Thursday, February 17, 2011

Maktabah Elkirtasse Alternatif Maktabah Shameela

Baru-baru ini saya telah menukar perisian komputer netbook saya daripada Windows 7 kepada Ubuntu Linux (lihat: http://www.ubuntu.com/). Oleh kerana terbiasa membuka Maktabah Shameela (boleh mendownloadnya di sini: http://shamela.ws/) maka saya mengalami kesukaran dalam membuka Maktabah Shameela pada perisian baru ini. Akhirnya setelah mencari-cari di engine carian google.com saya pun terbaca beberapa web dan blog yang memperkenalkan Maktabah Elkirtasse yang juga serupa seperti Maktabah Shameela. Bezanya adalah reka bentuknya sahaja, namun kitab-kitabnya adalah sama seperti dalam Maktabah Shameela. Sila lihat gambar dan video di bawah:




Cara untuk mendapatkannya:

Untuk mendapatkan perisian ini, anda cuma perlu mendownload perisiannya di sini: elkirtasse-200-Ubuntu 10.4 atau elkirtasse v-3.0 (bagi perisian Ubuntu). Jika anda memakai perisian selain daripada ubuntu, sila lihat: http://sites.google.com/site/kirtase/download untuk mendapatkan perisian sesuai dengan komputer anda. Setelah itu dapatkan kitab-kitabnya secara manual melalui: http://aatalla.p2h.info/listbook.html  atau http://sites.google.com/site/kirtase/downbook/allbook setelah itu anda perlu masukkan kitab-kitab tersebut secara manual. Lihat gambar di bawah:



Setelah itu kita telah boleh membuka kitab-kitab di dalam Maktabah Elkirtasse dengan mudah seperti Maktabah Shameela, bezanya mungkin kelihatan sedikit menarik Maktabah Elkirtasse disebabkan visual dan pergerakan-pergerakan di dalam Maktabah Elkirtasse yang tidak ada pada Maktabah Shameela. Apa yang penting, kita telah dapat membaca kitab-kitab arab seperti di dalam Maktabah Shameela seperti dahulu. Selamat mencuba...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails