Rabu, 30 Disember 2009

Pujian Indah Para Ulama Ke Atas Syaikh Rabi’

Penulis: Syaikh Khalid bin Dhahwi Azh-Zhufairi

Para ulama abad ini telah memberikan pujian terhadap beliau dan telah mempersaksikan kebenaran serta kejujuran beliau dengan persaksian yang sebenarnya. Mereka memberitakan tentang keutamaan keilmuan dan kekukuhan beliau di atas Sunnah dan Manhaj Salafus Soleh.

Termasuk diantara mereka adalah Samahatus Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddis Muhammad Nasiruddin Al-Albani, Asy-Syaikh Al-‘Allamah Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin, Syaikh Sholeh Al-Fauzan, Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahab Al-Banna, Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i, Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdillah As-Subayyil, Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi, Asy-Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Asy-Syaikh Sholeh As-Suhaimi, Asy-Syaikh ‘Ubaid Al-Jabiri dan selain mereka dari kalangan para ulama terkemuka dan orang-orang yang memiliki keutamaan dan kebaikan. Merekalah yang disebut sebagai ahlul ilmi (ahli ilmu) dan cukuplah persaksian mereka sebagai rekomen (tazkiah).

Bagaimana tidak, sementara Allah Ta’ala telah menjadikan mereka sebagai saksi atas keesaan-Nya di dalam Kitab-Nya yang mulia. Dia berfirman :

شَهِدَ اللهُ أَنَّهُ لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ وَ المَلاَئِكَةُ وَ أُوْلُوْ العِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ العَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

“Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan yang berhak untuk diibadati melainkan-Nya begitu pula para malaikat dan orang-orang yang memiliki ilmu dalam keadaan tegak di atas keadilan. Tiada Tuhan yang  berhak untuk diibadati dengan sebenar-benarnya kecuali Dia Zat yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Ali ‘Imran: 18)

Kami ketengahkan sebahagian dari pujian dan sanjungan mereka terhadap imam yang mulia ini hingga menjadi jelas kedudukan beliau bagi setiap orang yang berakal sekaligus tampaklah kedustaan dan kesesatan siapa yang mencela atau berbuat dengki serta mengejek beliau.

Inilah pujian mereka dan hanya kepada Allah saja aku memohon pertolongan.

1. Al-Imam Al-‘Allamah ‘Ubaidullah Ar-Rahmani Al-Mubarakfuri rahimahullah 

[Beliau adalah penulis kitab Mura’aatul Mafaatiih Syarhu Misykaatil Mashaabiih. Beliau adalah seorang ulama dari India yang terkenal dan termasuk seorang ahli hadis yang dikenali, wafat tahun 1414 H. Beliau memberikan ijazah kepada Syaikh Rabi’ sebagaimana para ulama yang lain, diantara mereka adalah Asy-Syaikh Hamud At-Tuwaijiri, Asy-Syaikh Isma’il Al-Anshari, Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi, Asy-Syaikh Badi’ ud-Din As-Sindi, Asy-Syaikh ‘Aliim ud-Din An-Nidyawi, Asy-Syaikh Muhammad Ash-Shumali dan yang selain mereka -semoga Allah merahmati mereka semuanya dan menjaga mereka yang masih hidup]

"Sungguh aku dapati beliau adalah seorang yang memiliki begitu banyak ilmu, keutamaan yang besar, pemahaman yang lurus, tabiat yang istiqamah (lurus) di atas manhaj salafus soleh radiallahu anhum, baik i’tiqad (keyakinan) mahupun amalannya. Beliau adalah seorang pengikut Al-Kitab dan As-Sunnah  penolong dan pembela keduanya, yang sangat keras terhadap para pengikut kebid’ahan dan hawa nafsu, yang akan selalu membantah muqallidin (orang-orang yang suka bertaqlid semata) yang menghabiskan sebahagian besar usaha mereka untuk mempelajari hadis kemudian menyampaikannya dengan menyesuaikannya dengan mazhab mereka. Semoga Allah memberikan berkah kepada beliau dengan ilmunya dan memberikan nikmat kepada kaum muslimin dengan panjangnya umur beliau….”

Demikian yang beliau katakan sampai akhir ijazah tersebut yang ditulis tanggal 19 Dzulqa’dah 1401 H.

2. Al-Imam Al-‘Allamah Samahatus Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah

Syaikh Bin Baz pernah ditanya tentang Syaikh Rabi’ bin Hadi dan Syaikh Muhammad Amman, maka beliau mengatakan: “Khusus mengenai Syaikh Muhammad Amman Al-Jami dan Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali, keduanya adalah ahlussunah dan aku mengenal keduanya dengan keilmuan mereka, keutamaan serta akidah yang benar. Dr. Muhammad Amman Al-Jami telah meninggal dunia pada malam Khamis tanggal 27 Sya’ban tahun ini –semoga Allah merahmati beliau- namun aku menasihatkan agar tetap mengambil faedah dari kitab-kitab yang ditulis oleh keduanya. Kita memohon kepada Allah agar memberikan taufik-Nya kepada kita semua menuju perkara yang diredhai-Nya dan agar Allah mengampuni Syaikh Muhammad Amman dan agar memberikan taufik kepada seluruh kaum muslimin kepada perkara yang diredhai-Nya dan perkara yang padanya terdapat perbaikan bagi kaum muslimin, sesungguhnya Dia adalah Zat Yang Maha Mendengar lagi Maha dekat.” (kaset Al-As`ilah As-Suwaidiyyah)

Beliau rahimahullah juga mengatakan: "Saudara-saudara kami para masyayikh yang dipandang di Madinah ini, tidak lagi kami ragukan. Mereka adalah para penganut akidah yang baik dan mereka adalah Ahlus Sunnah wal jama’ah, seperti Syaikh Muhammad Amman bin ‘Ali, Syaikh Rabi’ bin Hadi, Syaikh Sholeh bin Sa’ad As-Suhaimi, dan Syaikh Muhammad bin Hadi, di sisi kami mereka semuanya telah dikenal dengan keistiqamahan dan keilmuan serta akidah yang baik…akan tetapi para penyeru kebatilan yang gemar memancing pada air yang keruh, individu-individu yang suka membuat kekacauan di kalangan manusia mereka membicarakan perkara-perkara ini, mereka mengatakan tujuannya demikian dan demikian, padahal semua itu tidak baik. Yang wajib adalah membawa ucapan kepada kemungkinan yang paling baik.” (kaset Taudhihul Bayan)

Bahkan aku (syaikh Khalid Zhufairi) mendengar sendiri dengan dua telingaku ini, perbincangan antara Syaikh Bin Baz dan Syaikh Rabi’: "Wahai Syaikh Rabi’, bantahlah setiap orang yang berbuat kesalahan. Andaikan Ibnu Baz berbuat kesalahan maka bantahlah dia atau apabila Ibnu Ibrahim berbuat kekeliruan, bantahlah dia….” Kemudian beliau memuji Syaikh Rabi’ dengan pujian yang indah dan sungguh Allah-lah saksi ke atas apa yang aku katakan ini.

Bahkan Syaikh Bin Baz telah mengizinkan Syaikh Rabi’ untuk mengajar di masjid beliau beberapa bulan sebelum beliau meninggal, yang mana hal ini menunjukkan bahawa Syaikh meninggal dalam keadaan redha kepada Syaikh Rabi’. Tambahan lagi dengan kenyataan bahawa Syaikh Rabi’ adalah murid senior Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz dan termasuk pelopor mereka.

3. Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah.

Diajukan sebuah pertanyaan kepada Syaikh Al-Albani dalam sebuah kaset yang berjudul Liqa` Abil Hasan Al-Ma`ribi ma’a Al-Albani, yang berbunyi: “Meskipun telah diketahui sikap dua orang syaikh yang mulia, iaitu Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali dan Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i dalam memerangi kebid’ahan dan pendapat-pendapat yang menyimpang, ada sebahagian kalangan pemuda (Abul Hasan al Mishri, red) yang meragukan bahawa keduanya berada di atas garis (landasan) salaf.”

[Semakin jelas akhir-akhir ini jeleknya perkara yang digeluti (dimiliki) oleh Abul Hasan baik yang berupa tipu daya terhadap dakwah salafiyyah mahupun permusuhannya terhadap dakwah ini, berikut para ulamanya dan para pengikutnya. Maka sesuailah apa yang dikatakan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah disini  “Boleh jadi dia adalah seorang yang jahil bodoh atau seorang pengikut hawa nafsu” dan aku tidak ragu lagi bahawa dia termasuk golongan yang terakhir. Sehingga kita memohon perlindungan Allah dari kejelekannya dan kita meminta agar Allah memberinya petunjuk atau menimpakan musibah kepadanya.”]

Maka beliau rahimahullah menjawab: “Alhamdulillah kami merasa yakin bahawasanya para da’i di berbagai negeri Islam yang mereka menegakkan kewajiban fardhu kifayah ini, yang mana sedikit orang yang bersedia menunaikannya di masa-masa sekarang, mereka akan dicemuh kerana mereka berdakwah dengan dakwah yang benar yang ditegak di atas Al-Kitab dan As-Sunnah di atas manhaj salafus soleh ini. Maka penghinaan atas diri dua orang syaikh ini, iaitu Syaikh Rabi’ dan Syaikh Muqbil, dua orang da’i kepada Kitabullah dan Sunnah di atas pemahaman salafus soleh, atau pernyataan perang dari orang-orang yang menyelisihi manhaj yang benar ini -sebagaimana inilah yang nampak oleh semua orang- celaan kepada mereka ini hanya bersumber dari salah satu diantara dua kemungkinan orang: boleh jadi dia seorang yang jahil/bodoh dan boleh jadi dia adalah pengikut hawa nafsu.”

“Kalau dia seorang yang jahil maka berkemungkinan masih ada harapan untuk dia mendapatkan petunjuk, kerana dia menyangka yang dia sudah berada di atas ilmu, dia menyangka dia telah mengetahui, maka ketika jelas baginya ilmu yang benar, nescaya dia akan mendapatkan hidayah……”

“Tapi (kalau dia adalah) pengikut hawa nafsu, maka tidak ada harapan lagi bagi kita, kecuali Allah Tabaraka wa Ta’ala yang akan memberikan petunjuk kepadanya. Mereka yang meragukan kedua syaikh ini -sebagaimana yang telah kami sebutkan- boleh jadi dia adalah seorang yang bodoh sehingga dia wajib diajari, atau dia adalah seorang yang mengikuti hawa nafsunya, maka kita memohon perlindungan Allah dari kejelekannya dan kita memohon kepada-Nya semoga Allah memberinya petunjuk ataukah Allah timpakan bencana kepadanya.” (kaset yang berjudul Liqa` Abil Hasan Al-Ma`ribi ma’a Al-Albani)

Dalam kaset Al-Muwazanat Bid’atul ‘Ashr li Al-Albani, setelah beliau membicarakan tentang bid’ah kontemporari ini, beliau juga berkata: “Secara ringkas aku katakan, sesungguhnya pembawa bendera jarh wat ta’dil zaman ini adalah saudara kami Dr. Rabi’, sedangkan orang-orang yang membantah beliau sama sekali tidak berada di atas ilmu selamanya, sementara ilmu ada pada diri beliau."

Syaikh Al-Albani juga menulis dalam ta’liq (komentar) beliau terhadap kitab Syaikh Rabi’ yang berjudul Al-‘Awashim mimma fii Kutubi Sayyid Quthb minal Qawashim  “Semua yang anda bantah dari Sayyid Qutub benar dan tepat, dengannya akan jelas bagi setiap muslim yang membacanya tentang sedikit wawasan keislaman iaitu bahawa Sayyid Qutub sama sekali tidak memiliki pengetahuan terhadap Islam baik usul-usulnya (asas-asasnya) mahupun cabang-cabangnya.”

“Semoga Allah membalas anda dengan balasan yang lebih baik, wahai Syaikh Rabi’ atas kewajiban yang telah anda tunaikan dalam menerangkan dan menyingkap kebodohan dan penyimpangannya dari Islam.”

Dan sungguh aku (penulis, Syaikh Khalid Zhufairi) melihat sendiri dengan mata kepalaku, tulisan tangan Syaikh ini di perpustakaan peribadi beliau, yang mana perpustakaan itu kini menjadi sebahagian perpustakaan Universiti Islam Madinah dan ada satu salinan naskah tulisan tersebut yang ada di tanganku.

Syaikh Rabi’ termasuk sebagai seorang murid senior Syaikh Al-Albani dan termasuk generasi awal yang belajar kepada beliau. Syaikh Albani mengajar beliau semasa di Universiti Islam Madinah.

4. Asy-Syaikh Al-‘Allamah Muhammad bin Sholeh bin ‘Utsaimin rahimahullah

Beliau ditanya tentang Syaikh Rabi’ sebagaimana dirakam dalam kaset Al-`As`ilah As-Suwaidiyyah, beliau mengatakan: "Adapun mengenai Syaikh Rabi’ maka aku tidak mendapati pada diri beliau kecuali kebaikan dan beliau adalah seorang sahibus Sunnah (Ahlus Sunnah, pent.) dan seorang ahli hadis.”

Sebagaimana dalam kaset Ittihaful Kiram yang dirakam di ‘Unaizah setelah muhadharah Syaikh Rabi’ di sana dengan tema Al-I’tisham bil Kitab was Sunnah, yang pada waktu itu aku turut menyertai Syaikh Rabi’ dan aku hadir dalam pertemuan tersebut, Syaikh ‘Utsaimin mengatakan: “Sesungguhnya kami memuji Allah subhanahu wa ta’ala yang telah memberikan kemudahan bagi saudara kami Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali sehingga beliau dapat mengunjungi daerah ini, supaya menjadi jelaslah perkara-perkara yang sebelum ini masih tersembunyi di kalangan sebahagian orang tentang beliau, iaitu bahwasanya saudara kami ini -semoga Allah memberikan taufik kepada kami dan kepada beliau- manhaj beliau ada di atas jalan para salaf."

Dalam kaset yang sama ada seorang hadirin yang berkata: “Di sini banyak pertanyaan sekitar kitab-kitab Syaikh Rabi’.”

Maka beliau rahimahullah menjawab: "Yang jelas pertanyaan-pertanyaan tersebut tidak perlu diajukan, sebagaimana Imam Ahmad ketika beliau ditanya tentang Ishaq bin Rahuyah rahimahumullah jama’in, maka Imam Ahmad berkata: ”Apakah orang seperti aku ditanyai tentang Ishaq?! Sepatutnya Ishaq yang ditanyai tentangku.” Aku telah mengatakan pada awal pembicaraan mengenai apa yang aku ketahui tentang Syaikh Rabi’ -semoga Allah memberikan taufik kepada beliau- dan senantiasa aku mengingatnya sampai sekarang. Kunjungan beliau ke sini serta kata-katanya yang sampai kepadaku, tidak diragukan lagi bahawa ucapan-ucapan itu hanya akan menambah rasa cinta dan doa kebaikan bagi beliau dari manusia.”

Beliau juga ditanya sebagai berikut: "Ada yang mengatakan bahawa manhaj Syaikh Rabi’ menyelisihi manhaj AhlusSunnah wal jama’ah ?”

Maka beliau menjawab dengan perkataan beliau: "Aku tidak pernah tahu beliau telah menyimpang. Syaikh Rabi’ banyak dipuji oleh para ulama kalangan muta`akhirin. Tidak ada yang aku ketahui dari diri beliau selain kebaikan.” (Kaset Tsana` `Aimmatid Da’wah ‘ala Syaikh Rabi’).

5. Asy-Syaikh Al-‘Allamah Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah

Beliau Syaikh Sholeh Al-Fauzan pernah ditanya di Makkah, tanggal 13 Jumadil Akhir 1424 H  ”Apakah nasihat anda bagi para pemuda yang mereka mencela sebahagian imam-imam dakwah salafiyah seperti Syaikh Muhammad Aman Al-Jami dan Syaikh Rabi’ Al-Madkhali ?”

Maka beliau menjawab: "Tinggalkan (jangan sebutkan pada kami, pent.) keganjilan-keganjilan mahupun ucapan ini dan itu. Para masyayikh Insya-Allah adalah orang-orang yang memiliki kebaikan, barakah (keberkatan) bagi dakwah salafiyah dan mereka mengajari manusia. Jangankan keberadaan mereka, tidak diredhai oleh sebahagian orang, Rasulullah saja tidak semua manusia redha kepada beliau, ada orang-orang yang merasa tidak puas hati dengan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam. Masalah kejiwaan-kejiwaan dan hawa nafsu seperti ini tidak boleh dijadikan sandaran. Kita mestilah berbaik sangka kepada para masyayikh. Tidaklah kita ketahui dari mereka kecuali kebaikan Insya-Allah dan kita mendoakan mereka agar diberi taufik.”

6. Yang mulia Syaikh Al-‘Allamah Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah

Dan dalam kaset Al-`As`ilah As-Saniyah li ‘Allamah ad-Diyar Al-Yamaniyyah ketika menjawab pertanyaan seorang pemuda dari Tha`if, beliau mengatakan: "Pada masa sekarang ini orang yang paling tahu tentang kelompok-kelompok dan tentang kerosakan berbagai jama’ah tersebut adalah Saudaraku Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafizahullah. Barangsiapa yang dikatakan oleh Syaikh Rabi’ bin Hadi bahawasanya dia adalah seorang hizbi, pasti tidak lama kemudian akan terungkap pada kamu bahawa benar dia adalah seorang hizbi. Pasti kamu akan ingat yang demikian ini. Memang pada mulanya keadaan seseorang tidak terlihat, dia tidak suka keadaannya yang sebenarnya terungkap, akan tetapi ketika kedudukannya bertambah kuat, pengikutnya semakin banyak dan dia tidak menghiraukan pembicaraan tentang dirinya, maka terbukalah apa yang sebenarnya ada pada dirinya. Maka aku nasihatkan agar kitab-kitab beliau dibaca dan diambil faedah darinya, semoga Allah Ta’ala menjaga beliau.”

Dalam pertanyaan yang ke 135 (dalam kitab Tuhfatul Qarib wal Mujib), ketika beliau ditanya tentang para ulama yang dapat dijadikan tempat rujukan, beliau mengatakan: “..dan Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali, kerana beliau adalah salah satu ayat dari ayat-ayat Allah dengan pengetahuan beliau akan masalah-masalah hizbiyah, namun tidak seperti ayat-ayat Iran yang pendusta (misalnya Khomaini - peny).”

“Dan termasuk ulama Ahlus Sunnah yang utama yang mereka hidup di zaman ini, yang mereka berdiri menghadang orang-orang yang membuat kebatilan iaitu Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah, begitu pula Syaikh Rabi’ bin Hadi dan yang selain mereka.”

Saudaraku Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Bar’i dalam makalahnya yang berjudul Adz-Dzabb ‘anis Sunnah wa ‘Ulamaa`iha mengatakan: “Telah wafat empat orang masyayikh iaitu Syaikh Al-Albani, Syaikh Bin Baz, Syaikh Muqbil dan Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dalam keadaan mereka redha terhadap keadaan, perjalanan dakwah dan mereka meredhai Syaikh Rabi’ beserta kegiatan beliau dalam dakwah menyeru kepada Allah. Bahkan pernah Syaikh Rabi’ masuk sedangkan kami sedang duduk bersama Syaikh Muqbil di tempat beliau menginap di Makkah, maka Syaikh Rabi’ mengucapkan salam kepada hadirin dan ketika beliau sampai kepada Syaikh Muqbil yang ketika itu beliau menjawab salam sambil duduk, Syaikh Muqbil mengatakan kepada Syaikh Rabi’: “Sebenarnya anda berhak untuk disambut dengan berdiri sayangnya aku sedang sakit (sehingga aku tidak dapat menyambutmu dengan berdiri).”

7. Fadilatus Syaikh Al-‘Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi hafizahullah

Beliau hafizahullah berkata dalam kaset pertama dari kaset yang berjudul Ahkamul ‘Ulama` fi Maqalati ‘Adnan ‘Ar’ur : “Adapun Syaikh Rabi’ beliau terkenal dengan perjuangan beliau demi memenangkan Sunnah dan membantah para pencetus kebid’ahan, semoga Allah membalas beliau dengan balasan yang lebih baik.”

Beliau hafizahullah pernah ditanya: “Bagaimana pendapat anda mengenai orang yang mencela Syaikh Rabi’?” Maka beliau mengatakan: “Orang yang mencela beliau menunjukkan adanya keanehan dalam dirinya sekaligus menunjukkan dia adalah seorang mubtadi’ (ahlul bid’ah) atau pembantu ahlul bid’ah yang sedang bekerjasama dengan ahlul bid’ah kerana orang (yang mereka cela) ini adalah Ahlussunnah sementara tidaklah seseorang itu mencela Ahlussunnah kecuali dia itu pasti seorang yang terfitnah lagi tersesat, dan kita memohon kepada Allah agar memberi petunjuk kepada kita semua.”

8. Fadilatus Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jabiri hafizahullah

Beliau pernah ditanya tentang Syaikh Rabi’ dalam kaset At-Tibyan fii Ba’dhi Akhtha` ‘Adnan ‘Ar ‘Ur, dikatakan kepada beliau: “Banyak sekali pembicaraan mengenai Syaikh Rabi’ dan apakah beliau termasuk ulama kaum muslimin ?”

Maka beliau menjawab dengan ucapan beliau: “Syaikh Rabi’ -walillahil hamd- adalah seorang yang dikenal baik oleh kalangan orang-orang tertentu mahupun para ulama. Dan tentang beliau ini iaitu Syaikh Rabi’ sungguh Syaikhuna (syeikh kami) Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz telah memberikan rekomen (tazkiah) kepada beliau. Dan aku tidak menyangka yang pertanyaan seperti ini kamu ajukan kepadaku.”

Beliau hafizahullah dalam sebuah penjelasan beliau sekitar fitnah Abul Hasan mengatakan: “Sungguh aku telah menelusuri kitab-kitab yang ditulis oleh Fadllatul ‘Allamah Asy-Syaikh Rabi’ dan aku telah menyelidikinya dengan cermat, maka aku dapati seluruh ulasan beliau mengenai Abul Hasan benar semuanya.”

Beliau juga mengatakan: “Sesungguhnya Syaikh Rabi’ hafizahullah dan Syaikh Ahmad An-Najmi hafizahullah mereka memiliki nilai keilmuan dan mereka berdua –alhamdulillah- terkenal akan benarnya keyakinan mereka, selamatnya manhaj mereka, keistiqamahan mereka, sehingga mereka tidak akan menjarah (mengkritik) kecuali kepada orang yang memang berhak dikritik."

“Syaikh Rabi’ telah direkomen (tazkiah) oleh Samahatul Imam Al-Walid Al-‘Allamah Al-Atsari Al-Faqih Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah, demikian pula datang rekomen bagi beliau dari Al-Imam Al-Faqih Al-Mujtahid Al-‘Allamah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Utsaimin rahimahullah dan juga dari Al-Imam Al-Muhaddis zaman ini tanpa diperselisihkan lagi iaitu Al-Imam Nasiruddian Al-Albani rahimahullah yang mana beliau menyebut Syaikh Rabi’ sebagai pembawa bendera ilmu Jarah wat Ta’dil zaman ini. Bendera yang diangkat oleh Syaikh Rabi’ dalam rangka jihad Ahlussunnah dan dalam rangka pembelaan terhadap Sunnah dan para pembawanya, yang menjadi duri dalam dada-dada mubtadi’ah sampai hari kiamat nanti –walhamdulillah- (bendera ini) tak akan pernah rendah, tak akan pernah berubah dan tak akan pernah jatuh terbalik.

[Dikutip dari terjemah buku karya Syaikh Abu ‘Abdillah Khalid bin Dlahwi Adz-Dzufairi, edisi Bahasa Indonesia Mengenal Lebih Dekat Asy Syaikh Rabi' Bin Haadi al Madkhali, Sosok Ulama Pembela Sunnah Nabi. Diterjemahkan Ummu Affan, penerbit Media Ahlus Sunnah, Purwokerto]

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...