Tuesday, January 27, 2009

Ustaz Haron Din Dan Tariqat Naqsyabandi

Baru-baru ini saya membaca artikel dari blog http://an-nawawi.blogspot.com pada artikel "Kesalahan Dan Kebatilan Selawat Syifa' Yang boleh Membawa Syirik" dan pada komennya ada jawapan Dr. Harun Din yang diberi oleh Abu Muhammad dengan pautan (link) ke web Darul Syifa' yang merupakan pertubuhan kebajikan dan pengubatan Islam.

Setelah membaca jawapan yang diberikan oleh Dr. Harun Din tersebut, kemudian saya pergi ke pautan Sejarah Darussyifa'. Antara yang saya terbaca dalam Sejarah tersebut ialah:

"Kuliah-kuliah yang biasanya dijalankan setiap Selasa malam Rabu akhirnya ditukar ke Isnin malam Selasa atas nasihat seorang guru tariqat yang bernama Tuan Syeikh Nazim al-Qubrusiy. Beliau sering berkunjung ke Malaysia dan hadir bersama dalam kumpulan usrah ini untuk manyampaikan tazkirah. Menurut beliau, majlls berzikir dan ilmu seperti itu elok dilakukan pada malam Selasa ataupun malam Jumaat.Sejak itu ia diamalkan secara beramai-ramai selepas majlis membaca Yaasin." - http://www.darussyifa.org/sejarah.php

Dahulu, semasa saya belajar di Perlis, rakan saya yang juga pengikut tariqat Naqsyabandi Al-Khalidiyah berkata yang Dr. Harun Din juga seorang penganut Tariqat Naqsyabandi sebagaimana mereka. Mereka juga sering melakukan "tawajuh" di Changlun pada hujung minggu dan terkadang bersuluk selama 40 hari atau kurang dari itu, ketika cuti panjang.

Ramai orang masih tidak mengetahui lagi apakah sebenarnya Tariqat Naqsyabandi ini. Dalam Kitab Al-Hadiqah An-Nadiyah fi At-Tariqah An-Naqsyabandiah ada tertulis:

وإياك أن تقول: طرق الصوفية لم يأت بها كتاب ولا سنة فانه كفر»


Maksudnya: “dan berjaga-jagalah engkau dari berkata bahawa Tariqat Sufi tiada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya (perkataan) itu adalah Kufur”.

Mereka dengan tanpa segannya berkata orang yang tidak mengambil Tariqat adalah kafir. Sedangkan sudah terbukti yang tariqat sememangnya tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah. Sila lihat artikel saya Hakikat Sufi Yang Perlu Diketahui, dan Wahabi bukanlah Sufi dan Hakikat Tasawwuf.

Antara amalan mereka yang utama yang bertentangan dengan syari'at Islam ialah Rabithah. Rabithah ialah
Menghadirkan rupa guru atau syeikh ketika hendak berzikir. - Lihat: H.A. Fuad Said, Hakikat Tariqat Naqsyabandiah,Pustaka Al-Husna Baru,Jakarta,2003.Hlm 71.

Di dalam buku Hakikat Tariqat Naqsyabandiah oleh H.A Fuad Said berkata berkenaan fadilat Rabithah: "
Barangsiapa berhubungan terus-menerus dengan rabitah niscaya terjadilah atas dirinya peristiwa-peristiwa tariqat dan kesempurnaan hakikat. Tetapi sebaliknya barangsiapa tidak ber-rabithah niscaya terputus limpahannya dan tidak akan muncul rahsia kebesaran Allah kepadanya." - Lihat: Hakikat Tariqat Naqsyabandiah, hlm 73.

Ini bertentangan dengan amalan-amalan yang diajar kepada kita bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah:

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. - Al-Maidah: 35.

Pada ayat yang dihitamkan itu,” dan carilah jalan yamg boleh menyampaikan kamu padaNya” bukanlah bermakna rabithah tetapi ‘amalan-amalan soleh yang telah diajar Rasulullah S.A.W.


Abu Ja’far At-Thobari dalam tafsir nya menyatakan pendapat ulama’ tafsir akan makna ayat ini:

عن السدي:"يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة"، قال: فهي المسألة والقربة.


Daripada As-Suddiy: "Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya": ia adalah do’a dan amalan soleh."


عن مجاهد:"وابتغوا إليه الوسيلة"، القربة إلى الله جل وعزّ.


Daripada Mujahid: "Carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya" Amalan taqarrub pada Allah S.W.T.


Berkata pula Ibn Kathir:


قال سفيان الثوري، حدثنا أبي، عن طلحة، عن عطاء، عن ابن عباس: أي القربة. وكذا قال مجاهد [وعطاء] وأبو وائل، والحسن، وقتادة، وعبد الله بن كثير، والسدي، وابن زيد.


“Berkata Sufyan As-Saury, Mengkhabarkan kami bapaku,dari Thalhah dari ‘Atha’ dari Ibn ‘Abbas: Iaitulah Qurbah (amalan soleh) dan demikian pula perkataan Mujahid, Atha’, Abu Wail, Al-Hasan, Qatadah, Abdullah bin Kathir, As-Suddi dan Ibn Zaid”. - Rujuk Tafsir Ibn Katsir.

Lebih lanjuta sila baca (download): http://www.4shared.com/file/46614021/970ab65b/rabitah_Naqsyabandi.html?dirPwdVerified=754255c1


Berkenaan Tariqat Naqsyabandi ini juga telah difatwakan oleh fatwa Kebangsaan, fatwanya sebagaimana berikut:

"Tariqat Naqsyabandiah Al-'Aliah di bawah pimpinan Syeikh nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat."

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=873

Fatwa Negeri Kedah menyatakan:

"Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah D.A. setelah mengkaji bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan tareqat ini."

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=494

Fatwa Negeri Sarawak menyatakan:

"Ahli mesyuarat telah sebulat suara memutuskan bahawa :

i) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

ii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu'

iii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Menurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.

Kesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan"

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=940


35 comments:

Anonymous said...

""Maksudnya: “dan berjaga-jagalah engkau dari berkata bahawa Tariqat Sufi tiada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya (perkataan) itu adalah Kufur”.

Mereka dengan tanpa segannya berkata orang yang tidak mengambil Tariqat adalah kafir.""

alahai...wahai makhluk tuhan yg dibagi otak serta akal tuk berpikir...kalo dah x suka pon jgn la gelojoh sgt...kalo ati busuk pon jgn la smpai mata yg celik tertutup..ko nmpak x ayat kt ats tu...

dia x ckp pon yg x join kafir..dia kata sapa yg kata tariqat ni xde kufur...ke ko x phm g??..ko kata smbhyag tu ada tp mls nk wat..itu berdosa..kalo ko kata smbhyg tu terus xde dan x disyariatkan..tu kafir...

~bnyak sgt bermain bunga nmpak sumbang langkahnya~

Abu Sofeyyah DM said...

Salam.

Malam ini akan diadakan Sambutan Maulid Saidina Husein r.a di Markas Dusuqiyyah Muhammadiyyah di Nilai, Negeri Sembilan.

Ia juga serentak dengan perasmian pembukaan Markas atas nama Dar Sidi Ibrahim Dusuqy r.a tersebut.

Naib Syeikh untuk Malaysia iaitu Abu Baqir Ad Dusuqy turut hadir untuk melengkapkan upacara perasmian markas baru di atas.

Dijemput semua muhibbin abna toriqah ahbab fillah untuk hadir bersama sama.

Sila hubungi Zul di talian +6017-8874700 untuk maklumat lanjut..

Sebarkan mesej ini untuk manfaat umat Saidina Muhammad s.a.w agar mereka sentiasa berdamping dengan Ahlu Bait Nabi bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah kesesatan dan kebatilan.

Sekian dimaklumkan.


Nazrah Madad Ya Ahlillah Solehin !

Poksu Yajid said...

Setiap apa yg ingin sdiperkatakan mesti berdasarkan ilmu..bukan dersandar kepada kajian singkat kita sendiri yg belum tntu btul atau tak pndapat kita tu ...

Abu Sholeh Mohd Safwan bin Rusydi said...

Saya tidak membuat kenyataan berdasarkan perasaan semata.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (Al-Israa’: 36)

Wallahua'lam

Aidil said...

Ramai orang masih tidak mengetahui lagi apakah sebenarnya Tariqat Naqsyabandi ini. Dalam Kitab Al-Hadiqah An-Nadiyah fi At-Tariqah An-Naqsyabandiah ada tertulis:

وإياك أن تقول: طرق الصوفية لم يأت بها كتاب ولا سنة فانه كفر»

Maksudnya: “dan berjaga-jagalah engkau dari berkata bahawa Tariqat Sufi tiada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya (perkataan) itu adalah Kufur”.

Mereka dengan tanpa segannya berkata orang yang tidak mengambil Tariqat adalah kafir. Sedangkan sudah terbukti yang tariqat sememangnya tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah.

Aidil said...

"Mereka dengan tanpa segannya berkata orang yang tidak mengambil Tariqat adalah kafir. Sedangkan sudah terbukti yang tariqat sememangnya tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah."

Ini adalah contoh apabila hati tidak mengingati Allah ketika menulis lantas tidak disedari shaytan sedang tunggang di belakang. Inilah punca utama permasalahan dalam agama apabila ustaz-ustaz dan para ulama yang banyak ilmu tetapi hati lalai dari MENGINGATI ALLAH SWT. Lalu jadilah tulisan dan pendapat yang membawa FITNAH. Ingin lebih penjelasan? Kaji Az-Zukhruf 36-39

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

yogaditya said...

Sepengetahuan saya orang -orang tarekat yang sudah memahami pengetahuan tarekatnya selalu menjaga perkataannya dan mereka selalu berhati-hati kalau bicara.tidak membicarakan orang lain seperti blog ini.
Mengenai Naqsyabandiah coba tanyakan blog sebelah mereka lebih tahu :
http://quantumillahi.wordpress.com
Orang zaman sekarang pakai HP,Computer,naik mobil, makan pakai piring dan sendok + garpu dll. itu tidak ada dalam AlQuran dan sunah, tapi kenapa orang pada melakukannya ya...........?.
Salam,
Yoga

.::::::KhaLiFaH NiZaM::::::. said...

Kepada pengendali blog ini, sebenar-benarnya kamulah orng yg KUFUR!!!


alKhafi:
103]
Katakanlah ): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
[104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
[105]
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
[106]
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

hambaAllah said...

Perdebatan tentang thariqat ni lama dah...dari dulu..hari ini dan akan datang...yang tak faham...dok diam diam je le..nanti kerana tulisan dan ilmu yang tak seberapa merana badan di akhirat nanti..amalan toriqat ini adalah amalan kebanyakan tuan tuan guru pondok..

Anonymous said...

Fatwa-Fatwa Tentang Naqsyabandi:

Berkenaan Tariqat Naqsyabandi ini juga telah difatwakan oleh fatwa Kebangsaan, fatwanya sebagaimana berikut:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 15-16 Nov 1981 telah membincangkan Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tarekat ini adalah sesat."

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tarekat-naqsyabandiah-khalidiah-kadirun-yahya

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Feb 1992 telah membincangkan Amalan Suluk(Bertapa) & Rabitah(Menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah. Muzakarah telah memutuskan bahawa "Amalan suluk dan rabitah dalam tariqat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd 'Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam ".

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/amalan-sulukbertapa-rabitahmenghadirkan-wajah-guru-dalam-tariqat-naqsyabandiah-khal

Fatwa Negeri Melaka:

Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya adalah menyeleweng dari Akidah Islam yang sebenar amalan-amalannya bertentangan dengan Syariat Islam. Oleh itu mengamalkan ajaran Tarikat ini adalah sesat lagi menyesatkan, mengamalkannya hukumannya haram.

Keterangan/Hujah:
Antara dakwaan yang dibuat oleh pembawa ajaran ini :

1. Tarikat ini didakwa kononnya diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad sebelum baginda menjadi Rasul. Melalui tarikat ini Allah menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad. Nur Muhammad ini diturunkan kepada salsilah-salsilah hingga kepada Prof. Kadirun Yahya sendiri.

2. Pengikut-pengikut ajaran ini dikehendaki menggambarkan / membayangkan wajah guru ajaran ini semasa beribadat supaya segera dikabul oleh Allah.

3. Sebelum pengikut-pengikut ajaran ini naik haji ke Mekah, maka terlebih dahulu datang bersuluk di Pancabudi di Medan. Kalau tidak mampu ke Mekah, cukuplah datang ke Medan sahaja.

4. Ahli tarikat ini tidak boleh menghisap rokok kerana sesiapa yang menghisap rokok tidak masuk syurga


Status Penwartaan: Diwartakan
Nombor Rujukan: JKMM.351/22-3/(4)
Akta/Enakmen: No. 410

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/tariqat-naqsyabandiah-kadirun-yahya-0

Berkenaan Risalah Tariqat Naqsyabandiah:

Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan banyak bercanggah dengan asas-asas aqidah Islamiah, nas-nas Al-Qur'an, Hadith-Hadith Mutawatir dan sahih maka Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wlayah-Wilayah Persekutuan memutuskan supaya buku-buku bertajuk 'Risalah Tariqat Naqsyabandiah Jalan Ma'arifat Siri Satu (1) hingga Enam (6)' diharamkan.

Status Penwartaan: Diwartakan
Nombor Rujukan: JAWI/A/145; PN. (PU
Akta/Enakmen: Seksyen 34

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/buku-bertajuk-risalah-tariqat-naqsyabandiah-jalan-marifat-siri-1-6

Dan lain-lain fatwa berkenaan tariqat Naqsyabandiah ini boleh dirujuk dalam link ini: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa?keys=naqsyabandiah&tid_2=208

Anonymous said...

Fatwa-Fatwa Tentang Naqsyabandi:

Berkenaan Tariqat Naqsyabandi ini juga telah difatwakan oleh fatwa Kebangsaan, fatwanya sebagaimana berikut:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 15-16 Nov 1981 telah membincangkan Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tarekat ini adalah sesat."

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tarekat-naqsyabandiah-khalidiah-kadirun-yahya

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Feb 1992 telah membincangkan Amalan Suluk(Bertapa) & Rabitah(Menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah. Muzakarah telah memutuskan bahawa "Amalan suluk dan rabitah dalam tariqat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd 'Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam ".

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/amalan-sulukbertapa-rabitahmenghadirkan-wajah-guru-dalam-tariqat-naqsyabandiah-khal

Fatwa Negeri Melaka:

Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya adalah menyeleweng dari Akidah Islam yang sebenar amalan-amalannya bertentangan dengan Syariat Islam. Oleh itu mengamalkan ajaran Tarikat ini adalah sesat lagi menyesatkan, mengamalkannya hukumannya haram.

Keterangan/Hujah:
Antara dakwaan yang dibuat oleh pembawa ajaran ini :

1. Tarikat ini didakwa kononnya diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad sebelum baginda menjadi Rasul. Melalui tarikat ini Allah menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad. Nur Muhammad ini diturunkan kepada salsilah-salsilah hingga kepada Prof. Kadirun Yahya sendiri.

2. Pengikut-pengikut ajaran ini dikehendaki menggambarkan / membayangkan wajah guru ajaran ini semasa beribadat supaya segera dikabul oleh Allah.

3. Sebelum pengikut-pengikut ajaran ini naik haji ke Mekah, maka terlebih dahulu datang bersuluk di Pancabudi di Medan. Kalau tidak mampu ke Mekah, cukuplah datang ke Medan sahaja.

4. Ahli tarikat ini tidak boleh menghisap rokok kerana sesiapa yang menghisap rokok tidak masuk syurga


Status Penwartaan: Diwartakan
Nombor Rujukan: JKMM.351/22-3/(4)
Akta/Enakmen: No. 410

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/tariqat-naqsyabandiah-kadirun-yahya-0

Anonymous said...

tariqat makna jalan jalan amalam ini mesti melalui amalan syedina ali kr tawassul menyebut nama muhammad saw ketika minta pada Allah azza wajalla rabithah makna persatuan

Anonymous said...

Hujah kepada yang mengelirukan pandangan tasawuf,tawasul / rabitah.

ahlisufi001 menulis "Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari mazhab-mazhab Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam. Puncanya terlalu luas dan mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanafaatkan dalam ruangan yang singkat ini.
Punca pokoknya ialah Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehansif/ menyeluruh . Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al Quraan. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiaran dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.
Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quran dan Al Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias. Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan mereka akhirnya lahirlah fahaman :
1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.
2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis itu bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.
3. Cepat menghukum bid’ah,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada ianya furu atau usuliah.
4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada mana- mana mazhab.
5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bid’ah dan sebagainya.
Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bid’ah.
Contoh fahaman diatas adalah sebahgian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak menyeluruh pun tapi sebahgiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut syafie manakala sudut lain pula kita hentam tariqat? Puak ini juga tertolak kerana fahaman mereka banyak membid’ahkan umat Islam yang sunni.Sumber hukum Islam ialah 4 iaitu(mengikut turutan)
1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias

Anonymous said...

Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah , bid’ah tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut: “Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..”
Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :“Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku”.
Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.Tak kurang juga Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur Muhammad iaitu:
1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al banjari dalam Ashal KhutbahTentang Tawasul dan Rabitah.

Anonymous said...

bnu Abbas menegaskan: "wasilah itu ialah pendekatan(qurbah)¨.Qatadah mentafsirkan qurbah itu ialah:"dekatkan dirimu kepada Allah Ta'ala dengan mentaati Nya dan mengerjakan amal yang di redhai Nya¡¨maka setiap perintah syara' samada yang wajib mahupun sunnat adalah tawasul atau wasilah mengikut syariat.
Dalil naqalnya ialah : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya dan berjihadlah pada jalan Nya supaya kamu mendapat keberuntungan¨ (Al Maidah : 35)
Perkataan wasilah dalam ayat di atas kebanyakkan mufasirin hampir senada iaitu menuntut atau mencari pendekatan kepada Allah Taala dengan mentaati dan mengamalkan sesuatu yang di kasihi Allah Taala.Mengamalkan sesuatu amal-jalan(wasilah) yang menuju kepada kehampiran denganNya adalah bentuknya terlalu umum tetapi berdasarkan muafakat dengan Haq Ta'ala.Diantara penjelasan ahli Tafsir yang senada tadi (sama maksud) ialah:
a. Tafsir Al Khazin j.2 ms 47.
b. Tafsir Ibnu Katsir j2 ms 52-53.
c. Tafsir Fi Zhilalil Quraan j6 ms 146
d. Tafsir Al Futuhatul Ilahiyah ms 488
Manakala Tafsir :
a. Sirojul Munir (Imam Syarbaini Al Khatib)
b. Al Kasysyaf (Imam Zamakhsyari)
c. Anwarut Tanzir (Qadhi Al Baidhawi)
d. Al Kabir (Imam Fakhrur Razi) semuanya pada umumnya menyatakan wasilah atau tawasul membawa maksud:"carilah jalan supaya kamu dapat taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah Ta'ala¨.
Untuk kita lebih faham tentang perkara ini kita kena tahu pengertian dua perkara dan kedua- dua perkara ini mempunyai dua makna ; kedua-dua perkara ini tidak terpisah sama sekali jika terpisah maka bathil jadinya iaitu:
1. Wasilah- cara atau jalan atau alat.
2. Ghayyah- matlamat atau tujuan.

Anonymous said...

Makna pertama iaitu Allah Ta'ala memerintahkan kita berwasilah iaini mencari jalan yang diredhaiNya samada amalan wajib atau sunnat samada dengan berdoa,bershalat,bertawasul dengan asma Allah al husna , dengan berkat RasulNya atau dengan amalan sholeh atau dengan keberkatan para auliya samada cara berziarah kubur mereka, membaca mauled , atau mengadakan haul bagi mengingat sejarah perjuangan mereka di atas jalan Allah Ta'ala atau dengan mengasihi mereka iaini dengan menambat hati dengan mereka(rabithah) supaya limpah rahmatNya ke atas kita . Kesemua amalan-amalan ini dengan syarat berlandaskan syariat Allah DAN bermatlamat(ghayyah) mendekatkan diri kepada Allah iaini dengan lain perkataan Bermaksudkan Allah dan keredhaanNya jua yang di tuntut bukan lainya.
Makna Kedua iaitu Semua wasilah hanyalah wasilah jua (sabit dengan nas syara¡¦)namun yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Misalnya kita berdoa atau bertawasul dengan dengan orang-orang shalih di dalam doanya atas jalan Allah Ta'ala bahawasenya kesemua doanya itu mestilah di tujukan kepada Allah Ta'ala dan bukan kepada wasilah itu sendiri secara haqiqatnya dengan I'tiqad yang putus bahawa Allah jua lah yang menentukan dan memaqbulkan segala doaersoalan yang selalu dibangkitkan ialah bolehkah kita mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala (bertaqarrub) dengan wasilah atau bertawasul dengan orang yang telah mati atau meninggal dunia?.
Persoalan inilah yang menjadi perselisihan di antara orang yang keliru atau tak memahami hakikat wasilah. Sebenarnya dalil yang mengatakan boleh kita berwasilahkan dengan orang yang telah meninggal dunia boleh di lihat dalam beberapa sudut asalkan caranya dibenarkan oleh syara’ dan I'tiqad kita benar iaini beri'tiqad yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.

Anonymous said...

Tetapi setengah dari sikap puak baru yang keliru kadangkala sampai dituduh ulama terdahulu tak belajar hadis atau cetek dalam ilmu mustalah hadis kerana banyak mengeluarkan hadis-hadis yang bertaraf dhaif dalam kitab mereka!(peristiwa ini memang benar-benar terjadi).Bila kita ukur dari segi ilmunya atau akhlaknya orang yang bercakap macam itu tadi air kaki Ulama terdahulu pun tak ada jika nak di bandingkan ilmu mereka , wara mereka , adab dan akhlaq serta tawadhu mereka bahkan sikap berhati-hatinya mereka terhadap satu-satu hukum yang nak di keluarkan kerana terlebih takut mereka itu akan Allah Ta'ala. Inilah sikap Ulama terdahulu seperti Imam-imam mazhab,Imam Ghazali r.h .Imam Mahiyuddin Abdul Qadir Al Jilani , kedua-dua Ibnu Hajar,Imam Sayuti, Imam Abu hassan Asy'ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi , Syeikh Daud Al Fatani dan banyak lagi yang se aliran dengan mereka yang tergolong dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Apa yang di takuti ialah kita menjadi puak modenis secara disedari atau pun tidak yang menjadi penilai hadis ikut acuan mentality musuh-musuh Islam sepertimana yang di ulas oleh Wan Muhammad Ali dalam bukunya Islam dan Fitnah Modenisasi Ms 92 (terbitan Pustaka Syuhada cetakan tahun 2000)dengan katanya : "Sebahgian kaum modenis menerima hadis , di samping Quraan untuk menjadi panduan hidup mereka. Tetapi mereka memilih -milih di antara hadis itu : mana yang bercanggah dengan cara hidup mereka atau kecenderungan-kecenderungan mereka, menyelewengkan maksudnya atau mereka pejamkan mata terhadapnya atau mereka tolak saja mentah-mentah sebagai hadis maudhu' ataupun sekurang-kurangnya dhaif.
Di antara hadis-hadis yang paling tidak disukai oleh kaum modenis umumnya ialah hadis-hadis yang menyatakan tentang kecelaan dunia , kecelaan hidup bermewah-mewah , keutamaan hidup miskin dan fakir dan larangan bertasyabuh iaitu menyerupai atau meniru-niru kaum kafir. Mereka menggolongkan hadis-hadis yang mereka tidak sukai itu sebagai maudhu atau sebagai dhaif bukan secara ilmiah dan dasar ikhlas tetapi atas dorongan hawa nafsu saja.
Ada pula kaum modenis yang membuat kajian terhadap hadis dan sunnah , mencuba menayangkan mentality moden mereka yang bersifat agnostic atau ragu-ragu terhadap Allah itu , ke atas para rawi tertentu membuat hadis atau membuat kebohongan , padahal para rawi itu telah di akui oleh para ahli hadis sebagai orang yang bersifat adil dan bertaqwa dan hidup dalam suasana sentiasa takut akan kemurkaan Allah.
Kemudian terdapat pula percubaan di kalangan kaum modenis terutamanuya murid-murid orientalis , untuk menganalisa hadis dengan menggunakan kaedah-kaedah "higher Criticism" seperti yang telah disebutkan tadi. Mereka di pengaruhi antara lainnya oleh orientalis Yahudi Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht dan orientalis Kristian seperti Sir Hamilton A.R. Gibb¡¨.

Mohd Safwan Rusydi said...

Sejarah Munculnya Ilmu Sanad

Di masa Rasulullah n, ilmu sanad belum menjadi hal yang sangat penting dalam penukilan, karena para sahabat yang meriwayatkan hadits Nabi n adalah orang-orang yang adil dan tepercaya. Mereka adalah pribadi-pribadi yang senantiasa jujur dalam penukilan dan tidak pernah berdusta.

Nabi n bersabda pada haji wada’:

أَلَا، لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ مِنْكُمُ الْغَائِبَ

“Hendaknya yang hadir di antara kalian menyampaikan kepada yang tidak hadir.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Ibnu Hibban al-Busti t mengatakan dalam muqaddimah Shahih-nya:

وَفِي قَوْلِهِ n: أَلَا لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ مِنْكُمُ الْغَائِبَ؛ أَعْظَمُ الدَّلِيلِ عَلَى أَنَّ الصَّحَابَةَ كُلَّهُمْ عُدُولٌ لَيْسِ فِيْهِمْ مَجْرُوحٌ وَلَا ضَعِيفٌ، إِذْ لَوْ كَانَ فِيْهِمْ مَجْرُوحٌ أَوْ ضَعِيفٌ أَوْ كَانَ فِيْهِمْ أَحَدٌ غَيْرَ عَدْلٍ لَاسْتَثْنَى فِي قَوْلِهِ n وَقَالَ: أَلَا لِيُبَلِّغْ فُلَانٌ وَفُلَانٌ مِنْكُمُ الْغَائِبَ؛ فَلَمَّا أَجْمَلَهُمْ فِي الذِّكْرِ بِالْأَمْرِ بِالتَّبْلِيغِ مَنْ بَعْدَهُمْ دَلَّ ذَلِكَ عَلَى أَنَّهُمْ كُلَّهُمْ عُدُولٌ وَكَفَى بِمَنْ عَدَّلَهُ رَسُولُ اللهِ n شَرَفًا

“Pada sabda beliau n, ‘Hendaknya yang hadir di antara kalian menyampaikan kepada yang tidak hadir,’ terdapat dalil yang sangat jelas tentang sikap ‘adl (jujur) para sahabat. Tidak seorang pun dari mereka yang tercela dan lemah. Kalau di antara mereka ada yang tercela, lemah, atau tidak jujur, tentu beliau n telah mengecualikannya dengan bersabda, ‘Hendaknya si fulan dan si fulan di antara kalian yang menyampaikan kepada yang tidak hadir.’ Tatkala beliau n menyebutkannya secara global dalam perintah menyampaikan agama, ini menunjukkan bahwa mereka semuanya adil. Cukuplah sebagai kemuliaan bagi mereka yang mendapatkan rekomendasi Rasulullah n.” (Shahih Ibnu Hibban bersama Al-Ihsan, 1/162)

Diriwayatkan pula oleh Al-Khathib t dengan sanadnya dari Al-Bara’ bin ‘Azib z, ia berkata:

لَيْسَ كُلُّنَا سَمِعَ حَدِيثَ رَسُولِ اللهِ n، كَانَتْ لَنَا ضِيعَةٌ وَأَشْغَالٌ وَكَانَ النَّاسُ لَمْ يَكُونُوا يَكْذِبُونَ يَوْمَئِذٍ فَيُحَدِّثُ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ

“Tidak semua dari kami mendengar hadits Rasulullah n, karena kami mencari nafkah dan memiliki kesibukan, dan orang-orang pada waktu itu tidak pernah berdusta, sehingga yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir.” (Al-Kifayah fi ‘Ilmi ar-Riwayah, Al-Khathib al-Baghdadi, 2/no. 1210)

Demikian pula yang diriwayatkan dari Anas bin Malik z. Ia berkata, “Tidak semua yang kami beritakan kepada kalian dari Rasulullah n kami mendengarnya langsung dari beliau. Akan tetapi, para sahabat kami memberitakan kepada kami dan kami adalah kaum yang tidak berdusta terhadap orang lain.” (Al-Kifayah, 2/1211)

Setelah Rasulullah n meninggal, hawa nafsu pun semakin merebak di tengah-tengah kaum muslimin. Semakin banyak pula bermunculan penyimpangan berupa bid’ah, hilangnya amanah, dan menghalalkan dusta dengan tujuan-tujuan tertentu, baik urusan dunia maupun sebuah keyakinan. Hal inilah yang menyebabkan para ulama salaf bertekad melakukan penelitian terhadap setiap berita yang disandarkan kepada Rasulullah n.

Mohd Safwan Rusydi said...

Dengan sanad, seseorang menukil wahyu Allah l dan hadits Rasul-Nya secara otentik sebagaimana asalnya, sehingga memberikan kekuatan hujjah bagi seorang muslim dalam berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah n.

Abdullah bin Mubarak t mengatakan:

الْإِسْنَادُ مِنَ الدِّينِ وَلَوْلَا الْإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

“Sanad itu bagian dari agama. Kalaulah tidak ada sanad, orang akan sesukanya mengatakan apa saja yang dia inginkan.” (Diriwayatkan Muslim dalam Muqaddimah Shahih-nya, 1/15)

Yahya bin Sa’id al-Qaththan t mengatakan, “Jangan kalian memerhatikan hadits, namun perhatikanlah sanadnya. Jika sanadnya sahih maka amalkanlah. Namun, jika tidak, jangan engkau tertipu dengan hadits yang sanadnya tidak sahih.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 9/188)

Ishaq bin Rahuyah t juga mengatakan, “Jika Abdullah bin Thahir—seorang amir di Khurasan—bertanya kepadaku tentang satu hadits, lalu aku menyebutnya tanpa sanad, dia bertanya kepadaku tentang sanadnya seraya mengatakan, ‘Meriwayatkan hadits tanpa sanad merupakan perbuatan orang-orang sakit! Sesungguhnya sanad hadits merupakan kemuliaan dari Allah l untuk umat Muhammad n’.” (Fathul Mughits, 3/4)

lan said...

Teringat Arwah Raja Datuk Seri Ashman Shah

Aku pun kabur dengan pegangan mereka. Bila banyak keraguan aku pun tinggalkan jela.. Quran & sunnah ikutan terbaik

Mohd Safwan Rusydi said...

Berkenaan Nur Muhammad:

Berkata Imam Suyuti rhm : " Ia tidak mempunyai sanad yang boleh disandarkan. " [Al-Hawi lil Fatawi : ( 1/223 )]

Hatta seorang Ulama sufi al-Ghumary mengkomen kata Suyuty tadi : " Ia merupakan satu tasahul ( hukum ringan ) yang buruk, bahkan hadith ini kepalsuannya zahir , jelas kemunkarannya, bernafas sufi ... dan yang menghairankan, Suyuty telah menisbahkannya kepada Abdul Razak sedangkan ia tidak wujud didalam " Musannaf " mahupun " Tafsirnya ", tidak juga di " Jami'nya ". Dan yang lebih menghairankan dari itu, terdapat segolongan orang2 " Syinqity " telah percaya penisbahan yang salah ini lalu mengada2kan sanad dari Abdul Razak, sampai ke Jabir r.a dan Allah tahu bahawa semua ini tidak ada asalnya. Maka Jabir r.a tiada kena mengena dengan riwayat hadith ini, dan Abdul Razak tidak mendengarnya. " [ Mulhaq Qasidah Burdah ms 75].

وهو حديث موضوع لو ذكره بتمامه لما شك الواقف عليه في وضعه ، وبقيته تقع في ورقتين من القطع الكبير ؛ مشتملة على ألفاظ ركيكة ، ومعاني منكرة
Didalam tempat lain beliau berkata : " Ia adalah hadith maudu', jika beliau sebutkan hadith hingga keseluruhannya tentu seorang yang mendengarnya tidak akan ragu2 akan kepalsuannya, dan baki hadith memenuhi dua lembaran yang besar, yang mengandungi lafaz yang janggal dan makna yang munkar. "
( المغير على الأحاديث الموضوعة في الجامع الصغير(المقدمة:ص/7) )

Lihat: http://www.fawaaid.sg/2010/04/akhirnya-dijumpa-sanad-untuk-hadith-nur.html

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wr.wb. Hai para mufti di Malaysia. Ketahuilah bahwa wahdatul wujud itu tidak sesat. Yang sesat hanyalah jika diajarkan. Wassalam.

Anonymous said...

salam sejahtera..Aku pernah dengar..seadil2 Qadhi/mufti sebelah kaki berada dalam neraka.. camna tu?..klu camtu buat apa dengar cakap org yang dah ada kaki dalam neraka...tentu cakap depa x berapa betul kan? macam ketam suruh anaknya berjalan lurus.....tepuklah dada tanya minda..suruh iman yang bernafsu mutmainnah yang jawab..jangan nafsu amarah yg menjawab..wallahu aklam..

dila aftar said...

Kepada penulis ni dinasihat kan cari lebih maklumat serta maklum balas sebelum membuat tuduhan dan fitnah. Tarikakat naqsyabandi di malaysia ni sangat banyak dan sangat ramai jemaah nya dari sebelum si penulis ni lahir lagi, tarekat yang di fatwa kan sesat tu hanya sebilangan kecil sahaja tapi masih banyak lagi tarekat yang masih boleh di amalkan, saya nasihatkan penulis pergi belajar dulu dan mendalami sendiri tarekat naqsyabandi pastu barulah komen, jangan rasakan diri tu hebat atau rasa diri tu dah terlalu banyak ilmu sedangkan ilmu allah itu apabila kita cari sehingga akhir hayat pun belum tentu kita capai semuanya.

Anonymous said...

Link sejarah Darussyifa tu dah tak boleh buka. Mereka sudah edit dan buang kenyataan tentang "Syeikh Nazim" dengan link yang baru.

Ini original article sebelum diedit:

https://www.dropbox.com/s/fp5pja0p25vgbrx/Sejarah%20Darussyifa%27.pdf

M.syauqy abdillah salafudin said...

usahlah menyalahkan orang lain, membid'ahkan orang lain, mengkafirkan orang lain, pikirkanlah kafir kita, bid'ah kita, dan kesalahan kita, agar dapat diterima sebagai muslim yang rahmatal lil'alamin

M.syauqy abdillah salafudin said...

usahlah menyalahkan orang lain, usahlah mengkafirkan orang lain, usahlah membid'ahkan orang lain, pikirkan salah kita, kafir kita dan bid'ah kita, agar menjadi muslim, mu'min dan muhsin yang sempurna dihadapan Allah

M.syauqy abdillah salafudin said...

usahlah menyalahkan orang lain, usahlah mengkafirkan orang lain, usahlah membid'ahkan orang lain, pikirkan salah kita, kafir kita dan bid'ah kita, agar menjadi muslim, mu'min dan muhsin yang sempurna dihadapan Allah

Anonymous said...

salam...

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. - Al-Maidah: 35.

>carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya...<

hanya Allah Maha Mengetahui hakikat akan sesuatu (mutasyabbihat)...seorang Arifbillah pernah berkata "tafsirlah bagaimana pun ayat itu asalkan kembalikan kepadaNya jua (akhirnya)..." ...itu lah yg kita buat andai kata kita bertawassul, berrabhitah dsbnya...

Ulama' Fiqh sudah tentu akan menolak konsep Wahdatul Wujud contohnya, atau Hakikat Insan kerana ia di luar kotak pemikiran dan tidak terjumpa secara direct translation drpd Al Quran atau Hadis...dan sememangnya fitrahnya begitu...semenjak zaman tabi'ut tabi'in lagi...perdebatan atau perselisihan antara pendokong Fiqh dan Tasawuf tidak akan berakhir dan akan terus berlaku di mana2 sahaja...sedangkan sesama pendokong manhaj yg sama pun bertelingkah, inikan cabang ilmu yang "berbeza" (tapi sama) ??

yang menjadikan masalah sebenarnya ialah, tahapan atau darjat yg tidak sama...minhajul abidin tidak sama dengan misyatul anuar walau dikarang oleh orang yg sama...ini membawa maksud, ramai manusia pada hari ini tidak memakai pakaian sendiri...kerana sibuk memakai pakaian orang lain...yang tadika memakai baju universiti, yang sekolah menengah memakai pakaian tadika pon ada...

wahdatul wujud dikatakan sesat apabila dizahirkan maknanya...tetapi tidak andai disimpan di dalam sanubari...segala rahsia(sirr) itu wajib dijaga sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan setelah Dia menganugerahkan sesuatu kepada hambaNya...

hanya yang me'rasa' jalan akan faham kedudukan sebenarnya...yang menge'tahui' akan terus berada dalam fasa tahu sahaja...ini adalah ujian yg telah diberitahu awal lagi oleh sheikhul mursyid kita...maka, harungilah ia dengan sabar...

ratiya said...

shbt2, kena mendalami lg apa itu tasawuf... andai belum kenal tasawuf, jgnlah swenang2nya berbicara ttgnya...

Noorhaide Baharin said...

Jgn sombong atau menghina yg lain...kerana anda belom tentu betul...cari lah ilmu sebanyak mungkin...bkn menghukum dgn ilmu yg sedikit...

Anonymous said...

kalau berhujjah dg org jahil inilah padahnya,,,,segala hadis dia borong semua...segala kata2 guru semua betul tak perlu selidik sahih atau tidak!!!

Anonymous said...

salam tuan mohd safwan rusydi...
barang siapa yang bukan ahlinya, janganlah mengeluarkan sebarang kenyataan yang dia sendiri pun tak tahu akan kebenarannya...
bak kata seorang arif billah, orang yang "tak" tahu itu tidak tahu bahawa yang sebenarnya dia pun "tak" tahu..tetapi dia kata dia tahu...
tawadhuk itu punca mendapat ilmu...
dan hidayah itu milik mutlak Allah...wallahu'alam..

Anonymous said...

Jika mahu penjelasan sebenar tareqat sila kunjungi web site gnosticman oleh Arifbillah Hj. Hussin bin Hj Latif dari Singapura. Beliau mengajar tasawuf jalan nabi. Banyak nideo di dalam tu dan panjang-panjang pula. Beliau dapat bukakan pintu makrifat dalam 1/2 jam sahaja berbanding jalan wali kadangkala 20 tahun pun belum pasti jumpa jalan makrifat. Mursyid satu tareqat(dirahsiakan) namanya pun menangis dan mengakui kebenaran ilmu Hj. Hussin ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails