Selasa, 8 November 2011

TAKBIR MUTLAK DAN TAKBIR MUQAYYAD

Bertahun-tahun apabila masuknya hari raya, maka akan kedengaran takbir-takbir dari television, radio mahupun di masjid-masjid. Pernah terdetik persoalan dihati, bagaimanakah cara takbir yang sebenarnya? Waktu bilakah ia dilaungkan? Kerana pernah terjadi di suatu tempat dimana pada hari tersebut bertepatannya hari raya aidilfitri pada hari jumaat. Maka sejurus habisnya salam solat jumaat tersebut, Imam tersebut melaungkan takbir raya, kemudian disahut kembali secara beramai-ramai oleh makmum.

Untuk memudahkan pembacaan, maka saya bawakan fatwa-fatwa ulama Islam berkenaan tatacara dan bahagian-bahagian takbir raya terutamanya berkenaan takbir raya 'Aidil Adha sebagai pedoman kita semua.


Fatwa Samahatusy Syaikh Al-‘Allamah ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah

Soalan:

Kami memohon fatwa tentang Takbir Mutlak pada hari Raya ‘Aidul ‘Adha. Apakah takbir setiap selesai solat lima waktu termasuk Takbir Mutlak ataukah tidak? Apakah ianya sunnah, mustahab (dianjurkan), atau pun bid’ah? Kerana telah terjadi banyak perdebatan dalam masalah ini.

* * *

Jawapan:

الحمد لله وصلى الله وسلم على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهداه

Takbir pada ‘Aidil ‘Adha merupakan ibadah yang disyariatkan sejak awal bulan sehingga akhir hari ke-13 bulan Zulhijjah. Berdasarkan firman Allah :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

Maksudnya: "Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan." (Al-Hajj : 28)

Iaitu 10 hari pertama Zulhijjah.

Firman Allah Ta’ala :

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

Maksudnya: "Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari yang tertentu." (Al-Baqarah : 203)

Iaitu hari-hari Tasyriq. (11, 12 dan 13 Zulhijjah - edt)

Juga berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

« أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر الله عز وجل »

"Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari untuk menikmati makan dan minum, serta hari-hari untuk berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla. (Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Sahihnya)

Al-Bukhari menyebutkan dalam kitab Sahihnya secara mu’allaq (tanpa disebutkan sanadnya - edt) dari sahabat Ibnu ‘Umar dan sahabat Abu Hurairah radhiallahu ‘anhum:

« أنهما كانا يخرجان إلى السوق أيام العشر فيكبران ويكبر الناس بتكبيرهما »

“Bahawa keduanya dulu keluar ke pasar pada 10 hari pertama (Zulhijjah) dan bertakbir. Maka umat pun bertakbir dengan takbir kedua sahabat tersebut.”

Dulu ‘Umar bin Al-Khattab dan anaknya, ‘Abdullah radhiallahu ‘anhuma bertakbir di hari-hari Mina di masjid mahupun di khemah, keduanya menguatkan suaranya sehingga Mina bergetar dengan takbir.

Diriwayatkan juga dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sejumlah sahabat radhiallahu ‘anhum takbir setiap selesai solat lima waktu mulai sejak solat Subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) hingga solat ‘Asar hari ke-13 bulan Zulhijjah. Ini berlaku bagi orang yang tidak melakukan haji.

Adapun orang yang sedang melaksanakan haji maka dalam keadaan ihramnya dia menyibukkan diri dengan mengucapkan talbiyah sampai melempar jumrah ‘aqabah pada hari Nahar (hari ke-10 Dzulhijjah). Adapun setelah itu, dia menyibukkan diri dengan takbir. Dia bertakbir pada lemparan pertama ketika melempar jamrah. Jika bertakbir sambil bertalbiyah maka tidak mengapa. Berdasarkan perkataan Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu :

« كان يلبي الملبي يوم عرفة فلا ينكر عليه، ويكبر المكبر فلا ينكر عليه »

“Dulu seorang bertalbiyah pada hari ‘Arafah, tidak ada yang mengingkarinya. Dan seorang bertakbir, tidak ada yang mengingkarinya.” (HR. Al-Bukhari 970)

Namun yang afdhal (utama) bagi seorang yang berihram adalah mengucapkan talbiyah. Adapun bagi seorang yang tidak berihram yang afdhal adalah bertakbir pada hari-hari tersebut.

Dengan demikian, kita tahu bahswa Takbir Mutlak dan Takbir Muqayyad - menurut pendapat ‘ulama yang paling benar - bertemu pada lima hari, iaitu: Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah), Hari Nahar (10 Zulhijjah), dan hari-hari Tasyriq (11,12,13 Zulhijjah).

Adapun hari ke-8 dan sebelumnya hingga awal bulan, takbir padanya adalah Takbir Mutlak, tidak ada muqayyad padanya berdasarkan ayat-ayat dan riwayat-riwayat di atas.

Dalam kitab Musnad, dari sahabat Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda :

« ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد »

"Tidak ada hari yang lebih mulia di sisi Allah dan tidak ada amalan yang lebih dicintai oleh-Nya pada hari-hari tersebut, dibanding 10 hari pertama (Zulhijjah) tersebut. Maka perbanyaklah padanya tahlil, takbir, dan tahmid." (HR. Ahmad)


Fatwa Fadhilatusy Syaikh Al-‘Allamah Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah
 

1. Takbir Mutlak terdapat pada dua tempat:

Pertama: Malam ‘Aidil Fitri, sejak terbenam Matahari sehingga selesainya solat hari raya

Kedua: 10 Zulhijjah, sejak masuk bulan Zulhijjah sehingga waktu fajar (subuh) Hari ‘Arafah, dan pendapat yang benar masih terus berlanjut hingga hari terakhir hari-hari Tasyriq (yakni hari ke-13).

2. Takbir Muqayyad sejak selesai solat ‘Aidil Adha sehingga waktu ‘Asar hari Tasyriq yang terakhir (hari ke-13)

3. Takbir Gabungan, antara Mutlak dan Muqayyad, bermula terbit fajar (waktu Subuh) hari ‘Arafah sehingga selesai solat ‘Aidil Adha, dan pendapat yang benar terus berlanjut sampai terbenam Matahari hari Tasyriq paling terakhir.

Perbezaan antara Takbir Mutlak (tidak terikat) dan Takbir Muqayyad (terikat) :

Takbir Mutlak disyari’atkan setiap waktu tidak hanya setiap selesai solat fardu. Jadi pensyari’atannya bersifat mutlak, oleh kerana itu dinamakan Takbir Mutlak.

Adapun Takbir Muqayyad, disyari’atkan hanya setiap selesai solat fardhu, (dengan catatan, terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ‘ulama tentang jenis solat yang disyari’atkan setelahnya takbir). Jadi pensyari’atannya terikat dengan solat, oleh kerana itu dinamakan dengan Takbir Muqayyad (terikat).

Wallahu a’lam.


Lebih lanjut sila rujuk: http://www.darussalaf.or.id/stories.php?id=1624

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...