Jumaat, 21 Disember 2007

SUNNAH RASULULLAH S.A.W DALAM MENGHADAPI PEMERINTAH

 Disediakan oleh: Muhammad Asrie bin Sobrie

الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيــــه كما يحبه ربنا ويرضاه وصلى الله على الهادي محمد الأمين وعلى من اتبعه بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد،

Allah S.W.T berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [Surah An-Nisaa ayat 59]

Sabda Rasulullah S.A.W:


من أطاعني فقد أطاع الله ومن عصاني فقد عصا الله ومن يطع الأمير فقد أطاعني ومن يعص الأمير فقد عصاني [رواه البخاري ومسلم ووالنسائي وابن ماجه وأحمد]

Maksudnya: Sesiapa yang mentaatiku maka dia mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku maka dia juga menderhakai Allah dan barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia mentaati aku dan sesiapa yang derhaka pada pemerintah maka dia menderhakaiku. [Hadis Sahih: Riwayat Bukhari, Muslim, an-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad]

Berdasarkan ayat dan hadis di atas ulama’ Ahlus Sunnah wal Jamaah telah sepakat bahawa mentaati pemerintah muslim itu adalah wajib.

Berkata Syeikh Thahawi dalam matan ‘Aqidah:

ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعو عليهم ولا ننزع يدا من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله عز وجل [فريضة ما لم يأمروا بمعصية وندعو لهم بالصلاح والمعافاة. [شرح الطحاوية في العقيدة السلفية،312 ،دار الحجيث قاهرة

Maksudnya: dan bukanlah dari ‘aqidah kami-ahli sunnah- menentang pemerintah walaupun mereka itu berlaku zalim dan tidak pula kami mendoakan kejahatan atas mereka, adapun ‘aqidah kami adalah mentaati mereka itu bermakna mentaati Allah Azza wa Jalla iaitu satu kefardhuan atas kami selama mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keampunan. [Rujuk - Syarah al-Thahawiyah fi al-‘Aqidah al-Salafiah]

Berdasarkan ayat terdahulu Allah S.W.T meletakkan syarat pemerintah yang wajib ditaati itu adalah muslim berdasarkan "منكم"(dari Kamu).

Ketaatan kepada pemimpin adalah muqayyad atau tertakluk kepada apa yang bersesuaian dengan syariat Allah adapun yang menyelisihi syara’ maka tiada taat bahkan haram dan wajib ketika itu menasihati pemerintah dan menyuruh kepada makruf.

Dalam hadis Sahih daripada Syaikhan:

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: على المرء المسلم السمع والطاعة فيما أحب وكره، إلا أن يؤمر بمعصيةٍ، فإذا أمر بمعصيةٍ فلا سمع ولا طاعة

Maksudnya: Daripada Ibn Umar R.A. daripada Nabi S.A.W. baginda bersabda: Wajib atas muslim itu mematuhi pemerintah dalam perkara yang ia suka mahupun tidak melainkan apabila diperintah melakukan maksiat maka ketika itu tidak wajib lagi taat. [Hadis Sahih: Riwayat Bukhari dan Muslim]

Perkataan أولي الأمر menurut ulama’ tafsir merangkumi semua jenis pengausa ‘am dan khas seperti raja,menteri,khalifah,ulama’ dan penguasa agama seperti mufti dan ibu bapa serta suami.

Kewajipan ini mentaati pemerintah ini datang setelah pemerintah itu melaksanakn keadilan dan menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan atasnya. Ini berdasarkan ayat sebelum ayat ini iaitu surah an-Nisaa’ ayat 58:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Ayat ini Allah S.W.T menujukan khitabnya pada pemerintah untuk melakukan keadilan dan kesaksamaan dan menunaikan amanah dengan baik kemudian Allah S.W.T berpesan pula kepada rakyat untuk mentaati pemerintah dalam makruf. - lihat tafsir Al-Alusi-.

Apabila pemerintah itu berlaku zalim:

Dalam meghadapi masalah ini Rasulullah S.A.W. telah memberikan petunjuk yang amat baik sekali dalam hadis-hadis baginda yang sahih:

عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من كره من أميره شيئاً فليصبر، فإنه من خرج من السلطان [شبراً مات ميتةً جاهليةً [متفق عليه-رياض الصالحين

Maksudnya: Daripada Ibn Abbas R.A.: Bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang benci pada pemerintahnya sesuatu (daripada maksiat) maka hendaklah dia bersabar kerana sesiapa yang menentang pemerintah maka dia mati sebagai mana orang Jahiliyyah. [Hadis Sahih: Muttafaq ‘Alaih – Riyadhus Solihin]


عن جنادة بن أبي أمية قال : دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض فقلنا حدثنا أصلحك الله بحديث ينفع الله به سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: دعانا رسول الله صلى الله عليه وسلم فبايعناه فكان فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله قال إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Maksudnya: Daripada Junadah bin Abi Umayyah berkata: Kami menemui Ubadah bin Samit ketika dia sakit dan kami berkata padanya: Ceritakanlah pada kami-semog Allah menyembuhkan kamu- akan suatu hadis yang bermanfaat yang engkau dengar dari Rasulullah S.A.W. maka dia berkata: Rasulullah menyeru kami lalu kami membaiat baginda dan antara isi baiat itu; hendaklah kami dengar dan taat ketika suka dan benci, susah dan senang dan yang memeberi kesan pada kami dan janganlah kami mencabut urusan (pemerintahan) daripada ahlinya melainkan engkau melihat padanya(pemerintah) kufur yang nyata yang kamu boleh buktikannya di hadapan Allah. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]


عن أم سلمة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ستكون أمراء فتعرفون وتنكرون فمن عرف برئ ومن أنكر سلم ولكن من رضي وتابع قالوا أفلا نقاتلهم قال لا ما صلوا

Maksudnya : Daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah S.A.W. berkata: Aka nada pemimpin-pemimpin yang kamu kenal dan kamu ingkarinya(kerana maksiatnya) maka sesiapa yang menegnali maksiat itu maka dia terlepas (tidak terjebak dalamnya) dan sesiapa yang ingkar maka dia selamat tetapi (yang berdosa adalah) mereka yang redha dan ikut. Mereka(Sahabat) berkata: Apakah tidak boleh kami memerangi mereka? Kata baginda: tidak boleh selagi mereka solat. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]


عوف بن مالك : عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف فقال لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولاتكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة

Maksudnya: Daripada ‘Auf bin Malik daripada Rasulullah S.A.W. baginda bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu menyukai mereka dan mereka menyukai kamu, mereka mendoakan kamu dan begitu juga kamu mendoakan mereka,adapun seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci akan mereka begitu juga mereka benci pada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu.Ditanya RasulullahS.A.W: Wahai Rasulullah apakah tidak boleh kami melawan mereka sahaja dengan pedang? Maka jawab Nabi S.A.W.: Tidak boleh selagi mereka mendirikan solat dan apabila kamu melihat pemimpin kamu akan sesuatu yang kamu benci maka bencilah amalannya tapi jangan dia keluar dari taat. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]


عن عبد الرحمن بن عبد رب الكعبة قال دخلت المسجد فإذا عبد الله بن عمرو بن العاص جالس في ظل الكعبة والناس مجتمعون عليه فأتيتهم فجلست إليه فقال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر فنزلنا منزلا فمنا من يصلح خباءه ومنا من ينتضل ومنا من هو في جشره إذ نادى منادي رسول الله صلى الله عليه وسلم الصلاة جامعة فاجتمعنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال إنه لم يكن نبي قبلي إلا كان حقا عليه أن يدل أمته على خير ما يعلمه لهم وينذرهم شر ما يعلمه لهم وإن أمتكم هذه جعل عافيتها في أولها وسيصيب آخرها بلاء وأمور تنكرونها وتجيء فتنة فيرقق بعضها بعضا وتجيء الفتنة فيقول المؤمن هذه مهلكتي ثم تنكشف وتجيء الفتنة فيقول المؤمن هذه هذه فمن أحب أن يزحزح عن النار ويدخل الجنة فلتأته منيته وهو يؤمن بالله واليوم الآخر وليأت إلى الناس الذي يحب أن يؤتى إليه ومن بايع إماما فأعطاه صفقة يده وثمرة قلبه فليطعه إن استطاع فإن جاء آخر ينازعه فاضربوا عنق الآخر فدنوت منه فقلت له أنشدك الله آنت سمعت هذا من رسول الله صلى الله عليه وسلم فأهوى إلى أذنيه وقلبه بيديه وقال سمعته أذناي ووعاه قلبي فقلت له هذا ابن عمك معاوية يأمرنا أن نأكل أموالنا بيننا بالباطل ونقتل أنفسنا والله يقول:{ يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما } قال فسكت ساعة ثم قال أطعه في طاعة الله واعصه في معصية الله [رواه مسلم والنسائي]

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Abdu Rabbil Kaabah katanya: Aku masuk ke Masjidil Haram dan aku dapati Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A. sedang duduk di bawah bayangan Kaabah dan manusia berkumpul padanya maka aku pun ikut serta.Maka Abdullah berkata: Kami bersama Rasulullah S.A.W dalam satu perjalanan lalu kami berhenti di satu perhentian maka ada antara kami yang membaiki tempat berteduhnya dan ada yang bermain dengan lembing dan ada yang menguruskan haiwan, lalu terdengar penyeru bagi Rasulullah S.A.W. menyeru “Solat Berjemaah” maka kami berkumpul pada Rasulullah S.A.W. Lalau baginda bersabda: Tidak ada seorang Nabi pun sebelumku melainkan wajib atasnya menunjukkan umatnya apa yang terbaik yang diketahui olehnya bagi mereka dan member ingat akan perkara yang buruk yang diketahuinya pada mereka, sesungguhnya umat kamu ini dijadikan kebaikan pada generasi awalnya( Salaf Soleh) adapun generasi akhirnya akan terkena bala’ dan perkara yang mereka ingkarinya dan akan dating fitnah yang meringankan yang sebelumnya(kerana yang selepas itu lebih hebat) bila dating satu fitnah maka mukmin akan berkata: ‘inilah saat kemusnahanku’ kemudian fitnah itu hilang dan dating yang lain pula lalu berkata mukmin:Inilah dia saat kemusnahan ku’ dan seterusnya. Sesiapa yang hendak selamat dari nereka dan dimasukkan ke dalam syurga maka hendaklah dia mati dalam keadaan iman dan berbuat baik kepada manusia. Sesiapa yang membaiat seorang pemimpin dan member ketaatab padanya maka taatlah sekadar kemampuannya dan jika dating orang lain hendak merampas jawatan itu maka bunuhlah dia. Maka aku (rawi) datang padanya dan berbisik : ‘Adakah benar ini engakau dengar dari Rasulullah S.A.W? Kata Abdullah Ibn ‘amru: Telingaku mendengarnya dan hatiku menghafalnya.Aku berkata: Ini sepupu kamu Mu’awiyah menyuruh kami makan dengan batil (ketika perang Siffin) dan membunuh diri kami (ketika Siffin) sedangkan Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan harta antara kamu dengan batil melainkan dengan perniagaan yang kamu redhai meredhai dan janganlah kamu bunuh diri kamu dan Allah itu amat mengasihani kamu.Kata rawi: Maka dia (Abdullah) diam sebentar kemudian berkata: Taatlah dia dalam mentaati Allah dan derhakailah dalam menderhakai Allah. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim dan Nasai]

Daripada hadis-hadis di atas wajib kepada kita mentaati pemerintah walaupun mereka berlaku zalim selagi mana tidak melakukan kekufuran yang nyata. Adapun yang perlu dilakukan oleh muslim adalah menasihati pemerintah itu dan mengingkari maksiatnya ini sebagaimana dalam hadis yang lain:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري - رضي الله عنه - " أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الدين النصيحة. قلنا: لمن؟ قال: لله، ولكتابه، ولرسوله، ولأئمة المسلمين، وعامتهم

Maksudnya: Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim bin Aus Ad-Dari R.A. bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda: Agama (Islam) itu nasihat. Kami(Sahabat) berkata: Bagi Siapa? Baginda menjawab: Bagi Allah dan Kitab-Nya dan Rasul-Nya dan Pemimpin-peminpin umat Islam dan ‘Awamnya. [Hadis Sahih: Riwayat Muslim dan Nasai (Lihat Hadith 40).]

Hikmah terus mentaati pemerintah dan tidak menggulingkan kerajaan:

Hikmah petunjuk Nabi S.A.W. ini amatlah besar bagi maslahat umat di akhir Zaman.Hadis-hadis ini menunjukkan mukjizat Baginda S.A.W. kerana memberitakan perkara yang belum berlaku.

Dari segi politik ia mempunyai nilai siasah yang amat tinggi dan penuh licik. Apabila Umat terus mentaati pemerintah maka dengan sendirinya pemerintah tadi akan menjadi lembut hatinya apabila dilembutkan Allah S.W.T dan mahu ia mendengar cakap rakyatnya dan diterima nasihat mereka padanya.

Ini kerana pemerintah apabila rakyatnya itu mengisytiharkan keluar dari taatnya maka keraslah hatinya pada mereka dan engganlah ia mendengar lagi nasihat mereka. Jadi kewajipan menasihati pemerintah hanya akan berlaku apabila rakyat itu masih taat dan mengiktiraf kepimpinan pemerintah itu.

Adapun sebab berlakunya kezaliman pemerintah itu kerana rakyat menzalimi diri sendiri dan melakukan maksiat. Dalam sejarah kita lihat apabila rakyat mula terpengaruh dengan faham muktazilah maka Allah meletakkan Abdullah Al-Makmun sebagai Khalifah dan menjadi keraslah kerajaan atas Ahli Sunnah dan tersiksalah ulama’ Sunnah sehingga mereka kembali berpegang dengan sunnah maka Allah meletakkan Al-Mutawakkil ‘Alallah maka bersinarlah kembali cahaya Sunnah.

Nabi S.A.W. menasihati pemerintah dan mendoakan mereka hidayah dan keampunan dan rakyat pula hendaklah sentiasa mengislahkan diri dan memohon ampun supaya dengan berubahnya rakyat itu kepada baik maka Allah akan meletakkan juga pemerintah yang baik kepada mereka.

Antara hikmahnya jua terletak apabila Rasulullah S.A.W menyuruh kita jangan ikut perintah yang maksiat tetapi dalam masa yang sama terus menaishati dan mengiktiraf pemimpin itu maka dengan sendirinya apabila dia melihat rakyatnya tidak ikut perintahnya yang maksiat maka tidaklah lagi dia akan memerintah dengan maksiat bahkan akan menyuruh yang makruf jua.

Kita misalkan di Malaysia jika semua bangsa Melayu Islam ini dalam parti kerajaan lalu semuanya sebulat suara mengusulkan supaya kerajaan menegakkan hukum Allah maka sudah tentu ketika itu tiadalah bagi kerajaan itu dihadapannya melainkan menegakkan hudud dan qisas dan lainnya daripada undang-undang Islam.Wallahua’lam.

Apakah tidak boleh langsung dipecat pemerintah?

Boleh asalkan bukan dengan cara yang ganas dan menimbulkan kacau bilau. Bahkan hendaklah Ahli Syura dan Majlis Al-Hilli wal ‘Aqdi menentukannya dan melantik orang yang lebih layak jika ada dan menambil kita Qaedah Fiqh: “Menolak Mudharat itu didahulukan atas mendatangkan maslahah” dan “Mengambil mudharat yang paling ringan antara dua mudharat”.

Bila boleh memerangi pemerintah?

Apabila berlaku kekufuran yang nyata dan tiada pula Majlis Syura yang dapat mencegah kemungkaran itu seperti semuanya juga menyokong kekufuran itu maka wajiblah diperangi. Misalnya dia menghalalkan arak dan menyuruh orang meminumnya, menukar azan ke bahasa lain,menghalang solat Jamaah, Melarang puasa,melarang pemakaian tudung dan menutup aurat dan lain-lain perkara yang menyebabkan kufur Akbar yang menyebabkan pelakunya murtad wal’iyazubillah.