Jumaat, 20 Mei 2011

Cara Mendengar Ceramah Melalui Paltalk

Mungkin masih ada yang masih tidak pernah mendengar ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah melalui Paltalk. Di sini saya ingin mengajarkan kepada sesiapa yang baru pertama kali ingin mencuba mendengar ceramah-ceramah melalui Paltalk. Di sini saya akan tunjukkan bagaimana caranya.

1. Memuat Turun Paltalk. Caranya masuk ke dalam laman web Paltalk dan memuat turun perisiannya pada link berikut: http://www.paltalk.com/download.php atau melalui CNET Download. Lihat gambar di bawah:

Gambar 1
Gambar 2


2. Install perisian tersebut. Lihat gambar di bawah:

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

3. Masukkan Usernama (Nama Pengguna) dan Password (Kata Laluan) bagi yang telah mendaftar. Jika belum mendaftar, hendaklah mendaftar terlebih dahulu. Klik pada link Register di sebelah hujung bawah sebelah kanan. Lihat gambar:

Gambar 7

Gambar 8

4. Setelah membukanya, sila pergi ke pilihan "Action", kemudian klik "Join a Chat Room" kemudian pilih room anda di bahagian Religion & Spirituality: Islam. Sebagai contoh room sunnahsabah. Lihat gambar:

Gambar 9

Gambar 10

Room yang ada terdiri daripada pelbagai negara dan bahasa. Selamat mendengar ceramah-ceramah daripada room-room yang ada. Pastikan anda mendengar ceramah yang benar-benar daripada room yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bermanhaj salaf contohnya untuk ceramah-ceramah dalam bahasa melayu/indonesia: Sunnahsabah, Kajian Imamsyafie, Al-Khadeem, Radio Salafy BBP (Balikpapan) dan lain-lain lagi.

Sabtu, 14 Mei 2011

Pembelaan Terhadap Ahli Madinah Daripada Tipu Daya Dajjal dan Pengikutnya

Disaat huru-hara, demontsrasi, kekacauan, fitnah yang berlaku di hampir keseluruhan negara-negara Arab, namun Allah masih menjaga keamanan di Madinah An-Nabawiyyah di mana bumi yg bersemadinya jasad insan yang paling mulia Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Begitu juga melihat syirik, khurafat, bid`ah yang membelenggu hampir kesemua negara-negara umat memang menakutkan dan menyedihkan. Justeru disebalik kesedihan dan ketakutan itu maka Allah Ta`ala masih menjaga kedua tanah Haram daripada belenggu kesyirikan, dan bid`ah hinggakan syi`ar Tauhid dan panji Sunnah sentiasa tertegak di sini.

Benarlah sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam:

إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

"Sesungguhnya Iman akan kembali berhimpun ke Madinah sebagaimana kembalinya ular ke lubangnya." [HR Bukhari no:1876]

Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah mengulas maksud hadith ini;

قَوْله كَمَا تأزر الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا أَيْ إِنَّهَا كَمَا تَنْتَشِرُ مِنْ جُحْرِهَا فِي طَلَبِ مَا تَعِيشُ بِهِ فَإِذَا رَاعَهَا شَيْءٌ رَجَعَتْ إِلَى جُحْرِهَا كَذَلِكَ الْإِيمَانُ انْتَشَرَ فِي الْمَدِينَةِ وَكُلُّ مُؤْمِنٍ لَهُ مِنْ نَفْسِهِ سَائِقٌ إِلَى الْمَدِينَةِ لِمَحَبَّتِهِ فِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَشْمَلُ ذَلِكَ جَمِيع
الْأَزْمِنَةِ لِأَنَّهُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلتَّعَلُّمِ مِنْهُ وَفِي زَمَنِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعيِهِمْ لِلِاقْتِدَاءِ بِهَدْيِهِمْ وَمِنْ بَعْدِ ذَلِكَ

"Maksud sebagaimana kembalinya ular ke lubangnya iaitu sebagaimana ianya bertebaran keluar daripada lubangnya untuk mencari apa yang boleh menjamin keberlangsungan hidupnya,apabila ada sesuatu yang mebuatkan dirinya takut maka ia kembali ke lubangnya, begitulah juga Iman (ahli-ahlinya), yang bertebaran di Madinah, dan setiap mukmin bagi dirinya sendiri akan cenderung untuk datang ke Madinah disebabkan kecintaannya terhadap Nabi Sallallahu`alaihi wasallam maka kelebihan (madinah) ini merangkumi setiap zaman kerana sesungguhnya pada zaman Nabi sallallahu`alaihi wasallam kehadiran mereka ke sana adalah bertujuan untuk mempelajari ilmu daripada baginda,dan pada zaman Sahabat dan Tabi`in dan orang-orang yang mengikuti mereka bertujuan untuk mengikuti dan mencontohi petunjuk mereka dan begitu orang-orang selepas mereka.." [Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari 4/ 93]

Kata Ibn Batthal rahimahullah ketika menyifatkan Iman dan ahlinya di Madinah:

فكذلك الإيمان لما دخلته الدواخل لم يقصد المدينة إلا مؤمن صحيح الإيمان

"Begitulah iman disebabkan apa yang asing telah memasukinya (berupa syirik dan bid`ah), tidaklah bertujuan untuk datang ke Madinah melainkan seorang mukmin yang shahih imannya." [Syarah Shahih Al-Bukhari Ibn Batthal 4/548]

Perlu diingatkan bukan semua yang ada dan datang belajar di Madinah adalah mereka yang benar dan shahih imannya, dan maksud kalam Ibnu Batthal itu jelas menunjukkan mereka yang rosak akidahnya dan bercanggah dengan akidah yang shahih seperti penganut akidah Syiah, Sufiyyah, Asya`irah adalah tidak termasuk dalam maksud kalam Nabi kerana akidah mereka bercanggah dan berlawanan dengan Akidah Nabi sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat, tabi`in dan para ulama` salafussoleh. Maka disini neraca Al-Quran dan As-Sunnah serta Manhaj Salaf sangat diperlukan untuk menentukan keshahihan akidah seseorang.

Sebab itulah Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

أَلَا إِنَّ الْمَدِينَةَ كَالْكِيرِ، تُخْرِجُ الْخَبِيثَ، لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَنْفِيَ الْمَدِينَةُ شِرَارَهَا، كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ

"Maka ketahuilah sesungguhnya Al-Madinah seperti besi (yang dibakar), keluar darinya kotoran,tidak akan berlaku kiamat hinggalah Madinah mengeluarkan orang-orang yang jahat di dalamnya, sebagaimana besi yang panas mengeluarkan kotoran besi." [HR Muslim no:1381]

Maka hadith ini menjadi dalil bahawasanya orang-orang yang jahat memang wujud di Madinah sehinggalah Allah mengeluarkan mereka dari Madinah apabila hampir berlaku kiamat nanti,realitinya kita melihat ramai sahaja golongan Syiah, Sufiyyah dan mereka yang tidak berada di atas Manhaj Rasulullah dan Para Salaf masih bertebaran di tanah haram Madinah,maka hadith ini menjadi jawapan konkrit terhadap syubhat sebahagian mereka yang terkeliru dengan masalah ini.

Sebab itu juga perlu diketahui sewaktu Dajjal akan keluar nanti maka ia akan keluar dari Isfahan (Iran di mana sarang dan negara Syiah) dan dia akan diikuti oleh 70 000 Yahudi daripada Isfahan, hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rahimahullah daripada Anas bin Malik daripada Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ، سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمُ الطَّيَالِسَةُ

"Dajjal akan diikuti oleh 70 000 Yahudi daripada Isfahan (Iran) mereka memakai at-Tayalisah." [HR Muslim no:2944 ]

Maka sesiapa yang berakal dan mahu memikirkan sudah mengetahui betapa eratnya hubungan Yahudi dengan Syiah Rafidhah di Iran, maka hal ini menjadikan kita perlu lebih berwaspada dengan fitnah mereka yang merupakan pengikut dajjal yang teramai sila lihat link ini : http://www.youtube.com/watch?v=Rn4ZX99Fbxs

Akhir-akhir ini ikhwan Muslimin juga turut menunjukkan wajah mereka yang sebenar apabila dengan bangganya memuji serta menyokong Iran dan pemimpin tertinggi Syiah Rafidhah, Khomenei dan Ahmadinejad serta negara syiah Iran. Sila rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=XNOCUcXQ8Q0

Sebagaimana yang didedahkan oleh para Ulama Salaf seperti Ahli Hadith Mesir Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah, Ikhwan Muslimin adalah Khawarij, menurut Ulama Salaf Syam,juga anak murid utama Ahli Hadith abad ini As-Syaikh Al-Albani, As-Syaikh Salim bin `Eid Al-Hilali hafizahullah, beliau menyebut dajjal akan keluar dari kelompok Khawarij ,Syaikh berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah dalam sunannya dengan sanad yang shahih, daripada Abdullah bin `Umar radiallahua`anhuma daripada Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

«يَنْشَأُ نَشْءٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ» قَالَ ابْنُ عُمَرَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ، أَكْثَرَ مِنْ عِشْرِينَ مَرَّةً، حَتَّى يَخْرُجَ فِي عِرَاضِهِمُ الدَّجَّالُ

Akan keluar satu kelompok manusia mereka membaca Al-Quran dan bacaan mereka tidak melepasi kerongkongan mereka setiap kali mereka keluar dari kalangan setiap kurun pasti akan dipotong (gagal usaha mereka), setiap kali keluar dari kalangan mereka setiap kurun pasti akan dipotong (Nabi mengulangnya lebih dari 20 kali) sehinggalah akan keluar DAJJAL dari kalangan kelompok mereka...

Sila rujuk video di sini:

Maka sebagaimana yang shahih daripada riwayat-riwayat Hadith daripada Nabi sallallahu`alaihi wasallam Dajjal akan datang ke bukit Uhud dan cuba memasuki Madinah,namun Dajjal akan dihalang oleh Para Malaikat yang menjaga Madinah,namun orang-orang munafik dan kurang imannya akan keluar daripada Madinah mengikuti Dajjal dan tenteranya akibat dahsyatnya fitnah Dajjal,maka hanya orang-orang yang beriman dan mengikuti manhaj Nabi sallallahu`alaihiwasallam sahaja yang akan kekal di Madinah. Maka inilah tafsiran hadith Madinah akan mengeluarkan orang-orang yang jahat di dalamnya sebagaimana besi mengeluarkan kotoran daripadanya.

Dahsyatnya fitnah Dajjal ini digambarkan oleh Hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam sehingga ramai manusia akan terpedaya dengan kehebatannya, tertipu dengan syubhatnya, air yang dibawanya sebenarnya api, syurga yang dibawanya hakikatnya adalah syurga. Kita minta perlindungan kepada Allah daripada fitnah Dajjal.

Ancaman Terhadap Tipu Daya Ke Atas Madinah

Ancaman Nabi sallallahu`alaihi wasallam terhadap mereka yang cuba melakukan tipu daya, permusuhan, menanamkan kebencian terhadap Madinah dan ahli-ahlinya, sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam:

لاَ يَكِيدُ أهْلَ المَدِينَةِ أحَدٌ إلاَّ انْمَاعَ كَمَا يَنْماعُ الْمِلْحُ فِي المَاءِ

"Tidaklah seseorang pun yang melakukan tipu daya terhadap Ahli Madinah melainkan (tipu dayanya) akan dileburkan sebagaimana leburnya garam di lautan." [HR Bukhari no:1887, Bab Dosa Sesiapa yang melakukan tipu daya terhadap Penduduk Madinah ]

Dalam riwayat Muslim, Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

مَنْ أَرَادَ أَهْلَ هَذِهِ الْبَلْدَةِ بِسُوءٍ - يَعْنِي الْمَدِينَةَ - أَذَابَهُ اللهُ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ

"Sesiapa yang ingin melakukan kejahatan dan keburukan terhadap penduduk negeri ini -iaitu Madinah- Allah akan meleburkannya sebagaimana leburnya garam di lautan." [HR Muslim no:1382 ]

Kejahatan, tipu daya dan keburukan membawa maksud yang umum meliputi cercaan, kebencian, permusuhan, tuduhan dan sebagainya terhadap penduduk Madinah,bila disebut Ahli Madinah ianya merangkumi Nabi sallallahu`alaihi wasallam, para sahabatnya, para Ulama`nya, para penuntut ilmunya dan mereka yang membawa dakwah Sunnah rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan Manhaj Salafussoleh pada setiap zaman. Umpamanya dakwaan Syiah, Ikhwan Muslimin dan hizbinya mencerca para Sahabat Nabi, Ulama Sunnah di Madinah, dakwaan Ahbasy dan pelampau Asya`irah yang cuba menghalang manusia daripada belajar di Madinah, tuduhan mereka bahawasanya Madinah adalah tempat Wahhabi dan lain-lain hinaan, cercaan, tuduhan dan sebagainya maka semuanya bermaksud tipu daya.

Maka seharusnya mereka yang membuat tuduhan dusta, menanamkan kebencian dan permusuhan terhadap para Ulama dan penuntut ilmu di Madinah An-Nabawiyyah ini berasa gentar dengan ancaman Nabi sallallahu`alaihiwasallam,maka kita tahu bahawasanya Madinah adalah markaz dan tempat Al-Ansar dan para sahabat Nabi, maka Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

آيَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ، وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الأَنْصَار

"Tanda Keimanan adalah mencintai Al-Ansar (para Sahabat Nabi), dan tanda kemunafikan adalah membenci Al-Ansar." [HR Bukhari no:17, Bab Tanda Keimanan adalah Mencintai Al-Ansar]


Ditulis oleh faqir ilallah,
Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah -حرسها الله-
12 Jamadil Akhir 1432 H/ 15 Mei 2011 M.

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻

Tulisan: Su Han Wen Shu Sumber: Facebook   𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 ...