Isnin, 11 Oktober 2010

Mencari Ilmu Dan Kesabaran

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

الطلب لقاح الإيمان، فإذا اجتمع الإيمان والطلب أثمرا العمل الصالح‏.‏

Mencari ilmu adalah benih keimanan. Jika keimanan bertemu dengan pencarian ilmu tadi maka akan membuahkan amalan soleh.

وحسن الظن بالله لقاح الافتقار والاضطرار إليه، فإذا اجتمعا أثمرا إجابة الدعاء‏.‏ 

Berbaik sangka kepada Allah Ta’ala adalah benih perasaan perlu kepada-Nya. Jika keduanya bertemu akan membuahkan terkabulnya doa.

والخشية لقاح المحبة ، فإذا اجتمعا أثمرا امتثال الأوامر واجتناب المناهي‏.‏ والصبر لقاح اليقين، فإذا اجتمعا أورثا الإمامة في الدين

Rasa takut adalah benih kecintaan. Jika keduanya bertemu akan mewariskan kepemimpinan dalam agama.

قال تعالى

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ


Allah Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.” (As-Sajdah: 24)

 وصحة الاقتداء بالرسول لقاح الإخلاص، فإذا اجتمعا أثمرا قبول العمل والاعتداد به ‏.‏

Benarnya sikap mencontohi Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam merupakan benih keikhlasan. Jika keduanya bertemu akan membuahkan diterima dan diperhitungkannya amalan.

والعمل لقاح العلم، فإذا اجتمعا كان الفلاح والسعادة ، وإن انفرد أحدهما عن الآخر لم يفد شيئا‏.‏ 

Amal adalah benih ilmu. Jika keduanya bertemu maka akan wujud kemenangan dan kebahagiaan. Jika terpisah satu dengan yang lainnya tidak akan memberi manfaat apa-apa.

والحلم لقاح العلم، فإذا اجتمعا حصلت سيادة الدنيا والآخرة وحصل الانتفاع بعلم العالم ، وإن انفرد أحدهما عن صاحبه فات النفع والانتفاع ‏.

Kelembutan adalah benih ilmu. Jika keduanya bertemu maka akan meraih kepemimpinan di dunia dan di akhirat, dan akan wujud kemanfaatan ilmu dari seorang yang ‘alim. Jika salah satu terpisah dari yang lainnya maka akan hilang manfaat dan kemanfaatan ilmu tersebut.

والعزيمة لقاح البصيرة ، فإذا اجتمعا نال صاحبهما خير الدنيا والآخرة وبلغت به همته من العلياء كل مكان، فتخلف الكمالات إما من عدم البصيرة وإما من عدم العزيمة ‏.‏ 

Kesungguhan adalah benih ilmu. Jika keduanya bertemu maka pemiliknya akan meraih kebaikan dunia dan akhirat, dan akan mencapai puncak tertinggi dari setiap posisi yang mulia. Maka tertinggalnya seseorang dari kesempurnaan-kesempurnaan tadi boleh jadi kerana tidak adanya ilmu, boleh jadi pula kerana tidak adanya kesungguhan.

وحسن القصد لقاح لصحة الذهن ، فإذا فقدا فقد الخير كله، وإذا اجتمعا أثمرا أنواع الخيرات ‏.‏ 

Niat yang baik merupakan benih sihatnya akal. Jika tidak ada niat yang baik maka hilang seluruh kebaikan. Jika keduanya (niat yang baik dan akal yang sihat) bertemu maka akan meraih kemenangan dan bahagian yang banyak.


وصحة الرأي لقاح الشجاعة، فإذا اجتمعا كان النصر والظفر ، وإن فقدا فالخذلان والخيبة، وإن وجد الرأي بلا شجاعة فالجبن والعجز، وإن حصلت الشجاعة بلا رأي فالتهور والعطب ، والصبر لقاح البصيرة ، فإذا اجتمعا فالخير في اجتماعهما‏.

Jika didapati suatu kecerdasan tanpa adanya keberanian, maka hal itu merupakan sifat penakut dan kelemahan. Jika ada keberanian tanpa didokong dengan kecerdasan maka yang ada kekacauan dan kerosakan. Kesabaran adalah benih ilmu. Jika keduanya bertemu maka seluruh kebaikan ada pada pertemuan keduanya.

قال الحسن‏: إذا شئت أن نرى بصيرا لا صبر له رأيته، وإذا شئت أن ترى صابرا لا بصيرة له رأيته، فإذا رأيت صابرا بصيرا فذاك

Al-Hasan Al-Basri (rahimahullah) berkata: “Jika engkau ingin melihat orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai kesabaran maka lihatlah dia. Dan jika engkau ingin melihat orang yang sabar tetapi tidak mempunyai ilmu maka lihatlah dia. Dan jika engkau melihat orang yang sabar dan berilmu, maka itulah orang yang berbahagia.”

والنصيحة لقاح العقل، فكلما قويت النصيحة قوى العقل واستنار‏.

Nasihat adalah benih bagi akal. Semakin kuat nasihat maka akal semakin kuat dan bercahaya.

والتذكر والتفكر كل منهما لقاح الآخر، إذا اجتمعا أنتجا الزهد في الدنيا والرغبة في الآخرة‏.‏ والتقوى لقاح التوكل ، فإذا اجتمعا استقام القلب ‏.‏.

Mengingat dan berfikir keduanya merupakan benih bagi yang lainnya. Jika keduanya bertemu maka akan melahirkan sikap zuhud terhadap dunia dan kecintaan kepada akhirat. Ketakwaan adalah benih tawakkal. Jika keduanya bertemu maka hati akan menjadi istiqamah.

ولقاح أخذ أهبة الاستعداد للقاء قصر الأمل، فإذا اجتمعا فالخير كله في اجتماعهما والشر في فرقتهما‏.

Mengambil (memanfaatkan) kurnia adalah persiapan untuk bertemu dengan istana yang diangankan. Jika keduanya bertemu maka seluruh kebaikan ada pada pertemuan keduanya, serta keburukan ada pada perpisahan keduanya.

ولقاح الهمة العالية النية الصحيحة ، فإذا اجتمعا بلغ العبد غاية المراد‏.‏ 

Benih dari ketinggian cita-cita adalah niat yang benar. Jika keduanya bertemu seorang hamba akan tercapai puncak keinginannya.

الفوائد_الإمام شمس الدين أبي عبد الله بن قيم الجوزية
[Al-Fawaid, Al-Imam Syamsuddin Abi Abdullah bin Qayyim Al-Jauziyah]