Khamis, 12 November 2009

MENJAWAB TUDUHAN TERHADAP WAHABI (1)

Berikutan dari artikel sebelum ini iaitu “Bantahan Terhadap Rencana Bahaya Wahabi” Harian Metro juga menyenaraikan antara amalan dan fahaman wahabi dibahagian Info. Maka dari itu, saya ingin menjawab beberapa tuduhan ini yang tidak lain hanyalah berupa fitnah semata.

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya (sebagaimana terdapat dalam Metro):
  1. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah
  2. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)
  3. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias
  4. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
  5. Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w
  6. Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
  7. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya
  8. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain
  9. Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya
  10. Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
  11. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
  12. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w
  13. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja 
  14. Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
  15. Amalan tariqah dilarang sama sekali
  16. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Jawapan terhadap bagi senarai di atas:

Senarai amalan dan fahaman wahabi di atas tersebut terdapat juga di dalam buku “Masalah Ugama” yang ditulis oleh Kiyai Haji Sirajuddin Abbas dalam edisi jawi, siri 1, keluaran Pustaka Aman Sdn. Bhd. Hal 145-147. Cuma ada 2 senarai dalam buku “Masalah Ugama” yang tidak terdapat pada senarai di atas iaitu: Melarang menghisap rokok dan makan sirih (terletak pada nombor 8), dan Tidak boleh membaca kitab “Dalail Khairat”, “Burdah” dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi (terletak pada nombor 13). Kemudian pada beberapa senarai di atas juga diubah sedikit pada nombor 2 iaitu pernyataan Kiyai Sirajuddin Abbas mengatakan: Di dalam fiqh harus (mesti) memakai mazhab Hanbali dan pada nombor 3: Mazhab Syafi’i dibuang.

Kiyai Sirajuddin Abbas mengatakan fiqh itu harus (dalam bahasa indonesia bermaksud wajib) bermazhab Hanbali manakala mazhab Syafi’i dibuang. Sebagai jawapan: Sudah sedia maklum bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bermazhab Hanbali di dalam fiqh, namun terdapat sebahagian masalah beliau keluar dari mazhabnya sendiri sebagaimana telah saya bawakan perkataan Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab pada tulisan yang lalu. Manakala perkataan membuang mazhab Imam Syafi’i ini adalah dusta, kerana sebagaimana yang dikatakan oleh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab bahawa mereka menyuruh kepada masyarakat supaya mengikuti salah satu dari empat mazhab tersebut dan termasuklah mazhab Syafi’i. Mengenai rokok, masalah ini saya kira, kebanyakan orang sedia maklum akan keharamannya dan tidak perlulah saya jelaskan di sini. Dengan itu jelas senarai Kiyai Sirajuddin Abbas tersebut hanyalah dusta dan fitnah sahaja serta kejahilan yang disandang olehnya menyebabkan dia meluluh mengatakan amalan wahabi tersebut adalah sesat. Padahal ianya  (yakni wahabi/salafi) jauh sekali dari kesesatan.

Di bawah ini saya sertakan semula senarai di atas ini (yang dikeluarkan di dalam Metro), satu persatu, seterusnya saya akan meletakkan jawapannya sekadar apa yang saya termampu.

Pertama: Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah.

Ini adalah dusta semata. Wahabi mempelajari aqidah adalah dengan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah menurut jalan as-salaf. Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab menyatakan pegangan pendokong dakwah Syeikh Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab ketika memasuki kota Mekah pada tahun 1218H, ia seperti berikut:

“Adapun mazhab kami dalam Usuluddin (akidah) adalah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jalan (tariqah) kami adalah jalan as-Salaf iaitu jalan yang selamat, sejahtera, lebih baik serta lebih menepati jalan al-Khalaf ialah jalan yang lebih menepati kebenaran.” (Al-Durar Al-Saniyyah, jil 1, hlm 126)

Beliau menghuraikan lebih lanjut kenyataan di atas dengan katanya: “Adapun pegangan kami adalah perkara yang dikehendaki Allah ke atas kami. Ia adalah mazhab Salafus Soleh serta para pemimpin mereka di kalangan para sahabat radiallahu ‘anhum serta para tabi’in. Bagi mereka segala kebaikan. Termasuk di kalangan mereka itu imam empat mazhab serta tokoh-tokoh terkemuka lainnya. Semoga Allah meredai mereka sekaliannya. Berdasarkan pegangan mereka maka kami beriman serta menetapkan apa yang tsabit (dinyatakan) di dalam al-Quran serta hadis tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tamtsil (menyamakan Allah dengan makhluk), serta ta’til (menafikan apa yang telah ditetapkan). Jalan mereka menetapkan iktikad seperti berikut:

Mereka beriman dengan sifat-sifat Allah, nama-namaNya sebagaimana Allah sifatkan diriNya di dalam al-Quran atau menerusi lisan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini dilakukan tanpa apa-apa penambahan terhadapnya, mengurangkannya, melampauinya, mentafsirkannya, mentakwilkannya dengan apa yang bercanggah dengan zahirnya ataupun menyerupakannya dengan sifat makhluk serta memperkatakan sesuatu tentangnya dengan apa yang tidak diperintahkan. Sebaliknya, mereka menerima keterangan al-Quran serta hadis berkenaan nama-nama dan sifat sebagaimana asalnya dengan menyerahkan pengetahuan serta kedudukan hakikinya kepada Allah yang menyatakannya.

Ketahuilah, mereka sentiasa berpesan-pesan antara satu sama lain supaya berittiba’ (mengikuti) dengan golongan terdahulu dari mereka serta mengambil sikap mendiamkan diri sebagaimana golongan terdahulu mendiamkan diri. Sehubungan hal ini, mereka amat berhati-hati supaya tidak melampaui serta menyalahi pegangan serta jalan yang ditunjukkan golongan terdahulu serta tidak lupa menyampaikannya kepada kami. Kesannya kami juga berhati-hati dari terbabit mengikuti jalan-jalan yang menyeleweng sebagaimana menjadi amalan golongan ahli bid’ah.” (Majmu’ah Al-Rasail wa al-Masail, jil 1, hlm 48)

Demikian apa yang dikatakan oleh anak kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab berkenaan pegangan ayahnya. Jika sekiranya kita katakan ini merupakan juga pegangan Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah, maka kita katakan ya, memang benar. Inilah juga pegangan beliau serta inilah pegangan yang sepatutnya dipegang oleh kita semua sebagai penganut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: “Maka ini adalah i’tiqad firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beroleh pertolongan sehingga hari Kiamat, iaitu beriman dengan Allah… Dan di antara (cara) beriman dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya dalam kitabNya dan dengan apa yang telah RasulNya Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam menyifatkanNya dengannya, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu). Bahkan, mereka (Ahli   As-Sunnah Wal Jamaah) beriman sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak sebanding (Zat, Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya dengan sesuatu apapun, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Asy-Syura: 11) Mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak menafikan dariNya apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya, mereka tidak mentahrifkan perkataan dari tempat-tempat (atau maksud)nya yang sebenar, mereka tidak mengilhadkan (menolak secara anti) nama-nama Allah serta ayat-ayatNya, mereka tidak membentukkan rupa makna dan mereka tidak mengumpamakan sifat-sifatNya dengan sifat-sifat makhlukNya, kerana sesungguhnya (Allah) Subhanahu wa Ta’ala tidak ada yang menyamai namaNya, tidak ada yang menyetaraiNya, tidak ada yang menyekutuinya dan tidak boleh dikiaskanNya dengan makhlukNya, Subhanahu Wa Ta’ala…” (Aqidah Al-Wasatiyah, hal 5-7; dinukil dari buku Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar?, Dr. Azwira Abdul Aziz, Jahabersa, hal 47-49)

Kedua: Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq).

Untuk menjawab berkenaan tidak berpegang dengan mana-mana mazhab ini, mungkin ada baiknya saya nyatakan sekali lagi di sini pernyataan Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab, beliau menulis dalam risalahnya sebagai ringkasan dari beberapa hasil karya ayahnya, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, seperti berikut:

“...Sedangkan dalam hal masalah furu’ (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar dari mazhab empat, seperti mazhab (Syi’ah yang terdiri daripada - edt) Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain-lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah sama sekali mengaku bahawa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq, juga tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang berani mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang kalau kami lihat di sana ada nas yang jelas, baik dari Al-Quran mahupun Sunnah, dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang menasakhkannya, atau yang menkhususkannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang Imam empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anut (yakni mazhab Hanbali)...” (Shiyanah al-Insan, Syeikh Muhammad Basyir as-Sahsawani, hal 473)

Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah berkata: “Sesungguhnya penyeru untuk kembali kepada as-Sunnah tidak bermaksud meninggalkan semua mazhab yang ada baik secara global mahupun secara rinci, bahkan mereka (yang mengajak untuk kembali kepada Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam) senantiasa menghargai mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para imam mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para imam untuk memahami al-Kitab dan as-Sunnah. Mereka hanya meninggalkan pendapat para imam apabila jelas bertentangan (atau kurang bertepatan) dengan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah.” (Risalah Ilmiah Al-Albani, Pustaka Azzam, hal 42)

Sebelum ini saya telah pun membawakan perkataan Imam Syafi’i akan peri-pentingnya mengikuti dalil-dalil yang sahih dan tidak boleh mengambil pendapat individu tertentu melainkan mengetahui dalilnya terlebih dahulu. Pernah juga saya membawakan contoh sebagaimana dalam masalah tayammum yang mana pendapat Imam Syafi’i adalah hendaklah mengusap wajah dan kedua-dua tangan sehingga siku sebanyak dua kali tepukan. Namun Imam Nawawi rahimahullah seorang Imam yang menjadi rujukan dalam mazhab Syafi’i sendiri menyatakan bahawa pendapat yang benar dalam masalah tayammum adalah sebagaimana riwayat Bukhari dan Muslim iaitu sekali tepukan (ke tanah) sahaja kemudian diusapkan ke wajah seterusnya kedua-dua tangan sekitar pergelangan. (Sila rujuk artikel Siapakah Pengikut Imam Asy-Syafi’i yang sebenar)

Ketiga: Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

Ini juga merupakan tuduhan yang dusta. Ini kerana Ijmak (persepakatan) dan Qias termasuk dalam salah satu sumber hukum syarak. Bacalah kitab “Al-Usul Min ‘ilmi Al-Usul” karya Syeikh Muhammad Sholeh Ibn Utsaimin rahimahullah. Di dalam kitab tersebut Syeikh ibn ‘Utsaimin berkata:

“Al-Ijmak adalah merupakan hujah agama berdasarkan kepada beberapa dalil seperti berikut: (1) Firman Allah Ta’ala (al-Baqarah: 143), Maksudnya: “Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia.” Perkataan syuhada (saksi) merangkumi kesaksian terhadap amalan mereka dan terhadap hukum-hukum amalan mereka dan kata-kata saksi adalah diterima. (2) Firman Allah Ta’ala (an-Nisa’: 59) Maksudnya: “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).” Ayat ini menunjukkan bahawa apa yang mereka persetujui adalah hak. (3) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpul umatku atau umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam di atas kesesatan.” (4) Ijmak umat ini terhadap sesuatu perkara secara umum terbahagi dua; sama ada hak atau batil. Sekiranya hak, ianya adalah hujah. Sekiranya batil, adalah satu perkara yang amat mustahil bagi umat ini yang merupakan sebaik-baik umat di sisi Allah Ta’ala semenjak perutusan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah ke hari akhirat kelak, untuk berijmak terhadap perkara batil yang tidak diredhai Allah Ta’ala. Ini sebenarnya satu perkara yang mustahil akan berlaku.” (Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul Al-Fiqh, Syeikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin, jahabersa, hal 100-101)

Demikian juga masalah Qias, di dalam buku yang sama Syeikh Ibn Utsaimin menjelaskan: “Al-Qiyas (persamaan) adalah salah satu dalil-dalil yang terpancar darinya hukum-hukum Syarak. Ianya telah disahkan sebagai dalil syarak oleh Al-Quran, As-Sunnah dan kata-kata sahabat.” (Ibid, hal 104)

Masalah Ijmak telah saya kemukakan pada tulisan lalu bahawa Zamihan Al-Ghari mengatakan pendukung Sunnah Malaysia menolak Ijmak, padahal telah dibantah oleh Dr. Azwira dalam bukunya “Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar?” iaitu berkenaan azan dua kali pada hari jumaat yang dianggap oleh Zamihan terdapat ijmak ulama akan hal tersebut, namun ternyata sebenarnya tidak ada ijmak pun di dalam hal itu. (Untuk merujuk buku tersebut sila klik di sini)

Manakala dalam masalah Qias ini sebagai contoh, saya pernah melihat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nuruddin Al-banjari Al-Makki (beliau seorang Indonesia) dalam sebuah vcd ceramahnya beliau mengatakan berkenaan masalah lafaz niat solat dan puasa, bahawa Imam Syafi’i mengqiaskannya dari hadis berikut:

Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Pada suatu hari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke rumahku dan berkata: “Apakah engkau memiliki sesuatu (yakni makanan)?” Kami menjawab: “Tidak.” Baginda bersabda: “Jikalau begitu aku berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Muslim; lihat Bulughul Maram, no: 7)

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarah Sahih Muslim: "Dan padanya terdapat dalil bagi mazhab jumhur bahawa puasa sunat (nafilah) itu dibolehkan (harus) dengan niat pada siang hari sebelum tergelincirnya matahari.” (Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi, dalam maktabah syamilah, 4/157)

Hadis di atas hanya menjelaskan bahawa puasa sunat itu harus sekiranya diniatkan pada siang hari sebelum tergelincirnya matahari yakni sebelum masuknya waktu zohor. Inilah maksud hadis tersebut. Tidak ada qias kepada niat pun yang berlaku di dalamnya. Sungguh Nuruddin Al-Banjari telah mendustakan nama Imam Syafi’i kononnya mengkiaskan hadis ini kepada lafaz niat solat dan puasa. Mungkin Nuruddin tidak pernah belajar usul fiqh atau terlupa bahawa terdapat kaedah yang mengatakan “Tidak ada Qias di dalam Ibadah.” Ini kerana ibadah itu sifatnya "tauqifiyah".

Pernyataan Imam Malik rahimahullah sangatlah baik, yang mana beliau pernah berkata: “Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari tersebut (di zaman Rasulullah dan sahabatnya - edt), ia tidaklah pula menjadi agama pada hari ini." (Al-I'tisam oleh Imam Al-Syatibi, jilid 2, ms. 283)

Demikianlah penerangan masalah Ijmak dan Qias yang saya nukilkan dari Syeikh Muhammad Sholeh ibn Utsaimin adalah merupakan salah seorang ulama yang dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan sama ada sesat atau kafir atau sebagainya oleh para pembenci wahabi (salafi) sebagaimana juga ulama-ulama yang sezaman dengannya yang lain seperti Syeikh Abdul Aziz bin Baz, dan Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahumullah.

Keempat: Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

Ahli Sunnah membenarkan berdoa melalui tawassul yang syar’ie (disyariatkan) bukan tawassul yang bid’ie (diada-adakan). Tawassul (perantaraan) yang disyariatkan itu adalah sama ada berdoa kepada Allah dengan menyebut nama-nama dan sifat-sifatnya sebagai perantara, atau bertawassul dengan amal soleh diri sendiri, atau bertawassul dengan meminta orang soleh mendoakan kita.

Dalil bolehnya bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah:

Firman Allah Ta’ala:


وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
  
Maksudnya: “Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang Telah mereka kerjakan”. (Surah Al-A’raf: 180)

Rasulullah sendiri ketika mana beliau bersedih dan berdoa dengan menyebut sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala:

كان إذا حزبه أمر قال : يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث
  
Maksudnya: “Sesungguhnya apabila baginda (Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersedih kerana sesuatu perkara maka baginda mengucapkan: “Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri sendiri dengan RahmatMu aku memohon pertolongan”. (Hadis riwayat Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 3524)

اللهم إني أعوذ بعزتك لا إله إلا أنت أن تضلني

Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung dengan kebesaranMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, janganlah sesatkan aku” (Hadis riwayat Muslim; Sahih al-Jami’ Shogier, no: 1309)

Dalil bolehnya bertawassul dengan amal soleh:

Ini berdasarkan hadis yang panjang riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka berdua dan juga kitab-kitab hadis yang lain, yang mana seketul batu besar telah menutup pintu gua, lalu mereka bertawassul kepada Allah dengan menyebut amalan-amalan soleh yang dilakukan dengan ikhlas. Setiap dari mereka berkata: “Sekiranya aku melakukan amalan ini hanya kerana mencari keredhaanMu maka lepaskanlah kesusahan yang sedang kami alami.” Lalu batu besar itu terbuka dan mereka berjalan keluar dari gua itu. (Syarah Aqidah Thahawiah, Terjemahan oleh Hasnan bin Kasan, Terbitan JAKIM,  jilid 1, hal 290)

Dalil bolehnya bertawassul dengan doa orang soleh:

Di masa hayatnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat hanya bertawassul dengan meminta baginda mendoakan. Mereka meminta baginda mendoakan untuk mereka dan mereka mengaminkan doa baginda sebagaimana yang berlaku dalam doa meminta hujan dan lain-lain. Apabila baginda wafat, Saidina Umar radiallahu ‘anhu berkata apabila mereka telah keluar untuk meminta hujan: “Ya Allah, dulu kami kekeringan air, kami berdoa secara bertawassul dengan nabi Engkau kepada Engkau, lalu Engkau menurunkan hujan kepada kami, maka sekarang ini kami bertawassul dengan bapa saudara Nabi kami.” (Lihat Hadis riwayat Bukhari, no: 954)

Ibn Abil Izz Al-Hanafi rahimahullah: “Maksudnya ialah dengan doanya, dengan syafaat dan permintaannya kepada Tuhan. Umar bukan bermaksud bersumpah terhadap Allah atau meminta daripadaNya demi kedudukan baginda di sisi Allah. Ini kerana sekiranya inilah maksud Umar nescaya kedudukan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah lebih besar daripada kedudukan bapa saudaranya al-Abbas.” (Aqidah Thahawiah, jilid 1, hal 289)

Demikianlah tuduhan mereka terhadap wahabi melarang bertawassul adalah tidak benar. Yang mereka melarangnya adalah bertawassul dengan Zat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat Nabi sama ada ketika meminta hujan dan selainnya, baik ketika Nabi masih hidup mahupun setelah wafat. Tidak dilakukan di sisi kuburannya tidak pula di sisi selain kuburannya. Inilah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Taimiyyah rahimahullah. (Lihat Majmuk Fatawa, 1/202) Apatah lagi sekiranya bertawassul dengan Zat yang lebih rendah dari Nabi Muhammad seperti anggapan sesetengah kaum sufi pada individu-individu tertentu sebagai wali keramat. Wal’iyazubillah.

Kelima: Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

Perkara ini juga merupakan fitnah yang sering dilontarkan kepada Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah dan alhamdulillah terdapat sebuah buku yang telah dikeluarkan oleh Jahabersa yang berjudul “Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah” penulisnya Syeikh Murad Syukri diterjemahkan oleh Ustaz Badrul Hisyam bin Sulaiman. Sebagai jawapannya (lebih lanjut sila rujuk buku tersebut atau klik di sini):

Pertama:

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah tidak melarang amalan ziarah kubur, termasuklah kubur Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana ia adalah amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sendiri.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjelaskan: “Berkata kebanyakan (ilmuan), ziarah kubur orang-orang mukmin adalah dianjurkan untuk mendoakan (kebaikan) bagi yang telah mati di samping mengucapkan salam ke atas mereka. Ini sebagaimana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang pernah keluar ke perkuburan Baqi' dan mendoakan (kebaikan) untuk mereka. Demikian juga sabit dalam hadis Shahih al-Bukhari dan Muslim bahawa baginda keluar ke perkuburan Syuhada' Uhud dan mensolatkan mereka seperti solatnya ke atas orang–orang yang meninggal dunia.” (Majmu' al-Fatawa, jld. 27, ms. 377)

Kedua:

Larangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah hanyalah kepada amalan mengadakan satu perjalanan yang khusus ke kubur Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau kubur orang-orang shalih. Ini kerana di kalangan ahli ibadah ada yang berkata: “Kami tidak bermaksud menziarahi masjid (Nabawi), maksud kami ialah ke kubur baginda sahaja.”

Larangan ini tidak berasal daripada Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah sahaja, tetapi juga para ilmuan yang lain. Beliau menjelaskan hakikat ini dengan berkata: “Sedia dimaklumi bahawa pendapat ini dipegang oleh sejumlah besar para ilmuan zaman awal seperti Malik dan kebanyakan sahabatnya, al-Juwaini Abu Muhammad serta selainnya daripada para sahabat al-Syafi‘e dan kebanyakan para sahabat awal Ahmad (bin Hanbal).” (Majmu’ al-Fatawa, jld. 27, ms. 233)

Ketiga:

Pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini memiliki dalil di sebaliknya dan beliau tidak berseorangan dalam berpandangan sedemikian. Seandainya para pembuat fitnah mengkaji masalah ini dengan adil, nescaya mereka akan dapati pandangan beliau tidak terkeluar dari peraturan para ahli ilmu beserta kaedah penghujahan dan pendalilan mereka.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata: “Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah mengizinkan ziarah kubur setelah sebelumnya baginda melarang. Sebabnya adalah, ziarah kubur akan mengingatkan penziarah kepada kematian dan negeri Akhirat. Izin yang diberikan bersifat umum, baik menziarahi kubur umat Islam atau orang kafir.” (Iqtidha’ Shirat al-Mustaqim li Mukhalafat Ashbah al-Jahim, jld. 2, ms. 181)

Keenam: Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik


Yang dimaksudkan dengan menghancurkan tugu peringatan ialah meruntuhkan binaan-binaan di atas kuburan yang ditinggikan di atasnya. Bahkan ada yang dijadikan masjid yang mana dibawahnya terdapat kuburan-kuburan yang mereka sangka sebagai kuburan wali. Mereka berpendapat dengan mendirikan masjid di atas kuburan akan mendapat berkat dan bantuan dari wali tersebut. Ini boleh disaksikan sendiri apa yang berlaku ke atas kubur Ayatu Syaitan Khomeini dan juga kubur-kubur lain yang terdapat di negara Mesir dan lain-lain.

Dengan menghancurkan binaan tersebut, dan menjadikan kubur itu rata serta sama seperti kubur-kubur lain, lantas mereka mengatakan perbuatan ini sebagai suatu keganasan?? Tuduhan ini sebenarnya senada dengan sebuah artikel yang pernah saya baca bertajuk “Wahabi Membuat Keganasan Di Kubur Baqi” Mereka mengatakan wahabi menghancurkan kubur Baqi yang mana pada ketika itu kubur-kubur para sahabat, semua ditinggikan dan dijadikan tempat bernazar dan membuat sembelihan kepada selain Allah. Padahal ini merupakan khurafat dan syirik yang sepatutnya dihindari. Tidakkah kita pernah mendengar sabda-sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang melarang perbuatan meninggikan kuburan-kuburan dan menjadikannya sebagai tempat perayaan sebagaimana perbuatan Yahudi dan Nasrani?

Abdullah bin Hasanah radiallahu ‘anhu berkata: “Aku lihat ‘Uthman bin ‘Affan radhiallahu ‘anhu memerintahkan agar diratakan kubur”. Maka dikatakan kepadanya: “Ini kubur Ummu ‘Amr binti ‘Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan”. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Zar’ah dengan sanadnya yang sahih dari Abdullah dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam “al-Jarah wa at-Ta’dil” Jilid 3, hal 81-82)

Dari Abi al-Hiyaj al-Asadi radiallahu ‘anhu berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: “Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/61, Abi Daud, 3/70, An-Nasaii, 1/128, at-Tirmizi, 2/153-154, Al-Baihaqi, 4/3, At-Tayalisi, 1/168, Imam Ahmad no: 741, dan ada beberapa jalan pada Ibn Abi Syaibah dan at-Tabrani dalam as-Saghir hal 29)

Dari Anas radiallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah telah memakruhkan (makruh di sini bermaksud haram - edt) membina masjid di antara kuburan”.  (Riwayat Ibn Abi Syaibah, 2/185) Dan “Daripada Ibrahim an-Nakh’ie: “Sesungguhnya Nabi menegah orang yang mendirikan masjid di atas perkuburan.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah, 4/134)

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Semoga Allah membinasakan Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid-masjid.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Ya'la al-Musili dalam Musnadnya meriwayatkan atsar daripada Ali bin Husin, katanya: "Bahawasanya dia telah melihat seorang lelaki menuju ke suatu sudut berhampiran kubur Nabi s.a.w. lalu lelaki itu masuk ke tempat itu dan berdoa. (Apabila Ali bin Husin melihat perbuatan lelaki tersebut) beliau pun mencegah seraya berkata: "Mahukah aku ceritakan kepadamu apa yang telah aku dengar daripada ayahku, daripada datukku , daripada Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai perayaan. Dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya salam yang kamu ucapkan itu akan sampai kepadaku di mana saja kamu berada." (Iqtida' al-Sirath al-Mustaqim oleh Ibn Taimiyyah, jilid 1, ms 300-301)

Said bin Mansur dalam Musnadnya meriwayatkan daripada Suhail bin Abi Suhail berkata: "Hasan bin Hasan bin Ali bin Abu Talib radiallahu ‘anhu telah meihatku yang sedang berada di kubur Nabi s.a.w. Lalu beliau memanggilku dan ketika itu dia berada di rumah Fatimah, sedang makan malam. Beliau berkata: Marilah menjamu makan malam bersamaku. Aku pun berkata: "Aku tidak mahu." lalu beliau berkata kepadaku: "Aku melihat engkau berada di kuburku, apa yang yang engkau buat di situ? Aku menjawab: "Aku mengucapkan salam kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam." Beliau pun berkata: "Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. Allah melaknat orang-orang yahudi yang telah menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai tempat-tempat peribadatan. Berselawatlah kamu kepadaku. Sesungguhnya selawat kamu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada." (perawi) berkata: "Selawat kamu dengan orang yang tinggal di andalus adalah sama." (Ibid, ms 302-303)

Ibn Qayyim rahimahullah berkata: "Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang menjadikan kuburan-kuburan sebagai tempat-tempat peribadatan dan melarang untuk menyalakan lampu di kuburan. Larangannya itu lebih tegas lagi sehingga baginda melaknat orang yang melakukannya. Baginda juga melarang solat menghadap ke kuburan dan melarang umatnya menjadikan kuburnya sebagai tempat perayaan dan melaknat umatnya menjadikan kuburnya sebagai tempat perayaan dan melaknat wanita-wanita yang selalu menziarahi kubur. Adalah dari petunjuk baginda ialah kubur itu tidak dihina (mengenakan najis di kubur) dan tidak boleh di duduki di atasnya. Tidak boleh duduk dan bersila di atas kuburan dan tidak boleh ia diagungkan dengan menjadikannya sebagai tempat beribadat, iaitu solat di kubur dan menghadap ke kubur, menjadikannya sebagai tempat perayaan dan penyambahan (melakukan ibadat)." (Zaadul Ma'ad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyah, jilid 1, ms 525-526)

Ketujuh: Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah tahun 1690M dan meninggal tahun 1766M. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (maksudnya kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kemudian lebih terkenal dengan nama penulisnya. (Rujuk Wikipedia)

Sememangnya membaca berzanji sepatutnya perlu dijauhi kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah yang palsu bahkan pujian-pujian yang ditujukan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam secara berlebihan. Sebagai contoh, mari kita lihat sendiri antara penyimpangan yang terdapat di dalam kitab tersebut.

Pada kitab “Majmu’ah Al-Mawalid Syarfu Al-Anam Barzanji Natsara wa Barzanji Nazam.” Terdapat ucapan selawat ke atas Nabi di dalamnya yang di antaranya:

السلام عليك ما حي الذنوب

“Salam ke atasmu Wahai penghapus dosa”
 

السلام عليك ياكهفا ومقصد

“Salam ke atasmu wahai tempat bernaung”


السلام عليك ياجالي الكروب

“Salam ke atasmu wahai penghapus bencana”


السلام عليك ياكل المرام

“Salam ke atasmu wahai tempat memohon segala hajat”

Demikian beberapa contoh selawat yang berlebihan di ucapankan ke atas baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Padahal Allah berfirman (maksudnya):

“(Hanyalah Dia) Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya; Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nya lah kembali (semua makhluk). (Al-Mukmin: 3)

“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.” (Muhammad: 19)

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri juga telah mengajarkan kepada kita suatu zikir yang merupakan penghulu segala istighfar sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sahih Bukhari dari Syaddad bin Aus radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


سَيِّدُ الاسْتِغْفَارِ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ

Maksudnya: “Penghulu segala istighfar adalah (membaca) Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menciptaku, dan aku adalah hamba-Mu, aku berada dibawah perjanjian dengan-Mu, dan aku berusaha memenuhi janjiku pada-Mu, semampu daku, aku akui segala nikmat yang telah Engkau beri padaku, aku akui segala dosaku, maka ampunilah dosa-dosaku, kerana tiada siapa yang dapat mengampunkan dosaku melainkan Engkau, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan.” (Hadis riwayat Bukhari, no: 6306, rujuk Al-Adzkar An-Nawawi, no: 186)

Bahkan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri memohon keampunan sebanyak lebih dari tujuh puluh kali kepada Allah Ta’ala, bagaimana bisa kita memohon keampunan kepada baginda sebagaimana contoh selawat yang terdapat di dalm Berzanji di atas tadi?

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


وَاللَّهِ إِنِّي لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah sesungguhnya aku memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari semalam lebih dari tujuh puluh kali.” (Hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu; lihat Takhrij Al-Albani dalam Misykat Al-Mashobih, no: 2323)

Demikianlah selawat di atas ini yang terdapat di dalam kitab berzanji merupakan selawat yang bid’ah bahkan boleh membawa kepada kesyirikan kerana menempatkan doa meminta perlindungan, tempat bernaung, tempat memohon segala hajat kepada selain Allah. Mengapakah kita masih perlu kepada selawat-selawat yang tidak diajar (berasal) baginda sallallahu ‘alaihi wasallam? Tidak cukupkah dengan selawat yang telah baginda ajarkan kepada kita? Sebagai contoh yang paling panjang pernah baginda ajarkan kepada kita adalah seperti selawat di dalam tahiyyat sewaktu kita bersolat. 

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

وأما ما قاله بعض أصحابنا وابن أبي زيد المالكي من استحباب زيادة على ذلك وهي: "وارحم محمدا وآل محمد" فهذا بدعة لا أصل لها. وقد بالغ الإمام أبو بكر العربي المالكي في كتابه "شرح الترمذي" في إنكار ذلك وتخطئة ابن أبي زيد في ذلك وتجهيل فاعله، قال: لأن النبي صلى الله عليه وسلم علمنا كيفية الصلاة عليه صلى الله عليه وسلم، فالزيادة على ذلك استقصار لقوله، واستدراك عليه صلى الله عليه وسلم ، وبالله التوفيق.

Maksudnya: “Dan adapun apa yang diucapkan oleh sebahagian sahabat kami dan ibnu Abi Zaid Al-Maliki tentang sunnahnya menambah selawat lebih dari demikian (yang telah diajarkan) iaitu dengan membaca: “Dan sayangi Muhammad dan keluarga Muhammad” maka ini adalah bid’ah yang tidak ada asal baginya. Dan Imam Abu Bakar Al-‘Arabi Al-Maliki di dalam kitabnya ‘Syarah At-Tirmizi’ telah menyebutkan akan mungkarnya perbuatan tersebut dan Ibnu Abi Zaid menyalahkan hal itu dan menganggap pelakunya sebagai jahil, Dia berkata: Ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada kita bagaimana mengucapkan selawat padanya, tambahan yang demikian itu menimbulkan tanggapan bahawa apa yang disabdakan oleh baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih kurang, semoga Allah memberinya taufiq.” (Al-Adzkar, Imam An-Nawawi, dalam maktabah syamilah, hal 116)

Antara kepercayaan karut yang terdapat di dalam kitab Berzanji antaranya adalah mempercayai akan kewujudan Nur Muhammad yang merupakan makhluk pertama yang diciptakan sebelum makhluk-makhluk lain diciptakan. Ini sebagaimana tercatit di dalam kitab berzanji yang berbunyi:

“Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selawat ke atas Nur yang telah dijadikanNya terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya iaitu Nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya.” (Lihat terjemahan Maulid Berzanji oleh Zulkifli Mat Isa, Jahabersa)

Kisah Nur Muhammad ini boleh didapati di dalam suatu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansari, akan tetapi hadis ini adalah palsu (maudu') kerana hadis ini tidak diperolehi dari kitab-kitab hadis yang masyhur seperti sunan sittah dan tidak juga oleh Imam-Imam hadis yang lainnya.

Para ulama yang membincangkan perihal apakah makhluk yang pertama diciptakan juga tidak pernah memasukkan Nur Muhammad ke dalam senarai perselisihan mereka sebagai makhluk yang pertama. Yang ada hanyalah Arasy, Qalam, air dan sebagainya.

Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah ketika mengulas hadis-hadis mengenai makhluk yang awal dicipta, tiada satu pun yang berhubung dengan Nur Muhammad adalah makhluk pertama dijadikan. Beliau hanya menyebut perselisihan pendapat ulama mengenai Arasy, Qalam dan air, yang mana lebih awal dijadikan oleh Allah Ta’ala. (Kisah-Kisah Para Nabi Yang Tidak Boleh Dijadikan Hujah, Dr. Basri Ibrahim, Darul Nu’man, hal 15)

Antara dalil-dalil yang menunjukkan makhluk pertama diciptakan adalah berdasarkan hadis dari Waki’ bin Hudus dari ayah saudaranya Abu Razin radiallahu ‘anhu berkata:


يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ خَلْقَهُ قَالَ كَانَ فِي عَمَاءٍ مَا تَحْتَهُ هَوَاءٌ وَمَا فَوْقَهُ هَوَاءٌ وَخَلَقَ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ قَالَ أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ قَالَ يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ الْعَمَاءُ أَيْ لَيْسَ مَعَهُ شَيْء

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, di mana Tuhan kita berada sebelum Dia mencipta makhlukNya?” Jawab baginda: “Adalah Dia dalam al-Ama’, tiada di bawahnya udara dan tiada di atasnya udara dan Dia mencipta ArasyNya di atas air”. Kata Ahmad bin Mani’ (perawi hadis): Berkata Yazid bin Harun: “al-‘Ama’ yakni tiada suatupun bersamaNya.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad; Al-Albani mengatakan hadis ini dhaif dan sebahagian dihasankannya – Misykat Mashobih, no: 5728)

Dan Hadis dari Abi Hafsah radiallahu ‘anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ قَالَ رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya: “Sesungguhnya benda yang paling awal dicipta Allah adalah al-Qalam (pena), lalu Dia berfirman kepadanya: “Tulislah”. Berkata Qalam: “Wahai Tuhanku, apa yang hendak aku tulis?”. Allah berfirman: “Tulis takdir-takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad; Disahihkan oleh Al-Albani – Sahih wa Dha’if Sunan Abi Daud, no: 4700)

Manakala sebuah atsar yang mauquf dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma pula berkata:


وكان عرشه على الماء على أي شيء كان الماء يومئذ قال على متن الريح

Maksudnya: “Dan adalah ArasyNya di atas air, pada hari itu air berada di atas apa? Beliau menjawab: “Di atas angin.” (Hadis riwayat Al-Hakim; sahih di atas syarat Bukhari dan Muslim. Al-Albani juga mengatakan sahih di dalam Dzilalil Jannah, no: 584)

Syeikh al-Mubarakfuri rahimahullah berkata:

قال في الأزهار أول ما خلق الله القلم يعني بعد العرش والماء والريح

Maksudnya: “Berkata dalam al-Azhar: Awal yang dicipta Allah adalah al-Qalam maksudnya selepas Arasy, air dan angin”. (Tuhfatul Ahwazi, Muhammad Abdul Rahman al-Mubarakfuri, 6/307, Dar al-Kutub al-Ilmiah-Beirut)

Demikianlah cerita awal makhluk adalah Nur Muhammad sebenarnya adalah karut dan berdasarkan hadis-hadis yang palsu semata. Golongan yang banyak membela kisah Nur Muhammad ini adalah kebanyakan dari golongan tarekat sufi. Juga tidak ketinggalan dahulu kumpulan Al-Arqam atau nama kemudian mereka Rufaqa yang telah difatwakan sebagai sesat pernah mencipta sebuah lagu dan didendangkan oleh kumpulan Qatrunnada dan Mawaddah (kumpulan wanita), iaitu sebuah lagu yang bertajuk “Mari mengenal Nabi.” Antara isi lagunya ialah:

“Dia adalah makhluk yang pertama dan utama
Yang paling dicintai Tuhan yang diberi nama Nur Muhammad
Dari Nur Muhammad inilah seluruh yang ada diciptakan
Syurga neraka dunia akhirat manusia dan lain-lainnya”


Lirik lagu di atas ini jelas fahaman mereka al-Arqam atau Rufaqa atau juga sekarang ini dengan nama terbaru mereka lagi iaitu Global Ikhwan, mereka berpegang dengan fahaman Nur Muhammad sebagaimana juga pada kebanyakan ahli tarekat sesat yang lainnya juga befahaman sebegini. Jika hendak dibicarakan lebih terperinci mengenai hal ini, akan memerlukan lebih banyak ruangan yang mana saya kira di sini bukanlah tempatnya. Ini kerana terdapat banyak lagi syubhat-syubhat mereka (para pendokong Nur Muhammad) yang mereka perindah dan menyusunnya sehinggalah nampak seakan-akan pegangan Nur Muhammad ini hanya termasuk dalam masalah khilafiah yang boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Padahal masalah ini seharusnya bergegas dikembalikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih serta para ulama As-Salaf. Serta tidak mengikuti ayat-ayat yang samar-samar yang dijadikan tempat menimbulkan fitnah dikalangan manusia.

Firman Allah Ta’ala:

Maksudnya: “Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.” (Ali-Imran: 7)

Bersambung pada bahagian 2...

Selasa, 10 November 2009

MENJAWAB ARTIKEL TULISAN MAHFUZ MUHAMMAD

Berikut ini ceramah mp3 Ustaz Fathul Bari yang diadakan di Masjid Sentua, Utan Aji Perlis pada 8 november 2009. Ceramah beliau ini menjawab terhadap rencana (artikel) di akhbar bertajuk "WASPADA TAJDID WAHABI" yang ditulis Mahfuz Muhammad.

Sila klik button di bawah ini untuk mendengar jawapan tersebut (melalui 4shared):



Atau klik button di bawah ini (download melalui mediafire):


Isnin, 9 November 2009

Bantahan Terhadap Rencana “Bahaya Wahabi”

Harian Metro telah memaparkan satu rencara (artikel) bertajuk Bahaya Wahabi yang ditulis oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin. Artikel ini menjelaskan: “Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.”

Dijelaskan lagi: “Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru. Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.”

Oleh itu, saya ingin menjawab beberapa masalah yang disentuh oleh penulis yang mana ianya sebenarnya hanyalah sebuah dusta yang dilemparkan terhadap “Wahabi” juga menjawab kepada para pembenci Wahabi yang tak pernah sudah mencari ruang untuk menebarkan fitnah mereka sama ada melalui internet, akhbar mahupun seminar-seminar yang mereka anjurkan.

Di dalam artikel tersebut penulis berkata: “GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.”

Apa yang dinyatakan oleh penulis adalah benar, namun apakah ada kaitan dengan bahayanya wahabi (menurut penulis tersebut) kepada masyarakat seperti yang dikatakan, sedangkan perkara paling berbahaya yang sepatutnya hendak dihindari adalah pencemaran akidah, khurafat dan bid’ah tersebut. Apakah perbuatan Muhammad bin Abdul Wahab yang ingin membanteras itu semua salah?

Keadaan disekitar Najd ketika itu, penuh dengan kesyirikan, kejahilan serta kebid’ahan. Syeikh Ali Tantawi berkata: “Orang awam percaya mereka boleh mendapat kebaikan dan menjauhkan musibah dengan meminta kepada kubur-kubur Nabi dan orang-orang alim, termasuklah pokok-pokok, busut-busut serta patung-patung. Mereka menyeru kepada benda-benda ini dan mereka berkorban atas nama orang-orang tersebut. Memuji yang mati menjadi popular. Daerah yang paling banyak amalan jahiliah baru ini.” (Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hal 22)

Syeikh Abdul Latif bin Abdurrahman yang merupakan salah seorang ulama yang menjadi pengikut Muhammad bin Abdul Wahab berkata: “Orang-orang yang hidup semasa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab pada waktu itu benar-benar menderita krisis Islam yang cukup serius, sendi-sendi agama yang murni mengalami keruntuhan, tradisi ala jahiliah bermaharajalela di mana-mana, tanda-tanda syariat meredup, kebodohan dan penolakan terhadap Al-Quran dan sunnah Nabi semakin marak, seorang anak yang membesar sehingga memiliki uban tidak mengenal agama sama sekali, dan orang tua hingga nyanyuk hanya menerima cerita-cerita dukun dan toghut dari nenek moyang mereka. Mereka menanggalkan nilai-nilai agama, memohon pertolongan kepada selain Allah, dan bergantung kepada para wali, orang-orang soleh, patung-patung berhala dan syaitan.” (Hanya Islam Bukan Wahabi, Prof. Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql, Darul Falah, hal 20-21)

Demikianlah keadaan di Najd pada ketika itu yang sememangnya diperlukan suatu gerakan untuk mengembalikan dari kesyirikan kepada Tauhid dan daripada kebid’ahan kepada amalan-amalan yang sunnah. Maka sudah barang tentu dakwah yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sangatlah wajar untuk menjadi prioriti (keutamaan) sebagaimana Dr. Yusuf Al-Qardawi juga pernah mengulas tentang dakwah Syeikh di dalam kitabnya Fiqh Aulawiyat:

“Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab memberi keutamaan dan tumpuan di dalam bidang Aqidah. Beliau memberi tumpuan utama terhadap penjagaan tauhid daripada sebarang perlakuan syirik terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala dan juga berusaha membanteras semua jenis khurafat yang berlaku di sekitar dan pada zaman beliau. Beliau komited dan istiqamah di dalam memastikan dakwahnya berjalan seiring dengan perbuatan dan perilaku di dalam memusnahkan segala bentuk perlakuan syirik dan khurafat. Sehinggalah beliau banyak menulis kitab-kitab dan surat-surat di dalam menjelaskan manhajnya.” (Dinukil daripada kertas kerja Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab bertajuk “Jawapan kepada tohmahan-tohmahan terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab”, Syeikh Ihsan bin Muhammad bin ‘Ayish Al-‘Utaybi, hal 20.)

Seterusnya penulis artikel tersebut berkata: “Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat. Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.”

Penulis tersebut membuat dakwaan sebagaimana juga dakwaan para penentang dakwah salafiah lainnya atau lebih dikenali dengan penyebutan yang mereka (para penentang salafi) menamakannya dengan “Wahabi”. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tidak pernah pun mencerca ulama ahli sunnah bahkan beliau pernah menyuruh agar orang awam mengikuti mazhab-mazhab ahli sunnah dikalangan empat mazhab dan melarang keluar darinya.

Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab, menulis dalam risalahnya sebagai ringkasan dari beberapa hasil karya ayahnya, Syeikh Ibnu Abdul Wahab, seperti berikut: "Bahawa mazhab kami dalam Ushuluddin (Tauhid) adalah mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, dan cara (sistem) pemahaman kami adalah mengikuti cara Ulama Salaf. Sedangkan dalam hal masalah furu’ (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar dari mazhab empat, seperti mazhab (Syi’ah yang terdiri daripada - edt) Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain-lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah sama sekali mengaku bahawa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq, juga tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang berani mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang kalau kami lihat di sana ada nas yang jelas, baik dari Al-Quran mahupun Sunnah, dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang menasakhkannya, atau yang menkhususkannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang Imam empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anut (yakni mazhab Hanbali)...” (Shiyanah al-Insan, Syeikh Muhammad Basyir as-Sahsawani, hal 473)

Masalah doa qunut merupakan masalah furu’ (cabang) yang sebenarnya hanya dibesar-besarkan oleh golongan yang tidak mahu mendengar pendapat lain (terutama dalam mazhab Hanbali) walaupun yang sebenarnya pendapat tersebut merupakan salah satu pendapat anak murid Imam Asy-Syafi’i juga iaitu Imam Ahmad bin Hanbal rahimahumallah.

Syeikh Ibn Utsaimin rahimahullah pernah ditanya: Sekiranya makmum solat dibelakang Imam yang sentiasa membaca doa qunut dalam solat subuh, adakah makmum perlu mengikuti dan mengaminkan doa tersebut?

Maka syeikh Ibn Utsaimin pun menjawab: “Imam Ahmad (bin Hanbal) rahimahullah menegaskan perlu mengikuti dan mengaminkan doa qunut yang dibaca oleh Imam itu.” (Majmuk Fatawa Ibn ‘Utsaimin, jil 14, ms. 177)

Jika sekiranya seseorang yang berpendapat tidak ada qunut subuh melakukan solat dibelakang Imam yang berpendapat adanya qunut subuh, tetap sahaja dia perlu mengangkat tangannya bagi menepati Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya dijadikan seorang Imam itu adalah untuk diikuti.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun yang sahihnya, qunut subuh tidak disyariatkan. Saya nukilkan perkataan Sayid Sabiq rahimahullah dalam bukunya Fiqhus Sunnah, beliau berkata:

“Adapun hadis yang kedua (yakni hadis yang menyatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berqunut selama hayatnya - edt), maka di dalam sanad hadis itu ada seorang yang bernama Ja’far Ar-Razi. Dia bukan seorang yang kuat dan hadisnya tidak dapat dijadikan sebagai hujah, sebab tidak masuk dalam akal kita bahawa selama hidupnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berqunut dalam solat subuh, tetapi ditinggalkan begitu sahaja oleh para khalifah sesudahnya. Bahkan ada keterangan bahawa Anas sendiri juga tidak berqunut dalam solat subuh...” (Fiqhus Sunnah, Sayid Sabiq, dalam maktabah syamilah, 1/199)

Adapun dalam masalah zikir setelah solat, maka cukup kiranya saya membawakan pendapat Imam Syafi’i yang mana ianya menjadi pegangan bagi mereka yang menentang wahabi.

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata:

واختيار للامام والمأموم أن يذكر الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يجب أن يتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر

“Imam dan makmum boleh memilih sama ada ingin berzikir kepada Allah (atau tidak) selepas solat. Dan mereka hendaklah memperlahankan zikir kecuali dia merupakan seorang imam. Imam wajib mengajari makmum berzikir, maka hendaklah dia kuatkan zikirnya sehingga dia melihat bahawa telah dipelajari darinya (zikir-zikir tersebut). Kemudian hendaklah dia perlahankan semula. (Al-Umm, Kitab As-Solah, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150)

وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلم الناس منه ذلك لان عامة الروايات التى كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تهليل ولا تكبير وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصفت ويذكر انصرافه بلا ذكر وذكرت أم سلمة مكثه ولم يذكر جهرا وأحسبه لم يكث إلا ليذكر ذكرا غير جهر

“Aku berpendapat baginda (Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam) menguatkan suara ketika berzikir hanya untuk seketika sahaja. Tujuannya agar para sahabat dapat mempelajari zikir itu daripadanya. Ini kerana, kebanyakan riwayat yang telah kami tulis sama ada bersama kitab ini (Al-Umm) atau selainnya langsung tidak menyebut adanya bacaan tahlil atau takbir selepas baginda memberi salam. Kadang-kadang riwayat yang datang menyebut baginda berzikir selepas solat seperti apa yang aku nyatakan (secara kuat) dan kadangkala baginda beredar (meninggalkan saf) tanpa berzikir. Menurut apa yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, baginda tidak berzikir secara kuat selepas solat. Oleh itu, aku berpendapat bahawa baginda tidak akan duduk sama sekali kecuali berzikir tanpa dikuatkan suara.” (Al-Umm, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150-151)

Penulis artikel berkata lagi: “Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.”

Saya katakan, yang sebenarnya penulis tersebut yang secara halus menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini, menjadikan mereka pentaqlid (pengikut tanpa tahu dalil), tidak mahu mengkaji sejauh mana ketepatan pegangan mereka dalam sesuatu amalan tertentu. Sedangkan Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berpesan:

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا ما قلت. وفي رواية: فاتبعوها ولا تلتفتوا إلى قول أحد.

“Jika kamu menemui dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah pendapatku itu.” Dan dalam riwayat yang lain: “Maka kamu mengikutinya dan janganlah kamu berpaling kepada pendapat seseorang.” (An-Nawawi dalam Al-Majmu’, 1/63; dinukil dari buku Sifatus Solatin Nabi karya Al-Albani)

كل مسألة صح فيها الخبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي

“Setiap masalah sahihnya hadis dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menurut ahli hadis itu bertentangan dengan apa yang aku katakan, pasti aku akan menariknya semula sama ada semasa hidupku mahupun setelah kewafatanku.” (Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, 9/107; dinukil dari buku Sifatus Solatin Nabi karya Al-Albani)

Sungguh penulis artikel tersebut yang telah terkeliru dengan pendapat mereka melupakan pesanan-pesanan Imam Syafi’i rahimahullah ini sendiri. Wallahua’lam.

Penulis artikel berkata lagi: “Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.”

Inilah antara bahan-bahan dan argumentasi mereka untuk menolak kebenaran serta berkeras untuk terus bertaqlid dengan pegangan mereka semata dan tidak mahu orang lain berubah untuk mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Sedangkan mereka tidak mempunyai bukti pada dakwaan mereka itu. Lihatlah ketika mana seorang lagi penentang wahabi negara ini yang bernama Zamihan Al-Ghari mengatakan pendukung Sunnah Malaysia Menolak Ijmak, maka alhamdulillah Dr. Azwira Abdul Aziz -semoga Allah menjaga beliau- telah membantah tuduhan tersebut dan begitu juga tuduhan-tuduhan yang lainnya yang berupa fitnah dan pembohongan di dalam bukunya “Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?” Lihat halaman 288 hingga 292. Silalah rujuk buku tersebut.

Seterusnya lagi penulis artikel tersebut berkata: “Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka. "Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari...” Sehingga beliau berkata: “Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan dakwah di Malaysia, silalah merujuk buku “Aliran Dakwah di Malaysia Satu Titik Pertemuan” karya Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah keluaran Karya Bestari. Di dalam buku ini dengan jelas menceritakan perjalanan dakwah di Malaysia dengan mengemukakan bukti-bukti melalui referensinya di bahagian akhir buku tersebut, sehingga kita dapat melihat perbezaan yang amat ketara sekali berbanding penceritaan yang dibawa oleh golongan yang membenci wahabi yang sering melontarkan tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah yang tiada mempunyai bukti sekalipun.

Sewaktu timbul polemik yang hangat pada tahun 1958 sekitar buku “Ibadat Rasulullah” oleh Abu Bakar Al-Ashaari dari perlis, sehinggalah Mufti Johor memfatwakan bawa buku itu “penuh dengan kebohongan”, maka reaksi dari itu Prof. Dr. Hamka menulis satu buku yang berjudul “Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor” untuk menjelaskan dan menegur fatwa Mufti tersebut. Saya tidak ingin membuat penyalinan yang panjang apa yang ditulis oleh Prof. Dr. Hamka tersebut. Apa yang ingin saya katakan, setelah saya membaca tulisan Prof. Dr. Hamka tersebut maka saya mendapati bahawa fatwa mufti Johor tersebut hanyalah jauh panggang dari api, ia sedikit pun tidak mengenai pada golongan yang disebut sebagai Kaum-Muda atau Wahabi itu. Bacalah buku tersebut bagi sesiapa yang ingin mengetahuinya.

Seterusnya lagi, penulis artikel Bahaya Wahabi dalam akhbar metro itu berkata lagi: “Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.”

Buku tersebut tidak lebih hanyalah hujah-hujah yang sudah berkali-kali diputarkan oleh mereka yang menentang wahabi kerana salah satu penyebab mereka membenci wahabi adalah wahabi menentang amalan bid’ah. Lalu mereka mulalah menimbulkan syubhat bahawa Saidina Umar Al-Khattab juga telah membuat bid’ah? Mereka mengambil perkataan Saidina Umar ini adalah dari hadis riwayat Bukhari, no: 2010.

Maka untuk menjawab syubhat ini, saya bawakan perkataan Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah, beliau berkata: "Adapun yang terdapat dalam perkataan ulama Salaf yang menganggap baik sebahagian bid'ah, maksudnya ialah bid'ah menurut bahasa, bukan bid'ah menurut syarak. Di antaranya perkataan Umar radiallahu ‘anhu tatkala memerintahkan kaum muslimin untuk melaksanakan solat Terawih pada bulan ramadhan di satu tempat dengan dipimpin oleh seorang Imam, beliau berkata: "Inilah sebaik-baik bid'ah." Dan yang dimaksudkan dengan perbuatan (Umar) ini, ianya tidak dilakukan dalam bentuk ini sebelumnya (yakni di zaman Abu Bakar radiallahu ‘anhu.). Akan tetapi, ianya ada asalnya pada syariat yang kembali kepadanya (kerana Nabi ada melakukannya)." (Jami' Al-'Ulum wal Hikam, jilid 2, ms. 128)

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: "Kebanyakan orang menggunakan perkataan Umar radiallahu ‘anhu sebagai dalil untuk mendokong adanya bid'ah hasanah. Sedangkan bid'ah di sini adalah penamaan secara bahasa bukan penamaan secara syarak. Dan demikian kerana erti bid'ah menurut bahasa merangkumi semua yang dikerjakan tanpa adanya contoh yang mendahuluinya. Adapun bid'ah menurut syarak ialah setiap apa-apa yang tidak ada dalil syarak yang menunjukkan amalan ini (disyariatkan)." (Iqtida' As-Sirath Al-Mustaqim, ms. 308)

Syeikh Muhammad Rasyid Redha rahimahullah berkata: "Perkataan bid'ah mempunyai 2 pengertian:

[1] Dari segi bahasa: iaitu sesuatu yang baru yang ia tidak didahului oleh sesuatu contoh sebelumnya. Berdasarkan makna ini, benarlah perkataan mereka bahawa bid'ah menurut bahasa ini termasuk bahagian hukum yang lima. Sepertimana perkataan Umar radiallahu ‘anhu ketika beliau menyuruh manusia untuk melakukan solat Terawih secara berjemaah dengan seorang imam dengan ucapan "sebaik-baik bid'ah ialah ini."

[2] Dari segi syarak: iaitu apa-apa yang tidak ada pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak ada perintah agama yang datang atasnya seperti masalah aqidah, ibadah, dan pengharaman sesuatu menurut agama sepertimana yang tersebut dalam hadis "Maka setiap apa yang diada-adakan adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah sesat." Sesuatu masalah agama yang tidak tidak ada pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah kesesatan. Kerana Allah Ta’ala telah pun menyempurnakan agama dan nikmatNya atas ciptaanNya. Maka tidak boleh seorangpun setelah Nabi s.a.w. menambah dalam perkara agama baik dalam masalah aqidah, ibadah, syi'ar Islam, tidak pula mengurangi dan merubah sifat yang ada di dalamnya seperti menjadikan solat jahriyah iaitu yang dikuatkan bacaannya, tidak pula sebaliknya. Juga tidak menjadikan sesuatu yang mutlak menjadi sesuatu yang tertentu disebabkan waktu, tempat, kesepakatan golongan tertentu, ataupun pendapat seseorang yang tidak datang dari pembuat syariat (Allah)." (Al-Luma' Fi Ar-Rad 'Ala Muhassini Al-Bida', Abdul Qaiyum bin Muhammad Al-Syaibani, ms. 25-26)

Demikianlah Saidina Umar tidak berbuat bid’ah sedikit pun. Bahkan apa yang beliau lakukan adalah suatu sunnah yang dituntut, lebih-lebih lagi beliau adalah termasuk Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin yang direkomen untuk kita berpegang dengannya sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

Daripada Al-Irbath bin Sariyah radiallahu ‘anhu berkata: "Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata. Kami berkata: "Wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat perpisahan, maka berikanlah wasiat kepada kami. Maka baginda pun bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walaupun orang yang memimpin kamu adalah hamba sahaya. Sesiapa dikalangan kamu yang panjang umurnya, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah khulafa' al-Rasyidin yang diberi petunjuk setelahku. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kamu. Dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama). Kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid'ah dan semua bid'ah itu adalah sesat." (Hadis riwayat At-Tirmizi, no: 2815, Abu Daud, no: 3607, Ibn Majah, no: 42, Ahmad 4/126 dan lain-lain)

Dan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang lainnya pula berbunyi: Daripada Jabir bin Abdullah radiallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam khutbahnya, bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam Dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang diada-adakan dan setiap bid'ah adalah sesat." (Hadis riwayat Muslim, no: 2002, An-Nasai, no: 1577, Abu Daud, no: 4607 dan lain-lain)

Ibn Rajab rahimahullah ketika mengulas sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam "Semua bid'ah adalah sesat." Dia berkata: "Hadis ini di antara perkataan yang menyeluruh. Tidak ada suatu pun yang terkeluar daripadanya. Dan ia adalah usul yang agung yang merupakan usul agama." (Jami' Al-'Ulum wal Hikam, jilid 2, ms. 128)

Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah pula berkata tentang hadis ini: "Kaedah syar'iyyah yang menyeluruh (terkandung dalam hadis ini). Adapun lafaznya, seolah-olah dikatakan: "Hukum ini adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah sesat. Maka bid'ah itu tidak termasuk dari perkara syari'at kerana semua syari'at adalah petunjuk. Apabila telah tetap hukum yang disebut itu adalah bid'ah, maka berlakulah "Semua bid'ah adalah sesat" baik secara lafaz ataupun makna dan inilah yang dimaksudkan." (Fathul Baari, jilid 13, ms. 267)

Abdullah bin Mas'ud radiallahu ‘anhuma berkata: "Ikutilah oleh kamu akan perintah agama dan janganlah kamu mengada-adakan dalam urusan agama. Sesungguhnya kamu telah dicukupkan oleh agama ini. Dan semua bid'ah adalah sesat." (Syarah I'tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, Al-Lalika-i, jilid 1, ms. 96, no: 104)

Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhuma pula berkata: "Semua bid'ah adalah sesat, walaupun manusia menganggap bid'ah itu hasanah (baik)." (Syarah I'tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, 1/103 dan Al-Ibanah oleh Ibn Battah, jilid 1, ms. 339, no: 205)

Imam Malik rahimahullah berkata: "Sesiapa yang membuat bid'ah dalam urusan agama Islam, dia menganggap bid'ah yang dilakukannya itu hasanah (baik), Maka sesungguhnya dia telah menyangka bahawa Muhammad s.a.w. telah mengkhianati Risalah, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan agamaKu bagi kamu. Dan Aku telah redha bahawasanya Islam sebagai agama kamu." (Al-Maidah: 3). Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari tersebut, ia tidaklah pula menjadi agama pada hari ini." (Al-I'tisam oleh Imam Al-Syatibi, jilid 2, ms. 283)

Akhir sekali penulis tersebut berkata: “Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.”

Perkataan penulis ini kontradiksi, masakan wahabi bukan ajaran sesat dan tidak termasuk dalam 72 golongan yang sesat  namun menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat? Sepatutnya ajaran sesatlah yang menimbulkan ketegangan kerana mereka akan merosakkan aqidah para pengikut mereka dan kebanyakan mereka pula (ajaran sesat) suka mengambil jalan yang sukar dalam beragama, kononnya untuk mencapai ke peringkat makrifat atau hakikat dan sebagainya.

Padahal Allah Ta’ala berfirman:

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah: 286)

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Al-Baqarah: 185)

وما جعل عليكم في الدين من حرج

Maksudnya: “Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Hajj: 78)

Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

إن هذا الدين يسر، ولن يشاد الدين أحد إلا غلبه

Maksudnya: “Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidaklah sekali-kali bagi seseorang yang menyukarkan agama ini, melainkan dia akan dikalahkan.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Sebenarnya yang cuba menimbulkan ketegangan adalah kelompok yang tidak mahu berganjak untuk berubah pandangan serta masih tetap berada dibawah tempurungnya, tidak mahu masyarakat mengetahui hal ehwal di luar lingkungan yang mazhab yang mereka anuti. Sedangkan begitu ramai masyarakat yang masih ketandusan ilmu yang benar, begitu juga dengan pegangan benar. Namun apabila ada golongan yang cuba menyebarkan dakwah yang benar ini, merekalah yang cuba menghalanginya dengan melemparkan syubhat mereka, supaya masyarakat tidak tahu akan hal sebenar, dan tetap bersama-sama mereka berada di bawah tempurung. Semoga Allah membuka hati mereka untuk menerima kebenaran.

Allah Ta’ala berfirman:

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الأَلْبَابِ

Maksudnya: “Mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” (Az-Zumar: 18)

Wallahu Ta’ala A’lamu Bis-Sowab

Selasa, 3 November 2009

BAHAYA PEMIKIRAN SAYYID QUTHB

Oleh:
Al-Ustadz Muhammad ‘Umar As-Sewed Hafizahullah

Bukan riwayat hidup beliau yang akan saya tulis dalam kertas ini. Sudah terlalu banyak orang yang menuliskannya dengan indah, bahkan kadang berlebihan. Bukan pula perhitungan amal dan perbandingan antara kebaikan dan kejelekan yang akan saya terangkan karena perhitungan amal dan hisab akan Allah tegakkan di hari perhitungan kelak dengan teliti dan akan Allah balas dengan seadil-adilnya.

Saya hanya menukilkan nasihat untuk seluruh kaum muslimin agar berhati-hati dari pemikiran Sayid Quthb yang berbahaya dan telah dituangkan kepada kaum muslimin dengan berbagai macam bahasa. Pemikiran beliau ini laku keras di pasaran karena kekaguman kaum muslimin kepada gerakan, keberanian dan digantungnya beliau oleh tirani Mesir. Sehingga ketika mereka mendengar peringatan Ahlus Sunnah dari bahaya pemikiran Sayid Quthb, mereka tersentak kaget. Jantung mereka seakan berhenti sesaat. “Seorang pejuang Islam yang mati syahid di tiang gantungan tirani Mesir dikatakan sesat?” Seakan-akan orang yang mati di tiang gantungan tidak mungkin memiliki penyelewengan dan bahaya pemikiran.

Maka untuk Allah ‘Azza wa Jalla, kemudian untuk kebaikan dan keselamatan manhaj kaum muslimin serta untuk kebaikan Sayid Quthb sendiri yaitu agar penyelewengan dan kerancuan pemikirannya tidak diikuti oleh orang yang lebih banyak yang berarti menambah dosanya, kami akan jelaskan beberapa pemikiran beliau yang sangat berbahaya khususnya dalam masalah pengkafiran kaum muslimin. Semoga dapat bermanfaat bagi kita dan dapat berhati-hati darinya. Untuk membongkar kesesatan pemikiran Sayid Quthb, maka saya memakai kitab Adlwa’ Islamiyah ‘ala Aqidah Sayid Quthb oleh Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidhahullah sebagai rujukan utamanya.

KERANCUAN PEMAHAMAN SAYID TERHADAP “LA ILAAHA ILLALLAH”

Pemikiran takfir Sayid Quthb merupakan akibat dari akidah dan keyakinan yang salah terhadap makna kalimat tauhid laa ilaaha illallah. Dia menafsirkan kata ilah dengan al-hakim (yang menghukumi). Penafsiran ini persis seperti pemikiran Abul A’la Al-Maududi yang ternyata mengambil pemahaman ini dari seorang ahli filsafat barat, yaitu Haigle dalam bukunya Al-Hukumah Al-Kulliyah (Pemerintahan yang Menyeluruh). Syaikh Nadzir Al-Kasymiri (seorang ulama salaf di India) berkata: “Syaikh Maududi menampilkan pemikiran filsafat barat dari buku Al-Hukumah Al-Kulliyah dengan dibungkus pemikiran Islam.” (Adlwa’ Islamiyah hal. 59)

Sebagai contoh, kita nukilkan di sini terjemahan ucapan Sayid dalam bukunya Al-Adalah Al-Ijtima’iyah (Keadilan Sosial) hal. 182 cet. 12: “Sesungguhnya perkara yang menyakinkan dalam Dien ini adalah bahwasanya tidak akan tegak di hati ini akidah dan tidak pula dalam kehidupan dunia, kecuali dengan mempersaksikan bahwasanya laa ilaha illallah, yaitu laa hakimiyata illa lillah (tidak ada kehakiman kecuali untuk Allah), hakimiyah yang berujud qadla dan qadar-Nya sebagaimana terwujud dalam syariat dan perintahnya.”

Demikian pula ucapannya dalam menafsirkan surat Al-Qashash: Huwallahulladzi la ilaha illahuwa. Dia berkata: “Yaitu tidak ada sekutu bagi-Nya dalam penciptaan dan ikhtiar.” (Fi Dhilalil Qur`an 5/2707)

Bahkan lebih jelas lagi dia berkata dalam tafsir surat An-Nas bahwa Al-ilah adalah al-musta’li, al-mustauli, al-mutasallith. (Fi Dhilal 6/4010) yang semuanya itu bermakna kurang lebih sama yaitu “Yang Menguasai”.

Demikianlah Sayid mempersempit makna ilah hanya kepada rububiyah dan melalaikan makna yang hakiki dari kata ilah yang mengandung makna uluhiyah yaitu “yang berhak untuk diibadahi”. Penafsiran Sayid ini jelas bertentangan dengan penafsiran para ulama Ahlus Sunnah.

Ibnu Jarir berkata dalam menafsirkan ayat dalam surat Al-Qashash di atas: “Allah yang Maha Tinggi sebutannya, Rabb kamu –wahai Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam— adalah yang berhak untuk diibadahi yang tidak layak peribadatan itu diberikan kecuali kepadaNya dan tidak ada yang boleh diibadahi kecuali Dia.” (Tafsir At-Thabari 20/102)

Demikian pula dalam Tafsir Ibnu Katsir dikatakan: “Yaitu yang menyendiri dengan uluhiyah dan tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Dia. Sebagaimana tidak ada penguasa yang menciptakan apa yang dikehendakinya dan memilih sekehendaknya kecuali Dia.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/398)

Demikianlah para ulama Ahlus Sunnah memahami kalimat tauhid seperti pemahaman para pendahulunya dari kalangan salafus shalih, yaitu tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah (uluhiyah) yang terkandung di dalamnya makna rububiyah dan asma wa sifat. Adapun pemahaman Sayid bahwa al-ilah adalah al-hakim atau al-musta’li, al-mustauli dan al-mutasallith (penguasa), maka perlu dipertanyakan dari mana dia mendapatkan pemahaman seperti ini. Siapa yang memahami demikian dari kalangan shahabat atau para ulama salaf?

Pemahaman ini jelas menyimpang karena Ahlus Sunnah secara umum telah memahami bahwa tauhid rububiyah –yaitu mengakui bahwa Allah penguasa dan pencipta— telah diakui oleh sebagian besar orang-orang musyrik jahiliyah.

Allah berfirman tentang mereka:


قُلْ لِمَنِ الأَرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلاَ تَتَّقُونَ قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلاَ يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ

Katakanlah: ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak ingat?’ Katakanlah: ‘Siapa pemilik langit yang tujuh dan pemilik ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’ Katakanlah: ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah: ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?’ (Al-Mukminun: 84-89)

Lupakah Sayid tentang ayat-ayat Allah yang menjelaskan makna kalimat tauhid dengan tauhidul ibadah, mengesakan Allah dalam beribadah kepada-Nya dan tidak beribadah kepada selain-Nya? Allah berfirman:


وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلاَّ نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: ‘Bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.’ (Al-Anbiya: 25)

Kita sama-sama mengetahui betapa luasnya makna ibadah yang mencakup keyakinan, kecintaan, ketaatan, pengabdian, pengagungan, ketundukan, kekhusyu’an, ketakutan, harapan dan juga mencakup amalan badan seperti sujud, ruku’, thawaf, doa, istighatsah, isti’anah, serta mencakup puji-pujian lisan seperti tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan lain-lain. Semua itu dilakukan oleh hamba karena rasa butuh hamba kepada Allah dalam rangka (menghambakan diri) dan beribadah kepada Allah. Tidak diberikan jenis-jenis peribadatan ini kecuali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Anehnya Sayid Quthb membawa nama Arab dan bahasa Arab dalam “pemahaman”nya itu. Dia berkata: “…bahwasanya mereka (orang-orang Arab) dahulu telah mengetahui dengan bahasa mereka apa makna ilah dan makna laa ilaha illallah.… Mereka mengetahui bahwa uluhiyah adalah hakimiyah yang paling tinggi.” (Fi Dhilal 2/1005).

Dia juga berkata pada halaman berikutnya: “Laa ilaha illallah sebagaimana yang dipahami oleh orang Arab yang mengerti apa-apa yang ditunjukkan oleh bahasanya yaitu: Tidak ada hakimiyah kecuali untuk Allah dan tidak ada syariat kecuali dari Allah serta tidak ada kekuasaan seseorang atas seseorang karena kekuasaan seluruhnya milik Allah.” (Fi Dhilal 2/1006).

Syaikh Rabi’ dalam membantah ucapan ini berkata: “Sesungguhnya apa yang dinisbahkan oleh Sayid kepada bahasa Arab yaitu tentang makna uluhiyah adalah hakimiyah, tidak dikenal oleh orang Arab dan tidak pula dikenal oleh pakar-pakar bahasa Arab ataupun selain mereka. Bahkan al-ilah menurut orang-orang arab adalah al-ma’bud (yang diibadahi) yang para hamba mendekatkan diri kepadaNya dengan ibadah disertai ketundukan, penghinaan diri, kecintaan dan ketakutan, … Bukan bermakna sesuatu yang mereka berhukum kepadanya.” (hal. 63)

Orang-orang Arab jahiliyah dahulu memiliki tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin yang mereka berhukum kepadanya, tetapi mereka tidak menamakannya dengan ILAH (sesembahan). Bahkan sebaliknya, mereka memiliki berhala-berhala yang mereka namakan ILAH-ILAH. Seperti LATTA yang berbentuk kuburan. UZZA yang berbentuk tempat keramat, serta patung-patung lainnya yang mereka bertawasul, berkurban dan beribadah kepadanya, tetapi mereka tidak menamakan perbuatan mereka dengan berhukum, bertahkim, atau HAKIMIYAH!

Demikian pula di masa mereka terdapat raja-raja di timur dan di barat, tetapi mereka tidak menamakannya dengan ILAH.

Ingat! Yang kita bantah di sini bukan kewajiban bertahkim kepada Allah, melainkan pemahaman sempit Sayid dengan mengatasnamakan bahasa Arab dan orang-orang Arab. Padahal sama sekali tidak dikenal dalam bahasa Arab bahwa makna ILAH adalah HAKIM.

KABURNYA PEMAHAMAN SAYID TERHADAP RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH

Kadang-kadang Sayid menafsirkan makna uluhiyah dengan rububiyah. Terkadang pula sebaliknya. Sayid berkata dalam tafsir Surat Ibrahim ayat 52: “Makna al-ilah adalah Dzat yang berhak untuk menjadi RABB yaitu yang menghakimi, Yang memiliki, Yang berbuat, Yang membuat syariat dan Yang mengarahkan.” (Fi Dhilal 4/2114)

Bahkan dia berkata bahwa pertikaian antara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kaum musyrikin jahiliyah adalah dalam masalah rububiyah. Berbeda dengan apa yang disampaikan oleh seluruh ulama ahlus sunnah. Dia mengatakan: “…perkara uluhiyah sedikit sekali menjadi bahan pertikaian pada kebanyakan orang-orang jahiliyah, khususnya jahiliyah Arab. Hanya saja yang selalu menjadi bahan pertikaian adalah masalah rububiyah. Yaitu masalah penerapan Dien pada kehidupan dunia ini, berupa amal nyata yang mempengaruhi kehidupan manusia.” (Fi Dhilal)

Dari ucapan ini terlihat bahwa Sayid tidak dapat membedakan antara uluhiyah dan rububiyah. Kemudian apakah akibat dari kerancuan pemahaman Sayid terhadap rububiyah dan uluhiyah dan sempitnya pandangan Sayid terhadap laa ilaha illallah ini?!

PENGKAFIRAN SAYID TERHADAP KAUM MUSLIMIN


Akibatnya sungguh mengerikan! Dia mengkafirkan seluruh kaum muslimin dan umat Islam secara tersirat dan tersurat dan meremehkan kesyirikan dalam masalah ibadah. Perhatikanlah ucapannya: “…termasuk dalam lingkup masyarakat jahiliyah adalah masyarakat yang mengaku dirinya muslim. Masyarakat tersebut masuk ke dalam lingkungan ini bukan karena meyakini uluhiyah kepada selain Allah dan tidak pula karena menghadapkan syiar-syiar ibadah kepada selain Allah, tetapi mereka masuk ke dalam masyarakat jahiliyah ini karena tidak beragama dengan ‘peribadatan’ kepada Allah dalam undang-undang kehidupan mereka. Maka yang demikian –walaupun mereka tidak meyakini uluhiyah seorang pun kecuali Allah— tetapi mereka telah memberikan yang paling istimewa dari keistimewaan-keistimewaan ketuhanan kepada selain Allah dan beragama dengan HAKIMIYAH kepada selain Allah….” (Fi Dhilal)

Tampak dari ucapannya bahwa masyarakat Islam hanya pengakuan, padahal sebenarnya mereka adalah masyarakat jahiliyah. Terkesan pula bahwa memberikan syiar-syiar ibadah kepada selain Allah adalah masalah sepele, bahkan sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali bahwa hampir pada semua tulisan Sayid dalam Fi Dhilalil Qur`an dan yang lainnya tidak memperdulikan para penyembah kubur, orang-orang yang melampaui batas terhadap ahlul bait dan para wali, serta orang-orang yang memberikan sifat uluhiyah dan ubudiyah kepada mereka. Dia tidak menghukumi manusia kecuali dengan penyelisihannya terhadap hakimiyah. Dan penafsiran Sayid terhadap la ilaha illallah tidak keluar dari HAKIMIYAH, KEKUASAAN dan KEPEMIMPINAN semata.

Juga ucapan Sayid ketika menafsirkan surat Yusuf ayat 106:


وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلاَّ وَهُمْ مُشْرِكُونَ

Tidaklah kebanyakan mereka beriman kepada Allah kecuali dalam keadaan musyrik. (Yusuf: 106)

Setelah Sayid menyebutkan syirik yang samar dia mengatakan: “Dan di sana ada syirik yang tampak jelas yaitu tunduk kepada selain Allah dalam salah satu urusan kehidupan dan tunduk kepada aturan syariat yang dijadikan (oleh manusia) sebagai hukum. Hal ini merupakan asas dalam kesyirikan yang tidak bisa dibantah. Demikian pula tunduk kepada adat-adat kebiasaan seperti mengadakan perayaan-perayaan, musim-musim yang diatur oleh manusia padahal tidak disyariatkan oleh Allah, tunduk kepada aturan pakaian yang menyelisihi apa yang diperintahkan oleh Allah untuk ditutupi dan membuka aurat-aurat yang syariat Allah telah menetapkan untuk ditutup[1]. Urusan seperti ini lebih dari sekedar pelanggaran dan dosa penyelisihan syariat, karena urusan itu merupakan ketaatan dan ketundukan kepada pemahaman yang umum pada masyarakat berupa ciptaan hamba dan meninggalkan perkara jelas yang muncul dari penguasa para hamba….

Sesungguhnya ketika itu bukan lagi dia sebagai dosa melainkan pensyariatan karena yang demikian merupakan ketundukan kepada selain Allah dalam perkara yang menyelisihi perintah Allah….” (Fi Dhilal 4/2023)

Dalam ucapan Sayid di atas terdapat dua bahaya besar: Pertama, pengkafiran kaum muslimin karena dosa-dosa seperti mengikuti adat kebiasaan, berpakaian yang menyelisihi syariat dan lain-lain. Kedua, penafsiran Al-Qur`an tidak seperti apa yang dikehendaki Allah, khususnya dalam masalah kesyirikan.

Hal ini terjadi karena Sayid bersikap ghuluw pada masalah hakimiyah sampai-sampai dia berkata: “Sesungguhnya kesyirikian mereka (jahiliyah) yang asasi bukan dalam keyakinan tetapi pada masalah hakimiyah.” (Fi Dhilal 3/1492)

Sungguh aneh pemahaman Sayid ini. Bagaimana kira-kira dia menghukumi raja Najasyi yang masuk Islam dengan keyakinannya dan belum sempat mempraktekkan hukum-hukum Islam dan belum menerapkan al-hakimiyah di negerinya? Kalau menurut pemahaman Sayid berarti dia tetap kafir karena –menurutnya— kesyirikan yang hakiki adalah pada penerapan hakimiyah dan bukan keyakinan!

Adapun pemahaman Ahlus Sunnah adalah pemahaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau bersabda kepada para shahabat ketika mendengar Raja Najasyi meninggal:


قَدْ تُوُفِّيَ الْيَوْمَ رَجُلٌ صَالِحٌ مِنَ الْحَبَشَةِ فَهَلُمَّ فَصَلُّوْا عَلَيْهِ. رواه البخاري

Telah meninggal hari ini seorang yang shalih dari Habasyah. Marilah kemari! Shalatkanlah dia! (HR. Bukhari dengan Fathul Bari 3/1320)

Bagaimana pendapat anda kalau raja Najasyi menerapkan hakimiyah tetapi tidak meyakini aqidah tauhid dan beribadah kepada kuburan-kuburan? Apakah Rasulullah akan menganggap dia sebagai muslim?!

ANGGAPAN SAYID BAHWA UMAT ISLAM TELAH LENYAP

Saudaraku kaum muslimin, sesungguhnya Sayid Quthb tidak menganggap keberadaan kita sebagai muslimin. Dia menganggap umat Islam telah lenyap dengan lenyapnya kekhilafahan! Lihatlah dia berkata dalam bukunya Hadlirul Islam wa Mustaqbaluh (Islam kini dan esok): “Kami mengajak untuk mengembalikan kehidupan yang islami dalam masyarakat yang islami dengan hukum aqidah Islam dan pandangan yang islami, sebagaimana dihukumi pula oleh syariat Islam dan aturan yang islami. Kita telah mengetahui bahwa kehidupan Islam seperti ini telah berhenti sejak lama di seluruh permukaan bumi. Dan keberadaan Islam pun telah berhenti….”

Tenanglah sebentar! Jangan tergesa-gesa menafsirkan dengan tafsiran pembelaan, karena Sayid akan berkata lebih jelas lagi, yaitu: “…kami menampakkan kenyataan yang terakhir ini walaupun akan menyebabkan munculnya benturan keras dan keputus asaan dari orang-orang yang masih tetap menginginkan untuk menjadi muslimin.”

Lihatlah dia menyebut kaum muslimin dengan ungkapan: “Orang-orang yang ingin menjadi muslimin!”

Ucapan yang hampir sama ia ucapkan pula dalam bukunya Al-Adalah Al-Ijtima’iyah, setelah dia membawakan ayat-ayat tentang hakimiyah: “Ketika kita memperhatikan seluruh permukaan bumi hari ini, di bawah cahaya ketetapan ilahi terhadap pemahaman Dien ini, kita tidak mendapatkan keberadaan Dien ini…. Sesungguhnya keberadaan Dien telah lenyap sejak kelompok terakhir dari kaum muslimin melepaskan pengesaan Allah dalam hakimiyah dalam kehidupan manusia. Yang demikian adalah ketika mereka meninggalkan berhukum dengan syariat Allah semata dalam segala aspek kehidupan.

Kita harus mengakui kenyataan pahit ini dan harus menampakkannya. Janganlah kita khawatir munculnya “putus harapan” dalam hati-hati kebanyakan orang-orang yang suka untuk menjadi muslimin. Mereka seharusnya meyakini bagaimana mereka dapat menjadi muslimin.

Sesungguhnya musuh-musuh Dien ini telah menjalankan usaha sejak beberapa abad dan masih tetap melaksanakan usaha-usaha maksimal yang menipu dan jahat untuk merampas kehendak kebanyakan orang yang ingin menjadi muslimin?” (Al-Adalah hal. 183-184)

Di sini terlihat pemikiran-pemikiran Sayid yang berbahaya di antaranya anggapan beliau bahwa:

1. Kehidupan Islam telah tiada.

2. Bahkan wujud Islam telah berhenti.

3. Anggapan bahwa kaum muslimin adalah orang-orang kafir jahiliyah yang menginginkan Islam.

4. Inti Islam yang hakiki adalah tauhid hakimiyah.

5. Dia mengharuskan dan menegaskan untuk mengumumkan pengkafiran umat Islam.

Adakah pengkafiran yang lebih jelas daripada pengkafiran Sayid Quthb ini?! Mana yang dinamakan pengkafiran kalau ucapan seperti ini tidak dinamakan pengkafiran? Perhatikanlah wahai orang-orang yang memiliki pandangan!

UMAT ISLAM TELAH MURTAD DAN ADZAB BAGI MEREKA LEBIH KERAS DARIPADA ORANG KAFIR LAINNYA

Sayid Quthb berkata: “Telah bergeser jaman, kembali seperti keadaan pada hari datangnya Dien ini kepada manusia (yaitu masa jahiliyah, pent). Telah murtad manusia menuju peribadatan kepada hamba-hamba dan menuju kerusakan agama-agama. Mereka telah berpaling dari la ilaha illallah, walaupun sekelompok dari mereka masih tetap mengumandangkan di menara-menara adzan la ilaha illallah tanpa memahami maksudnya, tanpa mengerti apa konsekwensinya, padahal dia mengulang-ulangnya. Juga tanpa menolak pensyariatan hakimiyah yang diaku oleh para hamba untuk diri-diri mereka. Hal ini sama dengan penuhanan (uluhiyah). Sama saja, apakah diaku oleh pribadi-pribadi atau team pensyariatan ataupun oleh masyarakat….” (Fi Dhilal 2/1057)

Bahkan lebih kejam lagi dia berkata: “…yaitu kemanusiaan seluruhnya, termasuk di dalamnya mereka yang mengulang-ulang di menara-menara adzan di timur atau di barat bumi ini kalimat laa ilaha illallah tanpa maksud dan tanpa kenyataan….

Mereka paling berat dosanya dan paling keras adzabnya karena mereka telah murtad kepada peribadatan para hamba setelah jelas baginya petunjuk dan karena mereka sebelumnya berada dalam Dien Allah.” (Fi Dhilal 2/1057)

Lihatlah betapa beraninya Sayid mengkafirkan kaum muslimin dan menganggap mereka orang-orang murtad yang paling keras adzabnya. Padahal mereka masih mengumandangkan adzan dan masih shalat. Lantas apa anggapan dia tentang peribadatan mereka di masjid-masjid?

MASJID MENURUT SAYID ADALAH TEMPAT PERIBADATAN JAHILIYAH

Bertolak dari pengkafiran dia terhadap masyarakat Islam, maka Sayid menganggap masjid-masjid mereka sebagai tempat-tempat peribadatan jahiliyah. Dia berkata ketika menafsirkan ucapan Allah dalam surat Yunus:

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: ‘Ambillah olehmu berdua beberapa rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat sembahyang dan dirikanlah olehmu sembahyang serta gembirakanlah orang-orang yang beriman. (Yunus: 87)

Dia berkata: “…inilah pengalaman yang Allah tunjukkan kepada kelompok mukmin agar menjadi teladan. Bukan khusus bagi Bani Israil. Tapi ini adalah pengalaman iman yang murni. Kadang-kadang orang-orang beriman mendapati diri-diri mereka terusir pada suatu hari dari masyarakat jahiliyah, karena fitnah telah merata, thaghut telah bertambah sombong dan manusia telah rusak, serta lingkungan telah membusuk. Demikian pula keadaan di jaman Fir’aun pada masa kini. Di sini Allah mengarahkan kita pada beberapa perkara:

1. Memisahkan diri dari masyarakat jahiliyah, busuknya, rusaknya dan kejelekannya sebisa mungkin. Dan mengumpulkan “kelompok mukmin” yang baik dan bersih dirinya untuk mensucikan, membersihkan dan melatih serta menyusun mereka hingga datang janji Allah untuk mereka.

2. Menghindari tempat-tempat peribadatan jahiliyah dan menjadikan rumah-rumah “kelompok muslim” sebagai masjid yang di sana mereka dapat merasakan keterpisahan mereka dari masyarakat jahiliyah. Kemudian di sana mereka melangsungkan peribadatan kepada Rabb mereka dengan cara yang benar. Dan melanjutkan dengan ibadah tersebut menuju semacam keteraturan (tandhim) dalam lingkungan suasana ibadah yang suci.” (Fi Dhilal 3/1816)

Apa yang terjadi kalau dakwah Sayid yang seperti ini dibiarkan?!

Jelas penafsiran yang batil ini akan mengakibatkan ditinggalkannya masjid-masjid dan munculnya Khawarij-Khawarij gaya baru yang memisahkan diri dari masyarakat Islam dan mengkafirkan mereka. Kemudian siapa yang dimaksud “kelompok mukmin”, “kelompok muslim” dalam masyarakat jahiliyah ini? Tentu pembaca dapat menebak dengan melihat akidah dan pemikiran Sayid yang telah dijelaskan. Ya tentunya yang dia maksud adalah dirinya dan orang-orang yang mengikuti pemikirannya.

JALAN KELUAR MENURUT SAYID


Islam telah lenyap, muslimin telah murtad, masyarakat muslim telah kembali menjadi jahiliyah. Masjid-masjid telah menjadi tempat-tempat peribadatan jahiliyah….

Lalu apa yang harus kita perbuat? Dan bagaimana jalan keluar bagi yang ingin menjadi “kelompok muslim”? Dengarlah apa kata Sayid Quthb berkenaan dengan pertanyaan ini: “Sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi ‘kelompok muslim’ di seluruh dunia dari adzab yang Allah sebutkan:

… أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ…

…atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan sebagian kamu keganasan sebagian yang lain…. (Al-An’am: 65)

kecuali jika mereka memisahkan keyakinan, perasaan dan juga prinsip hidup mereka dari masyarakat jahiliyah dan memisahkan diri dari kaumnya. Hingga Allah mengijinkan bagi mereka untuk mendirikan negara Islam yang mereka berpegang padanya. Kalau tidak, maka hendaknya mereka merasakan dengan seluruh perasaannya bahwa mereka sendirilah umat Islam dan merasakan bahwa apa dan siapa yang di sekelilingnya yang tidak masuk kepada apa yang mereka masuki adalah jahiliyah dan masyarakat jahiliyah….” (Fi Dhilal 2/1125)

Inilah jalan keluar menurut Sayid, yaitu dengan menjadi Khawarij, mengkafirkan dan memisahkan diri dari umat Islam! Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Tidakkah Sayid melihat dakwah Ahlus Sunnah dan para ulamanya di jazirah Arab, Yaman, India atau yang lainnya? Tidakkah dia melihat perjuangan dakwah mereka dalam memurnikan ajaran Islam? Bahkan apakah Sayid tidak melihat di sampingnya seorang ulama yang berjuang membela tauhid dan sunnah, yaitu Syaikh Muhibbuddin Al-Khatib rahimahullah?!

PEMIKIRAN TAKFIR SAYID DIAKUI TOKOH-TOKOH IKHWAN SENDIRI

Sesungguhnya pemikiran takfir Sayid Quthb tidak mungkin dipungkiri lagi. Bahkan telah diakui pula oleh beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin sendiri. Berikut ini kita dengar beberapa ucapan mereka:

1. Berkata Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Awlawiyat Al-Harakah Al-Islamiyah:

“Dalam fase ini muncul buku-buku As-Syahid Sayid Quthb yang merupakan fase terakhir dari pemikirannya yang mengkafirkan masyarakat dan menunda dakwah sampai kepada keteraturan Islam dengan pembaharuan fikih dan perkembangannya. Menghidupkan ijtihad serta mengajak untuk memisahkan diri secara perasaan dari masyarakat, memutus hubungan dengan orang lain, mengumumkan jihad fisik melawan seluruh manusia….” (Awlawiyat hal. 110)

2. Berkata Farid Abdul Khaliq, salah seorang tokoh besar Ikhwan dalam kitabnya Ikhwanul Muslimun fi Mizanil Haq hal. 115: “Kita mengetahui dari apa yang telah lewat bahwa munculnya pemikiran takfir (pengkafiran) di kalangan beberapa ikhwan bermula dari penjara Qanathir di akhir tahun lima puluhan dan awal enam puluhan. Mereka terpengaruh oleh Sayid Quthb dan pemikiran-pemikirannya. Mereka mengambil pemahaman darinya bahwa masyarakat ini dalam keadaan jahiliyah dan bahwasanya dia telah mengkafirkan pemerintah yang merasa asing dengan hakimiyah Allah karena tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah. Juga mengkafirkan rakyatnya karena mereka ridla dengan hal itu.”

3. Berkata Ali Gharisah –juga salah seorang tokoh besar Ikhwan— sebagai berikut:

“Dalam kejadian ini, terpecah satu kelompok dari kelompok Islam yang besar ketika keberadaan mereka di penjara-penjara… bersamaan dengan itu kelompok tersebut bertameng dengan pengkafiran kelompok Islam yang besar. Mereka masih tetap dalam pendapatnya tentang pengkafiran pemerintah, penolong-penolongnya serta masyarakat seluruhnya. Kemudian kelompok tersebut berpecah kembali menjadi beberapa kelompok, yang masing-masing mengkafirkan yang lain….” (Lihat kembali kitab beliau Al-Ittijahat Al-Fikriyah Al-Mu’ashirah hal. 279)

Ucapan-ucapan mereka ini menunjukkan bahwa pemikiran takfir Sayid Quthb telah dikenal oleh kawan dan lawannya. Hanya saja ketika bantahan itu dari “kawan” satu harakah, selalu diiringi basa-basi atau penyamaran agar tidak terlihat seakan-akan permasalahan ini adalah permasalahan besar. Seperti Qardlawi setelah ucapan di atas dia berkata: “…Dan buku-buku beliau tersebut memiliki keutamaan-keutamaan dan pengaruh-pengaruh positif yang besar di samping pengaruh-pengaruh negatif.” (hal. 110)

Atau seperti ucapan Ali Gharishah yang tidak menyebutkan siapa atau buku apa atau jamaah apa, dia hanya mengatakan “kelompok kecil” dan “kelompok besar”.

Saudara-saudaraku kaum muslimin, bisa jadi sikap basa-basi dan penyamaran yang menyebabkan terasa kecilnya bahaya-bahaya besar ini adalah karena mereka satu hizb. Mereka menjaga persatuan dan kesatuan Hizibnya dengan prinsip mereka yang terkenal: KITA SALING TOLONG MENOLONG ATAS APA YANG KITA SEPAKATI DAN SALING TOLERANSI ATAS APA YANG KITA BERBEDA.

Kalau begitu bagaimana dengan saudara-saudara kita yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah, salafiyah tetapi memiliki prinsip yang sama dengan mereka?

SIKAP SAYID TERHADAP UTSMAN BIN AFFAN radliallahu ‘anhu

Ikhwani fiddien a’azzakumullah, sesungguhnya pemikiran takfir Sayid Quthb bukan permasalahan sepele. Sikap mengkafirkan seluruh manusia hanya karena dosa-dosa sungguh sangat berbahaya. Tidakkah kita mendengar bagaimana Ali bin Abi Thalib menyikapi Khawarij, kemudian memerangi mereka? Tidakkah kita mendengar ucapan beberapa shahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa mereka sejelek-jelek makhluk?

Pemikiran Sayid yang berbahaya ini juga mengakibatkan celaan dan tuduhan kepada para shahabat Nabi seperti para pendahulunya dari kalangan Khawarij dan Syiah, khususnya terhadap Utsman bin Affan dan Muawiyah radliallahu ‘anhuma.

Sayid Quthb tidak mengakui keberadaan khilafah Utsman radliallahu ‘anhu, padahal masa kekhilafahannya paling panjang. Dia berkata: “Kami condong kepada anggapan bahwa khilafah Ali radliallahu ‘anhu adalah kelanjutan dari khilafah dua syaikh sebelumnya (Abu Bakar dan Umar, pent). Adapun masa Utsman merupakan celah antara keduanya.” (Al-Adalah, hal. 206). Mengapa?

Hal ini setelah Sayid mengatakan pada halaman sebelumnya tentang Utsman sebagai berikut: “Sesungguhnya di antara kejelekan yang muncul adalah bahwa Utsman mencapai khilafah dalam keadaan tua, telah lemah semangat Islamnya dan lemah keinginannya untuk tetap tegar menghadapi tipu daya Marwan dan tipu daya Bani Umayah di dalamnya.” (Al-Adalah dalam terjemahan terbitan pustaka hal. 270)

Bahkan dengan terang-terangan dia meragukan ruh Islam yang ada pada Utsman, yaitu setelah Sayid menyebutkan cerita-cerita tentang Utsman yang membagi-bagikan harta pada keluarga dan kerabatnya (korupsi). Juga setelah menceritakan bahwa Utsman mengangkat gubernur-gubernurnya dari keluarganya sendiri, seperti Muawiyah dan Al-Hakam radliallahu ‘anhum…dst. Kemudian dia berkata: “…Dan bahwasanya para shahabat mengetahui penyelewengan dari ruh Islam ini. Maka mereka saling memanggil untuk menyelamatkan Islam dan menyelamatkan khalifah dari bencana ini. Khalifah –dengan ketuaan dan kepikunannya— tidak dapat memegang urusannya dari Marwan. Sesungguhnya sangat susah meragukan ruh Islam di dalam hati Utsman. Tetapi juga sangat sulit memaafkan kesalahan-kesalahannya yang merupakan kesalahan fatal mengenai wilayah dan khilafahnya. Sedangkan dia seorang tua renta yang dikelilingi oleh jajaran orang-orang jelek dari Bani Umayah….” (Al-Adalah hal. 187, cet kelima dan secara makna pada cet. ke 12 hal 159, dan dalam terjemahan PUSTAKA hal. 272)

Sebaliknya Sayid Quthb justru memuji dan membela para pemberontak yang membunuh Utsman. Dia berkata: “…akhirnya, terjadilah pemberontakan atas Utsman. Tercampur padanya kebenaran dan kebatilan, kebaikan dan kejelekan. Tetapi bagi yang memandang perkara ini dengan “kaca mata Islam” dan merasakan urusan ini dengan ruh Islam, pasti dia akan menetapkan bahwa pemberontakan tersebut secara keumuman lebih dekat kepada ruh Islam dan arahannya daripada sikap Utsman atau lebih tepatnya sikap Marwan dan orang-orang yang di belakangnya dari Bani Umayyah.” (Al-Adalah hal. 189 cet. ke 5 dan hal. 161, 162 cet. ke 12 dengan beberapa perubahan tetapi intinya sama, hanya pada cetakan terakhir ini dia menyebut bahwa hal itu karena pengaruh tipu daya Ibnu Saba’ dan dalam terjemahan, hal. 275)[2]

Seharusnya dia mengucapkan: “Barangsiapa memandang dengan kacamata saya dan merasakan dengan ruh saya….” Karena kesimpulan dan pandangan seperti itu sama sekali bukan dari Islam. Dan saya (penulis) sudah menulis pada edisi ke-4 tentang pembelaan terhadap Utsman dan sekaligus pembelaan para shahabat terhadap Utsman. Silahkan simak kembali tulisan tersebut. Adapun pandangan Sayid adalah pandangan Khawarij, Syiah dan Ahli Bid’ah!

Semoga Allah menyelamatkan kaum muslimin dari penyelewengannya dan membuka mata kaum hizbiyah agar melihat bahayanya serta menghilangkan sikap fanatik mereka kepadanya. Amin.


Sumber: SALAFY edisi XVI/Dzulhijjah/1417/1997

——————————————————————————–

[1] Lantas bagaimana dia menghukumi dirinya yang mengikuti kebiasaan orang-orang kafir barat dengan memotong habis jenggotnya dan memakai jas dan berdasi?

[2] Terjemahan buku ini diterbitkan oleh pustaka (Salman) Bandung dengan judul Keadilan Sosial dalam Islam cet. I th. 1984M/1404 H. Semua apa yang kami nukil di sini ada dalam terjemahan ini. Walaupun kadang-kadang sedikit berbeda terjemahan dengan apa yang saya tulis. Tetapi pada intinya sama. Wallahu A’lam.

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...