Ibnu Rajab rahimahullah berkata dalam Al-Fath (8/434):
Sesungguhnya telah warid dalam syariat dengan keringangan yang diberikan kepada wanita kerana kelemahan akal-akal mereka dengan apa yang telah diharamkan ke atas lelaki daripada perhiasan daripada sutera dan emas. Dan bahawasanya dibolehkan untuk lelaki menggunakannya tanpa banyak (yakni yang sudah bercampur), maka demikianlah juga nyanyian itu diharuskan untuk wanita pada hari kegembiraan (hari raya dan walimah) walaupun didengari kaum lelaki. Oleh kerana itu pendapat jumhur ulama bahawa memukul Duff (gendang) untuk nyanyian tidak diharuskan bagi lelaki untuk melakukannya kerana sesungguhnya terdapat tasyabbuh (penyerupaan) terhadap kaum wanita, dan itu dilarang. Demikian ini merupakan pendapat Al-Auza’i dan Ahmad, dan demikianlah yang disebutkan oleh Al-Hulaimi dan selainnya dari kalangan Asy-Syafi’iyyah. Sesungguhnya memukul gendang di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah wanita atau sesiapa yang semisal dengannya dari kalangan mukhannis (pondan). Dan adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk mengasingkan golongan pondan dan mengeluarkan mereka dari rumah-rumah, dan telah dinaskan pelarangan mereka itu oleh Ahmad dan Ishak bahawa amalan ini merupakan sunnah sahihah…
Adapun nyanyian tanpa pukulan Duff, jika ia dilakukan dalam bentuk Huda’ (nyanyian untuk unta agar ia berjalan) dan nasab maka ianya harus. Telah diriwayatkan akan keringanan tersebut dari ramai dikalangan sahabat-sahabat, dan Nasab itu sama seperti Huda’: Berkata Al-Harwi dan selainnya, dan perkara ini adalah termasuk dalam perkara mubah (harus) sahaja yang dilakukan sekali sekala untuk istirehat. Adapun nyanyian orang-orang mukmin adalah cukup sekadar dengan Al-Quran, sebagaimana sabda baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: “Bukanlah dari golongan kami orang-orang yang tidak melagukan Al-Quran.” Dan yang dimaksudkan adalah bahawasanya menjadikannya pengganti kepada nyanyian untuk dia menggetarkan jiwa dengannya dan menikmati kelazatannya, dan terdapat padanya yang dapat merehatkan hatinya dan makanan kepada rohnya, sebagaimana terdapat pada selain yang demikian pada nyanyian dan syair, dan telah diriwayatkan dengan makna ini dari Ibnu Mas’ud juga.
Diterjemahkan Oleh: Abu Soleh Mohd Safwan bin Mohd Rusydi
Sumber Rujukan:
Al-Jami'u Li Ahkamil 'Iedain Minal Kitabi Wassunnah Wa Aqwalil Aimmah, Abi Abdullah Zarid bin Hasan bin Soleh Al-Wussobi Al-'Umari, Maktabah 'Ibadurrahman Mesr, ms. 307.
وقد
وردت الشريعة بالرخصة للنساء لضعف عقولهن بما حرم على الرجال من التحلي
والتزين بالحرير والذهب ، وإنما أبيح للرجال منهم اليسير دون الكثير ،
فكذلك الغناء يرخص فيه للنساء في أيام السرور، وإن سمع ذلك الرجال تبعا .
ولهذا كان جمهور العلماء على أن الضرب بالدف للغناء لا يباح فعله للرجال ؛
فإنه من التشبه بالنساء ، وهو ممنوع منه ، هذا قول الأوزاعي وأحمد ، وكذا
ذكر الحليمي وغيره من الشافعية . وإنما كان يضرب بالدفوف في عهد النبي -
صلى الله عليه وسلم - النساء ، أو من يشبه بهن من المخنثين ، وقد أمر النبي
- صلى الله عليه وسلم - بنفي المخنثين وإخراجهم من البيوت . وقد نص على
نفيهم أحمد وإسحاق ، عملا بهذه السنة الصحيحة
فأما
الغناء بغير ضرب دف ، فإن كان على وجه الحداء والنصب فهو جائز . وقد رويت
الرخصة فيه عن كثير من الصحابة . والنصب : شبيه الحداء- : قاله الهروي
وغيره . وهذا من باب المباحات التي تفعل أحيانا للراحة . فأما تغني المؤمن
فإنما ينبغي أن يكون بالقرآن ، كما قال النبي - صلى الله عليه وسلم - : ((
ليس منا من لم يتغن بالقرآن)) والمراد : أنه يجعله عوضا عن الغناء فيطرب به
ويلتذ ، ويجد فيه راحة قلبه وغذاء روحه ، كما يجد غيره ذلك في الغناء
بالشعر . وقد روي هذا المعنى عن ابن مسعود- أيضاً