Rabu, 18 November 2009

Tersebarnya Bid'ah Terasingnya Sunnah


واعلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ستفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة وهي الجماعة، قيل: يا رسول الله من هم؟ قال: ما أنا عليه اليوم وأصحابي. وهكذا كان الدين إلى خلافة عمر، وهكذا كان في زمان عثمان، فلما قتل عثمان جاء الاختلاف والبدع، وصار الناس أحزابا وصاروا فرقا، فمن الناس من ثبت على الحق عند أول التغيير، وقال به ودعا الناس إليه، فكان الأمر مستقيما حتى كانت الطبقة الرابعة في خلافة بني فلان انقلب الزمان وتغير الناس جدا، وفشت البدع، وكثرت الدعاة إلى غير سبيل الحق والجماعة، ووقعت المحن في شي لم يتكلم به رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا أصحابه، ودعوا إلى الفرقة ونهى رسول الله عن الفرقة، وكفر بعضهم بعضا، وكل داع إلى رأيه وإلى تكفير من خالفه، فضل الجهال والرعاع ومن لا علم له، وأطمعوا الناس في شيء من أمر الدنيا وخوفوهم عقاب الدنيا، فاتبعهم الحلق على خوف في دنياهم ورغبة في دنياهم، وصارت السنة وأهلها مكتمين، وظهرت البدع وفشت، وكفروا من حيث لا يعلمون من وجوه شتى، ووضعوا القياس، وحملوا قدرة الرب في آياته وأحكامه وأمره ونهيه على عقولهم وآرائهم، فما وافق عقولهم قبلوه وما لم يوافق عقولهم ردوه، فصار الإسلام غريبا، والسنة غريبا، وأهل السنة غرباء في جوف ديارهم.

Al-Imam Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Khalaf Al-Barbahari rahimahullah berkata: “Ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, kesemuanya menuju ke Neraka kecuali satu sahaja dan ia adalah Al-Jamaah.” Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Baginda bersabda: “Mereka yang menempuh/berpegang dengan pegangan aku dan sahabatku sebagaimana hari ini.”

Dan demikianlah agama ini berlaku sehingga masa pemerintahan Umar (bin Al-Khattab) dan Utsman (bin ‘Affan), dan ketikamana berlaku pembunuhan Utsman datanglah perselisihan dan kebid’ahan sehingga manusia menjadi berpuak-puak dan berpecah-belah. Di antara mereka ada yang tetap teguh di atas kebenaran ketika awal perubahan tersebut. Mereka berkata dengannya (kebenaran) dan mengajak manusia kepadanya, dan adalah urusan agama ini lurus sehinggalah tabaqat (peringkat) keempat diwaktu pemerintahan fulan, maka berubahlah zaman dan manusia juga benar-benar berubah serta bid’ah-bid’ah tersebar.

Maka banyaklah yang menyeru kepada selain jalan kebenaran dan Al-Jama’ah, dan timbul berbagai fitnah dalam segala aspek yang tidak pernah dituturkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya. Mereka mengajak kepada perpecahan sedangkan Rasulullah melarang kepada perpecahan. Dan mereka mengkafirkan antara satu sama lain serta mengajak kepada pendapatnya dan mengkafirkan sesiapa yang menyelisihi mereka. Orang-orang jahil dan yang tidak mempunyai ilmu diutamakan. Manusia menjadi tamak kepada urusan dunia dan takut akan kehilangan kedudukan di dunia. Maka mereka membuka jalan di atas ketakutan pada dunia mereka dan mengharapkan dunia mereka.

Sunnah dan para pengikutnya semakin dipinggirkan. Sedang kebid’ahan terzahir dan berleluasa. Maka kafirlah kebanyakan mereka dengan tanpa disedari dari berbagai-bagai sebab, dan mereka itu banyak menggunakan qias untuk menilai kekuasaan Allah, ayat-ayatNya, hukum-hukumNya dan perintah-perintahNya dan juga laranganNya dengan akal-akal dan pendapat-pendapat mereka. Apa yang sesuai dengan akal-akal mereka, mereka terima manakala apa yang tidak sesuai dengan akal-akal mereka, mereka tidak menerimanya. Maka jadilah Islam itu asing (di sisi manusia, tidak di sisi Allah - edt), sunnah Nabi dipandang asing dan Ahli Sunnah terasing di dalam lingkungan mereka sendiri.” (Syarhus Sunnah, Al-Barbahari, Tahqiq Kholid bin Qasim Ar-Roddadi, no: 94)*

* Pujian Para Ulama Terhadap Al-Barbahari (wafat 329 H):

Ibnu Abu Ya'la berkata: "Dia seorang pemuka ulama di tengah-tengah kaumnya, berada dibarisan hadapan dalam memerangi kemungkaran, dan berlepas diri dari kebatilan, baik dengan tangan atau lisan. Beliau sangat disegani dan dihormati di hadapan para pemimpin dan para sahabatnya, beliau adalah salah seorang Imam yang berilmu dan banyak hafalannya dan beliau seorang yang tsiqah dalam meriwayatkan atsar."

Imam Az-Zahabi dalam kitab Al-Ibar berkata: "Dia seorang ahli fiqh dan tokoh ikutan, ulama terkemuka dari kalangan mazhab Hanbali di Iraq, baik dalam pemikiran, kedudukan dan kebersihan hidupnya. Beliau memiliki kedudukan yang sempurna."

Ibnul Jauzi berkata: "Dia seorang ulama yang menghimpunkan ilmu, zuhud dan sangat tegas terhadap ahli bid'ah."

Ibnu Katsir berkata: "Beliau seorang ulama yang zuhud, ulama ahli fiqh dari kalangan mazhab Hanbali, sangat ahli dalam memberi nasihat dan sangat tegas lagi keras terhadap ahli bid'ah dan pelaku maksiat, serta sangat berwibawa dan disegani oleh orang alim dan orang awam."

Demikian pujian-pujian di atas ini saya nukilkan dari Muqaddimah Syeikh Kholid bin Qasim Ar-Roddadi hafizhullah terhadap Syarhus Sunnah yang ditahqiq oleh beliau. Semoga kita mendapat manfaat darinya.