana biasanya ia dilakukan dalam waktu yang cukup lama, sehingga memerlukan waktu rehat sebentar (تَرْوِيْحَة) pada setiap 2 kali salam (Lihat Lisanul ‘Arab (2/462), Fathul Baari (4/294), dan Syarh Sahih Muslim lin Nawawi (6/39)).

Dalam hal jumlah rakaat tarawih dan witir ini ada 2 kelompok yang keliru. Kelompok pertama, membatasi hanya 11 rakaat dan membid’ahkan kaum muslimin yang solat lebih dari 11 rakaat. Sebaliknya, kelompok kedua adalah yang mengingkari kaum muslimin yang solat hanya dengan 11 rakaat, dan mengatakan bahawa mereka telah menyelisihi ijma’.

Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin menyatakan:

“Dalam hal ini kita katakan: Tidak boleh bagi kita bersikap ghuluw (melampaui batas) dan meremehkan. Sebahagian manusia yang berlebihan dalam berpegang teguh dengan as-Sunnah dalam perkara tentang jumlah rakaat. Dia berkata: Tidak boleh menambah jumlah (rakaat) yang telah tersebut dalam As-Sunnah. Dan dia mengingkari dengan pengingkaran yang keras orang-orang yang menambahi jumlah rakaat tersebut dan berkata: Sesungguhnya itu adalah dosa dan maksiat.

Yang demikian ini, tidak diragukan lagi adalah kesalahan. Bagaimana boleh dikatakan berdosa dan bermaksiat? Padahal Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang solat malam, baginda bersabda: “(Solat malam) Dua rakaat-dua rakaat, dan baginda tidaklah membatasi jumlah tersebut. Telah dimaklumi bahawa orang yang bertanya kepada baginda tentang solat malam tidaklah mengetahui jumlah rakaatnya kerana seseorang yang tidak mengetahui tentang tatacaranya, maka tentu lebih tidak tahu tentang jumlah rakaatnya. Orang yang bertanya tersebut juga bukan pembantu Nabi sehingga kita katakan: ‘sesungguhnya dia tahu apa yang terjadi di rumah baginda’. Maka jika Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kepadanya tentang tatacara solat tanpa membatasi jumlah rakaat tertentu, bererti dapat diketahui bahawa dalam masalah ini terdapat keluasan. Tidak mengapa bagi seseorang untuk solat 100 rakaat dan witir dengan 1 rakaat.

Adapun sabda Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”. Ini bukanlah pada keumumannya, sekalipun terhadap mereka kerana itu mereka tidak mewajibkan manusia untuk witir sekaligus dengan 5 rakaat, sekaligus dengan 7 rakaat, atau sekaligus 9 rakaat. Kalau kita mengambil keumuman tersebut nescaya kita akan berkata: Wajib berwitir dengan 5 rakaat sekali (satu salam), 7 rakaat sekali, atau 9 rakaat sekali secara terus. Sesungguhnya yang dimaksud adalah: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat dalam tatacara (kaifiat). Adapun dalam hal jumlah rakaat tidak, kecuali ada nas yang menunjukkan batasannya.

Yang penting, sepatutnya seseorang tidak bersikap keras pada manusia dalam hal yang ada keluasan. Sampai-sampai kita melihat sebahagian saudara kita yang bersikap keras dalam masalah ini dan membid’ahkan para Imam yang menambah lebih dari 11 rakaat, sehingga mereka keluar dari masjid, dan luputlah dari mereka pahala yang besar, yang disabdakan Rasul sallallaahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa yang solat bersama Imam sampai Imam tersebut berpaling (selesai), maka tercatat baginya melakukan Qiamullail satu malam penuh.” (Riwayat at-Tirmizi). Kadang-kadang mereka duduk (dalam saf) apabila telah selesai solat 10 rakaat, sehingga mengakibatkan terputusnya saf dengan duduknya mereka. Kadang-kadang mereka berbincang-bincang satu sama lain, sehingga mengganggu orang lain yang sedang solat. Dan kita tidak meragui bahawa mereka menginginkan kebaikan, dan mereka berijtihad, akan tetapi tidak setiap orang yang berijtihad benar.

Kelompok kedua: Kebalikan dari itu (kelompok pertama). Mereka mengingkari orang-orang yang hanya solat 11 rakaat dengan pengingkaran yang besar. Mereka berkata: ‘orang-orang itu telah keluar dari ijma’, padahal Allah berfirman (maksudnya): "Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”. Semua orang sebelummu tidak mengetahui (jumlah rakaat tarawih) kecuali 20 rakaat, kemudian bersikap keras dalam masalah ini. Dan ini juga salah." (Syarhul Mumti’ (4/73-75).

Syubhat kedua: Nabi Sholat Berjamaah Tarawih 8 Rokaat Kemudian Para Sahabat Menyempurnakan (Tambahan) di Rumah-rumah Mereka

Blog penentang dakwah Ahlussunnah tersebut menyebutkan hadis:

أَنَّهُ صلى الله عليه وسلم خَرَجَ مِن جَوْفِ اللَّيلِ لَيَالِي مِن رَمَضَانَ وَهِيَ ثَلاَثُ مُتَفَرِّقَةٌ: لَيْلَةُ الثَّالِثِ وَالْخَامِسِ وَالسَّابِعِ وَالْعِشْرِينَ، وَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلَّى النَّاسُ بِصَلاَتِهِ فِيهَا، وَكَانَ يُصَلِّي بِهِمْ ثَمَانَ رَكَعَاتٍ، وَيُكَمِّلُونَ بَاقِيهَا فِي بُيُوتِهمْ
“Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم keluar untuk solat malam di bulan Ramadhan sebanyak tiga tahap: malam ketiga, kelima dan kedua puluh tujuh untuk solat bersama umat di masjid. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم solat bersama mereka sebanyak lapan rakaat, dan kemudian mereka menyempurnakan baki solatnya di rumah masing-masing."

Bantahan:

Dalam nukilan hadis yang ditulis dalam blog penentang dakwah Ahlussunnah tersebut terdapat kalimah:

وَكَانَ يُصَلِّي بِهِمْ ثَمَانَ رَكَعَاتٍ، وَيُكَمِّلُونَ بَاقِيهَا فِي بُيُوتِهمْ

“Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam solat bersama mereka 8 rakaat, kemudian mereka menyempurnakan bakinya di rumah mereka.”

Pada catatan kaki (nombor 8), dikatakan bahawa hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Padahal, jika kita semak dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, tidak ada lafaz seperti itu. Ini adalah kesalahan yang menunjukkan kelemahan mereka dalam ilmu hadis.

Sebenarnya dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي الْمَسْجِدِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَصَلَّى بِصَلَاتِهِ نَاسٌ ثُمَّ صَلَّى مِنْ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوْ الرَّابِعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنْ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ قَالَ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ

Dari ‘Aisyah: Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam solat di masjid pada suatu malam, kemudian sekelompok manusia bersolat bersama baginda. Kemudian solat pada malam berikutnya, sehingga ramainya manusia. Kemudian pada malam ketiga dan keempat manusia berkumpul, tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam tidak keluar menuju mereka. Ketika pagi hari baginda bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu lakukan. ‘Tidaklah ada yang mencegahku untuk keluar menuju kamu kecuali aku bimbang (solat malam) diwajibkan bagi kamu’. (Perawi berkata): Yang demikian itu terjadi pada bulan Ramadhan. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masalah perbuatan, riwayat yang menunjukkan jumlah rakaat solat malam Nabi adalah 11 rakaat, dan ada juga riwayat yang menyatakan 13 rakaat.

Riwayat yang menunjukkan 11 rakaat adalah keadaan yang paling sering baginda lakukan:

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

Dari Abu Salamah bin Abdirrahman mengkhabarkan bahawa dia bertanya kepada ‘Aisyah radiallaahu‘anha tentang bagaimana solat Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam pada bulan Ramadhan. ‘Aisyah berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam tidaklah menambah pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan lainnya lebih dari 11 rakaat.“ (Muttafaqun ‘alaih).

Riwayat yang menunjukkan 13 rakaat:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِاللَّيْلِ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً ثُمَّ يُصَلِّي إِذَا سَمِعَ النِّدَاءَ بِالصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ

Dari ‘Aisyah radiallaahu‘anha beliau berkata: “Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam solat malam 13 rakaat, kemudian solat dua rakaat ringan setelah mendengar azan Subuh” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyatakan bahawa kedua riwayat itu tidak bertentangan kerana boleh jadi (pada riwayat yang 13 rakaat) adalah termasuk solat Sunnah ba’da isya’, atau boleh juga yang dimaksudkan adalah tambahan 2 rakaat yang ringan dilakukan. (Lihat Fathul Baari juz 4 halaman 123).

Sedangkan dalam masalah ucapan, baginda hanya menyatakan bahawa solat malam itu dua rakaat-dua rakaat tanpa membatasi jumlah rakaat tertentu sebagaimana hadis Mutafaqun ‘alaih (Disepakati oleh Bukhari dan Muslim - edt).

Syubhat ketiga: Ada riwayat khusus dari Ibnu Abbas yang menunjukkan bahawa Nabi sendiri pernah solat pada bulan Ramadan 20 rakaat tambah witir

Dalil yang digunakan adalah hadis:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي فِي شَهْرِ رَمَضَانَ فِي غَيْرِ جَمَاعَةٍ عِشْرِينَ رَكْعَةً وَالْوِتْرِ
Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam solat pada bulan Ramadhan dengan tidak berjamaah 20 rakaat dan witir

Bantahan:

Hadis tersebut lemah (dha'if) kerana ada perawi yang bernama Abu Syaibah Ibrahim bin ‘Utsman, demikian dinyatakan oleh al-Baihaqi (Lihat Talkhis al-Habir karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani juz 2 halaman 21 dan Nailul Authar karya Asy-Syaukani juz 3 halaman 64).

Syubhat keempat: Jumlah rakaat 11 berdasarkan hadis ‘Aisyah tidak boleh diamalkan kerana menyelisihi perintah Umar. Sedangkan Umar lebih tahu dari ‘Aisyah.

Disebutkan dalam blog penentang Ahlussunnah:

“Dalam perbahasan Solat Tarawih ini, jika benar hadis Sayyidatuna ‘Aisyah di atas tentang Solat Tarawih, ia tetap tidak boleh dijadikan dalil untuk menolak pendapat Sayyiduna Umar dan para sahabat lain yang mereka ijma’ (sepakat) melaksanakannya dengan 20 rakaat. Dalam perkara ini, Sayyidatuna ‘Aisyah melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersembahyang 11 rakaat, sedangkan Sayyiduna Umar dan para sahabat lain yang utama juga melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersembahyang dengan 23 rakaat. Maka, mengikut kaedah ini, orang yang banyak ilmunya didahulukan dari orang yang kurang ilmu pengetahuannya.”

Bantahan:

Dalam masalah jumlah rakaat solat yang dilakukan Nabi, ‘Aisyah lebih tahu dibandingkan yang selain beliau. Hal ini sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani:

وَأَمَّا مَا رَوَاهُ اِبْنُ أَبِي شَيْبَةَ مِنْ حَدِيث اِبْن عَبَّاسٍ " كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي رَمَضَان عِشْرِينَ رَكْعَة وَالْوِتْرَ " فَإِسْنَادُهُ ضَعِيفٌ ، وَقَدْ عَارَضَهُ حَدِيثُ عَائِشَة هَذَا الَّذِي فِي الصَّحِيحَيْنِ مَعَ كَوْنِهَا أَعْلَمَ بِحَالِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلًا مِنْ غَيْرِهَا

“Adapun apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari hadis Ibnu Abbas: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam solat pada bulan Ramadhan 20 rakaat dan witir, sanadnya lemah. Hal ini bertentangan dengan hadis ‘Aisyah ini dalam Sahihain (Riwayat Bukhari dan Muslim - edt), bersamaan dengan keadaan beliau (‘Aisyah) yang lebih mengetahui keadaan Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam pada waktu malam berbanding dari selainnya.” (Lihat Fathul Baari juz 6 halaman 295).

Syubhat ke-5: Umar hanya memerintahkan 20 rakaat solat tarawih.

Bantahan:

Terdapat beberapa riwayat yang sahih tentang jumlah rakaat tarawih dan witir yang diperintahkan Umar bin al-Khattab, iaitu 11, 13 dan 23 rakaat. Riwayat yang menunjukkan 11 rakaat:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يُوسُفَ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ أَنَّهُ قَالَ أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً قَالَ وَقَدْ كَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ بِالْمِئِينَ حَتَّى كُنَّا نَعْتَمِدُ عَلَى الْعِصِيِّ مِنْ طُولِ الْقِيَامِ وَمَا كُنَّا نَنْصَرِفُ إِلَّا فِي فُرُوعِ الْفَجْرِ

Dari Muhammad bin Yusuf dari as-Saib bin Yazid bahawa dia berkata: Umar bin al-Khattab memerintahkan Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari untuk mengimami manusia dengan 11 rakaat. Imam pada waktu itu membaca 200 ayat sampai kami bersandar pada tongkat kerana demikian lamanya berdiri. Dan tidaklah kami berpaling kecuali menjelang fajar (Diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwattho’).

Sanad riwayat ini sahih, kerana para perawi dalam riwayat ini adalah rijal (perawi) dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf dari as-Saib bin Yazid.

Dalam riwayat lain dinyatakan bahawa di masa Umar dilakukan solat 13 rakaat:

عن السائب بن يزيد قال كنا نصلي في زمن عمر رضي الله عنه في رمضان ثلاث عشرة ركعة

Dari as-Saib bin Yazid beliau berkata: ‘Kami solat di zaman Umar radiallaahu ‘anhu pada bulan Ramadhan 13 rakaat (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Nashr al-Maruzi dari jalur Muhammad bin Ishaq dari Muhammad bin Yusuf dari as-Saib bin Yazid).

Sedangkan riwayat 23 rakaat, ada yang dalam bentuk penyebutan 20 rakaat selain witir seperti yang diriwayatkan oleh Malik dari Yaziid bin Khasifah dari as-Saib bin Yazid. Boleh juga dalam bentuk penyebutan terus 23 rakaat:

عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ أَنَّهُ قَالَ كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي رَمَضَانَ بِثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً

Dari Yazid bin Rumaan bahawasanya dia berkata: Manusia melakukan solat malam di zaman Umar bin al-Khattab pada Ramadhan sebanyak 23 rakaat (Diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwattho’).

Muhammad bin Nashr juga meriwayatkan dari jalur ‘Atha’ jumlah 23 rakaat di masa Umar.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyatakan:

وَالْجَمْعُ بَيْن هَذِهِ الرِّوَايَات مُمْكِنٌ بِاخْتِلَافِ الْأَحْوَال ، وَيَحْتَمِل أَنَّ ذَلِكَ الِاخْتِلَافَ بِحَسَبِ تَطْوِيلِ الْقِرَاءَة وَتَخْفِيفِهَا فَحَيْثُ يُطِيلُ الْقِرَاءَة تَقِلُّ الرَّكَعَات وَبِالْعَكْسِ وَبِذَلِكَ جَزَمَ الدَّاوُدِيُّ وَغَيْره ، وَالْعَدَد الْأَوَّل مُوَافِق لِحَدِيثِ عَائِشَة الْمَذْكُور بَعْد هَذَا الْحَدِيث فِي الْبَاب ، وَالثَّانِي قَرِيب مِنْهُ ، وَالِاخْتِلَاف فِيمَا زَادَ عَنْ الْعِشْرِينَ رَاجِعٌ إِلَى الِاخْتِلَاف فِي الْوِتْر وَكَأَنَّهُ كَانَ تَارَة يُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ وَتَارَة بِثَلَاثٍ

“Penggabungan riwayat-riwayat ini mungkin dilakukan kerana adanya perbezaan keadaan. Boleh juga yang demikian itu disebabkan perbezaan (kadangkala) bacaan yang panjang dan (kadangkala) pendek. Maka jika bacaannya panjang, jumlah rakaatnya sedikit. Demikian sebaliknya. Ini adalah pendapat ad-Dawudi dan selainnya. Jumlah (rakaat) yang pertama (11) sesuai dengan hadis ‘Aisyah yang akan disebutkan setelah hadis ini pada bab yang sama, sedangkan jumlah rakaat yang kedua (13) dekat dengannya. Perbezaan riwayat untuk jumlah rakaat yang lebih dari 20 dikembalikan pada perbezaan witir. Kadangkala witir dengan 1 rakaat, kadangkala 3 rakaat (Lihat Fathul Baari juz 6 halaman 292).

Dari penjelasan tersebut jelaslah bahawa pada masa Umar bin al-Khattab sendiri jumlah rakaat tarawih dan witirnya tidak hanya dilakukan 23 rakaat sahaja, namun juga pernah 11 rakaat dan 13 rakaat.

Syubhat keenam: Solat tarawih dan witir 23 rakaat lebih utama dibandingkan 11 rakaat kerana lebih banyak jumlah rakaatnya

Disebutkan dalam blog penentang dakwah Ahlussunnah:

“Oleh itu, dari segi bilangan sahaja umpamanya, tentulah 20 rakaat Solat Tarawih lebih baik dari 8 rakaat dan pahalanya tentu sekali lebih banyak. Ini tidak termasuk pahala berapa kali qiyam, ruku’, sujud…., bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan surah dan bacaan-bacaan lain ketika sembahyang, pahala mendengar orang membaca Al-Quran di dalam sembahyang, pahala sabar ketika qiyam yang mungkin agak lama dan panjang…jika dilakukan sebanyak 20 rakaat itu. Bolehlah diqiyaskan kepada perlakuan dan pembacaan yang lain yang ada kaitan dengan Solat Tarawih ini.”

Bantahan:

Perlu dipahami bahawa tidak selalu jumlah rakaat yang lebih banyak akan lebih utama dibandingkan dengan jumlah rakaat yang lebih sedikit. Hal itu bergantung juga dengan banyaknya jumlah ayat yang dibaca, kekhusyukannya, benar dan tepatnya lafaz bacaan yang dibaca, dan banyak kayu pengukur yang lain.

Al-Imam Asy-Syafi’i sendiri lebih cenderung menyukai sholat sunnah yang lebih lama berdirinya dan jumlah sujudnya sedikit dibandingkan berdirinya sebentar dan jumlah sujudnya banyak. Beliau menyatakan:

فإن أطالوا القيام وأقلوا السجود فحسن ، وهو أحب إلي ، وإن أكثروا الركوع والسجود فحسن

“Jika mereka memanjangkan (masa) berdiri dan sedikit jumlah sujud maka itu baik, dan yang demikian ini lebih aku sukai. Jika mereka memperbanyak ruku’ dan sujud maka itu juga baik” (Dinukil oleh Abu Nashr al-Maruuzi dalam Qiyam Ramadhan juz 1 halaman 21).

Telah disebutkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani ketika menggabungkan perbezaan riwayat jumlah rakaat di masa Umar (11,13, dan 23 rakaat). Bahawa jika jumlah ayat yang dibaca banyak, jumlah rakaatnya sedikit, sebaliknya jika jumlah ayat yang dibaca sedikit, jumlah rakaat banyak. Meskipun dua keadaan itu sama-sama baik, namun al-Imam Asy-Syafi’i lebih menyukai yang lama berdirinya (kerana ayat yang dibaca banyak/panjang) meskipun jumlah sujudnya sedikit.

Sebelas rakaat atau 23 rakaat dua-duanya adalah baik. Namun yang terbaik adalah yang paling mendekati perbuatan Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam. Baginda melakukan 11 rakaat atau 13 rakaat dengan memanjangkan bacaan dalam ayat. ‘Jangan kamu tanya betapa bagusnya’, kata ‘Aisyah radiallahu'anha dalam mensifatkan solat sunnah Nabi. Huzaifah bin al-Yaman juga mengisahkan bahawa baginda sallallaahu ‘alaihi wasallam membaca Al-Baqaah, An-Nisaa’, dan Ali Imran dalam satu rakaat. Luar biasa lama masa berdirinya. Bahkan, setiap sampai ayat tentang tasbih, baginda bertasbih, jika sampai pada ayat tentang permintaan, baginda meminta kepada Allah, dan ketika membaca ayat tentang azab baginda mohon perlindungan kepadaNya. Tidak menghairankan jika keadaan lama berdiri menyebabkan kaki baginda bengkak dan pecah-pecah. Hal itu sebagai mewujudkan keinginan baginda menjadi hamba yang bersyukur.

Namun, keadaan jumlah ayat yang dibaca mahupun lama berdiri dalam solat mesti disesuaikan dengan keadaan makmum. Jika makmum suka dan tidak menyusahkan mereka jika itu dilakukan, maka panjangnya bacaan yang menyebabkan lamanya berdiri dalam solat adalah yang terbaik dilakukan.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ قَالَ طُولُ الْقُنُوتِ

Dari Jabir beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang solat manakah yang lebih utama? Baginda menjawab: ‘solat yang panjang (lama) masa berdirinya’ (Hadis riwayat Muslim).

Apalagi, yang majoriti terjadi adalah banyaknya jumlah rakaat pada saolat tarawih di bulan Ramadhan menyebabkan pelaksanaan solat dilakukan secara cepat, bahkan sangat cepat. Tidaklah menghairankan jika suatu masjid yang melakukan solat 23 rakaat masa berakhirnya justeru mendahului masjid lain yang solat 11 rakaat. Kita tidak mengingkari jumlah rakaatnya, namun yang kita ingkari adalah demikian kecepatannya melakukan solat sampai-sampai makmum bahkan imam sendiri sukar mendapatkan kekhusyukan dengan bacaan yang cepat dan keadaan tergesa-gesa seperti itu. Ketika sujud yang dilakukan bagaikan ayam yang mematuk makanan, belum selesai makmum menyempurnakan kadar bacaan wajib dalam ruku’ atau pun sujudnya, imam sudah berpindah pada posisi pergerakan yang lain. Semoga Allah Subhaanahu Wa Ta’ala memberikan hidayahNya kepada segenap kaum muslimin…

Syubhat ke-7: Solat tarawih dan witir memang disunnahkan dilakukan dalam keadaan cepat, lebih cepat dari solat fardlu

Syubhat semacam ini boleh ditemui pada sebahagian lamanweb. Terdapat pada sebuah lamanweb sesi soal jawab sebagai berikut (dinukil isi pertanyaan dan jawapannya):

…Bagaimana jika kita tarawih imannya membaca Al-Fatihah atau surah sesudahnya (surah pendek) dalam satu nafas…sedang kita membaca Fatihah sesudah imam sehingga kita tidak dapat menyelesaikan fatihah kita tetapi menyebabkan kita tertinggal rukun ... Adakah kita tertinggal rukun walau tidak sampai 2 rukun panjang, atau membaca Al-Fatihah bersama dengan imam saja?...…Atau ikut mazhab lain yang menyatakan Fatihah sudah ditanggung imam?...bagaimana ya bib? atau ada cara yang lebih baik?
Jawaban dari lamanweb tersebut:
mengenai solat tarawih cepat, hal itu merupakan pengenalan sunnah pula, kerana Rasul saw pernah melakukan solat sunnah yg sangat cepat sebagaimana riwayat sahih Bukhari dan sahih Muslim, bahawa sedemikian cepatnya seakan baginda itu tidak solat, namun beginda menyempurnakan tumaninahnya
Pada bahagian lain di lamanweb tersebut terdapat topik berjudul: Solat Tarawih dengan cepat-kilat.
Terdapat pertanyaan sebagai berikut:
…Bagaimana hukum solat tarawih dengan Imam membaca surah2 dengan cepatnya dan gerakan2 solat yang kilat? padahal disitu ada jamaah orang2 tua yang kewalahan (tidak sanggup) mengikuti gerakan imam...?
terimakasih...
Jawaban dari situs tersebut:
mengenai pelaksanaan Tarawih dgn cepat adalah fatwa Madzhab Syafii, kerana mesti dibuat lebih ringan dan cepat daripada solat fardhu, kerana tarawih adalah solat sunnah yg dilakukan secara berjamaah, maka tidak boleh disamakan dengan solat fardhu, Ihtiraaman wa ta'dhiiman lishalatil fardh (demi memuliakan solat fardhu) diatas solat sunnah.
melakukan solat sunnah dgn cepat adalah diperbolehkan bahkan pernah dilakukan oleh Rasul saw, dalilnya adalah bahawa riwayat Aisyah ra bahawa Rasul saw pernah melakukan solat sunnah sedemikian cepatnya seakan baginda tidak solat dari cepatnya. (Sahih Bukhari).
riwayat lainnya bahwa Rasul saw melakukan solat sedemikian cepatnya seakan baginda saw tak membaca fatihah, akan tetapi baginda tetap menyempurnakan rukuk dan sujudnya (Sahih Bukhari)
demikian riwayat-riwayat diatas memberikan kefahaman bagi kita bahawa solat sunnah boleh cepat, dan pada mazhab Syafii bahawa solat Tarawih berjamaah hendaknya dipercepat agar tak disamakan dengan solat fardhu, juga sekaligus mengenalkan kembali sunnah Nabi saw, bahawa Nabi saw pun sering melakukan solat sunnah dgn cepat,
pengingkaran dimasa kini adalah kerana muslimin sudah tidak lagi mengetahui bahawa solat sunnah dgn cepat itu adalah sunnah Nabi saw, maka perlu dihidupkan dan dimakmurkan agar muslimin tidak alergi dan kontra terhadap sunnah Nabinya saw.
mengenai orang tua yg tak mampu mengikuti cepatnya gerakan Imam sebaiknya duduk, solatnya tetap sah kerana solat sunnah boleh dilakukan sambil duduk walaupun tidak uzur sekalipun, berbeza dgn solat fardhu yg tak boleh dilakukan sambil duduk kecuali ada uzur,

Bantahan:

Tidak benar bahawa solat tarawih disunnahkan dilakukan lebih cepat dari solat fardu. Bahkan solat sunnah Qiyamullail (sebagaimana tarawih dan witir yang merupakan Qiyamullail di bulan Ramadhan) lebih diutamakan jika jumlah ayat yang dibaca banyak dan dibaca dengan tartil (tidak tergesa-gesa).

مَنْ قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ الْغَافِلِينَ وَمَنْ قَامَ بِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ الْقَانِتِينَ وَمَنْ قَامَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ الْمُقَنْطِرِينَ

“Barangsiapa yang Qiyamullail dengan membaca 10 ayat, maka tidak tercatat baginya sebagai orang yang lalai, barangsiapa yang Qiyamullail dengan membaca 100 ayat, maka tercatat baginya sebagai orang yang taat, barangsiapa yang Qiyamullail dengan 1000 ayat, maka tercatat baginya sebagai orang yang mendapat pahala berlimpah.” (Hadis riwayat Abu Daud).

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (1) قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا (2) نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا (3) أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآَنَ تَرْتِيلًا

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan (tartil)”(Al-Muzzammil:1-4).

Pada masa Nabi solat tarawih berjamaah bersama Sahabat Nabi, cukup lama solat itu didirikan, sampai para Sahabat bimbang tidak dapat bersahur.

Dikatakan oleh Sahabat Nabi Abu Dzar:

...فَقَامَ بِنَا حَتَّى خَشِينَا أَنْ يَفُوتَنَا الْفَلَاحُ

"Maka Nabi melakukan Qiyamullail (di bulan Ramadhan) bersama kami sampai-sampai kami bimbang akan terluput dari bersahur”(Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, dan Ibnu Majah).

Sunnah ini dilanjutkan di masa Umar bin al-Khattab pada saat beliau memerintahkan Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari menjadi imam solat, begitu lamanya solat dilakukan sampai-sampai para Sahabat bersandar pada tongkat kerana lamanya berdiri.

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يُوسُفَ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ أَنَّهُ قَالَ أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً قَالَ وَقَدْ كَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ بِالْمِئِينَ حَتَّى كُنَّا نَعْتَمِدُ عَلَى الْعِصِيِّ مِنْ طُولِ الْقِيَامِ وَمَا كُنَّا نَنْصَرِفُ إِلَّا فِي فُرُوعِ الْفَجْرِ

Dari Muhammad bin Yusuf dari as-Saib bin Yazid bahawa dia berkata: Umar bin al-Khattab memerintahkan Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari untuk mengimami manusia dengan 11 rakaat. Imam pada waktu itu membaca 200 ayat sampai kami bersandar pada tongkat kerana demikian lamanya berdiri. Dan tidaklah kami berpaling kecuali menjelang fajar." (Diriwayatkan oleh Malik dalam alMuwattho’).

Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam beberapa kali solat malam bersama sebahagian Sahabat. Baginda pernah solat malam bersama Abdullah bin Mas’ud:

عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَطَالَ حَتَّى هَمَمْتُ بِأَمْرِ سَوْءٍ قَالَ قِيلَ وَمَا هَمَمْتَ بِهِ قَالَ هَمَمْتُ أَنْ أَجْلِسَ وَأَدَعَهُ

Dari Abu Wail beliau berkata: Abdullah (bin Mas’ud) berkata: ‘Aku pernah solat bersama Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam, baginda memanjangkan (masa berdiri) sampai aku berkehendak untuk melakukan perkara buruk. Ditanyakan kepada Ibnu Mas’ud: Apa perkara buruk tersebut? Ibnu Mas’ud berkata: ‘Aku berkeinginan untuk duduk dan meninggalkan beliau (dari solat)." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, lafaz ini menurut Muslim).

Dalam riwayat Muslim pula Nabi pernah solat malam bersama Hudzaifah bin al-Yaman. Dalam satu rakaat baginda membaca Al-Baqarah, An-Nisaa’, dan Ali Imraan. Bagaimana boleh dikatakan bahawa solat sunnah sepatutnya lebih cepat dari solat wajib sebagai bentuk penghormatan terhadap solat wajib? Bukankah dalam solat wajib Nabi tidak pernah menyelesaikan bacaan al-Baqarah sahaja dalam satu rakaat?

Pada lamanweb itu juga dinyatakan sebagai berikut:

melakukan solat sunnah dgn cepat adalah diperbolehkan bahkan pernah dilakukan oleh Rasul saw, dalilnya adalah bahawa riwayat Aisyah ra bahawa Rasul saw pernah melakukan solat sunnah sedemikian cepatnya seakan baginda tidak solat dari cepatnya. (Sahih Bukhari).
riwayat lainnya bahawa Rasul saw melakukan solat sedemikian cepatnya seakan baginda saw tak membaca fatihah, akan tetapi baginda tetap menyempurnakan rukuk dan sujudnya (Sahih Bukhari)

Sesungguhnya yang dimaksudkan tersebut adalah solat sunnah yang dilakukan Nabi berupa dua rakaat sebelum solat Subuh:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَفِّفُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى إِنِّي لَأَقُولُ هَلْ قَرَأَ بِأُمِّ الْكِتَابِ

Dari ‘Aisyah radiallahu‘anha beliau berkata: Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam meringankan solat dua rakaat sebelum solat Subuh sampai aku berkata: Adakah baginda membaca al-Fatihah? (Hadis riwayat al-Bukhari).

Untuk memahami makna hadis tersebut kita perlu menyemak penjelasan Imam al-Qurtubi:

وَإِنَّمَا مَعْنَاهُ أَنَّهُ كَانَ يُطِيل فِي النَّوَافِل ، فَلَمَّا خَفَّفَ فِي قِرَاءَة رَكْعَتَيْ الْفَجْر صَارَ كَأَنَّهُ لَمْ يَقْرَأ بِالنِّسْبَةِ إِلَى غَيْرهَا مِنْ الصَّلَوَات

“Sesungguhnya maknanya adalah: bahawa Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam biasa memanjangkan bacaan pada solat Sunnah. Maka ketika baginda meringankan bacaan pada 2 rakaat (sebelum) Subuh, jadilah seakan-akan baginda tidak membaca (Al-Fatihah) jika dibandingkan dengan solat-solat baginda yang lain.” (Dinukil oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Baari juz 4 halaman 161).

Sehingga hadis tersebut tidak boleh dijadikan sebagai dasar atau kaedah umum bahawa solat Sunnah semestinya lebih cepat dari solat wajib, kerana menurut al-Qurtubi yang sering/biasa baginda lakukan adalah memanjangkan bacaan pada solat sunnah. Hanya pada keadaan tertentu atau keadaan yang jarang, seperti solat Sunnah sebelum Subuh, kadang-kadang baginda meringankannya. Penisbatan kaedah tersebut kepada mazhab Asy-Syafi’i juga perlu ditinjau semula, kerana justeru al-Imam Asy-Syafi’i lebih menyukai masa berdiri yang lama meskipun jumlah sujudnya sedikit (Lihat penjelasan bantahan terhadap syubhat keenam di atas).

Selain itu, ketika pada lamanweb tersebut ditanyakan bagaimana jika imam membaca al-Fatihah dan bacaan surah dalam satu nafas, sehingga menyebabkan makmum ketinggalan rukun, pemilik lamanweb tersebut tidak memberikan nasihat kepada imam agar lebih toma’ninah dan memperhatikan keadaan makmum, namun justeru menyokong pula perbuatan imam tersebut dan menganggapnya sesuai dengan Sunnah. Tidak pula dia menganjurkan imam supaya memperhatikan keadaan makmum kerana adanya orang-orang yang lemah dan memiliki keperluan, tapi justeru yang dianjurkan adalah makmum yang tua menyesuaikan ‘kecepatan’ imam dengan sebaiknya solat duduk saja. Wallaahul musta’aan. Semoga Allah Subhaanahu Wa Ta’ala senantiasa memberikan hidayahNya kepada kita semua…

Nasihat untuk saudaraku para imam masjid, hendaknya bertakwa kepada Allah. Bagaimana mungkin anda bermunajat kepada Allah dalam keadaan mempercepatkan bacaan, bahkan al-Fatihah dalam satu nafas. Penuhi pula hak makmum. Mereka perlu mendapatkan hidangan bacaan al-Qur’an untuk disemak kerana jika mereka menyemak bacaan imam dengan baik maka insyaAllah mereka akan mendapatkan rahmat dari Allah.

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآَنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan jika dibacakan al-Qur’an, maka perhatikanlah dan diam agar kamu mendapat rahmat” (Al-A’raaf: 204)

Bertakwalah kepada Allah, janganlah solat dengan tergesa-gesa sehingga meninggalkan toma’ninah yang merupakan rukun solat. (Untuk mengetahui lebih lanjut nasihat tentang masalah ini, silakan baca artikel berjudul: “SAUDARAKU, JANGAN CEPAT-CEPAT SHOLATNYA!”).

Kesimpulan

  1. Nabi Muhammad sallallaahu ‘alaihi wasallam melakukan solat malam, baik di dalam mahupun di luar Ramadhan sebanyak 11 atau 13 rakaat berdasarkan riwayat yang sahih. Tidak ada riwayat sahih yang menunjukkan secara tegas baginda melakukan solat malam lebih dari jumlah rakaat itu.
  2. Secara ucapan, baginda tidak membatasi jumlah rakaat solat malam. Ketika ditanya tentang solat malam, baginda hanya menyatakan bahawa solat malam dilakukan dua rakaat-dua rakaat. Sehingga, tidak mengapa bagi kaum muslimin untuk melakukan Qiyamullail di dalam atau di luar Ramadhan dengan jumlah rakaat lebih dari 13.
  3. Bukan jumlah rakaatnya yang kita ingkari, namun tatacara pelaksanaan solatnya. Jika solat tidak dilakukan dengan toma’ninah, boleh menyebabkan terbatalnya solat tersebut.


Semoga Allah Subhaanahu Wa Ta’ala senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua….

Disunting oleh: Abu Soleh

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...