Syeikh Muhammad Ali Firkous Hafizahullah Ta’ala
Beliau ditanya:
Bilakah seseorang itu disebut sebagai ahli bid’ah?
Beliau menjawab:
الجواب: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على من أرسله الله رحمة للعالمين وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين أمّا بعد:
Ketahuilah
bahawa sesungguhnya perkara bid’ah tidak berlaku dalam adat kebiasaan,
sebab perkara tersebut mengikuti apa yang menjadi kebiasaan sebuah
masyarakat. Meskipun disebut bid’ah secara bahasa namun tidak disebut
bid’ah secara istilah agama yang merupakan perkara yang diingkari dan
diperingatkan darinya, iaitu beribadah kepada Allah dengan sesuatu yang
tidak disyariatkan, dan tidak pula datang dari nabi Shallallahu Alaihi
Wasallam, dan khulafa ar-Rasyidin. Berdasarkan firman Allah Ta’ala:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ
Maksudnya: “Apakah mereka mempunyai sesembahan-sesembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (Asy-Syura: 21)
Dan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ مِنْ بَعْدِي عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
“Hendaknya
kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin
setelahku, gigitlah ia dengan gigi geraham kamu (yakni berpegang teguh dengannya sungguh-sungguh - edt).” (HR. Tirmizi
no: 2891, Ibnu Majah dalam muqaddimah no: 44, Ahmad no: 17606, dari hadis
Irbadh bin Sariyah radhiallahu anhu. Disahihkan Al-Albani dalam
silsilah As-Sahihah no: 936)
Tidak boleh menghukumi setiap orang sebagai ahli bid’ah, atau
berlebihan dalam menghukumi bid’ah terhadap setiap orang yang
menyelisihi sebahagian perkara yang diselisihi. Siapa yang terjatuh
ke dalam perkara yang haram, atau terjerumus dalam kemaksiatan, dia
disebut ahli maksiat, dan tidak semua ahli maksiat atau orang yang
keliru itu disebut ahli bid’ah. Para ulama salaf mensifati ahli bid’ah
bagi seseorang yang melakukan perbuatan yang mendekatkan diri kepada
Allah tanpa ilmu dan hujah yang menjadi sandaran perbuatannya,
berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami yang tidak berasal darinya maka ianya tertolak”. (HR. Al-Bukhari dalam kitab shulh no: 2697, Muslim dalam kitab Al-Aqdhiyah no: 4589, Abu Daud dalam As-Sunnah no: 4608, Ibnu Majah dalam muqaddimah no: 14, Ahmad no: 26786, dari hadis Aisyah radhiallahu anha).
Dalam riwayat lain:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang mengamalkan satu amalan yang tidak berasal dari perintah kami maka ianya tertolak.” (HR. Muslim dalam Al-Aqdhiyah no: 4590, Ahmad no: 25870, Ad-Daruquthni dalam Sunannya no: 4593, dari hadis Aisyah Radhiaallahu anha)
Oleh
kerana itu, barangsiapa yang membuat perkara baru dalam agama yang tidak
ada dalil syar’i padanya maka dia adalah pelaku bid’ah, dan yang wajib
adalah menegakkan hujah kepadanya dan menghilangkan syubhat yang
menjadi sandarannya dan menasihatikannya sampai dia meninggalkan
kesalahannya. Jika
dia enggan untuk kembali atau tidak mendengar nasihat sama sekali maka
dia telah menjadi ahli bid’ah. Jika bid’ahnya mukaffirah (bid’ah yang
menyebabkan pelakunya kafir) maka hendaknya dia didebat dengan cara yang
terbaik tanpa mencela apa yang menjadi keyakinannya, berdasarkan firman
Allah:
وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْواً بِغَيْرِ عِلْمٍ
Maksudnya: “Dan
janganlah kamu mencela sesembahan-sesembahan yang mereka sembah selain
Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas
tanpa disertai ilmu.” (Al-An'aam: 108)
Jika nampak darinya kezaliman, menolak kebenaran dan kesombongan maka yang
wajib adalah menjelaskan kebatilannya tanpa berdebat dengannya dan wajib
memboikotnya.
Adapun
jika bid’ahnya mufassiqah (bid’ah yang menyebabkan pelakunya fasik)
maka asal seorang muslim adalah haram memboikotnya meskipun dia seorang
yang fasiq, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثٍ
“Tidak halal bagi seseorang memboikot saudaranya lebih dari 3 malam.” (HR. Bukhari dalam Al-Adab no: 6077, Muslim dalam Al-Bir was shilah wal adab no: 6679, dari hadis Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu anhu)
Selagimana
dalam memboikotnya tidak terdapat kemaslahatan yang dapat diperolehi buat pelajaran baginya supaya meninggalkan kefasikannya, seperti
orang yang membawa ubat untuk mengubati penyakit bid’ahnya. Adapun jika semakin bertambah kemaksiatannya dengan boikot, khususnya ketika duri ahli bid’ahnya kuat sehingga dia cenderung
kepada mereka dan tidak ada harapan untuk dia kembali kepada
kebenaran sehingga tidak (dapat memberi apa-apa - edt) kemaslahatan ketika memboikotnya. Bahkan kemaslahatan (mungkin akan berlaku -edt) dengan tidak memboikotnya.
Dan ilmu hanyalah milik Allah Ta’ala.
Disunting semula oleh: Abu Soleh Mohd Safwan bin Mohd Rusydi
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين وسلم تسليما.
الجزائر في: 21 رجب 1426هـ
Sumber asal: http://ferkous.com
Dinukil dari: http://salafybpp.comDisunting semula oleh: Abu Soleh Mohd Safwan bin Mohd Rusydi