Jumaat, 3 Januari 2014

Jangan Jadikan Dakwah Kalian Hajr Sahaja

Asy-Syaikh Rabi’ Al Madkhali Hafidzahullah

سؤال : أتباع المبتدع .. هل يلحقون به فى الهجر ؟

Soalan: Pengikut ahlul bid’ah apakah mereka diperlakukan sama seperti ahlul bid’ah dihajr (boikot)?

فأجاب الشيخ حفظه الله ورعاه : المخدوع منهم يُعلم ياأخوة ، لاتستعجلوا ، علموهم وبينوا لهم ، فإن كثيراً منهم يريد الخير حتى الصوفية ، والله لو هناك نشاط سلفى ، لرأيتهم يدخلون فى السلفية زراقات ووحداناً .فلا يكن القاعدة عندكم بس هجر .. هجر .. هجر .. هجر .. الأساس الهجر ! الأساس هداية الناس ، ادخال الناس فى الخير ، قضية الهجر قد تفهم غلطاً ، إذا هجرت الناس كلهم من يدخلون فى السنة ؟ . الهجر هذا ياأخوتاه ، كان فى أيام الإمام أحمد ..
الدنيا مليئة بالسلفية ، وإذا قال الإمام أحمد فلان مبتدع سقط ، أما الآن عندك السلفية كالشعرة البيضاء فى الثور الأسود , الأساس عندكم هداية الناس ، وإنقاذهم من الباطل ، تلطفوا الناس وادعوهم وقربوهم يكثر إن شاء الله سواد السلفيين وتكسبوا كثيراً من الناس , أما أنت ( منتفخ ) وهكذا ، وكل الناس ضالون ، ولاتنصح ولاشىء ، ولابيان ، غلط .. هذا معناه سد أبواب الخير فى وجوه الناس ، فلا تكن عندكم بس زجر .. زجر الهجر ، إذا قال اهجروا ، ممكن واحد مبتدع يرجع ، يضطر يرجع ، يشوف الدنيا كلها قدامه سلفيين فيضطر للرجوع .. اما الآن يلتفت كدا مايرى سلفيين ، راح مع الناس .. فتنبهوا لهذه الأشياء. تكون القاعدة عندكم الأساس هى هداية الناس ، وإدخالهم فى السنة ، وإنقاذهم من الضلال ، هذه هى القاعدة عندكم ، واصبروا واحملوا وكذا وكذا ، بعدين آخر الدواء الكى .. أما تكون من أول مرة ! هذا غلط بارك الله فيكم . فليكن القاعدة عندكم هو انتشال الناس ، والله كثير من الناس فيهم الخير ، يريدون الخير ، ايروحون للمساجد ايش يبغون ؟ يريدون الجنة يا إخوة ، يريدون الخير .. لكن الأساليب ، خلوا أساليبكم حكيمة ، والله الأساليب الحكيمة الرحيمة الذى يشعر أنك مااأنت متعال عليه ، إذا شعر إنك متعال عليه مايدخل معك ، مايريد منك الحق ، لكن تواضع له ، ألن جانبك ، ترفق به ‘ ادعوه بالحكمة ، وإن شاء الله كثير من الناس يدخلون . كانت الهند كلها خرافيين قبوريين ، وجاء أهل الحديث بالعلم والحكمة ، كسبوا الملايين بحكمتهم وعلمهم ، ثلاثة .. اربعة من كبار تلاميذ الشيخ : نذير حسن ، قلبوا الهند رأساً على عقب ، بحكمتهم وعلمهم ، واحد منهم ابتلاه الله ! جاء مبتدع وضربه بالمِعْوَل، حتى خلص مات فى نظره ، وجاءوا وأخذوا هذا المجرم وأودعوه السجن ، أول ما فاق هذا الرجل من غشيته ، قال : هذا الذى ضربنى .. فين راح ؟ قالوا : أودعوه فى السجن .. قال : أبداً ما يُسجن ، خلص أنا عفيت عنه .. قالوا : خلص سجنوه .. أبوا يفكوه .. كان ينفق على أولاد المجرم .. لما خرج من السجن دخل فى السلفية ، من كبار المجرمين ! كان واحد اسمه ( أبو المحجوب ) فى السودان ، أول من نشر السلفية فى السودان ، كان يضل يضربونه ، ويسحبونه برجله ، ويرموه خارج المسجد ، أول ما يفيق يضحك ، لايحقد على أحد ، ولا ينتقم ، ولا شىء ، يضحك ويبتسم ، ودخل ناس كثير من مشائخه فى الدعوة السلفية ! الشاهد أنا ما أبغى توصلون إلى هذا المستوى ، لكن أبغى عندكم شىء يا إخوة من الحكمة والحلم والصبر والقصد الطيب ، وأن القصد هداية الناس بارك الله فيكم ، والله بالأخلاق الحكيمة ، والحلم يقبلون الناس على دعوتكم .. وإذا كان ماعندكم إلا الجفاء والشدة ((ولوكنت فظاً غليظ القلب لانفضوا من حولك )) .. هذا رسول الله عليه الصلاة والسلام ، قال له الله هكذا ! ياإخوة بارك الله فيكم ، بعض إخواننا عندهم هذه الشدة الزائدة ، التى تخرج من السلفية ماتدخل ، تخرج تطارد من السلفية ماتدخل أحد ، هذا موجود الآن .. فهؤلاء المطاردين .. عليهم أن يتوبوا لله عز وجل ، وأن يحسنوا أخلاقهم ، وأن يكونوا هداةً إلى الله عز وجل .. بارك الله فيكم عليكم بهذه الأساليب ، لاتكن القاعدة عندكم هجر … هجر … هجر … هجر وبس ، الهجر مشروع لكن إذا نفع .. أنت فى عهد احمد أهجر ، لكن في
عهد من أنت ؟ بارك الله فيكم ، فلابد من الحلم والصبر .. بارك الله فيكم ، وتقريب الناس إلى الخير وإدخالهم فيه !!!

من شريط سجل فى رمضان سنة 1423 للهجرة مع فضيلة الشيخ : ربيع المدخلى

Jawapan: Orang yang tertipu dari mereka diberitahu ya ikhwah, jangan tergesa-gesa. Ajarkan mereka dan jelaskan kepada mereka. Kerana banyak dari mereka menginginkan kebaikan. Sampai kaum sufi sekalipun. Demi Allah andaikan disana ada geliat (dakwah) salafiyah, kalian akan lihat mereka masuk ke dalam salafiyah berbondong-bondong dan sendiri-sendiri.

Jangan jadikan kaedah bagi kalian hanya boikot…boikot…boikot, asasnya boikot! (Yang benar) asasnya memberi hidayah kepada manusia. Memasukkan manusia kepada kebaikan. Masalah boikot/hajr sering dipahami keliru. Apabila kalian boikot semua orang, siapa yang masuk kedalam sunnah?

Hajr/boikot ini wahai ikhwah, dahulu dizaman Imam Ahmad…dunia dipenuhi dengan salafiyah. Apabila Imam Ahmad menyebut fulan mubtadi’ jatuh. Adapun sekarang salafiyah seperti rambut putih ditubuh kerbau hitam.

(Jadikan) asas kalian menyampaikan hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari kebatilan. Berlemah-lembutlah kepada mereka, ajak mereka dan dekatkan mereka menjadi banyak insyaAllah jumlah salafiyin dan kamu mendapatkan banyak orang.

Adapun kamu (sombong) dan seperti ini, semua orang sesat, tanpa nasihat atau apapun, tanpa keterangan, ini keliru…ini ertinya (kamu) menutup pintu kebaikan dihadapan manusia. Maka jangan jadikan kaedah kalian hanya menghukum…menghukum/hajr.

Hajr/boikot, apabila dikatakan: boikot dia! boleh jadi seorang mubtadi’ rujuk, terpaksa untuk rujuk. Dia melihat dunia seluruhnya dihadapannya salafiyin sehingga dia terpaksa untuk rujuk…adapun sekarang menoleh kesana-sini dia tidak dapati salafiyin, dia pun pergi bersama orang kebanyakan…maka perhatikanlah hal ini.

Jadikan kaedah kalian menyampaikan hidayah kepada manusia dan memasukkan mereka ke dalam sunnah dan menyelamatkan mereka dari kesesatan. Inilah kaedah yang seharusnya ada pada kalian. Sabar dan tanggung (beban dakwah) dstnya setelah itu ubat terakhir adalah kay (hajr). Adapun awal kay! Ini keliru, barakallahu fiik.

Maka jadikanlah kaedah kalian merangkul manusia. Demi Allah banyak manusia ada pada mereka kebaikan. Menginginkan kebaikan, mereka pergi ke masjid apa yang mereka cari? Mereka mencari surga ya ikhwah, mereka menginginkan kebaikan…akan tetapi perhatikan cara-cara, jadikan cara kalian cara yang bijak. Demi Allah cara yang bijak dan kasih sayang, mereka merasa bahwa kamu tidak sewenang-wenang kepada mereka. Apabila mereka merasa kamu sewenang-wenang kepada mereka, mereka tidak akan bersamamu, mereka tidak menginginkan darimu kebaikan. Akan tetapi tawadhu’lah kepada mereka, berlemah-lembutlah, ajak mereka dengan hikmah dan insyaAllah banyak orang yang masuk kepada sunnah.

Dahulu di India manusia seluruhnya penganut ajaran khurafat, penyembah kubur. Lalu datang ahlulhadits dengan ilmu dan hikmah, maka masuk ke dalam sunnah berjuta-juta orang dengan sebab hikmah dan ilmu mereka. Tiga..empat (orang) dari senior murid-murid Asy-Syaikh: Nazir Hasan. Mereka berhasil merubah India dengan ilmu dan hikmah.

Pernah salah seorang mereka dicoba. Datang seorang mubtadi’ dan memukulnya dengan pacul sampai ia menyangka orang ini telah mati. Lalu orang-orang berdatangan dan menangkap penjahat ini dan memasukkannya ke dalam penjara. Ketika orang yang dipukul ini sedar, pertama kali yang ia ucapkan: kemana orang yang telah memukulku? Orang-orang menjawab: dimasukkan penjara. Ia berkata: Jangan, jangan dipenjara, saya sudah maafkan dia. Orang-orang berkata: sudah masuk penjara…orang-orang tidak mahu melepaskannya. Lalu orang ini menafkahkan anak-anak dari penjahat ini…dan ketika penjahat ini keluar penjara ia pun masuk ke dalam salafiyah, padahal sebelumnya ia salah seorang penjahat besar.

Dahulu di Sudan ada seorang yang dipanggil Ibnul Mahjub, dia orang yang pertama kali menyebarkan salafiyah di Sudan. Orang-orang suatu hari memukulnya dan menyeret kakinya dan melemparnya ke luar masjid. Dan pertama kali sedar dia tertawa, tidak ada kebencian kepada seorang pun dan tidak membalas, melainkan tertawa dan tersenyum. Maka masuklah banyak orang dari guru-gurunya ke dalam salafiyah.

Yang menjadi perhatian disini, saya tidak menginginkan kalian sampai kepada tingkatan ini, tapi saya ingin kalian punya hikmah, kedewasaan, kesabaran, dan niat yang baik. Dan bahwa yang menjadi tujuan adalah memberi hidayah kepada manusia, barakallahufiik. Demi Allah dengan akhlak yang bijak dan kedewasaan banyak orang akan menerima dakwah kalian. Adapun kalau tidak ada pada kalian selain sikap keras dan kaku ((Andaikan kamu kasar dan keras hati orang-orang akan lari darimu))… ini Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, Allah menyebut kepadanya seperti ini!

Wahai ikhwah, barakallahufiik, sebahagian ikhwah kita ada pada mereka sikap keras ini. Sikap keras mengeluarkan dari salafiyah bukan memasukkan, mengusir dari salafiyah bukan memasukkan orang ke dalam salafiyah. Yang seperti ini ada sekarang…orang-orang yang senang mengusir …wajib atas mereka bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla dan hendaknya mereka memperbaiki akhlak mereka dan menjadi pemberi petunjuk ke jalan Allah.

Barakallahu fiikum wajib atas mereka menempuh cara-cara ini. Jangan jadikan kaedah kalian boikot…boikot…boikot…boikot sahaja. Boikot disyariatkan akan tetapi kalau berguna. Kamu dizaman Imam Ahmad boikot…akan tetapi di zaman siapa kamu sekarang? Barakallahufiikum. Maka harus ada kedewasaan dan kesabaran…barakallahufikum, mendekatkan orang-orang kepada kebaikan dan memasukkan mereka ke dalamnya!!!

Sumber: http://www.1aqidah.net/v2/fatwa-ulama-jangan-jadikan-dakwah-kalian-hajr-sahaja/

Sumber asal: http://www.sahab.net/forums/index.php?showtopic=133998

Sabtu, 28 Disember 2013

BASAHI LIDAH DENGAN ZIKRULLAH

Dalam bahasa arab lidah disebut sebagai lisan (لسن). Dengan lisan atau lidah seseorang dapat berkata-kata. Tanpanya seseorang akan menjadi bisu dan tidak mampu difahami kata-katanya. Lidah memiliki peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Dengan lidah seseorang boleh menjadi mulia. Dengan lidah seseorang boleh menjadi hina. Dengan lidah seseorang boleh jatuh dan bangun atau menjatuhkan dan membangunkan orang lain. Amat malang sekali apabila lidah disalahgunakan kepada perkara yang tidak membawa faedah terhadap dirinya. 

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata: “Hampir-hampir lisan tidak mampu untuk diam. Lisan tidak terlepas dua perkara, (iaitu) lisan yang selalu berzikir dan lisan yang berkata sia-sia. Dia pasti akan jatuh pada salah satu dari dua perkara di atas. Sepertimana diri (jiwa), apabila tidak disibukkan dengan kebenaran pasti akan disibukkan dengan kebatilan. Sepertimana hati, jika tidak ditenangkan dengan cinta kepada Allah Ta’ala, nescaya ia akan tenang dengan cinta kepada makhluk, dan itu pasti. Begitu jugalah dengan lisan, jika tidak disibukkan dengan zikrullah pasti sibuk dengan perkara yang sia-sia. Itu pasti engkau alami. Pilihlah bagi dirimu salah satu dari dua pilihan di atas, tempatkanlah pada salah satu dari dua tempat tersebut.” (Al-Wabil As-Sayyib, halaman 166-167)

Zikrullah berasal dari dua kata iaitu zikir dan Allah. Zikir bermaksud sebut dan ingat. Apabila digandingkan menjadi zikrullah membawa maksud ‘menyebut Allah’ dan ‘mengingati Allah.’ Mengapa perlu berzikir (mengingati dan menyebut) Allah? Firman Allah Ta’ala:

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah itu hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d: 28)

Terdapat banyak kelebihan dan keutamaan berzikir kepada Allah Ta’ala. Antaranya sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah bahawa berzikir dapat menghalau syaitan, mendatangkan redha Ar-Rahman (Allah), menghilangkan kesusahan dan kesedihan, mendatangkan kegembiraan dan kebahagiaan, menguatkan hati dan tubuh badan, menerangi wajah dan hati, mendatangkan rezeki dan faedah-faedah agung lainnya. Beliau (Ibnul Qayyim) juga menjelaskan bahawa faedah zikir yang paling agung dan paling bermanfaat adalah dapat menambah keimanan, menguatkan dan mengukuhkannya. (Al-Wabil As-Sayyib, halaman 84)

Antara dalil-dalilnya yang menerangkan akan anjuran, kepentingan dan keutamaan zikrullah ialah:

Firman Allah Ta’ala:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.” (Al-Jum’ah: 10)

Dan firman Allah:

وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

“Dan lelaki serta perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzaab: 35)

Dan firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.” (Al-Anfal: 2)

Dan banyak lagi. Manakala di dalam hadis-hadis pula sebagaimana riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan di salah satu jalan ke kota Mekah, baginda melalui sebuah gunung yang bernama Jumdan. Baginda bersabda:

سيروا، هذا جمدان، سبق المفردون، قيل: وما المفردون يا رسول الله؟ قال: الذاكرون الله كثيرا والذاكرات

“Berjalanlah di gunung Jumdan ini, sungguh kaum mufarridun telah mendahului.” Mereka bertanya: “Siapakah kaum mufarridun itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Lelaki dan wanita yang banyak berzikir mengingati Allah.” 

Diriwayatkan dari Abu Darda’ r.a bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ألا أنبئكم بخير أعمالكم، وأرضاها عند مليككم، وأرفعها في درجاتكم، وخير لكم من إعطاء الذهب والفضة، ومن أن تلقوا عدوكم فتربصوا أعناقهم، ويضربوا أعناقهم؟ قالوا: وما ذاك يا رسول الله؟ قال: ذكر الله

“Mahukah kamu aku beritahu tentang amalan yang paling baik dan paling diredhai di sisi Tuhan kamu, yang paling meninggikan darjat kamu dan lebih baik bagi kamu daripada kamu daripada bersedekah emas dan perak, lebih baik daripada kamu bertemu musuh-musuh kamu lalu kamu menebas leher-leher mereka atau mereka menebas leher-leher kamu? Mereka berkata: “Apakah itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Zikrullah.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, At-Tirmizi, Al-Hakim dan lain-lain. Al-Hakim berkata: “Sanad hadis ini sahih dan tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.” Dipersetujui oleh Az-Zahabi)

Abdullah bin Busr menceritakan bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam sangat banyak untuk aku lakukan. Beritahu aku sebuah amalan yang boleh aku pegang teguh.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله

“Hendaklah lisanmu sentiasa basah kerana berzikir kepada Allah.” (HR. Ibnu Abi Syaibah, At-Tirmizi dan lain-lain. At-Tirmizi berkata: “Hadis hasan Gharib.”)

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه إذا ذكرني، فإن ذكرني في نفسه، ذكرته في نفسي، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم

“Aku dengan sangkaan hambaKu terhadapKu. Akan Aku selalu bersamanya jika dia selalu mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dan dalam dirinya, nescaya Aku mengingatinya dalam diriKu. Dan jika dia mengingatiku dalam sebuah majlis, nescaya Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih baik daripada majlis mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Syeikh Ibnu Sa’di rahimahullah berkata: “Di antara faktor penguat iman adalah memperbanyakkan zikrullah pada setiap waktu, memperbanyakkan doa yang merupakan inti ibadah.

Sesungguhnya zikrullah akan menumbuhkan asas keimanan dalam hati, akan menyuburkan dan memakmurkannya. Semakin bertambah tingkatan zikir seorang hamba, semakin kuat juga keimanannya. Sebagaimana juga iman akan mendorongnya untuk banyak berzikir. Barangsiapa yang mencitai Allah pasti akan banyak mengingatinya. Cinta kepada Allah adalah iman, bahkan merupakan roh keimanan.” (At-Taudhih wal Bayan, halaman 32)

Memperbanyakkan berzikir kepada Allah akan memalingkan seseorang dari perkara yang sia-sia seperti mengumpat, memfitnah, mengejek, berdusta dan berkata dengan suatu perkataan yang keji yang semuanya itu boleh menyumbang kepada dosa dan azab. 

Perbanyakkanlah berzikir dengan zikir-zikir atau doa-doa yang diambil dari Al-Quran dan hadis yang sahih. Bahkan membaca Al-Quran itu juga termasuk zikrullah serta menuntut ilmu agama itu sendiri juga termasuk dalam pengertian zikrullah yang juga dikenali sebagai majlis zikir. Wallahua’lam.

Ditulis oleh:
Mohd Safwan bin Mohd Rusydi
Taman Indah Permai, Kota Kinabalu.

Sabtu, 2 November 2013

MENGGABUNGKAN DUA HADIS TENTANG MENCEGAH KEMUNGKARAN

Fatwa Syeikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah

Soalan: Dari Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 

من رأى منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a). 

Hadis ini menunjukkan perintah untuk beramar makruf dan nahi mungkar bergantung di atas kemampuan insane sebagai manusia. Di antara mereka ada yang mengubah kemungkaran dengan cara mempraktikkan dengan tangannya sebagai kekuatan tubuh dan diri. Dan di antara mereka ada yang tidak mampu mencegahnya melainkan dengan lisannya dan ada di antara mereka  yang sangat lemah dan tidak mampu mencegah kemungkaran melainkan dengan hatinya. Ini dilakukan dengan mengingkari kemungkaran serta pelakunya, maka inilah kelemahan yang tidak diragukan lagi kerana takut akan dirinya diperlakukan oleh manusia dengan kekerasan lantaran kelemahannya.

Dan disana pula ada hadis lain yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w: 

إن الله يسأل العبد يوم القيامة حتى يقول له‏:‏ ما منعك إذا رأيت المنكر فلم تغيره‏؟‏ فيقول‏:‏ خشيت الناس، فيقول الله تعالى‏:‏ ‏(‏أنا أحق أن تخشاني‏)‏‏.
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada hambaNya di hari kiamat sehingga Dia berfirman: Apa yang menghalangi kamu apabila merlihat kemungkaran namun kamu tidak mencegahnya? Maka dia pun menjawab: Aku takut pada manusia. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak untuk engkau takuti.” (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya dari hadis Abu Said Al-Khudri r.a). 

Dan dalam hadis ini, mengisyaratkan bahawa perintah menyuruh melakukan kebaikan dan dan mencegah kemungkaran itu mestilah dicegah dengan kekuatan, tidak kira sama ada dia lemah atau kuat. Maka aku memohon dari fadhilatus-syeikh untuk menggabungkan antara dua hadis tersebut pada keadaan kesahihan hadis yang kedua? 

Jawapan: Tidak ada pertentangan di antara dua hadis tersebut, kerana hadis yang pertama menunjukkan pengingkaran terhadap perkara mungkar mestilah dilaksanakan. Akan tetapi dengan beberapa peringkat. Iaitu peringkat pertama: Mestilah mencegah (mengubah kemungkaran) dengan tangannya yang demikian apabila dia termasuk penguasa atau ahli penguasa yang ditugaskan dengan tangannya untuk mencegah kemaksiatan dengan adab dan hukuman. Bukan sebagaimana yang disebutkan oleh penanya kekuatan itu dengan badannya atau kekuatan dirinya. Tidak, bahkan maksudnya adalah orang yang bekerja dengan penguasa yang memungkinkan untuk menghilangkan kemungkaran dengan kekuatan yang diberikan dari sisi pemerintah atau kerana dia merupakan ahli keluarganya? Ini kerana ahli keluarga memiliki kekuasaan terhadap jagaannya dari kalangan anak-anak dan ahli keluarganya, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya, kerana Allah Ta’ala telah memberinya kuasa (hak penjagaan) ke atas mereka. Jika sekiranya tidak boleh dengan kekuasaan secara umum mahupun secara khusus, maka hendaklah dengan lisannya dengan menerangkan kemungkarannya dan melarang dari melakukannya serta memperingatkan darinya sedaya mampu. Jika sekiranya tidak mampu menjelaskan dengan lisannya kerana bimbang berlaku kemudaratan yang lebih besar maka hendaklah mengingkarinya dengan hati, dengan membenci kemungkaran dan pelaku kemungkaran serta hati tidak merasa tenang dan suka terhadap kemungkaran tersebut. Dan hendaklah dia menyelisihi mereka serta menjauhinya. Dan janganlah melakukannya sebagaimana Bani Israel yang mana mereka melarang dari kemungkaran pada perintah awal kemudian mereka tidak melarang mereka setelah itu, mereka juga duduk bersama-sama maksiat tersebut dan mereka menyukainya. Inilah yang dimaksudkan ke atas hadis yang pertama. 

Adapun hadis yang kedua adalah Allah SWT bertanya kepada seorang hamba di hari kiamat: mengapa dia tidak mencegah kemungkaran? Dijawab: Sesungguhnya kerana aku takut kepada manusia. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak untuk ditakuti. Hadis ini juga secara zahir padanya menunjukkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran dengan tangannya (kekuasaannya) namun tidak dicegah atau mampu mencegah dengan lisannya namun tidak dicegah (dengan lisannya). Bahkan dia mendiamkan dan menyembunyikan pada apa yang dia mampu untuk mengingkari kemungkaran itu. Maka yang demikian itulah yang dicela.

Adapun orang yang meninggalkan pengingkaran terhadap kemungkaran dengan tangan atau lisannya disebabkan ketidakmampuannya, atau bimbang berlakunya kerosakan yang lebih besar, maka ini termasuk keuzuran (dimaafkan), dalam keadaan dia mengingkarinya di dalam hatinya dan menjauhinya serta pelakunya. Maka tidak ada pertentangan di antara dua hadis tersebut. Segala puji bagi Allah.

Diterjemahkan oleh: Mohd Safwan bin Mohd Rusydi

Jumaat, 4 Oktober 2013

Berapa Umur Anak Mesti Diajar Agama?

Pertanyaan: 

Berapakah umur anak yang seharusnya saya sudah mula ajarkan tentang perkara agama?

Jawapan:

Fadhilatusy Syeikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah menjawab: 

“Pengajaran terhadap anak sudah mesti dimulai ketika mereka telah mencapai usia mumayyiz (boleh membezakan antara baik dan buruk - penyunting). Iaitu dimulai dengan tarbiyah diniyah (pendidikan agama), berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mengerjakan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika tidak mengerjakan solat ketika umur sepuluh tahun, serta pisahkanlah mereka di tempat tidurnya.” (HR. Ahmad dan Abu Daud, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani rahimahullah dalam Irwa`ul Ghalil, no. 247)


Apabila anak telah mencapai usia mumayyiz, orang tuanya diperintahkan untuk mengajarinya dan mentarbiyahnya di atas kebaikan, dengan mengajarinya Al-Quran dan hadis-hadis yang mudah. Mengajarinya hukum-hukum syariat yang sesuai dengan usia si anak, contohnya bagaimana cara berwudhuk dan bagaimana cara solat. Si anak juga diajarkan zikir-zikir ketika hendak tidur, bangun tidur, ketika hendak makan, minum, dan sebagainya. Selain itu, anak dilarang melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya serta diterangkan kepadanya bahawa perkara tersebut tidak boleh dilakukannya, seperti berbohong, mengumpat, dan selainnya. Sehingga si anak terdidik di atas kebaikan dan terdidik untuk meninggalkan keburukan sejak kecil lagi.

Kenapa pengajaran ini dilakukan pada umur mumayyiz? Ini kerana pada usia ini, si anak telah dapat memahami apa yang diperintahkan kepadanya dan apa yang dilarang. Urusan pengajaran anak ini sangatlah penting. Namun sayangnya sebahagian manusia lalai dari melakukannya terhadap anak-anak mereka.

Kebanyakan orang tidak mementingkan perkara anak-anak mereka. Tidak mengarahkannya dengan arahan yang baik, bahkan membiarkan mereka disia-siakan dari sisi tarbiyah agama. Sehingga si anak tidak diperintah mengerjakan solat dan tidak dibimbing kepada kebaikan, bahkan dibiarkan membesar di atas kejahilan dalam perkara agamanya serta terbiasa melakukan perbuatan yang tidak baik. Anak-anak dibiarkan bercampur-baur dan bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, berkeliaran di jalan-jalan, menyia-nyiakan pelajaran mereka (enggan untuk belajar) serta kemudaratan lainnya, yang mana kebanyakan para pemuda muslimin membesar di atasnya disebabkan sikap semasa jahilnya orang tua mereka. Padahal para ibubapa ini akan ditanya di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala kelak, kerana merekalah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mengerjakan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika tidak mengerjakan solat ketika umur sepuluh tahun, serta pisahkanlah mereka di tempat tidurnya.” (HR. Ahmad dan Abu Daud, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani rahimahullah dalam Irwa`ul Ghalil, no. 247)

Apa yang diperintahkan dalam hadis di atas adalah tanggungjawab kepada para ibubapa yang wajib mereka tunaikan. Dengan itu, jika ibubapa tidak menyuruh anak-anak mereka mengerjakan solat pada umur yang telah disebutkan, bererti mereka telah bermaksiat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (*) Mereka telah melakukan keharaman dan meninggalkan kewajibannya yang ditetapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam terhadapnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيًّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sangat dikesalkan, sebahagian orang tua sibuk dengan perkara dunianya sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Juga tidak meluangkan waktu mereka untuk anak-anak mereka. Seluruh waktu mereka terbuang untuk perkara-perkara dunia. Keburukan yang besar ini banyak dijumpai di negeri muslimin, yang menjadi sebab buruknya tarbiyah (didikan) anak-anak mereka. Jadilah anak-anak tersebut tidak baik agama dan dunianya. La haula wala quwwata illa billahil ‘azhim. (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Agung).” (Fatawa Nurun ‘Alad Darb, Fadhilatusy Syeikh Soleh bin Fauzan, halaman 115-116)

(*) Tidak patuh dan taat kepada perintah baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sementara Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan sebagaimana dalam firman-Nya:

وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا“

"Apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu maka ambillah dan apa yang dilarangnya maka berhentilah (tinggalkanlah).” (Al-Hasyr: 7)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri bersabda:

ماَ نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Apa yang aku larang kamu darinya, tinggalkanlah. Dan apa yang aku perintahkan kepada kamu maka kerjakanlah menurut kemampuan kamu.” (HR. Bukhari dan Muslim) – penterjemah.

Sumber Asal: http://asysyariah.com/
Disunting oleh: Mohd Safwan bin Mohd Rusydi

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...