Selasa, 27 April 2010

MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK

Oleh : Ustadz Abu Muhammad Dzulqarnain

Fenomena menggerakan jari telunjuk ketika tasyahud yang berkembang luas di tengah masyarakat merupakan satu hal yang perlu dibahas secara ilmiah. Majoriti masyarakat yang jauh dari tuntutan agamanya, ketika mereka berada dalam perbezaan-perbezaan pendapat dalam masalah agama sering disertai dengan debat mulut dan mengolok-olok yang lainnya sehingga terkadang berakhir dengan permusuhan atau perpecahan. Hal ini merupakan perkara yang sangat tragis bila semua itu hanya disebabkan oleh perselisihan pendapat dalam masalah furu’ (cabang) belaka, padahal kalau mereka memperhatikan karya-karya para ulama seperti kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab karya Imam An-Nawawi, kitab Al-Mughni karya Imam Ibnu Qudamah, kitab Al-Ausath karya Ibnul Mundzir, Ikhtilaful Ulama karya Muhammad bin Nashr Al-Marwazi dan lain-lainnya, nescaya mereka akan menemui bahawa para ulama juga memiliki perbezaan pendapat dalam masalah ibadah, muamalah dan lain-lainnya, akan tetapi hal tersebut tidaklah menimbulkan perpecahan mahupun permusuhan diantara mereka. Maka kewajiban setiap muslim dan muslimah adalah mengambil segala perkara dengan dalilnya. Wallahul Musta’an.

Adapun masalah menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahud atau tidak mengerak-gerakkannya, perincian masalahnya adalah sebagai berikut :

Hadis-hadis yang menjelaskan tentang keadaan jari telunjuk ketika tasyahud ada tiga jenis :

i. Ada yang menjelaskan bahawa jari telunjuk tidak digerakkan sama sekali.

ii. Ada yang menjelaskan bahawa jari telunjuk digerak-gerakkan.

iii. Ada yang menjelaskan bahawa jari telunjuk hanya sekadar diisyaratkan (menunjuk) dan tidak dijelaskan apakah digerak-gerakkan atau tidak.

Perlu diketahui bahawa hadis-hadis yang menjelaskan tentang keadaan jari telunjuk kebanyakannnya adalah dari jenis yang ketiga dan tidak ada perbezaan pendapat dikalangan para ulama dan tidak ada keraguan lagi tentang sahihnya hadis-hadis jenis yang ketiga tersebut, kerana hadis-hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan lain-lainnya, dari beberapa orang sahabat seperti ‘Abdullah bin Zubair, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Muhammad As-Sa’idy, Wa`il bin Hujr, Sa’ad bin Abi Waqqash dan lain-lainnya.

Maka yang perlu dibahas disini hanyalah darjat hadis-hadis jenis pertama (tidak digerakkan sama sekali) dan darjat hadis yang kedua (digerak-gerakkan).

Hadis-Hadis Yang Menyatakan Jari Telunjuk Tidak Digerakkan Sama Sekali

Sepanjang pemeriksaan kami ada dua hadis yang menjelaskan hal tersebut.

HADITS PERTAMA

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُشِيْرُ بِأُصْبِعِهِ إِذَا دَعَا وَلاَ يُحَرِّكُهَا

“Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam baginda memberi isyarat dengan telunjuknya bila baginda berdoa dan baginda tidak mengerak-gerakkannya”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan-nya no.989, An-Nasai dalam Al-Mujtaba 3/37 no.127, Ath-Thabarani dalam kitab Ad-Du’a no.638, Al-Baghawi dalam Syarh As-Sunnah 3/177-178 no.676. Semuanya meriwayatkan dari jalan Hajjaj bin Muhammad dari Ibnu Juraij dari Muhammad bin ‘Ajlan dari ‘Amir bin ‘Abdillah bin Zubair dari ayahnya ‘Abdullah bin Zubair… kemudian beliau menyebutkan hadis di atas.

Darjat Rawi-Rawi Hadis Ini Sebagai Berikut :

¤ Hajjaj bin Muhammad. Beliau rawi tsiqah (terpercaya) yang tsabit (kuat) akan tetapi mukhtalit (bercampur) hafalannya diakhir umurnya, akan tetapi hal tersebut tidak membahayakan riwayatnya kerana tidak ada yang mengambil hadis dari beliau setelah hafalan beliau bercampur. Baca: Al-Kawakib An-Nayyirat, Tarikh Baghdad dan lain-lainnya.

¤ Ibnu Juraij. Nama beliau ‘Abdul Malik bin ‘Abdil ‘Aziz bin Juraij Al-Makky seorang rawi tsiqah tapi mudallis akan tetapi riwayatnya disini tidak berbahaya kerana beliau sudah memakai kata Akhbarani (memberitakan kepadaku).

¤ Muhammad bin ‘Ajlan. Seorang rawi soduq (jujur).

¤ ‘Amir bin ‘Abdillah bin Zubair. Kata Al-Hafiz dalam Taqrib beliau adalah tsiqah ‘abid (terpercaya, ahli ibadah).

¤ ‘Abdullah bin Zubair. Sahabat.

Derajat Hadis

Rawi-rawi hadis ini adalah perawi yang dapat dipakai berhujjah akan tetapi hal tersebut belumlah cukup menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang sahih atau hasan sebelum dipastikan bahawa hadis ini bebas dari ‘Illat (cacat) dan tidak syaz. Dan setelah pemeriksaan ternyata lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan) ini adalah lafaz yang syaz.

Sebelum kami jelaskan dari mana sisi syaznya lafaz ini, mungkin perlu kami jelaskan apa makna syaz menurut istilah para Ahlul Hadis. Syaz menurut pendapat yang paling kuat dikalangan Ahli Hadis ada dua bentuk :

¤ Pertama: Syaz kerana seorang rawi yang tidak mampu bersendirian dalam periwayatan kerana beberapa faktor.

¤ Kedua: Syaz kerana menyelisihi.

Dan yang kami maksudkan disini adalah yang kedua. Dan pengertian syaz dalam bentuk kedua adalah

رِوَايَةُ الْمَقْبُوْلِ مُخَالِفًا لِمَنْ هُوَ أَوْلَى مِنْهُ

“Riwayat seorang maqbul (yang diterima hadisnya) menyelisihi rawi yang lebih utama darinya”.

Maksud “rawi maqbul” adalah rawi darjat sahih atau hasan. Dan maksud “rawi yang lebih utama” adalah utama dari sisi kekuatan hafalan, riwayat atau dari segi jumlah. Dan perlu diketahui bahawa syaz merupakan salah satu jenis hadis dhaif (lemah) dikalangan para ulama Ahli Hadis.

Maka kami melihat bahawa lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan) adalah lafaz yang syaz tidak boleh diterima sebab ia merupakan kekeliruan dan kesalahan dari Muhammad bin ‘Ajlan dan kami menetapkan bahawa ini merupakan kesalahan dari Muhammad bin ‘Ajlan kerana beberapa perkara :

1. Muhammad bin ‘Ajlan walaupun dia seorang perawi hasanul hadis (hasan hadis) akan tetapi dia dikritik oleh para ulama dari sisi hafalannya.

2. Riwayat Muhammad bin ‘Ajlan juga dikeluarkan oleh Imam Muslim dan dalam riwayat tersebut tidak ada penyebutan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan).

3. Empat orang tsiqah (terpercaya) meriwayatkan dari Muhammad bin ‘Ajlan dan mereka tidak menyebutkan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan). Empat perawi tsiqah tersebut adalah :

a. Al-Laits bin Sa’ad, riwayat dikeluarkan oleh Muslim no.133 dan Al-Baihaqi dalam Sunannya 2/131.

b. Abu Khalid Al-Ahmar, riwayat dikeluarkan oleh Muslim no.133, Ibnu Abi Syaibah 2/485, Abu Ahmad Al-Hakim dalam Syi’ar Ashabul Hadits hal.62, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihsan 5/370 no.1943, Ibnu Abdil Bar dalam At-Tamhid 13/194, Ad-Daraqutni dalam Sunannya 1/349, dan Al-Baihaqi 2/131, ‘Abd bin Humaid no.99.

c. Yahya bin Sa’id Al-Qattan, riwayatnya dikeluarkan oleh Abu Daud no.990, An-Nasai 3/39 no.1275 dan Al-Kubro 1/377 no.1198, Ahmad 4/3, Ibnu Khuzaimah 1/350 no.718, Ibnu Hibban no.1935, Abu ‘Awanah 2/247 dan Al-Baihaqi 2/132.

d. Sufyan bin ‘Uyainah, riwayatnya dikeluarkan oleh Ad-Darimi no.1338 dan Al-Humaidi dalam Musnadnya 2/386 no.879.

Demikianlah riwayat empat rawi tsiqah tersebut menetapkan bahawa riwayat sebenarnya dari Muhammad bin ‘Ajlan tanpa penyebutan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan) akan tetapi Muhammad bin ‘Ajlan dalam riwayat Ziyad bin Sa’ad keliru lalu menyebutkan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan).

4. Ada tiga orang perawi yang juga meriwayatkan dari ‘Amir bin ‘Abdullah bin Zubair sebagaimana Muhammad bin ‘Ajlan juga meriwayatkan dari ‘Amir ini akan tetapi tiga orang perawi tersebut tidak menyebutkan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan), maka ini menunjukkan bahawa Muhammad bin ‘Ajlan yang menyebutkan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan) telah menyelisihi tiga perawi tsiqah tersebut. Oleh kerana itu, riwayat mereka yang didahulukan dan riwayat Muhammad bin ‘Ajlan dianggap syaz kerana menyelisihi tiga orang tersebut. Tiga orang ini adalah :

a. ‘Utsman bin Hakim, riwayatnya dikeluarkan oleh Muslim no.112, Abu Daud no.988, Ibnu Khuzaimah 1/245 no.696, Ibnu Abdil Bar dalam At-Tamhid 13/194-195 dan Abu ‘Awanah 2/241 dan 246.

b. Ziyad bin Sa’ad, riwayatnya dikeluarkan oleh Al-Humaidy 2/386 no.879.

c. Makhromah bin Bukair, riwayatnya dikeluarkan oleh An-Nasai 2/237 no.1161 dan Al-Baihaqy 2/132.

Maka tersimpul dari sini bahawa penyebutan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan) dalam hadis ‘Abdullah bin Zubair adalah syaz dan yang menyebabkan syaznya adalah Muhammad bin ‘Ajlan. Walaupun sebenarnya kesalahan ini boleh berasal dari Ziyad bin Sa’ad atau Ibnu Juraij akan tetapi qarinah (indikasi) yang tersebut di atas sangat kuat menunjukkan bahawa kesalahan tersebut berasal dari Muhammad bin ‘Ajlan. Wallahu A’lam.

HADITS YANG KEDUA

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُمْنَى وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى وَيُشِيْرُ بِأُصْبِعِهِ وَلاَ يُحَرِّكُهَا وَيَقُوْلُ إِنَّهَا مُذِبَّةُ الشَّيْطَانِ وَيَقُوْلُ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عََلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ

“Dari Ibnu ‘Umar -radhiyallahu ‘anhu- adalah beliau meletakkan tangan kanannya di atas lutut kanannya dan (meletakkan) tangan kirinya di atas lutut kirinya dan beliau berisyarat dengan jarinya dan tidak menggerakkannya dan beliau berkata : “Sesungguhnya itu adalah penjaga dari Syaithon”. Dan beliau berkata : “Adalah Rasulullah r mengerjakannya”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Ats-Tsiqat 7/448 dari jalan Katsir bin Zaid dari Muslim bin Abi Maryam dari Nafi’ dari Ibnu Hibban.

Derajat Hadis

Seluruh rawi sanad Ibnu Hibban tsiqah (terpercaya) kecuali Katsir bin Zaid. Para ulama ahli jarh dan ta’dil berbeza pendapat tentangnya. Dan kesimpulan yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar sudah sangat tepat menjelaskan keadaannya. Ibnu Hajar berkata: "soduq yukhti`u katsiran" (jujur tapi sangat banyak bersalah), makna kalimat ini Katsir adalah dhaif tapi boleh dijadikan sebagai pendokong atau penguat. Ini ‘illat (cacat) yang pertama. Illat yang kedua ternyata Katsir bin Zaid telah melakukan dua kesalahan dalam hadis ini.

Pertama: Dalam riwayatnya Katsir bin Zaid meriwayatkan dari Muslim bin Abi Maryam dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar. Dan ini merupakan kesalahan yang nyata, sebab tujuh perawi tsiqah juga meriwayatkan dari Muslim bin Abi Maryam tapi bukan dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar, akan tetapi dari ‘Ali bin ‘Abdirrahman Al-Mu’awi dari Ibnu ‘Umar. Tujuh rawi tersebut adalah :

1. Imam Malik, riwayat beliau dalam Al-Muwatto’ 1/88, Shohih Muslim 1/408, Sunan Abi Daud no.987, Sunan An-Nasai 3/36 no.1287, Shohih Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihsan no.193, Musnad Abu ‘Awanah 2/243, Sunan Al-Baihaqi 2/130 dan Syarh As-Sunnah Al-Baghawi 3/175-176 no.675.

2. Isma’il bin Ja’far bin Abi Katsir, riwayatnya dikeluarkan oleh An-Nasai 2/236 no.1160, Ibnu Khuzaimah 1/359 no.719, Ibnu Hibban no.1938, Abu ‘Awanah 2/243 dan 246 dan Al-Baihaqi 2/132.

3. Sufyan bin ‘Uyainah, riwayatnya dikeluarkan oleh Muslim 1/408, Ibnu Khuzaimah 1/352 no.712, Al-Humaidi 2/287 no.648, Ibnu Abdil Bar 131/26.

4. Yahya bin Sa’id Al-Anshari, riwayatnya dikeluarkan oleh Imam An-Nasai 3/36 no.1266 dan Al-Kubra 1/375 no.1189, Ibnu Khuzaimah 1/352 no.712.

5. Wuhaib bin Khalid, riwayatnya dikeluarkan oleh Ahmad 273 dan Abu ‘Awanah 2/243.

6. ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad Ad-Darawardi, riwayatnya dikeluarkan oleh Al-Humaidi 2/287 no.648.

7. Syu’bah bin Hajjaj, baca riwayatnya dalam ‘Ilal Ibnu Abi Hatim 1/108 no.292.

Kedua: Dalam riwayatnya Katsir bin Zaid menyebutkan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan) dan ini merupakan kesalahan kerana dua sebab:

1. Enam rawi yang tersebut di atas dalam riwayat mereka tidak menyebutkan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan).

2. Dalam riwayat Ayyub As-Sikhtiani: ‘Ubaidullah bin ‘Umar Al-‘Umary dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar juga tidak disebutkan lafaz laa yuharrikuha (tidak digerak-gerakkan). Baca riwayat mereka dalam Sahih Muslim no.580, At-Tirmidzi no.294, An-Nasai 3/37 no.1269, Ibnu Majah 1/295 no.913, Ibnu Khuzaimah 1/355 no.717, Abu ‘Awanah 2/245 no.245, Al-Baihaqi 2/130 dan Al-Baghawi dalam Syarh As-Sunnah 3/174-175 no.673-674 dan Ath-Thabarani dalam Ad-Du’a no.635.

Nampaklah dari penjelasan di atas bahawa hadis ini adalah hadis Mungkar. Wallahu A’lam.

Kesimpulan:

Seluruh hadis yang menerangkan jari telunjuk tidak digerakkan sama sekali adalah hadis yang lemah tidak boleh dijadikan berhujjah.


Hadits-Hadits Yang Menyatakan Bahwa Jari Telunjuk Digerak-Gerakkan

Sepanjang pemeriksaan kami, hanya ada satu hadis yang menjelaskan bahawa jari telunjuk digerak-gerakkan yaitu hadis Wa`il bin Hujr dan lafaznya sebagai berikut :

ثُمَّ قَبَضَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ فَحَلَقَ حَلْقَةً ثُمَّ رَفَعَ إِصْبَعَهِِ فَرَأَيْتُهُ يُحَرِّكُهَا يَدْعُوْ بِهَا

“Kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari baginda dan membuat lingkaran, kemudian baginda mengangkat jarinya (telunjuk-pent.), maka saya melihat baginda mengerak-gerakkannya berdoa dengannya”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad 4/318, Ad-Darimi 1/362 no.1357, An-Nasai 2/126 no.889 dan 3/37 no.1268 dan dalam Al-Kubro 1/310 no.963 dan 1/376 no.1191, Ibnul Jarud dalam Al-Muntaqa’ no.208, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihsan 5/170 no.1860 dan Al-Mawarid no.485, Ibnu Khuzaimah 1/354 no.714, Ath-Thabarani 22/35 no.82, Al-Baihaqi 2/131 dan Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/425-427. Semuanya meriwayatkan dari jalan Za`idah bin Qudamah dari ‘Ashim bin Kulaib bin Syihab dari ayahnya dari Wa`il bin Hujr.

Derajat Hadis

Zahir sanad hadis ini adalah hasan, tapi sebagaimana yang telah kami jelaskan bahawa sanad hadis yang hasan belum tentu selamat dari ‘illat (cacat) dan syaz.

Berangkat dari sini perlu diketahui oleh pembaca bahawa hadis ini juga syaz dan penjelasannya adalah bahawa: Za`idah bin Qudamah adalah seorang perawi tsiqah yang kuat hafalannya akan tetapi beliau telah menyelisihi dua puluh dua orang rawi yang mana kedua puluh dua orang rawi ini semuanya tsiqah bahkan sebahagian dari mereka itu lebih kuat kedudukannya dari Za`idah sehingga apabila Za`idah menyelisihi seorang saja dari mereka itu maka sudah cukup untuk menjadi sebab syaznya riwayat Za`idah. Semuanya meriwayatkan dari ‘Ashim bin Kulaib bin Syihab dari ayahnya dari Wa`il bin Hujr. Dan dua puluh dua rawi tersebut tidak ada yang menyebutkan lafaz yuharrikuha (digerak-gerakkan).

Dua puluh dua rawi tersebut adalah :

1. Bisyr bin Al-Mufaddal, riwayatnya dikeluarkan oleh Abu Daud 1/465 no.726 dan 1/578 no.957 dan An-Nasai 3/35 no.1265 dan dalam Al-Kubro 1/374 no.1188 dan Ath-Thabarani 22/37 no.86.

2. Syu’bah bin Hajjaj, riwayatnya dikeluarkan oleh Ahmad 4/316 dan 319, Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya 1/345 no.697 dan 1/346 no.689, Ath-Thabarani 22/35 no.83 dan dalam Ad-Du’a no. 637 dan Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/430-431.

3. Sufyan Ats-Tsauri, riwayatnya dikeluarkan oleh Ahmad 4/318, An-Nasai 3/35 no.1264 dan Al-Kubro 1/374 no.1187 dan Ath-Thabarani 22/23 no.78.

4. Sufyan bin ‘Uyyainah, riwayatnya dikeluarkan oleh An-Nasai 2/236 no.1195 dan 3/34 no.1263 dan dalam Al-Kubro 1/374 no.1186, Al-Humaidi 2/392 no.885 dan Ad-Daraqutni 1/290, Ath-Thabarani 22/36 no.85 dan Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/427.

5. ‘Abdullah bin Idris, riwayatnya dikeluarkan oleh Ibnu Majah 1/295 no.912, Ibnu Abi Syaibah 2/485, Ibnu Khuzaimah 1/353 dan Ibnu Hibban no.1936.

6. ‘Abdul Wahid bin Ziyad, riwayatnya dikeluarkan oleh Ahmad 4/316, Al-Baihaqi dalam Sunannya 2/72 dan Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/434.

7. Zuhair bin Mu’awiyah, riwayatnya dikeluarkan oleh Ahmad 4/318, Ath-Thabarani 22/26 no.84 dan dalam Ad-Du’a no.637 dan Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/437.

8. Khalid bin ‘Abdillah Ath-Thahhan, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thahawi dalam Syarah Ma’ani Al-Atsar 1/259, Al-Baihaqi 2/131 dan Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/432-433.

9. Muhammad bin Fudhail, riwayatnya dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah 1/353 no.713.

10. Sallam bin Sulaim, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thayalisi dalam Musnadnya no.1020, Ath-Thahawi dalam Syarah Ma’any Al-Atsar 1/259, Ath-Thabarani 22/34 no.80 dan Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/431-432.

11. Abu ‘Awanah, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thabarani 22/38 no.90 dan Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/432.

12. Ghailan bin Jami’, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thabarani 22/37 no.88.

13. Qois bin Rabi’, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thabarani 22/33 no.79.

14. Musa bin Abi Katsir, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thabarani 22/37 no.89.

15. ‘Ambasah bin Sa’id Al-Asadi, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thabarani 22/37 no.87.

16. Musa bin Abi ‘Aisyah, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thabarani dalam Ad-Du’a no.637.

17. Khallad Ash-Shaffar, riwayatnya dikeluarkan oleh Ath-Thabarani dalam Ad-Du’a no. 637.

18. Jarir bin ‘Abdul Hamid, riwayatnya dikeluarkan oleh Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/435.

19. ‘Abidah bin Humaid, riwayatnya dikeluarkan oleh Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/435-436.

20. Sholeh bin ‘Umar, riwayatnya dikeluarkan oleh Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/433.

21. ‘Abdul ‘Aziz bin Muslim, riwayatnya dikeluarkan oleh Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/436-437.

22. Abu Badr Syuja’ bin Al-Walid, riwayatnya dikeluarkan oleh Al-Khatib dalam Al-Fashl Li Washil Mudraj 1/438-439.

Dari huraian di atas jelaslah bahawa riwayat Za`idah bin Qudamah yang menyebutkan lafaz Yuharikuha (digerak-gerakkan) adalah syadz.

Kesimpulan:

Penyebutan lafaz yuharrikuha (jari telunjuk digerak-gerakkan) dalam hadis Wa’il bin Hujr adalah lemah tidak boleh dipakai berhujjah. Wallahu A’lam.


Pendapat Para Ulama Dalam Masalah Ini

Para ulama berbeza pendapat dalam masalah mengerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahud dan perbezaan tersebut terdiri dari tiga pendapat:

Pertama: Tidak digerak-gerakkan. Ini merupakan pendapat Abu Hanifah dan pendapat yang paling kuat dikalangan orang-orang Syafiiyyah dan Hanbaliyah dan ini juga merupakan pendapat Ibnu Hazm.

Kedua: Digerak-gerakkan. Dan ini merupakan pendapat yang kuat dikalangan orang-orang Malikiyyah dan disebutkan oleh Al-Qodhi Abu Ya’la dari kalangan Hanbaliyah dan pendapat sebahagian orang-orang Hanafiyyah dan Syafiiyyah.

Ketiga: Ada yang mengkompromikan (menggabungkan - edt) antara dua hadis di atas. Syaikh Ibnu Utsaimin -rahimahullahu ta’ala- dalam Syarah Zaad Al-Mustaqni’ mengatakan bahawa digerak-gerakkan apabila dalam keadaan berdoa, kalau tidak dalam keadaan berdoa tidak digerak-gerakkan. Dan Syaikh Al-Albani -rahimahullahu ta’ala- dalam Tamamul Minnah mengisyaratkan cara kompromi lain iaitu terkadang digerakkan terkadang tidak.

Sebab perbezaan pendapat ini adalah adanya dua hadis yang berbeza kandungan maknanya, ada yang menyebutkan bahawa jari telunjuk digerak-gerakkan dan ada yang menyebutkan jari tidak digerak-gerakkan.

Namun dari pembahasan di atas yang telah disimpulkan bahawa hadis yang menyebutkan jari digerak-gerakkan adalah hadis yang lemah dan demikian pula hadis yang menyebutkan jari tidak digerak-gerakkan adalah hadis yang lemah. Adapun cara kompromi yang disebutkan dalam pendapat yang ketiga itu boleh digunakan apabila dua hadis tersebut di atas sahih boleh dipakai berhujjah tapi kerana dua hadis tersebut adalah hadis yang lemah maka kita tidak boleh memakai cara kompromi tersebut, apalagi hadis yang sahih yang telah tersebut di atas bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam hanya sekadar memberi isyarat dengan jari telunjuk baginda. Maka yang akan kita bahas disini adalah apakah pada lafaz (dalam bahasa Arab) yang ertinya memberi isyarat terdapat makna mengerak-gerakkan atau tidak. Penjelasannya adalah bahawa kata “memberi isyarat” itu mempunyai dua kemungkinan :

Pertama: Dengan digerak-gerakkan. Seperti kalau saya memberikan isyarat kepada orang yang berdiri untuk duduk, maka tentunya isyarat itu akan disertai dengan gerakan tangan dari atas ke bawah.

Kedua: Dengan tidak digerak-gerakkan. Seperti kalau saya berada dalam maktabah (perpustakaan) kemudian ada yang bertanya kepada saya: “Dimana letak kitab Sahih Al-Bukhari?” Maka tentunya saya akan mengisyaratkan tangan saya kearah kitab Sahih Al-Bukhari yang berada diantara sekian banyak kitab dengan tidak menggerakkan tangan saya.

Walaupun kata “memberi isyarat” itu mengandung dua kemungkinan tapi disini dapat dipastikan bahawa berisyarat yang diinginkan dalam hadis tersebut adalah memberi isyarat dengan tidak digerak-gerakkan. Hal tersebut dapat dipastikan kerana dua perkara :

Pertama: Ada kaedah di kalangan para ulama yang mengatakan Ash-Shalatu Tauqifiyah (solat itu adalah tauqifiyah) maksudnya tatacara solat itu dilaksanakan kalau ada dalil dari Al-Qur’an mahupun As-Sunnah. Maka hal ini menunjukkan bahawa asal dari solat itu adalah tidak ada gerakan di dalamnya kecuali kalau ada tuntunan dalilnya dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dan demikian pula berisyarat dengan jari telunjuk, asalnya tidak digerakkan sampai ada dalil yang menyatakan bahawa jari telunjuk itu diisyaratkan dengan digerakkan dan telah disimpulkan bahawa memberi isyarat dengan menggerak-gerakkan jari telunjuk adalah hadis lemah. Maka yang wajib dalam memberi isyarat itu dengan tidak digerak-gerakkan.

Kedua: Dalam hadis ‘Abdullah bin Mas’ud yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim No.538 :

إِنَّ فِي الصَّلاَةِ شُغْلاً

“Sesungguhnya di dalam solat adalah suatu kesibukan”

Maka ini menunjukkan bahawa seorang muslim apabila berada dalam solat dia berada dalam suatu kesibukan yang tidak boleh ditambah dengan suatu pekerjaan yang tidak ada dalilnya dari Al-Qur’an atau hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang sahih.

Kesimpulan:

Tersimpul dari pembahasan di atas bahawa pendapat yang rajih tentang keadaan jari telunjuk dalam memberi isyarat (menunjuk) ketika tasyahud adalah tidak digerak-gerakkan. Wallahu A’lam.

Lihat pembahasan di atas dalam :
  1. Kitab Al-Bisyarah Fi Syudzudz Tahrik Al-Usbu’ Fi Tasyahud Wa Tsubutil Isyarah, Al-Muhalla karya Ibnu Hazm 4/151, Subulus Salam 1/189, Nailul Authar, ‘Aunul Ma’bud 3/196, Tuhfah Al-Ahwadzy 2/160.
  2. Madzhab Hanafiyah lihat dalam : Kifayah Ath-Tholib 1/357.
  3. Madzhab Malikiyah : Ats-Tsamar Ad Dany 1/127, Hasyiah Al-Adawy 1/356, Al-Fawakih Ad-Dawany 1/192.
  4. Madzhab Syafiiyyah dalam : Hilyah Al-Ulama 2/105, Raudhah Ath-Tholibin 1/262, Al-Majmu’ 3/416-417, Al-Iqna’ 1/145, Hasyiah Al-Bujairamy 1/218, Mughny Al-Muhtaj 1/173.
  5. Madzhab Hambaliyah lihat dalam : Al-Mubdi’ 1/162, Al-Furu’ 1/386, Al-Inshaf 2/76, Kasyful Qona 1/356-357.
Disunting semula oleh: Abu Soleh
    Sumber: http://www.darussalaf.or.id/stories.php?id=926