Ahad, 23 November 2008

Berbahagialah Wahai Ahli Sunnah

Disediakan oleh : Mohd Hairi Nonchi @ Nur Ahmad al-Atsariy

Pendidikan Dengan Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah

SMS sahaja : 019-5343292 @ 019-5308036

E-mel : mohd.hairi_nonchi@yahoo.com.my


v Ganjaran Pahala Yang Besar Untuk Ahli Sunnah


Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari di mana orang yang sabar ketika itu seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari itu akan mendapatkan pahala lima puluh kali dari kalian yang mengamalkan amalan tersebut. Para sahabat bertanya: ‘Mendapatkan lima puluh kali dari kita atau dari mereka?. Rasulullah menjawab: ‘Bahkan lima puluh kali pahala dari kalian ” [H/R al-Mawarzi - hadis no: 35, at-Tirmidzi - hadis no: 3058, Abu Daud – hadis no: 4341 , Ibnu Majah – hadis no: 4014 dan lain-lain. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati olah adz-Dzahabi dalam Dharuratul Ihtimam, ms. 49]


Rasulullah bersabda “Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnahku setelah ia dimatikan (ditinggalkan oleh manusia) setelahku (kewafatanku), maka baginya pahala sebagaimana pahala sesiapa yang mengerjakannya dari kalangan manusia yang tidak dikurangkan sedikitpun pahala tersebut sebagaimana pahala yang diberikan kepada manusia yang menirunya. Dan sesiapa yang melakukan satu bid’ah yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka baginya dosa sebagaimana dosa sesiapa yang mengamalkan tanpa dikurangkan dosa tersebut walau sedikitpun” [H/R Ibnu Majah – hadis no:207 dan at-Tirmizi – hadis no:2601]


v Ahli Sunnah Adalah Golongan Yang Sedikit Dan “Terasing”


Dari Kathir bin ‘Abdullah dari ayahnya dari datuknya berkata: “Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kembali (menjadi) asing pula, maka berbahagialah bagi orang-orang yang (dipandang) asing (al-Ghuraba’) , iaitu mereka yang memperbaiki apa-apa yang telah dirosakkan manusia di masa sesudah (kewafatan) aku daripada sunnahku” [H/R at-Tirmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih]


Hasan al-Basri berkata: “ Sesungguhnya ahli sunnah, mereka adalah manusia yang sedikit jumlahnya pada zaman-zaman yang telah lalu, dan mereka juga sedikit jumlahnya pada masa yang akan datang. Mereka ialah orang-orang tidak pergi bersama-sama dengan golongan yang mewah dalam kemewahan mereka. Dan tidak pula pergi bersama-sama dengan ahli bid’ah dalam melakukan bid’ah-bid’ah mereka. Mereka tetap bersabar di atas sunnah mereka sehinggalah mereka menemui Tuhan mereka. Maka begitulah keadaan ahli sunnah, Insya’ Allah. Maka hendaklah kamu seperti mereka”


Beliau juga berkata: “Wahai ahli sunnah! Bertemanlah kalian! Semoga Allah merahmati kalian. Sesungguhnya kalian adalah kelompok manusia yang sangat sedikit jumlahnya” [Riwayat al-Lalika’i 1/57 – no: 19]


Yunus bin ‘Ubaid berkata : ”Seorang yang disampaikan kepadanya al-sunnah kemudian menerimanya akhirnya menjadi orang yang asing, namun lebih asing lagi adalah (orang) yang menyampaikannya” [Riwayat al-Lalika’i 1/58 – no: 21 dan al-Hilyah Abu Nu’aim 3/12]


Dari Ibnul Mubaak dari Sufyan al-Tsauri, dia berkata: “Berwasiatlah kamu terhadap ahli sunnah dengan kebaikan kerana sesungguhnya mereka adalah al-Ghuraba’ (orang-orang yang terasing)” [Riwayat al-Lalika’i 1/644 – no: 49-50]


Dari Yusuf bin Asbath, dia berkata bahawa Sufyan al-Tsauri berkata : “Jika kamu mendengar di belahan bumi timur ada seorang ahli sunnah dan di barat ada seorang ahli sunnah, kirimkanlah salam buat keduanya dan doakan kebaikan untuk mereka! Sungguh alangkah sedikitnya (bilangan) Ahli Sunnah Wal Jama’ah itu” [Riwayat al-Lalika’i 1/644 – no: 49-50]


v Bersahabatlah Kalian Dengan Ahli Sunnah


Imam al-Babahari berkata : “Jika kamu dapati seorang Sunni (Ahli Sunnah) buruk jalan mazhabnya, fasiq dan fajir (derhaka), ahli maksiat sesat namun ia berpegang dengan (manhaj atau prinsip) Sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu. Dan jika kamu melihat seorang yang giat beribadah (’abid), meninggalkan kesenangan dunia (zuhud), bersemangat dalam beribadah, (namun) ahli bid’ah, maka janganlah bermajlis atau duduk bersamanya dan jangan pula dengarkan ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan kerana saya tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya (kerana bid’ahnya)” [Lihat Syarhus Sunnah 124 – no: 149]


Dhamrah bin Rabi’ah berkata bahawa dia mendengar Ibnu Syaudzab al-Khurasani berkata: “Sesungguhnya di antara kenikmatan yang Allah berikan kepada para pemuda ialah ketika dia beribadah dan bersaudara dengan seorang Ahli Sunnah dan dia akan bergabung bersamanya di atas (manhaj) al-Sunnah” [Lihat al-Ibanah 1/205 – no: 43 dan al-Shugra 133 – no: 91 dan al-Lalika’i 1/60 – no: 31]


Dari Abdullah bin Syaudzab dari Ayyub ia berkata: “Termasuk kenikmatan bagi seorang pemuda dan orang-orang bukan Arab ialah jika Allah menurunkan taufiq (petunjuk) kepada mereka untuk mengikuti orang yang berilmu di kalangan Ahli Sunnah” [Riwayat Al-Lalika’i 1/60 – no: 31]


v Kemuliaan Ahli Sunnah Di Atas Ahli Bid’ah


Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Kuburan ahli sunnah pelaku dosa besar bagaikan taman sedangkan kubur ahli bid’ah biarpun ahli zuhud adalah jurang neraka. Orang fasiq di kalangan ahli sunnah termasuk wali-wali Allah sedangkan orang-orang zuhud (ahli ibadah) dari kalangan ahli bid’ah adalah musuh-musuh Allah” [Lihat Thabaqat al-Hanabilah 1/184]


Beliau berkata lagi : “Jika kamu melihat seorang pemuda tumbuh (membesar) bersama Ahli Sunnah Wal Jama’ah maka harapkanlah kebaikannya dan jika kamu lihat dia tumbuh bersama ahli bid’ah, maka berputus asalah kamu dari mengharap kebaikannya kerana sesungguhnya pemuda itu tergantung di atas apa dia pertama kali tumbuh” [Lihat Al-Adab al-Syari’ah Ibn Muflih 3/77]


v Tanda-Tanda Ahli Sunnah


Qutaibah bin Sa’id berkata : “Apabila kamu lihat seseorang mencintai ahli hadis (ahli sunnah), maka ketahuilah bahawa dia di atas (pegangan) al-sunnah dan siapa yang menyelisihi perkara ini (yakni membenci ahli sunnah), maka ketahuilah bahawa dia adalah mubtadi’ (ahli bid’ah)” [Lihat mukaddimah muhaqqiq kitab Syi’ar Ashhabul Hadith Lil Hakim, ms. 7]


Imam al-Babahari berkata : “Dan sesiapa yang mengetahui apa yang dibuang dan ditinggalkan hhli bid’ah dari sunnah ini dan ia justeru berpegang teguh dengannya, maka dia adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan dia berhak untuk diikuti (dicontohi), dibantu dan dijaga bahkan dia termasuk yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad”[Lihat Syarhus Sunnah ms. 107]


v Beberapa Pesanan Kepada Ahli Sunnah


Al-Fudha’il bin Iyyadh berpesan: “Ikutilah jalan-jalan petunjuk! Dan tidak akan merugikanmu meskipun sedikit orang yang menempuhnya. Sebaliknya, jauhilah jalan-jalan kesesatan dan janganlah tertipu dengan ramainya orang-orang yang celaka di dalamnya!” [Lihat al-I’tisham 1/112]


Ibn al-Qayim al-Jauziyah pernah berkata:“ Orang yang berilmu lagi benar, tidak akan merasa asing disebabkan sedikit rakannya dan tidak ada orang yang melakukannya, apabila dia menjelmakan di dalam hatinya bahawa dia sebenarnya ditemani oleh generasi awal (al-salaf) yang Allah telah menganugerahkan nikmat-Nya kepada mereka yang terdiri dari nabi-nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ dan orang-orang soleh. Mereka itulah sebaik-baik teman. Seorang hamba yang besendirian dalam menuntut jalan yang benar menunjukkan bukti (dalil) di atas pencarian kebenaran itu” [Lihat ‘Ilmu Ushul al-Bida’ ms. 273]


Sumber:http://al-astariy.blog.friendster.com/