Jumaat, 18 Disember 2009

Fatwa-Fatwa Penting Sekitar 'Asyura

Hukum Bersandar Pada Kalender dalam Penentuan Shiyâm (Puasa) Hari ‘Asyûra (10 Muharram).

Pertanyaan : Saya seorang pemuda yang telah diberi hidayah oleh Allah dengan cahaya Al-Haq (kebenaran). Saya ingin melaksanakan puasa 'asyura dan semua puasa pada hari-hari yang utama selain (puasa) Ramadhân. Apakah boleh terkait dengan puasa 'asyura saya bersandar pada kalender dalam penentuan masuknya bulan Muharram, ataukah berhati-hati dengan cara berpuasa sehari sebelum (9 Muharram) dan sesudah itu (11 Muharram) lebih utama? Jazâkumullâh Khairan.

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah menjawab :

Tetap wajib atasmu untuk bersandar kepada ru’yatul hilâl (melihat anak bulan). Namun ketika tidak ada ketetapan ru`yah (melihat) maka engkau menempuh cara ihtiyâth, iaitu dengan menyempurnakan bulan Dzulhijjah menjadi 30 hari. Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua.

[diterbitkan di majalah Ad-Da’wah edisi 1687 tanggal 29 / 12 / 1419 H. lihat Majmû’ Fatâwâ wa Maqâlât Mutanawwi’ah XV/402, fatwa no. 157 ]

===

Hukum Memperhatikan Hilâl (Anak Bulan) Tanda Masuknya Bulan Muharram

Pertanyaan : Banyak dari kaum muslimin yang berpuasa pada hari ‘âsyûrâ` dan benar-benar mementingkannya kerana mereka mendengar dari para da’i  (pendakwah) tentang dalil-dalil yang memberikan motivasi dan dorongan untuk mengamalkannya. Maka kenapa umat tidak diarahkan untuk benar-benar memperhatikan hilâl (anak bulan) Muharram, sehingga kaum muslimin mengetahui (masuknya bulan Muharram) setelah disiarkan atau disebarkan melalui berbagai media massa?

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah menjawab :

Puasa para hari ‘Âsyûrâ` merupakan ibadah sunnah yang disukai berpuasa padanya. Nabi shalallahu’alaihi wa sallam berpuasa pada hari tersebut demikian juga para sahabat juga berpuasa pada hari tersebut, dan sebelumnya Nabi Musa ‘alaihissalam juga berpuasa pada hari tersebut sebagai bentuk syukur kepada Allah, kerana hari tersebut (10 Muharram) merupakan hari yang Allah menyelamatkan Nabi Musa 'alaihissalam dan kaumnya, serta Allah binasakan Fir’aun dan kaumnya. Maka Nabi Musa ‘alaihissalam dan Bani Israil berpuasa pada hari tersebut sebagai bentuk syukur kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Kemudian Nabi shalallahu’alaihi wa sallam berpuasa juga pada hari itu dalam rangka bersyukur kepada Allah dan mencontoh Nabiyullâh Musa. Dulu kaum jahiliyyah juga biasa berpuasa pada hari itu.

Kemudian Nabi shalallahu’alaihi wa sallam menekankan puasa tersebut kepada umat ini. Kemudian ketika Allah menurunkan kewajiban puasa Ramadhan, maka baginda bersabda: “Barangsiapa yang mahu silakan berpuasa pada hari itu, barangsiapa yang tidak mahu boleh meninggalkannya.” [HR. Al-Bukhâri 5402, Muslim 1125]

Nabi shalallahu’alaihi wa sallam memberitakan bahawa puasa tersebut menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Yang utama adalah dengan diiringi berpuasa sehari sebelum atau sesudahnya, dalam rangka menyelisihi kaum Yahudi, kerana Nabi shalallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” [HR. Ahmad] dalam riwayat lain dengan lafaz: “Berpuasalah kamu sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”

Jadi kalau diiringi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya, atau berpuasa pada hari sebelumnya dan sehari setelahnya, yakni berpuasa tiga hari sekaligus (9, 10, 11 Muharram) maka itu semua adalah bagus (baik), dan padanya terdapat penyelisihan terhadap musuh-musuh Allah.

Adapun berupaya mencari kepastian malam ‘âsyûrâ`, maka itu merupakan perkara yang tidak harus. Kerana puasa tersebut adalah nâfilah (sunat) bukan kewajiban. Maka tidak perlu mengajak untuk memperhatikan hilâl (anak bulan Muharram). Kerana seorang mukmin kalau dia keliru, sehingga ternyata dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya maka itu tidak memudaratkannya. Dia tetap mendapat pahala yang besar. Oleh kerana itu tidak wajib untuk memperhatikan masuknya bulan (Muharram) dalam rangka itu (puasa), kerana puasa tersebut hanya nâfilah (sunat) sahaja.

[Majmû’ Fatâwâ wa Maqâlât Mutanawwi’ah XV/401 - 402, fatwa no. 156 ]

===

Apakah Mesti mengqadha` (Mengganti) Puasa ‘Asyura yang Terlewat

Pertanyaan : “Barangsiapa yang tiba hari ‘Asyura dalam keadaan haid, apakah dia mesti mengqadha’nya? Apakah ada kaedah yang menjelaskan mana dari puasa nafilah (sunat) yang mesti diqadha` dan mana yang tidak? Jazakallah Khairan.

Asy-Syaikh Al-’Utsaimin rahimahullah menjawab :

Ibadah Nafilah ada dua jenis: Jenis yang ada sebabnya, dan jenis yang tidak ada sebabnya. Nafilah yang ada sebabnya, maka ia tidak ada jika sebabnya tidak ada, dan tidak perlu diqadha`. Contohnya solat tahiyyatul masjid. Jika seseorang datang ke masjid terus duduk dan duduknya tersebut sudah sekian lama, kemudian dia hendak melakukan solat tahiyyatul masjid. Maka solat yang dia lakukan bukanlah solat tahiyyatul masjid. Kerana solat tersebut memiliki sebab, terkait dengan sebab. Jika sebabnya hilang, maka hilang pula pensyari’atannya.

Termasuk dalam jenis ini pula -yang kelihatan- adalah puasa hari ‘Arafah dan puasa hari ‘Asyura. Apabila seseorang tertinggal puasa ‘Arafah dan puasa ‘Asyura` tanpa ada uzur, maka tidak diragukan lagi dia tidak perlu mengqadha`, dan tidak ada manfaatnya kalau pun dia mengqadha`. Adapun jika terlewat pada seseorang (puasa tersebut) dalam keadaan dia ada ‘uzur, seperti perempuan haid, nifas, atau orang sakit, maka dia juga tidak perlu mengqadha`. Kerana itu khusus pada hari tertentu, hukumnya hilang dengan berlalunya hari tersebut.

[Liqa’atil Babil Maftuh]

===

Hukum Melakukan Puasa Nafilah (Sunat) Bagi Orang yang Masih Mempunyai Hutang Puasa Ramadhan

Pertanyaan : Apa hukum melaksanakan puasa sunnah, -seperti puasa 6 hari bulan Syawwal, puasa 10 pertama bulan Dzulhijjah, dan puasa ‘Asyura-, bagi seorang yang memiliki hutang Ramadhan yang belum dia bayar?

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah menjawab :

Yang wajib bagi seorang yang memiliki hutang qadha` puasa Ramadhan adalah mendahulukan qadha` sebelum dia melakukan puasa Nafilah (sunat). Kerana ibadah wajib lebih penting daripada ibadah nafilah, menurut pendapat yang paling benar di antara berbagai pendapat para ‘ulama.

[Majmû’ Fatâwâ wa Maqâlât Mutanawwi’ah XV/394-395, fatwa no. 152 ]

Tambahan (Penyunting):

Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i rahimahullah pula menjawab:

Apabila ditakuti tertinggal hari itu atau hari-hari itu (iaitu hari-hari puasa sunat - pent) maka tidak mengapa akan hal ini (yakni mendahulukan puasa sunnat dari mengqadha' puasa yang wajib - pent). Kerana sesungguhnya waktu mengqadha itu adalah waktunya panjang/luas. Aisyah  berkata, “Kami tidak mengqadha kecuali di bulan Sya’ban,” kerana beliau disibukkan dengan Rasul . Dan Nabi bersabda, yang meriwayatkan dari Rabbnya: “Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang Aku cintai dari perkara-perkara yang Aku wajibkan atasnya dan masih saja dia mendekatkan diri kepada-Ku dengan yang nafilah (amalan sunat) sehingga Aku mencintainya…” sampai akhir hadis. Maka yang paling afdal adalah mendahulukan apa-apa yang telah Allah Ta’ala wajibkan atasnya. Akan tetapi jika di sana ada hari yang utama dan dia takut meninggalkannya atau tertinggal, sedangkan waktu mengqadha adalah waktu yang luas maka tidak mengapa, insya Allah. Seperti enam hari di bulan Syawal (setelah puasa wajib di bulan Ramadhan - pent) atau seperti tiga hari di setiap bulan dan seperti puasa Isnin-Khamis dan juga puasa hari Arafah dan hari Asyura.

[Silsilah Al Muntaqa min Fatawa Asy Syaikh Al Allamah Muqbil bin Hadi Al Wadi'i]

===

Hukum Bergembira atau Bersedih Pada Hari ‘Asyura

Apakah boleh menampakkan kegembiraan, atau sebaliknya menampakkan kesedihan pada hari ‘Asyura?

Asy-Syaikh Al-’Utsaimin rahimahullah menjawab :

“Adapun hari ‘Asyura`, sesungguhnya Nabi shalallahu’alaihi wa sallam ditanya tentang puasa pada hari itu, maka baginda menjawab: “Menghapuskan dosa setahun yang telah lalu” Yakni tahun sebelumnya. Tidak ada pada hari tersebut sedikitpun syi’ar-syi’ar hari perayaan (’Aid). Sebagaimana pada hari tersebut tidak ada sedikitpun syi’ar-syi’ar hari perayaan (’Aid), maka juga tidak ada pada hari tersebut sedikitpun syi’ar-syi’ar kesedihan. Maka menampakkan kesedihan atau kegembiraan, keduanya sama-sama menyelisihi sunnah. Tidak ada riwayat dari Nabi shalallahu’alaihi wa sallam tentang hari ‘Asyura tersebut kecuali melakukan puasa, di samping juga baginda shalallahu’alaihi wa sallam memerintahkan kita untuk berpuasa juga sehari sebelumnya, atau sehari setelahnya agar kita berbeza dengan Yahudi yang mereka biasa berpuasa pada hari itu saja.”

[Majmu’ Fatawa Ibni ‘Utsaimin II/231]

Disunting oleh Abu Sholeh

(Sumber asal: http://www.assalafy.org/mahad/?p=295)