Isnin, 21 Jun 2010

Mengenal Yakjuj Dan Makjuj

Gambar Hiasan

Kemunculan sebuah bangsa yang akan mencipta kekacauan serta kerosakan di muka bumi telah ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai salah satu penanda kiamat besar. Siapakah dan bagaimanakah mereka?

Di dalam beberapa hadis tentang tanda-tanda hari kiamat kubra (besar), disebutkan ada sepuluh tanda hari kiamat. Di antaranya adalah keluarnya Ya`juj dan Ma`juj.

Berita tentang keluarnya Ya`juj dan Ma`juj bukan hanya mutawatir, bahkan disebutkan dalam Al-Qur’an surat Al-Anbiya’ ayat 96-97:

حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ. وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَاوَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ.

Maksudnya: "Hingga apabila dibukakan (dinding) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim.”

Ibnu Katsir rahimahullahu menerangkan: mereka adalah dari keturunan Adam ‘alaihissalam dari keturunan Nabi Nuh ‘alaihissalam, dari anak keturunan Yafits yakni nenek moyang bangsa Turki yang terkurung oleh benteng tinggi yang dibangun oleh Dzulqarnain.

Sedangkan makna “min kulli hadabin yansilun” diterangkan oleh Ibnu Katsir rahimahullahu: yakni turun dari tempat-tempat yang tinggi dengan cepat dengan membuat kerosakan.

Demikian pula disebutkan dalam surat Al-Kahfi ayat 94:

قَالُوا يَاذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي اْلأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Maksudnya: “Wahai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya`juj wa Ma`juj merosakkan di permukaan bumi, kami akan siapkan imbalan yang besar agar kiranya engkau membuatkan benteng antara kami dengan mereka.”

Adapun kalimah yang menunjukkan bahawa runtuhnya benteng Dzulqarnain dan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj sebagai tanda dekatnya hari kiamat adalah ucapan Allah Subhanahu wa Ta’ala pada ayat ke-98:

هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ

Maksudnya: “Ini adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh…..”

Ibnu Katsir rahimahullahu menyatakan: “Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa mereka tidak akan dapat melubanginya sedikitpun…”

Sedangkan makna “Jika datang janji Rabbku” adalah: Jika telah dekat hari kiamat, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan runtuhkan benteng tersebut. Demikian dikatakan oleh Ibnu Katsir rahimahullahu.

Ya`juj wa Ma`juj dari keturunan Adam ‘alaihissalam

Ya’juj dan Ma’juj adalah dari jenis manusia keturunan Adam ‘alaihissalam. Tidak seperti yang digambarkan oleh sebahagian orang bahawa mereka bukanlah dari keturunan manusia. Hanya sahaja mereka adalah orang-orang yang merosak serta memiliki sifat dan perangai yang Allah Subhanahu wa Ta’ala takdirkan kepada mereka tidak seperti manusia pada umumnya.

Dalil yang menunjukkan bahawa mereka dari jenis manusia keturunan Adam ‘alaihissalam adalah apa yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dalam Kitabul Anbiya’ bab Qishah Ya’juj dan Ma’juj, dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِي اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: يَا آدَمُ. فَيَقُولُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ. فَيَقُولُ: أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ. قَالَ: وَمَا بَعْثُ النَّارِ؟ قَالَ: مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَ مِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ﭼ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيُّنَا ذَلِكَ الْوَاحِدُ؟ قَالَ: أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا …

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada Adam: “Wahai Adam.” Maka Adam menjawab: “Labbaika wa sa’daika wal khairu fi yadaika (Aku sambut panggilan-Mu dengan senang hati dan kebaikan semuanya di tangan-Mu).” Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Keluarkan utusan (penghuni) neraka.” Maka Adam bertanya: “Apa itu utusan (penghuni) neraka?” Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Mereka dari setiap seribu orang, sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang!” Maka ketika itu anak kecil menjadi beruban, setiap yang hamil melahirkan apa yang dikandungnya, dan kamu lihat orang-orang seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk, tetapi kerana azab Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sangat keras. Kemudian para sahabat bertanya: “Siapa satu yang selamat dari kita itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bergembiralah, sesungguhnya penghuni neraka itu dari kamu satu dan dari Ya’juj dan Ma’juj seribu….” (HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari, juz 6 hal. 382)

Dari hadis di atas kita dapatkan beberapa faedah:

Pertama: Ya’juj dan Ma’juj adalah calon penghuni neraka.
Kedua: jumlah Ya’juj dan Ma’juj sangat besar.
Ketiga: bahawa Ya’juj dan Ma’juj dari jenis manusia keturunan Adam.

Sifat-sifat Ya`juj dan Ma`juj

Walaupun mereka dari jenis manusia keturunan Adam, namun mereka memiliki sifat khas yang berbeza dari manusia biasa. Ciri utama mereka adalah perosak dan jumlah mereka yang sangat besar sehingga ketika mereka turun dari gunung seakan-akan air bah yang mengalir, tidak pandai berbicara dan tidak fasih, bermata kecil (sepet), berhidung kecil, lebar mukanya, merah warna kulitnya seakan-akan wajahnya seperti perisai dan lain-lain sifat.

Disebutkan dalam riwayat Al-Imam Ahmad rahimahullahu, dari Ibnu Harmalah, dari makciknya, dia berkata:

خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَاصِبٌ إِصْبَعَهُ مِنْ لَدْغَةِ عَقْرَبٍ فَقَالَ: إِنَّكُمْ تَقُولُونَ لاَ عَدُوَّ وَإِنَّكُمْ لاَ تَزَالُونَ تُقَاتِلُونَ عَدُوًّا حَتَّى يَأْتِيَ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ عِرَاضُ الْوُجُوهِ صِغَارُ الْعُيُونِ شُهْبُ الشِّعَافِ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat kalajengking. Baginda bersabda: “Kamu mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya Ya’juj dan Ma’juj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.” (HR. Ahmad)

Ya`juj dan Ma`juj Sudah Ada Sekarang

Ya`juj dan Ma`juj sudah ada dan terus dalam keadaan turun-temurun (beranak pinak), tidak meninggal satu orang dari mereka, kecuali lahir seribu orang lebih. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma yang diriwayatkan Al-Hakim rahimahullahu dalam Mustadrak-nya.

Namun alhamdulillah Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bentengi mereka dari kita, iaitu dengan sebab menakdirkan munculnya Dzulqarnain yang dengan kemampuannya membuat benteng yang terbuat dari besi dan tembaga.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا. حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً. قَالُوا يَاذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي اْلأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا. قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا. آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ ءَاتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا. فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا. قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا

Maksudnya: “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya`juj dan Ma`juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?’ Dzulqarnain berkata: ‘Apa yang telah dikuasakan oleh Rabbku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.’ Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulqarnain: ‘Tiuplah (api itu).’ Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu.’ Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat (pula) melubanginya. Dzulqarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Rabbku itu adalah benar’.” (Al-Kahfi: 92-98)

Kesombongan Ya`juj dan Ma`juj

Ya`juj dan Ma`juj ketika keluar tidaklah melalui sesuatu kecuali dirosaknya. Tidaklah melalui danau kecuali meminumnya hingga habis. Tidaklah mendapati manusia kecuali dibunuhnya sampai ketika mereka merasa menang membantai seluruh penduduk bumi, mereka menentang penduduk langit. Inilah kesombongan yang luar biasa dari Ya`juj wa Ma`juj.

ثُمَّ يَسِيرُونَ حَتَّى يَنْتَهُوا إِلَى جَبَلِ الْـخُمَرِ وَهُوَ جَبَلُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ قَتَلْنَا مَنْ فِي اْلأَرْضِ هَلُمَّ فَلْنَقْتُلْ مَنْ فِي السَّمَاءِ. فَيَرْمُونَ بِنُشَّابِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ فَيَرُدُّ اللهُ عَلَيْهِمْ نُشَّابَهُمْ مَخْضُوبَةً دَمًا

“Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar, iaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.” (HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah)

Yakni mereka mengira bahawa darah tersebut bukti kemenangan mereka melawan penduduk langit. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala binasakan seluruhnya pada ketika kemuncak kesombongan mereka dalam waktu yang hampir bersamaan.

Binasanya Ya'juj dan Ma'juj dengan doa Nabi Isa ‘alaihissalam

Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam’an radhiyallahu ‘anhu dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut:

إِذْ أَوْحَى اللهُ إِلَى عِيسَى إِنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِي لاَ يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمُ الْيَوْمَ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللهُ عَلَيْهِمُ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اْلأَرْضِ فَلاَ يَجِدُونَ فِي اْلأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلاَّ مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللهِ فَيُرْسِلُ اللهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللهُ ثُمَّ يُرْسِلُ اللهُ مَطَرًا لاَ يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلاَ وَبَرٍ فَيَغْسِلُ اْلأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ…

Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur. Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu dikepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissalam dan para sahabatnya. Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kamu sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala pun mengirim sejenis ulat yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissalam pun berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kehendaki. Kemudian Allah kirimkan hujan yang tidak meninggalkan satu pun rumah mahupun kemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkatmu...” (HR. Muslim)

Wajib Beriman dengan berita Ya`juj wa Ma`juj

Berita tentang Ya`juj wa Ma`juj adalah berita dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, sehingga seorang muslim yang beriman wajib menerimanya. Bukankah ciri-ciri orang yang bertakwa adalah beriman kepada hal ghaib yang dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya? Dan termasuk hal yang ghaib adalah apa yang akan terjadi pada akhir zaman, termasuk berita akan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj?

Namun sebahagian kaum muslimin, khususnya kaum Mu’tazilah dan para rasionalis atau orang-orang yang terpengaruh oleh mereka, menolak berita-berita hadis yang -menurut anggapan mereka- tidak masuk akal. Mereka menganggap hadis-hadis tersebut hanya akan membuat orang lari dari Islam.

Ketika mereka mendengarkan hadis-hadis tentang diangkatnya Nabi Isa ‘alaihissalam dalam keadaan hidup, akan turunnya baginda pada akhir zaman, berita tentang Dajjal -yang sudah ada wujudnya dalam keadaan terbelenggu- atau tentang Ya`juj wa Ma`juj yang masih beranak-pinak dan terus menerus berupaya untuk keluar dari benteng yang dibuat oleh Dzulqarnain, dan lain-lainnya. Mereka benar-benar gelisah, panas dadanya seraya berkata: “Untuk apa hadis-hadis seperti ini disampaikan. Hadis-hadis ini akan menjadikan manusia semakin jauh dari Islam.” Mereka melontarkan olok-olok, celaan, dan berbagai macam ucapan penolakan terhadap hadis-hadis tersebut. Keadaan mereka ini serupa seperti yang dikatakan oleh para ulama tentang ahlul bid’ah:

Ahmad bin Sinan Al-Qaththan rahimahullahu berkata: ”Tidak ada di dunia ini seorang mubtadi’ (ahli bid’ah) pun kecuali akan membenci ahlil hadis. Jika seseorang mengada-adakan kebid’ahan nescaya akan dicabut kelazatan hadis dari hatinya.” (Aqidatussalaf wa Ashhabul Hadits hal. 300)

Abu Nashr bin Sallam Al-Faqih rahimahullahu berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat dan lebih dibenci bagi orang-orang mulhid (sesat) daripada mendengarkan hadis dengan riwayat dan sanadnya.” (Aqidatus Salaf Ashhabil Hadits hal. 302)

Penutup

Sebagai nasihat dan peringatan untuk kita dan seluruh kaum muslimin, kami nukilkan beberapa ucapan para ulama dalam masalah ini:

Al-Imam Ahmad bin Hambal rahimahullahu menyatakan: “Barangsiapa yang menolak hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi sa wallam, maka dia berada di pinggir jurang kehancuran.” (Thabaqat Al-Hanabilah, 2/11 dan Al-Ibanah, 1/269; lihat Ta’zhimus Sunnah hal. 29)

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullahu menegaskan: “Jika engkau mendengar seseorang mencela riwayat-riwayat (yakni riwayat hadis yang sahih), menolaknya atau menginginkan selainnya, maka curigailah keislamannya dan jangan ragu kalau dia adalah pengekor hawa nafsu, ahlul bid’ah.” (Syarhus Sunnah hal. 51)

Abul Qashim Al-Ashbahani rahimahullahu menerangkan: Ahlus Sunnah dari kalangan salaf berkata: “Barangsiapa mencerca riwayat-riwayat hadis, maka selayaknya untuk dituduh keislamannya.” (Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah 2/248. Lihat Ta’zhimus Sunnah, hal. 29)

Al-Imam Az-Zuhri rahimahullahu –imamnya para imam pada zamannya- berkata: “Dari Allah Subhanahu wa Ta’ala keterangannya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menyampaikannya, maka kewajiban kita adalah menerimanya.” (Aqidatus Salaf Ashhabil Hadits, hal. 249)

Beliau rahimahullahu berkata juga: “Diriwayatkan dari salaf bahawa kaki Islam tidak akan kokoh, kecuali di atas dasar at-taslim (yakni menerima dan tunduk pada seluruh ucapan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, pent.).” (Aqidatus Salaf Ashhabul Hadits hal. 200). Wallahu a’lam.
 
Penulis: Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed
Disunting oleh: Abu Soleh

Jumaat, 18 Jun 2010

Mengatasi Kesulitan Rezeki

Penulis: Ustadz Abu Hamzah Yusuf

Liku-liku kehidupan memang tidak dapat dikira dengan kiraan. Negeri yang sedemikian makmurnya ini, terancam dengan kekurangan tempat pencarian rezeki. Kegoncangan melanda di mana-mana. Kegelisahan menjadi selimut kehidupan yang tidak boleh ditanggalkan. Begitulah jikalau krisis ekonomi sudah memakan korban.

Seakan manusia telah lalai, bahawa segala yang terhampar di alam ini ada Zat yang mengaturnya. Apakah mereka tidak ingat Allah Ta’ala telah berfirman :

"Dan tidaklah yang melata di muka bumi ini melainkan Allahlah yang memberi rezekinya." (Hud : 6)

Keyakinan yang mantap adalah bekal utama dalam menjalani asbab (usaha) mencari rezeki. Ar-Rahman yang menjadikan dunia ini sebagai negeri imtihan (ujian), telah memberikan jalan keluar terhadap permasalahan yang dihadapi manusia. Diantaranya

1. Berusaha dan Bekerja

Sudah merupakan sunnatullah seseorang yang ingin mendapatkan limpahan rezeki Allah mestilah berusaha dan bekerja. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala :

"Kalau telah ditunaikan solat Jum’at maka bertebaranlah di muka bumi dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu bahagia." (Al-Jumu’ah : 10)

Rezeki Allah itu mesti diusahakan dan dicari. Tapi, kadang-kadang kerana pengaruh, sombong dan harga diri seseorang enggan bekerja. Padahal mulia atau tidaknya suatu pekerjaan itu dilihat apakah pekerjaan tersebut halal atau haram.

2. Taqwa

Banyak orang melalaikan perkara ini, kerana kesempitan hidup yang dialaminya. Dia mengabaikan perintah-perintah Allah, kerana tidak sabar menunggu datangnya pertolongan Allah. Padahal Allah Ta’ala telah menyatakan :

"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (At-Thalaq : 2)

Iaitu dari jalan yang tidak diharapkan dan diangankan-angankan. Demikian komentar Qatadah, seorang tabi’in (Tafsir Ibnu Katsir 4/48). Lebih jelas lagi Syaikh Salim Al-Hilali mengatakan bahawa Allah Yang Maha Tinggi dan Agung memberitahukan, barangsiapa yang bertaqwa kepada-Nya nescaya Dia akan memberikan jalan keluar terhadap permasalahan yang dihadapinya dan dia akan terbebas dari mara bahaya dunia dan akhirat serta Allah akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka (Bahjatun Nadhirin 1/44).

3. Tawakkal

Allah berfirman :

"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Dia akan mencukupi (keperluan)nya." (At-Thalaq: 3)

Yakni ‘Barangsiapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah nescaya Dia akan mencukupkan apa yang dia inginkan,” demikian kata Imam Al-Qurtubi dalam dalam Al-Jami’ Ahkamul Qur’an, 8/106.

Dan tidak dinamakan tawakkal apabila tidak menjalani usaha. Sesungguhnya menjalani usaha merupakan bahagian dari tawakkal itu sendiri. Oleh kerana itu Ibnul Qayyim mengatakan: "Tawakkal dan kecukupan (yang Allah janjikan) itu, bila tanpa menjalani asbab yang diperintahkan, merupakan kelemahan semata, sekalipun ada sedikit unsur tawakkalnya. Hal yang demikian itu merupakan tawakkal yang lemah. Maka dari itu tidak sepatutnya seorang hamba menjadikan sikap tawakkal itu lemah dan tidak berbuat dan berusaha. Sepatutnya dia menjadikan tawakkal tersebut bahagian dari asbab yang diperintahkan untuk dijalani, yang tidak akan sempurna makna tawakkal kecuali dengan itu semua." (Zadul Ma’ad 2/315). Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengingatkan kita dalam riwayat yang sahih :

“Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana burung diberi rezeki, pergi dipagi hari dalam keadaan perut kosong, dan pulang pada petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR. An-Nasai, Tirmizi dan Ibnu Majah)

4. Syukur

Syukur adalah jalan lain yang Allah berikan kepada kaum mukminin dalam menghadapi kesulitan rezeki. Dalam surat Ibrahim ayat 7 Allah berfirman:

"Kalau seandainya kamu bersyukur, sungguh-sungguh Kami akan menambah untuk kamu (nikmat-Ku) dan jika kamu mengingkarinya, sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Ibrahim : 7)

Oleh kerana itu dengan cara bersyukur insya-Allah akan mudah urusan rezeki kita. Adapun hakikat syukur adalah: “Mengakui nikmat tersebut dari Zat Yang Maha Memberi nikmat dan tidak mempergunakannya untuk selain ketaatan kepada-Nya,” begitu Al-Imam Qurtubi menerangkan kepada kita (tafsir Qurthubi 9/225)

5. Berinfaq

Sebahagian orang barangkai menyangka bagaimana mungkin berinfaq dapat mendatangkan rezeki dan kurnia Allah, sebab dengan berinfaq harta kita menjadi berkurang. Ketahuilah Zat Yang maha Memberi Rezeki telah berfirman :

"Dan apa-apa yang kamu infaqkan dari sebahagian harta kamu, maka Allah akan menggantinya." (Saba: 39)

6. Silaturrahim

Dalam hal ini Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :

"Barangsiapa yang berkeinginan untuk dibentangkan rezeki baginya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah menyambung silaturrahim." (HR. Bukhari dan Muslim)

7. Doa

Allah memberikan senjata yang ampuh bagi muslimin berupa doa. Dengan berdoa seorang muslim insya Allah akan mendapatkan apa yang dia inginkan. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyuruh kita agar berdoa tatkala kita menghadapi kesulitan rezeki.

"Ya Allah aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima." (HR. Ibnu Majah dan yang selainnya)

Wallahu a’lam bish Showab.

Khamis, 10 Jun 2010

Pelepah Kurma Di Atas Kubur

Soalan: 

Saya pernah mendengar hadis bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam meletakkan dua pelepah kurma di atas dua kubur ketika orang yang berada di dalamnyasedang diseksa. Tujuan baginda melakukan hal itu agar Allah meringankan seksaan ke atas mereka. Apakah hikmah di sebalik perbuatan baginda itu dan adakah kita juga digalakkan untuk melakukan perbuatan itu?

Jawapan:

Pertama: Benar, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam melalui dua kubur lalu bersabda:

"Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salag satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering." (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292)

Ini merupakan dalil bahawa pelepah kurma yang masih segar boleh meringankan azab. Tetapi persoalannya, adakah munasabah antara kedua-dua pelepah kurma ini dapat meringankan azab dua mayat yang sedang diseksa?

Sebahagian ulama berpendapat, sebabnya ialah kerana kedua-dua pelepah kurma itu sentiasa bertasbih sehingga ia kering. Tasbih boleh meringankan azab ke atas orang yang sudah mati. Berdasarkan illat (sebab) ini, mereka menyatakan bahawa disunnatkan datang kubur dan membaca tasbih dengan harapan mayat itu diringankan seksanya.

Sebahagian ulama lain berkata, illat seperti ini lemah kerana kedua-dua pelepah kurma tetap bertasbih sama ada dalam keadaan segar mahupun kering. Ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:

(Maksudnya): "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucapkan tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuniNya. Tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka..." (Surah Al-Israa': 44)

Bahkan, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah mendengar bacaan tasbih yang diucapkan oleh batu kerikil yang berada di hadapan baginda, padahal ia benda kering.

Jadi, apakah sebab sebenarnya?

Sebabnya ialah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdoa kepada Allah agar siksaan kedua-dua mayat di dalam kubur itu diringankan selagi kedua-dua pelepah kurma tersebut masih dalam keadaan segar. 

Ini bermakna, keringanan azab itu tidak berlaku selama-lamanya. Perbuatan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam itu hanya berlaku memberi amaran kepada umatnya agar tidak melakukan perbuatan yang pernah dilakukan oleh kedua-dua mayat yang berada di dalam kubur itu semasa mereka hidup.

Ini kerana, perbuatan yang mereka lakukan boleh dikatakan sebagai dosa besar. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam satu riwayat bahawa nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Ia merupakan satu perbuatan dosa besar."

Salah seorang daripadanya tidak membersihkan kencingnya. Oleh itu, sudah tentu solat didirikan dalam keadaan tidak suci. Yang seorang lagi pula membuat fitnah di kalangan umat manusia, menimbulkan permusuhan dan menanamkan kebencian di antara mereka. Kerana itu, perbuatannya digolongkan sebagai dosa besar.

Inilah maksud yang lebih tepat bagi hadis. Ia hanya merupakan syafaat yang bersifat sementara sebagai amaran bagi umat dan bukannya kerana kebakhilan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberikan syafaat abadi kepada mereka berdua.

Kedua: Sebahagian ulama berkata, seseorang disunatkan meletakkan pelepah kurmah segar, sebatang pokok dan lain-lain di atas kubur untuk meringankan azab mayat yang berada di dalamnya. Tetapi mengaitkan hukum ini dengan perbuatan baginda itu adalah salah dan kita tidak dibenarkan melakukan perkara itu atas beberapa alasan:

  1. Kita tidak tahu sama ada seseorang yang berada di dalam kubur sedang disiksa atau tidak. Hal ini berbeza dengan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, di mana Allah telah memperlihatkan kepada baginda menerusi wahyu keadaan dua mayat yang disiksa di dalam kubur masing-masing.
  2. Jika kita melakukan demikian, bererti kita telah berprasangka buruk kepada mayat bahawa dia sedang disiksa. Padahal kita tidak tahu barangkali dia sedang diberi kenikmatan atau termasuk orang yang dianugerahkan keampunan Allah sebelum kematiannya kerana melakukan satu perkara yang menyebabkan dia diampuni sebelum meninggal dunia. Dan bleh jadi Allah telah memaafkan segala perbuatan dosanya sehingga dia tidak diseiksa.
  3. Istinbat hukum seperti ini bercanggah dengan apa yang pernah diamalkan oleh ulama salaf. Perbuatan sebegini tidak pernah mereka amalkan sedangkan mereka adalah orang yang paling faham terhadap syariat Allah.
  4. Allah mengajar kita amalan yang lebih baik daripada itu, iaitu memohon doa agar si mati teguh pendirian ketika disoal.
Apabila Nabi sallallahu 'alaihi wasallam selesai mengebumikan mayat, baginda berdiri di hadapan kubur dan bersabda:

"Pohonlah keampunan kepada saudaramu dan mintalah ketetapan hati, sebab sekarang dia sedang disoal."

(Majmu' Fatawa, Syeikh Muhammad bin 'Utsaimin, jil 2, ms. 30; Disalin daripada buku Barzakh & Kiamat, Karya Bestari, Selenggaraan Sakinah Ariff Johor, halaman 68-72)

Selasa, 1 Jun 2010

Daurah Nasional 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji hanya bagi Allah semata. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabat baginda, serta yang mengikuti jalan baginda hingga hari akhir.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah semata, tahun ini Allah memberikan kenikmatan kepada kaum muslimin di Indonesia secara khusus dengan rencana kehadiran para ulama dari Timur Tengah, insya Allah.

Kehadiran para ulama ini dikemas dalam acara Kajian Ilmiah Nasional Ahlus Sunnah wal Jamaah yang telah beberapa kali diselenggarakan, walhamdulillah. Berikut ini rincian waktu dan tempat pelaksanaannya.

I. Daurah Asatidzah
Waktu : Khamis-Ahad, 25 Rajab-6 Sya’ban 1431 H / 8-18 Julai 2010
Tempat: Kompleks PP. Al Anshor, Wonosalam, Sukoharjo, Ngaglik, Sleman, DIY.

II. Daurah Umum
Waktu : Sabtu-Isnin, 27-29 Rajab 1431 H / 10-12 Julai 2010
Tempat : Masjid Agung Manunggal Bantul di Jl. Jendral Sudirman No. 1, Bantul

Pembicara:
1. Asy-Syaikh Dr. Abdullah Al-Bukhari (Pensyarah Univ. Islam Madinah, masih dalam konfirmasi)
2. Asy-Syaikh Dr. Muhammad Umar Bazmul (Pensyarah Univ. Ummul Qura, Makkah)
3. Asy-Syaikh Dr. Khalid Adz-Dzafiri (Imam dan Khatib di Kementerian Urusan Wakaf - Kuwait)

Sumber: http://www.salafy.or.id

Jumaat, 21 Mei 2010

20th May - Day Of Dumb Muslims

  1. Do we really have to boycott facebook on that single day?
  2. What is the purpose of boycotting on that single day?
  3. Boycotting them on that single day will never bring any benefits?
  4. Facebook does not need muslims and they dont really care about muslims, so by boycotting them, it will not make them any better, in fact many muslims still love to use facebook.
  5. Boycotting them on that particular day, it will only allow them to humiliate and dishonor prophet sallallahu alayhi wasallam more and more while others are sitting and relaxing themselves.
  6. Its a shame, these people are boycotting them one day and then the next day, they will use it again. So it means, you are the one, who cannot live without facebook and thats why you are using it.
  7. Defending the prophet sallallahu alayhi wasallam is not in these cheap ways. Islam has been attacked since the day it emerge. From that time until this day, the enemies keep on attacking Islam and the prophet sallallahu alaysi wasallam. So we dont need a single particular day to defend his honor. infact this is the tactics and psycho-warfare used by the enemies to bring muslims into this kind of foolishness activities.
  8. All this while, thousands or perhaps millions of people dont really know about this issue but who is mastermind behind all this nonsense activities? Indeed it is the same enemy if Islam who try to promote their cause and then by using psychological warfare, they bring or pull in muslims into this order or to make their cause more famous.
  9. So if they alone (the enemies) promote this day, this will not harm Islam in any way but it will only bring more people into Islam. But the problem is, they need someone to deliver their messege and they knew, muslims can be easily brainwashed and we have seen this reality by how many dumb muslims promoting this 20th May and spreading this 20th May event to reach the entire world.
  10. The enemies are succesful by brainwashing these dumb muslims into their cause and event. All this while, why are this muslims sleeping and dont do their duty? Why suddenly want to make up on this particular 20th May event? Soon after these 20th May event passed, almost 80% of them will back to normal behavior.
  11. Defending the prophet sallallahu alayhi wasallam is not a single day as how these foolish muslims has been brainwashed, but defending the prophet sallallahu alayhi wasallam is like how the scholars do, practising the sunnah, implementing it in their life, teaching and spreading the deen, teach the people correct aqeedah and manhaj, teach others the sunnah and explain the deen to others. So this is on going thing which we always do and not just making this issue of 20th May as a famous event.
  12. Without realising the reality, these dumb brainwashed muslims already helped them in a massive scale, to promote their cause, website, events and the caricature. So every coming year, perhaps this will be a Day Of Humiliating Prophet sallallahu alayhi wasallam by the enemies of Islam and on the other hand, it will be a Bid'aah (Innovation) for those muslims to hold these 20th day as a Day Of Honoring Prophet sallallahu alayhi wasallam. So the enemies succeed in their plan and thanks to these bunch of foolish muslims who helped them. 
The means of achieving unity are:

First: Correcting one's Creed, such that it becomes purified from Shirk. Allah says:

"Verily this nation of yours is one (unifield) nation, and I am your Lord, dutiful to Me." (Glorious Qur'aan: Surah Al-Mu'minoon, 23: v52)

Second: Hearing and Obeying the Muslim Rulers, which is why the prophet sallallahu alayhi wasallam said:

"I counsel you to have Taqwaa (fear/obedience) of Allaah, and to hear  and obey (the rulers) even in an Abysinnian slave assumes leadership over you. For indeed, whoever lives (long) among you will see great differing..."

The reason for this is because disobeying the Muslim ruler results in differing.

Third: Returning back to the Book and the Sunnah to quell disputes and end differing. Allaah says:

"So if you differ in some matter, then return it back to Allaah and His Messenger, if you truly believe in Allaah and the Last Day. That is better ang more suitable for final determination." (Glorious Qur'aan: Surah An-Nisaa, 4: v59)

Fourth: Rectifying and reconciling, when when disputes occur, between individuals or between nations. Allaah says:

"So fear Allaah and rectify all metters of dispute amongst you." (Glorious Qur'aan: Surah Al-Anfaal, 8: v1)

Fifth: Fighting the transgressors and Khawaarij who seek to split the Muslim's unity. If they are strong and powerful, they will demolish the Muslim society and corrupt the ummah. Allaah says:

"But if one of them transgresses." (Glorious Qur'aan: Surah Al-Hujuraat, 49: v9)

Be Wise. Be Smart. Be Procuctive. Barak Allahu Feekum

    Rabu, 19 Mei 2010

    PRINSIP PRINSIP MENGKAJI AGAMA

    Penulis: Al-Ustaz Qomar Suaidi

    Menuntut ilmu agama tidak cukup bermodal semangat sahaja. Mestilah juga tahu dasar-dasar yang telah digariskan syariat. Tujuannya agar tidak bingung menghadapi seruan dari banyak kelompok dakwah. Dan yang paling penting, tidak terjatuh kepada pemahaman yang menyimpang!

    Dewasa ini banyak sekali ‘jalan’ yang ditawarkan untuk mempelajari dinul Islam. Masing-masing pihak sudah pasti mengatakan jalannya sebagai yang terbaik dan benar. Melalui berbagai cara mereka berusaha meraih pengikut sebanyak-banyaknya. Lihatlah sekeliling kita. Ada yang menawarkan jalan dengan menguruskan qalbunya, ada yang mengajak untuk ikut hura-hura (pesta) politik, ada yang menyeru umat untuk segera mendirikan Khilafah Islamiyah, ada pula yang berkelana dari satu daerah ke satu daerah lain mengajak manusia ramai-ramai ke masjid.

    Namun lihat pula sekeliling kita. Keadaan umat Islam masih begini-begini juga. Kebodohan dan ketidakberdayaan masih menyelimuti. Bahkan sepertinya semakin bertambah parah.

    Adakah yang salah dari tindakan mereka? Ya, bila melihat keadaan umat yang semakin jatuh dalam kegelapan, sudah pasti ada yang salah. Mengapa mereka tidak mengajak umat untuk kembali mempelajari agamanya sahaja? Mengapa mereka justeru menyibukkan umat dengan sesuatu yang berpankal kesia-siaan?

    Ahlussunnah wal Jama’ah sebagai pewaris Nabi selalu berusaha mengamalkan apa yang diwasiatkan Rasulullah untuk mengajak umat kembali mempelajari agamanya. Dalam berbagai hal, Ahlussunnah tidak akan pernah keluar dari jalan yang telah digariskan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Lebih-lebih dalam mengambil dan memahami agama di mana hal itu merupakan sesuatu yang sangat asasi pada kehidupan. Inilah yang sebenarnya sangat diperlukan umat.

    Berikut kami akan menghuraikan manhaj Ahlussunnah wal Jama’ah dalam mengkaji agama, namun kami hanya akan menyebutkan hal-hal yang sangat pokok (asas) dan perlu untuk diungkapkan. Tidak mungkin kita menyebut semuanya kerana ianya banyak sementara ruang yang ada terbatas.

    Makna Manhaj

    Manhaj dalam bahasa Arab adalah sebuah jalan terang yang ditempuh. Sebagaimana dalam firman Allah:

    “Dan kami jadikan untuk masing-masing kalian syariat dan minhaj.” (Al-Maidah: 48)

    Kata minhaj, sama dengan kata manhaj . Kata minhaj dalam ayat tersebut diterangkan oleh Imam ahli tafsir Ibnu Abbas, maknanya adalah sunnah. Sedang sunnah ertinya jalan yang ditempuh dan sangat terang. Demikian pula Ibnu Katsir menjelaskan (lihat Tafsir Ibnu Katsir 2/67-68 dan Mu’jamul Wasith).

    Yang diinginkan dengan pembahasan ini adalah untuk menjelaskan jalan yang ditempuh Ahlussunnah dalam mendapatkan ilmu agama. Dengan jalan itulah, insya Allah kita akan selamat dari berbagai kesalahan atau kerancuan dalam mendapatkan ilmu agama. Inilah dasar yang harus dipegang dalam mencari ilmu agama:

    1. Mengambil ilmu agama dari sumber aslinya iaitu Al Qur’an dan As-Sunnah. Allah Ta'ala berfirman:

    “Ikutilah apa yang diturunkan kepada kalian dari Rabb kalian dan jangan kalian mengikuti para pimpinan selain-Nya. Sedikit sekali kalian mengambil pelajaran darinya.” (Al-A’raf: 3)

    Dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

    “Ketahuilah bahawasanya aku diberi Al-Qur’an dan yang serupa dengannya bersamanya (yakni As-Sunnah).” (Sahih, HR. Ahmad dan Abu Dawud dari Miqdam bin Ma’di Karib. Lihat Shahihul Jami’ N0. 2643)

    2. Memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman salafus soleh yakni para sahabat dan yang mengikuti mereka dari kalangan tabi’in dan tabi’ut tabi’in. Sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

    “Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian yang setelah mereka kemudian yang setelah mereka.” (Sahih, HR Bukhari dan Muslim)

    Kebaikan yang berada pada mereka adalah kebaikan yang mencakup segala hal yang berkaitan dengan agama, baik ilmu, pemahaman, pengamalan dan dakwah.

    Ibnul Qayyim berkata: “Nabi mengkhabarkan bahawa sebaik-baik generasi adalah generasinya secara mutlak. Itu bererti bahawa merekalah yang paling utama dalam segala pintu-pintu kebaikan. Kalau tidak demikian, yakni mereka baik dalam sebahagian sisi sahaja maka mereka bukan sebaik-baik generasi secara mutlak.” (lihat Bashair Dzawis Syaraf: 62)

    Dengan demikian, pemahaman mereka terhadap agama ini sudah dijamin oleh Nabi. Sehingga, kita tidak meragukannya lagi bahawa kebenaran itu pasti bersama mereka dan itu sangat wajar kerana mereka adalah orang yang paling tahu setelah Nabi. Mereka menyaksikan di mana dan bila turunnya wahyu dan mereka tahu di saat apa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam mengucapkan hadis. Keadaan yang seperti ini tentu sangat mendokong terhadap pemahaman agama. Oleh kerana itu, para ulama mengatakan bahawa ketika para sahabat bersepakat terhadap sesuatu, kita tidak boleh menyelisihi mereka. Dan tatkala mereka berselisih, maka tidak boleh kita keluar dari perselisihan mereka. Ertinya kita harus memilih salah satu dari pendapat mereka dan tidak boleh membuat pendapat baru di luar pendapat mereka.

    Imam Syafi’i mengatakan: “Mereka (para sahabat) di atas kita dalam segala ilmu, ijtihad, wara’ (sikap hati-hati), akal dan pada perkara yang mendatangkan ilmu atau diambil darinya ilmu. Pendapat mereka lebih terpuji dan lebih utama buat kita dari pendapat kita sendiri -wallahu a’lam- … Demikian kami katakan. Jika mereka bersepakat, kami mengambil kesepakatan mereka. Jika seorang dari mereka memiliki sebuah pendapat yang tidak diselisihi yang lain maka kita mengambil pendapatnya dan jika mereka berbeza pendapat maka kami mengambil sebahagian pendapat mereka. Kami tidak akan keluar dari pendapat mereka secara keseluruhan.” (Al-Madkhal Ilas Sunan Al-Kubra: 110 dari Intishar li Ahlil Hadits: 78].

    Begitu pula Muhammad bin Al-Hasan mengatakan: “Ilmu itu empat macam, pertama apa yang terdapat dalam kitab Allah atau yang serupa dengannya, kedua apa yang terdapat dalam Sunnah Rasulullah atau yang sepertinya, ketiga apa yang disepakati oleh para sahabat Nabi atau yang serupa dengannya dan jika mereka berselisih padanya, kita tidak boleh keluar dari perselisihan mereka …, keempat apa yang diangap baik oleh para ahli fikih atau yang serupa dengannya. Ilmu itu tidak keluar dari empat macam ini.” (Intishar li Ahlil Hadits: 31)

    Oleh kerana itu Ibnu Taimiyyah berkata: “Setiap pendapat yang dikatakan hanya oleh seseorang yang hidup di masa ini dan tidak pernah dikatakan oleh seorangpun yang terdahulu, maka itu salah.” Imam Ahmad mengatakan: “Jangan sampai engkau mengeluarkan sebuah pendapat dalam sebuah masalah yang engkau tidak punya pendahulu padanya.” (Majmu’ Fatawa: 21/291)

    Hal itu -wallahu a’lam- kerana Nabi bersabda:

    “Sesungguhnya Allah melindungi umatku untuk berkumpul di atas kesesatan.” (Hasan, HR Abu Dawud no:4253, Ibnu Majah:395, dan Ibnu Abi Ashim dari Ka’b bin Ashim no:82, 83 dihasankan oleh As Syaikh al Albani dalam Silsilah As- Shahihah:1331]

    Jadi tidak mungkin dalam sebuah perkara agama yang diperselisihkan oleh mereka, semua pendapat adalah salah. Kerana jika demikian bererti mereka telah berkumpul di atas kesalahan. Kerana kebenaran itu pasti ada pada salah satu pendapat mereka, sehingga kita tidak boleh keluar dari pendapat mereka. Kalau kita keluar dari pendapat mereka, maka pasti salah sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Taimiyyah di atas.

    3. Tidak melakukan taqlid atau ta’assub (fanatik) mazhab. Allah berfirman:

    “Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (darinya).” (Al-A’raf: 3)

    “Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (Al-Hasyr: 7)

    Dengan jelas ayat di atas menganjurkan untuk mengikuti apa yang diturunkan Allah baik berupa Al-Qur’an atau hadis. Maka ucapan siapapun yang tidak sesuai dengan keduanya bererti mesti ditinggalkan. Imam Syafi’i mengatakan: “Kaum muslimin bersepakat bahawa siapapun yang telah jelas baginya Sunnah Nabi maka dia tidak boleh berpaling darinya kepada ucapan seseorang, walau siapapun dia.” (Sifat Shalat Nabi: 50)

    Demikian pula kebenaran itu tidak terbatas pada pendapat salah satu dari Imam mazhab yang empat. Selain mereka, masih banyak ulama yang lain, baik yang sezaman atau yang lebih dulu dari mereka. Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sesungguhnya tidak seorangpun dari ahlussunnah mengatakan bahawa kesepakatan empat Imam itu adalah hujjah yang tidak mungkin salah. Dan tidak seorangpun dari mereka mengatakan bahawa kebenaran itu terbatas padanya dan bahawa yang keluar darinya bererti batil. Bahkan jika seorang yang bukan dari pengikut Imam-imam itu seperti Sufyan Ats-Tsauri, Al-Auza’i, Al-Laits bin Sa’ad dan yang sebelum mereka atau Ahlul Ijtihad yang setelah mereka mengatakan sebuah pendapat yang menyelisihi pendapat Imam-imam itu, maka perselisihan mereka dikembalikan kepada Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, dan pendapat yang paling kuat adalah yang berada di atas dalil.” (Minhajus Sunnah: 3/412 dari Al Iqna’: 95).

    Sebaliknya, ta’assub (fanatik) pada mazhab akan menghalangi seseorang untuk sampai kepada kebenaran. Tidak hairan kalau sampai ada dari kalangan ulama mazhab mengatakan: “Setiap hadis yang menyelisihi mazhab kami maka itu mansukh (terhapus hukumnya) atau harus ditakwilkan (yakni diarahkan kepada makna yang lain).”

    Akhirnya mazhablah yang menjadi ukuran kebenaran bukan ayat atau hadis. Bahkan ta’assub seperti itu membuat kesan buruk terhadap agama Islam sehingga menghalangi seseorang masuk Islam sebagaimana terjadi di Tokyo ketika beberapa orang ingin masuk Islam dan ditunjukkan kepada orang-orang India maka mereka menyarankan untuk memilih mazhab Hanafi. Ketika datang kepada orang-orang Jawa atau Indonesia mereka menyarankan untuk memilih mazhab Syafi’i. Mendengar jawapan-jawapan itu mereka sangat kehairanan dan bingung sehingga terhalang dari jalan Islam. [Lihat Muqaddimah Sifat Shalat Nabi hal: 68 edisi bahasa Arab)

    4. Waspada dari para da’i jahat. Jahat yang dimaksudkan bukan dari sisi kekejaman tapi lebih khusus adalah dari tinjauan keagamaan. Ertinya mereka yang membawa ajaran-ajaran yang menyimpang dari aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah, sedikit atau banyak. Di antara ciri-ciri mereka adalah yang suka berdalil dengan ayat-ayat yang belum begitu jelas maknanya agar mereka dapat mentafsirkan menurut kehendak mereka. Dengan itu mereka maksudkan menebar fitnah yakni menyesatkan para pengikutnya. Allah berfirman:

    “Adapun yang dalam hatinya terdapat penyelewengan (dari kebenaran) maka mereka mengikuti apa yang belum jelas dari ayat-ayat itu, (mereka) inginkan dengannya fitnah dan ingin mentakwilkannya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah.” (Ali-Imran: 7)

    Ibnu Katsir mengatakan: “Menginginkan fitnah ertinya ingin menyesatkan para pengikutnya dengan mengesankan bahawa mereka berhujjah dengan Al-Qur’an untuk (membela) bid’ah mereka padahal Al-Qur’an itu sendiri menyelisihinya. Ingin mentakwilkannya ertinya menyelewengkan maknanya sesuai dengan apa yang mereka inginkan.” (Tafsir Ibnu Katsir: 1/353]

    5. Memilih guru yang dikenal berpegang teguh kepada Sunnah Nabi dalam berakidah, beribadah, berakhlak dan mu’amalah. Hal itu kerana urusan ilmu adalah urusan agama sehingga tidak boleh seseorang sembarangan atau asal comot (sambil-lewa - edt) dalam mengambilnya tanpa peduli dari siapa dia dapatkan kerana ini akan berakibat kerosakan sampai di akhirat kelak. Maka dia mesti tahu siapa yang akan dia ambil ilmu agamanya.

    Jangan sampai dia mengambil agama dari orang yang memusuhi Sunnah atau memusuhi Ahlussunnah atau tidak pernah diketahui belajar akidah yang benar kerana selama ini yang dipelajari adalah akidah-akidah yang salah atau mendapat ilmu hanya sekadar hasil bacaan tanpa bimbingan para ulama Ahlussunnah. Sangat dikhuatirkan, dia akan memiliki pemahaman-pemahaman yang salah kerana hal tersebut.

    Seorang tabi’in bernama Muhammad bin Sirin mengatakan: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agama kamu.” Beliau juga berkata: “Dahulu orang-orang tidak bertanya tentang sanad (rangkaian para perawi yang meriwayatkan) hadis, maka tatkala terjadi fitnah mereka mengatakan: sebutkan kepada kami sanad kamu, sehingga mereka melihat kepada Ahlussunnah lalu mereka menerima hadisnya dan melihat kepada ahli bid’ah lalu menolak hadisnya.” (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Sahih-nya)

    Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    “Keberkatan itu berada pada orang-orang besar kamu .” (Sahih, HR. Ibnu Hibban, Al Hakim, Ibnu Abdil Bar dari Ibnu Abbas, dalam kitab Jami’ Bayanul Ilm hal:614 dengan tahqiq Abul Asybal, disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jami’:2887 dan As Shahihah:1778)

    Dalam ucapan Abdullah bin Mas’ud:

    “Manusia tetap akan baik selama mereka mengambil ilmu dari orang-orang besar mereka, jika mereka mengambilnya dari orang-orang kecil dan jahat di antara mereka, maka mereka akan binasa.” Diriwayatkan pula yang semakna dengannya dari sahabat Umar bin Khattab. (Riwayat Ibnu Abdil Bar dalam Jami’ Bayanul Ilm hal: 615 dan 616, tahqiq Abul Asybal dan disahihkan olehnya)

    Ibnu Abdil Bar menukilkan dari sebahagian ahlul ilmi (ulama) maksud dari hadis di atas: “Bahawa yang dimaksud dengan orang-orang kecil dalam hadis Umar dan hadis-hadis yang semakna dengannya adalah orang yang diminta berfatwa padahal tidak mempunyai ilmu. Dan orang yang besar ertinya yang berilmu tentang segala hal. Atau yang mengambil ilmu dari para sahabat.” (Lihat Jami’ Bayanil Ilm: 617).

    6. Tidak mengambil ilmu dari sisi akal atau rasional, kerana agama ini adalah wahyu dan bukan hasil penemuan akal. Allah berkata kepada Nabi-Nya:

    “Katakanlah (Ya, Muhammad): ‘Sesungguhnya aku memberi peringataan kepada kalian dengan wahyu.’.” (Al-Anbiya: 45)

    “Dan tidaklah yang diucapkan itu (Al-Qur’an) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

    Sungguh berbeza antara wahyu yang bersumber dari Allah Zat yang Maha Sempurna yang sudah pasti wahyu tersebut memiliki kesempurnaan, dibanding dengan akal yang berasal dari manusia yang bersifat lemah dan yang dihasilkannya pun lemah.

    Jadi tidak boleh bagi siapapun meninggalkan dalil yang jelas dari Al-Qur’an ataupun hadis yang sahih kerana tidak sesuai dengan akalnya. Seseorang mestilah menundukkan akalnya di hadapan keduanya (yakni Al-Qur'an dan As-Sunnah -edt).

    Ali bin Abi Thalib berkata: “Seandainya agama ini dengan akal maka tentunya bahagian bawah khuf (seperti  sarung kaki yang terbuat dari kulit) lebih utama untuk disapu (pada saat berwudhu - red) daripada bahagian atasnya. Dan sungguh aku melihat Rasulullah menyapu bahagian atas khuf-nya.” (Sahih, HR Abu Dawud disahihkan As-Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud no:162).

    Pada ucapan beliau ada keterangan bahawa dibolehkan seseorang mengusap bahagian atas khuf-nya atau sarung kaki atau kasutnya ketika berwudhu dan tidak perlu menanggalkannya jika memenuhi syaratnya sebagaimana tersebut dalam buku-buku fikih. Yang jadi perbahasan kita disini adalah ternyata yang disapu justeru bahagian atasnya, bukan bahagian bawahnya. Padahal secara akal yang lebih berhak disapu adalah bahagian bawahnya kerana itulah yang kotor.

    Ini menunjukkan bahawa agama ini murni dari wahyu dan kita yakin tidak akan bertentangan dengan akal yang sihat dan fitrah yang selamat. Masalahnya, terkadang akal tidak memahami hikmahnya, seperti dalam masalah ini. Boleh jadi syariat melihat dari pertimbangan lain yang belum kita ketahui.

    Jangan sampai ketidaktahuan kita menjadikan kita menolak hadis yang sahih atau ayat Al-Qur’an yang datang dari Allah yang pasti membawa kebaikan pada makhluk-Nya. Hendaknya kita mencontoh isikap Ali bin Abi Thalib di atas.

    Abul Mudhaffar As Sam’ani menerangkan Akidah Ahlussunnah, katanya: “Adapun para pengikut kebenaran mereka menjadikan Al-Kitab dan As-Sunnah sebagai panutan mereka, mencari agama dari keduanya. Adapun apa yang terdetik dalam akal dan benak, mereka hadapkan kepada Al-Kitab dan As-Sunnah. Kalau mereka dapati sesuai dengan keduanya mereka terima dan bersyukur kepada Allah yang telah melihat hal itu dan memberi mereka taufik. Tapi kalau mereka dapati tidak sesuai dengan keduanya mereka meninggalkannya dan mengambil Al-Kitab dan As-Sunnah lalu menuduh salah terhadap akal mereka. Kerana sesungguhnya kedua-duanya (Al-Kitab dan As-Sunnah -edt) tidak akan menunjukkan kecuali kepada yang haq (kebenaran), sedangkan pendapat manusia terkadang benar dan terkadang salah.” (Al-Intishar li Ahlil Hadits: 99)

    Ibnul Qoyyim menyimpulkan bahawa pendapat akal yang tercela itu ada beberapa macam:

    • Pendapat akal yang menyelisihi nash Al-Qur’an atau As-Sunnah.
    • Berbicara masalah agama dengan prasangka dan perkiraan yang diiringi dengan sikap meremehkan mempelajari nas-nas, serta memahami dan mengambil hukum darinya.
    • Pendapat akal yang mengakibatkan penolakan terhadap asma’ (nama) Allah, sifat-sifat dan perbuatan-Nya dengan teori atau qiyas yang batil yang dibuat oleh para pengikut filsafat.
    • Pendapat yang mengakibatkan tumbuhnya bid’ah dan matinya Sunnah.
    • Berbicara dalam hukum-hukum syariat sekadar dengan anggapan baik dan prasangka.
    Adapun pendapat akal yang terpuji, secara ringkas adalah yang sesuai dengan syariat dengan tetap mengutamakan dalil syariat. (lihat, I’lam Muwaqqi’in: 1/104-106, Al- Intishar: 21,24, dan Al Aql wa Manzilatuhu)

    7. Menghindari perdebatan dalam agama. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    “Tidaklah sebuah kaum sesat setelah mereka berada di atas petunjuk kecuali mereka akan diberi sifat jadal (berdebat). Lalu baginda membaca ayat, ertinya: ‘Bahkan mereka adalah kaum yang suka berbantah-bantahan’.” (Hasan, HR Tirmizi dari Abu Umamah Al Bahili, dihasankan oleh As Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jami’ no: 5633)

    Ibnu Rajab mengatakan: “Di antara sesuatu yang diingkari para Imam salafus soleh adalah perdebatan, berbantah-bantahan dalam masalah halal dan haram. Itu bukan jalannya para Imam agama ini.” (Fadl Ilm Salaf 57 dari Al-Intishar: 94).

    Ibnu Abil Izz menerangkan makna mira’ (berbantah-bantahan) dalam agama Allah adalah membantah ahlul haq (pemegang kebenaran) dengan menyebutkan syubhat-syubhat ahlul batil, dengan tujuan membuat keraguan padanya dan menyimpangkannya. Kerana perbuatan yang demikian ini mengandungi ajakan kepada kebatilan dan membuat kesamaran pada yang hak serta merosakkan agama Islam. (Syarh Aqidah Thahawiyah: 313)

    Oleh kerana itu, Allah memerintahkan berdebat dengan yang paling baik. Firman-Nya:

    “Ajaklah kepada jalan Rabb-Mu (Tuhan-Mu) dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan cara yang paling baik.” (An-Nahl: 125).

    Para ulama menerangkan bahawa perdebatan yang paling baik dapat terwujud jika niat masing-masing dari dua belah pihak baik. Masalah yang diperdebatkan juga baik dan mungkin dicapai kebenarannya dengan berdiskusi. Masing-masing beradab dengan adab yang baik, dan memang punya kemampuan ilmu serta bersedia menerima yang hak jika kebenaran itu muncul dari hasil perdebatan mereka. Juga bersikap adil serta menerima kembali orang yang kembali kepada kebenaran. (lihat rinciannya dalam Mauqif Ahlussunnah 2/587-611 dan Ar-Rad ‘Alal Mukhalif hal:56-62).

    Perdebatan para sahabat dalam sebuah masalah adalah perdebatan musyawarah dan nasihat. Boleh jadi mereka berselisih dalam sebuah masalah ilmiah atau amaliah dengan tetap bersatu dan berukhuwah. (Majmu’ Fatawa 24/172)

    Inilah beberapa dasar-dasar dalam mengambil ilmu agama sebagaimana terdapat dalam Al-Qur’an mahupun hadis yang sahih serta keterangan para ulama. Kiranya itu dapat menjadi titik perhatian kita dalam kehidupan beragama ini, sehingga kita berharap dapat beragama sesuai yang diinginkan oleh Allah dan Rasul-Nya sallallahu 'alaihi wasallam.

    Disunting semula oleh Abu Soleh

    Isnin, 17 Mei 2010

    Dzikir Tak Terbatas Waktu

    Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


    كلمتان خفيفتان على اللسان ، ثقيلتان في الميزان ، حبيبتان إلى الرحمن : سبحان الله وبحمده ، سبحان الله العظيم


    "Dua kalimah yang ringan diucap dengan lidah, berat timbangan pahalanya dan disenangi oleh Allah Yang Maha Pemurah: Subhanallah wa bihamdih (Maha suci Allah dan dengan kepujianNya) dan Subhanallahil 'Azim (Maha suci Allah dengan segala keagunganNya)."

    - Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari (6406, 6682, 7563), Muslim (dzikir dan doa / 31), at-Tirmizi (3467), Ibn Majah (3806), an-Nasa-i dalam kitab Amal Yaum wa Lailah dari hadis Abu Hurairah radiallahu 'anhu.

      
    Dari Abu Dzar radhiallahu'anhu:


    قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : (ألا أخبرك بأحب الكلام إلى الله تعالى ؟ إن أحب الكلام إلى الله : سبحان الله وبحمده) وفي رواية : سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم : أي الكلام أفضل ؟ قال : ما اصطفى الله لملائكته أو لعباده : سبحان الله وبحمده


    "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Mahukah kamu aku beritahu sesuatu ucapan yang paling disukai oleh Allah Ta'ala? Sesungguhnya ucapan yang paling disukai oleh Allah: (ialah) Subhanallahi wabihamdih (Maha suci Allah dan dengan kepujianNya). Dalam riwayat lain, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang bacaan yang paling utama, beliau bersabda, bacan yang telah dipilih oleh Allah untuk para MalaikatNya atau hamba-hambaNya, iaitu Subhanallahi wa bihamdih."

    - Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim (dzikir dan doa / 84-65), Tirmizi (3593), dari hadis Abu Dzar al-Ghifari radiallahu 'anhu.

    Dari Samurah bin Jundab radhiallahu 'anhu, ia berkata:



    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أحب الكلام إلى الله تعالى أربع : سبحان الله ، والحمد لله ، ولا إله إلا الله ، والله أكبر ، لا يضرك بأيهن بدأت


    "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Bacaan yang paling disukai oleh Allah Ta'ala ada empat, iaitu Subhanallah (Maha suci Allah), walhamdulillah (dan segala puji bagi Allah), wa laa ilaa haillallah (dan tiada Ilah kecuali Allah), wallahu Akbar (dan Allah Maha Besar), tidak ada salahnya kalimah manapun yang kamu memulakan membacanya."

    - Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim (Adab / 12) ada kelengkapan hadis tersebut dalam sahih Muslim, Ibn Majah (3811) dengan ringkas, An-Nasa-i dalam Amal Yaum wa Lailah.

    Dari Abu Malik Al-Asy'ari radhiallahu'anhu, ia berkata:



    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (الطهور شطر الإيمان ، والحمد لله تملأ الميزان ، وسبحان الله والحمد لله تملآن ، أو تملأ - ما بين السموات والأرض


    "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Bersuci sebahagian dari pada iman, bacaan Al-Hamdulillah (segala Puji bagi Allah) memenuhi timbangan amal, sedangkan Subhanallah walhamdulillah tamla'an, au tamla'u maa baynas samawati wal ardhi (Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah yang kebaikanNya memenuhi apa-apa yang ada di langit dan di bumi)."

    - Hadis sahih riwayat Muslim (Thaharah / 1) dari hadis Abu Malik al-Asy'ari, dan diriwayatkan oleh Tirmizi (3517), An-Nasai dalam Amal Yaum wa Lailah.

    Dari Juwairiyah Ummul Mukminin (Isteri Nabi sallallahu'alaihi wasallam):


    "Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam keluar meninggalkan Juwairiyah pada awal pagi, ketika ia hendak melaksanakan solat subuh, sedangkan Juwairiyah duduk duduk di tempat solatnya, kemudian Nabi datang sesudah matahari timbul setinggi penggalah, sedangkan ia tetap duduk di tempat solatnya, Nabi bersabda, "Rupanya kamu tetap seperti aku tinggalkan tadi," Juwairiyah menjawab, "Ya, Nabi sallallahu'alihi wasallam bersabda lagi, "Sesungguhnya tadi aku setelah meninggalkanmu, saya telah membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, jika kamu timbang amalan yang engkau baca tadi sampai sekarang tentu akan sebanding empat kalimat itu, kelimah-kalimat tersebut adalah:


    سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ . وفي رواية: سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ سُبْحَانَ اللهِ زِنََةَ عَرْشِهِ سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ


    "Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sejumlah makhlukNya, seluas redhaNya, seberat ArasyNya, dan sebanyak tinta pencatat kalimatNya. Dan menurut riwayat lain: Maha suci Allah sebilang makhlukNya, Maha suci Allah seluas redhaNya, Maha suci Allah seberat ArasyNya dan Maha suci Allah sebanyak tinta pencatat amal kebaikanNya."

    - Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya (dzikir / 79), Ibnu Majah (3808) dari jalur Karib dari Ibnu Abbas r.anhuma, dari Juwairiyah.

    Kami meriwayatkan dalam kitab At-Tirmizi dan lafaznya adalah: "Mahukah kamu aku ajarkan kalimat yang akan kamu ucapkan nantinya,


    سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ


    "Maha suci Allah sejumlah makhlukNya (sebanyak 3 kali), Maha suci Allah seluas keredhaanNya (sebanyak 3 kali), Maha suci Allah seberat ArasyNya (sebanyak 3 kali), Maha suci Allah sebanyak tinta amal kebaikanNya (sebanyak 3 kali)."

    - Hadis sahih diriwayatkan oleh at-Tirmizi (3555) ia berkata, "Hadis hasan sahih", An-Nasa-i dalam kitab sunannya bab jenis lain daripada jumlah tasbih dan juga dalam amal yaum wa lailah, dan perkataannya "...dan sebanyak tinta amal kebaikanNya." Atau sepertimana dalam jumlah, atau bahawasanya hal itu tak terhingga, atau dalam jumlah pahala yang akan didapatinya tak terhingga.

    Dari Abu Hurairah radhiallahu alnhu, ia berkata:



    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لأَنْ أَقُوْلُ : سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ للهِ ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ

    "Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda, "Bila aku mengucapkan: Maha suci Allah segala buji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah dan Allah maha Besar, adalah lebih aku sukai daripada faedah yang terdapat disaat matahari terbit."

    - Hadis sahih riwayat Muslim (dzikir dan doa / 32), at-Tirmizi (3597), An-Nasa-i dalam kitab Amal Yaum wa Lailah.

    Dari Abu Ayyub Al-Anshari radhiallau'anhu:



    عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مَن قال لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وُلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ ، كَانَ كَمَنْ أَعْتَقَ أَرْبَعَةَ أَنفُسٍ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيْلَ

    "Dari Nabi sallallahu'alaihi wasallam: siapa membaca, Tidak ada tuhan selain Allah, Dia yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi kerajaanNya, bagiNya segala puji, Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, Sebanyak10 kali, pahalanya adalah sama seperti orang yang memerdekakan empat orang budak dari keturunan Nabi Isma'il."

    - Muttafaqun 'alaih, riwayat Bukhari (6404), dan Muslim (dzikir dan doa / 30).

    Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: "Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda: Barang siapa yang membaca:



    لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وُلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ

    "Tidak ada tuhan selain Allah, Dia yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi kerajaanNya, bagiNya segala puji, Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu," - pada suatu hari sebanyak 100 kali, adalah baginya kebaikan seperti memerdekakan sepuluh orang budak, dicatat pula baginya 100 kebaikan lainnya, dan dihapuskan darinya seratus macam kejahatan, Pada Hari itu ia terpelihara dari gangguan syaitan sehingga ke petang harinya, tidak ada seorang pun yang lebih baik darinya kecuali mereka yang beramal lebih banyak. Nabi sallallahu'alaihi wasallam bersabda lagi, "Barangsiapa yang membaca:


    سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

    "Maha suci Allah dan dengan kepujianNya, - Sebanyak seratus kali, nescaya dihapukan kesalahan-kesalahannya sekalipun dosanya sebanyak buih dilautan."

    - Muttafaqun'alaih, riwayat Bukhari dalam sahihnya (6403), Muslim (dzikir dan doa / 28), at-Tirmizi (3468), Ibn Majah (3798) dari hadis Abu Hurairah radiallahu 'anhu.

    Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anhu, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah sallallahu'alaih wasallam bersabda:



    أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
    "Sebaik-baik dzikir adalah dzikir Laa ilaaha illaLlah (tiada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah)."

    - Hadis hasan diriwayatkan oleh at-Tirmizi (3383), Ibn Majah (3800), melengkapi hadis keduanya: "Sebaik-baik doa adalah Al-Hamdulillah." Lihat as-Sahihah, Al-Albani (1497).

    Dari Abu Musa Al-Asy'ari radhiallahu 'anhu, dari Nabi sallallahu'alaihi wasallam:



    مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره ، مثل الحي والميت

    "Perbandingan orang yang berdzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berdzikir kepadaNya adalah seperti orang hidup dengan orang mati."

    - Hadis sahih riwayat Bukhari (6407), dan Ibn Abi 'Ashim dalam kitab as-Sunnah (5/14).

    Selasa, 11 Mei 2010

    Hadis Merapatkan Kedua Tumit Dalam Sujud

    فَقَدْتُ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ مَعِي عَلَى فِرَاشِي. فَوَجَدْتُهُ سَاجِدًا رَاصَّا عَقِبَيْهِ مُسْتَقْبِلاَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِهِ الْقِبْلَةَ

    Maksudnya: “Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pergi dariku ketika saya sedang tidur bersamanya di atas tempat tidurku. Lalu saya menjumpai baginda dalam keadaan bersujud dengan merapatkan kedua tumit kaki baginda, dan hujung jari-jari kaki baginda dihadapkan ke arah kiblat.”

    Hadis ini diriwayatkan oleh: Ibnu Khuzaimah (654) dan dari jalannya: Ibnu Hibban (1933), Ath-Thahawi dalam Syarh Ma’ani Al-Atsar (1/234) dan Musykil Al-Atsar (hal. 111), Al-Hakim (1/228), Al-Baihaqi dalam Al-Kubra (2/116) dan Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid. Semuanya dari jalan: Said bin Abi Maryam (dia berkata) Yahya bin Ayyub mengkhabarkan kepada kami (dia berkata) Umarah bin Ghaziyah menceritakan kepadaku (dia berkata) saya mendengar Abu Nadhrah (dia berkata), saya mendengar Urwah dia berkata: Aisyah berkata….

    Yahya bin Ayyub -rahimahullah-, walaupun hadisnya diriwayatkan oleh ashhab as-sittah kecuali Al-Bukhari (beliau hanya meriwayatkan hadisnya sebagai pendokong), akan tetapi para imam jarh wat ta’dil berbeza pendapat tentangnya. Sebahagiannya ada yang mentsiqahkan dan sebahagian lagi ada yang melemahkannya, bahkan di antara mereka ada yang menjelaskan bahawa di dalam hadisnya ada ghara`ib dan manakir (hadis-hadis yang aneh lagi mungkar), sehingga mesti dijauhi. Imam Ahmad menjelaskan alasan kenapa dia banyak bersalah dalam meriwayatkan hadis, “Dia menceritakan hadis dari hafalannya.” (Adh-Dhu’afa  karya Al-Uqaili, hal. 211)

    Hadis ini adalah hadis yang mungkar, kerana asal hadis Aisyah ini juga terdapat dalam Sahih Muslim dan yang lainnya, akan tetapi tidak ada penyebutan merapatkan kedua tumit. Dan ini menjadi indikasi yang kuat akan kesalahan Yahya bin Ayyub dalam periwayatan hadis ini, tatkala para perawi lainnya tidak ada yang menyebutkan kalimat yang dia sebutkan. Lafaz yang diriwayatkan oleh para perawi selainnya adalah:

    فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ

    “Maka tanganku jatuh di atas kedua telapak kaki baginda.” (HR. Muslim: 1/352, Ahmad: 6/58, 201, Abu Daud: 1/547, An-Nasa`i: 1/102, Ad-Daraquthni: 1/143 dan Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid: 23/349 )

    Dan dengan lafaz:

    فَوَضَعْتُ يَدِي عَلَى قَدَمَيْهِ

    “Maka saya meletakkan tanganku di atas kedua kaki baginda.” (HR. Malik: 1/214, At-Tirmizi: 5/489, An-Nasa`i: 2/222, Ath-Thahawi dalam Syar Ma’ani Al-Atsar: 1/234 dan Al-Baghawi dalam Syarh As-Sunnah: 5/166)

    Syaikh Bakar Abu Zaid -rahimahullah Ta’ala- berkata:

    “Masalah yang kedua: Menggabungkan kedua tumit dalam sujud. Masalah ini diberikan judul seperti ini, terkadang dengan judul “Merapatkan kedua tumit dalam sujud,” terkadang dengan, “Mengumpulkan kedua tumit,” dan terkadang dengan, “Menggabungkan kedua kaki.”

    Saya telah memeriksa ke sejumlah kitab yang masyhur dalam mazhab fiqhi yang empat mengenai keadaan kedua kaki ketika sujud, apakah dirapatkan atau dipisahkan. Akan tetapi saya tidak mendapatkan keterangan apa-apa dari mazhab Al-Hanafiah dan Al-Malikiah. Dalam mazhab Asy-Syafi’iyah dan Al-Hanabilah saya mendapatkan keterangan disunnahkannya memisahkan antara keduanya, dan Asy-Syafi’i menambahkan, “Dipisahkan dengan jarak sejengkal.”

    An-Nawawi -rahimahullahu Ta’ala- berkata dalam Ar-Raudhah (1/259), “Saya berkata: Ashhab kami (Asy-Syafi’iyah) berkata: Disunnahkan untuk memisahkan antara kedua kaki.” Abu Ath-Thayyib berkata: Ashhab kami berkata: Jarak antara keduanya adalah sejengkal.” (Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab 3/373) 

    Adapun Al-Hanabilah, maka Al-Burhan Ibnu Muflih (Wafat tahun 884 H) -rahimahullahu Ta’ala- berkata dalam Al-Mubdi’ (1/457), “Antara kedua lutut dan kedua kakinya dipisahkan, kerana jika baginda sallallahu 'alaihi wasallam bersujud maka baginda memisahkan antara kedua pahanya. Sedangkan Ibnu Tamim dan selainnya menyebutkan bahawa baginda menggabungkan kedua tumitnya.” Selesai”

    Kemudian beliau (Syeikh Bakar) -rahimahullah- menjelaskan lemahnya hadis Aisyah yang mendokong pendapat Ibnu Tamim dari sisi ilmu hadis, dan keterangannya dapat dilihat di sini. Kemudian beliau berkata:

    “Kesimpulannya: Asal hadis Aisyah ini terdapat dalam Sahih Muslim dan selainnya tapi tanpa lafaz, “Merapatkan kedua tumitnya,” dan hal ini tidak pernah disebutkan dalam hadis-hadis sahabat yang panjang lagi masyhur ketika mereka mengisahkan sifat solat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lafaz ini, “Baginda merapatkan kedua tumitnya ketika sujud,” adalah syaz, yang Ibnu Khuzaimah -dan yang meriwayatkan darinya seperti Ibnu Hibban dan setelahnya- bersendirian dalam meriwayatkannya. Keadaan lafaz ini seperti yang Al-Hakim katakan, “Saya tidak mengetahui ada seorang pun yang menyebutkan penggabungan kedua tumit dalam sujud kecuali apa yang terdapat dalam hadis ini,” kerana kalimat ini adalah hasil penelitian beliau yang menunjukkan syaz dan mungkarnya lafaz ini.” [Selesai nukilan dari risalah Laa Jadida fii Ahkam Ash-Shalah hal. 65-74 dengan sedikit perubahan]

    Disunting oleh Abu Soleh.
    Sumber:
    1. http://al-atsariyyah.com/?p=71
    2. http://al-atsariyyah.com/?p=73

    Rabu, 5 Mei 2010

    MERAJUT PERSATUAN KAUM MUSLIMIN

    Oleh: Al-Ustaz Ruwaifi’ bin Sulaimi

    Keadaan umat Islam yang berpecah sering memunculkan keperihatinan. Dari beberapa tokoh Islam sering muncul ajakan agar semua kelompok bersatu dalam satu wadah, tidak perlu mempermasalahkan perbezaan yang ada kerana yang penting tujuannya sama iaitu memajukan Islam. Mungkinkah umat Islam bersatu dan bagaimana caranya?

    Persatuan dan perpecahan merupakan dua kata yang saling berlawanan. Persatuan ertinya sama dengan keutuhan, persaudaraan, kesepakatan, dan perkumpulan. Sedangkan perpecahan ertinya sama dengan perselisihan, permusuhan, pertentangan dan perceraian.

    Persatuan merupakan perkara yang diredhai dan diperintahkan oleh Allah Ta'ala, sedangkan perpecahan merupakan perkara yang dibenci dan dilarang oleh-Nya. Allah Ta'ala berfirman (ertinya): “Dan berpegang teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai.” (Ali Imran : 103)

    Al Imam Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata: ”Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam, red) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadis juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul.” (Tafsir Ibnu Katsir 1/367)

    Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah berkata: “Sesungguhnya Nabi kita Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah menjelaskan kepada kita satu jalan yang wajib ditempuh oleh seluruh kaum muslimin, yang merupakan jalan lurus dan manhaj bagi agama-Nya yang benar ini. Allah berfirman (ertinya):

    “Dan bahawasanya (Yang Kami perintahkan ini) adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu Allah perintahkan kepada kalian agar kalian bertaqwa.” (Al An’am: 153)

    Sebagaimana pula Dia telah melarang umat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dari perpecahan dan perselisihan pendapat, kerana yang demikian itu merupakan sebab terbesar dari kegagalan dan merupakan kemenangan bagi musuh. Sebagaimana firman Allah Ta'ala (artinya): “Dan berpegang teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai.” (Ali Imran : 103)

    “Dia telah mensyariatkan bagi kalian tentang agama, apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, ‘Isa, iaitu: ‘tegakkanlah agama dan janganlah kalian berpecah-belah tentangnya’. Amat berat bagi orang musyrik agama yang kalian seru mereka kepada-Nya.” (Asy-Syura: 13). (Majmu’ Fataawa wal Maqaalat Mutanawwi’ah, 5/202, dinukil dari kitab Jama'ah Tabligh Wahidah Laa Jama'at, karya Asy Syaikh Robi’ bin Hadi Al-Madkholi, hal. 176)

    ASAS DAN HAKIKAT PERSATUAN

    Asas bagi persatuan yang diredhai dan diperintahkan oleh Allah Ta'ala, bukanlah kesukuan, organisasi, kelompok, daerah, parti dan sebagainya. Akan tetapi asasnya adalah: Al Qur’an dan Sunnah Rasullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan pemahaman As-Salafus Soleh. Allah Ta'ala berfirman (ertinya): ”Dan berpegang teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai.” (Ali Imran : 103)

    Al Imam Al Qurthubi rahimahullah berkata: “Allah Ta'ala mewajibkan kepada kita agar berpegang teguh dengan kitab-Nya (Al Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya, serta merujuk kepada keduanya di saat terjadi perselisihan. Dia juga memerintahkan kepada kita agar bersatu di atas Al Qur’an dan As Sunnah secara keyakinan dan amalan, itulah sebab keselarasan kata dan bersatunya apa yang tercerai-berai, yang dengannya akan dapat diraih maslahat dunia dan agama serta selamat dari perselisihan…”. (Tafsir Al Qurthubi, 4/105)

    Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Sebagaimana tidak ada generasi yang lebih sempurna dari generasi para sahabat, maka tidak ada pula kelompok setelah mereka yang lebih sempurna dari para pengikut mereka. Maka dari itu siapa saja yang lebih kuat dalam mengikuti hadis Rasulullah dan Sunnahnya, serta jejak para sahabat, maka ia lebih sempurna. Kelompok yang seperti ini keadaannya, akan lebih utama dalam hal persatuan, petunjuk, berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan lebih terjauhkan dari perpecahan, perselisihan, dan fitnah. Dan siapa saja yang menyimpang jauh dari itu (Sunnah Rasulullah dan jejak para sahabat), maka ia akan lebih jauh dari rahmat Allah dan lebih terjerumus ke dalam fitnah.”(Minhaajus Sunnah, 6/368)

    Oleh kerana itu, walaupun berbeza-beza wadah, organisasi, yayasan, dan semacamnya, namun dengan syarat “tidak fanatik dengan ‘wadah’-nya dan berada satu manhaj”, berpegang teguh dengan Al Qur’an dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan pemahaman para sahabat (As Salafush Shalih), maka ia tetap dinyatakan dalam koridor persatuan dan bukan bahagian dari perpecahan.

    Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah berkata: ”Tidak masalah jika mereka berkelompok-kelompok di atas jalan ini, satu kelompok di Ib dan satu kelompok di Shan’a, akan tetapi semuanya berada di atas manhaj salaf, mengikuti Al Qur’an dan As Sunnah, berdakwah di jalan Allah Ta'ala dan berintisab kepada Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, tanpa ada sikap fanatik terhadap kelompoknya, yang demikian ini tidak mengapa, walaupun berkelompok-kelompok, asalkan satu tujuan dan satu jalan (manhaj).”(At-Tahdzir Minat Tafarruq Wal Hizbiyyah, karya Dr. Utsman bin Mu’alim Mahmud dan Dr. Ahmad bin Haji Muhammad, hal. 15)

    Asy Syaikh Muhammad Nasiruddin Al Albani rahimahullah berkata: “Bila kita anggap bahawa di negeri-negeri kaum muslimin terdapat kelompok-kelompok yang berada di atas manhaj ini (manhaj salaf, pen), maka tidak termasuk kelompok-kelompok perpecahan. Sungguh ia adalah satu jama’ah, manhajnya satu, dan jalannya pun satu. Maka terpisah-pisahnya mereka di suatu negeri bukanlah kerana perbezaan pemikiran, aqidah dan manhaj, akan tetapi semata-mata perbezaan letak/tempat di negeri-negeri tersebut. Hal ini berbeza dengan kelompok-kelompok dan golongan-golongan yang ada, yang mereka itu berada di satu negeri namun masing-masing merasa bangga dengan apa yang ada pada golongannya.” (Jama'ah Wahidah Laa Jama'ah, hal. 180)

    Dengan demikian, kita dapat menyimpulkan bahawa bila suatu persatuan berasaskan Al Qur’an dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan pemahaman para sahabat (As Salafus Soleh) maka itulah sesungguhnya hakikat persatuan yang diredhai dan diperintahkan oleh Allah Ta'ala, walaupun dipisahkan oleh tempat.

    BAHAYA PERPECAHAN

    Bila kita telah mengetahui bahawa hakikat persatuan yang diredhai dan diperintahkan oleh Allah Ta'ala adalah yang berdasarkan Al Qur’an dan As Sunnah dengan pemahaman As Salafus Soleh, maka bagaimana dengan firqah-firqah (kelompok-kelompok) yang ada di masyarakat kaum muslimin, yang masing-masing berpegang dengan prinsip dan aturan kelompoknya, saling bangga satu atas yang lain, kesetiaannya dibangun di atas kongkongan ikatan kelompok, apakah sebagai benih persatuan umat, ataukah sebagai wujud perpecahan umat?

    Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah berkata: “Tidak diragukan lagi bahawa banyaknya firqah dan jama’ah di masyarakat kaum muslimin merupakan sesuatu yang diupayakan oleh syaitan dan musuh-musuh Islam dari kalangan manusia.” (Majmu’ Fatwa Wa Maqalaat Mutanawwi’ah, 5/204, dinukil dari kitab Jama’ah Wahidah Laa jama’at, hal. 177)

    Beliau juga berkata: “Adapun berkelompok untuk Ikhwanul Muslimin atau jama’ah tabligh atau demikian dan demikian, kami tidak menasihatkannya, ini salah! Akan tetapi kami nasihatkan mereka semua agar menjadi satu golongan, satu kelompok, saling berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran, serta bersandar kepada Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.” (At Tahdzir Minattafarruq Wal Hizbiyyah, hal. 15)

    Asy Syaikh Muhammad Nasiruddin Al Albani rahimahullah berkata: “Tidaklah asing bagi setiap muslim yang memahami Al Qur’an dan As Sunnah serta manhaj As Salafush Shalih, bahawasanya bergolong-golongan bukan dari ajaran Islam, bahkan termasuk yang dilarang oleh Allah Ta'ala dalam banyak ayat dari Al Qur’an Al Karim, di antaranya firman Allah Ta'ala (artinya): “Dan janganlah kalian termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Ar Rum: 31-32). (Fataawa Asy Syaikh Al Albani, karya “ ’Ukasyah Abdul Mannan, hal. 106, dinukil dari Jama'ah Wahidah Laa Jama’at, hal. 178)

    Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkata: “Dan tidak diragukan lagi bahawa kelompok-kelompok ini menyelisihi apa yang telah diperintahkan oleh Allah Ta'ala, bahkan menyelisihi apa yang selalu dihimbau dalam firman-Nya (artinya): “Sesungguhnya agama tauhid ini adalah agama kalian semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhan kalian, maka bertakwalah kepada-Ku.” (Al Mu’min: 52). Lebih-lebih tatkala kita melihat akibat dari perpecahan dan bergolong-golong ini, di mana tiap-tiap golongan mengklaim yang lainnya dengan kejelekan, cercaan, dan kefasikan, bahkan boleh lebih dari itu. Oleh kerana itu saya memandang bahawa perbuatan bergolong-golongan ini adalah perbuatan yang salah.” (At-Tahdzir Minattafarruqi wal Hizbiyyah, hal. 16)

    Asy Syaikh Sholih Bin Fauzan Al- Fauzan berkata: “Agama kita adalah agama persatuan dan perpecahan bukanlah dari agama. Maka berbilangnya jama’ah-jama’ah ini bukanlah dari ajaran agama, kerana agama memerintahkan kepada kita agar menjadi satu jama’ah.” (Muraja’at fii fiqhil Waaqi’ As Siyaasi wal Fikri, karya Dr. Abdullah bin Muhammad Ar Rifa’i, hal. 44-45)

    Beliau juga berkata: “Hanya saja akhir-akhir ini, muncul kelompok-kelompok yang disandarkan kepada dakwah dan bergerak di bawah kepemimpinan yang khusus, masing-masing kelompok membuat manhaj tersendiri, yang akhirnya mengakibatkan perpecahan, perselisihan dan pertentangan di antara mereka, yang tentunya ini dibenci oleh agama dan terlarang di dalam Al Qur’an dan As Sunnah.” (Taqdim / Muqaddimah kitab Jama’ah Wahidah Laa Jama’at)

    Bukankah mereka juga berpegang dengan Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah? Demikian terkadang letupan hati berbunyi.

    Asy Syaikh Shalih bin Sa’ad As Suhaimi berkata: “Jika benar apa yang dinyatakan kelompok-kelompok yang amat banyak ini, bahawa mereka berpegang dengan Al Qur’an dan As Sunnah, nescaya mereka tidak akan berpecah-belah, kerana kebenaran itu hanya satu dan berbilangnya mereka merupakan bukti yang kuat atas perselisihan di antara mereka, suatu perselisihan yang muncul disebabkan masing-masing kelompok berpegang dengan prinsip yang berbeza dengan kelompok lainnya. Tatkala keadaannya demikian, pasti terjadi perselisihan, perpecahan, dan permusuhan.” (An Nashrul Aziz ‘Alaa Ar Raddil Waziz, karya Asy Syaikh Rabi’ bin Hadi Al Madkhali, hal. 46)

    PERTANYAAN PENTING

    1. Bagaimanakah masuk menjadi anggota kelompok-kelompok yang ada dengan tujuan ingin memperbaiki dari dalam?

    Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah berkata: “Adapun berkunjung untuk mendamaikan di antara mereka, mengajak dan mengarahkan kepada kebaikan dan menasihati mereka, dengan tetap berpijak di atas jalan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah maka tidak apa-apa. Adapun menjadi anggota mereka maka tidak boleh. Dan jika mengunjungi Ikhwanul Muslimin atau Firqah Tabligh dan menasihati mereka kerana Allah Ta'ala seraya berkata: “Tinggalkanlah oleh kalian fanatisme, wajib bagi kalian (menerima) Al Qur’an dan As Sunnah, berpegang teguhlah dengan keduanya, bergabunglah kalian bersama orang-orang yang baik, tinggalkanlah perpecahan dan perselisihan”, maka ini adalah nasihat yang baik.” (At Tahdzir Minattafarruqi Wal Hizbiyyah, hal. 15-16)

    2. Bukankah dengan adanya peringatan terhadap kelompok-kelompok yang ada dan para tokohnya, justeru semakin membuat perpecahan dan tidak akan terwujud persatuan?

    Asy Syaikh Hamd bin Ibrahim Al ’Utsman berkata: “Kebanyakan orang-orang awam dari kaum muslimin kebingungan dalam permasalahan ini, mereka mengatakan: ‘Mengapa sesama ulama mereka saling memperingatkan satu dari yang lainnya?!’ Dikalangan terpelajar juga demikian, mereka meminta agar bantahan dan peringatan terhadap orang-orang yang salah dan ahlul bid’ah dihentikan demi terwujudnya persatuan dan kesatuan umat. Mereka tidak mengetahui bahawa bid’ah-bid’ah, kesalahan-kesalahan dan jalan-jalan yang berbeza-beza (dalam memahami agama ini, pen) justeru merupakan faktor utama penyebab perpecahan, dan faktor utama yang dapat mengeluarkan manusia dari jalan yang lurus, dengan tetap adanya jalan-jalan yang menyimpang itu, tidak akan terwujud persatuan selama-lamanya.” (Zajrul Mutahawin bi Dharari Qa’idah Al Ma’dzirah Watta’awun, hal.98)

    NASIHAT DAN AJAKAN

    Asy Syaikh ‘Ubaid bin Abdullah Al Jabiri berkata: “Tidak ada solusi dari perpecahan, terkoyaknya kekuatan dan rapuhnya barisan kecuali dengan dua perkara:

    Pertama: Menanggalkan segala macam bentuk penyandaran (atau keanggotaan) yang dibangun di atas ikatan kelompok-kelompok nan sempit, yang dapat menimbulkan perpecahan dan permusuhan.

    Kedua: Kembali kepada jama’ah Salafiyah (yang bermanhaj salaf, pen), kerana sesungguhnya ia adalah ajaran yang lurus, dan cahaya putih yang terang benderang, malamnya sama dengan siangnya, tidaklah ada yang tersesat darinya kecuali orang-orang yang binasa. Dia adalah Al Firqatun Najiyah (Golongan yang selamat. Pen), dan Ath Thaifah Al Manshurah (Kelompok yang ditolong dan dimenangkan oleh Allah, pen). Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Tidak tercela bagi siapa saja yang menampakkan manhaj salaf, berintisab dan bersandar kepadanya, bahkan yang demikian itu disepakati dan wajib diterima, kerana manhaj salaf pasti benar ….” (Tanbih Dzawil ‘Uquulis Salimah ilaa fawaida Mustanbathah Minassittatil Ushulil ‘Azhimah, Hal. 24)

    Sungguh benar apa yang dinasihatkan oleh Asy Syaikh Ubaid bin Abdullah Al Jabiri, karena As Salafiyyah tidaklah sama dengan kelompok-kelompok yang ada. As Salafiyyah tidaklah di batasi (terkongkong) oleh organisasi tertentu, kelompok tertentu, daerah tertentu, pemimpin tertentu… atau suatu kongkongan hizbiyyah yang sempit, bahkan As Salafiyyah dibangun di atas Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan pemahaman As Salafus Soleh. Siapapun yang berpegang teguh dengannya maka dia adalah saudara, walaupun dipisahkan oleh tempat dan waktu… Suatu ikatan suci yang dihubungkan oleh ikatan manhaj, manhaj yang ditempuh oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya.

    Mudah-mudahan Allah Ta'ala senantiasa menjauhkan kita semua dari perpecahan dan menyatukan kita semua di atas persatuan hakiki yang berasaskan Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan pemahaman Salafus Soleh, bukan persatuan semu yang dibangun di atas kepentingan kelompok, organisasi, pemimpin, dan parti. Amin Ya Mujibas Saailiin.

    𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

    Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...