Ada cerita ni nak kongsi dengan kawan-kawan. Masa dahulu, ketika saya masih kecil banyak perkara yang melucukan sehingga tergelak mengenangkannya. Pada setiap pagi pulak, ummi selalu kejutkan saya untuk ke sekolah. Saya terus bangkit melulu ke bilik air dengan mata yang separuh buka dan separuh tutup (mengantuk lagi lah ni), kemudian saya masuk ke bilik air dan buka pili air pancut. Kemudian saya duduk di atas penutup mangkuk tandas dan sambung tidur lagi. itulah kerja saya tiap-tiap pagi sebelum ke sekolah kebangsaan. sebab tulah dulu ummi saya pernah cakap yang saya ni selalu mandi lama sangat, nak dekat sejam. Padahal setengah jam tidur, bakinya lagi baru mandi.
Ada satu lagi yang paling melucukan. Ketika kecil-kecil dulu saya pernah masuk sekolah al-Arqam dari tadika dan darjah satu. Di sekolah arqam saya banyak belajar nasyid, nasyid dan nasyid. (sebab tu orang arqam ni suka bernasyid sampai dah keluar arqam pun masih nasyid lagi seperti Rabbani, Hijjaz dan Raihan) Saat pengharaman al-Arqam, ketika itu saya hampir nak masuk darjah dua. Kemudian saya ditukarkan ke sekolah kebangsaan tempasuk 2 di kota belud. Pelajar-pelajar tergamam hairan melihat saya seorang sahaja yang ada ketayap di atas kepala. hehe. Ada orang panggil saya haji. Padahal tak naik haji lagi pun. Ada juga yang panggil haji tebuan (penyengat), sebab saya suka panjat pokok sampai pokok yang ada sarang penyengat pun saya panjat. hehe. Dari bayi lagi saya di biasakan berkopiah. Kat sekolah tempasuk ni, pelajar Islamnya pun tak ramai. Boleh bilang dengan jari.
Satu hari tu, waktu mata pelajaran pendidikan seni. Cikgu menyuruh kami sekelas melukis. Tajuk lukisan kami pada hari itu ialah: "Tajuk bebas". Yang peliknya ntah kenapa saya lukis sesuatu yang menyebabkan heboh satu sekolah. Rupanya saya melukis gambar Ustaz Ashaari Muhammad yang dikenali oleh orang al-Arqam sebagai "ABUYA". Kata cikgu lukisan saya betul-betul mirip. Ada serbannya, ada kaca matanya, janggutnya, dan sebagainya. Serupa seperti buku-buku arqam yang terdapat di depannya gambar Ashaari. (orang sabah bilang) Habis kedapatan saya ni orang arqam. hehe. Tapi sekarang dah tobat dah. Tak lukis lagi gambar Abuya, dan tidak nampak lagi wajah Abuya kat bulan. Habis cerita..
Setelah berlalu semua tersebut, kini semuanya hanya tinggal kenangan. Tak sangka pulak begitu taksubnya pengikut-pengikut al-Arqam yang suatu ketika dulu mereka telah merubah nama kepada Rufaqa, dan kini kepada GLOBAL IKHWAN. Aqidah yang mereka pegang tetap teguh sampai hari ini. Antaranya mereka berkeyakinan yang kononnya Abuya Ashaari adalah Pemuda Bani Tamim, mereka juga berkeyakinan kononnya Syeikh Suhaimi telah dighaibkan dan akan dizahirkan di akhir zaman sebagai Imam Mahadi. Dan juga kononnya Malaysia adalah tapak daulah Islam kali yang kedua.
Fahaman ini sebenarnya adalah sesat bahkan menyesatkan. Ia disebabkan kurangnya tamassuk mereka kepada al-Quran dan as-Sunnah serta merujuk kefahamannya daripada para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang juga dikenali dengan generasi salafus soleh. Firman Allah yang bermaksud:
"Golongan terdahulu yang terawal (memeluk Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." [Surah At-Taubah ayat: 100]
Firman Allah:
"Dan sesiapa yang menentang ajaran Rasul sesudah terang nyata kepadanya (kebenaran) petunjuk (yang dibawanya), dan dia mengikut pula ajaran yang lain daripada jalan orang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkannya ke dalam Neraka, sedang ia (neraka itu) adalah seburuk-buruk tempat kembali." [Surah An-Nisa': 115]
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa' Rashidin Mahdiyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham..." [Riwayat Abu Daud, no: 4607]
Tidak hairanlah bermacam-macam aliran sesat pada hari ini muncul tidak mengira al-Arqam, aliran Islam Liberal, golongan anti hadis dan sebagainya. Umat Islam sudah berpecah sebanyak 73 golongan yang mana lebih ramai daripada golongan yahudi dan nasrani sebagaimana khabaran daripada Nabi s.a.w:
"Golongan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu puak manakala golongan Nasrani pula telah berpecah kepada tujuh puluh dua puak sedangkan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya dalam menuju ke neraka kecuali satu sahaja, iaitu (golongan) yang mengikuti peganganku pada hari ini dan juga mengikuti pegangan para Sahabatku." [Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah, no: 203 & 1492]
Oleh sebab itulah, hendaklah kita berpegang dengan pegangan sebagaimana Nabi dan para Sahabatnya berpegang, baik dari segi aqidah, ibadah mahupun akhlak. Terkadang kita terpengaruh dengan ramainya pengikut satu-satu aliran tertentu tersebut. Sedang Allah berfirman:
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” [Surah Al-An’am ayat 116]
Sekian