Mohd Safwan bin Mohd Rusydi
Berikut ini saya bawakan
fatwa-fatwa ulama iaitu fatwa Syeikh Ibnu Baz, Syeikh Utsaimin dan Syeikh
Al-Albani rahimahumullah (semoga Allah merahmati mereka) memandangkan terdapat
kekeliruan daripada segelintir golongan yang cuba berbuat syubhat dan fitnah
terhadap para ulama khususnya kepada tiga nama tersebut yang selalu dilontar dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Mungkin disebabkan
kebencian mereka terhadap para ulama yang tidak sealiran dengan mereka,
menyebabkan mereka tidak berlaku adil dalam mengambil dan menyebarkan maklumat atau mungkin sengaja mencari-cari kesalahan para ulama untuk disebar-sebarkan demi untuk memburukkan nama ulama tersebut.
Maka dengan tulisan ini, mudah-mudahan dapat menjawab segala kesamaran dan syubhat mereka tersebut.
Maka dengan tulisan ini, mudah-mudahan dapat menjawab segala kesamaran dan syubhat mereka tersebut.
1. Fatwa Syeikh Ibnu Baz
Syeikh ditanya:
Seorang pemuda yang
melakukan onani (masturbasi) pada siang hari sedangkan dia sedang berpuasa.
Apakah yang wajib dilakukannya?
Syeikh menjawab:
الاستمناء
في نهار الصيام يبطل الصوم إذا كان متعمدا ذلك وخرج منه المني, وعليه أن يقضي إن
كان الصوم فريضة, وعليه التوبة إلى الله سبحانه وتعالى ؛ لأن الاستمناء لا يجوز لا
في حال الصوم ولا في غيره، وهي التي يسميها الناس العادة السرية.
“Istimna’ (onani) pada siang hari bagi orang
yang berpuasa membatalkan puasa jika dilakukan secara sengaja dan keluar
daripadanya air mani, dan wajib ke atasnya untuk mengqadha’ (mengganti)
sekiranya ianya merupakan puasa fardhu, dan wajib ke atasnya untuk bertaubat
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini kerana Istimna’ tidak boleh dilakukan
sama ada ketika berpuasa mahu pun selainnya. Dan manusia menamakannya sebagai
kebiasaan yang tersembunyi.” (Disebarkan dalam Majalah Dakwah, Bil. 1595,
bertarikh 7/2/1418 Hijrah)
2. Fatwa Syeikh Utsaimin
Syeikh ditanya:
Jika seseorang yang berpuasa melakukan onani,
adakah wajib ke atasnya kaffarah?
Syeikh menjawab:
إذا استمنى الصائم فأنزل أفطر ووجب عليه قضاء اليوم الذي استمنى فيه،
وليس عليه كفارة، لأن الكفارة لا تجب إلا بالجماع.
“Jika seseorang yang berpuasa melakukan
onani, maka ia telah berbuka (yakni batal puasanya) dan wajib ke atasnya qadha’
(ganti) sebanyak hari yang dia melakukan onani tersebut, dan tidaklah wajib ke
atasnya kaffarah kerana kaffarah tidak wajib melainkan dengan bersetubuh
(hubungan suami dan isteri).”
Syeikh juga ditanya:
Seorang pemuda melakukan onani di bulan
Ramadhan kerana jahil bahawa perbuatan tersebut boleh membatalkan puasa dan dalam
keadaan dirinya dikuasai oleh syahwatnya. Maka apakah hukumnya?
Syeikh menjawab:
الحكم أنه لا شيء عليه، لأننا
قررنا فيما سبق أنه لا يفطر الصائم إلا بثلاثة شروط: العلم، والذكر، والإرادة.
ولكني أقول: إنه يجب على
الإنسان أن يصبر عن الاستمناء، لأنه حرام لقول الله تعالى: {وَالَّذِينَ هُمْ
لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ * إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ
أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ * فَمَنِ ابْتَغَى وَرَآءَ ذالِكَ
فَأُوْلَائِكَ هُمُ الْعَادُونَ}.
ولأن النبي صلى الله عليه وسلم
قال: «يا معشر الشباب، من استطاع منكم الباءة فليتزوج، فإنه أغض للبصر، وأحصن
للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم».
ولو
كان الاستمناء جائزاً لأرشد إليه النبي صلى الله عليه وسلم، لأنه أيسر على المكلف،
ولأن الإنسان يجد فيه متعة، بخلاف الصوم ففيه مشقة، فلما عدل النبي صلى الله عليه
وسلم إلى الصوم، دل هذا على أن الاستمناء ليس بجائز.
"Hukumnya adalah bahawasanya tidak dikenakan apa-apa ke atasnya, kerana sebagaimana yang telah kita ketahui sebelum ini
bahawasanya tidaklah batal puasa seseorang itu melainkan tiga syarat: dia mengetahui (perkara tersebut membatalkan puasa), dia ingat (tidak lupa) dan
berkehendak (untuk melakukannya).
Akan tetapi aku katakan: bahawasanya wajib bagi seseorang
itu untuk bersabar dari melakukan onani kerana ianya "haram" berdasarkan firman
Allah Ta’ala (bermaksud): “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali
kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Kemudian, sesiapa yang menginginkan selain dari yang demikian, maka merekalah
orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7)
Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai
para pemuda, barangsiapa diantara kamu yang mampu (berkahwin), maka hendaklah
dia berkahwin, kerana ianya akan menundukkan pandangan, dan lebih menjaga
kemaluannya. Dan barangsiapa yang tidak mampu (berkahwin) hendaklah dia
berpuasa.”
Kalau sekiranya melakukan onani itu harus (hukumnya)
pasti Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam akan menunjukkannya kerana ia merupakan
perkara yang paling mudah dilakukan bagi seorang mukallaf, dan manusia akan mendapat kesenangan padanya, berbeza dengan puasa kerana padanya terdapat kesukaran. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyarankan agar
orang yang tidak mampu berkahwin
berpuasa, maka ini menunjukkan bahawa melakukan onani itu tidak harus dilakukan.”
(Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Utsaimin, 19/172)
3. Fatwa Syeikh Al-Albani
Syeikh ditanya:
Adakah melakukan onani sama ada disebabkan
mencium isterinya atau memeluknya ataupun melakukan onani dengan tangannya,
boleh membatalkan puasanya dan mewajibkan qadha’ (ganti)?
Syeikh menjawab:
لا دليل على
الإبطال بذلك ، وإلحاقه بالجماع غير ظاهر ، ولذلك قال الصنعاني : "الأظهر أنه
لا قضاء ولا كفارة إلا على من جامع ، وإلحاق غير المجامع به بعيد" . وإليه
مال الشوكاني ، وهو مذهب ابن حزم ، فانظر المحلى.
ومما يرشدك إلى أن قياس الاستمناء على الجماع قياس مع الفارق ، أن
بعض الذين قالوا به في الإفطار لم يقولوا به في الكفارة ، قالوا : "لأن
الجماع أغلظ ، والأصل عدم الكفارة" . انظر المهذب مع شرحه للنووي.
فكذلك نقول نحن : الأصل عدم الأفطار ، والجماع أغلظ من الاستمناء ،
فلا يقاس عليه . فتأمل . وقال الرافعي: " المني إن خرج بالاستمناء أفطر ، لأن
الإيلاج من غير إنزال مبطل ، فالإنزال بنوع شهوة أولى أن يكون مفطرا" .
قلت : لو كان هذا صحيحا ، لكان إيجاب الكفارة في الاستمناء أولى من
إيجابها على الايلاج بدون إنزال ، وهم لا يقولون أيضا بذلك . فتأمل تناقض
القياسيين ! أضف إلى ذلك مخالفتهم لبعض الآثار الثابتة عن السلف في أن المباشرة
بغير جماع لا تفطر ولو أنزل ، وقد ذكرت بعضها في سلسلة الأحاديث الصحيحة ، ومنها
قول عائشة رضي الله عنها لمن سالها : ما يحل للرجل من امرأته صائما ؟ قالت :
"كل شئ إلا الجماع". أخرجه عبد الرزاق في مصنفه بسند صحيح ، كما قال
الحافظ في الفتح ، واحتج به ابن حزم .
وترجم ابن خزيمة رحمه الله لبعض الأحاديث المشار إليها بقوله في
صحيحه : "باب الرخصة في المباشرة التي هي دون الجماع للصائم ، والدليل على أن
اسم الواحد قد يقع عل فعلين : أحدهما مباح ، والآخر محظور ، إذ اسم المباشرة قد
أوقعه الله في نص كتابه على الجماع ، ودل الكتاب على أن الجماع في الصوم محظور ، قال
المصطفى صلى الله عليه وسلم : "إن الجماع يفطر الصائم" ، والنبي المصطفى
صلى الله عليه وسلم قد دل بفعله على أن المباشرة التي هي دون الجماع مباحة في
الصوم غير" . انتهى كلام الالباني من كتاب تمام المنة.
“Tidak ada dalil yang menunjukkan batalnya
perkara tersebut, menyamakannya (Istimna’) dengan bersetubuh tidak tepat. Oleh
yang demikian, Ash-Shan’ani berkata: “Pendapat yang terkuat adalah tidak ada
qadha’ (ganti) dan kaffarah kecuali bagi yang melakukan persetubuhan,
menyamakan sebab lain dengan persetubuhan jauh sekali (dari kebenaran).” Oleh
kerana itu Asy-Syaukani juga memilih pendapat ini, dan ia merupakan mazhab Ibnu
Hazm sebagaimana di dalam (kitab) Al-Muhalla.
Dan di antara bukti bahawa
mengkiaskan onani dengan Jima’ (bersetubuh) adalah kias yang bertentangan
adalah sebahagian orang-orang yang berkata berkenaan batalnya puasa (kerana
onani) mereka tidak mengatakan (orang tersebut) dikenakan kaffarah. Mereka
mengatakan: “Ini kerana bersetubuh itu lebih berat, sedangkan asal hukum (bagi
pembatal puasa) tidak dikenakan kaffarah. Lihat Al-Muhazzab beserta syarahnya
oleh An-Nawawi.
Maka oleh yang demikian kami mengatakan: Asal
hukum (sesuatu) tidak menyebabkan terbatalnya puasa, sedangkan bersetubuh lebih
berat dari onani maka tidak boleh mengkiaskan ke atasnya. Maka fikirkanlah.
Berkata Ar-Rafi’ie: “Jika air mani keluar kerana onani maka batallah puasa,
kerana pertemuan dua alat kelamin walaupun tanpa keluarnya air mani membatalkan
puasa. Maka jika air mani dikeluarkan dengan diiringi syahwat lebih utama
menjadikan puasanya batal.”
Kalau sekiranya ianya sahih, nescaya
lebih diwajibkan lagi kaffarah ke atas orang melakukan melakukan pertemuan dua
kelamin tanpa keluarnya air mani, akan tetapi mereka tidak mengatakan
sedemikian. Maka fikir-fikirkanlah dua perkara yang dikiaskan ini saling
bertentangan! Selain itu mereka juga menyelisihi sebahagian atsar ulama salaf
yang mengatakan bahawa bercumbu tanpa bersetubuh tidak membatalkan puasa
walaupun keluarnya air mani. Sebahagiannya telah saya sebutkan di dalam
As-Silsilatul Ahadits As-Sahihah, dan darinya jawapan Aisyah kepada orang yang
bertanya kepadanya: “Apakah yang dihalalkan bagi seorang suami yang berpuasa kepada
isterinya?” Aisyah menjawab: “Segala sesuatu kecuali bersetubuh.”
Ibnu Khuzaimah rahimahullah menjelaskan
sebahagian hadis-hadis yang berkaitan dalam sahihnya: Bab keringanan hukum bagi
mubasyarah (percumbuan suami isteri) yang tidak diiringi dengan persetubuhan
bagi orang yang berpuasa dan dalil tentang satu nama (istilah) yang menunjukkan
dua perbuatan, salah satunya harus, dan yang satu lagi mahzur (dilarang),
kerana istilah mubasyarah Allah telah menyebutkan di dalam nas Al-Quran sebagai
bersetubuh, dan Al-Quran menunjukkan bahawa bersetubuh dalam puasa itu
dilarang. Al-Musthafa shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya
bersetubuh itu membatalkan puasa.” Dan Nabi Al-Musthafa shallallahu ‘alaihi
wasallam juga telah menunjukkan perbuatannya bercumbuan tanpa diiringi dengan
persetubuhan sebagai perbuatan yang diharuskan di dalam puasa.” Selesai ucapan
Al-Albani dalam kitab Tamamul Minnah. (Majmu’ Fatawa Al-‘Allamah Al-Albani, dikumpul
dan disusun oleh Abu Sanad Muhammad, halaman 126-127)
Di dalam Tamamul Minnah sendiri Syeikh
Al-Albani menyebutkan pendapat beliau tentang hukum onani lanjutan dari fatwa
beliau yang saya bawakan di atas.
Syeikh Al-Albani berkata:
وأما نحن فنرى أن
الحق مع الذين حرموه مستدلين بقوله تعالى : (والذين هم لفروجهم حافظون إلا على
أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم
العادون )
ولا نقول بجوازه لمن خاف الوقوع في الزنا إلا إذا استعمل الطب النبوي
وهو قوله صلى الله عليه و سلم للشباب في الحديث المعروف الآمر لهم بالزواج :
" فمن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء "
ولذلك فإننا ننكر أشد الإنكار على الذين يفتون الشباب بجوازه خشية
الزنا دون أن يأمروهم بهذا الطب النبوي الكريم
“Adapun kami berpendapat bahawa kebenaran
adalah bersama mereka yang mengharamkan (perbuatan onani tersebut) berdalilkan
dengan firman Allah (bermaksud): “Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak
tercela. Kemudian, sesiapa yang menginginkan selain dari yang demikian, maka
merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7)
Kami tidak mengatakan harusnya perbuatan
(onani) tersebut bagi orang yang bimbang terjatuh ke lembah zina melainkan dia
mengamalkan perubatan cara Nabi sebagaimana dalam sabdanya: “Barangsiapa yang
tidak mampu (berkahwin) hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu
perisai baginya.”
Oleh yang demikian, kami sangat menentang ke
atas orang-orang yang berfatwa mengharuskan melakukan onani sekiranya takut
terjatuh ke lembah zina tanpa memerintahkan mereka berubat dengan cara
perubatan Nabi yang mulia.” (Tamamul Minnah fi At-Ta’liq ‘Ala Fiqhis
Sunnah, Maktabah Islamiah Darul Rayah Lin-Nasyr, cet-3, halaman 421)
Kesimpulan yang dapat diambil dari fatwa-fatwa
ulama di atas ini adalah:
1 – Para ulama sepakat bahawa onani
(masturbasi) atau mengeluarkan air mani (sperma) dengan jalan selain bersetubuh
adalah haram. Maka tuduhan-tuduhan yang mengatakan bahawa ulama-ulama salafi
atau wahabi membolehkan orang yang berpuasa beronani/melancap adalah dusta.
Mereka hanya mengambil sebahagian kalam syeikh Al-Albani dan meninggalkan sebahagian kalam beliau yang lain. Bahkan ternyata beliau sangatlah menentang fatwa orang yang
mengharuskan onani secara umumnya, maka lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.
2 – Para ulama berbeza pendapat sama ada onani
membatalkan puasa atau tidak kerana tidak ada dalil yang jelas menyatakannya
melainkan hanya bersetubuh. Sedangkan onani tidak mungkin boleh dikiaskan
dengan bersetubuh. Sebab sekiranya boleh dikiaskan, nescaya orang yang melancap
di siang hari pada bulan Ramadhan akan diwajibkan qadha dan kaffarah. Pendapat yang dikemukakan oleh Syeikh Al-Albani tersebut bukanlah pendapat yang asing, malah telah pun dimulai sebelumnya oleh ulama yang terkenal iaitu Ibnu Hazm, Ash-Shan'ani dan Asy-Syaukani sebagaimana keterangan syeikh dalam kitabnya Tamamul Minnah tersebut.
3 – Para ulama berbeza pendapat adakah perlu
mengqadha (menggantikan) puasa disebabkan melakukan onani. Syeikh Ibnu Baz dan
Syeikh Utsaimin rahimahullah berpendapat wajib ke atas orang yang melakukan
onani menggantikan puasanya sahaja dan tidak wajib atasnya kaffarah iaitu memerdekakan
hamba sahaya, atau puasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada
fakir miskin sebanyak 60 orang sebagaimana dalam hadis riwayat Imam Muslim. Para ulama sendiri tidak pernah menghukum sesat sesama mereka walaupun ternyata banyak pendapat mereka dalam masalah fiqh (cabang) berbeza antara satu sama lain kecuali dalam masalah aqidah (usul) dan manhaj. Wallahua'lam
Sebagai penutup, kita renungkan hadis Qudsi berikut ini:
Sebagai penutup, kita renungkan hadis Qudsi berikut ini:
الصَّوْمُ
لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَأَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ أَجْلِي
وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ
وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ
اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Puasa itu untuk Aku, maka Akulah yang akan
memberikannya pahala. Dia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya
kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan,
kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya dan
sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)