Khamis, 3 Disember 2009

Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Pemerintah

Al-Imam Abu Ja'far Ath-Thahawi rahimahullah (wafat 321 H) berkata:

 وَلا نَرَى الْخُرُوجَ على أَئِمَّتِنَا وَوُلاة أُمُورِنَا ، وَإِنْ جَارُوا ، وَلا نَدْعُو عَلَيْهِمْ ، وَلا نَنْزِعُ يَدًا مِنْ طَاعَتِهِمْ ، وَنَرَى طَاعَتَهُمْ مِنْ طَاعَة الله عَزَّ وَجَلَّ فَرِيضَة ، مَا لَمْ يَأْمُرُوا بِمَعْصِيَة ، وَنَدْعُوا لَهُمْ بِالصَّلاحِ وَالْمُعَافَاة

"Dan kami tidak berpandangan bolehnya memberontak kepada para penguasa dan pemimpin kami, sekalipun mereka zalim, dan kami juga tidak mendoakan mereka agar mendapat bencana atau kebinasaan, dan kami juga tidak (membolehkan) melepas tangan (bai'at) dari kewajipan mentaati mereka, dan kami berpandangan bahawa mentaati mereka adalah merupakan sebahagian dari ketaatan kepada Allah Azza wa Jalla juga merupakan suatu kewajipan, selama mereka tidak memerintahkan kepada perbuatan maksiat, dan kami juga mendoakan mereka dengan kebaikan dan kesejahteraan." (Syarah Ath-Thahawiah Fi Al-'Aqidah As-Salafiyah, Sodruddin bin Ali bin Ali bin Muhammad bin Abil 'Izz Al-Hanafi, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah; 2/418)

Al-Hafiz Abu Bakar Al-Ismaili rahimahullah berkata:

 ويرون الدعاء لهم بالإصلاح والعطف إلى العدل ، ولا يرون الخروج بالسيف عليهم ولا قتال الفتنة ، ويرون قتال الفئة الباغية مع الإمام العدل ، إذا كان وجد على شرطهم في ذلك
 

"Dan mereka (ahli hadis) berpandangan disyariatkan berdoa untuk kebaikan para pemimpin kaum muslimin dan agar mereka tergerak untuk bersikap adil dan mereka juga berpandangan tidak boleh memberontak terhadap mereka dengan senjata dan hendaklah orang muslim tidak ikut berperang ketika terjadi fitnah (pertikaian di antara kaum muslimin sendiri) dan mereka juga berpandangan tentang wajibnya memerangi golongan zalim yang dilakukan bersama pemimpin yang adil apabila ditentukan kesesuaian dengan syarat yang mereka tetapkan dalam hal tersebut." (I'tiqad A'immatul Hadits, Abu Bakar Ismaili, hal 75-76; I'tiqad Ahlis Sunnah Ashab Al-Hadits, Muhammad bin Abdurrahman Al-Khumais, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah; hal 146)

Syeikh Dr. Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah berkata: 


والإمام أحمد صبر في المحنة، ولم يثبت عنه أنه دعا عليهم أو تكلم فيهم، بل صبر وكانت العاقبة له، هذا مذهب أهل السنة والجماعة. فالذين يدعون على ولاة أمور المسلمين ليسوا على مذهب أهل السنة والجماعة، وكذلك الذين لا يدعون لهم، وهذا علامة أن عندهم انحرافاً عن عقيدة أهل السنة والجماعة. وبعضهم ينكر على الذين يدعون في خطبة الجمعة لولاة الأمور، ويقولون: هذه مداهنة، هذا نفاق، هذا تزلف. سبحان الله ! هذا مذهب أهل السنة والجماعة، بل من السنة الدعاء لولاة الأمور؛ لأنهم إذا صلحوا صلح الناس، فأنت تدعو لهم بالصلاح والهداية والخير، وإن كان عندهم شر، فهم ما داموا على الإسلام فعندهم خير، فما داموا يُحَكِّمون الشرع، ويقيمون الحدود، ويصونون الأمن، ويمنعون العدوان عن المسلمين، ويكفون الكفار عنهم، فهذا خير عظيم، فيدعى لهم من أجل ذلك. وما عندهم من المعاصي والفسق، فهذا إثمه عليهم، ولكن عندهم خير أعظم، ويُدعى لهم بالاستقامة والصلاح فهذا مذهب أهل السنة والجماعة، أما مذهب أهل الضلال وأهل الجهل، فيرون هذا من المداهنة والتـزلف، ولا يدعون لهم، بل يدعون عليهم. 

والغيرة ليست في الدعاء عليهم، فإن كنت تريد الخير؛ فادعُ لهم بالصلاح والخير، فالله قادر على هدايتهم وردهم إلى الحق، فأنت هل يئست من هدايتهم؟ هذا قنوط من رحمة الله، وأيضاً الدعاء لهم من النصيحة، كما قال عليه الصلاة والسلام: "الدين النصيحة، الدين النصيحة، الذين النصيحة" قلنا: لمن يا رسول الله ؟ قال: "لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم" . فهذا أصل عظيم يجب التنبه له، وبخاصة في هذه الأزمنة
.
 

"Imam Ahmad telah bersabar dalam menghadapi dugaan dan ujian (yang ditimpakan penguasa Muktazilah dizamannya), dan tidak tsabit tentangnya bahawa beliau pernah mendoakan mereka agar mendapat melapetaka dan kebinasaan, bahkan tidak juga berbicara menjelek-jelekkan mereka, akan tetapi beliau tetap bersabar dan kerana itu justeru kemenangan berpihak kepada beliau. Inilah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Orang-orang yang mendoakan agar para pemimpin kaum muslimin mendapat malapetaka dan kebinasaan tidaklah berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, demikian juga orang-orang yang tidak mahu mendoakan agar mereka mendapat kebaikan. Semua ini adalah tanda penyimpangan mereka dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebahagian mereka mengingkari ke atas orang-orang yang berdoa pada khutbah Jumaat agar para pemimpin kaum muslimin mendapat kebaikan, kemudian mereka mengatakan: 'Doa seperti ini adalah sikap mencari muka terhadap pemimpin tersebut (mudahanah), ini merupakan kemunafikan, dan ini hanya pendekatan diri kepada penguasa tersebut.' Subhanallah, inilah sebenarnya mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (mazhab yang benar) kerana yang sunnah adalah mendoakan para pemimpin agar mereka mendapat kebaikan kerana apabila mereka baik, akan baik pulalah masyarakat. Maka anda hendaklah mendoakan agar mereka mendapat hidayah, kesolehan dan kebaikan, sekalipun mereka memiliki keburukan. Selama mereka masih muslim, maka mereka masih tetap memiliki kebaikan. Selama mereka menjalankan syariat, menegakkan hukum hudud, menjaga keamanan, mencegah orang-orang kafir dari mereka, maka semua ini adalah kebaikan yang besar, maka mereka didoakan agar mendapatkan kebaikan adalah kerana itu semua. Dan apa yang ada pada diri mereka berupa kemaksiatan dan kefasikan, dosanya mereka tanggung sendiri. Akan tetapi mereka memiliki kebaikan lebih besar, sehingga mereka didoakan dengan istiqamah dan kesolehan. Inilah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sedangkan mazhab orang-orang yang mengikuti kesesatan dan orang-orang yang mengikuti kejahilan, maka mereka berpandangan bahawa doa seperti ini adalah bentuk sikap mencari muka (mudahanah) dan pendekatan diri kepada penguasa sehingga mereka tidak mendoakan mereka agar mendapat hidayah, akan tetapi sebaliknya mendoakan mereka agar ditimpakan kebinasaan dan keburukan.

Dan ghairah (kepada Allah) bukan dengan mendoakan kejelekan bagi mereka. Jika anda benar-benar inginkan kebaikan, maka doakanlah agar mereka mendapatkan kesolehan dan kebaikan. Allah Maha Kuasa untuk memberikan hidayah kepada mereka dan mengembalikan mereka kepada kebenaran. Apakah anda putus asa akan adanya hidayah bagi mereka? Ini ertinya berputus asa dari rahmat Allah. Juga mendoakan mereka agar mendapatkan kebaikan termasuk nasihat buat mereka, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

"Agama adalah nasihat, agama adalah nasihat, agama adalah nasihat. Kami (para sahabat) bertanya: Untuk siapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi RasulNya, untuk para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin keseluruhannya." (Hadis riwayat Muslim)

Maka inilah usul yang agung yang wajib ditekankan baginya, khususnya di zaman kita hari ini." (Ta'liqat Al-Mukhtasarah 'Ala Matnil 'Aqidah Ath-Thahawiyah, Syeikh Dr. Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan, hal 84)

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...