Selasa, 13 Oktober 2009

Solat Wanita dan Kekhususannya

 Syaikh Sholeh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan

 Azan dan Iqomah

Tidak disyariatkan bagi kaum wanita untuk melaksanakan azan dan iqamat baik di dalam perjalanan musafir ataupun tidak. Azan dan iqamat merupakan hal yang dikhususkan bagi kaum lelaki sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ibnu Qudamah di dalam kitabnya Al-Mughni mengatakan, "Dalam perkara ini sepengetahuanku tidak ada perbezaan pendapat antara ulama."

Pakaian Wanita Ketika Solat

Tubuh wanita seluruhnya aurat kecuali wajahnya. Tentang kedua telapak tangannya dan kedua kakinya terdapat perbezaan pendapat. Itu semua dalam keadaan tidak dilihat lelaki yang bukan mahramnya. Apabila dilihat olehnya maka wajib baginya menutupi dirinya seperti halnya di luar solat, dia wajib menutupi dirinya dari pandangan lelaki. Di dalam solat bagi wanita wajib menutupi kepala, leher, dan bahagian tubuh lainnya hingga belakang kedua telapak kakinya.

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda, "Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid (baligh) kecuali bila dia mengenakan kerudung (dalam solatnya)”. (HR. Abu Dawud no. 641 dan selainnya dari hadis Aisyah) [1]

Ummu Salamah Radhiallahu’anha pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam: “Apakah wanita boleh solat dengan mengenakan baju kurung dan kerudung?” Baginda Shallallahu’alaihi wasallam menjawab, “(Boleh), jika baju kurung itu luas/lapang hingga menutupi belakang kedua telapak kakinya”. (HR. Abu Dawud no. 640) [2]

Dua hadis di atas menunjukkan bahawa wanita dalam solatnya wajib menutupi kepala dan lehernya sebagaimana yang dapat disimpulkan dari hadis ‘Aisyah. Dan menutup bahagian-bahagian lain dari tubuhnya hingga belakang kedua telapak kakinya sebagaimana yang dapat disimpulkan dari hadis Ummu Salamah. Dan dibolehkan dia membuka wajahnya manakala tidak dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya berdasarkan ijma' para ulama.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah berkata dalam majmu' al-Fatawa (XXII/113-114), "Wanita jika solat sendirian dia diperintahkan berkerudung. Di rumahnya, sewaktu di luar solat, dia boleh membuka kepalanya. Maka mengenakan kesempurnaan pakaian (ketika solat) yang hal itu adalah perhiasan dalam solat adalah kewajiban yang mesti dilakukan seorang hamba kepada Allah Ta'ala. Oleh sebab itu tidak boleh seseorang tawaf mengelilingi Ka'bah dengan tanpa pakaian meskipun sendirian di waktu malam. Tidak boleh baginya solat tanpa pakaian meskipun sendirian."

Selanjutnaya beliau mengatakan, "Aurat di dalam solat tidak ada kaitannya dengan aurat pandangan baik secara langsung mahupun tidak langsung."

Ibnu Qudamah dalam al-Mughni (II/238) mengatakan, "Wanita merdeka wajib menutup seluruh tubuhnya dalam solat. Jika tersingkap satu bahagian sahaja dari tubuhnya maka tidak sah solatnya kecuali hanya sedikit. Imam Malik, al-Auza'i dan asy-Syafi'i juga berpendapat demikian."

Imam Wanita Dalam Solat Bersama Wanita

Wanita dalam solat berjamaah sesama wanita diimami oleh salah seorang dari mereka. Dalam perkara ini ada perbezaan pendapat antara para ulama. Ada yang melarang dan ada yang membolehkan. Jumhur ulama berpendapat bahawa hal itu tidak mengapa berdasarkan hadis, bahawasanya nabi Shallallah'alaihi wasallam menyuruh Ummu Waraqah untuk mengimami keluarganya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa itu tidak disunnahkan. Sebahagian mereka berpendapat bahawa hal itu makruh. Sebahagian lagi berpendapat bahawa itu boleh dalam solat sunnat, bukan dalam solat fardhu. Barangkali pendapat yang kuat adalah pendapat yang mengatakan bahawa hukum solat berjama'ah bagi kaum wanita dengan diimami oleh salah seorang diantara mereka adalah mustahab (harus). Wanita yang menjadi imam dalam solat berjama'ah ini harus mengeraskan suaranya saat membaca ayat-ayat Al-Qur'an dan tidak boleh didengari oleh kaum lelaki yang bukan mahramnya.

Keluarnya Wanita Untuk Ikut Solat Berjamaah di Masjid

Dibolehkan bagi wanita keluar rumah untuk solat berjamaah di masjid bersama kaum lelaki. Sedang solat wanita di rumah adalah lebih baik. Dalam Sahih Muslim:

إِذَا اسْتَأْذَنَتِ امْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعْهَا

“Apabila isteri salah seorang dari kalian meminta izin untuk ke masjid, maka janganlah melarangnya.” (HR. Al-Bukhari no. 873 dan Muslim no. 442)

Dan baginda Shallallahu'alaihi wasallam menyatakan:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَََََََ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

“Janganlah kalian mencegah hamba-hamba perempuan Allah dari masjid-masjid Allah.” (HR. Al-Bukhari no. 900 dan Muslim no. 442)

Mereka menetap dan solat di rumah mereka itu lebih utama bagi mereka demi menjaga diri.

[Dinukil dari kitab Tanbihat 'ala Ahkam Takhtash bil Mukminat, Penulis Syaikh Sholeh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan, Edisi Indonesia Sentuhan Nilai Kefiqihan Untuk Wanita Beriman, Diterbitkan oleh Kantor Atase Agama Kedutaan Besar Saudi Arabia di Jakarta, hal. 52-55]

____________
Nota Kaki:

[1] Tambahan dari admin blog Sunniy Salafy: Hadits ‘Aisyah ini kata Al-Hafizh Ibnu Hajar Rahimahullah dalam At-Talkhisul Habir (2/460) dianggap cacat oleh Ad-Daraquthni karena mauquf-nya (hadits yang berhenti hanya sampai shahabat), sedangkan Al-Hakim menganggapnya mursal (hadits yang terputus antara tabi’in dan Rasulullah). (Faidah dari artikel berjudul Pakaian Wanita Dalam Shalat, Penulis Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al Atsariyyah, sumber: http://asysyariah.com)

[2] Tambahan dari admin blog Sunniy Salafy: Hadits Ummu Salamah ini tidak sahih sanadnya baik secara marfu’ mahupun mauquf kerana hadis ini berdasarkan pada Ummu Muhammad bin Zaid, sementara dia adalah perawi yang majhul (tidak dikenal). Demikian diterangkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Tamamul Minnah, hal. 161.

Walaupun demikian, ada riwayat-riwayat yang shahih dari para shahabat dalam pemasalahan ini sebagaimana akan kita baca berikut ini.

Abdurrazzaq Ash-Shan‘ani Rahimahullah meriwayatkan dari jalan Ummul Hasan, dia berkata: “Aku melihat Ummu Salamah isteri Nabi Shallallahu’alaihi wasallam solat dengan mengenakan dira‘ dan kerudung.” (Al-Mushannaf, 3/128)5.

Ubaidullah Al-Khaulani, anak asuhan Maimunah mengkhabarkan bahawa Maimunah solat dengan memakai dira` dan kerudung tanpa izar. (Diriwayatkan oleh Al-Imam Malik dalam Al-Muwaththa’ dan Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf)

Masih ada atsar lain dalam permasalahan ini yang kesemuanya menunjukkan solat bagi wanita adalah dengan mengenakan dira‘ (jubah yang labuh) dan kerudung (tudung) adalah perkara yang biasa dan dikenal di kalangan para sahabat, dan ini merupakan pakaian yang mencukupi bagi wanita untuk menutupi auratnya di dalam solat.

Bila wanita itu ingin lebih sempurna dalam berpakaian ketika solat maka hendaklah dia menambahkan izar atau jilbab pada dira‘ dan kerudungnya. Dan ini yang lebih sempurna dan lebih utama, kata Asy-Syaikh Al-Albani Rahimahullah. Dengan dalil riwayat dari Umar ibnul Khaththab Radhiallahu’anhu, ia berkata: “Wanita shalat dengan mengenakan tiga pakaian yaitu dira‘, kerudung dan izar. (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan isnad yang sahih, lihat Tamamul Minnah, hal. 162).

Jumhur ulama sepakat, pakaian yang mencukupi bagi wanita dalam solatnya adalah dira‘ dan kerudung. (Bidayatul Mujtahid, hal. 100).

Ibnu Qudamah Rahimahullah mengatakan: “Disenangi bagi wanita untuk solat mengenakan dira` iaitu pakaian yang sama dengan gamis (kurta) hanya saja dira` ini lebar dan panjang menutupi sampai kedua telapak kaki, kemudian mengenakan kerudung yang menutupi kepala dan lehernya, dilengkapi dengan jilbab yang diselimutkan ke tubuhnya di atas dira`. Demikian yang diriwayatkan dari ‘Umar, anak beliau (Ibnu ‘Umar), ‘Aisyah, Ubaidah As-Salmani dan ‘Atha. Dan ini merupakan pendapatnya Al-Imam Asy-Syafi`i Rahimahullah, beliau berkata: “Kebanyakan ulama bersepakat untuk pemakaian dira` dan kerudung, bila menambahkan pakaian lain maka itu lebih baik dan lebih menutup.” (Al-Mughni, 1/351)

Ibnu Taimiyyah Rahimahullah berkata: “Disenangi bagi wanita untuk solat dengan mengenakan tiga pakaian, dira`, kerudung dan jilbab yang digunakan untuk menyelubungi tubuhnya atau kain sarung di bawah dira` atau sirwal (seluar panjang yang sangat lapang dan lebar) kerana lebih utama daripada sarung. Ibnu ‘Abbas Radhiallahu’anhu berkata: "Wanita solat dengan mengenakan dira`, kerudung dan milhafah." ‘Aisyah Radhiallahu’anhu pernah solat dengan mengenakan kerudung, izar dan dira`, ia memanjangkan izar-nya untuk berselubung dengannya. Ia pernah berkata: "Wanita yang solat mesti memakai tiga pakaian bila dia memperolehinya iaitu kerudung, izar dan dira`." (Syarhul ‘Umdah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, 4/322) (Faedah dari artikel berjudul Pakaian Wanita Dalam Solat, Penulis Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al Atsariyyah, sumber: http://asysyariah.com)

Disunting dari: sunniy.wordpress.com