Artikel asal: http://www.dorar.net/enc/aqadia/1504
Kata al-Syaikh Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf:
Diterjemah oleh :
Ustaz Wan Amirul Syahril bin Wan Mazlan
PISMP Pendidikan Agama Islam, IPGKTAA
Telah
datang banyak dalil yang menerangkan perihal disyariatkan untuk
bertabarruk dengan jasad dan athar (peninggalan) Nabi Sallahu ‘alaihi
wasallam, seperti rambutnya, keringatnya, pakaiannya dan sebagainya.[1]
Adapun
selain Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, dikalangan para wali Allah dan
orang-orang soleh, maka tidak ada dalil yang sahih dan sarih (jelas)
yang menerangkan pensyariatan bertabarruk dengan jasad mahupun athar
mereka. Malah tidak diriwayatkan dari seorangpun dari kalangan para
sahabat Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, tidak juga diriwayatkan dari
kalangan tabi’in perihal mereka bertabarruk dengan jasad atau athar
seorangpun dari orang-orang soleh. Mereka tidak bertabarruk dengan
generasi terbaik umat ini selepas Nabi sallahu ‘alaihi wa sallam, iaitu
Abu Bakar as-Siddiq radhiallahu ‘anhu, atau sepuluh orang sahabat yang
dijanjikan syurga, tidak juga dari kalangan Ahli Bait dan selain mereka.
Sekiranya perbuatan tersebut (bertabarruk dengan orang soleh) baik,
sudah pasti mereka telahpun mendahului kita di dalam melakukannya.
Kerana keinginan mereka yang sangat kuat untuk melaksanakan semua jenis
kebajikan dan kebaikan. Maka, ijmak mereka dalam meninggalkan tabarruk
dengan jasad dan atsar (peninggalan) selain Nabi Muhammad sallahu
‘alaihi wa sallam dari kalangan para solihin merupakan dalil yang jelas
tentang tidak disyariatkan bertabarruk dengan perkara tersebut.
Lebih
berat lagi, sesungguhnya bertabarruk dengan zat atau athar seseorang
dari kalangan orang-orang soleh selain Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi
wasallam merupakan maksiat kepada Allah ta’ala, dan maksiat kepada Nabi
Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam, serta memberikan pengkhususan yang
dikhususkan oleh Allah kepada Nabi Sallahu ‘alai wasallam kepada manusia
lain juga, dan menyamakan mereka dengan Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.
Menyamakan para wali dan orang-orang soleh dengan manusia terbaik dan
penghulu anak adam, iaitu Nabi sallahu ‘alaihi wasallam akan
mengurangkan hak Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, dan merupakan bukti
kurangnya kecintaan kepada Nabi 'alahi solatu wassalam di hati ahli
tabarruk (peminta keberkatan).
Diantara jenis tabarruk yang diharamkan dengan orang-orang soleh ialah:
- Mengusap mereka, memakai pakaian mereka, atau meminum sebahagian minuman mereka bagi mendapatkan keberkatan.
- Mengucup kubur mereka, mengusapnya, dan mengambil batu-batunya bagi mendapatkan keberkatan. Kebanyakan ahli ilmu telah mengkhabarkan tentang ijma’ ulama dalam melarang perbuatan sedemikian.[2] Abu Hamid al-Ghazali al-Syafie (Imam al-Ghazali –pent.) (wafat tahun 505H), dan lain-lain ulama al-Syafi’iyah dan al-Hanafiyah menyebut bahawa perbuatan tersebut merupakan adat-adat Nasrani. Sebahagian ulama al-Syafi’iyah dan al-Hanafiyah menyebut bahawa menyentuh kubur dengan tujuan bertabarruk adalah salah satu dari dosa besar.
- Beribadah di sisi kubur mereka bagi meminta keberkatan, dengan meyakini kelebihan beribadah kepada Allah di sisinya, dan dengannya dijadikan sebab diterima ibadah dan mustajabnya doa.
_____________________________________
[1]
Adapun selepas wafatnya Nabi sallahu ‘alaihi wasallam adalah dilarang
kerana bebeberapa sebab yang telah disebutkan diawal artikel asal.
[2]
Lihat risalah Ziaratu al-Quburi wal-Istinjadu bil-Maqburi (halaman
24-32), al-Istighathah fi al-Raddi ‘ala al-Bikri (1/356), Majmu’
al-Fatawa (4/521, 26/97, 109-27/79, 294-136), al-Ikhtiyarat al-Janaiz
(halaman 92), As-Sorimu al-Mankiy (halaman 109-178), az-Zawajir :
al-Kabiratu (93-98, 1/149)