Di antara masalah yang penting dan perlu diingatkan adalah berkaitan dengan bilakah seseorang itu dianggap keluar dari lingkup ahlus sunnah wal jama’ah. Apakah kaedahnya, misalnya dia tersalah sedikit lalu terus segera dikeluarkan dari ahlus sunnah?
Sebab ada sebahagian orang mengatakan, “Siapa yang salah atau menyelisihi jalan ahlus sunnah 0.01 % maka dia bukan lagi ahlus sunnah.”
Maka di sini perlu kita perincikan, sebenarnya bagaimana dan bilakah seseorang itu dikatakan keluar dari ahlus sunnah wal jama’ah.
Imam Asy Syathibi rahimahullâh dalam Al-I’tishâm menyebutkan bahawa seseorang itu dikeluarkan dari ahlus sunnah dengan 2 perkara:
Pertama, kalau seseorang menyelisihi asas (pokok), landasan, dasar, prinsip asas dari prinsip ahlus sunnah.
Contoh perkara yang merupakan prinsip asas:
- Mengatakan bahawa Al-Qur’an itu makhluk, bukan Kalam Allah;
- Mencerca Abu Bakar dan ‘Umar bin Khattâb radhiyallâhu ‘anhum;
- Mengingkari bahawa Allah subhânahu wa ta’âlâ dilihat pada hari kiamat;
- Mengingkari adanya azab kubur.
Jika ada orang yang berkata dengan perkataan di atas, maka dia adalah mubtadi’, bukan ahlus sunnah, kerana menyelisihi usul (prinsip asas) dari usûl as-sunnah. Maka, pentingnya mengetahui usul di situ. Sebab sekiranya seseorang tidak mengetahui usul ahlus sunnah, maka dia tidak boleh mengetahui bahawa orang yang melakukan suatu kesalahan keluar dari ahlus sunnah atau tidak. Akibatnya, orang yang tidak memahami usul, kemudian sibuk dengan tahzir-mentahzir, (maka) dia adalah orang yang sedang dibuai mimpi. Sebab berada di atas sesuatu yang sifatnya khayalan.
Sedangkan ahlus sunnah tidak seperti itu. Mereka mempunyai pijakan yang kukuh. Dan itu ciri umum ahlus sunnah. Tidak ada dalam prinsip ahlus sunnah, mentahzir, menuduh mubtadi’ atau menjatuhkan tuduhan takfir dengan hukum percubaan, atau hukumnya dikira-kira (persangkaan).
Kedua, seseorang dikeluarkan dari ahlus sunnah sekiranya menyelisihi dalam masalah cabang dan memperbanyakkan penyelisihan dalam masalah cabang tersebut.
Contohnya: Melakukan peringatan maulid. Ini satu. Yang seperti ini, kalau yang lainnya di atas sunnah, maka kita katakan, dia ini salah, melakukan bid’ah. Tapi kalau dia melakukan peringatan maulid, peringatan isra’ mi’raj, peringatan 1 Muharram, dan seterusnya, lalu dia meyakini hal tersebut, maka orang ini adalah mubtadi’. Walaupun masalahnya merupakan masalah cabang, namun dia memperbanyak, menunjukkan bahawa memang orang ini senang dengan hal seperti itu.
Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i rahimahullâh juga pernah kita tanya dengan pertanyaan yang sama, bilakah seseorang itu dikeluarkan dari ahlus sunnah wal jamâ’ah atau dari lingkup salafiyah?
Maka beliau menjawab: “Kalau seseorang itu membuat perkara-perkara seperti melakukan demonstrasi atau masuk ke parlimen atau yang semisal dengan itu, maka dia bukan ahlus sunnah.”
Ini fatwa beliau. Sebab itu merupakan masalah-masalah prinsip, bukan masalah-masalah yang sifatnya cabang. Kalau berkaitan dengan cabang, tidak dikeluarkan dari ahlus sunnah kecuali kalau dia memperbanyak.
Semakna dengan itu jawaban Syaikh Rabi’ bin Hadi Al Madkhali hafizhahullâh ketika kami tanya di rumah beliau di Madinah waktu itu. Jawabannya serupa dengan tafsil (rincian) yang disebut Imam Asy Syathibi.
Dan Syaikh Zaid bin Muhammad bin Hadi hafizhahullâh dalam muhadarah juga kita tanya dengan pertanyaan yang sama, “Bilakah seseorang itu dikeluarkan dari lingkup salafiyah?”
Kata beliau hafizhahullâh, seorang itu keluar dari lingkup salafiyah, terkadang keluar sebahagian, dan terkadang keluar keseluruhan. Ini jawaban beliau, kembali juga kepada apa yang kita sebutkan.
Syaikh ‘Ubaid Al Jabiri hafizhahullâh dari kaset berjudul Janayatut Tamayyu’ ‘ala Manhajus Salafi beliau ditanya, “Bilakah seseorang itu dikeluarkan dari manhaj salafi dan dihukumi bahawa dia ini bukan salafi?”
Kata beliau: “Ini diterangkan oleh ahlul ilmi. Dan disebutkan di dalam buku-buku mereka dan nasihat-nasihat mereka dan disebutkan dalam bahagian dari manhaj mereka, bahawa seseorang dikatakan keluar dari salafiyah kalau dia menyelisihi suatu prinsip dasar dari prinsip ahlus sunnah, dan telah tegak hujah kepadanya, dan tidak mahu lagi kembali. Maka inilah yang dikeluarkan (yakni bukan salafi - edt).”
Kemudian kata Syaikh, kalau dia menyelisihi dalam perkara cabang namun di dalam perkara cabang ini dia memasang loyal (wala') dan permusuhan (bara') kerana itu, maka dia dikeluarkan dari as-salafiyah. Ini juga syarat lain disebutkan oleh Syaikh ‘Ubaid Al Jabiri hafizhahullâh, yang kembali kepada dua perkara sebenarnya, tetapi beliau lebih memperincikan dan mendetailkan.
Kadang-kadang seseorang melakukan kesalahan dalam masalah cabang, tapi pada masalah cabang ini dia membangun loyal (wala') dan permusuhan (bara') di atasnya -siapa yang setuju dengannya maka dia adalah orang yang dicintainya, siapa yang menyelisihnya maka dia adalah orang yang dibencinya- maka orang ini juga dianggap mubtadi’, keluar dari as-salafiyah menurut beliau.
Inilah rincian para ulama kita dalam masalah ini. Untuk mengetahui yang seperti ini, bukanlah pekerjaan setiap orang. Dan juga perlukan pengetahuan. Bukan orang yang baru datang, hadir di majlis ta’lim beberapa kali, kemudian setelah itu langsung bertindak laksana seorang Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Al Bukhâri, langsung menjarah “Si fulan mubtadi’”, “Si fulan kazzab”, dan seterusnya. Ini juga adalah perkara yang tidak layak.
Siapakah yang Berhak Mentahdzir dan Memvonis Ahlul Bid’ah?
Pertanyaan ini kami ajukan kepada Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullâh dan telah dirakam dalam kaset.
Kata beliau: “Kesalahan itu perlu dirinci. Ada kesalahan yang sifatnya jelas, mudah, maka yang seperti ini, siapa pun berhak mentahdzir,”
Beliau memberi contoh, ada orang yang mencerca Abu Bakar dan ‘Umar bin Khattâb. Ini adalah kesalahan yang sangat jelas. Kata beliau, orang awam pun boleh menyatakan “Ini rafidhi (syi'ah rafidhah), mubtadi’ (pelaku bid'ah)”.
Tapi kalau masalahnya detail, samar-samar, maka perkara tersebut hendaklah dikembalikan kepada ahlul ‘ilmi dan orang-orang yang rajih (kukuh) dalam ilmu.
Maka merupakan suatu kesalahan, ada orang yang mengatakan, “Semuanya boleh mentahdzir”. Dan salah juga yang membatasi bahawa: “Mentahzir itu hanya ulama sahaja yang berhak melakukannya.” Tetapi perincian yang benar adalah seperti yang diperincikan oleh Syaikh Muqbil rahimahullâh.
(Sumber: Pelajaran Al Ustadz Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi hafizhahullah dari CD-04 Tasjilat Al Atsariyyah, ditranskrip dengan perbaikan redaksi)
(Sumber: Pelajaran Al Ustadz Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi hafizhahullah dari CD-04 Tasjilat Al Atsariyyah, ditranskrip dengan perbaikan redaksi)