Khamis, 23 Julai 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

1. Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz

Soalan 1:


Samahat al-Syeikh, ada yang berpendapat bahawa perbuatan sesetengah pemimpin melakukan maksiat dan dosa besar, mewajibkan kita berusaha untuk menjatuhkannya dan melakukan reformasi walaupun perbuatan akan membawa mudarat kepada orang Islam dalam negeri tersebut. Peristiwa yang dialami oleh Negara-neraga Islam cukup banyak, apa pendapat syeikh?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, serta selawat Allah ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, keluarganya dan sahabat-sahabat serta mereka yang mengikuti hidayahnya.

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Ayat ini mewajibkan taat kepada pemimpin yang meliputi para umara dam ulama. Dalam satu hadis, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menegaskan bahawa ketaatan ini merupakan sesuatu yang wajib, dan menjadi fardu dalam perkara-perkara yang makruf.

Nas daripada as-Sunnah menerangkan makna dan menyokong ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan taat itu ialah ketaatan mereka pada perkara yang makruf. Maka wajib bagi umat Islam taat pada pemimpin mereka dalam perkara yang makruf, dan bukan pada perkara maksiat. Apabila pemimpin menyuruh melakukan maksiat, mereka tidak boleh ditaati, tetapi tidak harus menderhakai atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

ألا مَنْ وَلِيَ عليهِ وَالٍ ، فرآهُ يَأْتي شَيئا مِنْ مَعصيةِ اللهِ ، فليكره ما يأتي من معصية الله، ولا يَنْزِعَنَّ يَدا من طَاعَةٍ

Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)

مَنْ خَرَجَ مِنْ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Maksudnya: "Wajib ke atas seseorang itu, dengar dan taat apa yang dia suka ataupun benci, kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat. Pada ketika itu tidak perlulah ia dengar dan taat." (Hadis riwayat Muslim)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, apabila baginda menyebut tentang terdapat segolongan pemerintah yang kamu mendapat kebaikan dan kemungkaran daripada mereka. "Apa yang patut kami lakukan?" Baginda bersabda:

أَدُّوا إِلَيْهِمْ حَقَّهُمْ وَسَلُوا اللَّهَ حَقَّكُمْ

Maksudnya: "Tunaikanlah hak mereka, dan pohonkanlah kepada Allah hak kamu." (Hadis riwayat Bukhari)

Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud.

Oleh itu, cubaan untuk menggulingkan seseorang pemimpin boleh membawa padah yang buruk serta keburukan yang nyata. Kecuali pada ketika umat Islam melihat kekufuran yang nyata, yang ada dalil daripada Allah tentang kekufuran mereka itu. Pada ketika itu haruslah menjatuhkan pemerintah tadi jika mereka mempunyai kekuatan. Tetapi jika mereka tidak mempunyai kekuatan, ataupun perbuatan mereka menjatuhkan pemerintah tadi boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar, maka tidak harus bagi mereka menjatuhkannya demi menjaga maslahah umum, berdasarkan kaedah syarak yang disepakati iaitu: Tidak harus menjatuhkan kejahatan dengan sesuatu yang lebih buruk daripadanya, bahkan mesti menolak keburukan itu dengan sesuatu yang dapat menghapuskannya atau meringankannya. Adapun menolak keburukan dengan keburukan yang lebih besar, maka hal ini tidak harus dengan ijmak (kesepakatan) para ulama.

Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan.

Inilah jalan sebenar yang mesti diikuti untuk mendapatkan kemaslahatan bagi umat Islam. Ia juga dapat mengurangkan kejahatan dan menambah kebaikan selain daripada dapat menjaga keamanan dan menyelamatkan orang Islam daripada terjerumus ke dalam keburukan yang lebih besar. Kita pohon taufik dan inayah daripada Allah Ta'ala.

Soalan 2:

Kita telah mengetahui bahawa hakikat ini merupakan asas di dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi yang menyedihkan ialah terdapatnya satu golongan daripada mereka yang mengganggap perkara ini sebagai pemikiran yang lemah serta melambangkan penghinaan kepada Islam, walaupun hal ini telah diperjelaskan. Hasil daripada itu mereka menyeru para pemuda supaya menggunakan kekerasan sebagai cara untuk membuat perubahan. Betulkah begitu?

Jawapan:

Pendapat seperti ini merupakan satu kesilapan serta menandakan kefahaman penuturnya cetek. Ini berlaku kerana mereka tidak memahami al-Sunnah serta tidak mengetahui sebagaimana sepatutnya. Mereka hanya dibuai semangat kosong serta ghairah untuk membuang kemungkaran walaupun mereka tersungkur sebagaimana golongan Khawarij dan Muktazilah yang terdahulu. Kecintaan serta keghairahan mereka untuk menegakkan kebenaran itu membawa mereka terjerumus ke dalam kebatilan sehingga mereka sanggup mengkufurkan orang Islam dengan sebab melakukan maksiat ataupun mereka kekal di dalam nereka kerana maksiat tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Muktazilah.

Golongan Khawarij mengkafirkan mereka yang melakukan maksiat dan menganggap mereka kekal di dalam neraka. Manakala golongan Muktazilah pula bersetuju dengan mereka pada kesudahan mereka, bahawa mereka kekal di dalam neraka. Tetapi mereka mengatakan bahawa di dunia mereka berada pada satu tingkat di antara dua tingkat. Semua itu merupakan kesesatan. Sebenarnya pendapat Ahli Sunnah lebih tepat, iaitu mereka yang melakukan maksiat tidak jatuh kufur selagi mana ia tidak menghalalkannya.

Apabila ia berzina, ia tidak kufur, begitu juga jika ia mencuri atau minum arak. Tetapi ia dianggap melakukan maksiat lemah imannya serta fasiq. Ia mesti dihukum dengan hukum hudud. Ia tidak jatuh kufur kecuali jika ia menghalalkan perbuatan maksiat tersebut dan berkata: "Perbuatan itu halal."

Apa yang dikatakan oleh golongan Khawarij itu merupakan batil, begitu juga dengan perbuatan mereka mengkafirkan manusia. Oleh itu, golongan seperti mereka inilah dikatakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebagai:

يَمْرُقُونَ مِنْ الإِسْلامِ ثًمَّ يَعُوْدُوْنَ فِيهِ

Maksudnya: "Mereka keluar daripada ajaran Islam dan tidak kembali kepadanya."

Mereka memerangi golongan Islam tetapi membiarkan penyembah berhala. Inilah keadaan golongan Khawarij dengan sebab sifat melampau, kejahilan serta kesesatan mereka. Tidak sepatutnya ajaran golongan Khawarij dan Muktazilah tadi manjadi ikutan.

Bahkan mereka wajib mengikuti landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berdasarkan dalil syarak iaitu nas al-Quran dan hadis sebagaimana ia diturunkan. Tidak sepatutnya mereka menderhakai pemerintah hanya dengan sebab kemaksiatan yang dilakukannya. Bahkan menjadi tugas mereka untuk menasihati pemerintah tersebut sama ada secara lisan ataupun bertulis dengan cara yang baik serta berhikmah dan dengan perdebatan yang bermanfaat sehingga mereka berjaya, sehinggalah keburukan tadi hilang atau berkurangan, dan timbulnya kebaikan sebagaimana firman Allah Ta'ala:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

Maksudnya: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Surah Ali 'Imran: 159)

2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin

Soalan 1:

Terdapat kemusykilan dikalangan pemuda Islam tentang cara untuk berhadapan dengan kemungkaran yang bertebaran di banyak negara Islam. Adakah mereka patut menghadapinya dengan cara yang kasar sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir pemuda, ataupun berhadapan dengannya dengan cara yang lain tetapi tidak mendatangkan hasil, terutamannya apabila negara tersebut tidak mengamalkan hukum dan syariat Allah seperti yang sepatutnya. Apakah nasihat tuan kepada mereka?

Jawapan:

Saya berpendapat bahawa mereka sepatutnya menerangkan Islam yang sebenarnya meliputi bidang aqidah, amalan ibadat serta akhlak. Sepatutnya mereka tidak menyerang golongan tersebut sehingga membuatkan mereka lari. Pada pendangan saya jika Islam dipersembahkan dengan cara yang sebaiknya, fitrah manusia tentu akan menerimanya, walaubagaimana sekalipun keadaan mereka kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah manusia yang suci. Sebaliknya perbuatan mencela sejarah silam nenek moyangnya, menjadikan mereka lari dan benci terhadap dakwah yang benar itu. Allah Ta'ala berfirman:

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ

Maksudnya: "Janganlah kamu mencela mereka yang menyembah selain daripada Allah. Akibatnya mereka akan mencela Allah secara liar tanpa sebarang pengetahuan. Dan begitulah kami hiaskan bagi setiap umat itu amalan mereka." (Surah Al-An'aam: 108)

Oleh itu, aku berpendapat, bagi saudaraku para pendakwah dalam masyarakat sebarang begini supaya mengambil berat dalam menerangkan kebenaran dan kebatilan seperti asalnya tanpa mencemuh secara langsung amalan mereka.

Soalan 2:

Apakah hukumnya mengadakan mogok bekerja dengan tujuan untuk menjatuhkan sistem sekular yang sedang dilaksanakan dalam sesebuah negara Islam, dan apakah hukum memprotes seperti mana dalam hadis mengenai seorang yang disakiti oleh jirannya, lantas ia mengadu kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, kemudian ia mengeluarkan barangan rumahnya di halaman (sebagaimana tanda protes).

Jawapan:

Soalan ini sebenarnya membahayakan pemudi-pemudi islam kerana mogok bekerja tidak digariskan oleh syarak. Persoalan ini juga sebenarnya membawa kemudaratan yang lebih besar sungguhpun perkara yang dikemukakan agak penting. Tidak dinafikan bahawa perkara ini boleh memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah. Namun perkara yang penting di sini ialah menjatuhkan sistem sekular. Justeru, perlu disahkan terlebih dahulu bahawa sistem yang sedia terpakai itu ialah sistem sekular. Sekiranya telah disahkan perkara tersebut, hendaklah kita ketahui bahawa tidak harus bagi kita mengingkari pemerintah melainkan dengan syarat-syarat tertentu sepertimana yang telah dijelaskan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

Hadis daripada Ubadah bin Samit radiallahu 'anhu:

"Kami telah memberi baiah untuk taat setia kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara yang kami suka ataupun yang kami tidak suka, kegembiraan kami ataupun kedudukan kami dan mendahului baginda daripada diri-diri kami dan bahawa kami tidak bantah arahan ahlinya, sabdanya: "Melainkan sekiranya engkau melihat kekufuran yang nyata berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Allah."

- Syarat yang pertama: Hendaklah engkau mengetahui dengan yakin bahawa pemerintah telah melakukan kekufuran.

- Syarat yang kedua: Hendaklah pemerintah telah melakukan kekufuran, sekiranya dia telah melakukan kefasiqan maka tidak harus keluar daripada pemerintahannya.


- Syarat yang ketiga: Hendaklah kekufuran itu kekufuran yang nyata, tiada keraguan serta tidak boleh ditakwilkan.

- Syarat yang keempat: Hendaklah kekufuran itu dibuktikan dengan nas yang pasti, sama ada daripada al-Quran, sunnah atau ijmak.


- Syarat yang kelima: Hendaklah pihak yang menentang kerajaan mempunyai kekuatan yang secukupnya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, akan berlakulah kemudaratan yang lebih besar. Oleh itu, hendaklah mereka terus berdiam diri di bawah kerajaan yang memerintah di samping memperkukuhkan kekuatan untuk menegakkan agama Islam.

Demikianlah lima syarat yang mesti dipenuhi untuk menjatuhkan sistem sekular dalam sesebuah negara. Sekiranya mogok bekerja dilakukan selepas kelima-lima syarat di atas dipenuhi, maka tidak menjadi kesalahan untuk menjatuhkan kerajaan sekular yang memerintah. Sebaliknya, jika salah satu syarat yang telah disebutkan tadi tidak dipenuhi, maka tidak harus diadakan mogok bekerja dan tidak harus menjatuhkan sistem yang sedia terpakai.

3. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan

Soalan 1:

Apa yang berlaku dalam sesetengah masyarakat ilmuwan Islam hari ini ialah tersebarnya pengaruh fahaman sesat puak Khawarij dan Muktazilah, ada antara mereka yang mengkafirkan pihak lain serta membenarkan kekerasan terhadap umat Islam, apa pendapat anda dalam hal ini?

Jawapan:

Ini suatu dasar yang salah kerana Islam melarang kita menggunakan kekerasan (keganasan) dalam berdakwah. Allah berfirman:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhan-Mu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah An-Nahl: 125)

Allah berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun 'alaihimassalam apabila berdepan dengan Fir'aun:

فَقُولا لَهُ قَوْلاً لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya: "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut." (Surah Taha: 44)

Kekerasan akan dibalas dengan kekerasan dan ia tidak akan memberi manfaat, malah yang sebaliknya akan berlaku. Ia akan memberi kesan yang lebih buruk kepada umat Islam.

Dakwah perlu dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, dengan cara yang terbaik serta dengan mendekati orang yang didakwah. Penggunaan kekerasan dan paksaan tidak terdapat dalam teknik penyampaian dakwah. Maka wajiblah umat Islam mengikut sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan panduan al-Quran dalam menyampaikan dakwah.

Isu "takfir" (mengkafirkan orang lain) ada kaitannya dengan syarak. Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah telah menjelaskan sebab-sebab yang boleh menjadikan seseorang itu kafir dengan bukti yang jelas.

Soalan 2:

Amat dikesali, di sana ada yang mengharuskan kederhakaan kepada sesebuah kerajaan tanpa sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak, apakah dasar yang harus kami ikuti apabila berurusan dengan pemerintah Islam dan pemerintah bukan Islam?

Jawapan:

Pemerintah Islam wajib ditaati dan dipetuhi. Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pula menyebut dalam hadisnya yang bermaksud:

“Aku berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah dan mentaati pemimpin kamu, sesungguhnya barangsiapa yang hidup selepas kamu akan melihat banyak perpecahan (perselisihan), maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah kamu dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham (jangan lepaskan ia).”

Hadis ini menepati ayat yang sebelumnya. Dalam hadis yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi dengan maksudnya:

“Barangsiapa yang mentaati pemerintah, sesungguhnya ia telah mentaati aku, barangsiapa yang mengingkari pemerintah, sesungguhnya ia telah mengingkari aku.”

Terdapat juga hadis-hadis lain yang menuntut kita agar mentaati pemerintah antaranya ialah:

“Dengar dan taatlah walaupun hartamu dirampas dan dipukul belakangmu.”

Pemerintah Islam wajib ditaati selagi mana ia mentaati perintah Allah. Sekiranya dia menyuruh maksiat, maka dia tidak perlu ditaati (maksiat tersebut).

Adapun berurusan dengan pemerintah yang bukan Islam berbeza mengikut keadaan-keadaan yang tertentu. Sekiranya orang Islam mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk memeranginya, maka ia perlu ditumbangkan, kemudian pemerintah Islam perlu dilantik. Ini dianggap sebagai usaha jihad di jalan Allah.

Sebaliknya, jika orang Islam tidak mampu menumbangkannya, maka tidak harus menentangnya kerana ia akan lebih memudaratkan dan melemahkan umat Islam.

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berada di Makkah selama 13 tahun selepas pelantikannya sebagai Rasul dan Makkah pada waktu itu di bawah pemerintah orang kafir. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama sahabat-sahabatnya tidak memberontak dan tidak memerangi orang kafir pada waktu itu. Peperangan tidak dibenarkan melainkan selepas hijrah Nabi ke Madinah, selepas terbentuknya daulah Islamiyyah dan jemaah Islam yang berupaya memerangi orang kafir. Inilah dasar Islam.

Orang Islam perlu berpegang dengan agama Islam dan mempertahankan akidah mereka jika mereka berada di bawah pemerintahan bukan Islam yang tidak mampu ditumpaskannya. Mereka tidak perlu membahayakan diri mereka dengan menentang orang kafir kerana ia akan melemahkan gerakan dakwah. Jika mereka telah mempunyai kekuatan untuk berjihad, mereka perlu berjuang di jalan Allah mengiku landasan syariah.

Soalan 3:

Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang mengambil mudah dengan mengatakan seseorang Muslim itu murtad. Ada juga yang mengajak orang lain melaksanaan hukumuan hudud ke atas orang yang murtad apabila sultan tidak melaksanaankan hukuman hudud tersebut?

Jawapan:

Melaksanakan hukum hudud adalah sesuatu yang baik bagi pemerintahan Islam. Tetapi tidak semua orang boleh melaksanakannya kerana mungkin akan tercetus huru-hara, pemberontakan, fitnah dan perpecahan dalam masyarakat. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

تَعَافَوا الحُدُودَ فِيمَا بَيْنَكُمْ، فَإِذَا أُبْلِغَتْ الحُدُودُ السُّلْطَانَ، فَلَعَنَ اللهُ الشَّافِعَ وَالمُشَفّعَ

Maksudnya: "Maafkanlah kesalahan hudud di antara kamu, apabila telah sampai kes hudud kepada sultan, maka Allah akan melaknati penerima sogokan dan pemberi sogokan (orang yang cuba menggagalkan pelaksanaannya).”

Antara tugas-tugas pemerintah dalam Islam ialah melaksanakan hukuman hudud apabila telah sabit mengikuti syariat dalam mahkamah akan kesalahan orang yang melakukan jenayah seperti kesalahan murtad, mencuri dan sebagainya.

Kesimpulannya, pelaksanaan hudud adalah budi bicara pemerintahan, sekiranya tidak berlaku maka cukuplah dengan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah, pengajaran yang baik dan berhujah dengan cara yang terbaik. Dalam hal ini, tidak harus bagi individu untuk melaksanakan hudud kerana ia akan menimbulkan huru-hara, fitnah dan pemberontakan. Ia juga akan lebih membawa kemusnahan daripada kebaikan. Antara kaedah-kaedah syarak ialah: “Kejahatan (kerosakan) lebih utama dihindarkan untuk mendapatkan kebaikan.”

Selesai nukilan fatwa-fatwa ulama.

*Fatwa-fatwa di atas di ambil dari buku “Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf,” Karya Khalid Ali Muhammad Al-‘Anbariy, Terbitan Telaga Biru, Rujuk Lampiran; Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz, no: 1 & 2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin, no: 1 & 7. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan, no: 6, 8 & 11. Judul Asli: Fiqh As-Siyasah Asy-Syar’iyyah Fii Dhaw`i Al-Qur’an wa As-Sunnah wa Aqwal Salaf Al-Ummah.

Isnin, 20 Julai 2009

Syarat Dan Kaedah Berdakwah Kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Oleh: 'Abdullah bin 'Abdul Hamid Al-Atsari

Ketahuilah wahai saudaraku seiman, bahawasanya dakwah kepada aqidah salafus soleh tidak menjadi tercapai kecuali dengan tiga syarat:

Pertama: Salamah Al-Mu'taqid (Aqidah yang selamat)

Selamat aqidahnya bermaksud hendaklah kita beraqidah sebagaimana aqidah salaf tentang Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Nama-nama dan sifat-sifat serta semua yang berkaitan dengan masalah aqidah dan keimanan.

Kedua: Salamah Al-Manhaj (Manhaj yang selamat)

Yakni memahami Al-Quran dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman salafus soleh. Selain itu, mengikuti perinsip dan kaedah yang telah ditetapkan ulama salaf.

Ketiga: Salamah Al-'Amal (Amalan yang selamat)

Seorang yang berdakwah mengajak ummat kepada Islam yang benar wajib beramal dengan benar iaitu beramal semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') contoh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan tidak mengadakan bid'ah, baik dalam keyakinan, perbuatan mahupun perkataan.

Sesungguhnya dakwah kepada jalan Allah Ta'ala merupakan amal yang paling mulia dan ibadah yang paling tinggi, serta merupakan kekhususan dari para utusan Allah 'alaihissalam dan tugas dari para wali (Allah) dan orang-orang soleh yang paling istimewa.

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Siapakah yang paling baik perbuatannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: 'Sesungguhnya saya termasuk orang-orang yang berserah diri." (Al-Fussilat: 33)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengajarkan kepada kita tentang bagaimana sepatutnya kita menjalankan dakwah ini kepada manusia dan bagaimana metode menyampaikannya. Di dalam sejarah contoh kehidupan baginda sallallahu 'alaihi wasallam, banyak pelajaran yang dapat kita ambil bagi orang yang menghendakinya.

Dengan demikian, wajiblah bagi para pendakwah dalam menyerukan aqidah salaf agar mengikuti manhaj Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam berdakwah. Tidak diragukan lagi bahawa di dalam manhaj baginda sallallahu 'alaihi wasallam terdapat keterangan dan penjelasan yang benar tentang uslub (metode) berdakwah kepada Allah sehingga mereka tidak memerlukan lagi metode-metode bid'ah yang diada-adakan oleh sebahagian manusia, yang menyelisihi manhaj dan contoh kehidupan baginda.

Oleh kerana itu, wajib bagi para pendakwah untuk meyeru ke jalan Allah Ta'ala seperti yang telah dilakukan generasi salafus soleh dengan memperhatikan perbezaan waktu dan tempat.

Bertolak dari pemahaman yang benar ini, saya berusaha untuk menyebutkan sebahagian kaedah dan landasan bagi para pendakwah dengan harapan semoga hal ini bermanfaat dalam pembaikan ummat yang kita idamkan:


Kaedah dan Landasan Para Pendakwah

1 – Ketahuilah bahawa dakwah kepada Allah Ta'ala merupakan jalan keselamatan, baik di dunia mahupun di akhirat. "Sungguh seseorang yang diberikan hidayah oleh Allah melalui jalan kamu itu lebih baik bagimu daripada unta yang merah (pilihan)." (Muttafaqun 'Alaih). Pahala akan diperolah hanya dengan berdakwah, tidak berkaitan dengan respon (objek dakwah). Para pendakwah tidak dituntut untuk merealisasikan kemenangan agama Islam kerana hal itu adalah urusan Allah dan berada di tanganNya. Akan tetapi, pendakwah dituntut untuk mencurahkan kemampuannya dalam berdakwah. Bagi pendakwah, mempersiapkan diri merupakan syarat. Pertolongan Allah merupakan janji. Sementara dakwah merupakan salah satu bentuk jihad. Oleh kerana itu, terdapat titik pertemuan antara dakwah dan jihad dalam tujuan dan hasil.

2 – Menegaskan dan memperdalamkan manhaj salafus soleh yang tertuang dalam manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yang terkenal dengan wasatiyah (pertengahan), syumuliyah (menyeluruh), i'tidal (moderat), serta jauh dari ifrat (berlebihan) dan tafrit (meremehkan). Landasannya adalah ilmu syar'i yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Landasan inilah yang memelihara dari ketergelinciran -dengan anugerah dari Allah- dan memberikan cahaya bagi orang yang bertekad bulat untuk berjalan di atas jalan para Nabi.

3 – Berupaya mewujudkan jamaah kaum muslimin (kesatuan umat Islam) dan menyatukan kalimat mereka di atas kebenaran, yang bersumber dari manhaj yang menyatakan: "Kalimah Tauhid merupakan asas untuk menyatukan barisan." Selain itu, menjauhkan diri dari segala sesuatu yang boleh memecah-belah kelompok-kelompok Islam pada saat ini seperti tahazzub (membina parti-parti) yang tercela, yang mencerai-beraikan barisan kaum Muslimin, bahkan menjauhkan antara hati mereka. Pemahaman yang benar bagi setiap jamaah dakwah kepada Allah adalah satu jamaah dari kaum Muslimin tidak dapat disebut jamaah kaum Muslimin.

4 – Kecintaan dan ketaatan (wala') wajib untuk agama bukan untuk para tokoh kerana kebenaran akan kekal sedangkan para tokoh akan wafat. Kenalilah kebenaran itu, nescaya kamu akan mengenal penganutnya.

5 – Menyeru untuk saling tolong-menolong dan menyeru kepada segala sesuatu yang dapat mewujudkannya serta menjauhi dari perselisihan dan dari segala sesuatu yang dapat menyebabkan perselisihan tersebut. Hendaklah satu sama lain harus tolong-menolong dan nasihat-menasihati dalam hal yang kita perselisihkan selama hal tersebut dalam masalah khilafiyyah dengan tanpa saling membenci. Prinsip yang harus ditegakkan di antara kelompok-kelompok Islam adalah saling bekerjasama dan bersatu. Jika hal tersebut tidak dapat diwujudkan, hendaklah sentiasa tolong-menolong. Jika itu juga tidak dapat diwujudkan, hendaklah hidup damai dan berdampingan. Jika itu pun tidak, pilihan yang keempat adalah kebinasaan.

6 – Tidak fanatik kepada jamaah yang dianutinya. Bersikap menyambut apa sahaja upaya yang terpuji yang telah diberikan oleh orang lain, selama mana sesuai dengan syari'at dan jauh dari ifrat dan tafrit.

7 – Perselisihan dalam masalah furu' (cabang-cabang) syariat menuntut sikap lapang dada dan dialog, bukan permusuhan dan pembunuhan.

8 – Melakukan pemeriksaan diri, sentiasa membuat pembetulan, dan penilaian yang berkesinambungan.

9 – Mempelajari adab perselisihan pendapat dan mendalami dasar-dasar diskusi, serta menyatakan bahawa kedua-duanya penting dan perlu sehingga wajib dimiliki sarananya.

10 – Jauh dari sikap memvonis secara umum dan berhati-hati dalam masalah ini, serta jauh dari sikap tidak adil dalam menghukumi setiap peribadi. Termasuk keadilan adalah menghukumi berdasarkan makna-makna (yang tersirat), bukan dari yang tersurat.

11 – Membezakan antara tujuan dan sarana. Contohnya dakwah adalah tujuan, sedangkan pergerakan, jamaah, markas dan lain-lain merupakan sarana.

12 – Teguh dalam tujuan dan fleksibel dalam sarana berdakwah sesuai dengan yang diperbolehkan syari'at.

13 – Memperhatikan masalah prioriti dan menyusun segala sesuatu secara berurutan sesuai dengan kepentingannya. Jika ada suatu masalah sekunder, maka harus memperhatikan waktu, tempat dan kondisi yang tepat.

14 – Tukar-menukar pengalaman di antara pendakwah adalah hal yang penting, disamping itu dapat membangun bangunan berdasarkan pengalaman orang lain. Seorang pendakwah hendaklah jangan memulai dakwahnya dari kosong. Bukanlah dia orang pertama yang tampil berkhidmat kepada agama ini dan juga bukan orang yang terakhir. Sebab, sekali-kali tidak akan ada orang yang tidak perlu nasihat dan petunjuk, juga tidak akan ada orang yang memonopoli seluruh kebenaran atau sebaliknya.

15 – Menghormati para ulama ummat yang dikenal dengan ketekalannya terhadap As-Sunnah dan aqidah yang benar, mengambil ilmu darinya, menghormatinya, tidak bersikap sombong padanya, menjaga kehormatannya, tidak menduh mereka. Sebab, setiap ulama ada benar dan salahnya. Kesalahan dari ulama tersebut ditolak, tanpa mengurangi keutamaan dan kedudukannya, selama dia seorang mujtahid.

16 – Berbaik sangka kepada kaum Muslimin dan membawa perkataannya kepada pengertian yang terbaik serta menutup kecacatan mereka, tanpa meremehkan untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang berkenaan.

17 – Jika kebaikan seseorang lebih banyak, janganlah disebut kejelekannya, kecuali ada maslahatnya. Jika kejelekannya lebih banyak, janganlah kebaikannya disebut, kerana takut menjadikan rancu perkaranya bagi orang awam.

18 – Menggunakan kata-kata yang syar’i kerana lebih tepat dan sesuai, serta menjauhi kata-kata asing dan pelik, seperti musyawarah (syura) bukan demokrasi.

19 – Sikap yang benar atas mazhab-mazhab fiqh ialah bahawasanya mazhab-mazhab tersebut merupakan kekayaan fiqh yang agung. Oleh sebab itu, wajib bagi kita mempelajarinya, mengambil manfaat darinya, dan tidak fanatik dan tidak pula menolaknya secara keseluruhan. Hendaklah kita menjauhi pendapat yang lemah dan mengambil hak dan benar menurut tuntutan al-Quran dan as-Sunnah dengan pemahaman salafus soleh.

20 – Menetapkan sikap yang benar terhadap dunia Barat dan peradabannya, iaitu dengan mengambil manfaat dari ilmu pengetahuan hasil kajian mereka sesuai dengan kaedah-kaedah dan ketentuan-ketentuan agama kita yang agung ini.

21 – Mengakui pentingnya musyawarah dalam berdakwah dan kewajipan pendakwah mempelajari tentang fiqh musyawarah.

22 – Contoh teladan yang baik. Seorang pendakwah merupakan cermin dan contoh hidup dalam misi dakwahnya.

23 – Mengikuti metode hikmah dan nasihat yang baik serta menjadikan firman Allah berikut ini sebagai neraca dalam berdakwah dan hikmah untuk diikuti.

Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik...” (An-Nahl: 125)

24 – Berhias diri dengan kesabaran kerana itu merupakan sifat dari para Nabi dan utusan Alla serta penguat hasil dalam dakwahnya.

25 – Jauh dari tasyaddud (menyukarkan) dan berhati –hati dari penyakit tasyaddud dan akibatnya yang negatif. Selain itu, berbuat kemudahan dan berlemah lembut dalam batas-batas yang diperbolehkan oleh syariat.

26 – Seorang Muslim selalu mencari kebenaran. Keberanian untuk mengatakan kebenaran sangat diperlukan dalam berdakwah. Jika kamu lemah untuk mengatakan yang benar, janganlah mengatakan yang batil.

27 – Berhati-hat terhadap futur (patah semangat) dan hasilnya yang negatif, serta tidak lalai dalam mempelajari sebab dan penyelesaiannya.

28 – Waspada terhadap segala khabar angin dan tidak menyebarluaskannya, selain itu, waspa terhadap hal-hal negatif yang ditimbulkannya pada masyarakat Islam.

29 – Pengukur keistimewaan seseorang adalah takwa dan amal soleh, serta menjauhi segala fanatisme jahiliyyah, seperti fanatisme daerah, keluarga, kelompok, maupun jamaah.

30 – Manhaj yang utama dalam berdakwah adalah memulai dengan mengemukakan hakikat Islam dan manhajnya, bukan mendatangkan syubhat lalu membantahnya. Kemudian, memberikan kepada manusia neraca kebenaran, mengajak mereka pada asas-asas agama, dan berbicara menurut kemampuan akal fikiran mereka. Mengetahui celah untuk memasuki jiwa mereka merupakan pintu masuk untuk memberikan hidayah kepada mereka.

31 – Pendakwah-pendakwah dan pergerakan Islam hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah Ta’ala, mempersembahkan upaya kemanusiaan, meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala dan meyakini bahawa Allah lah yang membimbing dan mengarahkan perjalanan dakwah serta Dialah yang akan melimpahkan taufik pagi para da’i. Sesungguhnya agama dan segala urusan adalah milik Allah Ta’ala.

Demikian beberapa kaedah dan manfaat yang merupakan buah fikiran dari pengalaman kebanyakan para ulama dan pendakwah. Hendaklah kita meyakini bahawa seandainya para pendakwah mengetahui kaedah-kaedah ini adan mengamalkannya, pasti mereka akan mendapat kebaikan yang banyak dalam perjalanan dakwah.

Hendaklah semua pendakwah mengetahui bahawa tidak ada kebaikan bagi mereka dan tidak akan berhasil dalam dakwahnya kecuali dengan menjalinkan hubungan dengan Allah Ta’ala, bertawakkal kepadaNya dalam segala urusan, memohon taufikNya, niat yang ikhlas, bersih dari keinginan hawa nafsu dan menjadikan semua perkara hanya milik Allah Ta’ala.


*Dinukil serta disunting dari “Intisari ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah” oleh ‘Abdullah bin Hamid al-Atsari, Keluaran Pustaka Imam Asy-Syafi’i, halaman 251-258. Judul aslinya “Al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shaalih Ahlis Sunnah wal Jamaa’ah”.

Khamis, 21 Mei 2009

Beberapa Kesalahan Dalam Penamaan Dan Istilah

Oleh: Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu

Kesalahan Pertama

Penisbahan isteri kepada suaminya, seperti : Suha Arafat (contoh lain dalam masyarakat Malaysia; Aida Radzwil yang dinisbahkan kepada suaminya-pent), nisbah kepada suaminya. Ini merupakan suatu kesalahan, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka, itulah yang lebih adil pada sisi Allah “[Al-Ahzab : 5]

Yang benar ialah Suha binti Fulan (nisbah kepada bapanya)

Kesalahan Kedua


Penyebutan sesuatu tidak menggunakan nama yang sebenarnya menurut syar’ie. seperti penyebutan riba bank diganti dengan faedah bank, khamr (arak) telah diberi nama dengan nama atau label yang banyak dan bermacam-macam, hingga ada yang menamainya minuman untuk membangkitkan semangat dan sebagainya, zina diganti dengan hubungan seks dan sebagainya.

Yang benar, seharusnya kita menyebut hal-hal tersebut berdasarkan apa yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala namakan. Kerana dalam penamaan (yang Allah berikan tersebut) terdapat banyak faedah. Di antaranya, agar manusia mengetahui apa-apa yang telah diharamkan Allah, baik nama ataupun sifatnya. Sehingga mereka menjauhinya, setelah mengetahui bahaya dan ancaman seksa (bagi yang menyalahi). Dan tidak timbul kesan meremehkan pada jiwa kita mengenai keharaman tersebut setelah namanya diganti.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dikutip) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahwa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu ; kamu tidak menganiayai dan tidak (pula) dianiaya” [Al-Baqarah : 278]

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman.

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu dengan sebab (meminum) khamr dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)” [Al-Maidah : 90-91]


Kemudian firman-Nya.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” [Al-Isra : 32]

Kesalahan Ketiga


Penyebutan kata Al-Karm untuk anggur. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang menyebut anggur dengan kata Al-Karm. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Janganlah kalian memanggil dengan al-Karm, tapi namakanlah al-’Inab dan al-Hablah” [HR Muslim]

Kata al-‘Inab dan al-Hablah memiliki makna yang sama, yakni anggur. Baginda Shallallahu alaiahi wa salam juga bersabda.

“Mereka menyebut al-Karm, sesungguhnya al-Karm adalah hati seorang mu’min” [HR Al-Bukhari]

Beliau melarang hal ini disebabkan lafaz Al-Karm menunjukkan akan melimpahnya kebaikan dan manfaat pada sesuatu. Dan hati seorang mukmin lebih berhak untuk itu.

Kesalahan Keempat


Memakai kun-yah (nama gelaran) Abu al-Hakam. Karena Al-Hakim adalah Allah. Maka, tidak boleh menggunakan kun-yah tersebut. Yang benar, kita mneggunakan kun-yah yang disunnahkan, seperti Abu Abdillah, Abu Abdirrahman, Abu Abd al-Hakam. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya nama yang paling dicintai Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman” [HR Muslim]

Dalam hadis Al-Miqdam bin Syuraih bin Hani, ketika ia (yakni Hani) bersama kaumnya datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau mendengar mereka memberi kun-yah Abu al-Hakam kepadanya. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggilnya, beliau berkata.

“Sesungguhnya Allah adalah Al-Hakam dan kepadaNyalah hukum kembali, maka mengapakah engkau berkun-yah dengan Abul Hakam? Ia (Hani) berkata, “Sesungguhnya jika kaumku berselisih, mereka mendatangiku lalu kuputuskan hukum diantara mereka hingga kedua belah pihak redha atas keputusanku”. Beliau berkata, “Alangkah baiknya perbuatanmu, apakah engkau memiliki anak?” Ia menjawab, “Aku memiliki Syuraih, Abdullah dan Muslim. Beliau bertanya lagi, “Siapakah yang paling besar diantara mereka?” Ia menjawab, “Syuraih”. Beliau berkata, “Kalau begitu, engkau Abu Syuraih” [HR An-Nasa’i]

Kesalahan Kelima


Memberi nama dengan nama yang mengandung unsur tazkiyah (penyucian diri), seperti : Barrah (orang yang banyak berbakti), Khalifatullah (Khalifah Allah), Wakilullah (Wakil Allah), dan sebagainya.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang memberi nama Barrah. Beliau bersabda.

“Janganlah kalian mengatakan diri kalian suci, karena Allah lebih tahu siapa yang baik diantara kalian” [HR Muslim]

Yang benar, ialah memberi nama dengan nama-nama yang disyariatkan, seperti : Zainab, Asma, Abdullah, Abdurrahman. Ataupun nama para nabi, seperti ; Yusuf, Ibrahim dan sebagainya.

Yusuf bin Abdillah bin Salam Radhiyallahu ‘anhu mengisahkan

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menghadiahkan nama Yusuf untukku. Beliau meletakkanku di pangkuannya dan beliau mengusap kepalaku” [HR Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, hal. 248]

Juwairiyah binti Al-Harits Al-Khuza’iyyah, dahulu bernama Barrah. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam merubah namanya menjadi Juwairiyah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda dalam haditsnya yang lain, berkaitan dengan nama tazkiyah.

“Janganlah engkau namakan anak lelakimu dengan Rabah, Yasar, Aflah dan Nafi’” [HR Muslim]

Demikian juga dengan nama Kalifatullah ataupun Wakilullah. Arti kata al-Wakil adalah seseorang yang bertindak mewakili pihak yang mewakilkan. Sedangkan Allah tidak ada wakil bagi-Nya, dan tidak ada yang boleh menggantikan-Nya. Bahkan Dialah yang memelihara hamba-Nya, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda.

“Ya Allah, Engkau adalah teman dalam perjalanan dan pemelihara keluarga (yang kami tinggal)” [HR Muslim]

Nabi juga melarang kita menamakan diri dengan sebutan Malikul Amlak (Raja Diraja). Beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Salam bersabda.

“Nama yang paling hina disisi Allah pada hari Kiamat adalah seseorang yang menamakan diri dengan sebutan Malikul Amlak (Raja Diraja)” [HR Al-Bukhari]

Kesalahan Keenam


Memberi nama dengan nama yang buruk, seperti ; Harb (perang), Sha’b (sulit, susah), Hazan (kesedihan), Ushaiyyah (maksiat), Aashiyah (wanita yang bermaksiat), Murrah (pahit) dan yang semisal dengan itu.

Yang benar, memberi nama dengan nama yang baik, seperti : Hasan, Husain, dan yang semisalnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat menyukai nama yang baik. Beliau bertafaul (berharap kebaikan) dengan nama tersebut. Barangsiapa mhau mendalami hadis-hadis Nabi, n3scaya dia akan mencari makna-makna nama yang berkaitan dengan sunnah. Seakan-akan nama-nama itu diambil dari sunnah-sunnah itu.

Cubalah renungi sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam berikut.

“Ghafar adalah orang yang Allah ampuni dan Aslam adalah yang Allah selamatkan, sedangkan Ushaiyyah dialah yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya” [HR Al-Bukhari]

Jika anda ingin mengetahui, adakah pengaruh nama bagi pemiliknya? Maka perhatikanlah kisah Said bin Al-Musayyib berikut ini.

“Dari Ibnu Al-Musayyib, dari bapanya, sesungguhnya bapanya (yakni bapa saudara Ibnu Al-Musayyib) datang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau bertanya : “Siapakah namamu?”. Ia menjawab, “Hazn”. Beliau berkata, “Engkau adalah Sahl”. Ia berkata. “Aku tidak akan mengubah nama pemberian bapaku”. Ibnul Musayyib berkata : “Sejak itu kesusahan sentiasa meliputi kami” [HR Al-Bukhari]

Makna kata al-Huzunah (dalam hadits diatas, -red) adalah Al-Ghilzah (kekerasan, kesusahan) Dapat pula diertikan sebagai tanah yang keras atau tanah datar.

Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, sesungguhnya Nabi mengubah nama ‘Aashiyah. Beliau berkata, “Kamu Jamilah”.

Ketika Al-Hasan lahir, Ali menamainya Harb. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam datang seraya berkata : “Perlihatkan kepadaku cucuku. Apa nama yang kalian berikan pada cucuku?” Ali berkata, “Harb”. Beliau berkata, “Bahkan, namanya adalah Hasan”[HR Ahmad]

Kesalahan Ketujuh


Sebagian orang memberikan julukan attatharruf fi al-din (sikap berlebih-lebihan dalam agama) kepada mereka yang memegang agama secara mutasyadid (ekstrim)

Yang benar kita sebut ghuluw fi al-din (berlebih-lebihan dalam agama). Penyebutan ini pun diberikan, jika memang orang tersebut telah benar-benar keluar dari agama kerana sikap ghuluwnya tadi

Ahli hadits mengatakan istilah attatharruf fi al-din ini muncul pada awal abad ke lima belas hijriah. Ketika itu terjadi taubat besar-besaran para pemuda muslim. Mereka berbondong-bondong kembali kepada Allah., beriltizam (konsisten) kepada hukum-hukum dan adab-adab Islam, serta mendakwahkannya. Sebelumnya, keadaan mereka (yang ber-iltizam kepada Islam), dikatakan sebagai golongan terbelakang, taksub, jumud dan ejekan-ejekan lainnya. Maka ketahuilah, sesungguhnya agama Allah berada di pertengahan antara sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dan sikap meremehkan.

Para ulama Islam pada setiap masa pun senantiasa melarang sikap ghuluw dalam agama, disamping mereka juga selalu mengajak kepada taubat.

Adapun pada zaman sekarang, timbangan norma telah banyak diputar-belitkan. Hingga orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah (hal ini merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syari’at) disingkirkan, dengan alasan sikap berlebihan tadi. Maksudnya, agar orang-orang menjauhi mereka dan untuk melumpuhkan dakwah ilallah. Ini jelas pemikiran jahat Yahudi. Semoga Allah membinasakan mereka.

Namun sangat aneh dan menghairankan. Kaum muslimin menerima begitu saja pemikiran tadi. Tidakkah mereka berfikir dan menolaknya?

Kesalahan Kelapan


Sebagian suami memanggil isterinya dengan sebutan Ummul Mu’minin. Ini jelas haram. Kerana keadaan yang benar untuk memanggil dengan panggilan tersebut ialah si suami haruslah seorang Nabi dan isteri-isterinya adalah Ummahatul Mu’minin. Suatu kesalahan yang boleh mengakibatkan kepada kekufuran. Kerana kita harus meyakini, bahwa tidak ada nabi setelah Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam

Ada juga suami yang memanggil isterinya dengan panggilan Madam, suatu panggilan ala Perancis yang terlarang. Kerana mengandung unsur tasyabbuh (meniru) orang kafir.

Yang benar ialah memanggil isteri dengan nama kun-yahnya seperti Ummu Abdillah, Ummu Fulan, atau dapat juga dengan panggilan zaujati (isteriku) atau ahli (keluargaku).

Wallahul hadi ila ar-rasyad.

[Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 12/Tahun VI/1423H/2003M. Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Almat Jl. Solo – Purwodadi Km. 8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183. telp. 0271-5891016]

Sumber: http://www.almanhaj.or.id/content/2457/slash/0

Selasa, 19 Mei 2009

Muhkamat dan Mutasyabihat

Seringkali kita mendengarkan ayat-ayat yang disebut sebagai ayat-ayat muhkamat dan satu lagi ayat-ayat mutasyabihat. Pokok utama yang menjelaskan tentang ini adalah pada firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 7:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آَيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah kefahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.”

Tafsirannya:

Allah menjelaskan bahawa di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang muhkam yang merupakan dasar-dasar Al-Quran iaitu ayat-ayat yang jelas dan terang pengertiannya serta tidak ada kesamaran baginya.

Selain dari itu ada ayat-ayat yang mutasyabih iaitu ayat-ayat yang terdapat di dalamnya kesamaran dari sudut pengertian sama ada bagi kebanyakan orang mahupun sebahagian orang.

Al-Imam Ibn Katsir rahimahullah berkata:

“Para ulama telah berbeza pendapat mengenai pengertian ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat ini. Banyak ungkapan mengenai hal ini yang diriwayatkan dari para ulama salaf. ‘Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa ayat-ayat muhkamat itu adalah ayat-ayat nasakh, ayat-ayat mengenai halal dan haram, hudud (hukuman), hukum-hukum apa yang diperintahkan dan apa yang hendak diamalkan.

Dan dikatakan pula mengenai ayat-ayat mutasyabihat, iaitu ayat yang mansukh, didahulukan, diakhirkan, perimpamaan-perumpamaan, sumpah, dan apa yang harus dipercayai tetapi bukan hal yang diamalkan. Ada juga yang berpendapat bahawa ayat mutasyabihat adalah huruf-huruf yang terpotong di awal-awal surah.” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, jilid 2, ms. 5)

Demikian ayat-ayat Mutasyabihat merupakan lawan dari ayat-ayat yang muhkamat. Oleh sebab itu, Allah berfirman:

“…Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah…”

Maksudnya adalah mereka yang mengambil ayat-ayat mutasyabihat untuk mereka mengubah ayat-ayat tersebut kepada maksud-maksud yang rosak sebagaimana orang-orang Nasrani ketika berhujah mereka mengatakan Al-Quran menyatakan bahawa “Isa itu adalah roh Allah.” Sedangkan ayat lain yang mereka tidak berhujah dengannya menyatakan “Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian).” Dan juga firmanNya “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian berfirman kepadanya, (Kun) ‘Jadilah’, maka jadilah ia.” (Ali Imran: 59) (Tafsir Ibn Katsir, jilid 2, ms. 6. Pustaka Imam Asy-Syafi’i)

Imam Ahmad meriwayatkan, Abu Kamil telah menceritakan kepada kami, Hammad menceritakan kapada kami, dari Abu Ghalib, di mana dia berkata, aku pernah mendengar Abu Umamah menyampaikan sebuah hadis dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, mengenai firman Allah:

“Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran”

Baginda bersabda: “Mereka itulah golongan Khawarij.” Dan juga firman Allah:

“Pada hari yang pada waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram.” (Ali Imran: 106)

Baginda bersabda: “Mereka (muka yang hitam muram) itulah golongan Khawarij.”

Menurut Ibn Katsir rahimahullah hadis ini sekurang-kurangnya mauquf dari perkataan sahabat, namun makna hadis ini sahih, kerana bid’ah yang pertama sekali muncul dalam Islam adalah fitnah Khawarij. Penyebab pertama mereka dalam hal keduniaan ialah ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membahagikan harta rampasan perang Hunain, maka mereka yang rosak pemikirannya, seolah-olah melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak adil dalam pembahagian tersebut.

Kemudian seorang juru cakap mereka yang bernama “Dzul Khuwaishirah” berkata kepada Nabi: “Berlaku adillah engkau, sebab engkau telah berlaku tidak adil.” Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sungguh gagal dan rugilah aku jika aku tidak berlaku adil. Apakah Allah mempercayaiku memimpin penduduk bumi ini, namun kalian tidak mempercayaiku?”

Maka ketika orang itu berpaling, ‘Umar bin Al-Khattab meminta izin untuk membunuhnya, maka baginda bersabda:

“Biarkan dia. Sesungguhnya akan keluar dari kalangannya suatu kaum yang mana salah seorang di antara kalian memandang remeh solatnya berbanding solat mereka, dan bacaannya dibandingkan bacaan mereka. Mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Maka di mana pun kalian temui mereka, maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya tersedia pahala bagi orang yang dapat membunuh mereka.”

Tidak diragukan lagi kelompok Islam akan berpecah berdasarkan apa yang telah diisyaratkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Bahkan kelompok pertama ini benar-benar dibunuh oleh Khalifah Ali bin Abi Thalib radhiallahi ‘anhu pada peperangan Nahrawan. Maka dari saat itulah bermunculanlah kelompok-kelompok sesat lain di antaranya Qadariyyah, Muktazilah, Jahmiyyah dan lain-lain. (Tafsir Ibn Katsir, jilid 2, ms. 7-8)

Firman Allah:

“Dan tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah.”

Menurut Ibn Katsir takwil di sini bermaksud tafsir, keterangan dan berupa penjelasan mengenai sesuatu hal, sebagaimana firmanNya:

“Berikanlah kami takwilnya.” (Yusuf: 36)

Sebagaimana doa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma:

“Ya Allah berikanlah pemahaman kepadanya mengenai masalah agama dan ajarkanlah takwil (tafsir) kepadanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.”

Firman Allah ini menjelaskan bahawa mereka (orang-orang yang mendalam ilmunya) mengatakan: “Kami beriman kepadanya” yakni kepada ayat-ayat mutasyabihat. Sama ada ayat-ayat muhkamat mahupun ayat-ayat mutasyabihat, maka ianya adalah benar, saling membenarkan dan menguatkan kerana semuanya itu berasal dari Allah Ta’ala. Sebab tidak ada satu pun yang berasal dariNya saling berbeza dan bertentangan antara satu sama lain, sebagaimana firman Allah:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Kalau sekiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan mendapatkan pertentangan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa: 82)

Oleh sebab itulah, Allah berfirman: “dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran” ertinya yang dapat memahami dan merenungi maknanya hanyalah orang-orang yang berakal sihat dan mempunyai pemahaman yang benar.

Rasulullah pernah mendangar suatu kaum yang saling bertengkar, lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya dengan sebab (pertengkaran) inilah orang-orang sebelum kalian itu binasa. Mereka mempertentangkan sebahagian isi Kitab Allah dengan sebahagian yang lain. Sesungguhnya Kitab Allah itu diturunkan untuk saling membenarkan yang satu dengan yang lainnya. Oleh kerana itu, janganlah kalian mendustakan sebahagiannya dengan sebahagian lainnya. Apa sahaja yang kalian ketahui darinya, maka katakanlah. Dan apa sahaja yang kalian tidak ketahui darinya, maka serahkanlah kepada yang mengetahuinya.” (Hadis riwayat Ahmad dari ‘Amr bin Syu’aib)

Khamis, 14 Mei 2009

KEBANGKITAN ISLAM

Asy-Syaikh Muhammad Naashiruddin Al-Albani rahimahullah.

”Yang saya yakini adalah apa yang terdapat dalam hadits shahih. Ia merupakan jawaban tegas terhadap pertanyaan semacam ini yang mungkin dilontarkan pada masa kiwari. Hadits tersebut adalah sabda Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam :


إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِاْلعِيْنَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ اْلبَقَرِ وَرَضِيْتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُم ُاْلجِهَادَ سَلَّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لا يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوْا إِلَى دِيْنِكُمْ


”Apabila kamu berjual beli dengan ’inah (jual beli sistem riba), memegang ekor-ekor sapi, ridla (terlalu sibuk) dengan pertanian, dan meninggalkan jihad; niscaya Allah akan menimpakan kehinaan atas kalian. Dia tidak akan menghilangkannya dari kalian sampai kalian kembali kepada agama kalian [HR. Abu Dawud].


Jadi asasnya adalah rujuk (kembali) pada Islam. Persoalan ini telah diisyaratkan oleh Al-Imam Malik رحمه الله dalam sebuah kalimat ma’tsur yang ditulis dengan tinta emas : ”Barangsiapa yang yang mengada-adakan bid’ah di dalam Islam kemudian menganggap bid’ah tersebut baik, berarti ia telah menganggap Muhammad shallallaahu ’alaihi wasallam mengkhianati risalah. (Padahal) Allah telah berfirman :


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الأِسْلاَمَ دِيناً


”Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”. [QS. Al-Maaidah : 3].


Oleh karena apa yang hari itu bukan agama, maka pada hari ini pun bukan agama. Dan tidaklah baik umat akhir ini melainkan dengan apa yang telah menjadi baik pada awal umat ini” [---- selesai perkataan Imam Malik ----].


Kalimat terakhir Al-Imam Malik di atas itulah yang berkaitan dengan jawaban dari pertanyaan ini, yaitu pernyataan beliau :


لا يَصْلُحُ آخِرُ هَذِهِ اْلأمَّةِ إِلا بِمَا صَلُحَ بِهِ أَوَّلُهَا


”Tidaklah baik umat akhir ini melainkan dengan apa yang telah menjadi baik pada awal umat ini”.


Oleh sebab itu, sebagaimana halnya orang Arab Jahiliyyah dahulu tidak menjadi baik keadaan kecuali setelah datang Nabi mereka, Muhammad shallallaahu ’alaihi wasallam dengan membawa wahyu dari langit yang telah menyebabkan kehidupan mereka di dunia berbahagia dan selamat dalam kehidupan akhirat. Demikian pula seyogyanya asas yang mesti dijadikan pijakan bagi kehidupan Islami nan membahagiakan di masa kini, yaitu tidak lain hanyalah rujuk (kembali) kepada Al-Kitab was-Sunnah.


Hanya saja, masalahnya memerlukan sedikit penjelasan, sebab betapa banyak jama’ah serta golongan-golongan Islam yang ada di ”lapangan” mengaku bahwa mereka telah meletakkan sebuah manhaj yang memungkinkan dengannya terwujud masyarakat Islam dan terwujud pelaksanaan hukum berdasarkan Islam. Sementara itu kita mengetahui dari Al-Kitab dan Sunnah Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam bahwa jalan bagi terwujudnya itu semua hanya ada satu jalan, yaitu sebagaimana yang disebutkan oleh Allah ta’ala dalam firman-Nya :


وَأَنّ هَـَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيماً فَاتّبِعُوهُ وَلاَ تَتّبِعُواْ السّبُلَ فَتَفَرّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ


”Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya” [QS. Al-An’am : 153].


Dan sungguh Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam telah menjelaskan makna ayat ini pada para shahabatnya. Beliau satu hari menggambarkan pada para shahabat sebuah garis lurus di atas tanah, disusul dengan menggambar garis-garis pendek yang banyak di sisi-sisi garis lurus tadi. Kemudian beliau shallallaahu ’alaihi wasallam membacakan ayat di atas ketika menudingkan jari tangannya yang mulia ke atas garis yang lurus dan kemudian menunjuk garis-garis yang terdapat di sisi-sisinya (yaitu garis-garis yang pendek – Abul-Jauzaa’.), beliau shallallaahu ’alaihi wasallam bersabda :


هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ وَهَذِهِ سُبُلُ عَلَى رَأْسِ كُلِّ سَبِيل مِنْهَا الشَّيْطَانَ يَدْعُوا لَهُ


”Ini adalah jalan Allah, sedangkan jalan-jalan ini pada setiap muara jalan-jalan tersebut ada syaithan yang menyeru kepadanya” [Shahih, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Dhilalul-Jannah fii Takhriijis-Sunnah hal. 16-17].


Allah ’azza wa jalla pun menguatkan ayat beserta penjelasannya dari Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam dalam hadits di atas dengan ayat lain, yaitu firman-Nya :


وَمَن يُشَاقِقِ الرّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيّنَ لَهُ الْهُدَىَ وَيَتّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلّهِ مَا تَوَلّىَ وَنُصْلِهِ جَهَنّمَ وَسَآءَتْ مَصِيراً


”Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” [QS. An-Nisaa’ : 115].


Dalam ayat ini terdapat sebuah hikmah yang tandas, yaitu bahwa Allah ta’ala mengikatkan kalimat ’jalannya orang-orang mukmin’ kepada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam. Hal inilah yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam dalam hadits ifitiraaq (perpecahan) ketika beliau shallallaahu ’alaihi wasallam ditanya tentang Al-Firqatun-Najiyyah (golongan yang selamat). Saat itu beliau menjawab :


مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِيْ


”(Yaitu) apa yang aku dan shahabatku pada hari ini berada di atasnya” [Lihat Silsilah Ash-Shahiihah no. 203].


Apakah gerangan hikmah yang dimaksud ketika Allah menyebutkan ’jalannya orang-orang mukmin’ [سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ] dalam ayat di atas ? Dan apakah kiranya hal yang dimaksud ketika Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam mengikatkan para shahabatnya pada diri beliau sendiri dalam hadits di atas ? Jawabannya : Bahwa para shahabat radliyallaahu ’anhum itu adalah orang-orang yang telah menerima pelajaran dua wahyu (Al-Qur’an dan As-Sunnah) langsung dari Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam. Beliau telah menjelaskannya secara langsung kepada mereka tanpa perantara, tidak sebagaimana orang-orang sesudahnya. Tentu saja hasilnya adalah seperti yang pernah dikatakan oleh Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam dalam sabdanya :


إنَ الشَّاهِدَ يَرَى مَا لا يَرَى اْلغَائِبُ


”Sesungguhnya orang yang hadir akan dapat melihat sesuatu yang tidak bisa dilihat oleh orang-orang yang tidak hadir” [Lihat Shahihul-Jaami’ no. 1641].


Oleh sebab itulah, iman para shahabat terdahulu lebih kuat daripada orang-orang yang datang sesudahnya. Ini pula yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam dalam hadits mutawatir :


خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ


”Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian orang-orang setelahnya, kemudian orang-orang setelahnya” [HR. Al-Bukhari dan Muslim].


Berdasarkan hal ini, seorang muslim tidaklah bisa berdiri sendiri dalam memahami Al-Kitab dan As-Sunnah, tetapi ia harus meminta bantuan dalam memahami keduanya dengan kembali kepada para shahabat yang mulia, (yaitu) orang-orang yang telah menerima pelajaran tentang keduanya langsung dari Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam; yang terkadang beliau menjelaskan dengan perkataan, perbuatan, atau dengan taqrir (persetujuan) beliau.


Jika demikian, adalah mendesak sekali dalam ”mengajak orang kembali pada Al-Qur’an dan As-Sunnah” untuk menambahkan prinsip ”berjalan di atas apa yang ditempuh As-Salafush-Shalih” dalam rangka mengamalkan ayat-ayat serta hadits-hadits yang telah disebutkan di muka manakala Allah menyebutkan ’ jalannya orang-orang mukmin’ [سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ], dan menyebutkan Nabi-Nya yang mulia serta para shahabatnya dengan maksud supaya memahami Al-Kitab dan As-Sunnah sesuai dengan apa yang dipahami kaum salaf (generasi pertama dari kalangan shahabat radliyallaahu ’anhum dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik).


Kemudian, dalam hal ini ada satu persoalan yang teramat penting namun dilupakan oleh banyak kalangan jama’ah serta hizb-hizb Islam. Persoalan itu adalah ” Jalan mana gerangan yang dapat digunakan untuk mengetahui apa yang ditempuh oleh para shahabat dalam memahami dan memaksanakan sunnah ini ?”. Jawabannya : ”Tidak ada jalan lain untuk menuju pemahaman itu kecuali harus kembali kepada ilmu hadits, ilmu musthalah hadits, ilmu jarh wa ta’dil, dan mengamalkan kaidah-kaidah serta musthalah-musthalah-nya tersebut, sehingga para ulama dapat dengan mantap mengetahui mana yang shahih dari Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam dan mana yang tidak shahih”.


Sebagai penutup jawaban, kami bisa engatakan dengan bahasa yang lebih jelas kepada kaum muslimin yang betul-betul ingin kembali mendapatkan ’izzah (kehormatan), kejayaan, dan hukum Islam, yaitu Anda harus bisa merealisasikan dua perkara :


Pertama, Anda harus mengembalikan syari’at Islam ke dalam benak-benak kaum muslimin dalam keadaan bersih dari segenap unsur yang menyusup ke dalamnya, apa yang sebenarnya bukan berasal daripadanya ketika Allah menurunkan firman-Nya :


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الأِسْلاَمَ دِيناً


”Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”. [QS. Al-Maaidah : 3].


Mengembalikan persoalan hari ini menjadi persoalan jaman pertama dahulu membutuhkan perjuangan ekstra keras dari para ulama kaum muslimin di berbagai penjuru dunia.


Kedua, Kerja keras yang terus-menerus tanpa henti ini harus dibarengi dengan ilmu yang telah terbersihkan itu. Pada hari dimana kaum muslimin telah kembali memahami agama (dien) mereka sebagaimana yang dipahami para shahabat Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam, kemudian melaksanakan pengamalan ajaran Islam yang telah terbersihkan itu secara benar dalam semua segi kehidupan, maka pada hari itulah kaum mukminin dapat bergembira merasakan kemenangan yang datangnya dari Allah.


Inilah yang bisa saya katakan dalam ketergesa-gesaan ini dengan memohon kepada Allah agar Dia memberikan pemahaman Islam secara benar kepada kita dan seluruh kaum muslimin sesuai dengan tuntunan Kitab-Nya dan Sunnah Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam yang sahih sebagaimana yang ditempuh oleh Salafunash-Shaalih. Kita memohon kepada Allah agar Dia memberi taufiq kepada kita supaya dapat mengamalkan yang demikian itu. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan Doa. Wallaahu a’lam”


[selesai perkataan Asy-Syaikh Al-Albani, sebagaimana terdapat dalam majalah Al-Ashalah edisi 11 tanggal 15 Dzulhijjah 1414 H, Beirut].

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...