Ahad, 15 Jun 2008

LARANGAN DUDUK DAN NYALAKAN LAMPU DI KUBURAN


Sebelum kewafatan Nabi s.a.w, baginda pernah kepada sahabat-sahabatnya menerusi sabdanya:


لا تتخذوا قبري عيدا ولا تجعلوا بيوتكم قبورا


Jangan kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan, dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan-kuburan." [Riwayat Muslim]

Abu Ya'la al-Musili dalam Musnadnya meriwayatkan atsar daripada Ali bin Husin, katanya: "Bahawasanya dia telah melihat seorang lelaki menuju ke suatu sudut berhampiran kubur Nabi s.a.w. lalu lelaki itu masuk ke tempat itu dan berdoa. (Apabila Ali bin Husin melihat perbuatan lelaki tersebut) beliau pun mencegah seraya berkata: "Mahukah aku ceritakan kepadamu apa yang telah aku dengar daripada ayahku, daripada datukku , daripada Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai perayaan. Dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya salam yang kamu ucapkan itu akan sampai kepadaku di mana saja kamu berada." [Iqtida' al-Sirath al-Mustaqim oleh Ibn Taimiyyah, jilid 1, ms 300-301]

Said bin Mansur dalam Musnadnya meriwayatkan daripada Suhail bin Abi Suhail berkata: "Hasan bin Hasan bin Ali bin Abu Talib r.a. telah meihatku yang sedang berada di kubur Nabi s.a.w. Lalu beliau memanggilku dan ketika itu dia berada di rumah Fatimah, sedang makan malam. Beliau berkata: Marilah menjamu makan malam bersamaku. Aku pun berkata: "Aku tidak mahu." lalu beliau berkata kepadaku: "Aku melihat engkau berada di kuburku, apa yang yang engkau buat di situ? Aku menjawab: "Aku mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w." Beliau pun berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. Allah melaknat orang-orang yahudi yang telah menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai tempat-tempat peribadatan. Berselawatlah kamu kepadaku. Sesungguhnya selawat kamu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada." (perawi) berkata: "Selawat kamu dengan orang yang tinggal di andalus adalah sama." [Ibid, ms 302-303]

Al-Suyuti r.h menjelaskan atsar ini seperti berikut: "Bahawa kubur Rasulullah s.a.w. adalah kubur yang paling agung di muka bumi ini. Namun, baginda melarang untuk menjadikannya sebagai perayaan yang berulang-kali dilakukan ziarah padanya. Maka kubur selain kubur baginda lebih utama pelarangannya bagaimana kedudukannya. Kemudian baginda menggabungkan perkata itu dengan sabdanya yang berikut: "Dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan." Makanya janganlah kamu meninggalkan rumah kamu itu dari mengerjakan solat, berdoa dan membaca al-quran. Jika kamu tidak mengerjakan amalan-amalan tersebut di rumah kamu, maka ianya sama kedudukannya dengan kuburan. Baginda memerintahkan supaya berusaha untuk melakukan amalan ibadah di rumah dan melarang melakukan amalan ibadah di kuburan. Baginda memerintahkan supaya berusaha untuk melakukan amalan ibadah di rumah dan melarang melakukan amalan ibadah itu di kuburan. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang musrikin di kalangan Nasara dan orang-orang lain yang meniru-niru perbuatan mereka. Setelah baginda melarang menjadikan kuburannya sebagai perayaan, baginda mengiringi dengan sabdanya: "Dan selawatlah kamu ke atasku Sesungguhnya selawat kamu akan disampaikan kepadaku di mana saja kamu berada." Melalui sabdanya ini, Nabi s.a.w mengisyaratkan bahawa selawat dan salam akan sampai kepadanya baik dari orang yang berselawat dekat kuburannya ataupun orang yang jauh dari kubur baginda. Maka tidak perlu untuk kamu menjadikan kuburannya sebagai perayaan (sering dikunjungi). Kemudian generasi Tabi'in yang paling mulia dari kalangan ahlul bait iaitu Ali bin Husen, beliau sendiri telah melarang seorang lelaki yang bersungguh-sungguh ingin berdoa di kubur Nabi s.a.w. Beliau menjelaskan bahawa niat lelaki itu untuk berdoa dan amalan seumpamanya di situ serta dia ingin menjadikannya sebagai tempat yang sering dikunjungi. Demikian halnya dengan anak pakciknya iaitu Husein bin Hasan. Beliau membenci orang yang menginginkan untuk memberikan salam kepada kubur seseorang dan seumpamanya. Beliau menganggap perbuatan itu adalah menjadikan nya sebagai perayaan. Maka perhatikanlah sunnah ini. Bagaimana ia dilakukan oleh Ahlil Bait yang mana mereka mempunyai keturunan dengan Rasulullah s.a.w. Mereka tinggal berdekatan sekali dengan baginda. Mereka adalah orang yang lebih berhajat untuk melakukannya daripada orang lain. Mereka adalah orang yang paling teliti dalam urusan ini." [Al-Amru bin al-Ittiba' oleh al-Suyuti, ms 127-128]

Ibn Qayyim rhm menjelaskan maksud perayaan di dalam hadis ini. Beliau mengatakan: "Al-'aid ialah apa yang biasa dikunjunginya dan diniatkannya pada suatu waktu dan tempat. Perayaan ini diambil daripada perkataan al-Mu'awadah dan al-I'tiqad. Jika ia untuk tempat, maka ialah tempat yang diamaksudkan untuk berkumpul padanya dan menumpukan untuk melakukan ibdah ataupun untuk tujuan perkara-perkara yang lain sepertimana Masjid al-Haram, Mina', Arafah dan tempat-tempat tertentu yang mana Allah telah menjadikannya untuk orang-orang yang mentauhidkanNya dan mereka akan mendapat pahala di tempat-tempat itu, sepertimana Allah menjadikan hari-hari raya sebagai perayaan. Adalah kaum musyrikin, mereka ada perayaan-perayaan di waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu. Apabila Allah mendatangkan Islam, Dia menggantikan bagi orang-orang Islam perayaan-perayaan itu kepada hari raya 'Aidil Fitri dan hari raya 'Aidil Adha dan hari-hari tertentu di Mina'. Sepertimana juga Allah menggantikan buat mereka dari perayaan-perayaan kaum musyrikin di tempat-tempat tertentu, digantikan dengan kaabah, Mina', Muzdalifah, Arafah dantempat-tempat yang telah ditentukanNya. [Taisir al-Azizil Hamid fi Syarhi kitab al-Tauhid oleh Syeikh Sulaiman bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab, ms 257-258]

Maksud sabda Nabi s.a.w: "Dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan-kuburan" ialah:

"Janganlah kamu meninggalkan amalan-amalan ibadah di rumah kamu seperti solat, berzikir dan berdoa. Jika kamu tidak melakukan amalan-amalan tersebut, jadilah rumah-rumah kamu itu kedudukannya sama seperti kuburan. Maknanya amalan-amalan ibadah tersebut tidak disyariatkan dikuburan kerana sesungguhnya kuburan itu bukan tempatnya untuk melakukan ibadah. Oleh sebab itulah, kita dilarang menjadikan rumah-rumah kita seperti kuburan."

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:


لأن يجلس احدكم على جمرة فتحرق ثبابة فتخلص الى جلده خير له من أن يجلس على قبر


"Sesungguhnya orang yang duduk di kalangan kamu di atas bara api, lalu terbekar bajunya dan membakar kulit tubuhnya, lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan." [Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad]

Daripada Jabir r.a berkata:


نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه و أن يبنى عليه


"Rasulullah s.a.w melarang mengecat kuburan, duduk di atasnya dan membuat binaan di atas kubur." [Riwayat Muslim, kitab al-Jana'iz, no: 2242]

Daripada Jabir juga berkata:


نهى رسرل الله صلى الله عليه وسلم أن تجصص القبور وأن يكتب عليها وأن يبنى عليها وأن توطأ


"Rasulullah s.a.w melarang mengecat kuburan, menulis di atasnya, membuat binaan di atasnya dan duduk di atas kuburan." [Riwayat Daud, no: 1058]

Rasulullah s.a.w bersabda:


ولا تجلسوا على الفبور ولا تصلوا إليها


"Dan jangan kamu duduk di atas kuburan dan janganlah kamu solat menghadap kuburan." [Riwayat Muslim no: 2247, Abu Daud no: 3229, Tirmizi no: 1055]

Ibn Qayyim berkata: "Dan Rasulullah s.a.w melarang menjadikan kuburan-kuburan sebagai tempat-tempat peribadatan dan melarang untuk menyalakan lampu di kuburan. Larangannya itu lebih tegas lagi sehingga baginda melaknat orang yang melakukannya. Baginda juga melarang solat menghadap ke kuburan dan melarang umatnya menjadikan kuburnya sebagai tempat perayaan dan melaknat umatnya menjadikan kuburnya sebagai tempat perayaan dan melaknat wanita-wanita yang selalu menziarahi kubur. Adalah dari petunjuk baginda ialah kubur itu tidak dihina (mengenakan najis di kubur) dan tidak boleh di duduki di atasnya. Tidak boleh duduk dan bersila di atas kuburan dan tidak boleh ia diagungkan dengan menjadikannya sebagai tempat beribadat, iaitu solat di kubur dan menghadap ke kubur, menjadikannya sebagai tempat perayaan dan penyambahan (melakukan ibadat)." [Zaadul Ma'ad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyah, jilid 1, ms 525-526]

Al-Suyuti rhm berkata: "Demikian juga menyalakan lampu-lampu seperti pelita dan lilin di tempat-tempat yang disaksikan (kuburan) dan tanahnya. Perkara itu dilarang tanpa ada perselisihan lagi kerana ada hadis yang melarangnya. Orang yang melakukannya dilaknat berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w di mana baginda bersabda: "Allah melaknat wanita-wanita yang gemar menziarahi kubur-kubur itu sebagai tempat beribadah dan menyalakan lampu di atasnya." [Al-Amru bi al-Ittiba' wan Nahyu anil Ibtida' oleh al-Suyuti, ms 129]

Al-Syeikh Ali Mahfuz al-Misri dalam bukunya al-Ibda' fi madharil Ibtida', (ms 189) memuatkan satu bab yang bertajuk
المبيت في المقابير ertinya: "Bermalam di kuburan." Beliau menegaskan: "Dan di antara amalan-amalan yang buruk ini ialah bermalam di atas kuburan dan menyalakan lampu, pelita atau seumpamanya di atas kuburan-kuburan. Terdapat hadis daripada Ibn Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Dilaknat orang-orang yang gemar menziarahi kuburan, menjadikannya tempat untuk bersujud (beribadah) dan menyelakan lampu padanya. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dan beliau menghasankannya. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah pun melarang mengiringi jenazah dengan api. Maka bagaimanakah apabila ianya dinyalakan di atas perkuburan?! Berkata al-Allamah al-Barkui: Semua perkara yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w maka ia menunjukkan bahawa perkara itu termasuk dosa-dosa besar. Para ulama fuqaha secara tegas mengharamkan perbuatan itu. Kerana jika perbuatan menyalakan lampu di atas kuburan adalah perkara yang dibolehkan maka orang yang melakukannya tidaklah dilaknat. Ianya dilaknat kerana terdapat pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedahnya. Berlebih-lebihan dalam mengagungkan (memuliakan) kuburan menyerupai pengagungan kepada patung-patung berhala."

Ibn Hajar dalam bukunya "al-Zawajir" dalam menyatakan dosa besar yang ke 93, 94, 95, 96, 97 dan 98 berkata: "Menjadikan kuburan-kuburan sebagai masjid-masjid (tempat peribadatan), menyalakan lampu di atas kuburan, meletakkan patung-patung. Juga bertawaf di kuburan, mengusap-ngusapnya dan solat ke kuburan."

Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Abdari al-Maliki atau lebih dikenali Ibn al-Haj dalam bukunya "al-Madkhal" (jilid 2, ms 215) berkata: "Dan hendaklah menjauhi dari bid'ah ini yang dilakukan oleh sebilangan orang iaitu mereka menyalakan lampu ataupun pelita di tampat mayat dikebumikan (kuburan) selama tiga malam bermula dari terbenam matahari sehingga terbit fajar. Sesetengah mereka melakukan selama tujuh hari."

Sheikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi berkata: "Dan Nabi s.a.w melaknat orang yang menjadikan kubur sebagai masjid atau menyalakan lampu atasnya. Maka inilah agama Islam yang dengannya Allah mengutus Rasul dan NabiNya. Dan asinglah Islam dikalangan manusia sepertimana yang engkau lihat." [Islahul Majid oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, ms 165]

*Dinukil daripada buku "Membela Sunnah Nabawiyah" oleh Abdul Wahab bin Bustami, ms 200-208