Khamis, 8 Julai 2010

Sikap Asy-Syeikh Muqbil terhadap Osama bin Laden

SIKAP ‘ULAMA BESAR YAMAN ASY-SYEIKH MUQBIL BIN HADI AL-WADI’I rahimahullah
Terhadap
Usamah bin Laden
(Pimpinan Al-Qaedah, Gerakan Terorisme - Khawarij International)

Dalam sebuah pertemuan bersama ‘Allamatul Yaman Asy-Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i, dalam surat khabar Ar-Ra’yul ‘Am Kuwait pada tanggal 19 Desember 1998 edisi 11.503, beliau berkata :

“Aku berlepas diri di hadapan Allah dari (kesesatan) Bin Laden. Dia merupakan kejahatan dan musibah terhadap umat ini, dan aktivitinya adalah aktiviti kejahatan.”

Dalam pertemuan yang sama, seorang penanya berkata:

“Kami dapati kaum muslimin selalu dihadapkan dengan tekanan-tekanan di negeri-negeri barat hanya dengan sebab adanya pengeboman di mana saja terjadi di alam ini?“

Asy-Syeikh Muqbil rahimahullah menjawab:

“Saya mengetahui perkara itu, dan saya telah dihubungi oleh beberapa ikhwan dari negera Inggeris yang mengeluh terhadap tekanan-tekanan yang mereka alami. Mereka bertanya apakah boleh mengumumkan sikap berlepas diri mereka dari Usamah bin Laden. Maka aku menjawab :

Kami semua berlepas diri darinya dan aktiviti-aktivitinya sejak dahulu sebelum ini. Dan realiti menyaksikan bahawa muslimin (yang hidup) di negeri-negeri barat tertekan dengan sebab adanya gerakan-gerakan yang berperanan dalam kelompok Al-Ikhwanul Muslimun dan kelompok-kelompok yang lainnya. Wallahul Musta’an.“

Penanya tersebut berkata: “Tidakkah engkau memberikan nasihat kepada Usamah bin Laden?“

Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah menjawab:

“Aku telah mengirim beberapa kritikan (kepada Usamah bin Laden), tetapi wallahua’lam apakah nasihat-nasihat tersebut telah sampai kepadanya ataukah tidak. Telah datang kepadaku utusan dari mereka yang menawarkan bantuan pada kami untuk berdakwah. Namun setelah itu kami dikejutkan dengan sikap mereka yang mengirimkan sejumlah wang dan meminta kepada kami untuk membahagikannya kepada para pimpinan kabilah untuk pembelian kereta kebal dan senjata-senjata. Aku menolak tawaran mereka dan aku meminta kepada mereka untuk tidak datang lagi di kediamanku. Kemudian aku jelaskan kepada mereka bahawa aktiviti kami adalah aktiviti dakwah sahaja. Dan kami sekali-kali tidak akan mengizinkan kepada murid-murid kami untuk melakukan kegiatan selain dakwah.”

--selesai dari Majalah Ar-Ra’yul ‘Am–

* * *

Asy-Seaikh Muqbil juga berkata dalam kitabnya Tuhfatul Mujib, hasil transkrip sebuah ceramah beliau tertanggal 18 Safar 1417 H. dengan judul: “Di Sebalik Peristiwa Pengeboman di bumi Al-Haramain”:

“…begitu juga adanya penyandaran perkara-perkara umat kepada orang-orang jahil. Sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari ‘Abdullah bin ‘Amr radiallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alahi wa sallam berkata:

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَ لَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ، حَتىَّ إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا، اِتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْسًا جُهًّالاً، فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَ أَضَلُّوا

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta dicabut dari hati-hati manusia. Akan tetapi Allah mencabutnya dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila Allah tidak lagi meninggalkan seorang ‘ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang jahil, kemudian para pimpinan tersebut akan ditanya maka mereka berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan." [HR. Al Bukhari dan Muslim]

Seperti apa yang pernah dikatakan, bahawa seorang alim ini tidak mengetahui tentang realiti umat sedikitpun, atau digelar dengan seorang alim yang jumud, hal itu dalam rangka menjauhkan umat dari para ‘ulama tersebut, sebagaimana pernah dimuatkan dalam majalah “As-Sunnah” [1]) –sepatutnya majalah tersebut diberi nama dengan majalah “Al-Bid’ah“– yang telah nampak permusuhannya yang sangat besar terhadap ahlus sunnah sejak pecahnya perang teluk (th. 1990-1991 M).

Aku pun berkata, sesungguhnya kaum muslimin ketika mereka mulai meninggalkan sikap ruju’ (mengembalikan setiap permasalahan mereka) kepada para ‘ulama, akhirmya mereka tersesat. Hal ini sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala:

و إذا جاءهم أمر من الأمن أو الخوف أذاعوا به، و لو ردوه إلى الرسول و إلى أولي الأمر منهم لعلمه الذين يستنبطونه منهم و لو لا فضل الله عليكم و رحمته لاتبعتم الشيطان إلا قليلا

Maksudnya: "Jika datang kepada mereka suatu berita tentang ketenteraman atau ketakutan (kekacauan) mereka segera menyiarkannya/menyebarkannya. Seandainya mereka mahu menyerahkan (jawapan) perkara tersebut kepada Rasul dan Ulil Amri (para ‘ulama) di tengah-tengah mereka, maka tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya akan mengetahuinya dari mereka (yakni Rasul dan para ‘ulama). Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat Allah pada kamu, tentu kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja di antara kamu." [An Nisa : 83]

Yang dimaksud Ulil Amri pada ayat tersebut adalah para ‘ulama dan para umara’ (para penguasa) serta para ‘uqala (orang yang memiliki akal yang bersih) yang soleh.

Begitu juga peristiwa yang terjadi pada masa Qarun, ketika dia keluar di hadapan kaumnya dengan menampilkan segala kekayaannya, maka orang-orang yang cinta dunia menyatakan:


يا ليت لنا مثل ما أوتي قارون إنّه لذو حظّ عظيم * وقال الّذين أوتوا العلم ويلكم ثواب الله خير لمن آمن وعمل صالحًا ولا يلقّاها إلاّ الصّابرون

Maksudnya: ‘Semoga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia (Qarun) benar-benar mempunyai keuntungan yang besar’. (Namun) ahlul ilmi berkata  ‘Kecelakaan yang besar bagimu, pahala yang Allah berikan adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala tersebut, kecuali oleh orang-orang yang sabar. [Al-Qashash: 79-80]

Sementara para ulama meletakkan semua perkara sesuai pada tempatnya masing-masing. Allah subhanahu wa ta’ala juga berfirman:

وتلك الأمثال نضربها للنّاس وما يعقلها إلاّ العالمون

Maksudnya: "Dan itulah permisalan-permisalan yang Kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu." [Al ‘Ankabut : 43]

 إنّ في ذلك لآيات للعالمين

Maksudnya: "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berilmu." [Ar Rum : 22]

إنما يخشى الله من عباده العلماء

Maksudnya: "Sesungguhnya di antara hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para ulama." [Fathir: 28]

يرفع الله الذين آمنوا منكم و الذين أوتوا العلم درجات

Maksudnya: "Allah meninggikan orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan lmu di antara kamu dengan beberapa darjat." [Al Mujadalah : 11]

Yang diangkat darjatnya oleh Allah subhanahu wa ta’ala para ulama atau mereka yeng menyeru dan melakukan gerakan revolusi serta perebutan kuasa??! Telah disebutkan di dalam Sahih Al-Bukhari dari sahabat Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya:


مَتىَ السَّاعَةُ؟… فقال : إِذَا وُسِّدَ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Bilakah berlakunya Hari Kiamat? Baginda menjawab: “Jika setiap urusan telah diserahkan kepada mereka yang bukan dari ahlinya, maka tunggulah saat kedatangan Hari Kiamat tersebut.” [2])

Kebanyakan para pimpinan parti (kelompok-kelompok) adalah orang-orang jahil. Di antara contoh-contoh fitnah (yang menimpa kaum muslimin) adalah fitnah yang sudah hampir menguasai Yaman yang dihembuskan oleh Usamah bin Laden, yang apabila datang seseorang mengatakan kepadanya: “Kami memerlukan dana senilai 20 ribu Riyal Saudi untuk membangun sebuah masjid di suatu tempat tertentu.” Maka dia (Bin Laden) akan menjawab: “Kami tidak memiliki kemampuan untuk menyediakan dana tersebut. Insya Allah kami akan memberikan sedaya termampu kami.” Namun apabila dikatakan kepadanya: “Kami memerlukan kereta kebal, senjata-senjata, dan lain-lain.” (Serta merta) dia akan menjawab: “Silahkan ambil dana ini yang senilai 100 ribu Riyal Saudi (atau lebih) dan Insya Allah akan menyusul tambahan berikutnya.”

Asy-Syeikh Muqbil juga berkata di dalam kitab yang sama:

“…Lalu bagaimana pula dengan mereka-mereka yang telah membunuh 20 orang Amerika tetapi dengan itu mereka menakut-nakutkan penduduk negeri muslimin secara menyeluruh. Maka wajib bagi kita untuk membekalkan bagi para pelajar dan para pemuda yang kejam (tidak beradab) dengan ilmu, dan didatangkan untuk mereka para ‘ulama yang akan membimbing mereka, seperti Asy-Syeikh Bin Baz, Asy-Syeikh Ibnu ‘Utsaimin, Asy-Syeikh Rabi’ bin Hadi, Asy-Syeikh Sholeh Al-Fauzan dan yang semisalnya dari kalangan para ulama yang mulia untuk menjelaskan kepada umat bahawasanya urusan agama ini tidak boleh diambil dari orang yang seperti Usamah bin Laden dan Al-Mis’ari atau yang lainnya. Tetapi perkara agama ini hendaklah diambil dari kalangan ‘ulama. …. Bahkan sesungguhnya umat ini masih sangat memerlukan seribu ulama seperti Asy-Syeikh Bin Baz, dan seribu ulama lain seperti Asy-Syeikh Al-Albani.”

(Dari buku Mereka Adalah Teroris, Pustaka Qaulan Sadida, hal. 270 - 274/cet. II)
_______________________________________________
[1] Iaitu majalah milik kelompok As-Sururiyyah, pengikut Muhammad Surur Zainal ‘Abidin, salah satu senior Imam Samudra (teroris pelaku Bom Bali) yang tinggal di negeri kafir Inggeris. Majalah ini merupakan salah satu corong gerakan terorisme Internasional.

[2] HR. Al-Bukhari no. 59, 6496.

Disunting oleh: Abu Soleh
Sumber: http://www.merekaadalahteroris.com/mat/?p=69