Fatwa Syaikh 'Abdul 'Aziz Bin Baz Tentang Bersatu Dengan Kaum Syiah
من خلال معرفة سماحتكم بتاريخ الرافضة، ما هو موقفكم من مبدأ التقريب بين أهل السنة وبينهم؟
Soalan:
Berdasarkan
pengetahuan Samahatusy-Syaikh tentang sejarah Rafidhah (Syi’ah), apakah
pendirian Syaikh tentang usaha Taqrib (penyatuan) antara Ahli Sunnah dan
mereka (Rafidhah)?
التقريب بين الرافضة وبين أهل
السنة غير ممكن؛ لأن العقيدة مختلفة، فعقيدة أهل السنة والجماعة توحيد
الله وإخلاص العبادة لله سبحانه وتعالى، وأنه لا يدعى معه أحد لا ملك مقرب
ولا نبي مرسل، وأن الله سبحانه وتعالى هو الذي يعلم الغيب، ومن عقيدة أهل
السنة محبة الصحابة رضي الله عنهم جميعا والترضي عنهم، والإيمان بأنهم أفضل
خلق الله بعد الأنبياء، وأن أفضلهم أبو بكر الصديق، ثم عمر، ثم عثمان، ثم
علي، رضي الله عن الجميع، والرافضة خلاف ذلك فلا يمكن الجمع بينهما، كما
أنه لا يمكن الجمع بين اليهود والنصارى والوثنيين وأهل السنة، فكذلك لا
يمكن التقريب بين الرافضة وبين أهل السنة لاختلاف العقيدة التي أوضحناها
Jawapan:
“Taqrib (penyatuan) di antara Rafidhah
dengan Ahli Sunnah tidak mungkin boleh berlaku, kerana aqidah yang
jelas berbeza, aqidah Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mentauhidkan Allah
dan mengikhlaskan ibadah hanya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan
bahawasanya Ahli Sunnah tidak mendakwa seseorang (memiliki hak
‘Ubudiyyah) bersama-Nya, tidak malaikat muqarrab (yang dekat dengan
Allah), tidak juga Nabi yang diutuskan, dan bahawasanya Allah Subhanahu
wa Ta’ala yang mengetahui perkara ghaib, dan merupakan aqidah Ahli
Sunnah adalah kecintaan terhadap para Sahabat Nabi radiyallahu ‘anhum
kesemuanya, meredhai mereka dan beriman bahawasanya mereka ialah makhluk
Allah yang paling utama setelah para Nabi dan bahawasanya yang paling
utama di antara mereka ialah Abu Bakr ash-Shiddiq, kemudian ‘Umar,
kemudian Uthman, kemudian ‘Ali, redha Allah ke atas mereka semua.
Sedangkan Syi’ah Rafidhah menyelisihi
prinsip-prinsip tersebut, maka tidak mungkin untuk menyatukan di antara
keduanya (Ahli Sunnah dengan Syi’ah Rafidhah), sebagaimana tidak mungkin
berlaku penyatuan di antara Yahudi, Nasrani, dan penyembah berhala
dengan Ahli Sunnah, maka begitulah juga tidak mungkin taqrib (penyatuan)
di antara Rafidhah dengan Ahli Sunnah disebabkan perbezaan Akidah yang
telah kami jelaskannya.”
Dinukil dari: 1aqidah.net