Oleh: Ustaz Abu Najla Fariz Zainal
واعلم ايها الفضلاء أن القرآن هو من أمر الله و علمه و ليس من خلقه.
إن الله يتكلم كلاماً حقيقيّاً، وأنه يتكلم بحرف و صوت لائقاً بجلاله تعالى، وأن الله يتكلم كيف شاء، بما شاء، متى شاء. إذا اراد الله أن ينادي، نادى، وإذا اراد أن يناجي، ناجى. وليس كمثله شيء.
فالقرآن هو كلام الله، المنزّل، الغير مخلوق، منه بدأ، وإليه يعود.
قال ناظم الحائية، الإمام إبن أبي داود رحمه الله:
وقل غَيْـرُ مَخْلِوقٍ كَلامُ مَليكِنا بِـذَلكَ دَانَ الأتْقِياءُ وأَفْصحُــوا
وَلا تَكُ فِي القُرْآنِ بالوَقْفِ قَائِــلاً كَمَا قَالَ أتْبَاعٌ لِجَهْمٍ وَأَسْجَحُوا
ولا تَقُـلِ القُرآنُ خَـلقاً قـرأتَـهُ فإنَّ كَـلامَ اللهِ باللفْظِ يُــوضَحُ
وقال صاحب متن سلم الوصول، حافظ الحكمي رحمه الله:
يحفظ بالقلب وباللسان يتلى كما يسمع بالآذان
كذا بالابصار إليه ينظر وبالأيادي خطه يسطر
وكل ذي مخلوقة حقيقه دون كلام بارئ الخليقه
جلت صفات ربنا الرحمن عن وصفها بالخلق
والحدثان
فالصوت والألحان صوت القاري لكنما المتلو قول الباري
------
Terjemahan berserta penjelasan ringkas (dalam kurungan):
Dan ketahuilah wahai tuan-tuan yang mulia, bahawa Al-Quran itu adalah sebahagian daripada suruhan dan ilmu Allah, serta bukan daripada makhluk ciptaanNya.
Sesungguhnya Allah berbicara dengan kalam bicara yang sebenar-benarnya, dan sesungguhnya Allah berbicara dengan huruf dan suara yang layak dengan keagungan Allah Ta’ala, dan sesungguhnya Allah berbicara dengan cara yang Dia kehendaki, dengan apa yang Dia kehendaki, dan bila Dia kehendaki. Apabila Allah berkehendak untuk menyeru, maka Dia akan menyeru, apabila Allah berkehendak untuk bercakap, maka Dia akan bercakap. Dan tidaklah ada sesuatu apa pun yang serupa denganNya.
Al-Qur’an adalah kalam Allah, yang diturunkan (kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam), yang bukan makhluk, daripada Allah ia datang, dan kepada Allah ia kembali.
Telah berkata penyusun syair ‘Haa’iyyah’, Al-Imam Ibn Abi Daud rahimahullah:
“Dan katakanlah bahawa kalam Raja (Tuhan) kita itu bukan makhluk, itulah pegangan orang-orang yang bertaqwa dan fasih bicaranya,
Dan jangan pula menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian berkenaan Al-Qur’an, sepertimana yang dikatakan pengikut Jahm (bin Safwan) yang lalai (daripada mengambil pendirian yang benar),
Dan jangan pula mengatakan bahawa Al-Quran yang dibacakan itu makhluk, sesungguhnya kalam Allah itu telah dijadikan jelas melalui bacaan (bahawa ia bukan makhluk)”
Dan telah berkata pengarang matan Sullamul Wusul (ila ‘Ilm al-Usool fi TauhidiLlaah wa Ittibaa’ir-Rasool), Hafiz Al-Hakami rahimahullah:
“Dipelihara (dihafal Al-Quran) itu dengan hati dan (dibaca ia oleh) lisan, dibaca ia seperti yang didengari kedua telinga,
Begitulah jua ia dilihat (pada mushaf) dengan penglihatan, dan dengan tangan-tangan tulisannya ditulis (dengan alat tulis),
Setiap daripadanya (hati yang menghafal, lisan yang membaca, telinga yang mendengar, mata yang melihat, tangan yang menulis, mushaf yang dilihat dan ditulis padanya, alat tulis yang digunakan) adalah makhluk sebenar-benarnya, kecualilah kalam Al-Baari (Allah Ta’ala)
Betapa agung sifat Tuhan kita Ar-Rahman (sifat Kalam Allah) daripada disifatkan sebagai makhluk ataupun sesuatu yang baharu (kerana sifat Allah adalah sebahagian daripada dzat Allah, bukan makhluk yang diciptakan)
Maka suara dan irama (yang keluar dari mulut pembaca) adalah suara si pembaca (makhluk), akan tetapi yang dibaca adalah kata-kata Al-Baari (kalam Allah Ta’ala, bukan makhluk)”.
#didikantauhidbuatanakanak
#mengajitauhid
#tauhidtroopers
#mediasunnahmalaysia
#muliadiatasmanhajsalaf
#tauhidforkids
#bimbinganulama