Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan tentang tokoh-tokoh Islam yang terpengaruh dengan aliran Asya'irah sebagaimana berikut:
ثم إنه ما من هؤلاء إلا من له في الإسلام مساع مشكورة، وحسنات مبرورة، وله في الرد على كثير من أهل الإلحاد والبدع، والانتصار لكثير من أهل السنة والدين ما لا يخفى على من عرف أحوالهم، وتكلم فيهم بعلم وصدق وعدل وإنصاف، لكن لما التبس عليهم هذا لأصل المأخوذ ابتداء عن المعتزلة، وهم فضلاء عقلاء احتاجوا إلى طرده والتزام لوازمه، فلزمهم بسبب ذلك من الأقوال ما أنكره المسلمون من أهل العلم والدين، وصار الناس بسبب ذلك: منهم من يعظمهم، لما لهم من المحاسن والفضائل، ومنهم من يذمهم، لما وقع في كلامهم من البدع والباطل، وخيار الأمور أوساطها
"Kemudian sesungguhnya tidak ada seorang pun dari mereka kecuali telah terbukti pembelaannya terhadap Islam. Mereka telah melakukan pelbagai usaha yang terpuji dan kebajikan. Mereka aktif dalam membendung gerakan orang-orang atheis dan ahli bid'ah. Pada waktu yang sama mereka banyak membantu ahli sunnah dan agama ini. Usaha mereka terkenal dan tidak ada kesamaran di dalamnya. Khususnya bagi orang yang mengenal baik keadaan mereka dan menceritakan biografi mereka berkenaan ilmu, kejujuran, keadilan dan wawasan tinggi (yang mereka miliki).
Akan tetapi, ketika prinsip-prinsip dasar agama yang asli menjadi kabur dan samar yang ada pada awalnya diakibatkan oleh pemikiran aliran Muktazilah dengan tokoh-tokoh mereka dikenal sangat rasional (mengunggulkan akal), maka prinsip-prinsip tersebut diabaikan oleh mereka. Akibatnya timbul banyak pemikiran yang ditolak oleh para ulama' dan tokoh agama dari kaum muslimin. Akibat lanjutannya, kaum muslimin terbahagi kepada dua kelompok: Sebahagian ada yang mengangung-agnungkan mereka kerana memiliki beberapa kebaikan dan keunggulan. Sebahagian lagi ada yang mencela dan menjatuhkan mereka kerana di antara pemikiran mereka ada termasuk dalam kategori bid'ah dan batil. Padahal sebaik-baik urusan adalah pertengahan."
وهذا لي مخصوصاً بهؤلاء، بل مثل هذا وقع لطوائف من أهل العلم والدين، والله تعالى يتقبل من جميع عباده المؤمنين الحسنات، ويتجاوز لهم عن السيئات، {ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم}. الحشر: 10
ولا ريب أن من اجتهد في طلب الحق والدين من جهة الرسول صلى الله عليه وسلم، وأخطأ في بعض ذلك فالله يغفر له خطأه، تحقيقاً للدعاء الذي استجابه الله لنبيه وللمؤمنين حيث قالوا: {ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا}. البقرة: 286
"Hal ini tidak hanya terjadi kepada mereka sahaja, bahkan menimpa sebahagian ahli ilmu dan agama. namun demikian, Allah Ta'ala tetap akan menerima kebaikan-kebaikan dari hamba-hambanya dan akan memberi maaf atas keburukan-keburukan mereka.
Firman Allah Ta'ala:
ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, Ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat melimpah Belas kasihan dan RahmatMu." (Surah Al-Hasyr :10)
Kita tidak perlu ragu bahawa sesiapa yang berijtihad untuk mencari kebenaran dalam agama dari jalur Rasulullah s.a.w, lalu kemudian dia melakukan kesilapan pada sebahagian ijtihadnya, Allah pasti akan mengampuni kesilapannya. Ini sebagai bukti penerimaan doa yang dijanji untuk diteriman-Nya bagi Nabi dan orang-orang mukmin, ketika mereka berdoa:
ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau silap." (Surah Al-Baqarah: 286)
ومن اتبع ظنه وهواه فأخذ يشنع على من خالفه بما وقع فيه من خطأ ظنه صواباً بعد اجتهاده، وهو من البدع المخالفة للسنة، فإنه يلزمه نظير ذلك أو وأعظم أو أصغر فيمن يعظمه هو من أصحابه، فقل من يسلم من مثل ذلك في المتأخرين، لكثرة الاشتباه والاضطراب، وبعد الناس عن نور النبوة وشمس الرسالة الذي به يحصل الهدى والصواب، ويزول به عن القلوب الشك والارتياب
"Sesiapa yang mengikuti prasangka dan hawa nafsunya, lalu dia memburuk-burukkan orang yang berijtihad tetapi tersilap, padahal yang berijtihad itu memandangnya benar, maka ia adalah satu bid'ah yang menyalahi sunnah. Sepatutnya dia membandingkan hal ini, sama ada terhadap kes yang lebih besar atau lebih kecil kepada seseorang yang diagung-agungkan olehnya dari kalangan kelompoknya sendiri (pasti dia akan menemui berlaku kesilapan dalam sebahagian ijtihad, namun tidak pula diburuk-burukkan mujtahid tersebut kerana berada dalam kelompok yang sama). Ini kerana sedikit sekali para ulama mutakhir yang selamat dari masalah-masalah sedemikian (tersilap dalam ijtihad) disebabkan oleh banyaknya hal-hal yang samar dan jauhnya manusia dari cahaya al-Nubuwah dan naungan risalah, yang dengannya dapat diperolehi kebenaran dan petunjuk. Selain itu dengan cahaya al-Nubuwah pula, perasaan ragu dari hati hilang." (Dar'u Ta'arudh al'Aqal wa al-Naqal, jld. 2, ms. 102-103; Al-Maktabah Asy-Syamilah)
Tambahan:
موقفنا من أبي بكر الباقلاني والبيهقي وأبي الفرج بن الجوزي وأبي زكريا النووي وابن حجر وأمثالهم ممن تأول بعض صفات الله تعالى أو فوضوا في أصل معناها - أنهم في نظرنا من كبار علماء المسلمين الذين نفع الله الأمة بعلمهم فرحمهم الله رحمة واسعة وجزاهم عنا خير الجزاء، وأنهم من أهل السنة فيما وافقوا فيه الصحابة رضي الله عنهم وأئمة السلف في القرون الثلاثة التي شهد لها النبي صلى الله عليه وسلم بالخير، وأنهم أخطأوا فيما تأولوه من نصوص الصفات وخالفوا فيه سلف الأمة وأئمة السنة رحمهم الله سواء تأولوا الصفات الذاتية وصفات الأفعال أم بعض ذلك
"Pendirian kami (ulama Arab Saudi - pent) terhadap Abu Bakar al-Baqilani, Al-Baihaqi, Abul Farj Ibnul Jauzi, Abu Zakaria An-Nawawi, Ibnu Hajar, dan seumpama mereka yang mentakwil sebahagian sifat Allah taala atau mentafwidkan (menyerahkan) maknanya, mereka ini pada pandangan kami termasuk ulama besar kaum muslimin yang telah dimanfaatkan oleh Allah kepada umat Islam dengan ilmu mereka -semoga Allah merahmati mereka dengan rahmat yang luas dan membalas jasa mereka sebaik-baiknya- dan mereka termasuk Ahli Sunnah dalam perkara yang mereka sepakat dengan para Sahabat radiallahu'anhum dan imam-imam salaf dalam tiga kurun yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai terbaik, dan mereka tersalah dalam perkara yang mereka takwilkan daripada nas-nas sifat dan menyalahi salaf umat dan Imam-imam Sunnah rahimahumullah sama ada mereka mentakwilkan sifat zat atau sifat fi'il atau sebahagian daripadanya". (Fatwa al-Lajnah al-Daimah, Arab Saudi, jilid 3, ms. 240 & 241)
Semoga bermanfaat...