Masalah "Merebut Air":
Jika seseorang dalam keadaan dahaga yang membahayakan nyawa, namun pemilik air enggan memberi minum sedangkan pemilik air tidak dalam keadaan dahaga maka dibenarkan kepada yang dalam keadaan bahaya nyawa tersebut untuk merebut air walaupun membawa kepada terbunuhnya pemilik air dan tidak dikenakan qisas atau diyat.
Kata Ibnu Hajar dalam Tuhfah:
فإن امتنع صاحب الماء من بيعه للطهر ولو تعنتا لم يجبر، بخلاف امتناعه من بذله بعوضه وقد احتاج طالبه إليه لعطش ولم يحتج مالكه لشربه حالا فيجبر بل له مقاتلته، فإن قتل هدر
Maksudnya: Jika pemilik air enggan menjualkannya untuk kegunaan bersuci walaupun keengganannya hanya semata-mata degil maka tidak dipaksa, berbeza jika dia enggan memberikannya dengan dibayar ganti sedangkan yang meminta air tersebut dalam keadaan dahaga dan pemilik air tidak memerlukan air itu untuk diminum segera maka dipaksa (untuk dia memberi) bahkan boleh baginya (yang dahaga) memeranginya dan jika dia dibunuh (pemilik air) maka darahnya ditumpahkan (tanpa Qisas atau Diyat) [Tuhfatul Muhtaj, pd Hasyiah Hawasyi Al-Syarwani, juz 1, hal 336, cet.Maktabah Al-Tijariah Al-Kubra]
Hasyiah Al-Bujairimi 'alal Khatib menaskan berkenaan pernyataan Al-Khatib dalam Al-Iqna':
وللعطشان أخذ الماء من مالكه قهرا ببدله إن لم يبذل له
Maksudnya: dan bagi orang yang dahaga mengambil air secara kekerasan daripada empunya air dengan dibayar ganti jika dia tidak memberikan air kepadanya
Kata Al-Bujairimi:
فإن كان مالك الماء عطشانا لم يهدر بل يضمنه مقاتله كما في شرح م.ر بخلاف المالك غير العطشان فلا ضمان على قاتله إذا كان عطشانا
Maksudnya: Jika pemilik air juga dalam keadaan dahaga maka tidak ditumpahkan darahnya bahkan dituntut jaminan (Diyat) ke atas pembunuhnya seperti dinyatakan dalam Syarah Al-Ramli. Berbeza jika pemilik air tidak dalam keadaan dahaga maka tidak dikenakan jaminan ke atas pembunuhnya jika dia dalam keadaan dahaga. [Al-Bujairimi 'ala Al-Khatib, 1/413, Dar Al-Kutub Al-'Ilmiah]
Al-Mudabighi menyatakan:
ولا ضمان على العطشان ولو أتلف صاحب الماء لأنه كالصائل فإذا قتله فهو هدر
Maksudnya: Dan tiada jaminan dikenakan ke atas orang yang dahaga walaupun dia memusnahkan pemilik air kerana dia (pemilik air) seperti penyerang, maka jika dia (orang yang dahaga) membunuhnya (pemilik air) maka darahnya tidak dijamin. [Hasyiah Al-Mudabighi, 1/128]
*Keadaan ini dinyatakan para Fuqaha` adalah bagi situasi yang membahayakan nyawa kerana menjaga nyawa adalah keutamaan Syari'ah yang sangat besar kedudukannya. Orang yang dengan sengaja degil tidak mahu membantu si dahaga tadi yang sudah kuat zan akan menemui ajal jika tidak diberi minum hakikatnya dengan sengaja menyebabkan dia mati, itulah maksud Al-Mudabighi bahawa pemilik air tersebut berada pada hukum Al-So`il (Penyerang). Wallahua'lam.
Ustaz Muhammad Asrie Sobrie
Apa yang Ustaz Asrie Sobri jelaskan tu bukan dia reka.. Bahkan ia apa yang dijelaskan oleh Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi As-Syaafie dalam syarah beliau terhadap kitab Minhaj At-Tullab.. (Lihat gambar di atas)
Dalam syarah tu dia kata (seperti yg dijelaskan oleh Ustaz Asrie):
(Kata-katanya: Dan boleh untuk orang kehausan mengambil air dari tuannya [yakni tuan air]) iaitu yang tidak kehausan dan dia boleh menyerangnya, dan digugurkan [tuntutan darah] si pemilik air ...
Tajuk ini khas diselitkan oleh Para Ulama Mazhab As-Syaafie dalam tajuk tayammum .. untuk maklumat tambahan.. yakni kalau orang tak bagi air utk bersuci.. Tak apa kita boleh tayammum..
Tapi kalau orang yang kehausan/dahaga.. ada orang ada air.. dan orang tu tak kehausan/dahaga.. dan sengaja tak bagi minum.. dia seolah-olah nak bunuh orang yang kehausan.. maka orang yang kehausan tu boleh serang orang berkenaan kerana orang tu nak bunuh dia..
Ustaz Adli Mohd Saad