Telah berlegar-legar
hadis Khutbah Nabi s.a.w dalam Haji Wada’ baginda, namun ada lafaz yang
menyebut agar berpegang dengan Al-Quran sahaja, ada lafaz yang menyebut
Al-Quran dan Sunnah serta ada pula lafaz yang menyebut Al-Quran dan Ahli
Baitku. Berikut adalah penjelasan secara ringkas bagi memahami perkara ini.
Pertama:
Darjat Hadis-Hadis Khutbah Haji Wada’
(1) Riwayat
Muslim dari jalan Hatim bin Ismail Al-Madani, dari Ja’afar bin Muhammad, dari
ayahnya, dari Jabir bin Abdullah r.ahuma mengenai hadis Haji Wada’, dan padanya
Nabi s.a.w berkhutbah kepada mereka di Padang Arafah dan bersabda:
وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ
مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ، كِتَابُ اللهِ
“Dan aku
telah tinggalkan kepada kamu dan kamu tidak akan sesat setelahnya jika
berpegang teguh dengannya, (iaitu) Kitabullah (Al-Quran).” (HR. Abu Daud, Ibnu
Majah, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi, At-Tohawi dalam ‘Musykilul
Athar’ melalui turuq (sanad) dari Hatim dengan penyebutan wasiat terhadap Kitabullah
sahaja).
(2) Riwayat
At-Tirmizi dan At-Tabrani dalam ‘Al-Ausat’ dari jalan Zaid bin Al-Hasan, dari
Ja’afar bin Muhammad dengan lafaznya:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
إِنِّي تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا: كِتَابَ
اللَّهِ، وَعِتْرَتِي أَهْلَ بَيْتِي
“Wahai
manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu yang jika kamu
mengambilnya kamu tidak akan sesat: Kitabullah dan ‘Itrati Ahli Baiti (peninggalan
ahli baitku).”
Berkata
A-Tabrani: “Tidak diriwayatkan hadis ini dari Ja’far bin Muhammad kecuali Zaid
bin Al-Hasan Al-Anmati. Dan Zaid bin Al-Hasan tidak boleh berhujah dengannya.
Berkata Abu Hatim: Hadisnya mungkar. Disebut oleh Ibnu Hibban dalam
Ath-Thiqat.” (Tahzibut Tahzib 3/350)
(3) Riwayat
Al-Hakim dalam ‘Mustadrak’ dari jalan Ismail bin Abi Aus, ayahku menceritakan
kepadaku, dari Thaur bin Zaid Ad-Diliyyi, dari ‘Ikrimah, dari Ibnu Abbas,
bahawa Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada manusia dalam Haji Wada’, baginda
bersabda:
إِنِّي قَدْ تَرَكْتُ
فِيكُمْ مَا إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلُّوا أَبَدًا كِتَابَ اللَّهِ ،
وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Sesungguhnya
aku telah tinggalkan kepada kamu yang mana jika kamu berpegang teguh dengan
keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya (iaitu) Kitabullah dan sunnah
nabiNya s.a.w.
Al-Hakim
berkata: “Penyebutan berpegang teguh dengan sunnah dalam khutbah ini gharib.”
Ismail bin
Abi Uwais, dari Ahmad: لا بأس به.
Ibnu Abi
Khaithamah, dari Yahya: صدوق، ضعيف العقل، ليس بذاك.
Abu Hatim
berkata: محله الصدق مغفل,
An-Nasai
berkata: Dhaif.
Ad-Daruqutni
berkata: Tidak terpilih dalam As-Sahih.
Ibnu ‘Adi
berkata: Ahmad bin Abi Yahya berkata: Aku mendengar Ibnu Ma’in berkata: Dia
serta ayahnya pencuri hadis.
Ibnu ‘Ayn
juga berkata: لا يساوى فلسين.
Az-Zahabi berkata: فيه لين. (Mizan Al-I’tidal 1/223).
Abu Uwais
dan ayahnya juga layyin (lemah).
Ahmad dan Yahya berkata: Dha’iful Hadis.
Yahya (sekali lagi) berkata: Tidak Thiqah.
Dia berkata lagi: Jujur, (tapi) tidak menjadi hujah.
Ibnu
Al-Madini berkata: Adalah ia di sisi sahabat-sahabat kami lemah.
An-Nasai dan
selainnya berkata: Laisa Bil Qowi. (Mizan Al-I’tidal 2/450).
Maka hadis
khutbah ‘Arafah dalamnya hanya ada wasiat (berpegang) dengan Kitabullah sahaja,
tiada tambahan As-Sunnah, dan tiada Ahli Bait, dan inilah yang benar.
Kedua:
Wasiat (berpegang) kepada Sunnah dan Ahli Bait juga Thabit (sahih) tetapi tidak
terdapat dalam khutbah di Padang Arafah.
Adapun
wasiat kepada sunnah: Maka ianya riwayat Imam Malik disampaikan oleh Rasulullah
s.a.w dengan sabdanya:
تَرَكْتُ فِيكُمْ
أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ
نَبِيِّهِ
“Aku telah
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagimana kamu
berpegang dengan keduanya: (iaitu) Kitabullah dan sunnah nabiNya.”
Ibnu Abdil
Barr r.h berkata:
وَهَذَا مَحْفُوظٌ مَعْرُوفٌ مَشْهُورٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ ، شُهْرَةً يَكَادُ
يُسْتَغْنَى بِهَا عَنِ الْإِسْنَادِ ، وَرُوِيَ فِي ذَلِكَ مِنْ أَخْبَارِ
الْآحَادِ أَحَادِيثُ مِنْ أَحَادِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ وَعَمْرِو بْنِ عَوْفٍ. انتهى
“Hadis ini
terpelihara lagi masyhur dari Nabi s.a.w di sisi
Ahli Ilmu, sangat masyhur sehingga hampir tidak berhajat kepada sanad, dan ia telah
diriwayatkan dari khabar-khabar Ahad (tidak mutawatir) beberapa hadis dari
hadis-hadis Abu Hurairah dan ‘Amru bin ‘Auf.” Selesai. (At-Tamhid 24/331).
Syeikh Al-Albani
juga mensahihkannya dalam ‘Sahih Al-Jami’.
Hadis ini
tidak termasuk diantara hadis-hadis berkenaan Khutbah Padang Arafah dan bukan
pula hadis-hadis tentang Haji Wada’. Perkara ini yang banyak orang keliru
tentangnya.
مَّا بَعْدُ، أَلَا
أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي
فَأُجِيبَ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ: أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللهِ فِيهِ
الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللهِ، وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ
“Adapun
setelah itu, ketahuilah wahai manusia sekalian bahawa aku adalah
manusia biasa seperti kamu dimana sebentar lagi aku akan didatangi (malaikat
maut) lalu diperkenankan, dan aku telah tinggalkan kepada kamu thalaqain (dua
perkara yang berat). Pertama ialah Kitabullah, padanya terdapat petunjuk dan
cahaya, maka ambillah ia dan peganglah dengan erat.”
Maka
baginda bersungguh-sungguh menyuruh agar berpegang dengan Kitabullah. Kemudian
melanjutkan:
وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ
اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ
اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي
“Dan Ahli
Baitku. Aku ingatkan kamu akan Allah terhadap Ahli Baitku. Aku ingatkan kamu
akan Allah terhadap Ahli Baitku. Aku ingatkan kamu akan Allah terhadap Ahli
Baitku.”
Hadis ini
juga tidak termasuk diantara hadis-hadis khutbah Arafah. Tetapi khutbah
ini disampaikan Nabi s.a.w di suatu tempat yang bernama “Ghadir Khumm” iaitu
setelah kepulangan baginda daripada Haji Wada’.
Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah r.h berkata:
أَجْمَعَ النَّاسُ كُلُّهُمْ عَلَى أَنَّ مَا قَالَهُ النَّبِيُّ -
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِغَدِيرِ خُمٍّ كَانَ مَرْجِعَهُ مِنْ
حَجَّةِ الْوَدَاعِ
“Manusia
(ulama) sepakat kesemua mereka di atas apa yang diucapkan (dari hadis) Nabi
s.a.w di Ghadir Khumm adalah berlaku
setelah kepulangan baginda daripada Haji Wada’.” (Minhaj As-Sunnah 7/44)
Beliau
berkata lagi:
وَغَدِيرُ خُمٍّ كَانَ بَعْدَ رُجُوعِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ ثَامِنَ
عَشَرَ ذِي الْحَجَّةِ
“Dan hadis
Ghadir Khumm berlaku setelah (yakni ketika) kepulangan baginda ke Madinah pada
18 Zulhijjah.” (Minhaj Sunnah 7/314).
Wasiat agar berpegang dengan Ahli Bait di sini bukanlah
bermakna wajib mengikuti mereka secara mutlak, akan tetapi yang wajib adalah
meraikan mereka serta mencintai mereka, menjauhi dari memburukkan mereka serta
berhati-hati dari mencela mereka, larangan dari menzalimi mereka serta
menunaikan hak-hak mereka.
Ketiga: Ketiga-tiga Hadis tersebut tidak bertentangan
Tidak boleh
menafikan salah satu di antara wasiat baginda s.a.w tersebut sama ada dengan kitabullah, wasiat dengan
sunnah dan wasiat dengan Ahli Bait (keluarga Rasulullah s.a.w). Ini kerana semua
hadis tersebut saling lazim-melazimi. Wasiat berpegang dengan Kitabullah juga
sebenarnya telah mencakup di dalamnya wasiat agar berpegang kepada sunnah,
sebagaimana firman Allah:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ
“Taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul.” (Al-Maidah: 92)
Dan juga
firman Allah:
وَمَا آتَاكُمُ
الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
“Apa-apa
yang ditinggalkan oleh Rasul itu maka ambillah ia dan apa-apa yang kamu
dilarang dari melakukannya, maka jauhilah.” (Al-Hasyr: 7)
Dan
lain-lain ayat yang serupa dan semakna yang sangat banyak di dalam Al-Quran.
Demikian
pula wasiat terhadap Kitabullah itu juga mencakupi (merangkumi) dengan wasiat terhadap
Ahli Bait, sebagaimana firman Allah:
قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى
“Dan
katakanlah: aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang
aku sampaikan itu kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.” (Asy-Syura: 23)
Dengan
demikian jelaslah bagi kita bahawa tidak ada pertentangan antara hadis-hadis
yang telah dikemukakan. Bahkan wasiat tersebut disampaikan pada masa yang
berlainan dan berbeza-beza keadaannya sesuai dengan orang yang disampaikan wasiat tersebut
pada waktu itu. Maka yang wajib bagi kita adalah berpegang dengan seluruh
wasiat-wasiat tersebut, bukan dengan memilih sebahagian yang selari dengan
pegangan golongan tertentu seperti golongan quraniyun (anti hadis) yang hanya
berpegang dengan Al-Quran sahaja dan meninggalkan sunnah Nabi, dan bukan pula
seperti golongan syi’ah yang hanya berpegang dengan Al-Quran dan Ahli Bait dengan kefahaman yang keliru.
Lalu dengan itu mereka mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian lainnya.
Wallahua’lam
Sumber: https://islamqa.info/ar/209483
Khamis, 15
Jun 2017 (20 Ramadhan 1438)
Mohd Safwan bin Mohd Rusydi
Taman Kuala
Menggatal, Kota Kinabalu