Pada hari ini ramai daripada kalangan masyarakat yang mengamalkan suatu amalan yang tidak ada sumber daripada Al-Quran dan Hadis yang sahih. Akan tetapi mereka menjadikan amalan turun-temurun atau ikutan para guru-guru yang di sangka alim dalam ilmu agama. padahal umat islam haruslah memastikan amalan yang dilakukan tersebut berdasarkan sumber dan nas yang wujud bukannya sangkaan semata. Kerana setiap Ibadat yang tidak ada daripada ajaran agama adalah tertolak berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: "Barangsiapa yang mengada-adakan suatu urusan agama yang tiada daripada kami, maka ia tertolak." [Rujuk hadis 40. An-Nawawi, no: 5]
1. Selawat:
اللهم صلى على سيدنا محمد طب القلوب ودواءها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى آله وصحبه وسلم
"Ya Allah Ya Tuhanku, selawatlah dan salamlah ke atas Muhammad s.a.w. penyembuh dan penawar hati, penyihat dan penyembuh badan, cahaya dan penyinar mata hati dan juga ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabatnya dan berilah keselamatan."
Penyembuh dan penawar kepada badan, hati dan mata hati ialah Allah S.W.T semata-mata. Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat baik kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w: "Janganlah kamu sekalian melampau dalam mengangung-agungkan aku sebagaimana orang-orang Nasrani mengagungkan Isa anak Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah, maka sebutlah hamba Allah dan RasulNya." [HR. Bukhari]
2. Selawat:

اللهم صلى على محمد حتى تجعل منه الأحدية القومية
"Ya Allah Ya Tuhanku, Selawatlah ke atas Muhammad sehingga Engkau menjadikan dirinya sifat keesaan dan berdiri dengan sendiri (Al-Qayyamiyyah)."
Sifat Al-Ahadiyah dan Al-Qayyumiyah adalah antara sifat Allah yang disebut dalam Al-Quran, tetapi syeikh yang mereka selawat ini telah meletakkannya kepada Rasulullah s.a.w. Firman Allah: "Allah, tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi berdiri dengan Sendiri..." [Surah Al-Baqarah: 255]
3. Selawat:

اللهم صلى على محمد اذي خلقت من نوره كل شئ
4. Selawat
"Ya Allah Ya Tuhanku, selawatlah ke atas Nabi Muhammad yang telah Engkau ciptakan dari nurnya segala sesuatu."
Segala sesuatu di sini termasuklah Nabi Adam a.s., Iblis, kera dan juga babi. Adakah seorang yang berakal akan mengatakan semua ini diciptakan daripada nur Muhammad? Syaitan sendiri mengenali kejadiannya dan kejadian Adam, ketika ia mengucapkan: "...saya adalah lebih baik darinya. Saya ciptakan dari api, sedangkan ia (Nabi Adam a.s) diciptakan dari tanah." [Surah Al-A'raf: 12]
4. Selawat
الصلاة والسلام عليك يا رسول الله ضاقت حيلتي فأدركنى يا حبيب الله
"Selawat dan salam ke atas engkau wahai Rasulullah. Segala helahku telah habis, maka kerana itu tolonglah aku wahai kekasih Allah."
Bahagian pertama selawat ini adalah benar, tetapi bahagian yang kedua begitu merbahaya dan mengandungi unsur syirik. Ini juga bercanggah dengan firman Allah S.W.T: "Atau siapakah yang memperkenankan doa yang menderita, apabila ia berdoa kepadanya ada yang menghapuskan kesusahan..." [Surah Al-An'aam: 17]
Rasulullah s.a.w. sendiri apabila ditimpa kesedihan dan kesakitan membaca: "Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendiri, dengan rahmat Engkau, aku memohon pertolonganku." [HR. Tirmizi]
5. Selawat Fatih:

اللهم صلى على محمد الفاتح لما أغلق والخاتم
"Ya Allah ya Tuhanku selawatlah ke atas Muhammad pembuka sesuatu yang tertutup."
Pereka selawat ini menganggap membacanya adalah lebih afdhal dari membaca Al-Quran sebanyak 6000 kali. Selawat ini dinakalkan dari syeikh at-Tijani pemimpin tarekat Tijaniyyah. Adalah suatu kebodohan bagi seorang yang berakal, lebih-lebih lagi seorang Islam mengiktikadkan membaca selawat yang bid'ah ini adalah lebih utama dari membaca KalamulLah sekali, apalagi kalau melibatkan 6000 kali. Iktikad seperti ini tidak pernah diperkatakan oleh mana-mana orang Islam.
Mensifatkan Rasulullah s.a.w. sebagai pembuka segala yang tertutup secara mutlak tanpa mengikatnya dengan nama Allah adalah suatu kesalahan, kerana Rasulullah s.a.w. tidak membuka kota Mekah kecuali dengan sizin Allah S.W.T. Rasulullah s.a.w. tidak mampu membuka mata hati bapa saudaranya supaya beriman kepada Allah S.W.T bahkan bapa saudara baginda, Abu Thalib meninggal dalam keadaan syirik. Firman Allah: "Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, supaya ia menerima Islam, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNYa." [Surah Al-Qashash: 56]
*Di ambil dari buku "Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu & Zikir." Oleh Basri Ibrahim Al-Azhari, Al-Hidayah, halaman 79 - 83.