Rabu, 19 Disember 2018

Jangan Sangka Penganut Ajaran Yang Salah (Menyimpang) Selalu Kalah!

Umat Islam yang keluar berdakwah perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Paling penting adalah mengetahui keadaan dari mad'unya yakni orang yang ingin disampaikan dakwah kepada mereka.


Rasulullah s.a.w berpesan kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutuskan beliau ke Negeri Yaman, dengan bersabda: 


إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى


"Sesungguhnya engkau (wahai Mu'az), akan mendatangi kaum ahli kitab, maka jadikanlah awal mula dakwah yang akan engkau sampaikan kepada mereka adalah agar supaya mereka mentauhidkan Allah Ta'ala." (HR. Bukhari, no: 6824) 


Rasulullah s.a.w menyatakan "engkau akan mendatangi kaum ahli kitab" menunjukkan baginda menerangkan keadaan siapakah mad'u kepada Muaz bin Jabal r.a apabila tiba di Yaman kelak. 


Mengapa perlu menguasai ilmu secukupnya dan keadaan mad'u? 


Ini kerana risiko apabila seseorang berdakwah tanpa ilmu dan menguasai keadaan mad'unya adalah akan menyebabkan dakwah yang benar tidak benar-benar sampai atau boleh jadi si daie tersebut kalah dalam perdebatan lantaran hujah dan bukti yang tidak begitu kukuh dan padu. 


Inilah yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ketika menghakimi manusia, dimana baginda bersabda:


إنما أنا بشر وإنكم تختصمون إلي ولعل أحدكم ألحن بحجته من الأخر فأقضي له نحو ما أسمع


"Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, dan sesungguhnya kamu selalu mengadu kepadaku tentang perselisihan kamu. Maka boleh jadi sebahagian kamu lebih pandai dalam berhujah berbanding lawannya. Kemudian aku hanyalah memutuskan (membuat keputusan) sebagaimana yang aku dengari." (HR. Bukhari) 


Perkataan Rasulullah s.a.w pada lafaz "aku hanyalah memutuskan (membuat keputusan) sebagaimana yang aku dengari" menunjukkan boleh jadi pihak yang salah dianggap benar kerana cara dia berhujah adalah lebih baik dari pihak yang benar (namun dianggap salah kerana lemah cara penghujahannya). 


Orang yang berhujah antara yang tertuduh dan penuduh, maka yang menuduh (pendakwa) hendaklah membawakan bukti namun bagi yang tertuduh (yang tidak mengaku sebagaimana yang didakwa) hendaklah bersumpah sekiranya mengingkarinya. 


Rasulullah s.a.w bersabda:


لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ، لاَدَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ، لَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِيْ وَالْيَمِيْنَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ


"Kalau sekiranya setiap aduan manusia diterima, nescaya setiap orang akan mengadu tentang harta suatu kaum dan darah mereka, oleh itu (agar tidak terjadi perkara tersebut), hendaklah bagi yang mendakwa membawakan bukti manakala bagi yang mengingkarinya hendaklah bersumpah." (HR. Baihaqi dan selainnya)


Namun jika seseorang yang dianggap benar sekalipun, sekiranya dia dianggap benar namun hakikatnya dia berdusta seperti mengupah saksi palsu sebagai bukti untuk menguatkan hujahnya maka dia pasti akan mendapat balasan di sisi Allah SWT.


Sabda Rasulullah s.a.w:


فمن قضيت له بمحق أخيه شيئا بقوله فإنما أقطع له قطعة من النار فلا يأخذها


"Sesiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya disebabkan kepandaiannya dalam berkata-kata, maka bererti aku telah mengambil sepotong dari api neraka buatnya. Oleh kerana itu, maka janganlah mengambilnya (jika bukan haknya)." (HR. Bukhari)

_________________

Al-MuwahhidunMy Channel

Artikel-artikel Islam, audio dan video bermanfaat berasaskan Manhaj Ahli Tauhid dan Salafus Soleh


al-muwahhidun.blogspot.my

telegram.me/almuwahhidunmy

fb.com/almuwahhidunmy

instagram.com/almuwahhidunmy

twiter.com/almuwahhidunmy

Isnin, 29 Oktober 2018

PENERANGAN MENGENAI ASAS AKIDAH

Risalah Pertama dari Kumpulan Risalah

Penerangan Mengenai Asas Akidah


Apabila ditanya Siapakah Tuhan engkau? Maka jawablah: Tuhanku ialah Allah.


Apabila ditanya: Apa makna al-Rabb? Maka jawablah: Tuhan yang di sembah yang memerintah alam semesta dan yang maha kuasa.


Apabila ditanya: Apakah makhluk Allah yang paling besar engkau perhatikan? Maka jawablah: Langit dan bumi.


Apabila ditanya: Apakah tanda-tanda kekuasaannya yang paling besar engkau perhatikan? Maka jawablah: Siang dan malam. Dalilnya ialah firman Allah Ta'ala:


إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ


Terjemahan: "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi selama enam hari lalu dia bersemayam di atas Arasy dia menutup malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat dan matahari, bulan serta bintang-bintang tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, mencipta dan memerintah itu hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Tuhan semesta alam." (Al-A'raf 7: 54)


Apabila ditanya: Apa makna Allah? Maka jawablah: Maknanya ialah yang memiliki Al-Uluhiyyah dan Al-'Ubudiyyah ke atas sekalian makhluknya.


Apabila ditanya: Kenapakah Allah menciptakan engkau? Maka jawablah: Untuk beribadah kepadaNya.


Apabila ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan beribadah kepadaNya? Maka jawablah: Mentauhidkan dan mentaatiNya.


Apabila ditanya: Apakah dalil mengenai yang demikian itu? Maka jawablah: Dalilnya ialah firman Allah:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


Terjemahan: "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaku." (Az-Zariyat 51: 56)


Apabila ditanya: Apakah perkara pertama yang telah difardukan oleh Allah ke atas engkau? Maka jawablah: Mengkafirkan taghut dan beriman dengan Allah. Dalilnya ialah firman Allah Taala:



لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انْفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Terjemahan: "Tiada paksaan di dalam agama. Sesungguhnya telah jelas petunjuk daripada kesesatan. Maka sesiapa yang mengkafirkan taghut dan beriman dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan tali teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah 2: 256)


Apabila ditanya: Apakah al-'Urwat al-Wuthqa itu? Maka jawablah: Kalimah "Laa ilaaha ilLalLaah". Makna kalimah "Laa ilaaha" itu mengandungi erti nafi, manakala "ilLalLaah" itu mengandungi erti ithbat.


Apabila ditanya: Apakah yang engkau nafi dan apakah yang engkau ithbatkan itu? Maka jawablah: Nafi segala sesuatu yang diibadati selain Allah dan ithbat bahawa ibadat itu hanyalah hak Allah semata-mata, tiada sekutu bagiNya.


Apabila ditanya: Apakah dalil mengenai yang demikian itu? Dalil nafi ialah firman Allah Ta'ala:



وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ


Terjemahan: "Dan ingatlah tatkala Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah." (Az-Zukhruf 43: 26)


Manakala dalil ithbat pula ialah firman Allah:


إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ


Terjemahan: "Melainkan (aku menyembah) Tuhan yang telah menciptakan aku." (Az-Zukhruf 43: 27)


Apabila ditanya: Apakah perbezaan di antara tauhid ar-Rububiyyah dan tauhid al-Uluhiyyah? Maka jawablah: Tauhid ar-Rububiyyah itu ialah perbuatan al-Rabb (Tuhan) seperti mencipta, mengurniakan rezeki, menghidupkan, mematikan, menurunkan hujan, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan mentadbir segala urusan. Manakala Tauhid al-Uluhiyyah itu ialah perbuatan kamu wahai sekalian hamba Allah seperti berdoa, takut, harap, tawakal, beribadat, kasih, bimbang, bernazar, memohon pertolongan, dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan ibadat.


Apabila ditanya: Apakah agama engkau? Maka jawablah: Agamaku ialah Islam. Pokok dan dasar Islam itu mengandungi dua perkara:


1. Perintah beribadat hanya kepada Allah semata-mata dengan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Allah mengobarkan ibadat yang ikhlas dan berterusan dikerjakannya. Allah mengkafirkan mereka yang melakukan syirik.


2. Ancaman terhadap mereka yang melakukan syirik dalam beribadat kepada Allah. Dia memberikan ancaman keras, memusuhi dan mengkafirkan mereka yang melakukan syirik.


Islam itu dibina di atas lima rukun:


1. Penyaksian bahawasanya Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w itu adalah utusan Allah.

2. Mendirikan solat.

3. Mengeluarkan zakat.

4. Berpuasa pada bulan Ramadhan, dan

5. Mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan.


Dalil mengenai syahadah ialah firman Allah Ta'ala:


شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ


Terjemahan: "Allah menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, yang Menegakkan Keadilan. Para malaikat dan mereka yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali 'Imran 3: 18)


Dalil bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Rasul (utusan) Allah Ta'ala:


مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ 


Terjemahan: "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup bagi para nabi..." (Al-Ahzab 33: 40)


Dalil mengenai ikhlas dalam beribadat, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat pula ialah firman Allah Ta'ala:



وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ


Terjemahan: "Dan tidaklah mereka itu diperintah kecuali supaya beribadat kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam (melaksanakan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itu adalah agama yang lurus." (Al-Baiyinah 98: 5)


Dalil mengenai puasa pula ialah firman Allah Ta'ala: 



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Terjemahan: "Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah 2: 183)


Dalil mengenai ibadat haji pula ialah firman Allah Ta'ala:



وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ


Terjemahan: "...Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi mereka yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa yang mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada sekalian alam." (Ali 'Imran 3: 97)


Rukun iman itu enam perkara:


1. Beriman kepada Allah,

2. Para MalaikatNya,

3. Segala KitabNya,

4. Para RasulNya,

5. Hari Akhirat,

6. Ketentuan baik dan buruknya sesuatu perkara itu daripada Allah.


Ihsan itu pula ialah engkau beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Sekiranya engkau tidak melihat Dia, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.


Apabila ditanya: Siapakah Nabi engkau? Maka jawablah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim. Hasyim daripada keturunan Quraisy dan Quraisy pula adalah dari bangsa Arab. Bangsa Arab pula adalah dari zuriat Ismail bin Ibrahim al-Khalil ('ala nabiyyina wa 'alaihi afdhalus-solatu was-salam). Negeri baginda ialah Makkah. Kemudiannya baginda berhijrah ke Madinah. Umur baginda 63 tahun: 40 tahun sebelum nubuwwah dan 23 tahun sebagai nabi dan rasul. Baginda di angkat sebagai nabi melalui ayat Iqra' dan dilantik sebagai rasul dengan ayat al-Muddaththir.


Apabila ditanya: Adakah baginda telah wafat atau belum wafat? Maka jawablah: Baginda telah wafat, tetapi agamanya tidak mati dan tidak akan mati hinggalah ke hari kiamat. Dalilnya ialah firman Allah Ta'ala:


إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ * ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ


Terjemahan: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan berbantah-bantah pada hari kiamat di hadapan Tuhanmu." (Az-Zumar 39: 30-31)


Apabila ditanya: Adakah manusia itu sstelah mati akan dibangkitkan semula? Maka jawablah: Ya. Dalilnya ialah firman Allah Ta'ala:


مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ


Terjemahan: "Daripada tanah itulah Kami jadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan mamu sekali lagi." (Taha 20: 55)


Sesiapa yang mengingkari hari kebangkitan adalah kafir. Dalilnya ialah firman Allah Ta'ala:


زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ لَنْ يُبْعَثُوا ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ ۚ وَذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ


Terjemahan: "Orang yang kafir mengatakan bahawa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: Tidak demikian, demi Tuhanku, Kamu benar-benar akan dibangkitkan. Kemudian akan diberikan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (At-Taghabun 64: 7)


(*) Disalin semula oleh Mohd Safwan bin Mohd Rusydi dari Kumpulan Risalah yang dikeluarkan oleh Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 1993. Penterjemah: Baharuddin Ayudin.

Isnin, 22 Oktober 2018

MENGHUKUMI SESEORANG KAFIR TIDAK SEMUDAH ITU

Menghukum seseorang sebagai kafir atau fasik bukanlah hak kita. Namun ianya adalah hak Allah dan RasulNya. Hukum ini termasuk hukum-hukum syar'i yang mesti dikembalikan kepada kitabullah dan sunnah RasulNya sehingga wajib untuk kita benar-benar memastikannya sebelum menjatuhkan sesuatu hukum. Tidaklah seseorang itu dikafirkan kecuali setelah dibuktikan melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Asal hukum seseorang yang beragama Islam secara zahir dia adalah Islam sehingga benar-benar telah dipastikan keislamannya itu telah hilang dari dirinya dengan ukuran dalil-dalil syar'i.

Tidak boleh terlalu bermudah-mudahan menghukumi seseorang itu sebagai kafir atau fasik kerana terdapat dua bahaya besar:

(1) Mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dalam pemberian hukum mahupun tentang orang yang dihukumi tersebut.

(2) Orang yang bermudah-mudahan boleh terjatuh ke dalam tuduhan itu sendiri jika ternyata orang yang dihukumi itu tidak kafir atau fasik. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما

"Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya (seislam), maka sesungguhnya salah satu dari keduanya benar-benar akan kembali dengan kekafiran itu." (HR. Muslim, Kitabul Iman)

Dalam riwayat lain:

إن كان كما وإلا رجعت عليه

"Apabila dia benar-benar kafir maka dia menjadi kafir, sekiranya tidak maka ia akan kembali kepadanya (yang menuduh)."

Dalam hadis lain dari Abu Dzar, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ومن دعا رجلا بالكفر أو قال عدو الله وليس كذلك إلا حار عليه

"Barangsiapa memanggil seseorang dengan sebutan "kafir" atau ia memanggilnya "musuh Allah" sedangkan orang itu tidak demikian, maka tuduhan itu kembali kepadanya." (HR. Muslim, Kitabul Iman)

Oleh kerana itu, sebelum menjatuhkan hukum kafir ke atas seseorang, wajiblah terlebih dahulu memperhatikan dua hal ini:

Pertama: Al-Quran dan As-Sunnah menunjukkan bahawa sebuah ucapan atau sebuah perbuatan menyebabkan kekufuran atau kefasikan pelaku tersebut.

Kedua: Hukum tersebut mesti sesuai dengan individu tertentu yang mengucapkan atau melakukan perbuatan kufur atau fasik dari segi kesempurnaan syarat-syarat pengkafiran atau memfasikkan orang tersebut serta tidak terdapat penghalang-penghalangnya. Di antara syarat-syarat terpenting adalah bahawa orang tersebut mengetahui kesalahannya yang akan menyebabkan dia menjadi kafir atau fasik. Ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan-jalan selain orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali." (An-Nisa': 115)

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ حَتَّى يُبَيِّنَ لَهُمْ مَا يَتَّقُونَ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ . إِنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga Dia jelaskan kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Sesungguhnya kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah." (At-Taubah: 115-116)

Di antara perkara yang menghalang seseorang itu menjadi kafir atau fasik adalah seseorang itu melakukan perbuatan yang menyebabkan kekufuran atau kefasikan namun bukan dengan kehendaknya. Hal ini mempunyai beberapa bentuk:

(1) Pelaku kekufuran atau kefasikan tersebut dipaksa, sehingga dia melakukannya kerana keterpaksaan, bukan dalam keadaan lapang. Bila begitu, maka dia tidak boleh dikafirkan, berdasarkan firman Allah:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَٰكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(Maksudnya): "Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (maka dia akan mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman dia tidak berdosa). Akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafirannya, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar." (An-Nahl: 106)

(2) Fikiran orang tersebut sedang terbelenggu, sehingga dia tidak tahu apa yang diucapkannya, mungkin kerana sangat gembira, sangat sedih, sangat takut atau yang seumpamanya. Dalilnya adalah dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah lebih gembira terhadap taubat hambaNya katika bertaubat kepadaNya daripada seseorang antara kamu yang berada di atas tunggangannya di padang pasir luas, kemudian tunggangannya itu terlepas darinya, padahal di atas tunggangannya itu terdapat makanan dan minumannya. Maka dia pun berputus asa terhadap kenderaannya itu. Dia memdatangi sebuah pohon dan berbaring di bawahnya. Dia telah berputus asa untuk mencari tunggangannya itu. Pada waktu itu, tiba-tiba dia melihat tunggangannya berdiri disampingnya. Lalu dia mengambil tali kekangnya kemudian berkata kerana terlalu gembira: 'Ya Allah Engkau adalah hambaku dan aku TuhanMu!' Dia telah berbuat kesalahan kerana terlalu gembira." (HR. Muslim, Kitabut Taubat, no: 2747)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: "Tentang masalah pengkafiran, yang benar adalah barangsiapa yang berijtihad di antara umat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dan menginginkan kebenaran namun keliru dalam ijtihadnya, maka orang ini diampuni. Adapun orang yang sudah jelas baginya kebenaran yang dibawa oleh Rasul, namun menentangnya setelah jelas petunjuk baginya, dan dia mengikuti selain jalan orang-orang yang beriman, maka dia kafir. Barangsiapa yang menuruti hawa nafsu dan tidak bersungguh-sungguh mencari kebenaran serta berbicara tanpa ilmu, maka dia adalah seseorang yang berbuat maksiat dan berdosa. Terkadang dia boleh menjadi fasik dan terkadang pula dia mempunyai kebaikan-kebaikan yang lebih banyak dari keburukannya." (Majmu' Fatawa, Ibnu Qasim, 12/180)

Beliau berkata lagi: "Ucapan ini, meskipun di sisi lain -dan orang-orang yang bermajlis dengan saya mengetahui sikap saya- bahawa saya termasuk orang yang peling melarang menisbahkan seseorang kepada kekafiran, kefasikan atau maksiat-maksiat, kecuali jika diketahui telah tertegak hujah kerasulan -yang barangsiapa menyelisihinya boleh menjadi kafir atau fasik atau bermaksiat- terhadap orang itu. Saya menyatakan bahawa Allah telah mengampuni kekeliruan yang tidak disengajakan untuk umat ini. Namun tidak pernah ada salah seorang pun dari mereka yang mempersaksikan kekufuran dan kefasikan atau kemaksiatannya." (Majmu' Fatawa, 3/229)

Beliau menjelaskan lagi: "Pengkafiran merupakan suatu bentuk ancaman kerana meskipun suatu ucapan merupakan pendustaan terhadaahu 'alaihi wasallam, namun terkadang orang yang mengucapkan itu baru sahaja memeluk agama Islam, atau dia membesar di daerah yang jauh (dari ilmu). Orang yang seperti ini tidak boleh dikafirkan kerana penentangannya, sehinggalah tertegak hujah ke atasnya. Terkadang pula seseorang itu tidak pernah mendengar nas-nas hujah tersebut, atau dia mendengar namun menurutnya hujah tersebut tidak kuat. Atau pun menurutnya ada penghalang-penghalang lain yang membantah hujah-hujah itu, yang mengharuskan nas itu ditakwil, meskipun sebenarnya dia salah. Saya selalu ingat hadis dalam Sahihain (riwayat Bukhari dan Muslim) tentang seseorang yang mengatakan:

"Apabila aku mati maka bakarlah aku. Lalu hancurkan (tulang-tulangku) sehingga halus, kemudian taburkan aku dilautan. Kerana demi Allah seandainya nanti Allah dapat menguasaiku nescaya Dia akan mengazabku dengan siksaan yang tidak pernah Dia timpakan kepada seorang pun di alam ini. Mereka pun melakukan permintaannya. Kemudian Allah berfirman: "Apa yang menjadikan engkau melakukan ini semua?" Dia menjawab: "Aku takut kepada-Mu." Allah pun mengampuninya." (HR. Bukhari dalam Kitabut Tauhid, no: 7506. Dan Muslim dalam Kitabut Taubah, no: 2756)

Ini merupakan keraguan seseorang terhadap kemampuan Allah Ta'ala dan dengan khabarNya bahawa Dia akan membangkitkannya apabila abunya telah ditaburkan. Bahkan oarang ini berkeyakinan baha dia tidak akan dibangkitkan. SIkap ini adalah sebuah kekufuran menurut kesepakatan kaum muslimin. Namun orang tersebut jahil, tidak mengerti bahawa hal itu adalah kekufuran. Dia adalah orang yang beriman, yang sangat takut Allah yang akan menghukumnya sehingga Allah mengampuninya kerana hal tersebut. Maka ahli ijtihad yang melakukan takwil namun bersemangat dalam mengikuti Rasul, lebih layak mendapatkan pengampunan daripada orang seperti tadi."

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Hukum asalnya sesuatu ucapan yang merupakan kekafiran berdasarkan Al-Kitab, As-Sunnah dan ijma' tetap dikatakan sebagai sebuah kekafiran -sebagai suatu ucapan yang mutlak- sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil-dalil syar'i yang ada. Ini kerana keimanan termasuk dalam hukum-hukum yang diambil dari Allah dan Rasul-Nya sallallahu 'alaihi wasallam, bukan perkara yang dihukumi oleh manusia sendiri dengan persangkaan-persangkaan dan hawa nafsu mereka. Dan mesti setiap orang yang mengucapkan kekufuran itu dihukumi kafir, sehingga telah pasti adanya syarat-syarat pengkafiran dan hilangnya penghalang pengkafiran dari orang tersebut. Contohnya adalah orang yang mengatakan bahawa arak atau riba adalah halal, kerana dia baru masuk Islam atau kerana dia membesar di pedalaman yang jauh. Atau orang yang mendengar sebuah ucapan lalu dia ingkari kerana tidak meyakini bahawa itu berasal dari Al-Quran dan hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sebagaimana dahulu sebahagian salaf mengingkari beberapa perkara sehingga telah pasti berita itu bagi mereka Nabi yang mengucapkannya..." (Majmu' Fatawa 35/165)

Demikianlah penerangan syeikhul Islam yang sering dituduh oleh golongan penentangnya sebagai kafir dan juga mengkafirkan umat Islam. Namun ternyata beliau sangatlah berhati-hati dalam pengkafiran, bukan seperti golongan Ahbash yang terlalu bermudah-mudahan dalam mengkafirkan salafi dengan melebelkan mereka wahabi al-mujassimah dan sebagainya yang merupakan gelaran yang langsung tidak terkena sedikit pun kepada mereka. Bahkan sekali mereka menuding jari, maka sepuluh lagi kembali kepada mereka.

Perlu diingat, kita tidak boleh sesuka hati mengkafirkan sesiapa pun selagi belum ditegakkan hujah kerasulan ke atasnya termasuklah golongan yang suka mentakwil mahupun yang mentafwidh (yakni golongan yang menyerah sebulat-bulatnya makna sifat-sifat Allah dan mereka menjahilkan akan maknanya, lebih teruk pendapat ini pula disandarkan kepada golongan salaf, padahal salaf jauh dari pendapat tersebut - Wallahua'lam). Mereka yang telah berbuat kesilapan dan memiliki penghalang untuk dikafirkan perlu dijelaskan dengan penjelasan yang sesungguhnya.

Firman Allah Ta'ala:

لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

(Maksudnya): "Supaya tidak ada alasan lagi bagi manusia untuk membantah Allah setelah datangnya Rasul-rasul itu." (An-Nisa: 165)

Namun jika kebenaran telah tertegak ke atasnya, tetapi dia masih lagi mengikuti keyakinannya sendiri atau kerana mengikuti seseorang yang dia agungkan, maka orang tersebut berhak mendapat konsekuensi atas perselisihannya itu berupa kekafiran atau kefasikan.

Hendaklah seorang mukmin berhati-hati dari jalan yang ditempuh sebahagian orang yang membangunkan keyakinan atau amalan mereka di atas mazhab-mazhab tertentu. Apabila mereka mendapati nas-nas Al-Kitab dan As-Sunnah berbeza dari mazhab mereka, maka dengan mudahnya mereka memalingkan atau memesongkan nas-nas itu agar sesuai menurut mazhab mereka, sehingga mereka menjadikan Al-Kitab dan As-Sunnah sebagai yang mengikuti bukan yang diikuti. Allah berfirman:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Maksudnya: "Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu."

Seorang yang beriman mestilah berasa bangga dengan keyakinan dan pengamalan yang di dirikan di atas Al-Kitab dan As-Sunnah sehingga setiap masalahnya dipimpin dengan keduanya. Kedua-duanya adalah cahaya yang menunjukkan jalan yang benar lagi lurus sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam KitabNya:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: "Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah dengannya agar kamu bertakwa." (Al-An'am: 153)

Wallahua'lam

Selasa, 2 Oktober 2018

Bergaul Dengan Masyarakat Atau Bersendirian


Rasulullah s.a.w bersabda:


الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ ، أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَلا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ 


Orang Mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan bersabar di atas karenah mereka lebih besar pahala dari orang Mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak bersabar di atas karenah mereka. (HR. Tirmizi; disahihkan oleh Syeikh Al-Albani)


Imam As-San'ani rahimahullah berkata:


فِيهِ أَفْضَلِيَّةُ مَنْ يُخَالِطُ النَّاسَ مُخَالَطَةً يَأْمُرُهُمْ فِيهَا بِالْمَعْرُوفِ ، وَيَنْهَاهُمْ عَنْ الْمُنْكَرِ ، وَيُحْسِنُ مُعَامَلَتَهُمْ ، فَإِنَّهُ أَفْضَلُ مِنْ الَّذِي يَعْتَزِلُهُمْ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى الْمُخَالَطَةِ. وَالْأَحْوَالُ تَخْتَلِفُ بِاخْتِلَافِ الْأَشْخَاصِ وَالْأَزْمَانِ.


Padanya terdapat keutamaan bergaul dengan masyarakat dengan pergaulan yang akan dapat memerintahkan mereka kepada makruf (kebaikan), dapat mencegah dari kemungkaran dan dapat memperbaiki muamalah bersama mereka. Sesungguhnya ianya lebih afdhal (utama) dari orang yang mengasingkan diri dari mereka dan tidak bersabar di atas pergaulan (dengan masyarakat). Dan keadaan tersebut (realitinya) berbeza-beza dengan perbezaan individu serta zaman. (Subulus Salam)


Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya:


Manakah yang lebih utama orang yang meniti di atas jalan uzlah atau pergaulan (dengan masyarakat)? Jika hanya salah satu antara keduanya, adakah ia berlaku secara mutlak atau hanya waktu-waktu tertentu sahaja? 


Beliau menjawab:


"Masalah ini terdapat perselisihan manusia terhadapnya? Sama ada perselisihan secara kulli (menyeluruh) mahupun secara keadaan (tertentu); Hakikat perkara ini sesungguhnya "Pergaulan" kadangkala menjadi wajib atau sunnat, manakala seseorang individu kadang-kadang menuntutnya agar bergaul sekali-sekala dan bersendirian sekali-sekala. 


Penggabungan yang demikian: Bahawa pergaulan yang mana jika padanya terdapat tolong-menolong di atas kebaikan dan taqwa, maka ia diperintahkan. 


Dan jika terdapat di dalamnya tolong-menolong di atas dosa dan permusuhan, maka ianya dilarang. Maka percampuran dengan orang-orang Islam pada jenis ibadat adalah seperti: solat 5 waktu, solat jumaat, solat dua hari raya, solat khusuf (gerhana), solat istisqa (meminta hujan turun) dan lain-lain lagi. Maka ia termasuk apa yang diperintahkan Allah dan RasulNya. 


Begitu juga percampuran dengan mereka dalam menunaikan haji, dalam peperangan melawan orang-orang kafir dan Khawarij, meskipun pemimpin-pemimpin yang memerintahkannya dari kalangan orang-orang yang fajir, meskipun terdapat di dalam kalangan jemaah tersebut orang-orang yang fajir (pelaku dosa). Begitu juga perhimpunan-perhimpunan yang dapat menambahkan keimanan seorang hamba: sama ada yang mendatangkan keuntungan dengannya mahupun untuk mendapatkan manfaat darinya dan seterusnya. 


Dan tidak boleh tidak seorang hamba mestilah memiliki waktu-waktu untuk bersendirian dengan dirinya, dalam doanya, zikirnya, solatnya, tafakkurnya, muhasabah dirinya dan dalam memperbaiki hatinya. Selagimana dia mengkhususkan dirinya dari perkara-perkara yang tiada kesyirikan padanya selainNya maka dia perlu untuk bersendirian sekalipun di dalam rumahnya sendiri. Sebagaimana kata Imam Towus: "Sebaik-baik tempat bertapa seseorang adalah rumahnya, dia menahan diri di dalamnya pada penglihatan dan lisannya, dan juga meskipun pada selain rumahnya." 


Maka memilih bergaul/bercampur secara mutlak adalah salah, dan memilih bersendirian secara mutlak juga salah. Ia bergantung pada kadar yang dikehendaki ke atasnya oleh setiap manusia dari bergaul dan bersendirian. Manakah (antara bergaul dan bersendirian) yang lebih aslah (lebih memperbaiki) padanya pada setiap keadaan: maka ini memerlukan kepada pemerhatian secara khusus (mendalam) sebagaimana tidak dijelaskan." (Majmuk Al-Fatawa 10/425)


Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah :


العزلة خير إذا كان في الخلطة شر، أما إذا لم يكن في الخلطة شر؛ فالاختلاط بالناس أفضل 


Beruzlah (bersendirian) lebih baik apabila jika dalam pergaulannya itu buruk, adapun jika tidak terdapat keburukan dalam dia bergaul, maka bergaul dengan manusia itu lebih afdhal (utama). (Syarah Riyadhus Shalihin 3/72)


______________________

Al-MuwahhidunMy Channel

Artikel-artikel Islam, audio dan video bermanfaat berasaskan Manhaj Ahli Tauhid dan Salafus Soleh


al-muwahhidun.blogspot.my

telegram.me/almuwahhidunmy

fb.com/almuwahhidunmy

instagram.com/almuwahhidunmy

twiter.com/almuwahhidunmy

Ahad, 23 September 2018

DIA (ALLAH) YANG AWAL, YANG AKHIR, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN

Firman Allah SWT:


هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [Surah Al-Hadid 3]


Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata:


وقد اختلفت عبارات المفسرين في هذه الآية وأقوالهم على نحو من بضعة عشر قولا. وقال البخاري قال يحيى: الظاهر على كل شيء علما والباطن على كل شيء علما


"Sesungguhnya para mufassir (ulama tafsir) berbeza pendapat pada ayat ini, pendapat mereka lebih dari sepuluh pendapat. Imam Bukhari berkata bahawa Yahya berkata: Az-Zahir ertinya ialah mengetahui segala sesuatu (yang nampak). Manakala Al-Batin ertinya ialah mengetahui segala sesuatu (yang tersembunyi dalam diri)." (Tafsir Ibnu Kathir)


Dari Suhail berkata:


كَانَ أَبُو صَالِحٍ يَأْمُرُنَا إِذَا أَرَادَ أَحَدُنَا أَنْ يَنَامَ: أَنْ يَضْطَجِعَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ، ثُمَّ يَقُولُ: اللَّهُمَّ، ربّ السموات وَرَبَّ الْأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِي شَرٍّ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّهُمَّ، أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ، وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ.


"Bahawa dahulu Abu Soleh memerintahkan kepada kami jika seseorang dari kami hendak tidur, maka hendaklah dia berbaring pada lambung kanannya, kemudian membaca doa berikut: Ya Allah, Tuhan yang menguasai langit, Tuhan yang menguasai bumi, Tuhan yang menguasai Arasy yang besar. Ya Tuhan kami dan Tuhan yang menguasai segala sesuatu, Yang membelah biji dan benih, Yang menurunkan Taurat, Injil, dan Al-Qur’an, aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan setiap makhluk yang jahat yang ubun-ubunnya berada di genggamanMu. Ya Allah, Engkau adalah Yang Awal, maka tiada sesuatu pun sebelum Engkau; dan Engkau Yang Akhir, maka tiada sesuatu pun sesudah Engkau; dan Engkau Yang Zahir, maka tiada sesuatu pun di atas Engkau; dan Engkau Yang Batin, maka tiada sesuatu pun di bawah Engkau. Maka tunaikanlah dari kami hutang-hutang kami dan berilah kami kecukupan dari kefakiran." (HR. Muslim)


Dr. Said bin Ali bin Wahf Al-Qahtani berkata:


"Al-Awal menunjukkan bahawasanya setiap makhluk selain Allah ada huduth (baharu diciptakan), ada setelah sebelumnya tiada. Seorang hamba hendaklah memperhatikan kurnia TuhanNya dalam setiap nikmat agama dan dunia kerana sebab dan yang memberikan sebab berasal dari Allah SWT. Al-Akhir menunjukkan bahawa Dialah kesudahan dan tempat bergantung semua makhluk dengan menyembah, berharap, takut, dan memohon kepadaNya.


Az-Zahir menunjukkan keagungan sifatNya dan fana (binasanya) segala sesuatu di sisi keagunganNya, sama ada berupa zat mahupun sifat atas uluwNya (ketinggianNya) Al-Batin menunjukkan pengetahuanNya (penglihatanNya) atas segala rahsia yang tersimpan, tersembunyi, samar-samar, dan yang terperinci dari segala sesuatu, sebagaimana menunjukkan atas kesempurnaan Kedekatan Allah. Tidaklah bertentangan antara Az-Zahir dan Al-Batin kerana Allah SWT tiada sesuatu pun yang menyamaiNya dalam segala sifat." (Syarh Asma'illahil Husna fi Dhau-il Kitabi was-Sunnah)


Dr. Muhammad Khalil Harras berkata: 


"Firman Allah Dia Yang Awal dan Akhir menunjukkan adanya penguasaan terhadap waktu (إحاطة زمانية), dan Dia Yang Zahir dan Batin menunjukkan meliputi secara makna (إحاطة معانية) Nama Allah Az-Zahir ini menerangkan bahawasanya Dia Maha Tinggi di atas semha makhlukNya, tiada seorang pun yang melebihi ketinggianNya. 


Maka cakupan isi kandungan ayat tersebut adalah masalah meliputi (pencakupan) kekuasaan. Sifat Awwaliyyah dan Akhiriyyah Allah meliputi segala sesuatu yang awal dan akhir. Manakala sifat Zahiriyyah dan Batiniyyah Allah mencakup setiap yang zahir dan batin. Sifat Awal menunjukkan Allah bersifat qidam dan azali, dan sifat az-Zahir menunjukkan sifat ketinggianNya dan keagunganNya, serta sifat al-Batin menunjukkan sifat Kedekatan dan kebersamaan kepada hambaNya." (Syarah Al-Aqidah Al-Wasitiyyah) 



Selasa, 18 September 2018

BELAJARLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT


Sebahagian pemuda begitu semangat dalam menuntut ilmu. Memang semangat itu perlu dan bagus. Namun ilmu agama itu luas dan sangat banyak sekali. Tidak mungkin seseorang mampu menghafal Al-Quran 30 juzuk dalam masa sehari. Bahkan Nabi SAW juga mengambil masa 23 tahun menerima dan menyampaikan wahyu kepada umat. 


Firman Allah:


 وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا


Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. [Surah Al-Isra' 106]


Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata: "Menurut ulama yang membacanya secara takhfif tanpa tasydid, makna­nya ialah Kami turunkan secara sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit yang terdekat, kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w sesuai dengan kejadian-kejadian yang dialaminya dalam masa 23 tahun. Demikianlah menurut penda­pat Ikrimah, dari Ibnu Abbas." (Tafsir Al-Quran Al-Azhim, penjelasan surah al-Isra' ayat 106)





Imam Ibnu Syihab Az-Zuhri rahimahullah yang merupakan seorang ulama kibar tabi’in, berkata kepada anak muridnya iaitu Yunus bin Yazid:


يا يونس, لا تكابر العلم فإن العلم أودية ، فأيها أخذت فيها قطع بك قبل أن تبلغه ، ولكن خذه مع الأيام والليالي، ولا تأخذ العلم جملة ، فإن من رام اخذه جملة ذهب عنه جملة ، ولكن الشيء بعد الشيء مع الأيام والليالي


“Wahai Yunus janganlah engkau sombong terhadap ilmu. Kerana sesungguhnya ilmu itu bagaikan di tepi jurang bukit. Jika engkau berusaha melaluinya (untuk terus sampai ke penghujungnya), engkau akan terhenti sebelum sampai kepadanya. Akan tetapi laluilah (walau terpaksa memakan masa) berhari-hari. Janganlah engkau mengambil ilmu semua sekaligus, kerana sesungguhnya sesiapa yang mengambil ilmu (secara) semua sekaligus, maka ia akan hilang daripadanya juga secara semua sekaligus. Akan tetapi, ambilah sedikit demi-sedikit, (meskipun terpaksa memakan masa) berhari-hari.” (Jami Bayan al-Ilmi wa Fadhilih, 1/104)


Imam Ahmad rahimahullah pernah ditanya:


إلى متى وأنت مع المحبرة


“Sampai bila engkau masih bersama dengan wadah tinta?”


Beliau menjawab:


مع المحبرة إلى المقبرة


“Bersama wadah tinta sehingga ke liang kubur.”


Maka janganlah kita berhenti dalam meraih ilmu agama. Belajarlah ilmu agama sedikit demi sedikit meskipun sehingga ajal menjemput kita. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita selaku tolabul ilmi untuk terus menerus belajar ilmu agama dan memberikan keistiqamahan dalam menuntut ilmu agama yang mulia ini seterusnya memberikan kekuatan untuk meneruskan usaha dakwah menyampaikannya kepada masyarakat seluruhnya. 


Mohd Safwan bin Mohd Rusydi 

Taman kuala menggatal

Kota Kinabalu, Sabah 

18 September 2018 / 8 Muharram 1440



Jumaat, 7 September 2018

BERNASIB MALANG DISEBABKAN KEMPUNAN/KEPUNAN

BERNASIB MALANG DISEBABKAN KEMPUNAN/KEPUNAN


Firman Allah:


قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19)


Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya". Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau". (Yasin: 18-19)


Allah berfirman tentang kaum Fir'aun:


فَإِذَا جَاءَتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُوا لَنَا هَذِهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَطَّيَّرُوا بِمُوسَى وَمَنْ مَعَهُ أَلا إِنَّمَا طَائِرُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ


Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Al-A'raf: 131)


Dan kaum Nabi Soleh berkata:


اطَّيَّرْنَا بِكَ وَبِمَنْ مَعَكَ قَالَ طَائِرُكُمْ عِنْدَ اللَّهِ


Mereka menjawab: "Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu, dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu!" Nabi Soleh berkata: Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dia lah yang menentukannya, bukannya aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu)". (An-Naml: 47)


Istilah agama sesuatu yang membawa malang atau petanda malang dipanggil Tataiyur


Apa itu tataiyur? Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertataiyur itu adalah syirik.


عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل


"Dari Ibnu Mas'ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Bertataiyur itu syirik, Bertataiyur itu syirik, dan tiada antara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal". (H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair) 


 

Bahaya At-Tatayyur


“At-Tatayyur” dapat menidakkan “At-Tauhid” dari dua sisi:


1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Taala. Padahal Allah Subhanahu Wa Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):


اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ

Allah tempat meminta segala sesuatu. [Al-Ikhlas: Ayat 2]


Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:


فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ


“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)


2. Pelaku “At-Tatayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya saja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).

WASILAH 'ADIYAH (ADAT KEBIASAAN) DALAM BERDAKWAH

Semua wasilah yang mendokong seorang da'i dalam menyampaikan dakwahnya dari perkara-perkara yang merupakan kebiasaan masyarakatnya sesuai tuntutan zaman. 


Tidak diragukan lagi, bahawasanya semua wasilah-wasilah ini hukumnya berkait rapat dengan tujuan yang ingin dicapai.


Sesiapa sahaja yang menggunakannya dalam perkara yang tidak halal, maka hukumnya juga sama dengan tujuan untuk apa digunakannya. Begitu juga jika dimanfaatkan untuk sesuatu yang diredhai Allah, sama ada ucapan dan perbuatan maka hukumnya adalah sama seperti tujuan yang diharapkan tersebut. Penggunaan semua sarana atau wasilah yang berupa material sangat penting dalam dakwah mengajak manusia kembali kepada Allah. 


Adapun pujian Allah bagi orang yang berdakwah dalam firmanNya:


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [Surah Fussilat 33]


Ayat di atas menuntut agar mencontohi Rasulullah s.a.w dalam semua urusannya, dimana baginda s.a.w telah menyampaikan dakwahnya ke seluruh belahan timur dan barat bumi ini dari celah-celah kandungan makna yang mulia dan manhaj yang lurus, uslub yang menarik dan kesungguhan yang tidak pernah putus serta memberi contoh-contoh wasilah yang mubah (harus/boleh) dan memungkinkan. 


Maka hendaklah ke atas setiap da'i (pendakwah) ikut serta dalam program-program agama yang disebarkan melalui radio, televisyen, menulis artikel untuk surat khabar atau majalah. Ini kerana sesungguhnya semua wasilah ini akan tersebar ke seluruh pelusuk rumah-rumah dan selalu bersama menyertai setiap orang termasuklah mereka yang dalam perjalanan (musafir) mereka. 


(*) Nota penting: Acara TV dan selainnya mestilah menepati syarat-syarat yang dikehendaki syarak. Tidak sewenang-wenangnya mengikuti program-program yang ada percampuran antara halal dan haram. 


Wallahua'lam 


(Sumber: Diringkaskan dari Kitab Asas Manhaj As-Salaf fid-Da'wah ilallah, karya Fawwaz bin Hulayil bin Rabah As-Suhaimi)


https://t.me/almuwahhidunmy

Sabtu, 14 Julai 2018

KISAH HAATIM Al-ASHAM PERGI HAJI

Haatim al-Asham (*) termasuk di antara pembesar orang-orang soleh. Hatinya sudah rindu ingin menunaikan haji pada suatu tahun di antara tahun-tahun yang ada. Namun dia belum jua memiliki biaya untuk menunaikan haji, tidak boleh mengadakan perjalanannya, bahkan haji itu tidak wajib tanpa meninggalkan biaya hidup bagi anak-anaknya tanpa keredhaan mereka.
Ketika waktu yang dijanjikan telah tiba, puterinya melihat dirinya bersedih dan menangis, sedang kesolehan terdapat pada puterinya tersebut. Dia berkata kepadanya, “Wahai ayahku, apa gerangan yang membuat engkau menangis?
Dia berkata, “Haji telah tiba.”
“Lalu mengapa engkau tidak pergi haji?” tanya sang puteri.
“Nafkah” jawab sang ayah.
“Allah yang akan memberikan engkau rezeki,” jawab si puteri.
“Lalu apa nafkah kalian?” tanya sang ayah lagi.
“Allah yang akan memberikan kami rezeki,” jawab sang puteri.
“Tetapi perkara ini terpulang kepada ibumu,” kata sang ayah.
Pergilah puterinya tersebut untuk mengingatkan Sang ibu. Hingga akhirnya, ibu dan anak-anak lelakinya berkata kepada Hatim, “Pergilah haji, Allah yang akan memberikan kami rezeki.”
Hatim pun berangkat pergi haji. Dia hanya meninggalkan nafkah untuk tiga hari buat mereka.
Dia berangkat pergi haji sementara tidak ada sesen pun harta bersamanya yang dapat digunakan untuk mencukupi keperluannya. Dia berjalan di belakang kafilah. Di awal perjalanan, seekor kalajengking menyengat pemimpin kafilah, membuat mereka bertanya siapa yang dapat meruqyah dan mengubatinya. Mereka pun mendapati Hatim. Lantas dia meruqyahnya sehingga Allah menyembuhkan pemimpin kafilah dari kebinasaannya.
Pimpinan kafilah berkata, “Nafkah pulang dan pergi (Haatim), saya yang akan menanggungnya.”
Haatim pun berdoa, “Ya Allah, ini adalah pemeliharaanMu kepadaku, maka perlihatkanlah pemeliharaanMu kepada keluargaku.”
Setelah berlalu masa tiga hari sementara nafkah yang ditinggalkan di sisi anak-anak telah kehabisan. Mulailah rasa lapar menyelubungi mereka, sehingga mereka mulai mencela si anak perempuan. Namun dia hanya tertawa. Mereka berkata, “Apa yang membuatmu tertawa sementara rasa lapar hampir membunuh kita.” Dia balik bertanya, “Ayah kita ini Razzaq (Yang Memberi Rezeki) atau yang memakan rezeki?”
“Yang memakan rezeki, kerana ar-Razzaq itu hanyalah Allah,” jawab mereka.
“Kalau begitu telah pergi yang memakan rezeki dan tinggallah Yang Memberi Rezeki (ar-Razzaq),” jawab anak perempuan.
Ketika dia tengah berbicara dengan mereka, tiba-tiba pintu diketuk. “Siapa di pintu?” tanya mereka.
“Sesungguhnya Amirul Mukminin (gelaran bagi khalifah atau pemimpin negara - penyunting) meminta air minum kepada kalian,” jawab si pengetuk pintu.
Kemudian, mereka pun memenuhkan bekas dengan air. Minumlah Sang Khalifah, maka dia merasakan kelazatan pada air tersebut yang belum pernah dirasakannya. Dia bertanya, “Dari mana kalian mendapatkan air ini?” “Dari rumah Haatim,” jawab mereka. “Kalian panggil dia supaya aku dapat membalas budinya,” perintah Khalifah. “Dia sedang menunaikan haji,” jawab mereka. Maka Amirul Mukminin melepaskan tali pinggangnya –dan itu merupakan tali pinggang yang dibuat dari kain tenun mewah yang bertabur permata– seraya berkata, “Ini untuk mereka (keluarga Haatim).” Kemudian dia berkata, “Sesiapa yang memiliki tangan atasku –iaitu sesiapa yang mencintaiku-?” Maka setiap menteri dan pedagang melepaskan tali pinggang mereka untuk mereka hingga bertompuklah tali pinggang-tali pinggang tersebut. Kemudian salah seorang pedagang membeli semua tali pinggang tersebut dengan emas sepenuh rumah yang dapat mencukupkan keperluan mereka (keluarga Haatim) hingga ajal menjemput, lalu mengembalikan lagi tali pinggang-tali pinggang itu kepada mereka (para pemiliknya).
Mereka (keluarga Haatim) membeli makanan dan tertawa ceria. Namun si anak perempuan pula menangis. Sang ibu berkata kepadanya, “Keadaanmu sungguh menghairankan wahai puteriku. Ketika kami menangis kerana lapar, kamu malah tertawa. Namun ketika Allah telah memberikan jalan keluar kepada kita, kamu malah menangis?!”
Sang anak menjawab, “Makhluk yang tidak menguasai manfaat mahupun madharat untuk dirinya sendiri ini (iaitu Khalifah) melihat kepada kita dengan pandangan hiba yang mencukupkan kita dari kematian, lalu bagaimana kiranya dengan Raja segala raja?!”
Itulah kepercayaan (thiqah) kepada Allah.
Itulah kepercayaan kepada ar-Razzaaq yang memiliki kekuatan lagi sangat kukuh.
Itulah kekuatan iman dan kekuatan tawakkal kepada Allah.
Maha suci Allah, di mana kita dibanding mereka?!
Ketika Allah memilih engkau untuk menempuh jalan hidayahNya, bukanlah kerana engkau istimewa atau kerana ketaatan yang engkau kerjakan! Namun itu semata rahmat dariNya yang menyelimutimu. Boleh jadi, Allah akan mencabutnya darimu bila-bila saja. Oleh kerana itu, janganlah engkau tertipu dengan amalanmu mahupun ibadahmu! Janganlah engkau kira kecil amalan orang-orang yang telah sesat dari jalanNya!
Seandainya bukan kerana rahmat Allah kepadamu, nescaya engkau sudah menduduki tempatnya.
Ulangilah membaca kisah ini dengan perlahan dan tenang!
Dari fawaid asy-Syaikh Fawwas al-Madkhali hafizhahullah. Dinukil dari Sahab (http://www.sahab.net/forums/index.php?showtopic=137426)
Sumber : Majmu’ah an-Nahjul Wadhih
Alih bahasa : Syabab Forum Salafy

(*) Haatim Al-Asham seorang yang zuhud yang menjadi teladan Rabbani. Nama sebenar beliau Haatim bin 'Unwan bin Yusuf, kuniah (gelaran) beliau Abu Abdurrahman. Dikatakan selain beliau seorang zuhud, yang mempunyai kata-kata yang Jalil (mulia), wa'iz (pemberi nasihat) yang berhikmah, beliau juga dikatakan sebagai "Luqman Hazihi Al-Ummah" maksudnya Luqman (al-Hakim) bagi umat ini. Berkata Abul Qasim bin Mandah, dan Abu Tahir As-Salafi: Haatim Al-Asham wafat pada tahun 237 Hijrah. (Siyar A'lam An-Nubala, Az-Zahabi).

Disunting oleh: Mohd Safwan B. Mohd Rusydi

Selasa, 10 Julai 2018

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


Diantara adab-adab yang sepatutnya diperhatikan ketika seseorang menuntut ilmu:

1.  Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu

Dalam menuntut ilmu kita hendaklah ikhlas kerana Allah Ta’ala dan seseorang tidak akan mendapat ilmu yang bermanfaat jika dia tidak ikhlas kerana Allah. 

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ 

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.” (Al-Bayyinah: 5)

Orang yang menuntut ilmu bukan kerana mengharap wajah Allah termasuk orang yang pertama kali dipanaskan api neraka untuknya. Rasulallah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Sesiapa yang menuntut ilmu syar’i yang sepatutnya dia lakukan untuk mencari wajah Allah dengan ikhlas, namun tidak dia melakukannya melainkan untuk mencari keuntungan duniawi, maka dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat.” (HR. Ahmad)

2.  Rajin berdoa kepada Allah Ta’ala, memohon ilmu yang bermanfaat

Hendaklah setiap penuntut ilmu sentiasa memohon ilmu yang bermanfaat kepada Allah Ta’ala dan memohon pertolongan kepadaNya dalam mencari ilmu serta selalu rasa memerlukanNya.

Rasulallah shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan kita untuk selalu memohon ilmu yang bermanfaat kepada Allah Ta’ala dan berlindung kepadaNya dari ilmu yang tidak bermanfaat, kerana berapa banyak kaum Muslimin yang mempelajari ilmu yang tidak bermanfaat, seperti mempelajari ilmu filsafat (falsafah), ilmu kalam, ilmu hukum sekular, dan selainnya.
3.  Bersungguh-sungguh dalam belajar dan selalu merasa dahagakan ilmu

Dalam menuntut ilmu diperlukan kesungguhan. Tidak layak para penuntut ilmu bersikap malas dalam menuntutnya. Kita akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat dengan izin Allah apabila kita bersungguh-sungguh dalam mencarinya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam barsabda:

Dua orang rakus yang tidak pernah kenyang: iaitu (1) orang yang rakus terhadap ilmu dan tidak pernah kenyang dengannya dan (2) orang yang rakus terhadap dunia dan tidak pernah kenyang dengannya.” (HR. Al-Baihaqi)

4.  Menjauhkan diri dari dosa dan maksiat dengan bertakwa kepada Allah Ta’ala

Seseorang akan terhalang dari ilmu yang bermanfaat disebabkan banyak melakukan dosa dan maksiat. Sesungguhnya dosa dan maksiat dapat menghalangi ilmu yang bermanfaat, bahkan dapat mematikan hati, merosakkan kehidupan serta mengundang siksa dari Allah Ta’ala.

5.  Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu dalam menuntut ilmu

Sombong dan malu menyebabkan pelakunya tidak akan memperolehi ilmu selagimana kedua sifat tersebut masih terdapat di dalam dirinya.

Imam Mujahid rahimahullah berkata:

لاَ يَتَعَلَّمُ الْعِلْمَ مُسْتَحْىٍ وَلاَ مُسْتَكْبِرٌ

“Dua orang yang tidak belajar ilmu: seorang pemalu dan seorang yang takbur.” (HR. Bukhari secara muallaq)

6.  Mendengarkan baik-baik pelajaran yang disampaikan guru

Allah Ta’ala berfirman: 

 فَبَشِّرْ عِبَادِ (17) الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ (18)
 
“...Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu - Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar: 17-18)

7.  Diam ketika pelajaran disampaikan

Ketika belajar dan mengkaji ilmu tidak boleh bercakap-cakap perkara yang tidak bermanfaat, tanpa ada keperluan, dan tidak berkaitan dengan ilmu yang disampaikan, tidak boleh berbual-bual. Allah Ta’ala berfirman:

 وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-A’raaf: 204)

8.  Berusaha memahami ilmu yang disampaikan

Tips memahami pelajaran yang disampaikan: mencari tempat duduk yang tepat di hadaapan guru, memperhatikan penjelasan guru dan bacaan murid yang berpengalaman. Bersungguh-sungguh untuk mengikat (mencatat) faedah-faedah pelajaran, tidak banyak bertanya ketika pelajaran disampaikan, tidak membaca satu kitab kepada banyak guru pada waktu yang sama, mengulang pelajaran setelah pengajian selesai dan bersungguh-sungguh mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

9.  Menghafal ilmu yang disampaikan

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

نضَّر الله امرأً سَمِع مقالتي فوَعَاها وحَفِظها وبَلَّغها، فرُبَّ حامل فِقْه إلى مَن هو أفقه منه


Semoga Allah memberikan cahaya kepada wajah orang yang mendengarkan sabdaku lalu dia memahaminya dan menghafalnya kemudian menyampaikannya. Berapa banyak orang yang menyampaikan ilmu kepada orang yang lebih faham darinya.” (HR At-Tirmizi).

Dalam hadis tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa kepada Allah Ta’ala agar Allah memberikan cahaya pada wajah orang-orang yang mendengar, memahami, menghafal, dan mengamalkan sabda baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka kita juga diperintahkan untuk menghafal pelajaran-pelajaran yang bersumber dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

10.  Mengikat ilmu atau pelajaran dengan tulisan

Ketika belajar, seorang penuntut ilmu hendaklah mencatat pelajaran, point-point penting, faedah dan manfaat dari ayat, hadis dan perkataan para sahabat serta ulama, atau berbagai dalil bagi suatu permasalahan yang dibahaskan oleh seorang guru. Ianya bertujuan agar ilmu yang disampaikannya tidak hilang dan terus melekat dalam ingatannya setiap kali dia mengulangi pelajarannya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

قيدوا العلم بالكتاب

Ikatlah ilmu dengan tulisan” (HR. Ibnu ‘Abdil Barr)

11.  Mengamalkan ilmu  yang telah dipelajari

Sesiapa sahaja yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan, nescaya diharamkannya dari mendapat keberkatan ilmu, kemuliaan, serta ganjaran pahalanya yang besar.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Perumpamaan seorang alim yang mengajarkan kebaikan kepada manusia, kemudian dia melupakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya) adalah seperti lampu (lilin) yang menerangi manusia, namun membakar dirinya sendiri.” (HR At-Tabrani)

Ubai bin Ka’ab radhiallahu ‘anhu berkata: “Hendaklah kamu menuntut ilmu pengetahuan dan beramallah dengannya. Janganlah kamu menuntut ilmu untuk berhias-hias dengannya kerana akan tiba suatu masa nanti ada orang yang akan menghiasi dirinya dengan ilmu sebagaimana mereka berhias dengan pakaiannya.” (Jami’ Bayan Al-‘Ilmi wa Fadhlihi, 2/6)

‘Ali bin Abi Talib radhiallahu ‘anhu berkata: “Wahai orang yang berilmu, beramallah kamu dengannya. Sesungguhnya orang yang ‘alim itu ialah mereka yang berilmu, kemudian beramal dan amalannya bertepatan dengan ilmunya. Dan akan muncul golongan ilmuan yang tidak beramal dengan ilmunya, zahirnya menyalahi batinnya, dan ilmunya menyalahi amalannya. Mereka menyertai beberapa halaqah pengajian, tetapi setengahnya berbangga terhadap setengah yang lain, sehingga didapati seseorang itu marah kepada murid yang duduk belajar bersamanya kerana pergi belajar kepada orang lain dan meninggalkannya, mereka itu tidak diangkatkan amalannya pada majlis itu kepada Allah Azza wa Jalla.” (Jami’ Bayan Al-‘Ilmi wa Fadhlihi, 2/7)

12.  Menyampaikan ilmu dengan berdakwah

Dakwah yang paling utama disampaikan adalah kepada ahli keluarga dan kerabat kita, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”  (At-Tahrim: 6).

Perlu diperhatikan bagi seorang penuntut ilmu, dakwah yakni mengajak manusia ke jalan Allah merupakan kedudukan yang mulia dan utama bagi seorang hamba, maka hal itu tidak dapat dilakukan melainkan dengan ilmu. Dengan ilmu, seseorang akan dapat berdakwah dengan ilmu yang dimilikinya.

(*) Di atas ini adalah beberapa adab dalam menuntut ilmu yang merupakan nota edaran (hand-out) kepada pelajar UMS pada ceramah saya di Surau Nur-Eman Kampung E, Universiti Malaysia Sabah. Semoga mendapat manfaat darinya.