Rabu, 10 Mac 2010

Adakah Allah Dapat Dilihat Di Dunia?

Disamping terdapat kelompok-kelompok yang mengingkari akan dapat dilihatnya Allah pada hari kiamat oleh penghuni syurga, ada pula kelompok yang berpendapat sebaliknya. Mereka berpendapat bahawa Allah dapat dilihat di dunia ini oleh para auliya (para wali). Pendapat seperti ini diyakini oleh sebahagian kaum muslimin bahawa Syeikh Abdul Qadir Jailani telah melihat Allah di dunia ini, sebagaimana terdapat dalam buku manaqib Abdul Qadir Jailani yang sesat dan menyesatkan.

Padahal dalil menerusi ayat Al-Qur'an yang telah dibahas pada edisi yang lalu -yang dijadikan dalil oleh muktazilah untuk menolak hadis rukyah- sesungguhnya merupakan dalil yang menunjukkan tidak mungkinnya Allah dilihat di dunia ini. Ayat tersebut iaitu:

قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا

Maksudnya: "Berkata Musa: "Ya Tuhan-ku, nampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat-Mu". Allah berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke gunung itu. Jika ia tetap berada di tempatnya (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhan-nya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh.." (Al-A’raaf: 143)

Ayat ini menunjukkan bahawa gunung juga hancur luluh ketika Allah menampakkan diri kepadanya, apalagi manusia yang sangat lemah. Dan kepada Musa 'alaihissalam –hamba-Nya yang mulia dan Allah berbicara langsung kepadanya- Allah katakan: “Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku”, yakni di dunia ini. Apalagi orang-orang yang selain para nabi.

Berkata Ibnu Abil ‘Izzi al-Hanafi: “Telah sepakat seluruh umat bahawa tidak ada seorangpun yang dapat melihat Allah dengan mata kepalanya di dunia ini dan tidak ada perselisihan di kalangan mereka, kecuali tentang Nabi Kita sallallahu 'alaihi wasallam.” (Syarh Aqidah ath-Thahawiyah: 196)

Apakah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Allah ketika mikraj?

Sebahagian sahabat seperti Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma, beliau berpendapat bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melihat Tuhan-nya dengan mata kepalanya. Namun riwayat-riwayat dari atsar ini sebahagiannya dhaif (lemah), seperti riwayat yang telah dikeluarkan oleh Ibnu Huzaimah dalam Kitab Tauhid dengan lafaz yang mudtharib (goncang) secara mauquf terhadap ibnu Abbas. Pada satu riwayat disebutkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat dengan mata kepalanya, sedangkan pada riwayat lainnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya dengan hatinya, seperti yang diriwayatkan dari Atha’ bin Abi Rabbah. Dan banyak lagi lafaz-lafaz lainnya yang diriwayatkan dan bersumber dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma.

Dalam riwayat dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma di atas juga tidak disebutkan dengan tegas bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Allah dengan mata kepalanya. Sebahagian riwayat itu hanya menyatakan baginda sallallahu 'alaihi wasallam “melihat dalam hatinya”, “melihat cahaya”, “melihat dalam mimpinya” dan lain-lain.

Di samping itu, mereka yang berpendapat bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melihat Allah ketika mikraj, berhujah dengan ayat Allah dalam surat at-Tak-wir:

وَلَقَدْ رَآهُ بِاْلأُفُقِ الْمُبِينِ

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat di ufuk yang terang." (At-Tak-wir: 23)

Dan ayat Allah:

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى. عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratil Muntaha." (An-Najm: 62-63)

Bantahan bagi pendapat di atas

Sebahagian para shahabat lainnya seperti Aisyah, Ibnu Mas’ud, dan Abu Hurairah; demikian pula sebahagian ashabul hadis (para ahli hadis) dan para fuqaha lainnya, mereka berpendapat bahawa Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam tidak melihat Tuhan-Nya ketika baginda sallallahu 'alaihi wasallam mikraj. Hal itu sebagaimana telah diriwayatkan dari Aisyah radiallahu 'anha, ketika beliau ditanya oleh Masyruq: "Apakah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-Nya?” Aisyah radiallahu 'anha menjawab:

مَنْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَبَّهُ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللَّهِ الْفِرْيَةَ. قَالَ وَكُنْتُ مُتَّكِئًا فَجَلَسْتُ فَقُلْتُ: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَنْظِرِينِي وَلاَ تَعْجَلِينِي أَلَمْ يَقُلِ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَقَدْ رَآهُ بِاْلأُفُقِ الْمُبِينِ وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى فَقَالَتْ: أَنَا أَوَّلُ هَذِهِ اْلأُمَّةِ سَأَلَ عَنْ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: إِنَّمَا هُوَ جِبْرِيلُ لَمْ أَرَهُ عَلَى صُورَتِهِ الَّتِي خُلِقَ عَلَيْهَا غَيْرَ هَاتَيْنِ الْمَرَّتَيْنِ رَأَيْتُهُ مُنْهَبِطًا مِنَ السَّمَاءِ سَادًّا عِظَمُ خَلْقِهِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلأَرْضِ. فَقَالَتْ: أَوَ لَمْ تَسْمَعْ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ لاَ تُدْرِكُهُ اْلأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ اْلأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ أَوَ لَمْ تَسْمَعْ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلاَّ وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

"Barangsiapa yang menyangka bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya, maka dia telah membuat kedustaan besar kepada Allah. Aku (Masyruq) yang berbaring semula, kemudian terduduk dan berkata: “Ya Ummul mukminin, sebentar dulu! jangan terburu-buru! Bukankah Allah telah berfirman: 

وَلَقَدْ رَآهُ بِاْلأُفُقِ الْمُبِينِ. وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى

(Maksudnya) “Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat di ufuk yang terang.” “Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratil Muntaha”. 

Aisyah radiallahu 'anha menjawab: “Aku adalah orang pertama dari umat ini yang bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tentangnya. Maka baginda menjawab: “Itu adalah Jibril, aku tidak pernah melihatnya dalam bentuk aslinya, yang ia diciptakan atasnya. Aku melihatnya turun dari langit dan menutupi antara langit dan bumi kerana besarnya (bentuknya)”. Kemudian Aisyah berkata: “Tidakkah engkau mendengar bahawa Allah berfirman: 

لاَ تُدْرِكُهُ اْلأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ اْلأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

(Maksudnya) “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” 

Bukankah engkau pernah mendengar:
 
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلاَّ وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

(Maksudnya) “Dan tidak mungkin bagi seorang manusia bahawa Allah berkata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizinNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana." (HR. Bukhari dan Muslim)

Adapun riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat cahaya dinukil juga dalam kitab sahih muslim sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Syafiq dari Abu Dzar:

ثُمَّ قُلْتُ ِلأَبِي ذَرٍّ لَوْ رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسَأَلْتُهُ. فَقَالَ: عَنْ أَيِّ شَيْءٍ كُنْتَ تَسْأَلُهُ؟ قَالَ: كُنْتُ أَسْأَلُهُ: هَلْ رَأَيْتَ رَبُّكَ؟ قَالَ أَبُوْ ذَرٍّ قَدْ سَأَلْتُ فَقَالَ: رَأَيْتُ نُوْرًا

Dia berkata kepada Abu Dzar: “Kalau aku sempat bertemu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sungguh aku akan bertanya. Maka Abu Dzar balik bertanya: “Apa yang akan kau tanyakan?” Aku akan bertanya: “Apakah baginda melihat Tuhan-Nya?” Maka Abu Dzar pun berkata; “Sungguh aku telah bertanya kepada baginda sallallahu 'alaihi wasallam. Baginda menjawab: “Aku melihat cahaya”. (HR. Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan dari Abu Dzar:

سَأَلْتُ رَسُوْلَ اللهَ هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ؟ قَال: نُوْرٌ أَنَّى أَرَاهُ

"Aku bertanya kepada Rasulllah sallallahu 'alaihi wasallam: “Apakah engkau melihat Tuhan-mu? Baginda menjawab: “Cahaya, bagaimana aku melihatnya?”. (HR. Muslim)

Disebutkan oleh para ulama bahawa yang dilihat oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam adalah hijab-Nya, kerana hijabnya adalah cahaya sebagaimana diriwayatkan dari dari Abu Musa al-‘Asy’ari:

قَامَ فِيْنَا رَسُوْلُ اللهِِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ فَقَالَ: إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَنَامَ يَخْفَضُ الْقِسْطَ وَيَرْفَعُهُ. يَرْفَعُ إِلَيْهِ عَمَلَ اللَّيْلِ قَبْلَ عَمَلِ النَّهَارِ وَعَمَلَ النَّهَارِ قَبْلَ عَمَلِ اللَّيْلِ حِجَابُهُ النُّوْرُ

Berdiri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam di depan kami dengan menyampaikan lima kalimat. Baginda berkata: “Sesungguhnya Allah tidak tidur dan tidak layak bagi-Nya tidur, menurunkan timbangan dan mengangkatnya, diangkat kepadanya amalan malam sebelum amalan siang, dan amalan siang sebelum amalan malam, dan hijab-Nya adalah cahaya. (HR. Muslim)

Ibnu Hajar al-Atsqalani dalam Fathul Bary jilid 8/708, setelah menyebutkan pendapat-pendapat yang menyatakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya dan pendapat yang sebaliknya, berkata: “Hadis-hadis dari Ibnu Abbas yang menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya, ada yang diriwayatkan secara muqayyad (terikat), yakni melihat dengan hatinya; dan ada pula yang diriwayatkan secara mutlak. Oleh kerana itu wajib bagi kita untuk membawa hadis-hadis yang mutlak tersebut kepada hadis-hadis yang muqayyad”.

Kemudian Ibnu Hajar rahimahullah menggabungkan (menjamak) antara kedua pendapat yang kelihatannya saling bertentangan tersebut dengan menyatakan: “Dengan ini kita dapat mengumpulkan antara pendapat Ibnu Abbas yang menetapkan (melihatnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terhadap Allah –pent.) dengan pendapat Aisyah yang justeru mengingkarinya iaitu dengan membawa pengingkaran Aisyah kepada penglihatan dengan mata, adapun penetapan Ibnu Abbas adalah penglihatan dengan hatinya."

Berkata Dr. Ali bin Muhammad bin Nashir al-Faqihi: “Jamak (penggabungan) dari Ibnu Hajar ini sangat bagus dan dengan ini kita dapat mengambil seluruh riwayat-riwayat tersebut”. (Al-Iman, karya Ibnu Mandah, tahqiq Dr. Ali bin Muhammad bin Nashir al-Faqihi hal. 24).

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah: “Tidaklah ucapan Ibnu Abbas tentang melihatnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertentangan dengan hadis Aisyah”. Kemudian beliau rahimahullah meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat Tuhan-nya dalam tidurnya." (Zaadul Ma’ad, juz 3 hal. 37)

Bahkan disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’adnya bahawa Utsman bin Sa’id ad-Darimi telah menghikayatkan kesepakatan para sahabat tentang tidak melihatnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terhadap Tuhan-nya. (Zaadul Ma’ad, juz 3 hal. 37)

Yakni dengan mata kepala baginda sallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan sedar. Adapun riwayat-riwayat yang menyatakan baginda sallallahu 'alaihi wasallam melihat-Nya adalah dalam keadaan tidur atau dengan hatinya.

Dengan demikian, jika kita memperhatikan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sendiri tidak melihat Tuhan-nya dengan matanya secara sedar di dunia ini dalam riwayat-riwayat yang sahih, maka bagaimana mungkin bagi orang-orang selain baginda dapat melihat-Nya dengan mata kepalanya?

Wallahu a’lam

Disunting oleh Abu Sholeh

Khamis, 4 Mac 2010

Nasihat Untuk Remaja Muslim

Kami persembahkan nasihat ini untuk saudara-saudara kami khususnya para pemuda dan remaja muslim. Mudah-mudahan nasihat ini dapat membuka mata hati mereka sehingga mereka lebih tahu tentang siapa diri mereka sebenarnya, apa kewajiban yang harus mereka tunaikan sebagai seorang muslim, agar mereka merasa bahawa masa muda ini tidak selayaknya untuk diisi dengan perkara yang boleh melalaikan mereka dari mengingati Allah subhanahu wata’ala sebagai penciptanya, agar mereka tidak terus-menerus bergelimang ke dalam kehidupan dunia yang fana dan lupa akan negeri akhirat yang kekal abadi.

Wahai para pemuda muslim, tidakkah kamu menginginkan kehidupan yang bahagia selamanya? Tidakkah kamu menginginkan jannah (surga) Allah subhanahu wata’ala yang luasnya seluas langit dan bumi?

Ketahuilah, syurga Allah subhanahu wata’ala itu diperolehi dengan usaha yang sungguh-sungguh dalam beramal. Syurga itu disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa yang mereka tahu bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara, mereka merasa bahawa gemerlapnya kehidupan dunia ini akan menipu umat manusia dan menyeret mereka kepada kehidupan yang sengsara di negeri akhirat selamanya. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Ali ‘Imran: 185)

Untuk Apa Kita Hidup di Dunia?

Wahai para pemuda, ketahuilah, sungguh Allah subhanahu wata’ala telah menciptakan kita bukan tanpa ada tujuan. Bukan pula memberikan kita kesempatan untuk bersenang-senang sahaja, tetapi untuk meraih sebuah tujuan mulia. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Adz Dzariyat: 56)

Beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala dengan menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Itulah tugas utama yang harus dijalankan oleh setiap hamba Allah.

Dalam beribadah, kita dituntut untuk ikhlas dalam menjalankannya, iaitu dengan beribadah semata-mata hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah subhanahu wata’ala. Jangan beribadah kerana terpaksa, atau kerana pengaruh terhadap orang-orang di sekitar kita. Apalagi beribadah dalam rangka agar dikatakan bahawa kita adalah orang-orang yang alim, kita adalah orang-orang soleh atau  berbagai bentuk pujian dan sanjungan yang lain.

Umurmu Tidak Akan Lama Lagi

Wahai para pemuda, jangan sekali-kali terlintas di benakmu: "beribadah nanti saja kalau sudah tua, atau selagi masih muda, gunakan untuk foya-foya." Ketahuilah, itu semua merupakan rayuan syaitan yang mengajak kita untuk menjadi teman mereka di Neraka.

Tahukah kamu, bilakah kamu akan dipanggil oleh Allah subhanahu wata’ala, berapa lama lagi kamu akan hidup di dunia ini? Jawapannya adalah sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala:

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang akan dilakukannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman: 34)

Wahai para pemuda, bertaqwalah kamu kepada Allah subhanahu wata’ala. Mungkin hari ini kamu sedang berada di tengah-tengah orang-orang yang sedang bergelak ketawa, berpesta ria, dan bergembira menyambut tahun baru dengan berbagai bentuk maksiat kepada Allah subhanahu wata’ala, tetapi keesokan harinya kamu sudah berada di tengah-tengah orang-orang yang sedang menangis menyaksikan jasad-jasad kamu dimasukkan ke liang lahad (kubur) yang sempit dan sesak (sempit sekali - edt).

Betapa celaka dan ruginya kita, apabila kita belum sempat beramal soleh. Padahal, pada saat itu amalan diri kita sajalah yang akan menjadi pendamping kita ketika menghadap Allah subhanahu wata’ala. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلاَثَةٌ: أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ, فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى وَاحِدٌ, يَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

“Yang mengiringi jenazah itu ada tiga iaitu keluarganya, hartanya, dan amalannya. Maka dua darinya akan kembali dan satu sahaja yang kekal (mengiringinya), keluarga dan hartanya akan kembali (pulang), dan amalannya kekal (mengiringinya).” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Wahai para pemuda, takutlah kamu kepada azab Allah subhanahu wata’ala. Sudahkah kamu persiapkan  dengan timbangan amal yang pasti akan kamu hadapi nanti. Sudahkah cukup amalan yang kamu lakukan selama ini untuk menambah berat timbangan amal kebaikan.

Betapa sengsaranya kita, ketika ternyata nilai timbangan kebaikan kita lebih ringan daripada timbangan keburukan. Ingatlah akan firman Allah subhanahu wata’ala:

فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ نَارٌ حَامِيَةٌ

“Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas.” (Al Qari’ah: 6-11)

Bersegeralah dalam Beramal

Wahai para pemuda, bersegeralah untuk beramal kebajikan, dirikanlah solat dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan sesuai dengan tuntutan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana solat adalah yang pertama kali akan dihisab kelak di hari kiamat, sebagaimana sabda baginda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلاَةُ

“Sesungguhnya amalan yang pertama kali manusia dihisab dengannya di hari kiamat adalah solat.” (HR. At Tirmidzi, An Nasa`i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad. Lafazh hadits riwayat Abu Dawud no.733)

Bagi lelaki, hendaklah dengan berjama’ah di masjid. Banyaklah berzikir dan mengingati Allah subhanahu wata’ala. Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya ia akan memberikan syafaat bagi pembacanya pada hari kiamat nanti.

Banyaklah bertaubat kepada Allah subhanahu wata’ala. Betapa banyak dosa dan kemaksiatan yang telah kamu lakukan selama ini. Mudah-mudahan dengan bertaubat, Allah subhanahu wata’ala akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memberi pahala yang dengannya kamu akan memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Wahai para pemuda, banyak-banyaklah beramal soleh, pasti Allah subhanahu wata’ala akan memberi kamu kehidupan yang bahagia, dunia dan akhirat. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (An Nahl: 97)

Engkau Habiskan untuk Apa Masa Mudamu?

Pertanyaan inilah yang akan diajukan kepada setiap hamba Allah subhanahu wata’ala pada hari kiamat nanti. Sebagaimana yang diberitakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam salah satu hadisnya:

لاَ تَزُوْلُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ

“Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Tuhannya sehingga dia ditanya tentang lima perkara: umurnya ke mana dia habiskan, masa mudanya ke mana dia pergunakan, hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana harta tersebut dibelanjakan, dan sudahkah dia beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya.” (HR. At Tirmidzi no. 2340)

Sekarang cubalah periksa diri kamu sendiri, sudahkah kamu mengisi masa mudamu untuk hal-hal yang bermanfaat dan yang mendatangkan keredhaan Allah subhanahu wata’ala? Ataukah kamu mengisi masa muda kamu dengan perbuatan maksiat yang mendatangkan kemurkaan-Nya?

Kalau kamu masih lagi mengisi waktu muda kamu untuk bersenang-senang dan lupa kepada Allah subhanahu wata’ala, maka apakah jawapan yang akan kamu ucapkan di hadapan Allah subhanahu wata’ala Yang Maha Menguasa di Hari Pembalasan? Tidakkah kamu takut akan ancaman Allah subhanahu wata’ala terhadap orang yang banyak berbuat dosa dan maksiat? Padahal Allah subhanahu wata’ala telah mengancam pelaku kejahatan dalam firman-Nya:

مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi balasan setimpal dengan kejahatan itu dan dia tidak akan mendapati pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.” (An Nisa’: 123)

Bukanlah masa tua yang akan ditanyakan oleh Allah subhanahu wata’ala. Oleh kerana itu, pergunakanlah kesempatan di masa muda kamu ini untuk kebaikan.

Ingat-ingatlah selalu bahawa setiap amal yang kamu lakukan akan dipertanggungjawabkan kelak di hadapan Allah subhanahu wata’ala.

Jauhi Perbuatan Maksiat

Apa yang menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga? Tidak lain adalah kemaksiatan mereka berdua kepada Allah subhanahu wata’ala. Mereka melanggar larangan Allah subhanahu wata’ala kerana mendekati sebuah pohon di Syurga, mereka terpujuk oleh rayuan iblis yang mengajak mereka untuk bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala.

Wahai para pemuda, iblis, syaitan, dan bala tenteranya senantiasa berupaya untuk mengajak umat manusia seluruhnya agar mereka bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala, mereka mengajak umat manusia seluruhnya untuk menjadi temannya di neraka. Sebagaimana yang Allah subhanahu wata’ala jelaskan dalam firman-Nya:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6)

Setiap amalan keburukan dan maksiat yang engkau lakukan, walaupun sekecil-kecilnya pasti akan dicatat dan diperhitungkan di sisi Allah subhanahu wata’ala. Pasti engkau akan melihat akibat buruk dari apa yang telah engkau lakukan itu. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sekecil apapun, necaya dia akan melihat (balasan)nya.” (Az Zalzalah: 8)

Syaitan juga menghendaki dengan kemaksiatan ini, umat manusia menjadi berpecah-belah dan saling bermusuhan. Jangan mengira bahawa ketika engkau bersama teman-temanmu melakukan kemaksiatan kepada Allah subhanahu wata’ala, itu merupakan wujud perasaan setia kawan dan bersatu padu di antara kamu. Sekali-kali tidak, justeru cepat atau lambat teman yang engkau cintai (sebenarnya) menjadi musuh yang paling engkau benci. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu kerana (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan perbuatan itu).” (Al Maidah: 91)

Demikianlah syaitan menjadikan perbuatan maksiat yang dilakukan manusia sebagai sarana untuk memecah belah dan menimbulkan permusuhan di antara mereka.

Ibadah yang Benar Dibangun di atas Ilmu

Wahai para pemuda, setelah kamu mengetahui bahawa tugas utama kamu hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala semata, maka sekarang ketahuilah bahawa Allah subhanahu wata’ala hanya menerima amalan ibadah yang dikerjakan dengan benar. Untuk itulah wajib bagi kamu untuk belajar dan menuntut ilmu agama, mengenal Allah subhanahu wata’ala, mengenal Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam, dan mengenal agama Islam ini, mengenal mana yang halal dan mana yang haram, mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah), serta mana yang sunnah dan mana yang bid’ah.

Dengan ilmu agama, kamu akan terbimbing dalam beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala, sehingga ibadah yang kamu lakukan benar-benar diterima di sisi Allah subhanahu wata’ala. Betapa banyak orang yang beramal kebajikan tetapi ternyata amalannya tidak diterima di sisi Allah subhanahu wata’ala, kerana amalannya tidak ditegakkan di atas ilmu agama yang benar.

Oleh kerana itu, wahai para pemuda muslim, pada kesempatan ini, kami juga menasihatkan kepada kamu sekalian agar banyak mempelajari ilmu agama, duduk di majlis-majlis ilmu, mendengarkan Al-Qur’an dan hadis serta nasihat dan penjelasan para ulama. Jangan sibukkan diri kamu dengan hal-hal yang kurang bermanfaat bagi diri kamu, lebih-lebih lagi hal-hal yang mendatangkan kemurkaan Allah subhanahu wata’ala.

Ketahuilah, menuntut ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap muslim, maka barangsiapa yang meninggalkannya dia akan mendapatkan dosa, dan setiap dosa pasti akan menyebabkan kecelakaan bagi pelakunya.

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Menuntut ilmu agama itu merupakan kewajiban bagi setiap muslim.” (HR. Ibnu Majah no.224)

Akhir Kata

Semoga nasihat yang sedikit ini akan memberikan manfaat yang banyak kepada kita semua. Sesungguhnya nasihat itu merupakan perkara yang sangat penting dalam agama ini, bahkan saling memberikan nasihat merupakan salah satu sifat orang-orang yang dijauhkan dari kerugian, sebagaimana yang Allah subhanahu wata’ala firmankan dalam surat Al ‘Ashr:

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat- menasihati dalam kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

Wallahu ta‘ala a’lam bishshowab.

Sumber: Buletin Al-Ilmu, Penerbit Yayasan As-Salafy Jember

Nasihat Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah Wal Ifta’

Pertanyaan:

Bagaimana seorang muslim menempuh jalan keselamatan? Apa yang harus dilakukannya dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan hal-hal yang bersifat kebendaan ini, yang manusia sangat berlebihan dalam bergelimang padanya sehingga menyebabkan kerasnya hati-hati mereka, Wal ‘Iyadzubillah?

Apa nasihat dan arahan anda kepada saya sebagai seorang pemuda berusia 20 tahun yang cenderung kepada dunia? Apa buku-buku yang anda nasihatkan kepada kami untuk dibaca?

Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah Wal Ifta’ menjawab:

Wajib atas engkau untuk bertaqwa kepada Allah ta’ala, mentaati-Nya, dan mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, berpegang teguh dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam, melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi engkau dan menjauhi hal-hal yang tidak bermanfaat, menjauhi berbagai fitnah, senantiasa berbuat baik dan menghindari segala bentuk kejelekan, memperbanyak membaca Al-Qur’an serta berusaha untuk memahami maknanya, menjaga zikir-zikir yang sahih dan sabit dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam disertai dengan sikap rendah diri dan menghadirkan hati (khusyu’), membaca kitab (buku-buku) yang terdapat banyak di dalamnya hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat seperti kitab Al-Fawa’id  dan kitab Ad-Da’u Wad Dawa’ yang keduanya karangan Ibnul Qayyim rahimahullah, berdoalah kepada Allah dalam sujud engkau dengan doa-doa yang terdapat dalam As-Sunnah disertai dengan rendah diri dan khusyu’, mudah-mudahan Allah memberikan hidayah dan melapangkan hati engkau untuk berada di atas kebaikan, dan menjaga engkau dari segala fitnah yang nampak mahupun tersembunyi.

Dan di antara kitab-kitab yang bermanfaat adalah Zadul Ma’ad Fi Hadyi Khairil ‘Ibad, Ighatsatul Lahfan yang keduanya karangan Ibnul Qayyim rahimahullah, dan juga kitab Fathul Majid Syarh Kitab At-Tauhid, disertai dengan perhatian kepada kitab Ash-Shahihain (Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim) dan tafsir Ibnu Katsir.

وصلى الله على نبينا محمد وصحبه وسلم

[Fatawa Islamiyyah IV/498]

Disunting oleh Abu Sholeh.

Rabu, 3 Mac 2010

Antara Adab Menuntut Ilmu (Nasehat Syaikh Albani)

ANTARA ADAB MENUNTUT ILMU: DUDUK BERHIMPUN
TIDAK BERSELERAK
OLEH SYAIKH AL-ALBANI



Kata Syaikh selepas membacakan khutbah hajah :

Ternyata perlunya setiap masa memikirkan tentang sebahagian sunnah-sunnah dan adab-adab Islam yang tidak diketahui dan tidak diamalkan. Kami telah mengingatkan banyak kali di dalam majlis-majlis ini iaitu sesungguhnya majlis ilmu mempunyai adab-adab. Diantara adab-adab tersebut ialah tidak boleh (duduk) berteraburan di dalam majlis ilmu. (Adapun) kita duduk seperti ini sebagaimana yang sesuai atau disenangi oleh setiap seorang dari kita…ini bukanlah sekali-kali adab menuntut ilmu. Ini merupakan keadaan duduk di kedai kopi dan kelab-kelab. Seorang datang…yang mana dia tidak datang ke majlis tersebut melainkan untuk merehatkan jiwanya –menurut dakwaan mereka- atau berhibur atau kerana perkara yang lain. Dia bebas untuk duduk di mana saja dan bagaimana yang dia suka.

Adapun majlis ilmu, ia mempunyai adab. Saya telah menyebutkan kepada kamu banyak kali hadis Abi Sa’labah Al-Khusyari yang berkata : Apabila mereka bermusafir bersama Nabi dan singgah di satu tempat mereka berpecah di lembah-lembah dan celah-celah bukit. Pada suatu hari mereka bermusafir dan singgah di sebuah wadi lalu mereka berpecah sebagaimana yang biasa mereka lakukan dahulu. (Keadaan) berpecah ini menggambarkan kepentingan peribadi yang mana setiap orang daripada mereka memilih tempat yang sesuai untuk dirinya. Yang mempunyai teduhan contohnya. Mereka berpecah sebagaimana kebiasaan mereka. Apabila Nabi melihat (keadaan mereka yang bertaburan tersebut) maka Nabi berkata :

انما تفرقكم هذا من عمل الشيطان

“Sesungguhnya perpecahan kamu ini merupakan sebahagian daripada kerja syaitan”

Ertinya sesungguhnya berpecahnya kamu di lembah dan celah-celah bukit merupakan kerja syaitan. Kata Abu Sa’labah : ‘lalu kami selepas peristiwa tersebut apabila singgah di satu tempat, kami duduk berhimpun sehingga apabila kami duduk di atas sehelai hamparan nescaya ianya mencukupi’.

Majlis yang paling berhak untuk dijaga adab-adab ini-adab berkumpul- adalah majlis ilmu. Saya tidak mahu memanjangkan percakapan tentang menyatakan rahsia dan hikmah perkumpulan yang ditunjukkan oleh hadis ini. Namun begitu saya nyatakan secara umum…sesungguhnya yang zahir (lahiriyah) merupakan alamat bagi yang batin (dalaman). Pada setiap perkara yang mana umat Islam berpecah pada zahirnya maka pada perpecahan ini mengandungi kesan yang buruk terhadap batin mereka. Lahiriyah mempunyai hubungan yang amat kuat dengan dalaman. Kita mempunyai dalil yang amat banyak. Namun begitu mencukupi dengan petunjuk ringkas ini. Perpecahan tubuh badan tersebut membawa kepada perpecahan hati. Ini merupakan hakikat yang dijelaskan oleh syara’. Kita mempunyai dalil bagi perkara ini. Mencukupi sekarang dengan selingan ini.

Sumber: sahab.net
Penterjemah: Ustadz Abu Auzaie

Rabu, 10 Februari 2010

Safari Dakwah Masyaikh Ahlus Sunnah


Hadirilah dengan mengharapkan redha Allah Ta'ala

Pembicara :
Asy Syaikh Abdullah Al Mar'i (Yaman)
dan
Asy Syaikh Muhammad Ghalib (Saudi Arabia)

Insya Allah akan berlangsung pada tanggal 28 Safar - 7 Rabi'ul Awal
1431 H atau bertepatan dengan tanggal 13 - 21 Februari 2010


Jadual Muhadharah Umum


1. Waktu : Sabtu / 13 Februari 2010
Tempat : Masjid Agung Ngawi, Jatim
Hubungi : +62899 3591 222, +62813 5950 6000

2. Waktu : Ahad / 14 Februari 2010
Tempat : Masjid Raya Ukhuwah, Jl Kalimantan, Denpasar, Bali
Hubungi : +62852 3746 3117

3. Waktu : Selasa / 16 Februari 2010
Tempat : Masjid Zaadul Ma'ad, PP Ibnul Qoyyim, Balikpapan
Hubungi : +62542 86171, +62813 5017 8107

4. Waktu : Rabu / 17 Februari 2010
Tempat : Makassar (belum dapat kepastian)
Hubungi: +62815 2464 5041

5. Waktu : Khamis / 18 Februari 2010
Tempat : (1.) Masjid Abu Bakar Shiddiq, Komplek Muhajirin, Kebun
Cengkih, Ambon (Ba'da Maghrib - selesai) (2.) Masjid Al Fatah, Ambon (Ba'da Ashar 16.00 - selesai)
Hubungi: +62813 4344 5858, +62815 2726 8065

6. Waktu : Sabtu / 20 Februari 2010
Tempat : Masjid Al I'tisham, Jl. Jendral Sudirman, Jakarta
Hubungi : +6221 9828 12630, +62816 1996 634, +62811 916 896

7. Waktu : Ahad / 21 Februari 2010
Tempat : (1.) Masjid Muslimin Teladan (disamping stadion Teladan) Jl. Turi, Medan. Pukul 09.00 - selesai (2.) Ma'had As Salafiyyah, Jl. Panglima Denai , Gg Wakaf depan jermal IV, Medan
Hubungi : +62813 9695 8484, (+61)736 8076

Selengkapnya klik pamplet ini :
http://www.salafy.or.id/upload/daurahsyaikhfeb.jpg

Insya-Allah daurah ini disiarkan secara online melalui Paltalk, Room
Religion & Spirituality - Islam - Salafiyyin, nickname salafiyyin

(Petunjuk http://www.salafy.or.id/upload/paltalk.zip )

Demikian informasi ini semoga bermanfaat


(Sumber: Ibnusarijan.blogspot)

Sabtu, 23 Januari 2010

Bid'ah Perayaan Maulid Nabi Pada Bulan Rabi'ul Awal

Oleh: Syeikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan

Perayaan maulid termasuk bentuk tasyabbuh (menyerupai) orang-orang Nasrani. Acara ini diadakan oleh orang-orang awam dari kalangan kaum Muslimin atau para ulama yang menyesatkan yang dilakukan pada bulan Rabi'ul Awal setiap tahunnya. Pada bulan itulah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan.

Sebahagian mereka merayakannya di masjid, rumah atau di tempat-tempat tertentu yang dapat dihadiri oleh banyak orang. Perbuatan mereka ini menyerupai perayaan kristian, dimana mereka (orang kristian) merayakan hari kelahiran Isa Al-Masih.

Umumnya, perbuatan ini selain menyerupakan bid'ah dan tindakan tasyabbuh (menyerupai) orang kristian, juga di dalamnya terdapat amalan syirik dan mungkar. Contohnya, melantunkan syair-syair yang di dalamnya terdapat sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dalam kedudukan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam hingga pada peringkat berdoa dan meminta tolong kepada selain Allah Ta'ala.

Di antara syair tersebut adalah perkataan Al-Busairi dalam Al-Burdah:

Wahai semulia-mulia makhluk
Siapa yang dapat aku jadikan tempat mengadu selain engkau 
di kala tertimpa musibah yang merata

Jika engkau tidak memegang tanganku di Hari Kiamat nanti
Sebagai keutamaan bagiku
Maka celakalah aku

Sesungguhnya di antara kemurahanmu
Adalah engkau berikan dunia dan seisinya
Dan di antara ilmumu
Adalah engkau mengetahui Lauhul Mahfuz

Ibnu Rajab dan lainnya berkata: "Al-Busairi tidak memberikan sedikit hak untuk Allah, kerana dia menyatakan dunia dan akhirat adalah kemurahan Rasulullah."

Nabi telah melarang kita berlebihan dalam memuji baginda. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم إنما أنا عبد فقولوا: عبد الله ورسوله

"Janganlah kamu berlebihan dalam memujiku seperti pujian orang Nasrani terhadap Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah Abdullah (hamba Allah) dan RasulNya." (HR. Ahmad dalam Musnadnya (1/24), no: 154, 164. Al-Bukhari, no: 3445)

Al-Ithra' bermaksud "berlebihan dalam memuji", sebahagian mereka meyakini bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menghadiri perayaan mereka.

Salah satu bentuk kemungkaran yang terjadi pada perayaan itu adalah melantunkan syair secara bersama-sama dengan dilagukan yang diiringi tabuhan gendang, dan berbagai amal zikir bid'ah kaum sufi lainnya. Kemungkinan pula terjadi dalam perayaan tersebut ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan) yang dapat menimbulkan fitnah dan mengakibatkan terjadinya perbuatan keji.

Andainya jika perayaan itu terhindar dari perkara-perkara seperti di atas, iaitu hanya sekadar berkumpul-kumpul, memakan makanan dan menunjukkan kegembiraan seperti anggapan mereka, maka hal ini tetap dihukumi sebagai perbuatan bid'ah dan (sesuatu yang) diada-adakan. Setiap yang diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat.

Selain itu, memakan makanan seperti ini akan berkembang menjadi perayaan yang lebih besar sehingga di dalamnya terdapat berbagai kemungkaran yang biasa terjadi dalam perayaan-perayaan lainnya.

Kami mengatakan sebagai perbuatan bid'ah kerana perayaan seperti ini tidak mempunyai dasar dari Al-Quran dan As-Sunnah, serta tidak pernah dilakukan oleh salafus soleh pada hidup mereka tiga generasi yang terpilih. Perayaan ini muncul pada akhir abad ke-4 Hijriah yang dipelopori kaum Fatimiah yang bermazhab Syi'ah.*

* (Sila rujuk nota kaki asal buku syeikh Fauzan ini. Syeikh membawakan pernyataan yang panjang dari Syeikh Masyhur bin Hasan terhadap tahqiqnya ke atas kitab Al-I'tisham 2/352-356 berkenaan perkembangan penganut fahaman Syiah)

Imam Abu Hafs Tajuddin Al-Fakihani berkata: "Amma Ba'du, berulangkali muncul pertanyaan dari sekelompok orang -yang semoga diberkati Allah- tentang hukum perkumpulan (perayaan) yang diadakan oleh sebahagian orang pada bulan Rabi'ul Awal. Mereka menyebutnya dengan Maulid. Apakah hal ini ada dasarnya dari agama? Mereka sangat menginginkan jawapan ini dengan jelas dan terang.

Saya menjawab, Wabillahit Taufiq wal Hidayah (kita mengharapkan dari Allah petunjuk dan hidayah), saya tidak mengetahui dasar perayaan maulid ini, baik dari Al-Quran mahupun Sunnah. Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari para ulama umat ini yang dapat dijadikan sebagai qudwah (ikutan) dalam agama dan berpegang teguh dengan riwayat-riwayat ulama terdahulu. Bahkan perbuatan ini adalah bid'ah yang diadakan oleh orang-orang yang tidak memiliki pekerjaan dan hawa nafsu yang digunakan untuk melonggokkan kekayaan dan para pencari makan." (Risalah Al-Maurid fi Amal Al-Maulid)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: "Bid'ah yang diadakan oleh sebahagian orang, baik kerana perbuatan itu menyerupai perbuatan orang Nasrani dalam mengadakan peringatan kelahiran Isa 'alaihis salam, atau kerana mengaku cinta kepada Nabi dengan menjadikan hari kelahiran Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sebagai perayaan Maulid walaupun orang-orang masih memperselisihkan hari kelahiran baginda, maka semua ini tidak pernah dilakukan oleh salaf. Jika perbuatan ini baik atau benar nescaya para salaf radiallahu 'anhum lebih berhak untuk melakukannya daripada kita. Sebab, mereka lebih cinta kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan lebih mengagungkannya daripada kita. Mereka lebih semangat dalam mengamalkan kebaikan.

Sebenarnya, hakikat mencintai dan memuliakan Nabi itu adalah mengikuti dan mentaatinya, mengikuti perintah dan menghidupkan sunnahnya, baik secara lahir ataupun yang batin, menyebarkan agamanya dan berjihad dalam memperjuangkannya, baik itu dengan hati, tangan dan lidah. Semua ini adalah cara para pendahulu kita yang pertama dari kalangan kaum Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka." (Iqtidha' Ash-Shirath Al-Mustaqim; 2/615, yang ditahqiq oleh Dr. Nashir Al-Aql)

Dalam mengingkari bid'ahnya maulid ini, berbagai kitab dan tulisan telah disusun, baik dahulu ataupun sekarang. Selain perayaan maulid itu bid'ah dan menyerupai orang kafir, perbuatan ini juga akan mendorong munculnya perayaan maulid (hari kelahiran) yang lain. Contohnya, peringatan kelahiran para wali, syeikh dan pembesar sehingga membuka pintu berbagai keburukan.

[Disalin dan disunting dari buku: Murnikan Ibadah Jauhi Bid'ah. Penulis: Syeikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan, Penerjemah: Nur Alim, Lc. Penerbit: Pustaka At-Tazkia. Judul Asli: Al-Bid'atu Ta'rifuha Anwa'uha Ahkamuha]

Selasa, 19 Januari 2010

TAUHID SEJATI SEBAGAI PENYELAMAT

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadaNya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah An-Nisa’: 48)

Dari Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhuma, berkata:

"Ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengadakan perjalanan Isra' yang terakhir di Sidratul Muntaha, baginda diberikan tiga perkara: Baginda diberi solat lima waktu, bahagian akhir surah Al-Baqarah, dan keampunan terhadap siapa pun dari umatnya yang sama sekali tidak mempersekutukan Allah dengan hal-hal yang kecil." (Hadis riwayat Muslim, no: 244)

Dari Abu Dzar radiallahu 'anhu, berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

"Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Agung berfirman: "Barangsiapa datang dengan membawa satu kebajikan dia mendapatkan sepuluh kali lipat gandanya dan masih Aku tambah. Barangsiapa datang dengan membawa satu kejahatan maka balasannya juga hanya satu kejahatan atau akan Aku ampuni. Barangsiapa mendekat padaKu satu jengkal Aku akan mendekat padanya satu hasta. Barangsiapa mendekat padaKu  satu hasta, maka akan mendekat padanya satu depa. Barangsiapa datang kepadaKu dengan berjalan kaki Aku akan mendatanginya dengan berlari anak (kecil). Dan barangsiapa menemui Aku dengan membawa sebuah baldi/timba tanah kesalahan dan dia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuaptu apapun, Aku akan menemuinya dengan membawa sebuah baldi keampunan." (Hadis riwayat Muslim, no: 2677)

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:

"Sesungguhnya Allah di hari kiamat kelak akan menyelamatkan seseorang dari umatku pada kepala para makhluk. Lalu dibukakan padanya 99 lembar/helaian catatan dan setiap lembar panjangnya adalah sejauh mata memandang, kemudian Allah bertanya: "Apakah ada sesuatu yang tidak tercantum dalam catatan ini? Apakah kamu merasa dizalimi oleh para malaikat yang menulisnya?" Dia menjawab: "Tidak Tuhanku." Allah bertanya: "Apakah kamu mempunyai alasan?" Dia menjawab: "Tidak Tuhanku." Allah berfirman: "Baiklah, kamu mempunyai satu catatan kebajikan di sisiKu, dan pada hari ini tidak ada yang menzalimimu." Lalu Allah mengeluarkan selembar kertas yang berisi tulisan "Asyhadu an laa ilaaha illallah, wa asyhadu anna muhammadan Rasulullah." (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah). Allah berfirman: "Bawa kemari timbangan amalmu." Dia bertanya: "Wahai Tuhan! Apalah ertinya tulisan kebajikan pada selembar kertas ini dibanding dengan catatan-catatan tersebut?" Allah berfirman: "Kamu tidak akan dizalimi." Setelah 99 catatan tersebut diletakkan pada sebuah piring neraka dan selembar kertas catatan kebajikan juga diletakkan pada sebuah piring neraca lainnya, ternyata isi piring neraca yang terakhir ini lebih berat daripada isi piring neraca pertama. Tidak ada sesuatupun yang dapat mengalahkan beratnya sesuatu yang terdapat nama Allah." (Hadis riwayat Imam Tirmizi, no: 2639, Ahmad 2/213, dan Ibn Majah, no: 4300)

Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah berkata:

"Sesungguhnya orang yang mengesakan Allah secara hakiki dalam ertikata tidak dinodai oleh perbuatan syirik, dia diberikan keampunan yang tidak diberikan kepada orang lain yang tidak sepertinya. Kalau dia datang menemui Allah dengan membawa sebuah baldi berisi penuh pasir kesalahan-kesalahan, maka Allah akan menyambutnya dengan membawa sebuah baldi berisi penuh air pengampunan. Kebaikan itu tidak mungkin diberikan kepada orang yang tauhidnya kurang sempurna. Tauhid yang hakiki yakni yang tidak dicampuri oleh noda-noda kemusyrikan dan tidak mensisakan dosa bersamanya kerana ia mengandungi kecintaan dan pengagungan kepada Allah, dan juga rasa takut serta berharap kepadaNya semata yang menyebabkan dihapuskannya dosa-dosa sebanyak apa juapun. Yang dibawa-nya itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan apa yang dibawa oleh Allah."

Sebahagian orang mengatakan: Bagaimana cara mewujudkan tauhid yang hakiki?  Dan apa hubungannya dengan usaha menjauhi syirik? Maka Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah menjawab:

"Ketahuilah sesungguhnya tidak bersikap syirik (yakni tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun) ini tidak akan muncul dari orang yang terus menerus berbuat maksiat. Pemabuk berat dan orang yang terus menerus melakukan dosa-dosa kecil, tidak mungkin tauhidnya boleh bersih sehingga dia tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun. Itu adalah suatu hal yang sangat mustahil. Tidak perlu dipedulikan  orang yang suka membantah atau berdebat yang hatinya sudah seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Dengan hatinya yang keras itu dia menepuk dada seraya berkata: 'Siapa yang melarang? Siapa yang menghalangi? Dan apa yang mustahil?' Kalau sudah demikian, jelas tidak ada yang mustahil darinya.

Biarkan sahaja hati yang keras itu dengan keangkuhan dan kebodohannya. Ketahuilah bahawa sifat keras kepala melakukan maksiat pasti terjadi lantaran hati sudah berani merasa takut kepada selain Allah, kerana mengharap selain Allah, kerana mencintai selain Allah, kerana merendah diri kepada selain Allah, dan bertawakkal juga kepada selain Allah, sehingga membuatnya tenggelam ke dalam samudera syirik. Hukum ini sudah diketahui oleh hati nurani seseorang kalau dia sememangnya mempunyai akal. Persoalannya, kehinaan maksiat pasti mempengaruhi hati sehingga menyebabkan dia merasa takut kepada selain Allah yang merupakan perbuatan syirik, juga akan mengakibatkan cinta dan meminta tolong kepada selain Allah menyangkuti sebab-sebab yang dapat menghantarkan kepada tujuannya. Akibatnya, apa yang dia lakukan itu bukan kerana Allah dan bukan untuk mencari keredaanNya. Dan itu adalah hakikat syirik.

Benar, boleh jadi dia juga bertauhid seperti tauhidnya Abu Jahal dan para penyembah patung-patung berhala lainnya, yakni Tauhid Rububiyah yang hanya berupa pengakuan bahawa tidak ada yang menciptakan selain Allah. Kalau hanya dengan model tauhid seperti ini orang boleh selamat dari siksa neraka, tentu para penyembah patung-patung berhala tersebut juga selamat. Jadi persoalannya ini ada pada Tauhid Uluhiyah, yakni mengakui bahawa tidak ada yang berhak untuk disembah kecuali Allah. Tauhid inilah yang membezakan antara orang-orang yang mempersekutukan Allah dengan orang-orang yang mengesakanNya. Maksudnya ialah bahawa seseorang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun itu mustahil akan menemui Allah dengan membawa kesalahan-kesalahan yang terus-menerus dia lakukan tanpa mahu bertaubat daripadanya. Tauhid yang sempurna ini adalah kemuncak cinta, ketaatan, kerendahan, ketakutan dan harapan kepada Tuhan yang Maha Tinggi." (Madarij As-Salikin 1/324-355)

Beliau berkata lagi:

"Kami tidak mengatakan bahawa tidak ada seorang pun di antara orang-orang yang mengesakan Allah itu tidak masuk neraka. Melainkan banyak di antara mereka yang masuk neraka disebabkan oleh dosa mereka, dan mereka akan disiksa sesuai dengan kadar kejahatannya, kemudian mereka keluar darinya. Kedua-dua persoalan ini tidak saling bertentangan bagi orang yang benar-benar mengerti apa yang kami sampaikan itu." (Ibid 1/358)

Seterusnya beliau berkata lagi:

"Sesungguhnya cahaya kalimah: "Laa ilaaha illallah" itu boleh menghilangkan debu-debu dan kabut dosa, bergantung kuat dan lemahnya. Kalimah tersebut memiliki cahaya. Kekuatan dan kelemahan cahaya tersebut berbeza-beza antara seseorang dengan yang lain. Tidak ada yang mengetahui selain Allah. Ada orang yang cahaya kalimah "Laa ilaaha illallah" ini dalam hatinya ibarat matahari. Ada yang cahaya kalimah itu di hatinya ibarat bintang-bintang yang berkilauan. Ada yang cahaya kalimah itu di hatinya ibarat lampu obor yang besar. Ada yang hanya ibarat lampu bersinar terang. Bahkan ada juga yang hanya ibarat lampu yang bersinar redup (malap). Kerana itu pada hari kiamat kelak cahaya-cahaya tersebut akan bersinar di sebelah kanan dan di hadapan mereka. Kadar terangnya adalah sesuai dengan kadar cahaya kalimah tersebut dalam hati, ilmu, pengamalan, makrifat (pengetahuan) dan keadaan mereka.

Semakin besar dan kuat cahaya tersebut, semakin besar dan kuat pula daya bakarnya terhadap pelbagai syubhat dan syahwat. Sehingga setiap kali berhadapan dengan syubhat, syahwat dan dosa pasti dia segera membakarnya. Itulah keadaan orang yang benar-benar mengesakan Allah secara hakiki, dan tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun. Dosa syahwat dan syubhat apapun yang mendekati cahaya tersebut pasti dibakar olehnya. Cakerawala imannya dijaga oleh bintang-bintang dari semua yang ingin mencuri kebajikan-kebajikannya. Pencuri tidak dapat menembus ke sana kecuali dirinya sedang terpedaya dan lalai yang memang menjadi sifat manusia. Sebaik saja sedar dan mengetahui apa yang dicuri, dia segera menyelamatkannya dari si pencuri atau melipat gandakan perolehannya dengan usahanya. Begitulah keadaan terhadap para pencuri dari golongan jin mahupun manusia, bukan seperti orang yang membukakan perbendaharaannya untuk mereka, seraya membelakangi pintu." (Ibid) 

Sabtu, 16 Januari 2010

Sunnah-Sunnah Para Nabi

Semua orang pasti mencintai kebersihan dan kesucian sehingga ada ungkapan "kebersihan pangkal kesihatan". Kebersihan dan kesucian amatlah diperhatikan oleh Islam baik pada batin mahupun lahiriah seseorang. Namun tentunya mestilah sesuai dengan batasan Allah dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wasallam. Jangan pula keterlaluan dalam menjaga kebersihan sampai keluar dari ketaatan, seperti orang yang tidak mahu solat di masjid yang tidak beralas karpet dengan alasan untuk menjaga kebersihan, padahal masjid itu tidak bernajis!! Jangan pula lalai dalam menjaga kebersihan sehingga melanggar batasan, seperti sebahagian pemandu teksi yang suka kencing berdiri di sembarangan tempat, lalu solat, padahal badan atau pakaiannya terkena najis kencing!!!

Agama Islam yang suci ini adalah agama yang menjaga fitrah yang Allah telah perintahkan kepada nabi-nabi dan rasul sebelum diutusnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Fitrah ini melambangkan kesucian dan kebersihan para anbiya’ dan pengikutnya.

Allah Ta'ala berfirman:

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma’il, Ishak, Ya’qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. dan kami berikan Zabur kepada Daud." (An-Nisaa’: 163)

Di antara perkara yang Allah wahyukan kepada para nabi dan rasul, termasuk Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah 5 perkara yang biasa disebut dengan "Sunan fitrah".

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ( أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ) الْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيْمُ الأَظْفَارِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

"Fitrah itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur misai." [HR. Al-Bukhari (5889), Muslim (257), Abu Daud (4198), dan An-Nasa’i (9)]

Al-Allamah Syaikh Sholeh bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan hafizhahullah berkara, "Diantara keistimewaan yang dibawa oleh agama yang lurus ini, adanya perkara-perkara fitrah yang berlalu sebutannya dalam hadis tersebut. Disebutkan "perkara-perkara fitrah", kerana pelakunya disifati dengan fitrah yang Allah ciptakan manusia di atasnya. Allah menganjurkan dan mendorong mereka untuk melakukannya agar mereka berada pada sifat yang paling sempurna, dan paling mulia; agar mereka berada dalam keadaan yang paling elok, dan indah. Perkara-perkara itu merupakan sunnah (jalan hidup) lama yang telah dipilih oleh para nabi, dan seluruh syari’at bersepakat di dalamnya". [Lihat Al-Mulakhkhosh Al-Fiqhiy (1/34), cet. Darul Iman, 2002 M]

Pembaca yang budiman, mungkin ada baiknya kita mengenal lebih dekat dengan sedikit penjelasan tentang sunan fitrah yang telah lama diamalkan oleh para nabi dan rasul, manusia yang paling mengetahui kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat. Diantara perkara-perkara itu:

Khatan atau Bersunat

Khatan adalah memotong sebahagian kulit yang menutupi hujung kemaluan agar hujung kemaluan boleh dilihat dan kotoran tidak melekat pada kulit tersebut sehingga terkadang menimbulkan penyakit dan radang (bernanah).

Khitan adalah perkara wajib kaum lelaki, dan dianjurkan (sunnat) bagi wanita, kerana ia adalah syi’ar Islam. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sungguh telah bersabda ketika ada seorang sahabat yang masuk Islam datang kepada baginda,

أَلْقِ عَنْكَ شَعْرَ الْكُفْرِ وَاخْتَتِنْ

"Buanglah darimu rambut kekufuran, dan berkhatanlah". [HR. Abdur Razzaq (9835 & 19224), Ahmad (15470), Abu Daud (356), Al-Baihaqi (781 & 17335), Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (982). Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah (2977)]

Muhaddis Negeri India, Al-Allamah Syamsul Haq Al-Azhim Abadi rahimahullah berkata ketika mengomentari hadis ini: "Di dalam hadis ini terdapat dalil yang menujukkan bahawa khatan bagi orang yang masuk Islam adalah wajib, dan ia adalah tanda bagi keislaman". [Lihat Aunul Ma’bud (2/16)]

Adapun khatan bagi wanita, maka tidak wajib, tapi ia merupakan perkara yang mulia, kerana tak ada dalil yang sahih menujukkan bahawa khatan bagi mereka. Cuma memang sudah menjadi adat kebiasaan di zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- wanita juga di sunnat.

Al-Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah berkata, "Adapun khitan, maka wajib bagi kaum lelaki, dan kemuliaan pada diri kaum wanita, bukan wajib bagi mereka. Ini adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu".[Lihat Al-Mughni (1/115), cet. Dar Alam Al-Kutub, 1419 H]

Mencukur Bulu Kemaluan

Diantara keindahan Islam, ia mengatur segala perkara sehinggalah masalah kebersihan kemaluan juga diperhatikan. Aturan yang seindah dan serapi ini, kita tidak akan jumpai dalam agama dan aturan apapun, kecuali dalam Islam. Dalam syari’at kita disebut "istihdad".

Al-Allamah Mahmud bin Ahmad Al-Aini rahimahullah berkata: "Istihdad adalah penggunaan benda tajam pada bulu kemaluan, iaitu menghilangkannya dengan pisau cukur. Ini pada diri kaum lelaki. Adapun wanita, maka mereka tidak menggunakannya kecuali nurah (ubat penghilang bulu) atau selainnya diantara benda yang dapat menghilangkan bulu tersebut". [Lihat Umdah Al-Qori (20/222)]

Sebenarnya wanita juga boleh menggunakan pisau cukur atau gunting kerana sesuai dengan hadis di atas. Adapun pernyatan Al-Aini bahawa wanita memakai selain pisau cukur, maka ini adalah pengkhususan tanpa didasari dengan dalil!!

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan aturan yang begitu lengkap dalam masalah in sehingga baginda pernah bersabda,

وَقَّتَ لَنَا فِيْ قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيْمِ الأَظفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

"Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkan waktu bagi kami dalam mencukur misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, iaitu agar kami tak membiarkannya lebih dari 40 malam (hari)." [HR. Muslim (258), Abu Daud (4200), At-Tirmidzi (2759), An-Nasa’i (14), dan Ibnu Majah (295)]

Memotong Kuku

Memotong kuku merupakan sunnah dan jalan hidup orang-orang soleh dari kalangan nabi dan rasul. Adapun orang-orang kafir dan fasiq yang tak mengenal erti sebuah kebersihan, maka terkadang mereka menjadikan kuku yang panjang sebagai suatu "keindahan" yang memperdayakan. Memanjangkan kuku adalah kebiasan jelek, kerana menyerupai haiwan. Namun sangat sayang sekali, ada sebahagian pemuda muslim yang sengaja memanjangkan kuku kerana dalih "model", memang benar model, tapi model yang mengerikan.

Syaikh Sholeh Al-Fauzan dalam kitab Al-Mulakhkhash Al-Fiqhi (1/35) berkata: "Diantara perkara fitrah adalah memotong kuku sehingga tidak dibiarkan panjang, kerana dalam hal itu (memotong kuku) terdapat keindahan, dan dapat menghilangkan kotoran yang bertompok di dalamnya, serta akan jauh dari sikap menyerupai haiwan buas. Fitrah Nabawiyah ini telah diselisihi oleh sekelompok pemuda yang liar dan wanita yang buruk. Mereka pun memanjangkan kukunya dalam rangka menyelisihi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan terlena dalam taqlid buta."

Jadi, memanjangkan kuku merupakan kebiasaan orang-orang menyelisihi jalannya para nabi dari kalangan orang kafir dan fasiq. Sedangkan kita dilarang menyerupai kaum seperti ini. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَمِنْهُمْ

“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut” (HR. Abu Daud (4031), Ahmad (5114), Ath-Thabrani dalam Al-Ausath (8327), Ibnu Manshur dalam As-Sunan (2370). Dihasankan oleh Al-Albani dalam Takhrij Al-Misykah (4347))

Al-Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Hadis ini serendah-rendahnya mewajibkan pengharaman tasyabbuh (menyerupai orang kafir atau fasiq)". [Lihat Iqtidho’ Ash-Shiroth Al-Mustaqim (83)]

Mencabut Bulu Ketiak

Ketiak adalah salah satu tempat munculnya bau yang tak enak (busuk) pada diri seseorang, kerana kurangnya perhatian seseorang dalam menjaga kebersihan ketiak atau badannya secara umum. Bau ketiak yang tak enak menyebabkan orang akan menjauhi kita dan merasa terganggu dengannya. Nah, ini lebih terlarang lagi, jika bau itu mengganggu orang yang solat. Bau bawang saja, jika mengganggu orang solat itu dilarang untuk memakannya ketika kita hendak ke masjid jika mengganggu orang lain.

Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang dari (makan) bawang merah, dan bawang besar. Kami pun dikuasai oleh perasaan perlu (kepadanya), maka kami akhirnya makan bawang. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ الْمُنْتِنَةِ فَلا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا فَإِنَّ الْمَلائِكَةَ تَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ الإِنْسُ

"Barang siapa yang memakan pohon (tanaman) yang busuk ini, maka janganlah dia mendekati masjid kami, kerana malaikat terganggu oleh sesuatu yang mengganggu manusia". [HR. Muslim dalam Kitab Al-Masajid (1252)]

Jadi, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kita mendekati masjid, jika mulut berbau bawang. Nah, demikian pula jika bau kerana gangguan ketiak yang tidak sihat. Selain itu, ketiak yang panjang bulunya akan merosakkan "pemandangan".

Sebuah terapi nabawi menawarkan kita dengan sebuah solusi yang jitu dalam mengatasi persoalan ketiak, iaitu mencabut bulu ketiak sehingga kuman dan bakteria tidak bersarang padanya serta ketiak kita akan terasa selesa.

Mencukur Misai

Salah satu jalan dan metode hidup yang pernah dicontohkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul Allah, mereka mencukur misai mereka, dan memelihara janggutnya sebagai lambang kelakian seorang lelaki sejati. Tidak hairanlah jika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,

أُحْفُوْا الشَّوَارِبَ وَأْعْفُوْا اللِّحَى

"Potonglah misai, dan biarkanlah (panjangkan) janggut". [HR. Al-Bukhari (5553), dan Muslim (259)]

Jadi, janggut dibiarkan panjang, dan misai dicukur. Sebahagian ulama’ menjelaskan bahawa maksud mencukur misai disini adalah mencukurnya sehingga habis, dan juga diantara mereka berpendapat bahawa memadai mencukur misai yang melewati garis bibir, wallahu a’lam. Perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini mengandung hukum wajibnya memelihara janggut, dan membiarkannya tumbuh. [Lihat Madarij As-Salikin (3/46) karya Ibnul Qayyim, cet. Dar Al-Kitab Al-Arabi]

Namun amat disayangkan, lambang kelakian ini dipangkas (dipotong), bahkan dibabat (cukur) habis oleh sebahagian orang yang mengaku pengikut Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lebih parah lagi jika misai pula dibiarkan panjang.

Kebiasaan jelek ‘mencukur dan memotong janggut’ sudah mendarah daging dalam peribadi mereka sehingga kita akan menyaksikan pemandangan yang mengerikan dengan maraknya gerakan "Pangkas dan Gundul Janggut" di kalangan kaum muslimin, baik yang tua, apalagi remaja!!

Disunting oleh Abu Sholeh

Rabu, 13 Januari 2010

Membenci Poligami Adalah Membenci Salah Satu Syi’ar Allah

Oleh Asy Syaikh Ubaid bin Abdillah Al-Jabiri Hafizahulloh
Diterjemahkan : Al-Ustadz Abu Karimah Askari Hafidzahulloh

Ada sebahagian orang baik dari kalangan lelaki mahupun wanita yang membenci poligami, dalam keadaan sebahagian mereka diketahui belum menikah. Apakah ini termasuk membenci sesuatu yang datang dari Nabi Shallalahu ‘alaihi wasallam?

Jawapan:

Pertama: Bahawa pemikiran yang dimiliki oleh orang yang anda sebutkan dari kaum lelaki mahupun wanita tersebut memiliki beberapa sebab, diantaranya:

1 - Kurangnya pengetahuan dia tentang agama Allah. Barangsiapa yang mendalami agama Allah Subhaanahu wa ta’aala, maka tentu dia tidak akan membenci syi’ar ini. Dia mengetahui bahawa ini termasuk agama Allah Subhaanahu wa ta’aala. Adapaun apakah dia mengamalkan atau tidak mengamalkannya, ini perkara lain. Namun hendaklah dia tidak membencinya, bahkan sepatutnya dia meyakini bahawa hal itu merupakan kebaikan untuk Islam dan kaum muslimin. Adapun jika dia tidak senang berpoligami, maka ini perkara lain.

2 - Pengaruh fanatisme (taksub) dan kebiasaan satu kabilah (suku). Banyak diantara para pemimpin kabilah dan negeri yang mereka tidak berpoligami, dan pada hakikatnya ini adalah sebuah kesalahan. Ini merupakan pengabaian terhadap salah satu syi’ar Islam atau dia telah menanamkan benih kerosakan. Kerana efek (kesan) dari hal ini akan menyebabkan banyaknya para wanita yang memanjang (berterusan) dan tidak menikah disebabkan kerana kebiasaan suku atau sebuah negeri yang memiliki sifat fanatik.

3 - Pengaruh pendidikan yang banyak dipublikasikan melalui pelbagai media informasi baik yang didengar, dibaca mahupun dilihat (Radio, Koran/Majalah, Televisi, dan lain-lain, Pent) yang mempropagandakan bahawa poligami itu menimbulkan berbagai masalah serta menyebabkan timbulnya perceraian dan kedengkian. Sehingga mereka sesungguhnya terbahagi menjadi dua golongan, iaitu:

  1. Dia orang yang bodoh tentang agama Allah, kecenderungannya hanyalah menulis, membacakan dan memperdengarkan kepada manusia.
  2. Dia adalah musuh sunnah yang telah dipengaruhi oleh pemikiran barat.

Tadi kami telah menjelaskan bahawa wajib bagi kaum muslimin untuk meyakini bahawa ini merupakan salah satu syi’ar Islam, sebagaimana yang telah kami jelaskan pula bahawa hukum asal dari pernikahan adalah poligami (bukan monogami, pent) dan yang berpendapat wajibnya memiliki sisi kebenaran dalil kerana asal perintah hukumnya wajib. Maka haram atas mereka untuk mengingkari syi’ar ini. Dan kami nasihatkan kepada kaum muslimin agar hendaklah mereka berpoligami, kerana poligami ini memiliki hikmah dan kemaslahatan yang banyak, diantaranya:

  • Apa yang telah kami isyaratkan, iaitu mengurangi jumlah wanita yang berterusan.
  • Sebahagian wanita tidak memiliki wali, atau dia memiliki wali yang zalim, maka dengan poligami, seorang lelaki dapat menyelamatkan wanita tersebut darinya.
  • Seorang lelaki tatkala menyambung hubungan ipar kepada beberapa keluarga, maka akan menimbulkan kepercayaan diantara mereka berupa kecintaan dan kasih sayang. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam,  melakukukan hal ini, dimana baginda menyambung hubungan ipar kepada beberapa kabilah baik Quraisy dan juga selain Quraisy. Dan yang nampak bahawa berdasarkan apa yang saya ketahui, kebanyakan isteri-isteri baginda berasal dari luar Quraisy. Saya tidak dapat memastikannya sekarang.

Kami nasihatkan kepada setiap muslimah agar menerima syari’at Allah serta meredhai hukum Allah dan jangan memusuhi suaminya jika dia menikah lagi dengan yang lain, dan jangan pula memusuhi madunya. Adapun keadaan dia yang tidak suka dengan poligami dan dia lebih senang untuk tidak bermadu, maka ini adalah perkara fitrah. Namun sesungguhnya yang dibenci dan dicela adalah tatkala dia menampakkan permusuhan terhadap diri suaminya, hartanya mahupun anak-anaknya atau dia berbuat zalim terhadap keluarga suaminya dan keluarga madunya.

Yang lebih parah lagi adalah kalau sekiranya dia sampai menampakkan bahawa suaminya adalah seorang yang berbuat aniaya dan zalim, ini adalah haram.

Diantara mereka ada pula yang minta diceraikan kerana hal ini. Maka kami peringatkan kepada para wanita muslimah yang telah redha Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, sebagai Rasulnya dari kesengajaan untuk melakukan berbagai tindakan ini, dan mengingat sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ

“Siapa  saja wanita yang meminta dicerai – iaitu dari suaminya – tanpa ada permasalahan, maka haram baginya untuk mencium bau surga” [1]

Lalu Syaikh Hafizahullah berkata: Mungkin masih ada yang terkurang dari pertanyaan?

Abu Rawahah berkata: Ya, Apakah kebencian mereka terhadap poligami termasuk sikap membenci apa yang datang dari Nabi Shallalahu ‘alaihi wasallam sehingga dapat menjadi pembatal diantara pembatal-pembatal keislaman?

Syaikh Hafizahullah menjawab dengan mengatakan: “Tidak, tidak sampai menjadi pembatal keislaman, namun ini merupakan kesalahan dan bahaya. Pada hakikatnya ini kembali kepada keyakinannya, namun dikhuatiri  orang yang membenci poligami ini terjatuh dalam kekafiran kerana membenci salah satu syi’ar Allah sebab perkara ini telah ditetapkan berdasarkan Al-Kitab, As Sunnah dan Ijma’.”

___________________________
[1] Dikeluarkan oleh Abu Daud (6/142), Kitab Ath Thalaq (18), Bab “Fil Khulu’. At Tirmidzi (4/433), Kitab Ath Thalaq Wal Li’an (1), bab Maa Jaa’ Fil Mukhtali’at. Ibnu Majah, Kitab Ath Thalaq (21), Bab: Karahiyatul Khulu’ Lil Mar’ah. Seluruhnya dari jalan Ayyub bin Abi Qilabah dari Abu Asma’ Ar Rahabi dari Tsauban Radiyallohu ‘anhu: Al Hadits. Dan telah dishahihkan Al Albani sebagaimana yang disebutkan dalam kitabnya Al-Irwa’ (7/1000), hadits no: 2035.

Disunting dan diambil dari: http://atstsabat.com

Selasa, 12 Januari 2010

Menjaga Aqidah Ketika Sakit

Setiap orang yang beriman pasti akan diberikan ujian oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Ujian tersebut beragam bentuknya, sesuai dengan keadaan dan kadar keimanan seseorang. Ujian boleh berupa kesenangan dan boleh juga berupa kesusahan. Dan salah satu dari bentuk ujian tersebut adalah tertimpanya seseorang dengan suatu penyakit yang merosakkan dirinya.

Sebagaimana yang Allah subhanahu wa ta’ala sebutkan dalam surat Al-‘Ankabut ayat 1 hingga 3, bahawa hikmah diberikannya ujian kepada kaum mukminin adalah untuk mengetahui [1] siapa yang jujur dan siapa yang dusta dalam pengakuan iman mereka tersebut.

Demikian juga ketika sakit, seseorang akan diuji tingkat kejujuran iman dan aqidahnya. Sangat disayangkan, ternyata di sana masih banyak terjadi pelanggaran-pelanggaran syari’at yang dilakukan oleh orang yang sedang ditimpa penyakit. Di antara mereka ada yang tidak menerima bahkan menolak takdir Allah yang sedang dia rasakan tersebut. Bahkan ada yang mengatakan dan menuduh bahawa Allah tidak adil kepada dirinya, Allah telah berbuat zalim kepadanya, dan sebagainya, na’udzubillah min dzalik. Ada pula yang tidak sabar dan putus asa dengan keadaannya tersebut sehingga dia sangat berharap ajal segera menjemputnya. Dan bahkan ada pula yang bertekad untuk melakukan (berusaha) bunuh diri dengan harapan penderitaannya segera berakhir. Ini semua menunjukkan lemahnya keimanan dan kurangnya kejujurannya dalam ikrar keimanannya tersebut.

Lalu bagaimana bimbingan syari’at yang mulia dan sempurna ini di dalam menyikapi permasalahan-permasalahan seperti itu? Apakah solusi (penyelesaian) yang sepatutnya dilakukan oleh setiap hamba yang mengaku beriman kepada Allah ‘azza wa jalla, Rasul-Nya dan hari akhir jika tertimpa sesuatu penyakit agar iman dan aqidah ini senantiasa terjaga? Maka kali ini insya Allah akan kami ketengahkan kepada anda, bagaimana syari’at membimbing anda tentang sikap yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang sedang mengalami sakit agar dia dikatakan sebagai seorang yang jujur dalam keimanan dan aqidahnya. Di antara sikap tersebut adalah [2]:

Pertama: Hendaklah dia merasa redha dengan takdir dan ketentuan Allah subhanahu wa ta’ala tersebut, bersabar dengannya dan berbaik sangka kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan apa yang sedang dia rasakan. Kerana segala yang dia terima adalah merupakan sesuatu yang terbaik Allah subhanahu wa ta’ala beri kepadanya. Ini merupakan sikap seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan keimanan yang benar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sungguh sangat menakjubkan urusan seorang mukmin, kerana segala urusannya adalah berupa kebaikan. Dan tidaklah didapati keadaan yang seperti ini kecuali pada diri seorang mukmin saja. Ketika dia mendapatkan kebahagiaan, dia segera bersyukur. Maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan ketika dia mendapatkan kesusahan dia bersabar. Maka itu menjadi kebaikan baginya.” (HR. Muslim dari sahabat Shuhaib bin Sinan radhiyallahu ‘anhu)

Baginda juga bersabda:

لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

“Janganlah salah seorang diantara kamu meninggal kecuali dalam keadaan dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR. Muslim dari shahabat Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma)

Kedua: Hendaklah dia memiliki sikap raja’ (berharap atas rahmat Allah subhanahu wa ta’ala) dan rasa khauf (takut dan cemas dari azab Allah subhanahu wata’ala)


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى شَابٍّ وَهُوَ فِي الْمَوْتِ فَقَالَ كَيْفَ تَجِدُكَ قَالَ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنِّي أَرْجُو اللَّهَ وَإِنِّي أَخَافُ ذُنُوبِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَجْتَمِعَانِ فِي قَلْبِ عَبْدٍ فِي مِثْلِ هَذَا الْمَوْطِنِ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا يَرْجُو وَآمَنَهُ مِمَّا يَخَافُ

“Suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendatangi seorang pemuda yang sedang sakit. kemudian baginda bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu?” Pemuda itu menjawab: “Demi Allah ya Rasulullah, sungguh saya sangat mengharapkan rahmat Allah dan saya takut akan siksa Allah disebabkan dosa-dosa saya.” Maka kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah dua sifat tersebut ada pada seorang hamba yang dalam keadaan seperti ini, kecuali Allah akan memberikan apa yang dia harapkan dan akan memberi rasa aman dengan apa yang dia takutkan.” (HR. At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu).

Ketiga: Tidak diperbolehkan baginya untuk mengharapkan kematian segera menjemputnya ketika penyakitnya ternyata semakin menjadi parah dan memburuk.

أأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى الْعَبَّاسِ وَهُوَ يَشْتَكِي فَتَمَنَّى الْمَوْتَ فَقَالَ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّ رَسُولِ اللَّهِ لَا تَتَمَنَّ الْمَوْتَ إِنْ كُنْتَ مُحْسِنًا تَزْدَادُ إِحْسَانًا إِلَى إِحْسَانِكَ خَيْرٌ لَكَ وَإِنْ كُنْتَ مُسِيئًا فَإِنْ تُؤَخَّرْ تَسْتَعْتِبْ خَيْرٌ لَكَ فَلَا تَتَمَنَّ الْمَوْتَ قَالَ يُونُسُ وَإِنْ كُنْتَ مُسِيئًا فَإِنْ تُؤَخَّرْ تَسْتَعْتِبْ مِنْ إِسَاءَتِكَ خَيْرٌ لَكَ

“Suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi bapa saudaranya ‘Abbas yang sedang sakit. Dia mengeluh dan berharap kematian segera datang menjemputnya. Maka baginda bersabda kepadanya: “Wahai pamanku, janganlah engkau berharap kematian itu datang. Jika engkau adalah orang baik, maka engkau boleh menambah kebaikanmu, dan itu baik untukmu. Namun jika engkau adalah orang yang banyak melakukan kesalahan, maka engkau dapat mengingkari dan membetulkan kesalahanmu itu, dan itu baik bagimu, maka janganlah berharap akan kematian.” (HR. Ahmad dan Al-Hakim dari sahabiyyah Ummul Fadhl radhiyallahu ‘anha)

Namun ketika ternyata dia tidak dapat bersabar dan harus melakukannya, maka hendaknya dia mengucapkan:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Ya Allah hidupkanlah aku apabila kehidupan itu lebih baik bagiku. Dan matikanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu)

Keempat: Hendaknya dia berwasiat ketika merasa ajalnya telah dekat untuk dipersiapkan dan dilakukan pengurusan jenazahnya nanti sesuai dengan bimbingan syari’at dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan bid’ah. Hal ini sebagai bentuk pengamalan firman Allah subhanahu wata’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.” (At-Tahrim: 6)

Dan di sana terdapat banyak kisah- kisah para sahabat yang mereka berwasiat dengan hal ini ketika merasa ajal segera menjemputnya. Salah satunya adalah kisah sahabat Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu yang pernah berwasiat ketika dia merasa ajal telah dekat. Dia berkata:


إِذَا مِتُّ فَلَا تُؤْذِنُوا بِي إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَكُونَ نَعْيًا فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَى عَنْ النَّعْيِ

“Jika aku  mati, janganlah kamu mengumumkannya, aku takut kalau perbuatan tersebut termasuk na’i (mengumumkan kematian yang dilarang sebagaimana dilakukan orang-orang jahiliyyah), kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah melarang perbuatan na’i tersebut.” (HR. At-Tirmizi)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya Al-Adzkar: “Sangat dianjurkan bagi seorang muslim untuk berwasiat kepada keluarganya agar meninggalkan kebiasaan atau adat yang ada dari berbagai bentuk kebid’ahan dalam penyelenggaraan jenazah. Dan hendaknya dia menekankan permasalahan itu.”

Wallahu A’lam.

Diringkaskan dari Kitab Ahkamul Jana-iz karya Al-‘Allamah Al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah oleh Al-Ustadz Abdullah Imam.

___________________________________
[1] Dan Allah subhanahu wa ta’ala Maha Mengetahui kadar dan tingkatan kejujuran iman seseorang walaupun tidak memberikan ujian kepada hamba-Nya itu.

[2] Diringkaskan dari kitab Ahkamul Jana-iz karya Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullahu ta’ala.

Disunting oleh: Abu Sholeh
Sumber: http://www.assalafy.org/mahad/?p=419#more-419

Rabu, 6 Januari 2010

Sikap Para Sahabat dan Tabi'in Terhadap Ahli Bid'ah

Syeikh Rabi' bin Hadi Umair Al-Madkhali hafizahullah berkata:

قال ابن عمر رضي الله عنهما في أهل القدر: ((أخبرهم أني بريء منهم، وأنهم مني برآء)). وقال أبو قلابة: ((لا تجالسوا أصحاب الأهواء -أو قال: أصحاب الخصومات- ، فإني لا آمن أن يغمسوكم في ضلالتهم، ويلبسوا عليكم بعض ما تعرفونه)). وقال رجل من أهل البدع لأيوب السختياني: يا أبا بكر! أسألك عن كلمة؟ فولى وهو يقول: ((ولا نصف كلمة)) - ((شرح السنة)) للإمام البغوي رحمه الله تعالى (1/ 227) هذا والله هو الولاء الصادق لله وللإسلام. ولو عامل علماء السنة في هذا الزمن أهل البدع هذه المعاملة الحازمة، لماتت البدع في جحورها، ولما استطاعت المطابع أن تطبع كتبهم، لأنها لا يوجد لها زبائن، ولا سمعت صوتا يجهر بالدفاع عن أهل البدع، فضلا أن تؤلف الكتب للدفاع عنهم، فيتهافت الشباب السلفي عليها تهافت الفراش على النار!! فإنا لله وإنا إليه راجعون. ترى كيف كان يتعامل الصحابة والتابعون وأئمة الإسلام مع أهل البدع ولا يلتفتون إلى شيء من محاسنهم ؟! ذلك من حزمهم وصرامتهم في حسم الباطل، ومن فقههم لمقاصد الإسلام، ومنها: ((درء المفاسد مقدم على جلب المصالح )) - انظر: مَنهج أَهْل السُّنَّةِ والجَماعةِ في نَقْدِ الرِّجال والكُتُبِ والطَّوائِف، تأليف د. ربيع بن هادي عمير المدخلي، ص 28-29


"Ibnu Umar berkata mengenai pengikut Qadariyah: “Beritahukan kepada mereka bahawa aku berlepas diri dari mereka dan mereka berlepas diri dariku.”

Abu Qilabah berkata: “Janganlah kamu duduk dengan ahli ahwa’ (pengikut hawa nafsu) - atau dia berkata ahli yang membuat pertikaian - kerana aku bimbang mereka akan menenggelamkanmu dalam kesesatan mereka, menampakkan kepadamu sebahagian apa yang kamu ketahui.”

Salah seorang dari ahli bid’ah berkata kepada Ayub As-Sikhtiyani: “Wahai Abu Bakar! Aku bertanya kepadamu tentang sebuah kata?” Maka dia berpaling seraya berkata: “Aku tidak akan menjawabnya walaupun setengah kata.” - Syarhus Sunnah karya Imam Al-Baghawi rahimahullah 1/227.

Hal itu demi Allah, adalah sebab sikap wala’ yang sebenarnya hanya untuk Allah dan Islam.

Seandainya para Ulama Sunnah bergaul dengan ahli bid’ah pada zaman sekarang ini, hal itu adalah pergaulan yang bersifat mengikat (memencilkan) nescaya bid’ah-bid’ah akan mati dalam sarangnya dan penerbit tidak dapat mencetak kitab-kitab mereka. Sebab tidak ada yang mendokong ahli bid’ah (semuanya ini berbahaya). Apa lagi jika kitab-kitab tersebut dicetak untuk membela mereka.

Maka bid’ah-bid’ah tersebut membakar para pemuda Salaf seperti tikar yang berada di atas api!!
Anda melihat bagaimana para sahabat, tabi’in dan para Imam Islam bersikap terhadap ahli bid’ah yang tidak sedikitpun melihat kebaikan mereka?!

Demikian itulah merupakan sikap tegas mereka dalam mencegah kebatilan, serta daripada kefahaman mereka terhadap Maqasid Al-Islam (tujuan-tujuan Islam), dan di antaranya adalah:

“Menghindari kerosakan lebih diutamakan daripada mengambil maslahat.” - Lihat: Manhaj Ahli Sunnah wal Jama'ah Fi Naqdi Ar-Rijal Wal Kutub Wat Thawaif, Karya Dr. Rabi' bin Hadi Umair Al-Madkhali, halaman 28-29.

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...