Selasa, 30 Mac 2010

Tempat Meletakkan Kedua Tangan Ketika Berdiri Dalam Solat

Ustadz Mustamin Musaruddin, Lc.

PERTANYAAN

Dalam praktikal solat, ketika berdiri, ada sebahagian orang yang meletakkan kedua tangannya di atas dada, pusat, dan lain-lain. Bagaimanakah tuntunan yang sebenarnya dalam masalah ini?

JAWAPAN

Telah tetap tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam, dalam hadis-hadis yang sangat banyak, bahawa pada waktu berdiri dalam solat, tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, dan ini merupakan pendapat jumhur tabi’in dan kebanyakan ahli fiqih, bahkan Imam At-Tirmizi berkata,:“Dan amalan di atas ini adalah amalan di kalangan ulama dari para sahabat, tabi’in, dan orang-orang setelah mereka ….” Lihat Sunan-nya 2/32.

Akan tetapi, ada perbezaan pendapat tentang tempat meletakkan kedua tangan (posisi ketika tangan kanan di atas tangan kiri) ini di kalangan ulama, dan inilah yang menjadi pembahasan untuk menjawab pertanyaan di atas.

Berikut ini pendapat para ulama dalam masalah ini, diringkas dari buku "La Jadida Fi Ahkam Ash-Sholah" karya Syeikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid:

Pendapat Pertama, kedua tangan diletakkan pada an-nahr. An-Nahr adalah anggota badan antara di atas dada dan di bawah leher. Seekor unta yang akan disembelih, maka disembelih pada nahr-nya dengan cara ditusuk dengan hujung pisau. Itulah sebabnya hari ke-10 Zulhijjah, iaitu hari raya ‘Aidul Adha (Raya Korban), disebut juga Yaumun Nahr -(hari penyembelihan)-.

Pendapat Kedua, kedua tangan diletakkan di atas dada. Ini adalah pendapat Al-Imam Asy-Syafi’i pada salah satu riwayat darinya, pendapat yang dipilih oleh Ibnul Qayyim Al-Jauzi dan Asy-Syaukani, serta merupakan amalan Ishaq bin Rahawaih. Pendapat ini dikuatkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitab Ahkamul Jana`iz dan Sifat Solat Nabi .

Pendapat Ketiga, kedua tangan diletakkan di antara dada dan pusat (lambung/perut). Pendapat ini adalah sebuah riwayat pada mazhab Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad, sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syaukani dalam Nailul Authar. Pendapat ini dikuatkan oleh Al-Imam Nawawi dalam Mazhab Asy-Syafi’i, dan merupakan pendapat Sa’id bin Jubair dan Daud Az-Zahiri sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu’ (3/313).

Pendapat Keempat, kedua tangan diletakkan di atas pusat. Pendapat ini merupakan salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan dinukil dari Ali bin Abi Thalib dan Sa’id bin Jubair.

Pendapat Kelima, kedua tangan diletakkan di bawah pusat. Ini adalah pendapat mazhab Al-Hanafiyah bagi lelaki, Asy-Syafi’i dalam sebuah riwayat, Ahmad, Ats-Tsauri dan Ishaq.

Pendapat Keenam, kedua tangan bebas diletakkan dimana sahaja sama ada di atas pusat, di bawah pusat, atau di atas dada.

Imam Ahmad ditanya: “Dimana seseorang meletakkan tangannya apabila dia solat?” Beliau menjawab: “Di atas atau di bawah pusat.” Semua itu ada keluasan menurut Imam Ahmad diletakkan di atas pusat, sebelumnya atau di bawahnya. Lihat Bada`i’ul Fawa`id 3/91 karya Ibnul Qayyim.

Berkata Imam Ibnul Munzir sebagaimana dalam Nailul Authar: “Tidak ada sesuatu pun yang tsabit (sahih) dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam, maka ianya diberi pilihan.” Perkataan ini serupa dengan perkataan Ibnul Qayyim sebagaimana yang dinukil dalam Hasyiah Ar-Raudh Al-Murbi’ (2/21).

Pendapat ini merupakan pendapat para ulama di kalangan sahabat, tabi’in dan setelahnya. Demikian dinukil oleh Imam At-Tirmizi.

Ibnu Qasim, dalam Hasyiah Ar-Raudh Al-Murbi’ (2/21), menisbahkan pendapat ini kepada Imam Malik.

Pendapat ini yang dikuatkan oleh Syeikh Al-‘Allamah Al-Muhaddis Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah kerana tidak ada hadis yang sahih tentang penempatan kedua tangan ketika berdiri melaksanakan solat.

Dalil-Dalil Setiap Pendapat dan Pembahasannya

Dalil Pendapat Pertama

Dalil yang dipakai oleh pendapat ini adalah atsar yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu tentang tafsir firman Allah Ta’ala,

Maksudnya: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah.” [Al-Kautsar: 2]

Beliau berkata (menafsirkan ayat di atas -pent.),

وَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ فِي الصَّلاَةِ عِنْدَ النَّحْرِ

“Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam solat pada an-nahr.” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi 2/31)

Pembahasan

Riwayat ini lemah kerana pada sanadnya terdapat Ruh bin Al-Musayyab Al-Kalbi Al-Bashri yang dikatakan oleh Ibnu Hibban bahwa dia meriwayatkan hadis-hadis palsu dan tidak halal meriwayatkan hadis darinya. Lihat Al-Jauhar An-Naqi .

Dalil Pendapat Kedua

Dalil pertama, hadis Qabishah bin Hulb Ath-Tha’i dari bapanya, Hulb radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ هَذِهِ عَلَى هَذِهِ عَلَى صَدْرِهِ وَوَصَفَ يَحْيَى الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى فَوْقَ الْمِفْصَلِ

“Saya melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam meletakkan ini (tangan kanan) di atas ini (tangan kiri), di atas dadanya dan yahya (salah seorang perawi -pent.) mensifatkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri.”

Pembahasan

Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Imam Ahmad dalam Musnad-nya (5/226) dan Ibnul Jauzi dalam At-Tahqiq no: 434 (dan baginya lafaz hadis) dari jalan Yahya bin Sa’id Al-Qattan, dari Sufyan Ats-Tsauri dari Simak bin Harb, dari Qabishah bin Hulb.

Hadis ini diriwayatkan dari Hulb Ath-Tha’i oleh anaknya, Qabishah, dan dari Qabishah hanya diriwayatkan oleh Simak bin Harb. Selanjutnya, dari Simak bin Harb diriwayatkan oleh 6 orang, iaitu:

1. Sufyan Ats-Tsaury, akan disebutkan takhrijnya.
2. Abul Ahwash, diriwayatkan oleh At-Tirmizi no: 252, Ibnu Majah no: 809, Ahmad 5/227, ‘Abdullah bin Ahmad dalam Zawa`id Al-Musnad 5/227, Ath-Thabarani 22/165/424, Al-Baghawi 3/31, dan Ibnul Jauzi dalam At-Tahqiq no: 435.
3. Syu’bah bin Al-Hajjaj, diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Ashim dalam Al-Ahad Wal Matsani no: 2495 dan Ath-Thabarani 22/163/416.
4. Syarik bin ‘Abdillah, diriwayatkan oleh Ahmad 5/226, Ibnu Abi ‘Ashim dalam Al-Ahad Wal Matsani no: 2493, Ibnu Qani’ dalam Mu’jam Ash-Shahabah 3/198, Ath-Thabarani 22/16/426, dan Ibnu ‘Abdil Barr dalam At-Tamhid 20/73.
5. Asbath bin Nashr, diriwayatkan oleh Ath-Thabarani 22/165/422.
6. Hafsh bin Jami’, diriwayatkan oleh Ath-Thabarani 22/165/423.
7. Za`idah bin Qudamah, diriwayatkan oleh Ibnu Qani’ dalam Mu’jam Ash-Shahabah 3/198.

Dari ketujuh orang ini, tidak ada yang meriwayatkan lafaz: “Meletakkan ini atas yang ini, di atas dadanya” kecuali riwayat Yahya bin Sa’id Al-Qattan dari Sufyan Ats-Tsauri, yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad 5/226 dan Ibnul Jauzi dalam At-Tahqiq no: 434.

Kemudian, Yahya bin Sa’id Al-Qattan bersendirian dalam meriwayatkan lafaz tersebut dan menyelisihi 5 rawi tsiqah (terpecaya) lainnya dari Sufyan Ats-Tsauri, yang kelima orang tersebut meriwayatkan hadis ini tanpa tambahan lafaz “Meletakkannya di atas dada”. Kelima rawi tersebut adalah:

1. Waki’ bin Jarrah, diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 1/342/3934, Ahmad 5/226, 227, Ibnu Abi ‘Ashim no. 2494, Ad-Daruqutni 1/285, Al-Baihaqi 2/29, Al-Baghawi 3/32, dan Ibnu ‘Abdil Barr dalam At-Tamhid 20/74.
2. ‘Abdurrahman bin Mahdi, diriwayatkan oleh Ad-Daruqutni 1/285.
3. ‘Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf 2/240/3207 dan dari jalannya Ath-Thabarani 22/163/415
4. Muhammad bin Katsir, diriwayatkan oleh Ath-Thabarani 22/165/421.
5. Al-Husain bin Hafsh, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi 2/295.

Hadis Qabishah adalah hadis yang hasan dari seluruh jalan-jalannya. Dihasankan oleh At-Tirmizi 2/32 dan diakui kehasanannya oleh An-Nawawi dalam Al-Majmu’ 2/312.

Penyebab hasannya adalah Qabishah bin Hulb, meskipun mendapatkan tautsiq (Pentsiqahan -edt) dari sebahagian ulama, tidak ada yang meriwayatkan darinya kecuali Simak bin Harb. Berkata Ibnu Hajar di dalam At-Taqrib, “Maqbul,” yang ertinya riwayatnya boleh diterima kalau ada pendokongnya, kalau tidak ada maka riwayatnya lemah.

Riwayat yang hasan tersebut adalah tanpa tambahan lafaz “Meletakkan tangannya di atas dada”.

Jadi jelaslah, bahawa Yahya bin Sa’id bersendirian dalam meriwayatkan lafaz “meletakkan ini atas yang ini, di atas dadanya”, dan menyelisihi 6 orang lainnya dari Sufyan Ats-Tsauri, dan menyelisihi Ashab (murid-murid) Simak bin Harb yang lain, seperti Za`idah bin Qudamah, Syu’bah, Abul Ahwash, Asbath bin Nashr, Syarik bin ‘Abdillah, dan Hafsh bin Jami’. Maka jelaslah bahawa terdapat kesalahan pada riwayat tersebut, sehingga dihukumi sebagai riwayat yang syaz ‘ganjil’ atau mudraj, tetapi kami tidak dapa menentukan dari mana asal dan kepada siapa ditumpukan kesalahan ini. Wallahu a’lam.

Dalil kedua, Hadis Wa`il bin Hujr radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

صَلَّيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى عَلَى صَدْرِهِ

“Saya solat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dadanya.”

Pembahasan

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah dalam Sahih-nya 1/243 no: 479 dari jalan Abu Musa (Al-‘Anazi), dari Mu`ammal (bin Isma’il), dari Sufyan Ats-Tsauri, dari ‘Ashim bin Kulaib, dari bapanya, dari Wa`il bin Hujr radhiyallahu ‘anhu.

Riwayat ini adalah riwayat yang syaz atau mungkar kerana Mu`ammal bin Isma’il meriwayatkannya dengan tambahan lafaz “di atas dada”, dan dia menyelisihi 2 orang selainnya yang meriwayatkan dari Sufyan, iaitu:

1. ‘Abdullah bin Al-Walid (diriwayatkan oleh Imam Ahmad 4/318).
2. Muhammad bin Yusuf Al-Firiyaby (Al-Mu’jamul Kabir /Ath-Thabarany no. 78).

Juga meyelisihi 10 orang yang meriwayatkan dari ‘Ashim bin Kulaib. Kesepuluh orang tersebut adalah:

1. Bisyr bin Al-Mufadhdhal, diriwayatkan oleh Imam Abu Daud 1/456 no: 726, 1/578 no: 957 dari jalan Musaddad, darinya (Bisyr bin Al-Mufadhdhal), dan An-Nasa`i 3/35 hadis no: 1265 dari jalan Isma’il bin Mas’ud, darinya.
2. ‘Abdullah bin Idris, diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Sahih-nya (Al-Ihsan 3/308/hadis no: 1936) dari jalan Muhammad bin ‘Umar bin Yusuf, dari Sallam bin Junadah, darinya (‘Abdullah bin Idris).
3. ‘Abdul Wahid bin Ziyad, diriwayatkan oleh Ahmad 4/316 dari jalan Yunus bin Muhammad, darinya, Al-Baihaqi 2/72 dari jalan Abul Hasan ‘Ali bin Ahmad bin ‘Abdan, dari Ahmad bin ‘Ubeid Ash-Shaffar, dari ‘Utsman bin ‘Umar Adh-Dhabby, dari Musaddad, darinya.
4. Zuhair bin Mu’awiyah, diriwayatkan oleh Ahmad 4/318 dari jalan Aswad bin ‘Amir, darinya, dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jamul Kabir 22/26/84 dari jalan ‘Ali bin ‘Abdul ‘Aziz, dari Abu Ghassan Malik bin Isma’il, darinya.
5. Khalid bin Abdullah Ath-Thahhan, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi 2/131 dari 2 jalan, iaitu dari jalan Abu Sa’id Muhammad bin Ya’qub Ats-Tsaqafi, dari Muhammad bin Ayyub, dari Musaddad, darinya, dan dari jalan Abu ‘Abdillah Al-Hafiz, dari ‘Ali bin Himsyaz, dari Muhammad bin Ayyub, dan seterusnya seperti jalan di atas.
6. Sallam bin Sulaim Abul Ahwash, diriwayatkan oleh Abu Daud Ath-Thayalisi di dalam Musnad-nya hal 137/hadis 1060 darinya, dan Ath-Thabarani (Al-Mu’jamul Kabir 22/34/80) dari jalan Al-Miqdam bin Daud, dari Asad bin Musa, darinya.
7. Abu ‘Awanah, diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jamul Kabir 22/34/90 dari 2 jalan: dari jalan ‘Ali bin ‘Abdil ‘Aziz, dari Hajjaj bin Minhal, darinya, dan dari jalan Al-Miqdam bin Daud, dari Asad bin Musa, darinya.
8. Qais Ar-Rabi’, diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jamul Kabir 22/34/79 dari jalan Al-Miqdam bin Daud, dari Asad bin Musa, darinya.
9. Ghailan bin Jami’, diriwayatkan oleh Ath-Thabarani 22/34/88 dari jalan Al-Hasan bin ‘Alil Al-‘Anazi dan Muhammad bin Yahya bin Mandah Al-Ashbahani dari Abu Kuraib, dari Yahya bin Ya’la, dari ayahnya, darinya.
10. Zaidah bin Qudamah, diriwayatkan oleh Ahmad 4/318 dari jalan ‘Abdushshamad, darinya.

Mu`ammal bin Isma’il sendiri adalah rawi yang dicela hafalannya. Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar, dalam Taqribut Tahzib memberikan kesimpulan: “Shaduqun Sayyi`ul Hifzh,” (Benar tapi buruk hafalan -edt) sementara dia sendiri telah menyelisihi ‘Abdul Wahid dan Muhammad bin Yusuf Al-Firiyabi pada periwayatannya dari Sufyan Ats-Tsauri, serta menyelisihi 10 orang rawi dari ‘Ashim bin Kulaib lainnya yang sebahagian besarnya adalah tsiqah (terpecaya) dan semuanya tidak ada yang meriwayatkan lafaz “pada dadanya”.

Ada jalan lain bagi hadis Wa`il bin Hujr ini, iaitu diriwayatkan oleh Al-Baihaqi 2/30 dari jalan Muhammad bin Hujr Al-Hadhrami, dari Sa’id bin ‘Abdil Jabbar bin Wa`il, dari ayahnya, dari ibunya, dari Wa`il bin Hujr, tetapi terdapat beberapa kelemahan di dalamnya:

1. Muhammad bin Hujr lemah hadisnya, bahkan Imam Az-Zahabi, dalam Mizanul I’tidal, mengatakan: “Lahu manakir” (meriwayatkan hadis-hadias mungkar). Lihat juga Lisanul Mizan.
2. Sa’id bin ‘Abdul Jabbar, dalam At-Taqrib ,disebutkan bahawa dia adalah rawi dha’if (lemah).
3. Ibu ‘Abdul Jabbar. Berkata Ibnu Turkumani dalam Al-Jauhar An-Naqi: “Saya tidak tahu keadaan dan namanya.”

Dalil ketiga, hadis Thawus bin Kaisan secara mursal (disandarkan kepada tabi'in -edt), dia berkata,

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ يَشُدُّ بَيْنَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ وَهُوَ فِي الصَّلاَةِ

“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya kemudian merapatkannya di atas dadanya, dan baginda dalam keadaan solat.”

Pembahasan

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam kitabnya, As-Sunan , no: 759 dan dalam Al-Marasil hal. 85 dari jalan Abu Taubah, dari Al-Haitsam bin Humaid, dari Tsaur bin Zaid, dari Sulaiman bin Musa, dari Thawus. Sanadnya sahih kepada Thawus, tetapi hadisnya mursal, dan mursal adalah jenis hadis yang lemah.

Dalil keempat, Hadis ‘Ali bin Abi Thalib tentang firman Allah Ta’ala:

Maksudnya: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah.” [Al-Kautsar: 2]

Beliau berkata,

وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى وَسَطِ سَاعِدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ وَضَعَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ فِي الصَّلاَةِ

“Beliau meletakkan tangan kanannya di atas sa’id ‘setengah jarak pertama dari pergelangan ke siku’ tangan kirinya, kemudian meletakkan kedua tangannya di atas dadanya di dalam solat.”

Atsar ini dikeluarkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsir-nya 30/326, Al-Bukhari dalam Tarikh-nya 3/2/437, dan Al-Baihaqi 2/30.

Pembahasan

Berkata Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya: “(Atsar) ini, (yang) diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib, tidak sahih (lemah -pent).”

Berkata Ibnu Turkumani dalam Al-Jauhar An-Naqi: “Di dalam sanad dan matannya ada kegoncangan.”

Berikut perincian kelemahan dan kegoncangan atsar ini.

1. Atsar ini telah diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf 1/343, Ad-Daruqutni 1/285, Al-Hakim 2/586, Al-Baihaqi 2/29, Al-Maqdasi dalam Al-Mukhtarah no: 673, dan Al-Khatib dalam Mudhih Auham Al-Jama’ Wa At-Tafriq 2/340. Semuanya tidak ada yang menyebutkan kalimat “di atas dada”, bahkan dalam riwayat Ibnu ‘Abdil Barr, dalam At-Tamhid, disebutkan dengan lafaz “di bawah pusat”. Lihat pula Al-Jarh Wat Ta’dil 6/313.
2. Sekitar atsar ini ada pada seorang rawi yang bernama ‘Ashim bin Al-‘Ujaj Al-Jahdari yang dari biografinya dapat disimpulkan bahawa dia adalah seorang rawi yang maqbul (diterima). Baca Mizanul I’tidal dan Lisanul Mizan.
3. ‘Ashim ini telah goncang dalam meriwayatkan hadis ini. Kadang dia meriwayatkan dari ‘Uqbah bin Zhahir, kadang dari ‘Uqbah bin Zhabyan, kadang dari ‘Uqbah bin Shahban, dan kadang dari ayahnya, dari ‘Uqbah bin Zhabyan. Baca ‘Ilal Ad-Daruqutni 4/98-99.

Maka atsar ini adalah lemah. Ibnu Katsir juga menyebutkan dalam Tafsir-nya bahawa atsar ini menyelisihi jumhur mufassirin. Wallahu a’lam.

Kesimpulan

Seluruh hadis yang menunjukkan bahawa kedua tangan diletakkan pada dada ketika berdiri dalam solat adalah lemah dari seluruh jalan-jalannya dan tidak dapat saling menguatkan. Wallahu a’lam.

Dalil-Dalil Pendapat Ketiga, Keempat dan Kelima

Dalil-dalil ketiga pendapat ini mungkin boleh dilihat kembali kepada dalil-dalil yang akan disebutkan, namun perbezaan dalam memetik hukum, memandang dalil, dan mengkompromikannya dengan dalil yang lain menyebabkan dapat dilihat persilangan dari ketiga pendapat tersebut.

Berikut ini huraian dalil-dalilnya.

Dalil pertama, dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

إِنَّ مِنَ السُّنَّةِ فِي الصَّلاَةِ وَضَعَ الْأَكُفِّ عَلَى الْأَكُفِّ تَحْتَ السُّرَّةِ

“Sesungguhnya termasuk Sunnah dalam solat adalah meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan di bawah pusat.”

Diriwayatkan oleh Ahmad 1/110, Abu Daud no: 756, Ibnu Abi Syaibah 1/343/3945, Ad-Daruqutni 1/286, Al-Maqdasi no: 771,772, dan Ibnu ‘Abdil Barr dalam At-Tamhid 20/77. Dalam sanadnya ada rawi yang bernama ‘Abdurrahman bin Ishak Al-Wasiti yang para ulama telah sepakat untuk melemahkannya sebagaimana dalam Nashbur Rayah 1/314.

Dalil kedua, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

وَضْعُ الْكَفِّ عَلَى الْكَفِّ فِي الصَّلاَةِ تَحْتَ السُّرَّةِ مِنَ السُّنَّةِ

“Meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan di bawah pusat di dalam solat termasuk sunnah.”

Diriwayatkan oleh Abu Daud no: 758. Dalam sanadnya juga terdapat ‘Abdurrahman bin Ishak Al-Wasiti.

Dalil ketiga, dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

مِنْ أَخْلاَقِ النُّبُوَّةِ وَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ تَحْتَ السُّرَّةِ

“Termasuk akhlak-akhlak kenabian, meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah pusat.”

Ibnu Hazm menyebutkannya secara mu’allaq ‘tanpa sanad’ dalam Al-Muhalla 4/157.

Kesimpulan Pembahasan

Dari huraian di atas, nampak jelas bahawa seluruh hadis-hadis yang menerangkan tentang penempatan (posisi) kedua tangan pada anggota badan dalam solat adalah hadis-hadis yang lemah. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa pendapat yang kuat dalam permasalahan ini adalah pendapat keenam, iaitu boleh meletakkan dimana sahaja, sama ada di dada, di pusat, di bawah pusat, atau antara dada dan pusat Wallahua’lam.

Disunting oleh: Abu Soleh

Ahad, 28 Mac 2010

Bilakah Seseorang Dikeluarkan Dari Ahli Sunnah?

Di antara masalah yang penting dan perlu diingatkan adalah berkaitan dengan bilakah seseorang itu dianggap keluar dari lingkup ahlus sunnah wal jama’ah. Apakah kaedahnya, misalnya dia tersalah sedikit  lalu terus segera dikeluarkan dari ahlus sunnah?

Sebab ada sebahagian orang mengatakan, “Siapa yang salah atau menyelisihi jalan ahlus sunnah 0.01 % maka dia bukan lagi ahlus sunnah.”

Maka di sini perlu kita perincikan, sebenarnya bagaimana dan bilakah seseorang itu dikatakan keluar dari ahlus sunnah wal jama’ah.

Imam Asy Syathibi rahimahullâh dalam Al-I’tishâm menyebutkan bahawa seseorang itu dikeluarkan dari ahlus sunnah dengan 2 perkara:

Pertama, kalau seseorang menyelisihi asas (pokok), landasan, dasar, prinsip asas dari prinsip ahlus sunnah.

Contoh perkara yang merupakan prinsip asas:

- Mengatakan bahawa Al-Qur’an itu makhluk, bukan Kalam Allah;

- Mencerca Abu Bakar dan ‘Umar bin Khattâb radhiyallâhu ‘anhum;

- Mengingkari bahawa Allah subhânahu wa ta’âlâ dilihat pada hari kiamat;

- Mengingkari adanya azab kubur.

Jika ada orang yang berkata dengan perkataan di atas, maka dia adalah mubtadi’, bukan ahlus sunnah, kerana menyelisihi usul (prinsip asas) dari usûl as-sunnah. Maka, pentingnya mengetahui usul di situ. Sebab sekiranya seseorang tidak mengetahui usul ahlus sunnah, maka dia tidak boleh mengetahui bahawa orang yang melakukan suatu kesalahan keluar dari ahlus sunnah atau tidak. Akibatnya, orang yang tidak memahami usul, kemudian sibuk dengan tahzir-mentahzir, (maka) dia adalah orang yang sedang dibuai  mimpi. Sebab berada di atas sesuatu yang sifatnya khayalan.

Sedangkan ahlus sunnah tidak seperti itu. Mereka mempunyai pijakan yang kukuh. Dan itu ciri umum ahlus sunnah. Tidak ada dalam prinsip ahlus sunnah, mentahzir, menuduh mubtadi’ atau menjatuhkan tuduhan takfir dengan hukum percubaan, atau hukumnya dikira-kira (persangkaan).

Kedua, seseorang dikeluarkan dari ahlus sunnah sekiranya menyelisihi dalam masalah cabang dan memperbanyakkan penyelisihan dalam masalah cabang tersebut.

Contohnya: Melakukan peringatan maulid. Ini satu. Yang seperti ini, kalau yang lainnya di atas sunnah, maka kita katakan, dia ini salah, melakukan bid’ah. Tapi kalau dia melakukan peringatan maulid, peringatan isra’ mi’raj, peringatan 1 Muharram, dan seterusnya, lalu dia meyakini hal tersebut, maka orang ini adalah mubtadi’. Walaupun masalahnya merupakan masalah cabang, namun dia memperbanyak, menunjukkan bahawa memang orang ini senang dengan hal seperti itu.

Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i rahimahullâh juga pernah kita tanya dengan pertanyaan yang sama, bilakah seseorang itu dikeluarkan dari ahlus sunnah wal jamâ’ah atau dari lingkup salafiyah?

Maka beliau menjawab: “Kalau seseorang itu membuat perkara-perkara seperti melakukan demonstrasi atau masuk ke parlimen atau yang semisal dengan itu, maka dia bukan ahlus sunnah.”

Ini fatwa beliau. Sebab itu merupakan masalah-masalah prinsip, bukan masalah-masalah yang sifatnya cabang. Kalau berkaitan dengan cabang, tidak dikeluarkan dari ahlus sunnah kecuali kalau dia memperbanyak.

Semakna dengan itu jawaban Syaikh Rabi’ bin Hadi Al Madkhali hafizhahullâh ketika kami tanya di rumah beliau di Madinah waktu itu. Jawabannya serupa dengan tafsil (rincian) yang disebut Imam Asy Syathibi.

Dan Syaikh Zaid bin Muhammad bin Hadi hafizhahullâh dalam muhadarah juga kita tanya dengan pertanyaan yang sama, “Bilakah seseorang itu dikeluarkan dari lingkup salafiyah?”

Kata beliau hafizhahullâh, seorang itu keluar dari lingkup salafiyah, terkadang keluar sebahagian, dan terkadang keluar keseluruhan. Ini jawaban beliau, kembali juga kepada apa yang kita sebutkan.

Syaikh ‘Ubaid Al Jabiri hafizhahullâh dari kaset berjudul Janayatut Tamayyu’ ‘ala Manhajus Salafi beliau ditanya, “Bilakah seseorang itu dikeluarkan dari manhaj salafi dan dihukumi bahawa dia ini bukan salafi?”

Kata beliau: “Ini diterangkan oleh ahlul ilmi. Dan disebutkan di dalam buku-buku mereka dan nasihat-nasihat mereka dan disebutkan dalam bahagian dari manhaj mereka, bahawa seseorang dikatakan keluar dari salafiyah kalau dia menyelisihi suatu prinsip dasar dari prinsip ahlus sunnah, dan telah tegak hujah kepadanya, dan tidak mahu lagi kembali. Maka inilah yang dikeluarkan (yakni bukan salafi - edt).”

Kemudian kata Syaikh, kalau dia menyelisihi dalam perkara cabang namun di dalam perkara cabang ini dia memasang loyal (wala') dan permusuhan (bara') kerana itu, maka dia dikeluarkan dari as-salafiyah. Ini juga syarat lain disebutkan oleh Syaikh ‘Ubaid Al Jabiri hafizhahullâh, yang kembali kepada dua perkara sebenarnya, tetapi beliau lebih memperincikan dan mendetailkan.

Kadang-kadang seseorang melakukan kesalahan dalam masalah cabang, tapi pada masalah cabang ini dia membangun loyal (wala') dan permusuhan (bara') di atasnya -siapa yang setuju dengannya maka dia adalah orang yang dicintainya, siapa yang menyelisihnya maka dia adalah orang yang dibencinya- maka orang ini juga dianggap mubtadi’, keluar dari as-salafiyah menurut beliau.

Inilah rincian para ulama kita dalam masalah ini. Untuk mengetahui yang seperti ini, bukanlah pekerjaan setiap orang. Dan juga perlukan pengetahuan. Bukan orang yang baru datang, hadir di majlis ta’lim beberapa kali, kemudian setelah itu langsung bertindak laksana seorang Abu Zur’ah, Abu Hatim, Imam Al Bukhâri, langsung menjarah “Si fulan mubtadi’”, “Si fulan kazzab”, dan seterusnya. Ini juga adalah perkara yang tidak layak.

Siapakah yang Berhak Mentahdzir dan Memvonis Ahlul Bid’ah?

Pertanyaan ini kami ajukan kepada Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullâh dan telah dirakam dalam kaset.

Kata beliau: “Kesalahan itu perlu dirinci. Ada kesalahan yang sifatnya jelas, mudah, maka yang seperti ini, siapa pun berhak mentahdzir,”

Beliau memberi contoh, ada orang yang mencerca Abu Bakar dan ‘Umar bin Khattâb. Ini adalah kesalahan yang sangat jelas. Kata beliau, orang awam pun boleh menyatakan “Ini rafidhi (syi'ah rafidhah), mubtadi’ (pelaku bid'ah)”.

Tapi kalau masalahnya detail, samar-samar, maka perkara tersebut hendaklah dikembalikan kepada ahlul ‘ilmi dan orang-orang yang rajih (kukuh) dalam ilmu.

Maka merupakan suatu kesalahan, ada orang yang mengatakan, “Semuanya boleh mentahdzir”. Dan salah juga yang membatasi bahawa: “Mentahzir itu hanya ulama sahaja yang berhak melakukannya.” Tetapi perincian yang benar adalah seperti yang diperincikan oleh Syaikh Muqbil rahimahullâh.

(Sumber: Pelajaran Al Ustadz Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi hafizhahullah dari CD-04 Tasjilat Al Atsariyyah, ditranskrip dengan perbaikan redaksi)

Rabu, 24 Mac 2010

Ilmu Jarah dan Takdil Telah Mati?

السؤال

هل سنة الجرح والتعديل ماتت؟ وما حكم الرد على المخالف بغض النظر عن شخصيته؟

المفتي : الشيخ محمد بن صالح العثيمين

الجواب

أنا أخشى أن تكون هذه كلمة حق أريد بها باطل، الْجَرح والتعديل لَم يَمُت ولَم يدفن ولَم يُمْرض ولله الحمد، هو قائم، الْجرح والتعديل يكون في الشهود عند القاضي، يُمكن يجرحون الخصم ويطلب منهم البينة، ويكون أيضا في الرواية، وقد سمعنا قراءة إمامنا قول الله تعالى:  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا

فالْجَرح والتعديل لا يزال باقيًا ما دَام نوع الإنسان باقيًا، ما دام نوع الإنسان باقيًا فالْجَرح والتعديل باقيًا

لكن أنا أخشى أن يقول قائل: إن هذا الإنسان مجروح وليس بمجروح فيتخذ من هذه الفتوى وسيلة لنشر معايب الخلق
ولهذا أقول: إذا كان في شخص عيب ما، فإنْ اقتضت الْمصلحة أو الْحاجة، أو الْضرورة إلى بَيانه. فلا بأس به، لا بأس منْ بيانه، ولكن الأحسن أن يقول : بعض الناس يفعل كذا ، بعض الناس يقول كذا، لسببين


السبب الأول: أن يسلم من قضية التعيين
والسبب الثاني: أن يكون هذا الْحكم شاملا له ولغيره


إلا إذا رأينا شخصًا مُعينًا قد فُتِنَ الناس به، وهو يَدْعو إلى بِدْعة أو إلى ضَلالة، فَحِينئذ لا بدّ منْ التّعيين حَتى لا يَغترّ الناس به. اهـ


Terjemahan:

Soalan: 

Adakah Sunnah Jarah Takdil telah mati? Apakah hukum menolak orang yang menyelisih tanpa mengira syakhsiahnya?

Fatwa Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh Al-'Utsaimin

Jawapan: 

"Aku takut kalimah ini menjadi kalimah yang benar tetapi dikehendaki dengannya perkara batil (yakni fatwa beliau ini takut disalah guna -pent-)

Jarah dan Takdil tidaklah mati, tidak ditanam, dan tidak pernah sakit -segala puji bagi Allah- ianya masih ada, jarah takdil berlaku di sisi qadi pada para saksi, mungkin menjarahkan pihak lawan dan diminta daripada mereka bukti, dan berlaku juga dalam riwayat dan kita telah mendengar bacaan imam (dalam solat -pent-) firman Allah Taala (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka siasatlah..." [al-Hujurat: 6]

Maka jarah Takdil akan terus ada selama mana adanya manusia, dan selama mana adanya manusia akan ada juga jarah takdil. Tetapi aku takut akan ada orang berkata: 'dia ini majruh', sedangkan dia tidaklah majruh maka dia mengambil fatwa ini sebagai jalan untuk menyebarkan keaiban makhluk.

Oleh itu aku berkata: Jika terdapat pada orang tertentu, jika tertentu maslahah atau hajat atau darurat untuk menjelaskannya maka tiada masalah, tiada masalah untuk menerangkannya. Tetapi yang lebih baik untuk dia berkata: 'Sebahagian manusia telah melakukan begini', 'sebahagian orang berkata begini', ini kerana dua sebab:

Pertama: Supaya dia terselamat daripada qadiah ta'yin.
Kedua: Supaya hukum ini meliputi orang tertentu dan orang lain yang seumpamanya.

Melainkan jika kita melihat seorang tertentu telah terfitnah manusia dengannya sedangkan dia menyeru kepada bidaah atau kesesatan maka ketika ini mesti dinyatakan orangnya (ta'yin) supaya manusia tidak terpedaya".  -Selesai-

Diterjemahkan Oleh: Muhammad Asri bin Sobri

Rabu, 17 Mac 2010

Membongkar Kedok Jamaah Tabligh

Penulis : Al-Ustadz Ruwaifi’ bin Sulaimi, Lc.

Jamaah Tabligh tentu bukan nama yang asing lagi bagi masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkecimpung dengan dunia dakwah. Dengan menghindari ilmu-ilmu fiqh dan aqidah yang sering dituding sebagai 'induk pemecah belah umat', membuat dakwah mereka sangat populer dan mudah diterima masyarakat berbagai lapisan.

Bahkan amat populer, apabila ada seseorang yang berpenampilan mirip seperti mereka atau kebetulan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan mereka, biasanya akan ditanya, "Encik ni Jamaah Tabligh kah?”"atau “Encik ni karkun kah?” [*] Yang lebih menyedihkan jika ada yang berpenampilan seperti mereka walaupun bukan dari kalangan mereka, kemudian terus dihukum mereka itu sebagai Jamaah Tabligh.

[*] Istilah karkun berasal dari bahasa Urdu di dalam bahasa Indonesia bermaksud juru tulis atau sekretaris. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai employee. Manakalah di dalam bahasa Melayu bermaksud pekerja. Istilah ini menurut jemaah tabligh merujuk kepada pekerja-pekerja agama. Sebahagian mereka ada yang menukar istilah ini dengan panggilan 'rakan seusaha'. Wallahua'lam. - (Abu Soleh).

Pro dan kontra tentang mereka pun meluas. Lalu bagaimanakah hakikat jamaah yang berkiblat ke India ini? Kajian kali ini adalah jawabannya.

Pendiri Jamaah Tabligh

Jamaah Tabligh didirikan oleh seorang sufi dari tarekat Jisytiyyah yang berakidah Maturidiyyah dan bermazhab fiqh Hanafi. Nama beliau adalah Muhammad Ilyas bin Muhammad Isma'il Al-Hanafi Ad-Diyubandi Al-Jisyti Al-Kandahlawi kemudian Ad-Dihlawi. Al-Kandahlawi merupakan nisbah dari Kandahlah, sebuah desa yang terletak di daerah Sahranfur. Sementara Ad-Dihlawi dinisbahkan kepada Dihli (New Delhi), ibukota India. Di tempat dan negara inilah, markas gerakan Jamaah Tabligh berada. Adapun Ad-Diyubandi adalah nisbah dari Diyuband iaitu madrasah terbesar bagi penganut mazhab Hanafi di semenanjung India. Sedangkan Al-Jisyti dinisbahkan kepada tarekat Al-Jisytiyah, yang didirikan oleh Mu’inuddin Al-Jisyti.

Muhammad Ilyas sendiri dilahirkan pada tahun 1303 H dengan nama asli Akhtar Ilyas. Beliau meninggal pada tanggal 11 Rajab 1363 H. (Bis Bri Musliman, hal.583, Sawanih Muhammad Yusuf, hal. 144-146, dinukil dari Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 2).

Latar Belakang Berdirinya Jamaah Tabligh

Asy-Syaikh Saifurrahman bin Ahmad Ad-Dihlawi mengatakan: ”Ketika Muhammad Ilyas melihat mejoriti orang Meiwat (suku-suku yang tinggal di dekat Delhi, India) jauh dari ajaran Islam, berbaur dengan orang-orang Majusi para penyembah berhala Hindu, bahkan bernama dengan nama-nama mereka, serta tidak ada lagi keislaman yang tersisa kecuali hanya nama dan keturunan, kemudian kebodohan yang kian merata, tergeraklah hati Muhammad Ilyas. Pergilah beliau kepada Syaikhnya dan Syaikh tarekatnya, seperti Rasyid Ahmad Al-Kanhuhi dan Asyraf Ali At-Tahanawi untuk membicarakan permasalahan ini. Dan beliau pun akhirnya mendirikan gerakan tabligh di India, atas perintah dan arahan dari para syaikhnya tersebut.” (Nazhrah 'Abirah I’tibariyyah Haulal Jama'ah At-Tablighiyyah, hal. 7-8, dinukil dari kitab Jama'atut Tabligh Aqa’iduha Wa Ta’rifuha, karya Sayyid Thaliburrahman, hal. 19)

Merupakan suatu hal yang ma’ruf di kalangan tablighiyyin (para pengikut jamah tabligh, red) bahawasanya Muhammad Ilyas mendapatkan tugas dakwah tabligh ini setelah kepergiannya ke makam Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 3).

Markas Jamaah Tabligh

Markas besar mereka berada di Delhi, tepatnya di daerah Nizhamuddin. Markas kedua berada di Raywind, sebuah desa di kota Lahore (Pakistan). Markas ketiga berada di kota Dakka (Bangladesh). Yang menarik, pada markas-markas mereka yang berada di daratan India itu, terdapat hizb (rajah) yang berisikan Surah Al-Falaq dan An-Naas, nama Allah yang agung, dan nombor 2-4-6-8 berulang 16 kali dalam bentuk segi empat, yang dikelilingi beberapa kode yang tidak difahami. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 14)

Yang lebih menyedihkan, mereka mempunyai sebuah masjid di kota Delhi yang dijadikan markas oleh mereka, di mana di belakangnya terdapat empat buah kuburan. Dan ini menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani, di mana mereka menjadikan kuburan para nabi dan orang-orang soleh dari kalangan mereka sebagai masjid. Padahal Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melaknat orang-orang yang menjadikan kuburan sebagai masjid, bahkan mengkhabarkan bahawasanya mereka adalah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah Ta'ala. (Lihat Al-Qaulul Baligh Fit Tahdziri Min Jama’atit Tabligh, karya Asy-Syaikh Hamud At-Tuwaijiri, hal. 12)

Asas dan Landasan Jamaah Tabligh

Jamaah Tabligh mempunyai suatu asas dan landasan yang sangat teguh mereka pegang, bahkan cenderung berlebihan. Asas dan landasan ini mereka sebut dengan al-usulus sittah (enam landasan pokok) atau as-sifatus sittah (sifat yang enam), dengan rinciannya seperti berikut:

Sifat Pertama: Merealisasikan Kalimat Toyyibah Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah

Mereka menafsirkan makna Laa Ilaha Illallah dengan: “mengeluarkan keyakinan yang rosak tentang sesuatu dari hati kita dan memasukkan keyakinan yang benar tentang zat Allah, bahawasanya Dialah Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi Rezeki, Maha Mendatangkan Mudarat dan Manfaat, Maha Memuliakan dan Menghinakan, Maha Menghidupkan dan Mematikan”. Kebanyakan pembicaraan mereka tentang tauhid, hanya berkisar pada tauhid rububiyyah semata. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 4).

Padahal makna Laa Ilaha Illallah sebagaimana diterangkan para ulama adalah: “Tiada sesembahan yang berhak diibadati melainkan Allah.” (Lihat Fathul Majid, karya Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan Alusy Syaikh, hal. 52-55). Adapun makna merealisasikannya adalah merealisasikan tiga jenis tauhid; al-uluhiyyah, ar-rububiyyah, dan al-asma wash sifat (Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha, karya Abu Ibrahim Ibnu Sulthan Al-'Adnani, hal. 10). Dan juga sebagaimana dikatakan Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan: “Merealisasikan tauhid ertinya membersihkan dan memurnikan tauhid (dengan tiga jenisnya, pen) dari kesyirikan, bid’ah, dan kemaksiatan.” (Fathul Majid, hal. 75)

Oleh kerana itu, Asy-Syaikh Saifurrahman bin Ahmad Ad-Dihlawi mengatakan bahawa di antara 'keistimewaan' Jamaah Tabligh dan para pemukanya adalah apa yang sering dikenal dari mereka bahawasanya mereka adalah orang-orang yang berikrar dengan tauhid. Namun tauhid mereka tidak lebih dari tauhidnya kaum musyrikin Quraisy Makkah, di mana perkataan mereka dalam hal tauhid hanya berkisar pada tauhid rububiyyah sahaja, serta kental dengan warna-warna tasawwuf dan filsafahnya. Adapun tauhid uluhiyyah dan ibadah, mereka sangat kosong dari itu. Bahkan dalam hal ini, mereka termasuk golongan orang-orang musyrik. Sedangkan tauhid asma was sifat, mereka berada dalam lingkaran Asya’irah serta Maturidiyyah, dan kepada Maturidiyyah mereka lebih dekat”. (Nazhrah ‘Abirah I’tibariyyah Haulal Jamaah At-Tablighiyyah, hal. 46).

Sifat Kedua: Solat dengan Penuh Kekhusyukan dan Rendah Diri

Asy-Syaikh Hasan Janahi berkata: “Demikianlah perhatian mereka kepada solat dan kekhusyukannya. Akan tetapi, di sisi lain mereka sangat buta tentang rukun-rukun solat, kewajiban-kewajibannya, sunnah-sunnahnya, hukum sujud sahwi, dan perkara fiqh lainnya yang berhubungan dengan solat dan toharah. Seorang tablighi (pengikut Jamaah Tabligh, red) tidaklah mengetahui hal-hal tersebut kecuali hanya segelintir dari mereka.” (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 5- 6).

Sifat ketiga: Keilmuan yang Ditopang dengan Zikir

Mereka membahagikan ilmu menjadi dua bahagian. Yakni ilmu masa-il dan ilmu fadhoil. Ilmu masa-il, menurut mereka, adalah ilmu yang dipelajari di negeri masing-masing. Sedangkan ilmu fadhoil adalah ilmu yang dipelajari pada upacara  khuruj (lihat penjelasan di bawah, red) dan pada majlis-majlis tabligh. Jadi, yang mereka maksudkan dengan ilmu adalah sebahagian dari fadhoil amal (amalan-amalan utama, pen) serta dasar-dasar pedoman Jamaah (secara umum), seperti sifat yang enam dan yang sejenisnya, dan hampir-hampir tidak ada lagi selain itu.

Orang-orang yang bergaul dengan mereka tidak boleh mengingkari lagi tentang keengganan mereka untuk menimba ilmu agama dari para ulama, serta tentang minimumnya mereka pengetahuan dari buku-buku  agama Islam. Bahkan mereka berusaha untuk menghalangi orang-orang yang cinta akan ilmu, dan berusaha menjauhkan mereka dari buku-buku agama dan para ulamanya. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 6 dengan ringkas).

Sifat Keempat: Menghormati Setiap Muslim

Sesungguhnya Jamaah Tabligh tidak mempunyai batasan-batasan tertentu dalam merealisasikan sifat keempat ini, khususnya dalam masalah al-wala (kecintaan) dan al-bara (kebencian). Demikian pula perilaku mereka yang bertentangan dengan kandungan sifat keempat ini di mana mereka memusuhi orang-orang yang menasihati mereka atau yang berpisah dari mereka disebabkan perbezaan pemahaman, walaupun orang tersebut 'alim rabbani. Memang, hal ini tidak terjadi pada semua tablighiyyin, tapi inilah yang disinari oleh kebanyakan orang tentang mereka. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 8)

Sifat Kelima: Memperbaiki Niat

Tidak diragukan lagi bahawasanya memperbaiki niat termasuk pokok agama dan keikhlasan adalah tiangnya. Akan tetapi semuanya memerlukan ilmu. Disebabkan Jamaah Tabligh adalah orang-orang yang kurangnya ilmu agama, maka banyak pula kesalahan mereka dalam merealisasikan sifat kelima ini. Oleh kerana itu, engkau akan dapati mereka biasanya solat di masjid-masjid yang dibangun (dibina) di atas kuburan. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 9)

Sifat Keenam: Dakwah dan Khuruj di Jalan Allah subhanahu wata'ala

Cara merealisasikannya adalah dengan menempuh khuruj (keluar untuk berdakwah, pen) bersama Jamaah Tabligh, empat bulan untuk seumur hidup, 40 hari pada tiap tahun, tiga hari setiap bulan, atau dua kali berkeliling pada tiap minggu. Yang pertama adalah dengan menetap pada suatu daerah dan yang kedua adalah dengan cara berpindah-pindah dari suatu daerah ke daerah yang lain. Hadir pada dua majlis ta’lim setiap hari, majlis ta’lim pertama diadakan di masjid sedangkan yang kedua diadakan di rumah. Meluangkan waktu 2 jam setengah pada setiap hari untuk menjenguk orang sakit, mengunjungi ketua-ketua mereka yang berpengalaman dan bersilaturahim, membaca satu juz Al-Qur’an setiap hari, memelihara zikir-zikir pagi dan petang, membantu para jamaah yang khuruj, serta i’tikaf pada setiap malam Jum’at di markas. Dan sebelum melakukan khuruj, mereka selalu diberi hadiah-hadiah berupa konsep berdakwah (ala-ala mereka, pen) yang disampaikan oleh salah seorang anggota jamaah yang berpengalaman dalam hal khuruj. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 9)

Asy-Syaikh Dr. Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan berkata: “Khuruj di jalan Allah adalah khuruj untuk berperang. Adapun apa yang sekarang ini mereka (Jamaah Tabligh, pen) sebut dengan khuruj maka ini bid’ah. Belum pernah ada (contoh) dari salaf tentang keluarnya seseorang untuk berdakwah di jalan Allah yang mesti dibatasi dengan hari-hari tertentu. Bahkan hendaklah berdakwah sesuai dengan kemampuannya tanpa dibatasi dengan jamaah tertentu, atau dibatasi 40 hari, atau lebih sedikit atau lebih banyak.” (Aqwal Ulama As-Sunnah fi Jama’atit Tabligh, hal. 7)

Asy-Syaikh Abdurrazzaq 'Afifi berkata: “Khuruj mereka ini bukanlah di jalan Allah, tetapi di jalan Muhammad Ilyas. Mereka tidaklah berdakwah kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah, akan tetapi berdakwah kepada (pemahaman) Muhammad Ilyas, syaikh mereka yang ada di Banglades (maksudnya India, pen). (Aqwal Ulama As Sunnah fi Jama’atit Tabligh, hal. 6)

Aqidah Jamaah Tabligh dan Para Tokohnya

Jamaah Tabligh dan para tokohnya, merupakan orang-orang yang sangat rancu dalam hal aqidah. Demikian pula kitab rujukan utama mereka Tablighi Nishab atau Fadhail A’mal karya Muhammad Zakariya Al-Kandahlawi, merupakan kitab yang penuh dengan kesyirikan, bid’ah, dan khurafat. Di antara sekian banyak kesesatan mereka dalam masalah aqidah adalah:

1. Keyakinan tentang wihdatul wujud (bahwa Allah bersatu/menyatu dengan alam ini). (Lihat kitab Tablighi Nishab, 2/407, bab Fadhail Shadaqat, cet. Idarah Nasyriyat Islam Urdu Bazar, Lahore).

2. Sikap berlebihan terhadap orang-orang soleh dan keyakinan bahawa mereka mengetahui ilmu ghaib. (Lihat Fadhail A’mal, bab Fadhail Dzikir, hal. 468-469, dan hal. 540-541, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

3. Tawassul kepada Nabi (setelah wafatnya) dan juga kepada selainnya, serta mereka berlebih-lebihan  dalam hal ini. (Lihat Fadhail A’mal, bab Shalat, hal. 345, dan juga bab Fadhail Dzikir, hal. 481-482, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

4. Keyakinan bahawa para syaikh sufi dapat menganugerahkan berkat dan ilmu laduni (lihat Fadhail A’mal, bab Fadhail Qur’an, hal. 202- 203, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

5. Keyakinan bahawa seseorang dapat memperolehi ilmu kasyaf, yakni boleh menyingkap segala sesuatu dari perkara ghaib atau batin. (Lihat Fadhail A’mal, bab Dzikir, hal. 540- 541, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

6. Hidayah dan keselamatan hanya dapat diraih dengan mengikuti tarekat Rasyid Ahmad Al-Kanhuhi (lihat Shaqalatil Qulub, hal. 190). Oleh kerana itu, Muhammad Ilyas seorang pendiri Jamaah Tabligh telah membai’atnya di atas tarekat Jisytiyyah pada tahun 1314 H, bahkan terkadang dia bangun malam semata-mata untuk melihat wajah syaikhnya tersebut. (Kitab Sawanih Muhammad Yusuf, hal. 143, dinukil dari Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 2).

7. Saling berbai’at terhadap pimpinan mereka di atas empat tarekat sufi: Jisytiyyah, Naqsyabandiyyah, Qadiriyyah, dan Sahruwardiyyah. (Ad-Da'wah fi Jaziratil 'Arab, karya Asy-Syaikh Sa’ad Al-Hushain, hal. 9-10, dinukil dari Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 12).

8. Keyakinan tentang keluarnya tangan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dari kubur baginda untuk berjabat tangan dengan Asy-Syaikh Ahmad Ar-Rifa’i. (Fadhail A’mal, bab Fadhail Ash-Shalati ‘alan Nabi, hal. 19, cet. Idarah Isya’at Diyanat Anarkli, Lahore).

9. Kebenaran suatu kaedah, bahawasanya segala sesuatu yang menyebabkan permusuhan, perpecahan, atau perselisihan -walaupun ia benar- maka mesti dibuang sejauh-jauhnya dari manhaj Jamaah. (Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha, hal. 10).

10. Kemestian untuk bertaqlid (lihat Dzikir Wa I’tikaf Key Ahmiyat, karya Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi, hal. 94, dinukil dari Jama'atut Tabligh ‘Aqaiduha wa Ta’rifuha, hal. 70).

11. Banyaknya cerita-cerita khurafat dan hadis-hadis lemah / palsu di dalam kitab Fadhail A’mal mereka, di antaranya apa yang disebutkan oleh Asy-Syaikh Hasan Janahi dalam kitabnya Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 46-47 dan hal. 50-52. Bahkan cerita-cerita khurafat dan hadis-hadis palsu inilah yang mereka jadikan sebagai bahan utama untuk berdakwah. Wallahul Musta’an.

Fatwa Para Ulama Tentang Jamaah Tabligh

1. Asy-Syaikh Al-Allamah Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata: “Siapa sahaja yang berdakwah di jalan Allah boleh disebut “muballigh” ertinya: (Sampaikan apa yang datang dariku (Rasulullah), walaupun hanya satu ayat), akan tetapi Jamaah Tabligh India yang ma’ruf dewasa ini mempunyai sekian banyak khurafat, bid’ah dan kesyirikan. Maka dari itu, tidak boleh khuruj bersama mereka kecuali bagi seorang yang berilmu, yang keluar (khuruj) bersama mereka dalam rangka mengingkari (kebatilan mereka) dan mengajarkan ilmu kepada mereka. Adapun semata-mata khuruj ikut bersama mereka maka ini tidak boleh”.

2. Asy Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali berkata: “Semoga Allah merahmati Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Baz (atas pengecualian beliau tentang bolehnya khuruj bersama Jamaah Tabligh untuk mengingkari kebatilan mereka dan mengajarkan ilmu kepada mereka, pen), kerana jika mereka mahu menerima nasihat dan bimbingan dari ahlul ilmi maka tidak akan ada rasa keberatan untuk khuruj bersama mereka. Namun kenyataannya, mereka tidak mahu menerima nasihat dan tidak mahu rujuk (kembali) dari kebatilan mereka, disebabkan kuatnya fanatisme mereka dan kuatnya mereka dalam mengikuti hawa nafsu. Jika mereka benar-benar menerima nasihat dari ulama, nescaya mereka telah meninggalkan manhaj mereka yang batil itu dan akan menempuh jalan ahlut tauhid dan ahlus sunnah. Nah, jika demikian permasalahannya, maka tidak boleh keluar (khuruj) bersama mereka sebagaimana manhaj as-salafus soleh yang berdiri di atas Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam hal tahzir (peringatan) terhadap ahlul bid’ah dan peringatan untuk tidak bergaul serta duduk bersama mereka. Yang demikian itu (tidak boleh khuruj bersama mereka secara mutlak, pen), disebabkan termasuk memperbanyak jumlah mereka dan membantu mereka dalam menyebarkan kesesatan. Ini termasuk perbuatan penipuan terhadap Islam dan kaum muslimin, serta sebagai bentuk ikut serta berperanan bersama-sama mereka dalam hal dosa dan kekejian. Lebih-lebih lagi mereka saling berbai’at di atas empat tarekat sufi yang padanya terdapat keyakinan hulul, wihdatul wujud, kesyirikan dan kebid’ahan”.

3. Asy-Syaikh Al-Allamah Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh rahimahullah berkata: “Bahawasanya organisasi ini (Jamaah Tabligh, pen) tidak ada kebaikan padanya. Dan sungguh ia sebagai organisasi bid’ah dan sesat. Dengan membaca buku-buku mereka, maka benar-benar kami dapati kesesatan, bid’ah, ajakan kepada peribadatan terhadap kubur-kubur dan kesyirikan, sesuatu yang tidak boleh dibiarkan. Oleh kerana itu -insya Allah- kami akan membantah dan membongkar kesesatan dan kebatilannya”.

4. Asy-Syaikh Al-Muhaddis Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah berkata: “Jamaah Tabligh tidaklah berdiri di atas manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta pemahaman as-salafus soleh.” Beliau juga berkata: “Dakwah Jamaah Tabligh adalah dakwah sufi moden yang semata-mata berorientasikan kepada akhlak. Adapun pembaikan terhadap aqidah masyarakat, maka sedikit pun tidak mereka lakukan, kerana -menurut mereka- boleh menyebabkan perpecahan”. Beliau juga berkata: “Maka Jamaah Tabligh tidaklah mempunyai prinsip keilmuan, yang mana mereka adalah orang-orang yang selalu berubah-ubah dengan perubahan yang luar biasa, sesuai dengan situasi dan keadaan yang ada”.

5. Asy-Syaikh Al-Allamah Abdurrazzaq 'Afifi berkata: “Kenyataannya mereka adalah ahlul bid’ah yang menyimpang dan orang-orang tarekat Qadiriyyah dan yang lainnya. Khuruj mereka bukanlah di jalan Allah, akan tetapi di jalan Muhammad Ilyas. Mereka tidaklah berdakwah kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah, akan tetapi kepada Muhammad Ilyas, syaikh mereka di Bangladesh (maksudnya India, pen)”.

Demikianlah selayang pandang tentang hakikat Jamaah Tabligh, semoga sebagai nasihat dan peringatan bagi  mereka yang ingin mencari kebenaran. Wallahul Muwaffiq wal Hadi Ila Aqwamith Thariq.

Disunting oleh Abu Soleh
Sumber: http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=153

Rabu, 10 Mac 2010

Adakah Allah Dapat Dilihat Di Dunia?

Disamping terdapat kelompok-kelompok yang mengingkari akan dapat dilihatnya Allah pada hari kiamat oleh penghuni syurga, ada pula kelompok yang berpendapat sebaliknya. Mereka berpendapat bahawa Allah dapat dilihat di dunia ini oleh para auliya (para wali). Pendapat seperti ini diyakini oleh sebahagian kaum muslimin bahawa Syeikh Abdul Qadir Jailani telah melihat Allah di dunia ini, sebagaimana terdapat dalam buku manaqib Abdul Qadir Jailani yang sesat dan menyesatkan.

Padahal dalil menerusi ayat Al-Qur'an yang telah dibahas pada edisi yang lalu -yang dijadikan dalil oleh muktazilah untuk menolak hadis rukyah- sesungguhnya merupakan dalil yang menunjukkan tidak mungkinnya Allah dilihat di dunia ini. Ayat tersebut iaitu:

قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا

Maksudnya: "Berkata Musa: "Ya Tuhan-ku, nampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat-Mu". Allah berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke gunung itu. Jika ia tetap berada di tempatnya (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhan-nya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh.." (Al-A’raaf: 143)

Ayat ini menunjukkan bahawa gunung juga hancur luluh ketika Allah menampakkan diri kepadanya, apalagi manusia yang sangat lemah. Dan kepada Musa 'alaihissalam –hamba-Nya yang mulia dan Allah berbicara langsung kepadanya- Allah katakan: “Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku”, yakni di dunia ini. Apalagi orang-orang yang selain para nabi.

Berkata Ibnu Abil ‘Izzi al-Hanafi: “Telah sepakat seluruh umat bahawa tidak ada seorangpun yang dapat melihat Allah dengan mata kepalanya di dunia ini dan tidak ada perselisihan di kalangan mereka, kecuali tentang Nabi Kita sallallahu 'alaihi wasallam.” (Syarh Aqidah ath-Thahawiyah: 196)

Apakah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Allah ketika mikraj?

Sebahagian sahabat seperti Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma, beliau berpendapat bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melihat Tuhan-nya dengan mata kepalanya. Namun riwayat-riwayat dari atsar ini sebahagiannya dhaif (lemah), seperti riwayat yang telah dikeluarkan oleh Ibnu Huzaimah dalam Kitab Tauhid dengan lafaz yang mudtharib (goncang) secara mauquf terhadap ibnu Abbas. Pada satu riwayat disebutkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat dengan mata kepalanya, sedangkan pada riwayat lainnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya dengan hatinya, seperti yang diriwayatkan dari Atha’ bin Abi Rabbah. Dan banyak lagi lafaz-lafaz lainnya yang diriwayatkan dan bersumber dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma.

Dalam riwayat dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma di atas juga tidak disebutkan dengan tegas bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Allah dengan mata kepalanya. Sebahagian riwayat itu hanya menyatakan baginda sallallahu 'alaihi wasallam “melihat dalam hatinya”, “melihat cahaya”, “melihat dalam mimpinya” dan lain-lain.

Di samping itu, mereka yang berpendapat bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melihat Allah ketika mikraj, berhujah dengan ayat Allah dalam surat at-Tak-wir:

وَلَقَدْ رَآهُ بِاْلأُفُقِ الْمُبِينِ

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat di ufuk yang terang." (At-Tak-wir: 23)

Dan ayat Allah:

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى. عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratil Muntaha." (An-Najm: 62-63)

Bantahan bagi pendapat di atas

Sebahagian para shahabat lainnya seperti Aisyah, Ibnu Mas’ud, dan Abu Hurairah; demikian pula sebahagian ashabul hadis (para ahli hadis) dan para fuqaha lainnya, mereka berpendapat bahawa Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam tidak melihat Tuhan-Nya ketika baginda sallallahu 'alaihi wasallam mikraj. Hal itu sebagaimana telah diriwayatkan dari Aisyah radiallahu 'anha, ketika beliau ditanya oleh Masyruq: "Apakah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-Nya?” Aisyah radiallahu 'anha menjawab:

مَنْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَبَّهُ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللَّهِ الْفِرْيَةَ. قَالَ وَكُنْتُ مُتَّكِئًا فَجَلَسْتُ فَقُلْتُ: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَنْظِرِينِي وَلاَ تَعْجَلِينِي أَلَمْ يَقُلِ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَقَدْ رَآهُ بِاْلأُفُقِ الْمُبِينِ وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى فَقَالَتْ: أَنَا أَوَّلُ هَذِهِ اْلأُمَّةِ سَأَلَ عَنْ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: إِنَّمَا هُوَ جِبْرِيلُ لَمْ أَرَهُ عَلَى صُورَتِهِ الَّتِي خُلِقَ عَلَيْهَا غَيْرَ هَاتَيْنِ الْمَرَّتَيْنِ رَأَيْتُهُ مُنْهَبِطًا مِنَ السَّمَاءِ سَادًّا عِظَمُ خَلْقِهِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلأَرْضِ. فَقَالَتْ: أَوَ لَمْ تَسْمَعْ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ لاَ تُدْرِكُهُ اْلأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ اْلأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ أَوَ لَمْ تَسْمَعْ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلاَّ وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

"Barangsiapa yang menyangka bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya, maka dia telah membuat kedustaan besar kepada Allah. Aku (Masyruq) yang berbaring semula, kemudian terduduk dan berkata: “Ya Ummul mukminin, sebentar dulu! jangan terburu-buru! Bukankah Allah telah berfirman: 

وَلَقَدْ رَآهُ بِاْلأُفُقِ الْمُبِينِ. وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى

(Maksudnya) “Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat di ufuk yang terang.” “Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratil Muntaha”. 

Aisyah radiallahu 'anha menjawab: “Aku adalah orang pertama dari umat ini yang bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tentangnya. Maka baginda menjawab: “Itu adalah Jibril, aku tidak pernah melihatnya dalam bentuk aslinya, yang ia diciptakan atasnya. Aku melihatnya turun dari langit dan menutupi antara langit dan bumi kerana besarnya (bentuknya)”. Kemudian Aisyah berkata: “Tidakkah engkau mendengar bahawa Allah berfirman: 

لاَ تُدْرِكُهُ اْلأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ اْلأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

(Maksudnya) “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” 

Bukankah engkau pernah mendengar:
 
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلاَّ وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

(Maksudnya) “Dan tidak mungkin bagi seorang manusia bahawa Allah berkata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizinNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana." (HR. Bukhari dan Muslim)

Adapun riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat cahaya dinukil juga dalam kitab sahih muslim sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Syafiq dari Abu Dzar:

ثُمَّ قُلْتُ ِلأَبِي ذَرٍّ لَوْ رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسَأَلْتُهُ. فَقَالَ: عَنْ أَيِّ شَيْءٍ كُنْتَ تَسْأَلُهُ؟ قَالَ: كُنْتُ أَسْأَلُهُ: هَلْ رَأَيْتَ رَبُّكَ؟ قَالَ أَبُوْ ذَرٍّ قَدْ سَأَلْتُ فَقَالَ: رَأَيْتُ نُوْرًا

Dia berkata kepada Abu Dzar: “Kalau aku sempat bertemu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sungguh aku akan bertanya. Maka Abu Dzar balik bertanya: “Apa yang akan kau tanyakan?” Aku akan bertanya: “Apakah baginda melihat Tuhan-Nya?” Maka Abu Dzar pun berkata; “Sungguh aku telah bertanya kepada baginda sallallahu 'alaihi wasallam. Baginda menjawab: “Aku melihat cahaya”. (HR. Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan dari Abu Dzar:

سَأَلْتُ رَسُوْلَ اللهَ هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ؟ قَال: نُوْرٌ أَنَّى أَرَاهُ

"Aku bertanya kepada Rasulllah sallallahu 'alaihi wasallam: “Apakah engkau melihat Tuhan-mu? Baginda menjawab: “Cahaya, bagaimana aku melihatnya?”. (HR. Muslim)

Disebutkan oleh para ulama bahawa yang dilihat oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam adalah hijab-Nya, kerana hijabnya adalah cahaya sebagaimana diriwayatkan dari dari Abu Musa al-‘Asy’ari:

قَامَ فِيْنَا رَسُوْلُ اللهِِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ فَقَالَ: إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَنَامَ يَخْفَضُ الْقِسْطَ وَيَرْفَعُهُ. يَرْفَعُ إِلَيْهِ عَمَلَ اللَّيْلِ قَبْلَ عَمَلِ النَّهَارِ وَعَمَلَ النَّهَارِ قَبْلَ عَمَلِ اللَّيْلِ حِجَابُهُ النُّوْرُ

Berdiri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam di depan kami dengan menyampaikan lima kalimat. Baginda berkata: “Sesungguhnya Allah tidak tidur dan tidak layak bagi-Nya tidur, menurunkan timbangan dan mengangkatnya, diangkat kepadanya amalan malam sebelum amalan siang, dan amalan siang sebelum amalan malam, dan hijab-Nya adalah cahaya. (HR. Muslim)

Ibnu Hajar al-Atsqalani dalam Fathul Bary jilid 8/708, setelah menyebutkan pendapat-pendapat yang menyatakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya dan pendapat yang sebaliknya, berkata: “Hadis-hadis dari Ibnu Abbas yang menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melihat Tuhan-nya, ada yang diriwayatkan secara muqayyad (terikat), yakni melihat dengan hatinya; dan ada pula yang diriwayatkan secara mutlak. Oleh kerana itu wajib bagi kita untuk membawa hadis-hadis yang mutlak tersebut kepada hadis-hadis yang muqayyad”.

Kemudian Ibnu Hajar rahimahullah menggabungkan (menjamak) antara kedua pendapat yang kelihatannya saling bertentangan tersebut dengan menyatakan: “Dengan ini kita dapat mengumpulkan antara pendapat Ibnu Abbas yang menetapkan (melihatnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terhadap Allah –pent.) dengan pendapat Aisyah yang justeru mengingkarinya iaitu dengan membawa pengingkaran Aisyah kepada penglihatan dengan mata, adapun penetapan Ibnu Abbas adalah penglihatan dengan hatinya."

Berkata Dr. Ali bin Muhammad bin Nashir al-Faqihi: “Jamak (penggabungan) dari Ibnu Hajar ini sangat bagus dan dengan ini kita dapat mengambil seluruh riwayat-riwayat tersebut”. (Al-Iman, karya Ibnu Mandah, tahqiq Dr. Ali bin Muhammad bin Nashir al-Faqihi hal. 24).

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah: “Tidaklah ucapan Ibnu Abbas tentang melihatnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertentangan dengan hadis Aisyah”. Kemudian beliau rahimahullah meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat Tuhan-nya dalam tidurnya." (Zaadul Ma’ad, juz 3 hal. 37)

Bahkan disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’adnya bahawa Utsman bin Sa’id ad-Darimi telah menghikayatkan kesepakatan para sahabat tentang tidak melihatnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terhadap Tuhan-nya. (Zaadul Ma’ad, juz 3 hal. 37)

Yakni dengan mata kepala baginda sallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan sedar. Adapun riwayat-riwayat yang menyatakan baginda sallallahu 'alaihi wasallam melihat-Nya adalah dalam keadaan tidur atau dengan hatinya.

Dengan demikian, jika kita memperhatikan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sendiri tidak melihat Tuhan-nya dengan matanya secara sedar di dunia ini dalam riwayat-riwayat yang sahih, maka bagaimana mungkin bagi orang-orang selain baginda dapat melihat-Nya dengan mata kepalanya?

Wallahu a’lam

Disunting oleh Abu Sholeh

Khamis, 4 Mac 2010

Nasihat Untuk Remaja Muslim

Kami persembahkan nasihat ini untuk saudara-saudara kami khususnya para pemuda dan remaja muslim. Mudah-mudahan nasihat ini dapat membuka mata hati mereka sehingga mereka lebih tahu tentang siapa diri mereka sebenarnya, apa kewajiban yang harus mereka tunaikan sebagai seorang muslim, agar mereka merasa bahawa masa muda ini tidak selayaknya untuk diisi dengan perkara yang boleh melalaikan mereka dari mengingati Allah subhanahu wata’ala sebagai penciptanya, agar mereka tidak terus-menerus bergelimang ke dalam kehidupan dunia yang fana dan lupa akan negeri akhirat yang kekal abadi.

Wahai para pemuda muslim, tidakkah kamu menginginkan kehidupan yang bahagia selamanya? Tidakkah kamu menginginkan jannah (surga) Allah subhanahu wata’ala yang luasnya seluas langit dan bumi?

Ketahuilah, syurga Allah subhanahu wata’ala itu diperolehi dengan usaha yang sungguh-sungguh dalam beramal. Syurga itu disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa yang mereka tahu bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara, mereka merasa bahawa gemerlapnya kehidupan dunia ini akan menipu umat manusia dan menyeret mereka kepada kehidupan yang sengsara di negeri akhirat selamanya. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Ali ‘Imran: 185)

Untuk Apa Kita Hidup di Dunia?

Wahai para pemuda, ketahuilah, sungguh Allah subhanahu wata’ala telah menciptakan kita bukan tanpa ada tujuan. Bukan pula memberikan kita kesempatan untuk bersenang-senang sahaja, tetapi untuk meraih sebuah tujuan mulia. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Adz Dzariyat: 56)

Beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala dengan menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Itulah tugas utama yang harus dijalankan oleh setiap hamba Allah.

Dalam beribadah, kita dituntut untuk ikhlas dalam menjalankannya, iaitu dengan beribadah semata-mata hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah subhanahu wata’ala. Jangan beribadah kerana terpaksa, atau kerana pengaruh terhadap orang-orang di sekitar kita. Apalagi beribadah dalam rangka agar dikatakan bahawa kita adalah orang-orang yang alim, kita adalah orang-orang soleh atau  berbagai bentuk pujian dan sanjungan yang lain.

Umurmu Tidak Akan Lama Lagi

Wahai para pemuda, jangan sekali-kali terlintas di benakmu: "beribadah nanti saja kalau sudah tua, atau selagi masih muda, gunakan untuk foya-foya." Ketahuilah, itu semua merupakan rayuan syaitan yang mengajak kita untuk menjadi teman mereka di Neraka.

Tahukah kamu, bilakah kamu akan dipanggil oleh Allah subhanahu wata’ala, berapa lama lagi kamu akan hidup di dunia ini? Jawapannya adalah sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala:

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang akan dilakukannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman: 34)

Wahai para pemuda, bertaqwalah kamu kepada Allah subhanahu wata’ala. Mungkin hari ini kamu sedang berada di tengah-tengah orang-orang yang sedang bergelak ketawa, berpesta ria, dan bergembira menyambut tahun baru dengan berbagai bentuk maksiat kepada Allah subhanahu wata’ala, tetapi keesokan harinya kamu sudah berada di tengah-tengah orang-orang yang sedang menangis menyaksikan jasad-jasad kamu dimasukkan ke liang lahad (kubur) yang sempit dan sesak (sempit sekali - edt).

Betapa celaka dan ruginya kita, apabila kita belum sempat beramal soleh. Padahal, pada saat itu amalan diri kita sajalah yang akan menjadi pendamping kita ketika menghadap Allah subhanahu wata’ala. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلاَثَةٌ: أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ, فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى وَاحِدٌ, يَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

“Yang mengiringi jenazah itu ada tiga iaitu keluarganya, hartanya, dan amalannya. Maka dua darinya akan kembali dan satu sahaja yang kekal (mengiringinya), keluarga dan hartanya akan kembali (pulang), dan amalannya kekal (mengiringinya).” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Wahai para pemuda, takutlah kamu kepada azab Allah subhanahu wata’ala. Sudahkah kamu persiapkan  dengan timbangan amal yang pasti akan kamu hadapi nanti. Sudahkah cukup amalan yang kamu lakukan selama ini untuk menambah berat timbangan amal kebaikan.

Betapa sengsaranya kita, ketika ternyata nilai timbangan kebaikan kita lebih ringan daripada timbangan keburukan. Ingatlah akan firman Allah subhanahu wata’ala:

فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ نَارٌ حَامِيَةٌ

“Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas.” (Al Qari’ah: 6-11)

Bersegeralah dalam Beramal

Wahai para pemuda, bersegeralah untuk beramal kebajikan, dirikanlah solat dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan sesuai dengan tuntutan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana solat adalah yang pertama kali akan dihisab kelak di hari kiamat, sebagaimana sabda baginda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلاَةُ

“Sesungguhnya amalan yang pertama kali manusia dihisab dengannya di hari kiamat adalah solat.” (HR. At Tirmidzi, An Nasa`i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad. Lafazh hadits riwayat Abu Dawud no.733)

Bagi lelaki, hendaklah dengan berjama’ah di masjid. Banyaklah berzikir dan mengingati Allah subhanahu wata’ala. Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya ia akan memberikan syafaat bagi pembacanya pada hari kiamat nanti.

Banyaklah bertaubat kepada Allah subhanahu wata’ala. Betapa banyak dosa dan kemaksiatan yang telah kamu lakukan selama ini. Mudah-mudahan dengan bertaubat, Allah subhanahu wata’ala akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memberi pahala yang dengannya kamu akan memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Wahai para pemuda, banyak-banyaklah beramal soleh, pasti Allah subhanahu wata’ala akan memberi kamu kehidupan yang bahagia, dunia dan akhirat. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (An Nahl: 97)

Engkau Habiskan untuk Apa Masa Mudamu?

Pertanyaan inilah yang akan diajukan kepada setiap hamba Allah subhanahu wata’ala pada hari kiamat nanti. Sebagaimana yang diberitakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam salah satu hadisnya:

لاَ تَزُوْلُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ

“Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Tuhannya sehingga dia ditanya tentang lima perkara: umurnya ke mana dia habiskan, masa mudanya ke mana dia pergunakan, hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana harta tersebut dibelanjakan, dan sudahkah dia beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya.” (HR. At Tirmidzi no. 2340)

Sekarang cubalah periksa diri kamu sendiri, sudahkah kamu mengisi masa mudamu untuk hal-hal yang bermanfaat dan yang mendatangkan keredhaan Allah subhanahu wata’ala? Ataukah kamu mengisi masa muda kamu dengan perbuatan maksiat yang mendatangkan kemurkaan-Nya?

Kalau kamu masih lagi mengisi waktu muda kamu untuk bersenang-senang dan lupa kepada Allah subhanahu wata’ala, maka apakah jawapan yang akan kamu ucapkan di hadapan Allah subhanahu wata’ala Yang Maha Menguasa di Hari Pembalasan? Tidakkah kamu takut akan ancaman Allah subhanahu wata’ala terhadap orang yang banyak berbuat dosa dan maksiat? Padahal Allah subhanahu wata’ala telah mengancam pelaku kejahatan dalam firman-Nya:

مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi balasan setimpal dengan kejahatan itu dan dia tidak akan mendapati pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.” (An Nisa’: 123)

Bukanlah masa tua yang akan ditanyakan oleh Allah subhanahu wata’ala. Oleh kerana itu, pergunakanlah kesempatan di masa muda kamu ini untuk kebaikan.

Ingat-ingatlah selalu bahawa setiap amal yang kamu lakukan akan dipertanggungjawabkan kelak di hadapan Allah subhanahu wata’ala.

Jauhi Perbuatan Maksiat

Apa yang menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga? Tidak lain adalah kemaksiatan mereka berdua kepada Allah subhanahu wata’ala. Mereka melanggar larangan Allah subhanahu wata’ala kerana mendekati sebuah pohon di Syurga, mereka terpujuk oleh rayuan iblis yang mengajak mereka untuk bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala.

Wahai para pemuda, iblis, syaitan, dan bala tenteranya senantiasa berupaya untuk mengajak umat manusia seluruhnya agar mereka bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala, mereka mengajak umat manusia seluruhnya untuk menjadi temannya di neraka. Sebagaimana yang Allah subhanahu wata’ala jelaskan dalam firman-Nya:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6)

Setiap amalan keburukan dan maksiat yang engkau lakukan, walaupun sekecil-kecilnya pasti akan dicatat dan diperhitungkan di sisi Allah subhanahu wata’ala. Pasti engkau akan melihat akibat buruk dari apa yang telah engkau lakukan itu. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sekecil apapun, necaya dia akan melihat (balasan)nya.” (Az Zalzalah: 8)

Syaitan juga menghendaki dengan kemaksiatan ini, umat manusia menjadi berpecah-belah dan saling bermusuhan. Jangan mengira bahawa ketika engkau bersama teman-temanmu melakukan kemaksiatan kepada Allah subhanahu wata’ala, itu merupakan wujud perasaan setia kawan dan bersatu padu di antara kamu. Sekali-kali tidak, justeru cepat atau lambat teman yang engkau cintai (sebenarnya) menjadi musuh yang paling engkau benci. Allah subhanahu wata’ala berfirman:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu kerana (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan perbuatan itu).” (Al Maidah: 91)

Demikianlah syaitan menjadikan perbuatan maksiat yang dilakukan manusia sebagai sarana untuk memecah belah dan menimbulkan permusuhan di antara mereka.

Ibadah yang Benar Dibangun di atas Ilmu

Wahai para pemuda, setelah kamu mengetahui bahawa tugas utama kamu hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala semata, maka sekarang ketahuilah bahawa Allah subhanahu wata’ala hanya menerima amalan ibadah yang dikerjakan dengan benar. Untuk itulah wajib bagi kamu untuk belajar dan menuntut ilmu agama, mengenal Allah subhanahu wata’ala, mengenal Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam, dan mengenal agama Islam ini, mengenal mana yang halal dan mana yang haram, mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah), serta mana yang sunnah dan mana yang bid’ah.

Dengan ilmu agama, kamu akan terbimbing dalam beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala, sehingga ibadah yang kamu lakukan benar-benar diterima di sisi Allah subhanahu wata’ala. Betapa banyak orang yang beramal kebajikan tetapi ternyata amalannya tidak diterima di sisi Allah subhanahu wata’ala, kerana amalannya tidak ditegakkan di atas ilmu agama yang benar.

Oleh kerana itu, wahai para pemuda muslim, pada kesempatan ini, kami juga menasihatkan kepada kamu sekalian agar banyak mempelajari ilmu agama, duduk di majlis-majlis ilmu, mendengarkan Al-Qur’an dan hadis serta nasihat dan penjelasan para ulama. Jangan sibukkan diri kamu dengan hal-hal yang kurang bermanfaat bagi diri kamu, lebih-lebih lagi hal-hal yang mendatangkan kemurkaan Allah subhanahu wata’ala.

Ketahuilah, menuntut ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap muslim, maka barangsiapa yang meninggalkannya dia akan mendapatkan dosa, dan setiap dosa pasti akan menyebabkan kecelakaan bagi pelakunya.

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Menuntut ilmu agama itu merupakan kewajiban bagi setiap muslim.” (HR. Ibnu Majah no.224)

Akhir Kata

Semoga nasihat yang sedikit ini akan memberikan manfaat yang banyak kepada kita semua. Sesungguhnya nasihat itu merupakan perkara yang sangat penting dalam agama ini, bahkan saling memberikan nasihat merupakan salah satu sifat orang-orang yang dijauhkan dari kerugian, sebagaimana yang Allah subhanahu wata’ala firmankan dalam surat Al ‘Ashr:

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat- menasihati dalam kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

Wallahu ta‘ala a’lam bishshowab.

Sumber: Buletin Al-Ilmu, Penerbit Yayasan As-Salafy Jember

Nasihat Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah Wal Ifta’

Pertanyaan:

Bagaimana seorang muslim menempuh jalan keselamatan? Apa yang harus dilakukannya dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan hal-hal yang bersifat kebendaan ini, yang manusia sangat berlebihan dalam bergelimang padanya sehingga menyebabkan kerasnya hati-hati mereka, Wal ‘Iyadzubillah?

Apa nasihat dan arahan anda kepada saya sebagai seorang pemuda berusia 20 tahun yang cenderung kepada dunia? Apa buku-buku yang anda nasihatkan kepada kami untuk dibaca?

Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah Wal Ifta’ menjawab:

Wajib atas engkau untuk bertaqwa kepada Allah ta’ala, mentaati-Nya, dan mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, berpegang teguh dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam, melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi engkau dan menjauhi hal-hal yang tidak bermanfaat, menjauhi berbagai fitnah, senantiasa berbuat baik dan menghindari segala bentuk kejelekan, memperbanyak membaca Al-Qur’an serta berusaha untuk memahami maknanya, menjaga zikir-zikir yang sahih dan sabit dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam disertai dengan sikap rendah diri dan menghadirkan hati (khusyu’), membaca kitab (buku-buku) yang terdapat banyak di dalamnya hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat seperti kitab Al-Fawa’id  dan kitab Ad-Da’u Wad Dawa’ yang keduanya karangan Ibnul Qayyim rahimahullah, berdoalah kepada Allah dalam sujud engkau dengan doa-doa yang terdapat dalam As-Sunnah disertai dengan rendah diri dan khusyu’, mudah-mudahan Allah memberikan hidayah dan melapangkan hati engkau untuk berada di atas kebaikan, dan menjaga engkau dari segala fitnah yang nampak mahupun tersembunyi.

Dan di antara kitab-kitab yang bermanfaat adalah Zadul Ma’ad Fi Hadyi Khairil ‘Ibad, Ighatsatul Lahfan yang keduanya karangan Ibnul Qayyim rahimahullah, dan juga kitab Fathul Majid Syarh Kitab At-Tauhid, disertai dengan perhatian kepada kitab Ash-Shahihain (Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim) dan tafsir Ibnu Katsir.

وصلى الله على نبينا محمد وصحبه وسلم

[Fatawa Islamiyyah IV/498]

Disunting oleh Abu Sholeh.

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...